. . .
Raed melangkah tanpa arah. Tadi dia baru lepas jumpa client di Midvalley shopping mall. Sekarang dah tak ada mood nak buat kerja, balik ke office.
Masa kerja pun ada lagi 30 minit nak habis. Merayau aje lah rasanya.
Dari
tingkat ketiga, turun ke tingkat kedua. Merayau tanpa arah. Fikirannya melayang
mengingati Radwa. Kenapa Radwa muncul lagi? Apa dia nak? Sepanjang jumpa client tadi pun fikirannya tak ada di
sana.
Eskalator
dihampiri. Nak turun ke bawah. Baru aje nak turun, bayang seseorang yang
dikenalinya menghentikan langkah Raed. Radwa? Apa dia buat dekat sini. Kuat
sangat ke jodoh dia orang. Tak sampai 24 jam dah jumpa balik.
Walaupun
terkejut, Raed tetap mengekori langkah Radwa. Diperhatikan aje gelagat gadis tu
yang keluar masuk dari satu ke satu butik. Tapi masih tak ada barang pun yang dibeli.
Apa dia cari? Raed setia mengikut. Dari jarak yang tak jauh sangat, sebab
keadaan mall tu yang dibanjiri orang
ramai berjaya melindunginya dari Radwa.
Radwa
nampak macam dah give up. Nak cari dress ke? Setiap kedai yang dimasukinya
mesti dress labuh yang dipandang.
Untuk apa dress tu? Ada date ke malam nanti? Raed cemburu. Tak
tahu kenapa masih ada cemburu, ingatkan cinta untuk Radwa dah berkubur lama. Just sebab Radwa cari dress, dia cemburu. Hati..hati..kenapa
kau degil ni.
Radwa
memasuki kedai lain pulak. Dah banyak juga butik yang dia masuk dari tadi. Tapi
bila keluar aje mesti muka masam. Tak jumpa lagi lah kut. Gadis tu dari dulu
memang memilih. Tapi kalau ada yang dah berkenan mesti tak akan dia lepaskan.
Dalam
butik tu Radwa dah memandang lama satu dress
labuh putih yang dijadikan display.
Memang cantik, Raed tak nafikan. Radwa memang pandai memilih. Putih, dari dulu
dia suka warna tu. Dia masih ingat semua kesukaan Radwa. Masih terpahat kukuh
diingatannya. Tapi bila fikir kembali yang Radwa beli dress ni untuk keluar dengan laki lain, dia jadi geram. Kenapa
bukan dia? And kenapa pulak si Raed
ni nak cemburukan.
Keluar
dari butik, Radwa nampak gembira sangat. Dah jumpa dress yang dia nak. Mata Raed pun tajam memerhati langkah dia. Sampai
bila Radwa nak pergi toilet, pun dia
ikut juga. Tapi tak lah masuk, sembunyi dekat sebalik tiang aje.
**********************
Semalam Radwa tak dapat ikuti Raed, dia dah berpatah
balik bila Raed masuk ke kawasan hutan. Tak keselamatan dirinya terancam. Tapi,
penyiasat upahannya Hisyam tadi ada sampaikan berita yang Raed akan hadiri satu private party malam ni. Tak tahu pulak macam mana laki tu dapat,
yang penting dia pun akan hadirkan diri juga. Mana ada Raed situ ada Radwa!
Lepas habis
kerja tadi terus dia ke Midvalley nak
cari dress yang sesuai. Yang penting
kena labuh and warna putih. Favourite
colour dia. Lepas magrib, dia terus bersiap. Kena cepat, Datin Zara pun
belum dibagitahu lagi.
First time Radwa make up macam ni, nampak lain sangat. Cantik. Rambutnya disanggul tinggi. Menampakkan leher jinjangnya. Mengoda dengan cara dia sendiri tapi still nampak sopan dengan dress labuh berlengan panjang.
First time Radwa make up macam ni, nampak lain sangat. Cantik. Rambutnya disanggul tinggi. Menampakkan leher jinjangnya. Mengoda dengan cara dia sendiri tapi still nampak sopan dengan dress labuh berlengan panjang.
“Wahh,
cantiknya anak perempuan mama ni”.
Radwa
dah tersipu malu. Tak biasa terima pujian macam tu.
