. . .
“Raed?”
Mak Lelah tergamam!
Tak sangka akan berjumpa dengan Raed. Dah lama dia tak berjumpa dengan laki ni
sejak dia pindah keluar.
“As’salam
Mak Lelah”. Tangan wanita itu disalamnya. Dia tersenyum. Tahu yang Mak Lelah
mesti terkejut tengok dia datang. Memang dah lama pun dia tak jejakkan kaki ke
sini.
“Raed,
kamu dah balik?” Mak Lelah menangis. Terharu. Tak sangka Raed akan balik
semula.
“Jom
masuk Raed. Mesti Datin dengan Dato’ happy
kalau tahu Raed dah balik ni”. Tangan lelaki itu ditarik. Ingin membawa masuk.
Raed
memandang ke keretanya. Tadi Radwa ada menemaninya. Tapi gadis itu hanya nak
menunggu di kereta. Katanya ingin memberi peluang kepada Raed. Dilihat Radwa
menggangukkan kepalanya. Raed tersenyum. Dia berani hari ni pun disebabkan
Radwa. Kalau Radwa tak ada tak mungkin dia mampu menjejakkan kaki ke rumah ni
lagi.
“Datin!
Dato’! Tengok siapa yang datang ni”. Jerit Mak Lelah. Gembira sangat sampai tak
sedar suara dia kuat sangat.
“Lelah,
kenapa kamu menjerit pagi-pagi ni? Saya nak buat kerja pun tak senang. Siapa
yang datang sampai kamu men..”. Kaki Dato’ Ammar yang sedang menuruni langkah
terhenti. Terkejut melihat tetamu itu.
“Abang
kenapa Zara dengar ada yang terjerit-jerit tadi. Siapa..”. Datin Zara yang baru
masuk dari pintu dapur terkedu.
Dua-dua
terdiam. Terkejut dengan kehadiran Raed.
Datin
Zara mengalirkan air mata. Raed dah balik. Betul ke?
Raed
melutut. Dipandang Dato’ Ammar dan Datin Zara yang dah terkedu dengan perbuatan
dia. Tapi memang ni yang sepatutnya.
“Ma,
papa. Raed nak minta maaf. Selama ni Raed dah banyak sangat sakitkan hati papa,
mama. Raed sedar Raed anak derhaka. Tak patut Read layan mama, papa macam tu.
Raed lupa ma, Raed leka. Raed tak kisah kalau mama tak dapat terima Raed balik,
Raed just nak mama dengan papa
maafkan Raed”. Raed menangis teresak-esak.
Datin
Zara menangis. Dato’ Ammar hanya memandang sayu. Dia mendekati Datin Zara masih
dalam keadaan melutu lagi. Sakit dilututnya dibiarkan aje.
“Mama,
maafkan Raed. Raed dah sedar. Raed dah sedar betapa bodohnya Raed sebab buat parents Raed macam tu. Raed tahu Raed
tak layak dapat kemaafan dari mama, dari papa. Tapi Raed tak nak hidup dalam
penyesalan. Raed dah sedar salah Raed”. Mukanya menunduk. Memandang lantai.
“Raed
bangun. Jangan macam ni nak”. Mak Lelah
mencapai tangan Raed. Ingin menyuruh lelaki itu bangun. Tak sanggup dia
melihat anak yang diasuhnya dari kecil melutut begitu.
“Jangan
Mak Lelah. Biarkan saya. Semua ni salah saya. Memang patut mama, dengan papa
tak maafkan saya”.
Kepala
Raed disentuh. Terluka hati dia tengok keadaan Raed sekarang.
“Sayangg”.
Tangan anaknya ditarik. Minta dia berdiri.
“Ma,
Raed tak akan bangun selagi mama dengan papa tak maafkan Raed”. Matanya
memandang Dato’ Ammar dan Datin Zara berulang kali. Mengharapkan kemaafan.
Pandangannya kabur dengan air mata yang tak henti-henti mengalir.
“Sayang,
mama dah lama maafkan semua kesalahan sayang. Mama tak pernah ambil hati. Cukup
lah anak lelaki mama dah pulang balik. Mama tak harapkan apa-apa lagi”.
