Monday, 7 January 2013

Pelindung Cinta 11

Monday, 7 January 2013
. . .

Bunyi bising di dapur membangunkan Azlin. Jam di dinding dipandang. Dah pukul 6.00 pagi? Tergesa-gesa dia menuju ke tandas. Keluar bilik aje aroma wangi bau makanan menusuk hidung. Sedapnya! Dah lama tak makan masakan rumah. Selalu dia beli aje. Tak ada masa nak masak. Alasan sebenarnya...malas.

            “Radwa”. Tubuh Radwa yang sedang membancuh air dipeluk dari belakang. Sengaja nak bermanja pulak.

             “Eh, kenapa ni?” Radwa pulak terkejut.

          “Bestnya ada kau kat sini. Jimat duit makan aku. Rasa macam ada kat rumah mak aku pulak. Selalunya mana ada makan dekat atas meja aku ni pagi-pagi. Selalu makan dekat kafetaria hospital aje. Kau jom lah pindah masuk duduk dengan aku dekat sini. Terjaga juga lah makan minum aku nanti”. Azlin tersengih mengusik.

            “Mengada lah kau Lin. Kau ni perempuan. Kena lah rajin-rajinkan diri turun dapur masak. Macam aku ni memang tak boleh terima sangat pagi-pagi makan dekat luar. Memang kena masak sendiri. Perut aku ni mengada sikit, macam kau lah”. Radwa tergelak. Azlin tersenyum dengan tingkah Radwa pagi tu.

            “Lega aku tengok kau dah boleh gelak macam ni. Jangan buat lagi macam semalam. Takut aku tengok. Ada apa-apa masalah cepat-cepat roger aku”.

        “Ya. Patik yang menurut perintah. Patik janji tak akan buat tuanku murka lagi dengan perangai patik”. Telapak tangan dirapatkan. Memohon maaf kononnya.

            Azlin tergelak mendengar usikan Radwa. Main balas-balas pulak Radwa ni.

            Meja yang sudah terhidang dengan makanan diduduki. Duduk bertentangan. Senang makan macam tu, senang nak berborak. Masing-masing sibuk menghadap makanan. Nasi goreng Radwa memang sangat menyelerakan, kena dengan tekak Azlin. Tapi dia ni memang tak memilih pun. Bagi aje lah apa-apa gerenti dia boleh telan sampai licin pinggan. Ni pun dah berkali-kali juga Azlin tambah. Siap nak bawa bekal lagi pergi kerja. 

            “Kau ingat lagi tak apa yang aku ajar semalam?” Azlin nak pastikan Radwa tak lupa sesi pembelajaran dia orang semalam. First step nak pikat Raed dah diajar semalam. Banyak kali juga lah Radwa bangkang idea dia, akhirnya keluar juga satu idea yang Radwa ni boleh terima.

            “Ingat. Tapi segan lah”. Pandangannya dibiarkan ke arah pinggan yang sudah licin. Malu pulak nak jalankan idea tu.

              “Memang lah segan Radwa. Jarang kut perempuan yang mula langkah dulu. Tapi ni untuk kebahagian masa depan kau dengan dia. Kau dah suka dia kan, and the same time kau nak tunaikan amanat Danisya. So, ni aje cara yang ada”.

          Radwa menggigit bibir. Ada satu perkara lain yang belum diceritakan pada Azlin sebenarnya. Mengamuk tak kalau dia tahu nanti?

            “Ada masalah sikit lah Lin. Kau rasa sempat tak aku nak pujuk Raed balik rumah dia dalam tempoh enam minggu ni?”

                Mata Azlin mengecil. Dia memandang Radwa. Dahi dikerutkan. Ada masalah apa?

            “Semua tu tengok prestasi kau macam mana lah. Kalau kau pandai pujuk dia, then cepatlah kut. Tak sampai enam minggu pun boleh. Tapi, kau ni macam segan sangat aje. Susah juga lah. Lebih enam minggu rasanya”. Azlin membuat kira-kira.

                Radwa mengeluh. Tak sempat ke? Macam mana ni? Kepalanya digarukan.

               “Kenapa Wa? Ada masalah ke?”

            “Aku ada janji something dengan parents Raed”. Radwa menggigit jarinya. Takut takut nak ceritakan hal sebenar.

            “Dah tak payah nak gigit jari kau pulak. Tak senonoh aku tengok. Janji apa pulak ni? Jangan cakap ada kaitan dengan Raed pulak”. Awal-awal Azlin dah bagi warning, Radwa ni bukan boleh percaya sangat. Mesti dia tak habis cerita semalam ni.

        Muka Radwa dipandangnya dalam. Radwa menggelabah. Takut dengan pandangan kawannya.

