Pages

Monday 8 April 2013

Love Riddles 30

Monday 8 April 2013
. . .

“Naural?” Matanya mula berkaca. Kenapalah kawan dia ditimpa masalah ni. Kenapa berkali dia diduga?

            Bahu Naural disentuh. Dia tak tahu apa reaksi yang terpacar diraut tu. Sebab dari tadi Naural ni duduk membelakangkan dia. Dah lah duduk bercangkung tepi longkang lagi.

            “Aku ok”.

            Dila berdiri depan Naural. Nak tengok sendiri apa maksud ok Naural ni. Tapi raut dia...ermmm... nampak tenang. Tak menangis pun.

            Naural mendongak. Tersenyum kecil.

            “Dah lah Dila. Tak payah tenung aku macam tu. Dah jom..”. Tangan Dila ditarik. Dia kena kuat. Tak nak menyusahkan lagi orang sekeliling dia dengan kisah cinta yang memang tak ada harapan langsung untuk menjadi ni.

            “Nak pergi mana ni?” Terkejut juga tiba-tiba kena tarikkan.

            “Teman aku shopping. Jom...”. Last minute planning.

          “Hah? Sekarang?” Jam dipandang. Dah pukul 12 tengah hari kut. Tak sesak ke kalau naik train pergi KL sekarang? Tapi betul ke Naural ni nak pergi KL?

            “Yup! Nak tak nak kau kena ikut juga”. Memang dia perlukan sangat Dila sekarang ni. Teman dia detik-detik macam ni.        

            “Ok... tapi nak pergi mana?”

            “KL”. Sepatah aje dia jawab. Bas dah ada depan mata, kalau berlama nanti terlepas pulak. Tangan Dila makin kuat ditarik. Lambat lah pulak Dila ni jalan.

            “Hah! Serius??” Habis lah aku jadi sotong kering nanti berhimpit dalam train tu... Adoi!


******

Tadi beriyakan Dila ni gaya macam terpaksa teman Naural ni. Tapi bila dah sampai destinasi yang Naural pilih tanpa rujuk langsung pada Dila ni, dia pulak yang excited lebih. Mata membulat aje tengok perkataan ‘Sales’ dari tadi. Ye lah kan.. duit pinjaman pun dah masuk. Memang good timing lah.

            “Naural jom pergi kedai tu”.

 Kali ni Dila pulak yang main peranan tarik tangan Naural. Naural ni pulak sejak keluar dari train tadi dia asyik termenung aje. Tapi tak apa lah, bagi dia layan perasaan dulu.

          “Kedai ni pulak”. Dari satu kedai, ke kedai yang lain. Kedai baju lah.. kedai kasut lah. Semua pun Dila ni nak belikan. Kaya betul budak ni.

            “Naural tuu....”. Jari lurus menunjuk ke arah depan.

             Bukan tangan aje, siap mulut pun sama beraksi memuncung. Dila... Dila..

            “Ada apa?” Mata Naural ikut melihat.

          “Cantiknya beg tu... bestnya kalau aku boleh dapat satu kan.. jom..jom Nuaral. Kita pergi kedai tu pulak”. Ditarik lagi tangan Naural. Naural memang tak membantah lah. Sikit pun tak. Asalkan Dila ada teman dia.. apa-apa yang kawan dia tu nak buat pun dia tak kisah.

        Kau orang pelik tak? Ke langsung tak? Sebabkan... Dari gaya Dila ni... mesti dah banyak dia belanjakan.

Memang betul pun... dah ada banyak beg kertas yang dia pegang. Kiri kanan tangan ada membawa. Tu pun ada beberapa yang Naural ni tolong pegangkan. Ok yang lain tolong yang jangan ikut perangai kak Dila ni. Tak baik membazir betul tak?

            “Eh? Kau tak nak masuk ke?” Pegangan tangan Dila dirungkaikan.

          “Tak... kau masuk lah Dila. Aku duduk tunggu dekat sini aje”. Naural mula duduk. Kaki dia dah terasa sakit sebenarnya. Tapi tak nak lah bagitahu Dila ni. Tak nak mood shopping dia hilang sebab kaki dia sakit pulak. Biar lah dia lepas gian kejap.