“Ada aje
mama ni. Make up aje semua ni”.
Datin
Zara tergelak. Dato’ Ammar tersenyum, setuju dengan kata isterinya tadi. Radwa nampak
cantik, lain dari penampilan biasanya.
“Radwa
nak dating ke? Dengan Raed?” Saja
Datin Zara menggagak. Dah berbaik ke mereka berdua?
“Tak lah
ma. Ada party kejap lagi. Raed pun
ada. Nak pergi bertugas ni. Jaga Raed”. Tergelak Radwa dengan katanya sendiri.
Macam over lah pulak pakai baju ni
semata-mata nak mengintip Raed. Tapi kalau pakai baju yang selalu dia pakai,
kena halau lah pulak nanti.
“Ohh..
Hati-hati sayang. Awak tu perempuan. Jaga diri baik-baik. Mesti ada ramai buaya
darat dekat party tu. Dah lah Radwa
cantik sangat malam ni. Kalau ada yang tegur jangan layan”.
“Ye ma,
Radwa jaga diri baik-baik nanti. Mama jangan risau. Mama tak payah tunggu Radwa
balik malam ni. Takut balik lambat pulak. Tapi promise before 12 dah balik”. Tangan Datin Zara dicium. Pipi kiri
kanan juga. Dia makin manja dengan Datin Zara. Tersenyum Dato’ Ammar
melihatnya.
“Ok
sayang. Hati-hati bawa kereta tu”. Sempat dilaungkan pada Radwa yang dah jalan
jauh ke kereta. Radwa sempat menoleh mengangkat tangan.
***************************
Alamat dikertas ditengok. Ni perumahan orang kaya-kaya
ni. Hish, Raed ni memilih kawan betul. Sempat pulak Radwa merungut. Kereta
diletakkan di bawah pokok, agak jauh dari rumah yang nak ditujui. Langkah diarah
mendekati rumah tu. Ramai datang secara pasangan. Dia aje yang sendiri. Tapi
tak apa lah, bukan syarat pun.
“Miss, miss. Kejap”. Langkah Radwa mati.
Terdengar seperti ada yang memanggil dia.
“Panggil
saya ke?” Jarinya ditunjuk ke mukanya.
“Yup,
sila tunjukkan card miss”.
Card? Kena ada ke? Kenapa Hisyam tak
cakap apa-apa pasal benda ni.
“Ada tak
miss? Kalau tak ada miss tak boleh masuk. Ni private party. Bukan semua yang boleh
masuk”.
“Saya
ada lah. Tapi tertinggal. Tak akan tak boleh masuk”. Terpaksa menipu. Demi Raed
juga. Haii Radwa, asyik-asyik Raed yang dipersalahkan.
“Tak
boleh miss, tuan rumah ni dah bagi
arahan macam tu. Yang ada card aje
boleh masuk. Tolong miss, saya tak
nak kena buang kerja sebab hal ni”.
Radwa
mengaru kepala. Nak buat apa ni? Tak kan nak balik aje? Keluh hatinya.
“Tapi,
tak akan saya nak patah balik ambil. Rumah saya jauh lah”.
Jaga itu
menggeleng. Dia tetap tak bagi Rdadwa masuk. Dah kerjanya begitu.
“Samad
kenapa ni?”
Radwa
yang nak melangkah pergi tak jadi. Nasib baik ada yang datang. Harap-harap tuan
rumah ni. Harap baik juga. Laki yang sedang bertanya tu dipandang. Hensem! Tapi
tak boleh kalahkan Raed dia lah.
“Miss ni tertinggal card dia tuan. Saya tak lepaskan dia masuk. Tu aje. Tak ada masalah
apa pun. Miss ni dah nak pergi”.
Radwa
mencebik. Tak ada apa masalah? Kalau kau kasi aku masuk tadikan senang,
bukannya tuan rumah ni tahu pun. Tapi dah kerja dia kan, nak buat macam mana.
Syed
Rayyan memandang gadis yang dimaksudkan. Dia tergamam! Tak kan lah!
“Nama miss apa?” Tak dapat tahan dia nak
bertanya.
“Radwa”.
Dia tersenyum.
Syed
Rayyan pulak tergamam. Pelanduk dua serupa ke? Tapi kenapa Radwa macam tak
kenal dia?