               “Aku kena pastikan Raed pindah balik rumah parents dia sebelum anniversary dia orang. Ada enam minggu aje lagi. Aku dah janji, tak boleh tak tunaikan, kan?” Radwa dah tersengih. Tahu yang nanti mesti dia kena marah. Raedy aje lah.

            “What? Mana sempat Wa”. Azlin terkejut. Gila! Mana sempat nak pujuk laki tu dalam masa enam minggu. Tengok perangai Radwa pun dah tahu. Mati lah dia. Macam mana nak buat ni? Nak letak jawatan jadi Love Sifu boleh tak?

************************

Radwa terpaksa menumpang kereta Azlin hari ini. Kereta dia masih ada lagi dekat hospital sejak semalam. Nak bernanah dirasakan telinganya sepanjang duduk dalam kereta ni. Asyik membebel tak puas hati aje Azlin dari tadi. Nak melawan takut. Bukan takut dengan si Azlin ni, tapi takut kena tinggal tepi jalan aje nanti. Haru nanti dia. Tadah aje lah dengar. Kesian ya kau telinga, tapi sabarnya. Kejap aje lagi nak sampai ni.

              “Kau dengar tak apa aku cakap ni Radwa”. Dari tadi dia tengok Radwa macam malas nak dengar kata-kata nasihat dan semangat dari dia.


            “Dengar Lin. Semua aku dah simpan dalam otak aku ni. Jangan risau lah. Aku ni fast learner”.
        Raed melihat kertas-kertas ditangannya. Dia tersenyum. Tak sangka ada orang sanggup buat macam ni. Semua rawatan tu sebab nak tampal kertas ni semua ke, pandainya dia mengatur rancangan. Dia pun tak sangka semua tu termasuk dalam rancangan sekali. Sangat perfect! Selama ni memang dirinya sering digoda tetapi apa yang terjadi kini sangat berlainan. Dia digoda. Rasa lain, tapi dia suka!

*************************** 


Radwa kecut perut. Tangan dia dah sejuk. Malu nak melangkah masuk ke bilik Raed. Tak tahu macam mana nak berdepan dengan Raed nanti. Tak tahu reaksi apa yang dia akan terima nanti. Marah? Suka? Marah? Suka? Kena guna bunga ros ni. Tapi mana nak beli? Dah merapu dah Radwa ni. Risau sangat lah tu.


                   Azlin mencebik.

               “Ya aje lah kau. Jangan nanti si Raed tu tak layan kau datang menangis-nangis dekat aku balik dah”.

               “Tak ada lah. Ni Radwa kan. Mesti aku boleh buat. Aza aza fighting!”. Dia ketawa, nak tutup debaran dalam hatinya. Perasaan takut makin terasa.

              “Ok. Bagus! Hari ni mulakan langkah pertama kau. Raed ada sembilan hari aje lagi dekat hospital kan? So, aku harap hati dia dah lembut sikit lah sebelum dia discharged nanti. Lepas dia dah keluar nanti mesti susah kau nak jumpa dia....Teruskan! Chaiyok-chaiyok Radwa!” Diakhir kata Azlin menjerit. Dia pulak yang terlebih semangat dengan semua ni. Dia suka lah, tapi aku ni. Hissh..nasib baik dia Love Sifu aku. Kalau tak...
           
            “Ok. Aku try. Apa-apa nanti aku inform kau. Kau pun jangan pulak tak ada masa aku datang cari kau nanti”.

               “No worries dear. Aku akan selalu ada untuk kau”. Matanya dikenyitkan pada Radwa.

               “So, langkah pertama akan bermula sekarang!”

**********************************

Pagi tadi Raed terpaksa mengikuti rawatan untuk menguatkan kembali ototnya. Kemalangan hari tu tak ada lah teruk sangat, tapi tak tahu kenapa dia terpaksa juga ikuti semua tu. Hampir tiga jam juga lah. Bukan kena buat apa sangat pun, rasa macam buang masa aje. Rasanya lebih baik tidur dalam bilik. Lagi best!

            Sepanjang langkah ke bilik, Raed termenung. Memikirkan perihal Radwa. Hampir sasau dirinya tak melihatkan kelibat Radwa. Takut pun ada juga. Takut Radwa akan tinggalkan dia kembali. Tak dapat lena tidurnya semalam. Rasa bersalah.

               Tombol pintu bilik dibuka. Raed tergamam!

              Alangkah terkejutnya dia melihat bilik tu. Matanya memandang seluruh bilik. Ni bilik aku ke? Nama di hadapan pintu dilihat.

            Raed Daniyal bin Dato’ Ammar.

            Betul lah. Ni bilik aku. Tapi semua ni? Kerja siapa ni? Dinding bilik diperhati. Kertas-kertas berwarna-warni banyak terlekat. Dihampirinya. Susunan kertas sticky notes disentuh. Bibirnya tersenyum. Nampak cantik sangat susunan kertas-kertas itu semua. Kerja peminat aku ke? Tapi siapa yang gila sangat dekat aku sampai sanggup buang masa buat semua ni? Satu kertas warna kuning ditanggalkan, dibaca.

