. . .
Radwa termenung di bilik. Pergaduhan semalam menjadi
punca hari ini dia kurang bermaya. Tidurnya tak lena semalam memikirkan hal
itu. Sudah dua hari dia tak pulang ke rumah Datin Zara. Niatnya ingin menemani
Raed di hospital. Nasib baik terdapat hostel yang disediakan, senang dia nak
menjenguk keadaan Raed nanti. Dekat pun dekat. Nak bermalam di bilik Raed, tak
manis pulak.
Semalam
selepas bergaduh dengan parentsnya
Raed dilihat banyak berdiam diri. Doktor datang memantau pun dia hanya diam. Tak
ditanya langsung perihal kesihatan dia, sampai Radwa pulak yang kena tanyakan. Dirinya
dah umpama patung bernyawa. Risau Radwa menengoknya.
“Awak ok
Raed?”
Raed
hanya mengganguk kepala.
“Awak
nak makan tak, saya boleh sediakan”.
“Tak”.
Raed masih termenung.
“Awak
nak apa-apa?”.
“Tak”.
“Ada
rasa sakit kat mana-mana tak?”
“Tak”.
“Awak
nak a..”.
“Kau
boleh tak jangan kacau aku lagi. Please
diam. Aku nak rehat”.
Bekas
makanan yang dibawa Radwa hampir juga terjatuh mendengar jerkahan Raed tadi.
Nasib baik tangannya kuat memegang.
“Saya ambil berat pasal awak Raed. Sebab tu saya tanya”.
Radwa menunduk. Pandangan tajam Raed menakutkannya.
“Aku tak
perlukan kau atau parents aku ambil
berat pasal aku lagi. Bukannya aku nak mati pun sampai semua nak risau sangat”.
“Tak
patut awak cakap macam tu Raed. Semua orang pedulikan kesihatan awak. Semua nak
tengok awak sihat macam dulu balik”. Air mata Radwa dah mengalir.
“Cukup
lah dengan drama kau ni Radwa. Tak bosan ke asyik menangis aje dari semalam.
Aku yang tengok ni pun bosan. Patutnya kau pergi aje sain kontrak dengan
mana-mana syarikat. Jadi pelakon dia orang. Tak payah lah nak buat drama depan aku
pula”. Nada suaranya dinaikkan lagi.
"Sampai hati awak cakap macam tu. Saya ikhlas buat semua ni. Tak pernah berlakon. Saya ingatkan semalam awak dah boleh terima saya".
"Sampai hati awak cakap macam tu. Saya ikhlas buat semua ni. Tak pernah berlakon. Saya ingatkan semalam awak dah boleh terima saya".
Raed
tersenyum sinis.
“Kau
ingat aku nak kutip kau balik ke lepas kau buat aku macam tu perempuan. Hati
aku ni keras. Semalam aku nak parents
aku balik aje sebab tu aku terpaksa gunakan kau. Kau jangan harap lah aku dah
maafkan kau semudah tu”.
“Dah
berapa kali saya minta maaf Raed. Tak kan awak tak sanggup terima. Saya ikhlas
jaga awak”. Radwa duduk melutut di hadapan Raed katil Raed.
“Kau tak
payah nak melutut depan aku ni. Buang masa aje. Menangis air mata darah pun aku
tetap tak akan terima kata maaf kau tu”. Jerkah Raed.
“Tapi
Raed. Saya....”.
“Dah lah
perempuan. Sakit mata aku ni tengok kau, kau tak faham bahasa sangat ke huh?
Nak aku eja satu-satu untuk kau”. Matanya dijengkilkan.
Radwa
berlari keluar. Hatinya pedih mendengar jerkahan Raed. Bukan salah saya. Bukan
salah saya. Bukan salah saya. Rintih hatinya pilu. Dia tak kenal pun siapa
Radwa, memang nama mereka sama tetap kenapa dirinya yang dipersalahkan. Kenapa
dia?
Kebenaran
seakan-akan susah untuk diterima Raed. Kemaafannya lagi lah tak nak diterima.