“Tak apa
Samad, awak boleh sambung kerja lain. Hal
miss ni biar saya yang handle”.
Samad
mengganguk. Radwa diperhatikan kejap, sebelum melangkah pergi. Dia tu awek tuan
Rayyan ke? Tapi cantik, sesuai sangat.
“Sorry dah susahkan. Card saya tertinggal tadi. Kalau tak dapat masuk tak apa lah. Saya
balik dulu”.
Tangan
Radwa dipegang. Tindakan refleks. Tak nak Radwa pergi.
“Encik,
tangan saya. Tolong lepaskan. Ramai dah pandang ni”. Radwa tak selesa. Banyak
mata yang melihat.
“Sorry. Jom masuk. Saya tuan rumah.
Selagi awak dengan saya tak ada yang nak marah. Jom”. Dia tersenyum. Tak sangka
jumpa dengan gadis ni lagi.
Radwa
dah tersenyum. Suka! Dapat juga dia masuk. Macam tetamu VVIP pulak. Tuan rumah
sendiri yang jemput masuk dalam.
“Jemput
duduk dulu. Sana ada makanan. Boleh layan diri sendiri. Saya ada hal sekejap”.
Syed Rayyan tersenyum. Dari tadi tak lekang senyuman dari bibirnya. Gembira
sangat terasa. Tapi dia kena mengundur diri kejap. Ada seseorang yang dia nak
jumpa.
“Ok, thanks tolong tadi. Kalau awak tak ada
mesti saya tak dapat masuk tadi”. Radwa tersenyum manis. Syed Rayyan yang
tengok pun tergoda. Cair!
***************************
Radwa kembali ke tujuan asal dia datang ke party tu. Nak cari Raed! Matanya
melingas mencari bayang Raed. Tapi tak jumpa. Sedih juga, sangkanya Raed ada.
Dah lah beratus duit dia habis beli dress
ni. Dia mengeluh. Terburu-buru sangat keputusan dia.
“Raed,
kau ni pun. Kenapa datang lambat. Apa lah”.
Radwa
mencari tuan yang sebut nama Raed tadi. Telinga dia tak salah dengar rasanya.
Nampak laki yang jemput dia masuk tadi. Dengan...Raed! Radwa dah tersenyum.
Raed datang. Bagus lah. Laki tu datang sendiri tak ada pulak bayang perempuan
temani dia. Maybe bengang lagi kut
asyik kena tinggal dengan dia orang dulu. Nasib baik Raed tak tahu semua tu
kerja dia.
Radwa
menghampiri meja yang Raed duduk dengan kawannya tadi. Rancak sangat dia orang
berborak. Selang beberapa meja mereka aje. Tapi Raed tak nampak dia sebab laki
tu duduk membelakangkan Radwa. Radwa aje yang nampak jelas apa yang berlaku di
meja Raed.
Beberapa
minit dia duduk memerhati, dia terperasankan seorang pelayan tak pegang dulang
minuman dengan stabil. Raed pulak duduk berhampiran dengan pelayan tu. Kawannya
pun tak perasan. Rasanya macam dia aje yang perasan. Radwa menghampiri mereka.
Dangg...
Tetamu
semua terkejut dengan bunyi dulang jatuh tu. Radwa dah tutup mata. Raed dengan
kawan dia dah pandang Radwa. Yang lain pun ada yang berdiri nak lihat apa yang
berlaku. Pelayan tu dah muka pucat. Tahu silapnya.
Radwa?
Dah tiga kali dia jumpa gadis ni. Cantiknya dia malam ni. Dress tu. Sesuai sangat dengan dia. Tapi kenapa dia tolak dulang
tadi. Radwa dipandang tajam. Syed Rayyan dah pandang Raed. Dia tahu mesti
kawannya tu terkejut macam dirinya tadi.
Mata
Radwa dibuka. Dadanya dipegang. Nasib baik sempat tolak. Tak lah cederakan
kepala Raed. Pelayan tu dipandang tajam. Macam mana lah dia ni buat kerja.
Bukan pelayan macam ni dilatih ke untuk bertugas di private party macam ni. Tapi kenapa nampak macam tak reti buat
kerja.