            “Betul ni? Kalau aku lama dekat kedai tu kau tak kisah kan?” Tu yang dia risaukan sebenarnya.

         “Tak.. kau masuk lah tengok dulu. Aku boleh duduk sini”. Sabar aje Naural ni layan Dila. Tak sangka juga yang Dila ni gila shopping rupanya. Ingatkan tak layan semua ni.

          Dua saat Dila pergi... Naural dah mula termenung. Dah jadi hobi pulak sekarang kan. Kalau ada masa terluang aje mesti nak dihabiskan dengan termenung.

            Tiba-tiba.. Cehh!... macam ayat dramatik pulak kan..

            “You ni ada-ada aje lah”.

            Suara tu!!

         Telinga Naural mula jadi peka. Dia dah familiar dengan suara tu sekarang. Nak menoleh tengok sekarang rasanya bukan langkah yang bijak. Pasangan tu pun rasanya ada selang beberapa langkah belakang dia aje.

            “Ye lah.. dah you yang buat dulu kan. I ikut aje”.

             Dahi Naural berkerut-kerut.

            “Ye lah.. ye lah.. bila you nak bawa I jumpa mama you Luth?”

             Naural terkedu! Jumpa mama dia? Serius sangat ke hubungan dia orang ni?

           “Bila-bila lah.. tengok you free bila. Mama pun dah tak sabar nak jumpa you juga. Asyik tanya pasal you aje, rimas juga I. Better cepat sikit lah you datang jumpa mama tu”.

         Marysa tergelak. Naural makin sebak. Aku memang tak boleh jadi kawan dia lagi. Tak boleh! Tengok dia orang bergelak aje pun dah buat hati aku sakit.

            “Ermm.. apa kata I jumpa hari ni. You pun dah tak ada apa yang nak belikan?” Walaupun hati sakit, tapi telinga masih mencuri dengar.

            “Luth? You dengar tak ni?”

            “Naural...”. Perlahan aje ditutur. Tapi masih mampu didengari Naural.

            Naural menghela nafas. Berat! Dia dah nampak aku ke?

            Perlahan-lahan kepalanya menoleh. Perlahan sangat. Bibir tersenyum.

            “Hai... tak sangka kita jumpa dekat sini kan”. Mode peramah mula main peranan. Tapi jelas nampak pergolakan dalam hati tuan badan ni.

           “Hai.. you gadis yang sama dengan Luth dekat cafe tu kan?” Marysa mendekati Naural. Tangan Luth ditarik sekali.

             Memang sah dia orang ada hubungan ni!

            “Haah”. Dah tahu saja aje nak tanya. Nak menyakitkan hati aku lah tu.

            “Sorry last time tak dapat introduce diri. I Marysa, kawan baik selamanya si Luth ni”. Tersenyum lebar. Manis aje nampak. Tapi mungkin dalam pandangan Luth aje lah kut Tangan dah dihulur. Tunggu Naural sambut aje.

            “Saya Naural..”.

            “Kawan Luth juga ke?”

          Dari tadi Naural cuba tengok raut sebenar Marysa ni. Nak tengok sama ada betul dia ikhlas atau berlakon. Tapi setakat ni memang nampak ikhlas. Senyuman tu pun tak nampak plastik.

            Luth menunggu dari tadi jawapan Naural. Apa yang Naural gelar hubungan dia orang selama ni?

            Naural menggeleng.

            “Tak lah.. kawan saya punya kawan”.

            What??

           Mata Luth membulat. Kawan saya punya kawan? Tu yang selama ni Naural pandang pada hubungan dia orang?

            “Sorry... saya kena pergi dulu. Takut kawan tak jumpa nanti”. Alasan direka. Tapi punca sebenar sebab dia memang tak boleh berlama dekat tempat yang Luth pun ada berdiri sama sekali.