Apa lagi yang harus dilakukan?
**************************
Radwa ke taman hospital, fikirannya ingin ditenangkan.
Penat dia berdepan dengan perangai Raed tadi. Fikirannya melayang kepada Datin
Zara tiba-tiba. Macam mana keadaan mama agaknya. Sejak peristiwa semalam lupa
pulak dia nak hubungi Datin Zara untuk bertanyakan keadaannya.
Handphone dipoket dikeluarkan. Nama
Datin Zara dicari sebelum dihubungi. Badannya yang lesu disandarkan di kerusi
batu itu. Mata melihat ke arah kanak-kanak yang riang bermain.
“As’salam
Radwa”.
“W’salam
mama. Mama sihat tak?”
“Mama ok
sayang. Jangan lah risau ya. Raed macam mana?” Datin Zara tetap bertanyakan
perihal Raed, walaupun menerima layanan teruk semalam. Siapa yang tak sayangkan
anak kan.
“Dia
sihat ma. Radwa nak minta maaf pasal hal semalam. Bagi pihak Raed”.
“Bukan
salah Radwa pun semua tu berlaku. Radwa tak payah rasa bersalah ya. Raed memang
macam tu”.
“Tapi still Radwa nak minta maaf. Kata-kata
dia agak melampau semalam. Radwa yang dengar pun sakit hati”.
“Tak apa
sayang. Raed masih marah tu. Radwa ok tak? Raed ada sakitkan hati Radwa?”
Radwa
terdiam. Kena menipu ke?
“Tak ma,
dia ok aje dengan Radwa. Mungkin sebab dia dah dapat terima kehadiran Radwa”.
Air mata cuba ditahan. Tu bukan kebenarannya.
“Syukur
lah macam tu sayang. Lega hati mama dengar. Sayang nak balik bila? Malam ni
balik tak? Mama sunyi Radwa tak ada dekat sini”. Sejak gadis itu mengambil
keputusan untuk menjaga Raed, dia sering kali bermalam di hostel hospital. Kali
berakhir mereka berjumpa pun masa di bilik Raed semalam. Betapa dia rindu
dengan kehadiran Radwa di rumah.
“Rasanya tak dapat lah mama, Radwa terpaksa
kerja malam hari ni. Ganti kawan yang ada hal. Sorry tak dapat teman mama malam ni. Nanti lepas Raed sembuh, Radwa
janji ambil cuti teman mama lama-lama”.
“Tak
payah sampai ambil cuti sayang. Nampak Radwa depan mata mama pun dah buat mama happy. Urmm.. Untung Raed ada orang jaga
dia kan”. Datin Zara senang melihat layanan Radwa kepada Raed.
“Hish..Mama
ni, ada ke patut kenakan Radwa pulak”. Mulutnya dicebikkan, tapi mana lah Datin Zara nampakkan.
Datin
Zara tertawa, mesti muka Radwa dah merah sekarang ni.
“Ok lah
ma, Radwa kena letak dulu ni. Nak tengok keadaan Raed dulu sebelum masuk
kerja”. Nak elak dari Datin Zara kenakan dia lagi sebenarnya.
“Ok sayang.
Jagi diri baik-baik. Kalau jadi hubungan Radwa dengan Raed cepat-cepat bagitahu
mama. Dah tak sabar mama nak dapat menantu perempuan ni”.
Dalam
banyak kesedihan yang diberikan anaknya, ada juga lah perkara yang
mengembirakan hatinya. Raed back up
Radwa! Perkembangan yang baik. Tapi bila rahsia yang disimpannya ingin
diberitahu Radwa. Kata-kata Dato’ Ammar semalam mungkin mengelirukan gadis itu
nanti.
“Mama,
dah lah. Asyik nak kenakan Radwa aje dari tadi”. Pipinya panas lagi. Belum puas
lagi rupanya Datin Zara nak menyakat dia.
*********************************
Radwa berhenti di depan bilik Raed. Dia terdengar bunyi
gelak tawa dari dalam. Suara perempuan? Pintu dibuka.