“Awak
buat kerja macam mana tadi? Kalau kena
kepala dia macam mana”. Jari Radwa lurus menunjuk ke arah Raed. Raed dah pelik.
Apa kaitan dia dengan dulang tu?
“Sorry miss. Saya tak sengaja. Tangan
saya licin tadi”. Mukanya ditundukkan. Malu!
“Bukan
dekat saya yang awak kena minta maaf. Tapi pada encik tu”.
“Sorry sir. Saya tak sengaja tadi”.
Kepala ditundukkan pada Raed pulak. Meminta maaf.
Raed
pandang Radwa. Garangnya dia. Raed hanya tersenyum. Gadis yang menangis kena
buli dulu dah berani macam ni. Radwa..Radwa..
“Lain
kali hati-hati sikit. Kalau tadi kena kepala dia macam mana. Entah macam mana
lah dia orang lepaskan awak jadi pelayan malam ni”. Bayangkan pun Radwa dah
takut. Kalau berlaku tadi memang dirinya akan dipersalahkan. Gagal jadi
pelindung Raed.
“Tak
apa. Dah-dah. Pergi sambung buat kerja. And
kau orang semua. Ni bukan free show
lah nak tengok”. Raed tertawa. Yang lain terus buat hal sendiri. Ada yang
ketawa dengan kata Raed tadi. Ada yang mencebik, ada juga yang segan. Kena
tegur kan, macam jakun aje. Syed Rayyan dah menghilang. Ke belakang mungkin.
Radwa
nak berlalu dari situ. Segan nak menghadap Raed. Tak sangka pulak tadi dia
berani marah pelayan tu tapi kini dia yang malu. Kenapa lah dia berani sangat
tadi. Kan Raed dah perasan ni.
“Lepas
dah marah, pergi macam tu aje ke?” Tangan dimasukkan dalam poket. Berdiri
memandang Radwa yang nampak tergesa-gesa nak pergi.
Radwa
terkelu. Nak cakap apa?
Radwa
menoleh. Dia tersengih aje. Tak tahu nak cakap apa.
“Awak
selamatkan saya tadi?” Rupa Radwa dipandang tajam sampai Radwa pun tak selesa
dengan pandangannya.
“Urmmm..A..haah.
Tadi dulang tu nak jatuh, tu yang saya tolak. Sorry buat free show
pulak tadi”.
“Saya
ingatkan awak berani. Tadi berani aje marah pelayan tu. Kenapa depan saya segan
pulak?”
Radwa
hanya berdiam diri. Sebab dia lain. Awak Raed.
“Awak
nak diam aje ke? Saya tak suka cakap dengan dinding”. Nada dia dah mula naik.
Geram pulak dengan dia ni dengan Radwa. Diam aje.
Radwa
dah melopong. Dia cakap aku dinding.
“Saya
tak tahu nak cakap apa”.
“At least cakap thanks”.
“Thanks? Buat apa? Patutnya awak yang
cakap. Saya dah selamatkan awak tadi kan”. Laju aje Radwa membalas.
“Radwa..Radwa..awak
tak kan pernah berubah kan? Kenapa muncul balik? Awak nak apa?” Ditanya
bertalu-talu. Dia perlukan jawapan. Cukup lah dia orang berpura-pura tak kenal.
“Awak
kenal saya ke?” Radwa pelik. Macam mana Raed kenal dia?
Raed dah
berkerut. Apa ni?
“Jangan
nak berpura-pura dengan aku Radwa. Mesti lah aku kenal kau. Kau dah hilang
ingatan apa?” Panggilan untuk Radwa pun dah mula berubah. Geram.
“Betul
saya tak kenal”. Radwa menggeleng kepala. Dia tak tipu. Memang dia ikut Raed
selama ni. Tapi dia tak kenal Raed sangat. Semua pun dia tahu dari Hisyam atau
Datin Zara. Mana pernah dia berdepan
dengan Raed.
“Dah!
Tak payah bodohkan aku lagi. Kau nak apa? Kenapa muncul balik? Tiga tahun aku
tunggu kau. Kenapa baru sekarang kau muncul? Kenapa selamatkan aku kalau kau
nak berpura-pura depan aku macam ni. Cakap Radwa!” Mata Raed merah. Orang ramai
pun terkejut dengar tengkingan Raed. Tak sangka drama tadi dah ada episode
baru. Kali ni hero dengan heroine berganding. Scene bergaduh lagi!
