Friday, 1 February 2013

Love Riddles 14

Friday, 1 February 2013
. . .


Pagi ni Naural bangun awal. Nak mulakan hari baru dengan azam baru. Dia nak belajar aje sekarang ni. Tak nak fikir pasal laki lagi. Dia tak nak luka semalam, dibuka lagi. Biar aje lah tersimpan dalam, tak diungkit lagi.

            “Morning Dila”.

            “Morning. Awal kau bangun. Dah ok tak ni?”

            Naural senyum. Risau sangat lah kawan aku ni. Kalau aku tegur tu maknanya dah ok lah kan?

            “Aku dah ok lah, aku dah tak nak ingat semua tu lagi. Aku dah tak nak jadi lemah macam dulu. Kau pun tahu dulu aku terukkan, sampai kuiz aku banyak yang dapat kosong. Kalau mama aku tahu mesti dia sedih. So kali ni aku nak usaha betul-betul cover balik result dulu-dulu”.

              Dila tepuk bahu Naural. Akhirnya..

            “Aku kan ada. Walaupun aku ni tak ada lah pandai manakan. Tapi selagi mana aku boleh bantu tu aku akan cuba ok”.

           “Thanks Dila. Aku ingat nak peluk tadi, tapi ada bau busuk pulak tiba-tiba. Kau tahu tak dari mana datang”. Sengaja dia dekatkan hidung ke arah Dila.

            Mata Dila membuntang.

           “Kau nak cakap aku busuk lah ni kan? Jahat lah kau Naural, tak baik buli aku insan yang tak berdaya ni”.

            “Poyo lah kau! Tapi memang busuk pun”.

            Dua-dua tergelak. Sebelum tiba-tiba gelak Naural mati. Baru teringat ada sesuatu yang dia nak tanya tadi.

            “Dila, berapa harga ubat tu?”

           “Ubat? Ubat apa ni? Aku pun selama ni mana lah pernah beli apa-apa ubat. Selalu ambil free aje”. Kepala digaru. Makin serabai lah jadinya rambut Dila ni. Naural yang tengok dah menggeleng. Apa kena lah dengan kawan aku ni?

           “Ubat demam aku hari tu. Ada dalam empat paket atas meja aku. Aku nak bayar balik ni. Berapa?” Dompet dah sedia.

              Lama Dila fikir. Ubat..ubat..Ubat apa ni?

           “Ohh...ubat tu. Tu free aje lah Naural. Tak payah bayar lah, ada yang kasi. Dia letak depan bilik kau masa tu”.

             Muka Naural blur. Ada yang kasi?

            “Siapa? Aku rasa kau aje yang tahu aku demam masa tu. Tak kan ada tiba-tiba pulak yang letak kan. Misteri ni”.

              Dila angkat bahu. Dia pun tak tahu.

         “Aku pun tak tahu siapa Naural. Masa aku nak keluar bilik kau, memang dah nampak bungkusan tu. Dah lah bungkus, bungkusan dalam bungkusan. Mencabar betul masa nak buka”. Sempat lagi Dila ni merungut. Masih tak puas hati lah tu.

            “Hah! Kalau kau tak percaya, tengok dalam laci meja kau tu. Ada kertas yang dia selitkan sekali masa bagi ubat tu. Kau baca lah”. Mulut ditutup. Mengantuk lagi ni.

            “Ok, yang kau ni mengantuk sangat kenapa? Dah lah tu Dila. Pergi mandi segarkan badan kau”.

            “Laarhh.. Tak nak lah Naural. Bukan nak buat apa-apa pun hari ni. Aku nak tidur balik ni. Tak ada kerja lah. Bosan!”

         “Eh? Eh? Tak boleh..tak boleh. Kejap, ada kerja khas untuk kau”. Tangan Dila ditarik, halang dia dari masuk tidur balik. Ni memang tujuan utama dia cari Dila tadi. Yang hal ubat tu lupakan kejap lah.