“Betul
ma. Betul mama dah maafkan Raed?”
“Betul
sayang”.
“Papa ma. Papa dah maafkan Raed?” Matanya melihat Dato’
Ammar. Dari tadi laki tu hanya mendiamkan diri.
“Papa pun sama sayang. Papa dah maafkan. Betul tak
abang”.
Dato’ Ammar mengeluh. Dia gembira Raed sudah berubah tapi
betul-betul ikhlas ke? Dari tadi dia mencari keikhlasan dalam mata anaknya.
“Dah. Papa dah lama maafkan anak lelaki papa”. Air mata
dilapnya. Tak sedar bila dia pun menangis.
“Syukur Ya Allah. Terima kasih. Terima kasih”. Air
matanya dilap dengan telapak tangan. Gembira maafnya diterima.
Lantas dipeluk tubuh Datin Zara. Air mata mamanya dilap.
Pipi wanita tua itu dikucupnya berkali-kali. Sudah lama dia tak buat begitu.
“Thanks mama.
Raed janji tak akan sakitkan hati mama lagi”. Datin Zara mengganguk.
“Papa, thanks sebab
terima Raed balik. Raed tak akan kecewakan papa”. Tubuh Dato’ Ammar pulak
dipeluk. Dato’ Ammar membalas erat. Dia rindu sangat dengan Raed.
Mak
Lelah mengesap air matanya. Terharu dengan apa yang terjadi depan matanya.
Gembira yang keluarga ni dah bersatu semula. Matanya teracap di pintu utama.
Radwa!
*************************
Raed
saya balik dulu, ada hal sikit. Azlin sakit.
Haii, nasib kau lah Azlin. Terpaksa aku guna nama kau kejap. Radwa terus menghidupkan enjin kereta. Tadi dia dah melihat sendiri apa yang terjadi di dalam rumah. Dia faham yang Raed perlukan masa. Sebab tak nak Raed risaukan dirinya, dia menghantar mesej. Saja bagi alasan Azlin sakit, sedangkan elok aje kawan dia tu tengok cerita dekat rumah. Kalau Lin tahu, habis aku kena dengan dia nanti.
Haii, nasib kau lah Azlin. Terpaksa aku guna nama kau kejap. Radwa terus menghidupkan enjin kereta. Tadi dia dah melihat sendiri apa yang terjadi di dalam rumah. Dia faham yang Raed perlukan masa. Sebab tak nak Raed risaukan dirinya, dia menghantar mesej. Saja bagi alasan Azlin sakit, sedangkan elok aje kawan dia tu tengok cerita dekat rumah. Kalau Lin tahu, habis aku kena dengan dia nanti.
Azlin
sakit? Tadi elok dia aje dekat rumah. Dahi Raed berkerut membaca mesej itu.
Baru tadi dia ingat nak kenalkan Radwa dengan parentsnya. Tak ada peluang lagi. Keluhnya.
“Kenapa
mama tengok berkerut aje dahi tu”.
“Eh? Ma. Tak ada apa lah. Raed pelik aje
baca mesej ni”. Diberi ruang sebelahnya untuk Datin Zara duduk.
Datin
Zara mengusap kepala anaknya itu. Dah lama dia tak buat macam ni. Raed
tersenyum. Suka.
“Girlfriend Raed ya? Bila nak kenalkan
pada mama ni?”
Raed
tersengih. Nampak sangat ke tadi?
“Tadi
Raed ingat nak kenalkan. Tapi dia ada hal, kawan dia sakit. Nanti ada peluang
Raed kenalkan dengan mama”. Tangan mamanya dipeluk. Nak bermanja. Dah lama dia
rindu nak bermanja dengan Datin Zara lagi. Tu lah, siapa suruh keras kepala
sangat dulu. Kan diri sendiri juga rugi.
Radwa
ada datang tadi? Tak nampak pun bayang dia.
“Mama
tak nampak ada siapa-siapa pun dengan Raed tadi”.
