. . .
Naural duduk mengoyangkan kaki. Dia berada dekat
perhentian bas sekarang ni, ada meeting kejap
lagi tu yang dia terlebih rajin tunggu dekat sini. Dengan hari hujan lagi,
kalau tak ada meeting tu mesti dia
tengah membuta. Adoi! Dia orang ni
pun kenapa lah nak menganggu hidup aku. Tak boleh ke final sem ni bagi hidup aku tenang sikit?
Jam
dilihat, kenapa tak ada bas lagi ni? Budak-budak ni pun tak ada kelas ke?
Kenapa aku seorang aje yang duduk menunggu dekat sini? Puas diperahkan otaknya,
nak mencari keganjilan hari ni. Tapi macam tak ada aje. Hari ni hari Jumaat,
sekarang pukul 2 petang.
Pukul 2?
Larrhhh... memang sah-sah lah tak ada
bas kan. Bukan budak laki baru lepas sembahyang jumaat ke? Dahinya ditepuk
berkali-kali. Kenapa lah aku boleh lupa ni? Tapi macam mana? Meeting tu start pukul 2. Siapa budak kelas aku yang ada kereta eh? Ermmm...macam
tak ada aje. Terpaksa lah...
Hujan
yang lebat itu diredah, ada lah dia terjumpa dengan dua tiga orang yang bawa
payung tapi tak ada siapa pun yang offer
share sepayung dengan dia. Kesian
betul hidup dekat sini. Semua pun buat hal sendiri. Tapi buat hal sendiri tu
tak kisah, yang paling tak boleh terima makhluk yang macam tadi. Tak nak tolong
langsung insan dalam kesusahan macam dia ni.
Baju dia
dah mula basah, beg pun sama lah. Tapi nasib baik dia tak bawa buku, kalau tak
lagi naya. Dah lah harga buku level
universiti ni mahal! Kasut dia dah dipenuhi air, berbunyi-bunyi bila jalan.
Mesti kecut kaki aku ni. Lagi pun, ada ke patut si Naural ni pakai baju putih.
Memang seksi lah, nampak semua lekuk badan dia. Tapi mana Naural ni mana kisah,
yang dia kisah sekarang nak attend
meeting tu aje. Ni pun memang tak perasan yang baju dia dah nampak tembus
dalam.
Sampai
dekat selekoh di stadium, dia dah tak terasa hujan. Apa hujan dah berhenti ke?
Dilihat tempat lain macam ada air menitik turun lagi. Dia mendongak. Payung?
Macam mana payung ni tegak sendiri?
Adoi Naural! Tak akan sebab kena hujan
terus jadi tut tut tut ni. Dah memang
lah payung tak boleh tegak sendirikan. Mesti lah ada yang memegang.
Dia
menoleh, mata dia membulat. Siapa laki ni? Mata dikebil-kebilkan. Nak berfikir.
“Kenapa
lah pergi redah hujan ni? Nah pegang
payung ni kejap”. Naural hanya menurut. Blur
ni. Memang blur. Apa hujan ni dah slowkan otak aku nak interpret data ke?
Laki tu
dah keluar satu kain dari beg dia. Dilap lembut wajah Naural. Naural kaku
berdiri. Apa dah jadi ni? Kenapa tiba-tiba aje. Dari mana dia datang? Kenapa
dia baik sangat nak keringkan muka aku ni?
“Kalau
tak lap nanti awak demam”. Naural masih diam. Dia ralit pandang muka laki tu.
Muka laki tu? Ermmm... tak lah juga.
Dia tak nampak muka dia pun, sebab dah terlindung dengan topi.
“Hish saya tak faham lah kenapa kena
redah hujan ni semua. Tak boleh tunggu hujan ni berhenti ke? Tak sayang nyawa
sampai sanggup lari-lari macam tadi? Kalau tergelincir jatuh masuk longkang
macam mana? Suka nak cederakan diri sendiri”. Panjang lebar dia membebel.
Naural garu kepala. Apa dah jadi ni?
Kepalanya
pulak jadi sasaran kain tu. Dilap perlahan, lama juga dia buat. Naural dari
tadi hanya memandang raut dia...eh...bukan-bukan
pandang topi dia.
“Nak
pergi mana sebenarnya ni?”
“Kelas,
ada meeting”.