Seorang
perempuan dilihat sedang menyuap Raed. Dia cemburu tiba-tiba. Wajah Raed pun
nampak ceria berbanding pagi tadi. Mungkin disebabkan perempuan tu. Ye la,
siapa tak suka perempuan cantik dan seksi suapkan makan. Kalau setakat Radwa,
mana Raed nak pandang.
Radwa
duduk di sofa, berhadapan dengan katil Raed. Tapi Raed dengan perempuan tu buat
tak kisah pun dengan kehadiran dia. Muka Radwa pun dia orang tak pandang. Apa
dia ni halimunan ke?
“Nasib
baik you datang Reen. Kalau tak mati
kebosanan I dekat sini. Kesian kut,
doktor cakap minggu depan baru I boleh
discharge”. Raed membuat mimik
kesian. Zareen ni kawan perempuan yang paling rapat dengan dia masa belajar di
Jerman dulu. Dah anggap Zareen macam adik perempuan dia aje. Tak ada apa-apa
perasaan cinta. Zareen ni pun girlfriend
kawan baiknya dulu.
Zareen
tertawa. Pipi lelaki itu dicuit.
Hati
Radwa dah makin panas melihat. Walaupun bilik itu ada penghawa dingin ternyata
tak mampu nak menyejukkan hatinya tika itu. Sakit mata melihat drama tak ada
episod di depannya ni. Suka hati aje perempuan itu mencuit pipi Raednya.
“Mengada
lah you Raed. Beberapa hari aje lagi
pun. You anggap aje macam tengah
bercuti. Kosong kan fikiran dari kerja yang banyak dekat office tu. Lagi pun masa on
the way datang bilik you ni, I nampak ada ramai nurse cun-cun, tak kan you
tak pasang jerat kut”. Duga Zareen. Dia sangat kenal dengan perangai Raed. Playboy! Kalau ada gadis cun sikit mesti
dia nak sambar.
“Tak
dapat lah Reen. You tengok kaki I ni. Mana I boleh gerak sangat. Nurse
yang jaga I tu tak cantik”. Adunya
kemudian tergelak.
Radwa
dah mencebik. Bukannya kelakar pun. Dari tadi asyik ketawa aje. Dengan dia tak
pulak macam tu. Rungut hatinya.
“Laarh you ni. Syed Rayyan ada datang tak? Dah
lama I tak jumpa dia”.
“Tak,
dia ada meeting dekat luar. Patutnya I pergi sama tapi dah macam ni, terpaksa
lah ganti orang lain”. Teringat pulak kerja yang dia dan Syed Rayyan tengah
usahakan bersama sekarang ni.
“Raed”.
Panggil Radwa tiba-tiba. Dah tak tahan dengan drama depan mata lagi.
Tadi
Raed hanya diamkan diri. Zareen memandang Radwa pelik. Sejak bila gadis ni ada
dalam ni? Tak perasan pun.
“Raed”.
Panggil Radwa lagi. Tak berputus asa.
Raed
hanya membiarkan. Muka Radwa pun tak dipandang.
“Raed,
dia panggil you lah. Kenapa you tak jawab kesian dia”.
Raed mengeluh. Leceh lah perempuan ni!
“Kau nak
apa?”
Zareen
dah berkerut. Kenapa tiba-tiba Raed marah ni. Tadi ok aje boleh gelak lagi
cakap dengan dia. Ada masalah ke dia orang ni?
“Ermmm...Sa.”.
Radwa dah tergagap. Malu kena jerkah depan perempuan tu.
“Apa?!”
“Saya
ada bawakan bubur untuk awak. Awak nak rasa sikit tak?” Berharap sangat lelaki
itu mahu makan makanan yang dibawanya.
“Kau tak
nampak ke aku dah makan tadi. Boleh jangan tanya soalan bodoh tak? Yang kau
datang sini selalu buat apa? Dah tak ada kerja lain nak buat ke?”
“Saya
risaukan awak. Lagi pun saya dah janji yang saya nak jaga awakkan. Mesti lah
saya nak tunaikan janji saya”.