“Ada ma,
tapi dia tunggu dalam kereta. Dekat luar. Raed pun tak tahu kenapa dia tak nak
ikut tadi”. Raed mengadu. Memang Raed manja dulu, tak pernah berubah.
“Raed
ni, kacau lah”. Marah Dato’ Ammar tiba-tiba. Marah-marah sayang aje.
“Raed
buat apa pa?”
“Yang
Raed rampas isteri papa ni kenapa. Tak bagi chance
langsung papa nak bermanja dengan mama. Sayang pun dah tak ingat abang kan
lepas Raed ni balik”. Sengaja Dato’ Ammar nak merajuk.
Raed
ketawa, tak sangka papanya akan merajuk. Datin Zara yang mendengar dah
memuncung. Gatal betul suami dia ni, tak bertempat betul. Tak segan ke depan
anak.
“Wah, romantik papa ni”. Gelaknya makin
kuat melihat muka masam mamanya.
“Papa ni
memang romantik dulu Raed. Sampai sekarang lah. Selalu juga papa nyanyi untuk
mama ni. Dia cakap suara papa merdu”. Dato’ Ammar tertawa. Kelakar pula nak
ceritakan memori lama mereka.
“Abang
ni. Tak payah lah cerita semua tu. Malu saya dengan Raed”.
Raed
tersenyum. Tak sangka papanya macam tu. Teringat pula kat Radwa. Gadis tu pun
sering kali menyanyi untuknya. Dah dua kali. Rindunya dekat awak sayang.
“Comel
kan mama, papa. Merah dah muka mama. Makin comel”. Sengaja Raed nak join sekaki mengusik mamanya.
“Anak
beranak sama aje kuat menyakat. Tak apa saya tunggu menantu saya nanti. Boleh buat
satu kumpulan dengan dia. Buat mogok tak nak layan kamu berdua nanti”.
Berbayang Radwa tiba-tiba. Memang berharap gadis itu lah bakal menantunya
nanti.
“Hah... Raed
dengar tu. Cepat-cepat bagi mama menantu. Nampak dah tak sabar sangat tu”.
“Hish papa ni,
dah lah Raed nak balik dulu”.
“Eh? Nak balik? Baru aje datang, dah nak
pergi dah. Raed berdiri dekat situ”. Arah Datin Zara.
Raed berdiri tegak. Mendengar arahan. Kan dah janji tak
nak sakitkan hati mamanya tadi.
“Kenapa ma?”
“Mulai hari ni, Raed kena pindah balik sini. Mama tak
benarkan Raed duduk dekat kondo tu lagi”. Arahan mandotori Datin Zara.
“Raed pun kena berhenti kerja dekat tempat lama tu, start kerja dengan papa pulak. Raed aje
satu-satunya waris yang papa ada. Papa nak Raed mahir dengan urusan syarikat. Dah
sampai masa nanti senang papa nak serahkan pada Raed”. Arahan Dato’ Ammar pulak.
Memang dia dah nekad nak serahkan semua pada anak lelakinya kelak.
Read mengeluh. Sayang tolong saya! Datin Zara dengan
Dato’ Ammar yang melihat hanya menahan gelak.
*******************
Radwa merehatkan dirinya di dalam bilik. Tadi lepas dia
berlalu dari rumah Raed terus dia memandu balik. Tak ada mood nak pergi mana-mana seorang diri. Selalunya mesti Raed yang
akan teman. Dah terbiasa berdua. Mengada lah kau ni Radwa. Dulu boleh aje
jalan-jalan seorang. Rungut hatinya.
Radwa
duduk di atas katil. Dah lama tak online.
Dulu terlalu sibuk dengan kerja dan hal Raed. Sekarang ni pulak sejak mereka
dah ada hubungan, masa banyak dihabiskan menemani lelaki itu. Malam mesti dinner bersama, hujung minggu pulak
keluar bersama. Ada aje rancangan yang Raed dah susun. Pergi berkelah lah,
tengok wayang, shopping sama-sama.
Paling tak boleh diterima, bila Raed ajak dia memancing. Dia bukannya pandai
pun. Nak pasang umpan pun dah menggigil. Cacing kut, kenapa tak letak roti aje
kan tak geli sangat. Tapi sebabkan sayang, ikut aje lah. Kalau tak nanti
merajuk pulak Raed.