            “Dah jom Marysa. Mama I dah tunggu tu. Tak nak pulak ‘kawan’ dia nanti tak dapat cari”. Sengaja ditinggikan nada. Nak bagi ‘orang tu’ dengar. Perkataan ‘kawan’ tu pun sengaja ditekan.

            Naural terkaku. Luth dengan Marysa dah berlalu.

            “Naural!” Muka Dila nampak gembira sangat lah, mungkin dah dapat lah kut barang yang dia nak.

             Sampai depan Naural dia berhenti.

            “Naural? Kenapa ni?” Bahu kawannya disentuh.

        Air mata yang ditahan tadi mengalir. Dah Dila sentuh bahu dia tu yang air mata ni mengada nak mengalir. Tapi memang dia sedih, sebak, pilu. Hati dia tak tahan tengok Luth berdampingan dengan gadis tu.

            Dila cuak. Apa yang dah jadi? Tadi Naural ok aje? Mata dia melingas. Mencari. Beberapa saat dahi berkerut-kerut. Dah dapat cari punca tu lah kut.

            Luth? Dia dengan siapa tu? Dia mengeluh. Patut lah. Mesti sebab nampak Luth dengan perempuan tu kan?

            “Dila... aku tak kuat”. Esakan makin kedengaran. Mengalih balik perhatian Dila ni pada Naural.

            “Aku tak kuat”. Dila jadi sebak.

          “Naural.. aku ada ni. Aku ada”. Ditarik tubuh Naural. Dipeluknya. Nak salurkan semangat. Tak kisah lah kalau sekarang dia orang ni halang lalauan orang. Tak kisah lah kalau orang pandang lain. Yang penting Nuaral!


******

Dua-dua diam. Naural termenung. Dila pandang langit. Sekarang ni masing-masing ada dalam bilik Naural. Sesi luah perasaan tengah berlangsung ni.

            “Aku ingatkan aku dah boleh terima”. Naural mula bicara.

            “Pasal Luth dengan perempuan tu ke?”

            “Haah. Apa yang aku kena buat untuk lupakan dia Dila?” Muka diraup. Pening!

            “Cari yang lain?”

            Naural geleng kepala. Yang tu memang tak lah. Tak mungkin dalam masa terdekat ni. Dah dua kali kut dia kecewa macam ni. Tak sanggup nak rasa kali ketiga lagi.

            “Sambung baik kehidupan macam kau lalui sebelum jumpa Luth ni?” Banyak aje idea Dila ni kan.

            “Kehidupan sebelum jumpa Luth?”

            “Yup!” Lebar senyuman Dila. Sebab dia rasa idea dia tu berguna kut.

             “Macam mana kehidupan aku sebelum kenal dia Dila?”

            Dahi Dila berkerut. Adoi! Kenapa lah aku bagi idea tu kan. Tengok sekarang kan dah kena cungkit balik kisah lama.

            “Aku... aku”. Kepala digaru. Dia nak cakap ‘aku tak ingat’ tapi tak sampai hati pulak. Takut Naural ni makin sedih jadinya nanti.

            “Tapi.. aku rasa cara terbaik. Mulakan hidup baru, sibukkan diri kau sampai kau lupakan dia”.

        Sibukkan diri? Tu lah yang dia buat sebelum ni kan? Softboard dipandang. Klu dipaku atas tu. Teruskan ke tak? Dari dulu dia sibukkan diri dengan semua teka-teki tu untuk lupakan Luth... tapi berjaya ke?

              Dia mengeluh tiba-tiba.

            “Tak baik banyak mengeluh ni Naural”.

            “Semua ni berat untuk aku Dila”.

            “Aku tahu. Tapi Naural yang aku kenal kuatkan. Kau kena teruskan juga, aku tahu kau boleh”.

            “Tu Naural yang dulu Dila. Naural sekarang lemah”. Lemah aje suara Naural ni.

            “Ingat lagi kisah laki bertopi tu?”

            Naural tersentak! Dila dipandang. Kenapa Dila ni ungkit balik?