“Tak boleh
tunggu bas ke? Kenapa nak redah juga hujan ni? Kalau nak redah pun bawa lah
payung sekali”.
“Bas tak
ada. Payung lagi tak ada”.
Terdengar
laki tu mendengus. Tanda tak puas hati sangat lah tu.
“Kenapa
tak tumpang kawan aje?” Masih tak puas hati. Tangan dia masih setia keringkan
rambut Naural. Tapi yang paling tak tahan, ada ke dia orang buat scene ni masa hujan, berdekatan stadium
dengan hanya dilindungi dengan sebuah payung yang saiz sederhana. Cuba
bayangkan berapa dekat jarak dia orang sebenarnya sekarang ni. Dekat kan? Dekat
sangat.
“Kawan
semua tak ada kereta”.
Laki tu
mendengus lagi. Semua yang Naural cakap dia tak puas hati. Kalau macam tu baik
tak payah tanya.
Naural
dah buat muka, mungkin otak dia baru boleh proses kut?
“Jom,
saya hantarkan. Tak payah nak buat muka macam tu. Tak comel ok”. Tangan gadis
tu ditarik. Disebabkan dia yang jalan depan, dia dah tak duduk bawah payung
lagi lah. Bajunya dah basah, tapi hanya dibiarkan. Diri dia terasa tak penting
sekarang, yang penting Naural.
Naural
hanya mengikut. Memang dia tak puas hati, dah lah bebel dekat dia tadi,
sekarang tarik-tarik tangan pulak. Sakit ok! Mesti merah kejap lagi ni.
Sepanjang
perjalanan yang dirasakan beribu batu tu walaupun hakikatnya tak lah jauh pun
dalam 5 minit dah sampai, sunyi saja dalam kereta. Naural menoleh memandang ke
luar, laki tu hanya tenang memandu.
Sampai
aje di depan kelas dia, Naural cepat-cepat keluar. Tapi cepat lagi tangan laki
tu memegang. Erat! Naural cuba rungkai pun tak boleh.
“Stay situ, jalan keluar dulu”. Di
berpaling ke seat belakang, macam nak
mencari sesuatu. Naural memang dah tak dapat gerak, sebab tangan dia dah kena
kuncikan. Makin nak lepas makin kuat dia pegang.
“Sini”.
Tubuh Naural ditarik mendekatinya. Mata saling bertentang.. Cup..cup...cup salah tu writer, sebab bukan laki tu dah lindung
muka dia dengan topi ke? Haah! Ye
lah, Naural hanya pandang topi laki tu aje sebenarnya.
Makin
dekat, makin terbau kuat wangian laki ni. Wanginya! Dia terpesona, hanya
disebabkan wangian dia. Pelik ada, tak pelik pun ada juga. Yang peliknya sebab
laki tu ‘laki’ kut, tapi yang tak pelik sebab Naural ni suka simpan botol perfume buat koleksi. Memang pengumpul
tegar ni!
Tubuhnya
yang basah terasa hangat tiba-tiba. Dia tak sedar apa yang dah berlaku sebab
dari tadi dia menutup mata menghayati bau wangian dia. Tanpa dia sedar
sepanjang dia tutup mata tadi laki tu ralit pandang muka dia. Tersenyum. Hampir
aje tangan nak mengusap raut comel tu. Tapi...nasib baik dapat kawal.
Naural
membuka mata, badannya dipadang. Jaket?
“Ambil
jaket tu pakai, dapat tutup badan awak tu. Saya tak nak nanti ada mata nakal
yang pandang. Saya tak suka. Ni aje yang saya boleh tolong, seluar dengan baju
yang dah basah tu memang tak dapat tukar. Saya tak bawa spare. Kalau boleh nanti elakkan duduk dekat bilik air-cond lama sangat. Saya tak nak awak
demam”. Kepala gadis tu diusap lembut. Mata Naural membulat, tapi kenapa tangan
dia tak terniat untuk tepis tangan laki tu pun? Apa maksud kata dia tadi? Dia
yang susah?
“Dah..dah...keluar.
Tadi kata dah lambat nak datang sini. Ada ke patut dia termenung pulak”. Dahi
gadis tu dijentik perlahan. Dia tertawa. Comel sangat Naural ni!
Naural
tersedar. Dahinya ditepuk. Tujuan? Nak sedarkan tuan dia ni lah, ada ke
tenggelam dalam pandangan laki tu. Lepas totally
dah sedar, dia terus melangkah keluar. Bahaya..bahaya..kenapa lah dengan
aku hari ni?