Ada
beberapa kali juga Raed ajak dia pergi bercuti bersama. Tapi dia menolak. Tak
manis pulak kan. Dah lah mereka tak ada hubungan yang sah lagi. Radwa suruh
Raed postpone untuk honeymoon nanti.
Kedengaran
handphone berbunyi. Nama dilihat sebelum bibirnya tersenyum mekar. Mama Zara!
“As’salam
mama”. Laptop ditutup. Tadi dia sedang chat
dengan kawan lama. Sama tempat belajar di Jepun dulu. Senang cerita, dia tu
lelaki. Rapat sangat dengan dia dan arwah Danisya dulu. Dah macam abang mereka.
Agaknya kalau Raed tahu dia jeles tak? Jeng..jeng..jeng..
“W’salam
sayang. Radwa sihat?”
“Sihat
aje ma. Mama sihat tak? Dah lama Radwa tak jumpa mama. Rinduuu dah”.
“Tu lah.
Orang busy sangat bercinta, mana nak
ingat mama lagi”. Datin Zara pura-pura merajuk. Kedengaran suara Radwa mengekek
ketawa.
“Mana
ada mama, Raed tu yang selalu kacau Radwa. Sampai tak cukup masa Radwa nak
rehat”. Sengaja nak mengadu. Bakal mak mentuakan.
“Aik? Anak laki mama tu pun, memang manja
terlebih sikit. Kuat buli pun ada juga”. Ayat macam balas dendam aje. Puas
dapat balas balik. Tadi dah cukup dia kena buli dengan Raed dan suaminya.
Radwa
tertawa. Nasib awak lah Raed jadi bahan kami malam ni.
“Dia ada
kat mana ma? Nanti dia dengar pula kita tengah kutuk dia ni”.
“Tak lah
sayang. Dia jauh tu. Mama ada dekat dapur. Buat air untuk anak beranak tu. Dia
orang bila dah berjumpa mesti berborak lama. Nak catch up cerita dulu-dulu. Radwa tahu papa, nak serahkan syarikat
tu pada Raed. Mesti ada banyak dia nak sampaikan tu”. Air yang sudah siap
dibancuk diletak dalam dulang. Agak hebat lah juga Datin Zara ni, boleh buat
dua kerja dalam satu masa. Dalam nak pegang phone,
sempat pulak bancuh air.
“Ye ke
ma? Boleh papa berehat aje dekat rumah lepas ni. Raed dah adakan. Selalu lah
papa bawa mama jalan-jalan nanti”.
“Itu lah
Radwa. Memang dia dah rancang semua tu. Sebab tu mama nak kahwinkan kamu berdua
ni dulu. Senang sikit hati mama, ada juga yang jaga Raed dekat rumah masa mama
dengan papa tak ada nanti”.
“Aik ma? Raed tu dah besar lah. Sengaja lah
tu nak kenakan Radwa. Tak kan Raed tak boleh jaga diri dia sendiri”. Datin Zara tertawa. Mesti wajah
gadis tu dah memerah mendengar katanya tadi.
“Betul
lah sayang. Nanti kita sambung lagi ya sayang. Mama nak hantar air ni dulu. Kering
dah tekak dia orang berborak tu. Sayang jangan lupa datang jumpa mama dengan
Raed nanti. Nanti pandai-pandai lah mama berlakon tak kenal Radwa. As’salam
sayang”. Masih kedengaran lagi sisa-sisa ketawa Datin Zara. Gembiranya dia
dengan kepulangan Raed.
“W’salam
ma”.
Radwa
tersenyum. Dah terlepas dah satu janji dia pada Datin Zara. Amanat Danisya pun
sudah ditunaikan. Dari pelindung Raed sampai dia dah terjatuh cinta dengan
lelaki itu. Tapi yang paling merungsingkan fikirannya tentang Radwa cinta
pertama Raed. Bila dia nak berterus terang. Radwa takut Raed akan menjadi lebih
teruk kalau dia tahu akan hakikat ni. Dia pun tak nak Raed kecewa lagi.
