Pages

Sunday 22 September 2013

Sinopsis Love Riddles!

Sunday 22 September 2013
. . .

Assalamualaikum semua. Hai. Hello. Dalam tak sihat ni pun digagahkan diri menulis entry baru juga. Terasa dah lama tak update entry baru. Seperti yang dah diberitahu sebelum ni, manuskrip LR memang dah siap. Masih dalam proses mengedit lagi. Disertakan sinopsis dari cerita Love Riddles. Nak minta komen lah kalau ada yang terkurang ke, terlebih ke, sebelum hantar cerita. Diharapkan sokongan dari pembaca. Terima kasih.

*********

Kisah hidupnya tak seindah mana. Wajib ada ranjau dan durinya. Kehadiran lelaki itu mematahkan semangatnya. Kemudian, hadirnya teka-teki. Yang memang mampu membuatkan hidupnya berubah 360 darjah. Kalau dah namanya teka-teki mestilah kena selesaikan. Tapi.. yang menjadi persoalannya sekarang. Kenapa dia? Dalam beribu manusia dalam universiti ni kenapa dia yang menjadi insan terpilih? Tu yang pelik.

“Dalam banyak manusia dalam universiti ni, kenapa aku yang jadi insan terpilih?” – Naural.

“Kerana awak... Naural”. – Si pemberi teka-teki.

Kehadiran Luth pula mengoyahkan hatinya. Dia jatuh. Cair dengan lelaki itu. Tetapi kemunculan seorang gadis membuatkan Naural tersedar dari mimpinya. Aku tak sesuai untuk dia. Duduk tak sama rendah, diri langsung tak sama tinggi.

“Hati tolong jangan terleka lagi. Dia bukan untuk kita”. – Naural.

Dari situ, dia mula fokus pada teka-teki yang diterima. Pujukan dan alasan Luth langsung tak diterima. Dia tak nak terleka. Tapi kita hanya boleh merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya. Dia terjatuh semula. Kali ini dengan SI PEMBERI TEKA-TEKI.

“Sudi awak jadi kekasih saya? Jadi teman hidup saya?” – Si pemberi teka-teki.


Kehadiran kisah silam yang ingin dilupakan muncul kembali. Luth setia menanti. Dan misteri pemberi teka-teki. Siapa sebenarnya yang telah bertatah dalam hati Naural selama ni? Siapa sebenarnya hero cik hati, yang selalu membuat hatinya berdetik laju? 







Tuesday 17 September 2013

Dah siap!

Tuesday 17 September 2013




Assalamualaikum.. hai, hello semua. Dari tajuk atas dapat teka tak entry ni mengenai apa? Teka aje. Hehe. Ok.. sebab excited sangat tu yang nak kongsikan dengan semua. OFFICIALLY.. manuskrip Love Riddles dah siap! Wahh.. excited sangat ni. Haha. Sekarang sedang dalam proses mengedit dan memikirkan idea untuk sinopsis. Ada yang nak menyumbang idea ke? Terharu aje kalau ada yang tolong. Insya-Allah, dalam tahun ni akan dihantar untuk penilaian.. harap semuanya berjalan lancar. Tukar topik kejap.. kepada semua yang dah baca dan dapatkan novel Pelindung Cinta!.. terima kasih tak terhingga kepada anda. Kalau ada tersilap terkurang harap maafkan. Saya budak baru belajar..


"Yang baik datang dari Allah SWT, dan yang kurangnya datang dari diri saya sendiri..".


p/s = Terima kasih atas segala sokongan dan komen yang membina sehingga lahirnya novel ni, tanpa anda siapa lah saya.. 





Kehidupan seorang penulis © 2014