. . .
Tuk..tuk..tukkk..
“As’salam...woi Dila. Bangun lah!!” Merah dah kut
tangan dia. Dari tadi duk ketuk pintu
ni aje. Kenapa lah Dila ni tak buka lagi? Tidur ke apa?
“Huarghh”. Mulut ditutup. Serabai sangat
dah. Muka memang jelas nampak baru bangun lah ni. Mesti kes tidur balik lepas
subuh tadi kan.
“Nak apa
ni Naural? Apa ni kacau aku pagi-pagi”. Jelas tak puas hati. Dah lah semalam
dia tidur lambat.
“Kejap
lah Dila..ada hal aku nak cakap ni. Hal penting!” Sengaja ditekankan. Nak bagi
Dila tahu yang dia ni memang tak main-main.
“Hal
penting??” Mata dia luas terbuka. Hal penting apa pulak ni?
“Yup! Penting”. Naural melangkah masuk.
Kalau tunggu Dila ni yang jemput dia tak ada lah kan. Tadi pun macam pending aje. Biasa lah mamai lagi tu.
“Hal apa
ni?” Dua-dua duduk bersimpul atas katil. Port
gosip dia orang ni..dah lah panas aje katil ni. Sebab tuan dia bangun
lambatkan, tu yang panas aje.
“Aku
dengan Luth”.
“Hah? Serius? Bila-bila? Kenapa aku
lambat tahu ni?” Muka memang excited
tak boleh tahan.
“Tahu
apa ni?” Kepala digaru. Apa yang Dila ni maksudkan pulak? Dia dah tahu dulu ke
apa?
“Yang
kau dah couple dengan Luth kan?”
Kening diangkat-angkat.
“Eh? Bila masa ni? Aku tak ada apa-apa
dengan dia lah. Setakat hari ni kawan aje lah”. Macam bagi hint kan? Tadi Naural sebut ‘setakat hari ni’. Kalau esok mungkin
boleh ubah status kawan jadi lain ke?
Dila
tersengih-sengih. Dia macam dapat tangkap apa sebenarnya perasaan Naural
sekarang ni. Sebab dia pun dah pernah rasakan.
“Hal apa
yang kau nak cakap tadi?” Tak apa lah kita matikan dulu topik Naural dengan
Luth. Buka cerita lain dulu.
Naural
tarik nafas sebelum buka mulut bertanya. Seram sejuk ni.
“Aku
keliru dengan perasaan aku lah Dila”.
Dahi
Dila berkerut.
“Perasaan
apa yang keliru ni?”
“Perasaan
aku pada Luth”.
Mata
Dila terbuka besar. Aku sangkakan tadi topik tu dah habis. Rupanya memang pasal
ni yang Naural ni nak cakap. Makin segar lah nampaknya aku ni. Topik favourite aku untuk season ni kut. Kisah Luth dan Naural.
“Apa
yang kau rasa tiap kali jumpa dia?”
Muka
Naural jelas dah memerah.
“Aku
rasa seronok..tengok dia..muka dia..rasa tenang. Dia lain..tak macam laki lain
dalam pandangan aku ni”.
Dila
ralit pandang Naural. Nampak lain sangat Naural ni bila cakap pasal Luth.
Nampak happy. Tersenyum-senyum dari
tadi.
“Kau
suka Luth kan?”
Naural
tersentak! Tiba-tiba dengupan jantung dia mula terdengup kenyang. Dadanya
disentuh. Betul ke?
“Jantung
terasa nak keluar?” Dila tergelak kecil. Comel pulak tengok Naural macam ni.
Naural
hanya angguk. Tak tahu nak cakap apa. Kepala ditundukkan. Malu kut!
“Tu
petanda dia yang memang Luth dah dapat tempat dalam hati kau. Sebab tu kau
dapat rasa semua tu bila dekat dengan dia..bila tengok muka dia. Terima aje perasaan
tu Naural. Jangan tolak. Mana tahu dia yang tertulis untuk jadi Adam kau”.
Naural
menghela nafas. Panjang.
“Tapi
aku takut Dila. Aku tak nak kisah lepas tu berulang lagi. Aku pun baru sangat
kenal Luth ni”.
