. . .
“Hai semua”.
Hari ni
rajin pulak Faiza ni turun padang pukul 5 petang. Tu pun semata-mata nak jumpa
Luth lah. Siap bawa bekal lagi. Tapi roti dengan tuna aje lah, kolej dia bukan
ada dapur pun nak masak semua ni. Kalau ada pun, dia reti masak ke eh? Entah lah...
Danny
mendengus sebelum menapak pergi. Tinggalkan Luth dengan Amir dan Ejad. Faiza hanya
memandang. Teruk sangat ke aku?
“Kenapa
dia tak suka saya?”
“Entah
lah”. Luth pun tak sampai hati nak cakap benda betul.
“Ada air
tak? Nak”.
Faiza
tersenyum pandang Ejad. Kan kena beramah dengan kawan-kawan Luth. Kalau tak
jangan harap lah dia nak senyum-senyum ni semua. Untuk Luth aje boleh.
“Thanks. Mana dapat roti dengan tuna ni?”
“Beli
tadi”. Dia pandang Luth. Luth tak nak jamah makanan yang dia bawa ni ke?
“Luth
awak tak nak ke? Rasa lah sikit”. Dihulurkan satu roti.
“No thanks”.
Amir
dengan Ejad dah tergelak. Salah timing
lah awak offer cik Faiza.
“Luth
tak suka makan lepas bersukan, awak kena tunggu lagi dua jam kut baru dia makan
roti-roti ni”.
“Ohh..” Sebab tu ke? Ingatkan tak sudi
tadi. Dapat juga tahu satu lagi benda pasal Luth ni. Macam berguna juga rapat
dengan kawan Luth ni.
“Apa
lagi yang Luth tak suka?”
Masa
Luth ada pulak tu dia bertanya. Tapi Luth tak dengar kut, sebab dia kalau baca
memang tak sedar dunia sekeliling dia.
“Ermm.. tak banyak lah yang saya tahu.
Kalau nak tahu lebih kena tanya Danny sebab dia satu bilik dengan Luth. Yang
saya tahu Luth ni tak suka makan makanan pedas lah. Perut dia tak tahan, kalau
makan nanti mesti muntah. Lembikkan”.
Tak
patut betul kutuk Luth, dah lah boleh ketawa pulak tu. Kesian Luth.
“Ohh.. lagi?”
“Dia ni
anak tunggal”.
“Ohh..lagi? Lagi?” Makin bersemangat nak
tahu lagi.
“Dia
suka warna hitam dengan biru, tak suka minum air sejuk. Bukan jenis kaki lepak,
tapi memang suka sangat tengok bola”.
Wahh..bertuahnya dapat laki macam ni.
Kalau bab kaki suka bola tu tak ada hal lah, dia boleh terima.
“Lagi?”
“Dia dah
ada girl yang dia minat”.
Mata
Faiza membulat. Hati terasa pilu tiba-tiba.
“Dah
lama dia minat girl tu. Cantik,
comel, gila-gila...”
“Dah-dah,
tak payah nak mengarut lagi, kau pergi masuk main game tu dulu. Ada ke patut nak bagitahu semua pasal aku dekat Faiza
ni”. Nasib baik dia sempat hentikan kata Amir ni, kalau tak semua pun mesti dia
cerita.
“Ye
lah.. Takut sangat lah kau ni, semua pun dah tahu kut”.
“Blah lah”. Sempat dibalik botol air
kosong ke arah Amir. Tergelak-gelak dia orang.
“Betul
ke?”
“Apa
yang betul?”
“Pasal girl tu. Awak ada minat sesiapa ke?”
Luth mendengus. Ni si Amir punya pasal lah,
kan dia ni dah banyak tanya sekarang. Tu yang dia malas nak kecoh.
“Yup..memang ada”.
Faiza
tersentap! Bila dengar dari mulut Luth sendiri rasa berganda sakit.
“Siapa
dia tu? Saya kenal ke?”
“Entah
lah, mungkin ya, mungkin tak. Kenapa nak tahu dia siapa?” Ada curiga juga.
Sebab tadi nampak jelas muka Faiza berubah. Cemburu? Rasanya mungkin betul.