“Janji?
Jangan kau pandai nak berjanji kalau nanti kau akan mungkirinya Radwa. Aku tahu
kau perempuan macam mana. Kau tak layan nak buat janji apa-apa dengan aku”.
Raed muak mendengar kata-kata janji dari mulutnya. Kalau tak pandai nak
tunaikan, kenapa nak berjanji pulak. Nampak sangat Radwa ni jenis senang aje
menabur janji.
“Raed”.
Tegur Zareen.
“You kan sakit ni. Jangan buat kelakuan
macam ni. I tak nak sakit lain pula
yang you dapat nanti”. Zareen cuba
mengurangkan kemarahan Raed. Dia pun tak faham sebenarnya apa yang terjadi.
Kemarahan Raed ni tak pernah dilihatnya sebelum ni.
“You suruh perempuan ni keluar Reen, I tak nak tengok muka dia lagi”.
“Raed
jangan lah halau dia. Sabar sikit. Dia tak buat apa-apa pun kan”. Tegur Zareen.
Geram pula dia dengan perangai kebudak-budakan Raed.
“Ada.
Dia buat mata I ni sakit tengok dia.
Telinga I ni sakit dengar suara dia.
Hati I ni lagi sakit dengan janji
apa-apa dia tu. Suruh dia keluar dari sini”.
“Tak
apa. Saya boleh keluar. Jangan risau saya tak akan ganggu awak lagi lepas ni. Sorry”. Air mata Radwa yang ingin tumpah
cuba ditahan. Tak nak kelihatan lemah di depan mereka. Sebab dia tahu Raed
memang tak kisah pun kalau air mata dia mengalir.
“Tolong
jaga Raed untuk saya”. Pesannya pada Zareen. Dia cuba untuk senyum tapi sangat
susah. Radwa melangkah pergi. Air matanya mengalir. Kalah juga dia akhirnya.
“Kenapa you buat dia macam tu Raed? Tak patut
betul lah. Sampai menangis dia you
buat”. Zareen tak percaya Raed akan bertindak begitu. Tak pernah lagi Raed
melayan gadis sekasar itu.
“Dia
memang patut dapat semua tu Reen. Sebelum ni dah teruk dia sakitkan hati I. Tiga tahun I merana sebab dia”. Kisah lama cuba disingkap kembali.
Dahi
Zareen berkerut. Tak faham.
“Apa dia buat dekat you
Raed?” Zareen tahu hal sebenar
pergaduhan mereka. Kemudian baru boleh menilai siapa yang bersalah.
“Kita orang pernah bercinta dulu. Sejak sekolah menengah.
Satu sekolah, satu kelas. I first time jumpa dia, masa dia kena
buli. I yang jadi hero selamatkan
dia. Lepas tu mana I pergi mesti ada
Radwa juga. Sampai I jatuh cinta
dengan dia. Banyak memori manis kita orang dulu”. Raed menceritakan kembali.
“Mesti
masa tu dalam dunia tu ada you dengan
dia je kan. Zaman rancak bercinta lah katakan. Mana nak nampak orang lain”.
Usik Zareen. Dia ingin membangkitkan suasana ceria di bilik itu.
Raed
hanya tersenyum sinis. Tu semua dulu Zareen.
"Memang Reen. Kita orang pasangan bahagia masa tu. Ramai jeles dengan hubungan tu. Sampai ada juga yang dengki buat macam-macam benda semata-mata nak tengok kita orang putus. Tapi cinta kita orang kuat, semua dugaan tu berjaya ditempuhi. Disebabkan perasaan cinta juga kita orang ada ikat janji bersama. Tapi dia dah mungkiri janji tu".
"Memang Reen. Kita orang pasangan bahagia masa tu. Ramai jeles dengan hubungan tu. Sampai ada juga yang dengki buat macam-macam benda semata-mata nak tengok kita orang putus. Tapi cinta kita orang kuat, semua dugaan tu berjaya ditempuhi. Disebabkan perasaan cinta juga kita orang ada ikat janji bersama. Tapi dia dah mungkiri janji tu".