“Adui
susahnya. Sakit kepala fikir pasal ni!” Radwa menjerit. Azlin tak ada malam ni.
Dia balik kampung. Kalau tak mesti kawannya tu dapat tolong. Kedengaran
deringan telefon lagi. Mama lagi ke? Duga Radwa.
“As’salam,
mama. Ada masalah ke?” Tanya Radwa tanpa melihat nama pemanggil dulu.
“W’salam.
Ni saya lah sayang. Bukan mama awak”. Dia tertawa. Mesti Radwa dah malu sekarang
ni. Comel sayang saya ni lah.
“Sorry-sorry ingatkan mama tadi”. Radwa
mengaru-garu kepalanya. Itu lah, kenapa tak tengok nama tadi. Kan dah malu
sendiri.
“Sayang,
saya teringin lah nak jumpa mama angkat awak. Mesti dia cantik macam awak kan”.
Radwa
terdiam. Keluhan terdengar.
“Kenapa
sayang? Ada masalah ke. Tak elok banyak mengeluh ni”.
“Tak ada
apa lah. Nanti saya kenalkan awak dengan dia. Awak tidur rumah parents ke malam ni?
“Haah, mama suruh saya pindah sini. Papa
pulak nak saya kerja dekat syarikat dia. Awak rasa macam mana sayang?” Raed
mahu mendengar pandangan Radwa. Tak nak salah buat keputusan.
“Better awak ikut sayang. Awak kan
satu-satunya anak dia orang. Mama awak pun mesti sunyi tinggal seorang dekat
rumah. Sekarang ni awak dah ada kurang sikit sunyi dia. Papa awak pun mesti nak
bersara juga. Dah penat dia asyik menghadap dokumen aje. Nak juga dia berehat
dekat rumah”.
“Betul
juga kan. Tapi kan sayang saya ada cadangan lagi baik”.
“Apa
dia?”
“Better lagi kita kahwin cepat. Kita bagi mama
dengan papa cucu cepat-cepat. Mesti mama tak sunyi lagi. Mama pun dapat anak
perempuan lagi nanti”. Raed tertawa. Suka dengan angan-angannya.
“Gatal
lah awak Raed”. Radwa turut ketawa. Comel angan-angan Raed tu. Tapi boleh ke?
Banyak sangat rahsia dia simpan dari Raed.
“Mana
ada sayang. Sayang tunggu ok. Lepas anniversary
parents saya. Kita uruskan hal kita pulak”. Memang dia sudah lama
merancangkan malam yang bersejarah untuk mereka berdua tapi settlekan dulu hal mama dengan papa lah.
Radwa pun belum kenal mereka lagi.
Mereka berborak sampai lewat malam. Esok nak jumpa lagi. Nak uruskan hal berkaitan anniversary Dato' Ammar dan Datin Zara. Ada banyak yang nak dilakukan. Masa dah tak banyak lagi. Ada dua hari aje lagi. Sempat ke?
Mereka berborak sampai lewat malam. Esok nak jumpa lagi. Nak uruskan hal berkaitan anniversary Dato' Ammar dan Datin Zara. Ada banyak yang nak dilakukan. Masa dah tak banyak lagi. Ada dua hari aje lagi. Sempat ke?
4 comments:
ohh...raed ku...hehe...gatal pulak...
hehe..radwa jgn marah naa..
kak...sambung la lagi..
-noorwieyl-
oh really2 fall in love with Raed...oh my sweet Raed...hihi..tetibe pulak...ala terpakse lupekan Luth kejap...huhu..akak!!!kite admit yg kite lebih suke Raed..hihi..agaknye ape reaksi Raed bile tahu mama angkat Radwa tu mama dia...mesti terkejutkan...ish xsabarnye nk tahu...
-nasira comel-
best sangat2.
nor : akak pn dah pening ni..rmai sgt berebut Luth dgn Raed..takut t'salah taip je nanti..hehe
nasira : larrhh..kesian Luth.. :P
baby mio : tanx2.. ^_^
Post a Comment