“Saja,
nak kenal gadis pilihan awak. Nanti boleh saya berkenalan dengan dia?” Air mata
yang nak mengalir ditahan. Sakitnya. Kenapa lah dia mengada sangat nak tackle Luth ni. Kan dah rasa sakit
sekarang.
Luth
nampak. Luth perasan air mata yang bergenang tu. Semua dah terjawab sekarang.
Memang betul rupanya Faiza ni sukakan dia. Tapi sorry hati dia dah terisi. Dia tak boleh terima.
“Satu
hari nanti. Satu hari nanti saya akan kenalkan dengan awak. Insyaallah”.
“Bila?”
Faiza tak sabar nak jumpa dengan gadis yang berjaya memikat hati Luth ni. Mesti
dia cantik, lagi hebat. Sebab tu mungkin Luth pilih gadis tu. Aku ni bukannya
ada apa pun, tak lah cantik, pandai tu tak. Siapa lah nak ambil aku jadi girlfriendkan?
“Satu
hari nanti. Mungkin masa tu pun awak dah ada boyfriend”. Luth tertawa.
Terpandangkan
ketawa Luth tu air mata Faiza mengalir. Kenapa aku tak boleh miliki hati laki
ni? Dia bukan untuk aku ke?
“Luth..masuk!
Sampai bila kau nak duduk situ. Jom main lah”. Kuat Danny memanggil. Sakit hati
tengok Faiza ni. Sengaja lah tu nak ambil peluang masa yang lain sibuk
bersukan. Macam tak malu aje datang sini, dah lah satu padang ni penuh dengan
laki aje.
“Sorry lah awak, saya kena masuk main
dulu. Awak balik lah, panas ni. Duduk sini pun bukan boleh buat apa-apa”.
Faiza
memandang larian kecil Luth memasuki padang. Dia perasan jelingan dari Danny.
Kenapa laki ni tak suka dia? Aku ni ada aura jahat ke? Mungkin sebab tu pun
Luth tak nak aku kan...
******
Naural mengaru kepala. Sekarang ni dia dalam kelas Mathematical Modelling. Subjek killer sem ni lah. Susah betul nak faham
apa yang lecturer ni ajar, dari tadi
gaya macam syok sendiri pun ada. Kalau didarab, tolak, bahagi kemudian
dibundarkan rasanya dalam seminit tiga slide
kut dia baca. Laju gila kan. Tak patut lah macam ni, mana lah student nak faham kalau ajar laju-laju.
Lepas tu kalau salah buat tutorial, kita juga yang disalahkan. Kesian kut, dah
lah bayar yuran mahal.
Naural
mendengus. Geramnya! Dia tengok budak-budak baris depan, tengah bercakap.
Bising lah...
“Shusshh...shusshh”.
Terus
diam. Magik kan? Tu lah kuasa perkataan ‘shussh..shussh’.
Tiap kali guna mesti akan berjaya. Motif buat macam tu bukan nak suruh dia
orang diam pun, just nak kacau aje.
Barisan
yang depan-depan semua poyo aje. Buat-buat faham lah tu. Tapi dia orang memang
budak kira ajar bijak lah. Stok-stok untuk meniru tu, tu yang pentingnya
kawan-kawan baris depan macam ni masa zaman universiti.
“Wei! Kau kenapa ni?” Pelik juga dengan
si Faiza ni. Dalam dua tiga hari ni diam aje. Bila dia tanya bukannya nak
jawab. Ada masalah dengan laki nama...nama apa eh? Lupa lah..
“Tak ada
apa”. Tekun dia pandang depan. Tapi bukan baca slide atau dengar apa yang lecturer
tu cakap, dia tengah fikir pada Luth dengan girl
yang dia suka lagi. Siapa girl tu?
Dia nak sangat jumpa. Gadis yang sama masa dekat Mid ke?
Naural
mencebik. Masa ada masalah datang cari aku. Ni kenapa pulak nak main simpan-simpan
tiba-tiba. Geram pulak!
“Ok.
Apa-apa aje lah Iza”. Terus dia pandang depan. Kalau Faiza ni tak nak bagitahu
dia pun malas lah nak desak. Hal dia, urusan dia kan. Biarkan dia selesaikan
sendiri.