Zareen
berkerut.
“Janji
apa?”
“Kita
orang berpisah sebab masing-masing nak kejar impian sendiri. Dia pergi ke Jepun
ambil perubatan, I pulak pergi Jerman. I
tak nak halang cita-cita dia, sebab tu I
lepaskan dia pergi. Tapi sebelum tu kita orang dah berjanji yang lepas I tamat belajar nanti kita orang akan
jumpa balik, untuk kahwin. I nak
jadikan dia yang sah untuk I Reen.
Kemudian I akan ikut dia balik Jepun.
Tapi tiga tahun I tunggu, dia tak
muncul-muncul. Merana I masa tu. You tak tahu betapa teruknya keadaan I. Penantian tu menyeksakan I sangat-sangat”. Raed menangis. Sedih
mengenangkan kisah percintaannya itu. Cintanya terhadap Radwa seakan membutakan
matanya. Semasa cinta semua kelihatan indah, tetapi kini semua sudah hancur.
Zareen
mengusap lembut bahu lelaki itu. Tak disangka dia mempunyai pengalaman cinta
yang sangat memilukan. Dia yang mendengar pun sudah terasa sakit, apatah lagi
Raed yang menanggungnya.
“Dia dah
kembali pada you ke?”
Raed
mendengus.
“I tak tahu apa motif dia tiba-tiba
datang balik. Dia berpura-pura tak kenal I
masa mula-mula I jumpa dia. Masa tu
dekat party Syed Rayyan”.
“First time you nampak dia dekat mana?”
“Selama
ni I rasa macam ada orang ekori
langkah I. Then, I sengaja buat
perangkap untuk dedah identiti orang tu. Terasa jantung I nak berhenti masa tahu yang selama ni tu semua perbuatan Radwa. I tak sangka yang dia muncul balik. You tahu semua perempuan yang rapat
dengan I dia ugut. Ugut supaya jangan dekat dengan I. Apa dia nak dari I Reen. Tak puas lagi ke tengok I
merana sebab dia. I dah bosan dengan semua
permainan dia ni”.
Raed
bersandar. Dari tadi air matanya mengalir. Sudah merah matanya.
Zareen
terkejut mendengar keseluruhan cerita Raed. Tidak disangkanya gadis tadi
sanggup bermain dengan perasaan Raed. Hampir dia tak percaya. Tak kan lah gadis
selembut Radwa sanggup mematahkan hati lelaki, hati Raed pulak tu.
“Raed, I harap you tak marah dengan apa I
nak cakap ni. Maybe ada reason kenapa dia buat macam tu. Dia nak
buang rasa bersalah dia dengan jaga you
sebab tu dia ekori jejak you selama
ni. Yang kes ugutan tu I rasa mesti
sebab dia cemburu kut. You tak boleh
buat andaian awal selagi tak face to face
tanya dengan Radwa sendiri. I rasa you bukan aje tak adil pada Radwa tapi
dekat diri you juga. I nampak yang you masih cintakan dia kan. Kenapa nak halang perasaan tu. So, jangan terus blame dia. Jadi jantan Raed. Jumpa dia, tanya dia kenapa”. Zareen
memberi nasihat. Tak nak Raed buat keputusan terburu-buru. Nanti dia juga yang
akan menyesal bila kebenaran sebenar terbongkar.
Mata
Zareen dipandang. Ada betulnya kata-kata Zareen tadi. Tapi hatinya berdegil.
Susah nak memaafkan Radwa.
“Bagi I masa, sekarang I tak boleh fikir apa-apa lagi. Tapi I akan fikirkan cadangan you
tu”. Putusnya selepas lama berfikir. Dirasakan itu yang terbaik buatnya
sekarang.
“I harap you tak terlambat Raed. Radwa nampak kecewa sangat dengan layanan you tadi”.
Raed
mengeluh. Apa yang dia harus buat sekarang?
No comments:
Post a Comment