            “Apa lagi ni Nuaral, kaunter pertanyaan atau pertolongan dah tutup ok. Lain kali lah, esok ke, malam nanti ke”. Dia memang malas ni. Lesu aje badan.

       “Kejap lah..memang perlu sangat pertolongan kau ni”. Naural berlari masuk bilik dia. Bukannya jauh sangat pun. Tu pun nak lari juga. Gimik aje ni.

              Dila tunggu juga. Dengan muka bosan dia tu, diri bersandar pada pintu. Malasnya!

            “Ni dia. Kau tolong sedekahkan jaket ni dekat sesiapa boleh tak? Bagi aje mana-mana laki yang macam susah dekat uni kita ni”.

            “Hah? Sedekah? Nak aku buka kaunter sedekah pulak ke?” Jaket yang diserahkan diambil juga. Macam pernah nampak aje jaket ni dulu. Naural pernah pakaikan?

            “Siapa punya ni? Jangan cakap laki tu...”. Sebab rasanya Dila ni boleh teka kut.

            “Betul lah tu. Aku tak nak simpan dah semua barang yang dia bagi. Buat kepala aku makin sakit aje nanti fikirkan hal lepas. Aku nak lupakan semua tu”.

         Dila senyum. Dah tak bosan dah muka dia, sebab ada topik menarik dia orang tengah bincang ni.

         “Betul ni? Tak menyesal?” Sengaja nak duga Naural dah tu. Tergelak dia tengok muka Naural yang jelas memang tak puas hati.

         “Betul lah. Buat apa nak menyesal pulak. Benda ni bukan untuk dikesalkan lah Dila, ni semua untuk dilupakan. Tak guna pun aku nak simpan lagi, kalau boleh semua memori ni pun aku nak buang. Tapi mustahilkan, so aku mulakan lah dengan jaket ni dulu”.

            Terangguk-angguk Dila dengar. Memang betul pun, dia kalau boleh pun tak nak lah Naural ni sedih lagi. Ok kita buang semua!

            “Ok, aku bagi lah sesiapa nanti jaket ni. Ada apa-apa lagi tak?”

          “Ermm...yang tu aje rasanya. Dah kau dah boleh masuk sambung tidur. Sorry ganggu kau pulak. Aku tak tahu nak minta tolong siapa ni”.

           “Kau ni, apa gunanya kawan kan. Kalau nak apa-apa pertolongan aku cakap aje. Tak payah nak segan lah Naural, kita pun bukan baru aje kenalkan”.

      Air mata yang nak mengalir ditahan. Tolong jangan keluar...aku dah janji nak jadi kuatkan..tolong jangan...

        “Thanks Dila..thanks”. Dipegang tangan Dila. Tapi bila fikir-fikir balik. Bukan Dila ni tak mandi lagi ke. Dengan tersengih-sengih depan dia ni, nampak busuk? Entah lah.. Baik jauh sikitkan.

          Masuk aje bilik, laci meja dituju. Nak juga baca nota tu. Nasib baik aku ingat lagi, kalau tak masa kemas nak balik nanti lah kut aku baca. Sebab laci meja ni mana pernah aku guna pun selama ni. Buat hiasan aje lah.

            Kertas diambil.

            Ubat ni untuk Naural, tolong bagi dia makan ikut masa dia. Tolong jaga dia baik-baik. Jaga dia untuk saya. Terima kasih. Kalau ada apa-apa yang tak cukup boleh mesej dekat nombor ni 010-0000000.

            Lama ditenung kertas tu. Siapa pulak ni? Tak ada nama lagi. Tapi tak payah nak semakkan kepala lah. Cukup lah aku cakap terima kasih dalam hati khas untuk dia. Terima kasih awak..
           