Faiza
hanya diam. Dia memang tak ada mood
langsung nak cakap. Tapi dengan Naural aje lah. Sebab dengan orang lain dia ok
aje, boleh aje bergelak tawa. Naural yang tengok pun terasa. Dah lah tiba-tiba ignored dia.
Faizal
ni dia salahkan Naural sebab desak dia dekati Luth dulu. Kalau Naural tak paksa
mesti dia tak payah dengar kebenaran yang memilukan hati dia tu. Mesti dia tak
akan kena perli dengan kawan-kawan Luth. Mesti lepas kejadian Mid Valley tu dia dah ok. Tapi ni,
sekarang, dia jadi makin teruk. Rasa sakit sangat!
Habis
aje kelas, Faiza terus melangkah keluar. Langsung tak tunggu Naural. Naural
hanya mampu pandang aje lah, dia dah berkali tanya pun jawapan dia..
“Tak ada apa-apa lah”..
“Aku ok aje..”
Sampai
dia malas dah nak bertanya. Membazir masa dan tenaga mulut dia aje. Laju tangan
dia mengemas buku yang bersepah.
“Naural,
nak main bowling tak?”
“Main bowling? Dekat mana?” Kejap aje Naural
dah happy balik. Dia memang suka
sangat main bowling. Dari dulu dia
memang juara lah main benda tu. Tapi dah lama juga tak main ni, masih juara
lagi ke?
“Dekat Times Square. Nak tak?”
“Times? Jauhnya. Tempat lain tak ada ke?
Aku malas lah nak berhimpit dalam train
tu nanti. Kau tahu lah keadaan dalam train
jam sekarang ni macam mana kan”. Tadi sempat dia tengok jam kejap. Dah pukul 2
petang. Kejap aje rasa masa berlalu.
“Tak
payah naik train lah. Kita pergi naik kereta, ada yang drive. Nak ikut
tak?”
Mata
Naural bersinar-sinar. Serius? Ada kereta? Bestnya..senang
hidup. Tapi Faiza macam mana?
“Faiza?”
Lama
Dila berfikir. Kalau masih ingat lagi, Dila ni jiran si Naural ni.
“Ermmm..susah lah. Sebab sekarang ni
termasuk kau dah enam orang. Aku ajak kau pun sebab tahu kau ni gila bowling. Faiza tak dapat join”. Teragak juga Dila nak cakap,
sebab dia tahu Naural dengan Faiza ni agak rapat.
“Ohh.. ya ke?”
Lama dia
ambil masa nak fikir. Kalau duduk dalam bilik pun bukan ada apa nak buat kan?
“Aku nak join lah, aku pun tension duduk menghadap dinding, katil dengan meja dalam bilik aku
tu”.
“Yeah! Cukup orang dah. Aku pun tak
pernah keluar dengan kau lagi kan sebelum ni kan. Ok, hari ni kita enjoy!”
Naural
tertawa. Comel tengok telatah Dila ni. Dia orang memang satu kelas, tapi Dila
ni dulu nampak macam sombong tu yang dia tak berapa nak rapat dengan Dila. Tapi
sejak hidup berjiran ni dia baru tahu rupanya Dila ni gila-gila macam dia juga.
Best juga dapat luangkan masa dengan
Dila dengan geng dia ni. Boleh tambah lagi kawan, ni pun sem last kan.
“Jom
Naural, solat dulu dekat atas then kita pergi Times. Kau pernah pergi sana tak sebelum ni?” Dila tarik tangan
Naural, dah lah dia orang lalu sebelah Faiza yang tengah sibuk kononnya lah
berborak dengan geng lain. Boleh kan Faiza tu buat macam tak kenal dia.
Sampainya hati...
30 minit
lepas tu semua pun menuju ke kereta. Masa dah nak dekat tu baru Naural perasan
rupanya Faiza dengan geng tu ada lagi dekat foyer
ni. Tak tahu lah buat apa. Tapi nampak rancak sangat berborak. Tapi sama macam
tadi, dia buat tak nampak Naural.