“Eh..kejap”. Laki dalam kereta yang asyik
tersenyum tu terkejut. Adoi! Naural
ni pun jangan lah tiba-tiba aje masuk. Kening dia jongketkan nak bertanya
kenapa?
“Lupa
nak cakap thanks tadi, lain kali
boleh tumpangkan saya lagi ok”. Dia tersengih, kejap aje dah datang balik
perangai gila Naural ni. Naural...Naural..
Laki tu
tersenyum, dia memandang side mirror.
Curi-curi pandang Naural sebelum dia menghilang.
“Anything for you honey...anything..”
********************
Tadi baru aje tamat sesi yang paling dinantikan oleh
semua pelajar-pelajar dari semua lapisan, dari sekolah hingga lah ke
universiti. Quiz time! Ya...quiz. Ada ke patut lecturer tu baru bagitahu malam semalam melalui email pasal semua ni.
Tapi dia
sempat juga lah duduk menyibuk dekat bilik jiran dia ni, Dila. Kawan satu kelas
juga. Sepanjang malam bukannya study
tapi sibuk duk cium bau burger yang
memang ada jual bawah blok ni. Sedapnya! Berapa kali juga lah dia orang ni telan
liur masa belajar tadi, bila dah tak tahan, digagahkan diri turun juga. Dah lah
dia pakai baju nipis, memang syok lah. Sebab sejuk gila!
“Kau ok
tak ni Naural?” Kenapa nampak Naural ni macam nak rebah aje. Risau betul dengan
tahap kesihatan kawan dia ni.
“Ok
aje...”. Tak jauh dia berjalan dah jatuh. Tapi sembat Fiza paut tubuh dia tadi.
“Macam
ni kau kata tak ada apa? Dengan dahi panas macam ni?” Muka Fiza nampak serius.
Susah juga lah nak nampak Fiza ni serius. Hari ni pecah rekod. Rasa macam nak
tangkap gambar pulak. Hampir aje tangan Naural nak ambil phone, tangan dia ditepuk.
Naural
terkejut!
“Kau
kenapa ni? Jangan ingat dengan diam macam ni kau selamat dari soalan aku ok.
Aku tak kan berhenti tanya sampai aku dapat jawapan”. Wahhh! Kagumnya, makin serius dah muka dia.
“Argghhhh!”
“Sakit
lah”. Tangan Faiz yang mencubit pipi dia tadi dipukul berkali-kali. Sakit kut!
“Padan
muka! Kau yang tak nak bagi tahu aku kan”. Didekatkan kembali tangan, tapi kali
ni ke arah pingang dia pulak.
Oh no! Tempat lain boleh, tapi situ...
“Ok-ok, memang
aku demam pun”. Perlahan aje jawapan dia.
“So kali ni sebab apa? Hari tu selsema
sebab main hujan apa kali ni bilik kau pulak ke yang hujan ke? Sebab tu demam
berturut-turut?”
“Tak
lah,bukan pun. Dah lah Iza jangan tanya lagi, kepala aku pening sangat ni”.
“Hishh kau ni pun kalau sakit tadi duduk
bilik aje lah”.
“Mana
boleh kan ada kuiz tadi”.
“Aku kan
boleh tolong cover. Aku tak faham lah
kenapa kau kena susahkan diri macam ni”.
“Tak ada
apa lah Iza, aku ok aje ni. Tak payah risau lah....jom lah pergi cafe. Aku terasa nak makan bubur lah”.
Iza
hanya mengeluh. Tahu tu semua tektik nak lepaskan diri dari soalan dia lah tu.
Macam dia tak kenal Naural ni macam mana.
********************
“Macam mana kau boleh demam balik ni?”
Naural
dah garu kepala. Ingatkan dah habis topik ni tadi. Ada sambungan pulak.
“Aku
redah hujan semalam, tu aje lah. Terlupa nak bawak payung”. Naural jatuhkan
muka di meja. Nak rehat kejap.
“Redah
hujan!!”
Mulut
Naural melopong. Dia perasan semua yang lain dah pandang dia orang lain macam.
“Woi! Agak-agak lah yang kau pergi jerit
kenapa?”
“Yang
kau pergi redah hujan pulak kenapa?” Dua saling tak puas hati.