“Then..kalau kau takut sekarang ni jangan
terburu-buru macam dulu. Kau ambil masa untuk kenal hati Luth macam mana dulu.
Belajar semua tentang dia. Kenal semua yang ada dekat sekeliling dia.
Kawan-kawan dia..kesukaan dia. Nanti kau sendiri akan rasa dekat dengan Luth
tu”. Panjang nasihat Dila ni kan. Tapi semua dia cakap ni pun bukannya dia
fikir dulu..keluar mentah-mentah dari mulut.
Dulu aku
terburu-buru ke? Apa maksud Dila ni?
******
“As’salam semua”. Jelas lain sangat Naural sekarang ni.
Jelas nampak cahaya kegembiraan dari raut wajah dia ni.
“W’salam..cari
Luth ke ni?” Sengaja aje Amir ni nak mengusik. Dah tak ada kerja lah tu.
Muka
Naural memerah. Jahat lah dia orang ni...selalu sangat nak usik dia.
“Woi! Apa kau dah buat dekat Naural ni?”
Yang
lain tergelak. Naural makin menunduk. Sejak bila lah Naural ni jadi pemalukan.
“Wahh...abang hero dia dah sampai lah.
Tak patut lah kau ni Luth, mana ada kita orang buli adik comel ni”.
Tersengih-sengih Amir ni pandang Naural.
Abang
hero aku? Apa-apa aje lah Amir ni pun.
“Banyak
lah kau, ada apa Naural? Nak ajak makan ke?” Dah biasa sangat makan sama dia
orang ni.
“Haah. Ada banyak kerja lagi ke? Kalau
tak saya tunggu dekat cafe aje lah”.
Segan lah pulak nak berlama dekat sini.
“Eh? Kejap..kejap..tak lama lagi ni.
Tunggu lah”. Manja pulak lah suara Luth ni. Nak goda Naural ke apa?
“Ok”.
Naural duduk kerusi yang memang jauh dari Luth dengan kawan-kawan dia. Biar
jauh..asalkan selamat.
Sejam
kemudian....
‘Sekejapnya’
Naural ni kena tunggu kan? Sampai dah tertidur dah Naural ni tunggu Luth. Asyik
sangat dia orang ni berbincang sampai dah lupa yang Naural ni dari tadi tunggu
abang hero dia. Dah lah tidur masa perut kosong. Kesian..
“Luth...tuu”.
Bibirnya dimuncungkan. Macam mulut itik dah Amir ni.
Luth
alih pandangan. Ikut arah muncungan Amir tu. Dia tersenyum. Comelnya dia tidur.
Lena aje. Luth alih tempat duduk. Dia duduk dekat kerusi yang berhampiran
dengan Naural ni. Senyuman makin lebar.
Kesian
pulak tengok budak comel ni? Tapi lagi tak sampai hati nak kejut dia bangun.
Nampak tubuh Naural ni menggigil. Sejuk mungkin. Dibuka jaket yang membaluti
tubuhnya tadi. Dipakaikan kepada Naural. Diusap lembut kepala gadis tu. Tidur
baik-baik sayang...
“Luth!
Jangan nak gatal sangat depan kita orang lah”. Amir ni memang tak puas hati
aje. Dia suka kenakan Luth dengan Naural ni. Nampak cute kut.
“Masalah
lah kau”. Tergelak kecil dia dengan sergahan Amir tu. Saja aje nak kenakan aku.
Mentang-mentang lah Dila jauh. Tak ada lah jauh mana pun, si Dila ni tengah
membuta dekat bilik sebenarnya.
“Apa cerita
kau dengan Naural ni?”
“Cerita
apa?”
“Jangan
nak berdalih lah Luth. Kita orang ni tahu kut semua cerita kau dengan dia. Kau
dah ada apa-apa dengan Naural ke?”
“Soon.. sekarang belum ada apa-apa lagi”.
Tenang aje dia jawab. Masih lagi tersenyum tengok Naural yang terlena.
“Hah? Belum ada apa-apa lagi? Serius ke?”
Danny menyampuk. Dari tadi dia mendengar aje. Baru berminat nak masuk sekali
perbualan yang tak berapa hangat ni. Suam-suam aje.