******

Naural terbangun lambat hari ni. Ye lah semalam dia dah bersengkang mata dengan Dila buat tutorial. Sampai tidur pun lambat, dalam pukul 4 pagi macam tu. Tapi sepanjang masa tu tak ada lah bincang sangat pun. Lagi banyak bergosip lah. Nama pun perempuankan.

            Tuk tuk tuk...

         “Kejap-kejap”. Tergesa-gesa. Cepat aje dia rapikan rambut dia. Tapi guna tangan? Mana sikat? Dah malas nak betulkan lagi, laju tangan dia capai satu topi. Senang sikit, boleh sorokkan rambut serabai dia ni.

          “Naural!! Cepat lah, dah lambat nak pergi kelas ni”. Kuat pulak Dila ni menjerit. Apa tak sakit tekak ke?

            “Kejap-kejap”. Pintu bilik dah dibuka. Tapi nak pakai kasut kejap. Dah lah ada lagi 5 minit aje. Kalau lambat kena tinggal bas lah jawapnya.

          Dahi Dila berkerut. Sejak bila pulak kawan aku ni bertopi? Tapi nampak comel lah pulak. Tak sempat nak rapikan rambut lah tu.

          “Kenapa?” Pelik juga lah sebab angkat muka tadi nampak Dila yang ralit sangat pandang dia. Nak kata rindu, bukan sepanjang malam ke dia orang jumpa.

        “Tak ada apa lah. Kau nampak lain pulak pakai topi. Dah jom. Dah lambat sangat ni”. Tangan Naural ditarik. Kena cepat ni. Bukan lah ada kuiz ke apa, tapi dia orang dah lambat nak masuk kelas. Segan lah nak masuk lambat, nanti semua mesti nak pandang.    
    
          “Mana dapat topi ni?” Topi Naural disentuh. Sempat lagi si Dila ni bertanya. Dah lah tengah berlari ni.

          “Ada yang kasi. Aku pakai aje lah”. Terhenti-henti nada suara Naural. Susah kan nak cakap masa tengah lari. Tapi tak kan pulak tak nak jawap pertanyaan Dila ni. Nanti ada pulak Dila merajuk dengan dia pulak.

           “Serius? Kau ada peminat ke Naural?” Dapat juga dia cakap dengan tenang, sambil duduk-duduk bersandar dalam bas. Nasib baik lagi, sebab dia orang sempat naik bas ni tadi.

          “Aku? Ada peminat? Entah lah Dila. Tapi siapa lah yang gila sangat nak kan aku ni kan. Lagi pun sejak kes laki tu aku dah malas nak masuk dalam dunia-dunia jiwang, bunga-bunga ni”. Hati dia dah tawar. Memang betul-betul dah tawar. Datang lah sehensem, semacho, sesweet mana pun laki. Dia memang tak akan layan dah. Tapi betul ke? Semua ni bukannya kita boleh ramalkan.

          Dahi Dila berkerut. Tengah nak hadam apa yang Naural cakap tadi. Betul ke? Dia tahu yang Naural ni dah serik. Serik sebab kena tinggal, tapi semua yang berlaku ni buat dia tertanya-tanya. Bermula dengan bungkusan ubat tu, sekarang ni topi pulak. Banyak betul peminat kau Naural. Aku nak satu boleh tak?

            “Mula-mula ubat, then topi. Lepas tu apa pulak?”

        Naural alih pandang. Dari tadi dia asyik pandang ke luar tingkap. Rasa tenang tengok kehijauan pokok. Tapi apa yang Dila cakap tadi memang mampu menarik perhatian dia.

            “Ubat? Topi? Kau cakap pasal apa ni?”

          “Ingat tak ubat tu? Ubat yang aku bagi masa kau demam dulu”. Dia cuba bawa balik ingatan Naural yang memang jenis senang lupa tu ke kejadian lepas.

            Mata Naural mengecil. Nak perah otak dia. Susah juga ni. Sakit kepala aku nak ingat balik semua tu.