        “Sorry sebab aku ungkit balik. Tapi aku nak kau ingat balik saat kau cuba nak bangun balik dari kekecewaan tu. Kau kuat sangat masa tu.. sampai aku pun kagum tengok. Aku rasa kalau aku ada dekat tempat kau tu pun aku tak boleh jadi sekuat tu”.

            Naural menunduk. Lama dia terdiam. Nak cuba proses apa yang Dila ceramahkan tadi.

           “Siapa kau ni sebenarnya Dila?”

           “Hah?..Aku... Aku Dila lah”. Cuak juga. Asal tiba-tiba Naural tanya macam tu?

           “Aku tahu kau Dila.. kawan baik aku. Tapi kenapa sekarang ni kau tahu aje nak cakap apa masa aku tengah sedih. Kau ada aje cara nak tarik aku jauh dari rasa sedih dengan kecewa tu. Macam mana kau buat?” Air mata diseka.

             Dila tergelak kecil. Sebab tu ke?

            “Asal? Selama ni aku tak matang sangat ke?”

            “Tak berapa lah. Banyak ting tong dari ok nya. Aku pun tak sanggup nak melayan semua perangai kau tu. Macam mana lah Amir boleh tahan kan? Aku kagum betul dengan kesungguhan dia lah”.

            Mulut Dila melopong.

           “Naural jahat!!” Ditepuk kuat tangan Naural yang dah tergelak-gelak. Pending betul kawan aku ni.

            Tanpa sedar bibir Dila turut tersenyum. Akhirnya...


******

“Kau dah habis study Naural?” Sekarang masing-masing ada dekat library. Esoknya nak exam baru nak menjengak librarykan.

            “Dah...”. Mulut ditutup. Menguap. Biasa lah Nauralkan. Dia kan ada alahan dengan library ni sikit.

            Dila hanya mampu menggeleng lah. Tadi pun bukan main payah nak ajak Naural ni datang study sini.

            “Tadi kenapa? Sejak bila pulak kau rajin naik tangga?” Teringat pulak kes tadi. Bersungguh-sungguh lah Naural ni nak naik tangga. Sedangkan lift dah ternganga tunggu mangsa aje.

            “Sihat kan”.

             Dahi Dila berkerut. Apa logik punya jawapan ni.

            “Sejak bila pulak kau kisah sihat tak sihat ni?”

            “Sejak beberapa detik tadi”.

            “Kenapa pulak?”

            “Kenapa pulak tak boleh?”

            “Aku pelik lah.. orang yang paling malas.. sayang sangat peluh dia ni sanggup naik tangga dari lift. Tabik betul lah”.

            “Aku dah tak macam dulu Dila.. kau pun tahu kan”. Perlahan aje nada digunakan.

           Tak macam dulu? Apa puncanya? Ada kisah disebalik Naural dan lift ke? Nak korek lebih lagi takut pulak Naural ni makin beremosi nanti. Ni pun baru nampak dah sembuh sikit dari kecelaruan emosi dia.

          Disebalik rancaknya minda Dila ni berfikir.. dia orang tak perasaan pun di sebalik rak berhampiran maje Naural dan Dila ada telinga yang khusyuk mendengar semua perbualan dia orang tadi. Makhluk Allah tu mengeluh.

            “Awak dah berubah Naural.. awak dah berubah.. Mana Naural saya yang dulu??”


**********************************************************
 ok harap semua dapat enjoy LR entry baru ni.. mungkin ada yang rasa kurang sikit lah kut.. entah lah... tu pendapat saya lah.. hehe.. ermm... ni last entry untuk LR lepas ni dalam proses nak siapkan manuskrip pulak.. mungkin sepanjang siapkan tu blog ni tak ada cerita baru lah kut.. (tapi kut lah... entah2 nanti ada cerita baru pulak kan.. writer ni bukan boleh percaya sangat) ada yang kurang ke, tak best ke tinggalkan lah komen ya.. komen2 tu semua sangat mempercepatkan tangan saya untuk menaip (cehh!!) hehe.. thanks... ^_^

**********************************************************

Kehidupan seorang penulis © 2014