“Sebab
aku nak cepat lah semalam, ada meeting pukul 2”. Malas aje Naural nak cakap,
masih segan pun ada lagi.
“Meeting? Tu lagi penting dari diri kau
sendiri ke? Kenapa lah kau ni tak pandai jaga diri sendiri ni?”
Naural
menyentuh tangan kawannya, terharu pulak dapat kawan macam ni.
“Terharunya
aku dapat kawan macam kau”. Air mata dia mengenang.
“Patut
lah terharu, aku just fikir kalau kau
demam nanti siapa yang nak teman aku shopping
esok. So pastikan kau dah baik ok!
Kalau tak kita putus!”
Mulut
Naural terlopong. Sebab tu? Hanya sebab shopping
dia. Sengal punya kawan. Tak patut betul! Sedihnya...mama...adik nak mama.
**********************8
“Nah”. Naural
hanya memandang botol-botol tu. Muka Fiza dipandang, kau orang pun tahu kan
kalau Fiza ni dah tunjuk reaksi ni apa sebenar yang dia nampak kan.
Luth..jejaka idaman dia.
“Ambil
balik semua ni”. Dahi Naural berkerut. Muka laki tu dipandang pelik, dah lah
kacau dia dengan Fiza berborak, tiba-tiba aje datang mencelah. Salam apa pun
tak bagi.
“Mak
saya cakap buruk siku kalau ambil balik”. Fiza hanya memandang dia orang silih
berganti. Apa dah jadi ni? Tapikan...suara Luth seksi sangat!
“Saya
pulak tak suka ambil barang free”.
Mata
Naural membulat. Dari rasa lemah tadi terus bersemangat. Bersemangat nak lawan
cakap dengan Luth. Ada ke patut dia buat statement
macam tu.
“Barang free? Sebab barang free ni lah awak baik kan?” Berani dia berdiri, membangkang kata
Luth. Yang lain semua dah pandang lagi, ‘hai...tak
habis-habis nak buat drama lah dia orang ni’.
“Baik?
Macam mana awak tahu saya dah baik? Nampak saya ni dah baik ke dalam pandangan awak
tu?” Dia berdiri, sambil menyeluk poket. Smart!
Puji Fiza, dia ni tak back up Naural
pun dalam hal ni. Walau pun dia tak tahu cerita sebenar, dia akan back up Luth lagi lah.
Naural
meletakkan tangannya atas dahi Luth. Mulut Fiza membulat, bukan dia aje tapi
kebanyakan student perempuan dekat cafe ni. Ye lah laki hensem pujian
ramaikan, mana suka kalau ada yang sentuh.
Naural
tertawa, sebelum dijatuhkan tangan dia.
Luth dah
terkedu!
“Suam, so saya dah dapat jawapan. Tak payah nak
menipu kalau tak tahu cara dia”. Naural duduk balik, dah tak larat pulak
rasanya.
Luth
berlalu pergi, bukan dia aje. Tapi empat orang laki lain pun ikut. Muka dia
masa pergi tu tak boleh nak jelaskan, ada keliru, pelik semula ada lah. Fiza
hanya melihat sebelum memandang Naural pulak. Botol Luth bagi tadi dipegang.
Ubat
demam? Selsema?
“Ni yang
kau bagi Luth dulu ke?”
Naural
hanya mencebik, kenapa lah laki tu pulangkan balik. Dia bukan nak pun, memang
nanti akan disimpan dalam tong sampah ni.
“Memang
aku punya pun. Tak faham lah kenapa nak bagi balik”.
“Memang
betul kut dia tak suka barang free”.
Naural
pandang botol tu, lama. Berfikir. Ada juga laki macam ni kan....
3 comments:
ooowwwhhhh...
wat r romantik luth!!
kak, kali ni saya jatuh cinta sgt2 kt luth...
'anything for u honey..anything'...
ayat yg memikat hatiku...hehe...
kak,sambung lagi..
-noorwieyl-
best la nak lg boleh tq.
alamak akak..kite xley lupekan Luth la..macam mane ni..huhu..akak sukenye kite ngan story ni..really sweet3..tp kan akak..kite tertanye sape laki yg tolong naural tu?Luth ke?so sweet..hihi..akak teruskan berkarya..,kite akan sokong akak..love you akak..
-nasira comel is back-
Post a Comment