            “Ubat? Ohh..yang ada orang letak depan bilik aku tu ke?” Dapat juga dia ingat. Ingatkan kena tunggu lagi dua minggu baru kejadian tu dia ingat balik. Nasib baik kejap aje. Tak ada lah Dila ni panas aje tunggu.

              “Yup..Yup..Bagus! Ingatan kau ni dah makin kuatkan. Senang sikit kerja aku”.

          Naural mencebik. Tak patut betul! Aku tahu lah bab-bab nak simpan memori ni aku memang ada masalah sikit. Ok..ok...bukan sikit. Tapi banyak.

            “Cakap aje lah Dila, tak payah nak kutuk aku”. Makin memuncung mulut Naural.

             Dila ketawa. Dah lah kuat. Buat malu aje lah.

          “Pasal ubat tu hah. Aku rasa laki lah yang bagi. Someone yang anggap kau ni penting. Sebab dalam surat tu dia macam ambil berat sangat pasal kesihatan kau. Siap suruh aku jaga kau lagi”. Tersenyum-senyum Dila ni. Sebab ingat balik ayat yang tertulis dalam surat tu. Sweet!

            “Pandai lah kau! Mana tahu tu warden aje ke. Tak payah nak berangan lebih sangat ye cik Dila oi”.

            “Warden? Kau pernah nampak tak selama ni dekat blok kita tu ada bayangan warden?”

             Naural geleng kepala. Memang tak pernah nampak pun.

           “Hah! Pandai pun. Kalau tak pernah nampak, apa yang buat kau fikir semua tu ihsan dari warden pulak. Aku rasa sebab dia tak boleh masuk jumpa kau lah dia wakilkan aku. Sebab dia laki, laki kan tak boleh masuk blok perempuan. Logikkan?”

            Dahi Naural berkerut. Memang tak sampai umur 30 tahun muka dia dah berkedut ni. Asal ada masalah aje berkerut.

            “Logik ke? Aku tak nampak pun apa yang logiknya. Dah lah Dila, aku malas lah nak fikir pasal semua ni lagi. Aku tak nak kejadian lepas berulang lagi. Aku takut, serik”.

            “Aku tahu kau serik, tapi kan Naural tak kan kau nak tolak semua laki lain yang nak kenal kau. Kau patut bagi dia orang peluang juga kan. Tak adil hanya sebab satu laki, yang lain pun kena tempias dia”.

           Naural mengeluh. Dia tahu apa yang Dila cakap tu semua betul. Tapi hati dia yang tak boleh. Tak boleh buka untuk laki lain lagi. Mampu ke dia? Mampu ke dia bina hubungan dengan orang lain sedangkan kenangan lepas masih menghantui dia?

            “Entah lah Dila. Entah lah. Kita serahkan aje pada takdir semua ni. Kalau jodoh aku dah ditakdir ada dekat sini, nak tolak macam mana pun tak boleh kan. Kita tunggu aje, tengok apa yang akan jadi nanti. Mana tahu bukan aku tapi kau yang bertemu jodoh dulu”.

            Tersengih-sengih Dila dengar Naural cakap macam tu. Aminnn..aminn..harap-harap cepat lah kan. Gatal betul anak dara seorang ni kan. Belajar pun tak habis lagi.

         “Harap mulut kau tu masin lah kan Naural”. Tapi dalam hati Dila ni masih ada yang tertanya-tanya lagi. Hati dia rasa memang betul apa yang dia cakap tadi. Memang betul kawan dia ni ada peminat. Tapi yang jadi persoalannya siapa?

 ******

Woi!”

           “Apa woi..woi.. Cantik bahasa kau”. Panas Dila dengar bahasa ‘sopan’ Faiza tadi. Kurang sopan betul. Macam mana entah minah seorang ni boleh berubah sedrastik ni.

             Faiza ketawa. Kuat. Sinis.

            “Buat apa aku nak cakap baik-baik untuk perempuan macam ni. Perempuan perampas. Ni semua memang rancangan kau dari dulu kan?” Mata dia mencerlung pandang ke arah Naural.