Air mata
Radwa dah bergenang. Tak sangka bila dah berdepan macam ni dia dimarahi pulak.
Kalau tahu tadi , tak mahu dia nak tolong Raed. Malu, ramai yang pandang di
kena marah. Tiga tahun lepas? Dia tak datang? ‘Dia’ tu siapa? Perempuan tu!
Cinta pertama Raed ke? Tapi apa kaitan dia dengan perempuan tu?
“Saya
tak kenal awak. Betul. Ni first time
saya jumpa. Saya tak berpura-pura”.
Raed
meraup mukanya. Pandainya kau berlakon Radwa. Ditarik nafas sebelum dilepaskan.
Berat.
“Kau dah
banyak berubah. Dah pandai berlakon sekarang. Aku nak tahu kenapa kau mungkir
janji kita dulu? Apa aku dah buat sampai kau tinggalkan aku. Tu aje aku nak
tahu. Bagitahu aku Radwa. Aku nak tahu”.
“Tapi..Saya..”.
“Apa dah
jadi ni?” Syed Rayyan berdiri disebelah Raed. Muka Raed dan Radwa dipandang.
Baru kejap dia tinggalkan meja ni, drama lain pulak berlaku. Tak sangka macam
ni reaksi Raed bila jumpa Radwa semula. Muka Raed bengis, Radwa pulak nampak
muram.
Syed
Rayyan agak ragu. Betul ke dia ni Radwa yang dulu? Kalau ya kenapa dia
berlakon. Radwa yang dia dengan Raed kenal bukan macam ni.
“Dia.
Dia ni Radwa. Tapi dia berlakon dengan aku Ray. Dia tak mengaku. Dia tipu aku.
Kenapa dia datang balik. Aku benci dia Ray! Kau tanya dia pulak, kenapa dia
tinggalkan aku dulu”.
Muka
Radwa dipandang. Radwa menggeleng. Dia tak tahu. Jangan tanya dia. Dia memang
tak tahu apa-apa. Matanya dah mula basah.
“Radwa..”.
“Tak..tak..saya tak kenal dia”. Radwa cakap benda betul.
Kenapa dia perlu tipu Raed.
“Kau tipu aku. Kau tipu aku Radwa. Sanggup kau buat aku
macam ni. Sampai hati kau kecewakan hati aku lagi. Lepas kau dah
porak-porandakan hidup aku, kau datang balik. Kenapa huh?” Jerit Raed. Tidak
dihiraukan lagi keadaan sekeliling.
“Saya tak tipu. Saya tak kenal....”.
“Ok Fine! Kalau
tu yang kau nak. Lepas ni aku memang dah tak kenal dengan gadis bernama Radwa
lagi. Jangan cari aku! Jangan ikut aku!” Raed terus melangkah keluar . Air mata
yang ditahan sudah tidak dapat dibendung lagi. Dia kalah. Kalah dengan gadis
bernama Radwa sekali lagi.
Radwa mengalirkan air matanya. Tidak sanggup dia melihat
keadaan Raed. Kenapa Raed cakap dia gadis itu?
“Encik,
kenapa dia cakap saya mungkir janji? Apa saya dah buat. Saya tak tahu. Betul,
saya memang tak kenal dia sebelum ni”. Nak tahu kebenaran dari kawan Raed tadi.
Syed
Rayyan memandang Radwa. Mencari kebenaran di mata gadis tu. Betul ke bukan dia
Radwa yang Raed cari? Kalau macam tu dia ni siapa? Kenapa dia ada dekat sini
hari ni?
“Maafkan
Raed. Dia tertekan. Dia ingatkan awak ni gadis yang pernah tinggalkan dia tiga
tahun lepas. Harap awak tak ambil hati dengan kata-kata dia tadi”. Syed Rayyan
meminta maaf bagi pihak Raed.
Gadis
yang sama dengan mungkir janji Raed tiga tahun lepas? Dia bukan gadis tu. Kenapa
dia yang dipersalahkan pulak. Kenapa Raed tak nak percaya?
No comments:
Post a Comment