“Ye
lah.. belum ada hubungan lagi. Kau kenapa ni Danny? Terkejut pulak”.
Danny
tersengih malu.
“Tak ada
apa. Saja aje berminat nak tahu. Dah kau sekarang ni rapat sangat dengan Naural
tu. Tu yang aku pelik. Lama sangat lah kau ni bertindak Luth. Kalau ada yang
kebas Naural tu macam mana?” Sengaja dia nak takutkan Luth ni. Dah dia yang
lambat siapa suruh kan.
“Jangan
lah cakap macam tu wei. Takut aku
dengar kut. Cuba kau doakan yang baik-baik. Ni tak”. Luth risau juga lah.
Naural ni dah lah cantik, bukan dia tak perasaan ramai yang ramai usha gadis
ni. Marah pun ada juga, tapi nak larang dia ni bukannya ada apa-apa pun dengan
Naural kan.
“Aku
bukannya doakan yang tak baik untuk kau orang berdua. Aku tak nak kau yang
melepas nanti Luth. Ramai yang tunggu Naural tu”. Termasuk aku.. Tidak
diluahkan ayat terakhir tu. Kalau Luth dengar mesti dia nak kena tumbuk. Biar
lah ni jadi rahsia dia aje.
******
“Luth..”.
Luth
tersedar. Tersenyum sikit. Tadi dia termenung. Terkejut juga lah bila dengar
ada yang sebut nama dia. Naural dah jaga rupanya. Jam dipandang. Dah pukul 1
pun. Lama juga Naural ni tidurkan.
“Good morning”. Luth tersenyum. Comel
sangat Naural ni. Macam ni ke muka dia masa bangun tidur. Nampak segar.
Senyuman pun lain dari tadi. Untung dia dapat tengok senyuman ni.
Naural
tergelak. Rambut dibetulkan sikit. Muka dilap. Segan kalau ada apa-apa. Dah lah
dari tadi Luth tak lepas pandang dia.
“Tak ada
apa-apa lah. Awak comel aje macam biasa”.
Naural
apa lah..bila dengar Luth puji dia comel makin merah lah muka dia. Tapi dalam
hati kembang setaman. Suka dapat pujian dari laki tu.
“Lama ke
saya tidur tadi?”
“Ermm...tak lama lah. Tak terasa lama
pun”. Memang betul Luth tak rasa lama, sebab sepanjang Naural tidur dia asyik
pandang raut tu. Sampai berkali kena gelak dengan kawan dia pun dia buat dek aje. Terus memandang.
“Berapa
jam?” Masih lagi bertanya. Nak tahu sangat ni. Sebab dia rasa macam lama aje.
Tengok meja ni tinggal dia dengan Luth aje pun dah tahu lama dia tidur tadi.
“Ada lah
dalam 3 jam”.
“Hah?” Terlopong mulut Naural. 3 jam??
Lamanya aku tidur... Tu pun boleh Luth cakap tak terasa lamakan.
“Dah lah tu... tak payah nak buat muka
terkejut comel tu. Dah jom”. Kerusi ditolak ke belakang. Nak bangun. Terasa
kebas juga lah kaki dia. Lama sangat duduk kan.
Kepala
digaru. Ada sisa mamai lagi ni.
“Jom nak
pergi mana?”
Luth
tergelak. Lepas tidur terus lupakan Naural ni. Nasib baik aku ni dia dah ingat,
kalau dia lupa juga tak ke naya.
“Pergi
makan lah sayang oi. Dah jom.. Mesti
awak dah laparkan”.
Naural
terkedu! Sayang?? Aku ke? Sekelilingnya dipandang. Mana ada orang lain dekat
sini. Kepala digaru lagi. Makin kusut jadinya rambut dia. Luth yang dah menjauh
dipandang. Rasanya aku salah dengar kut..ignore
aje lah..
“Nak
makan apa ni?”
“Ermm.. mee hoon goreng special..extra telur..nak..”.
“Sayur
kena banyak dari mee, tak nak pedas, tak nak banyak minyak, letak bawang goreng
sekali betul tak?” Tak payah tunggu Naural cakap habis pun dah tahu. Dah hafal
dah semua ni.