            Naural pandang pelik. Apa pulak masalah dia ni? Apa salah aku pulak?

            “Apa yang kau tak puas hati lagi ni huh? Kau memang tak puas kan, dari dulu ada aje yang kau tak puas hati dengan Naural ni. Dah lah, tak payah nak tengking-tengking macam ni. Cakap elok-elok tak boleh ke?”

            “Cakap elok-elok dengan perempuan ni? Perempuan yang dah buat aku malu ni? Tak perlu wei. Tak perlu!”

            Naural hela nafas. Berat!

            “Apa lagi ni Iza? Kau nak apa? Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku?” Naural berani bertanya. Tak perlu takut pun.

         “Topi ni! Mana kau dapat?” Panas dia bila nampak Naural masuk tadi. Semuanya hanya disebabkan topi tu. Topi tu!

       “Topi?” Topi dibuka. Dia nak topi aku ke? Nak buat apa pulak? Jangan nak cakap dia memekak ni hanya sebabkan topi ni. Memang tak munasabah betul.

          “Apa masalah kau dengan topi Naural ni pulak? Kau ni memang tak serik lagi kan. Ada aje yang tak puas hati, dari dulu lagi aku memang tak puas hati dengan perangai kau ni”. Laju aje Dila luah perasaan tak puas hati dia.

         “Aku tak ada masalah dengan kau Dila. Baik jangan masuk campur. Ni semua antara aku dengan budak penipu ni”. Jarinya lurus menunjukkan ke arah muka Naural.

        “Kau tipu aku kan selama ni? Kau kenal ‘dia’ kan? Kenapa kau nak biarkan aku malu macam tu? Kenapa kau suruh aku dekati dia juga. Kau kan perempuan tu? Kau kan perempuan yang dia suka tu?” Mata Faiza dah merah. Air mata bergenang. Dia rasa dipermainkan. Dengan kawan baik dia sendiri. Ok..bukan..dengan bekas kawan baik dia.

          “Apa kau cakap ni? Aku tak faham lah. Apa kaitan topi ni dengan dia tu? Aku tak kenal dia pun. Kenapa kau nak kaitkan aku dengan dia pulak? Tak cukup ke nak letak semua masalah ni dekat bahu aku dulu? Kenapa nak tambah lagi?” Banyak soalan dari Faiza tadi dibalas dengan soalan juga. Dua-dua pihak memang tak puas hati.

       “Tak payah nak berlakon. Topi ni. Topi yang aku bagi dia. Macam mana ada dengan kau pulak? Kalau kau tak kenal dia macam mana kau boleh ada topi ni?” Memang nampak sangat Faiza ni tak puas hati.

         Dahi Dila berkerut. Raut Naural dengan Faiza dipandang silih berganti. Nasib baik pensyarah belum masuk lagi. Kalau tak jadi makin teruk ni. Dia nak jadi pendamai pun tak boleh. Sebab dia nak tahu juga apa yang Faiza ni tak puas hati. Tunggu dulu lah..

        “Dah! Cukup Naural! Tak payah nak berlakon. Bila kebenaran dah terbongkar macam ni baru kau nak cipta macam-macam alasan nak tutup kesalahan kau kan. Topi tu dah cukup jelas jadi bukti. Tak payah nak berdalih lagi. Kau jangan ingat aku akan biarkan semua ni. Hari ni hari kau, esok dan seterusnya hari aku. Kau tunggu lah”. Faiza berlalu. Siap bagi ugutan segala. Dia ingat dia tu saudara mafia ke apa nak ugut orang macam tu.

          Reaksi Naural? Dia hanya terkaku. Topi di tangan dipandang. Apa dah jadi ni? Satu pun dia tak faham..

1 comment:

Anonymous said...

yeah..nak tau cerita selanjutnya..hehe

Kehidupan seorang penulis © 2014