Apa
salah aku Iza? Kenapa aku layan aku macam ni? Kalau aku yang salah bagitahu
lah, tapi tolong jangan diam, jangan jauhkan diri. Semua ni buat hati aku
sakit. Air matanya yang mengalir dikesat. Dia tak nak Dila dengan yang lain perasan.
Masuk aje kereta, laju kereta tu meluncur pergi. Meninggalkan kawasan foyer jauh di belakang.
“Apa dah
jadi antara kau dengan Iza tu Naural?”
“Hah?” Dia orang nampak ke? Apa nampak
sangat ke layanan dingin Faiza dekat dia. Tapi macam agak ketara sangat lah
kan. Dah seorang ke timur seorang lagi tercicir di selatan.
“Nampak
sangat eh?” Kepala digarukan. Tak
tahu nak cakap apa ni.
“Nampak
lah, bukan aku aje yang perasan tapi semua budak dalam ni pun sama”.
“Betul
lah Naural, kita orang memang nampak. Ye lah selalunya kau asyik berkepit
dengan Iza tu aje, tapi dua tiga hari ni dah tak pulak. Balik dengan pergi pun
dah asing-asingkan?” Diana mencelah.
“Betul-betul”.
Yang lain pulak menyibuk nak dapat nama.
“Entah
lah Diana, Dila dan lain-lain. Aku pun tak tahu apa dah jadi sebenarnya ni.
Tiba-tiba aje dia buat perangai macam tu”.
“Kau tak
cuba tanya ke? Mana tahu ada yang dia tak puas hati ke?” Dengan baik hatinya
Dila menasihat.
“Aku dah
cuba. Banyak kali dah, tapi dia tak nak bagitahu pun. Dia macam nak jauhkan
diri dari aku pun ada. Entah lah Dila, pening lah fikir semua ni. Sakit kepala
aku. Sebab tu aku ikut kau keluar ni, mana tahu boleh lupakan masalah ni terus
nanti”.
“Kesian
kau kan. Tak apa-tak apa. Enjoy aje
main bowling dengan kita orang hari
ni. Gerenti, dijamin, kau mesti happy punya
lah, sampai nak tambah main lagi nanti”. Yakin betul si Dila ni. Macam mana lah
dia tahu kan, bukan dia tak pernah keluar dengan Naural ke sebelum ni?
“Harap-harap
lah. Aku pun memang dah lama kut tak main bowling
ni. Dah hampir dua tahun juga. Rezeki aku lah kiranya hari ni kan”. Bestnya. Tak sabar dah.
“Serius
dua tahun tak main?”
“Ye lah.
Aku kan dah cakap tadi yang aku malas nak berasak dalam train tu. Panas kut, dengan bermacam orang ada dalam tu. Sakit mata
aku tengok”.
“Poyo lah kau ni, nak main ajak lah aku.
Tu lah sombong dengan aku lagi dulu. Kalau tak mesti tiap minggu kau boleh join kita orang pergi main”.
“Tiap
minggu?” Terkejut dia dengar kenyatan Dila tu. Tak percaya lah, bukan tak tapi
susah nak percaya lagi tepat rasanya.
“Ye lah,
bowling ni yang boleh kurangkan
tekanan kita orang. Sebab tu dah jadikan macam satu hobi”.
“Bestnya...”
“Memang
lah best, lain kali kau join kita orang ok. Kita orang pun tak
kisah kalau kau ikut sekali. Lagi ramai lagi best kan, dapat luang masa sama-sama sebelum semua pun makin jauh.
Ni pun dah last sem kita. Lepas ni
dah memang susah nak jumpa”.
“Haahkan.. Last sem..”. Tapi Faiza nak jauhkan diri dari aku pulak.
Sedihnya.... Nasib baik ada Dila and the
geng ni. Tak lah rasa sunyi sangat
dia nanti.
1 comment:
alahhh...x yah nk kawan ngan iza tu la naural...
meluat aku tgk si faiza tu...geram...
mmg pdn muka luth xnk ngan die tu..
hahaha....
kak tyra,as usual...good job!!!!!
hehe...nk lagi???...(wat muka kesian)
-noorwieyl a.k.a noor-
Post a Comment