“Hebat
lah awak”. Siap tepuk tangan lagi Naural ni. Terharu sebab Luth ingat lagi.
Kalau orang lain mesti cakap dia ni demandingkan.
Tapi Luth ni relakan diri aje layan semua kerenah dia. Mungkin sebab ni kut dia
suka Luth. Entah lah...
“Ok..done. Kejap lagi dia orang hantar”. Luth
tarik kerusi depan Naural. Sekarang ni dia orang ada dekat luar. Tu pun atas
permintaan Naural ni juga. Sebabkan Luth ni ada kerata dia ajak laki tu bawa
dia makan dekat luar. Dengan alasan dah bosan makan dekat dalam UKM ni..untuk
tambah perasa dia cakap juga makanan tak banyak jenis. Saja nak buat Luth
simpati dengan dia lah tu. Pada hal sebelum ni boleh aje dia telankan.
“Nah...minum juice orange ni. Bagus untuk awak”.
Naural
tersenyum. Dia sambut air tu. Dihirupnya. Sedap! Segar! Luth ni tahu-tahu aje
kan yang dia ni peminat tegar juice
ni.
“Tidur
lambat ke semalam?” Naural yang dah gaya macam nak tidur balik tu ditanya.
Kalau diam aje mesti dah terlena Naural ni.
“Haah. Siapkan assignment. Sem ni banyak pulak bebanan assignment ni. Kadang-kadang ada rasa tak nak buat, tapi tak sampai
hati pulak. Ni kan last sem”. Sempat
dia nak mengadu dekat abang Luth hero ni.
“Banyak
sangat ke?” Kesian pulak tengok Naural ni. Dia dah cair sebenarnya. Naural ni
pun satu..dah dia pergi merayu guna suara ala-ala comel dia tu kenapa.
“Banyak...semua
subjek ada”. Manjanya suara.
“Kesian
awak kan. Kalau tak dapat buat..minta lah tolong kawan. Tak pun saya kan ada”.
Awak tak banyak assignment ke Luth?
Baiknya hati nak tolong Nauralkan.
Mata
Naural dah bersinar-sinar. Tapi kejam aje.
“Tak nak
lah. Awak pun last semkan. Mesti lagi
banyak projek dari saya. Saya tak nak susahkan awak lagi. Sekarang ni pun library tu dah macam bilik awak...asal
ada kerja aje buat dekat situ..saya ni tak lah kejam sangat nak tambah lagi
kan”. Fuhh...nasib baik Naural ni
memahamikan.
“Tak apa
lah...course kita pun ada terkait
sikitkan. Kalau ada yang saya boleh tolong apa salahnya saya tolong. Saya tak
suka lah awak tidur lambat. Tak elok untuk diri awak juga nanti”.
Naural
hanya tersenyum. Tak tahu nak cakap apa. Terharu pun ada ni.
“Awak pun tak payah nak buat lagak segan tu ok. Macam
baru kenal semalamkan”. Dia tak suka Naural segan sangat dengan dia sebenarnya.
Sebab terasa jauh dengan gadis tu.
“Eh? Bukan memang kita baru kenal ke?”
Mata dibulatkan.
Luth
jadi geram. Sengajakan Naural ni. Ditarik perlahan hidung gadis tu, mengadu
kecil dia. Tu lah siapa suruh kenakan dia kan.
“Luth
jahat!” Hidungnya diusap. Mesti dah merah ni. Sakitnya! Susah dah nak menafas.
“Ala-ala
comelnya dia kan. Tapi lagi comel hidung dia lah. Dah merah saya buat”. Dia
tergelak-gelak. Sukakan tengok Naural macam ni.
“Awww.. Naural!!”
Naural
jelir lidah. Dijauhkan sikit diri dia dari laki tu. Tak sanggup nak jadi mangsa
picit hidung lagi.
“Padan
muka! Tu balasan dia..”.
Luth
hanya sentuh tangan dia. Tadi kena tepuk dengan tangan comel Naural. Sakit pun
tak apa lah.. asalkan awak tak menangis lagi macam dulu....