           - I wrote your name in the sky, but the wind blew it away. I wrote your name in the sand, but  the water washed it away. I wrote your name in my heart, and forever it will stay. -

             Raed tersenyum. Romantik juga ‘peminat’ dia ni. Tak sangka baru berapa hari duduk sini dah ada peminat.

   Satu lagi kertas ditanggalkan. Warna hijau pulak kali ni.


  - Love, was only a word until you arrived. Now I know what people mean when they say life without love is a life they would rather not prefer to live. -


  Semakin lebar senyuman Raed.

            Kertas-kertas yang lain juga dibuat begitu. Ditanggalkan kemudian dibaca. Banyak kata-kata cinta ditulis. Tapi yang paling menarik hatinya ialah...
            

              - Life without you will be like going to sleep and never having sweet dreams.-


              - Anyone can catch your eye, but it takes someone special to catch your heart.-    

    
    
             - My love for you is a journey starting at forever and ending at never.-          



            - Loving you doesn’t make the world go round. It’s what makes the ride worthwhile.-       
           


            Lepas menanggalkan kertas yang tak tahu keberapa, sampai lenguh juga lah tangan Raed ni menanggalnya. Dia berhenti. Tapi masih ada satu lagi kertas belum ditanggalkan. Warna putih! Favourite dia dengan Radwa. Haii..Radwa lagi.


          - Believe me when I say I love you because it is true. When I say I will love you forever, be assured that I will never leave you. Promise me you will not shed your tears when I say goodbye, because the day I will say so would be the day I die. I can’t live without your love.- 



          Kata-kata yang terakhir itu entah kenapa mengingatkannya kepada seseorang. Radwa!

        Dipandang lagi sekeliling. Nak tengok kalau ada lagi benda lain yang ditinggalkan. Selalunya kan macam tu. Tapi dalam movie lah, tak pasti ‘peminat’ dia ni buat ke tak. Matanya teracap dimeja sebelah katil. Kotak? Raed menghampiri. Dicapai kotak comel tu. Siap ada reben lagi.  Ada ayat yang tertulis di situ...           


            - My love notes for him - Radwa -


            Radwa? Dirinya terkejut. Radwa yang buat semua ni? Ni semua bukan mimpi? Pipinya dicubit.
  “Auuw”. Adunya sakit.
 Lama-lama senyuman terukir dibibirnya. Ketawa gembira kemudian. Gembira dengan surprise nota cinta yang diterimanya hari ni. Disangkakan Radwa dah pergi meninggalkan dia semalam. Tak sangka gadis itu masih tak putus asa lepas teruk teruk kena marah semalam. Tabah juga Radwa dia ni
“Radwa nak pikat aku balik ke? Tak apa kita tunggu apa dia nak buat lagi lepas ni”. Cakapnya sendiri di dalam bilik itu. Bibirnya tak lengkang dengan senyuman.
Kertas-kertas warna-warni tadi dimasukkan dalam kotak comel tu penuh berhati-hati. Tak nak ada yang rosak. Memang nak dijaga baik kertas kata-kata cinta itu. Pemberian pertama Radwa untuk memujuk hatinya.
  “You are soo cute and sweet. Thanks”. Ujarnya sendiri sambil tersenyum. Tak sangka gadis itu pandai memujuk. Ni baru bagi kertas dah cair macam ni, kalau Radwa sendiri yang pujuk memang dia terus masuk meminang gadis tu agaknya. Dia tertawa nakal. Makin tak sabar pulak nak tunggu Radwa masuk. Tunggu lah hati...
              Masih teringat lagi bisikan Love Sifu ke telinganya sebelum mereka berpisah ke bilik kerja masing-masing pagi tadi.


              “First step, give him lots of love notes to express your true feeling!”

 Memanglah dia sukakan Raed, tapi nak confess macam tu segan kut. Tapi atas paksaan dan dorongan Love Sifu terpaksa juga lah dia buat. Love Sifu cakap cara ni boleh cairkan Raed. Kita sama-sama tengok lah nanti cair ke tak lelaki kepala angin tu.
Semalaman semalam dia orang berfikir cara apa yang patut digunakan untuk laksanakan langkah pertama tu. Ada sampai rasa nak give up lah. Tapi demi Raed sanggup dia berkorban. Ceh! Tak malu perempuan tackle lelaki. Mula-mula cadangnya hanya nak pujuk Raed tapi tak tahu kenapa jadi memikat pula. Dasar Love Sifu sesat., potong gaji bulan ni. Senang kerja kan Love Sifu ni!
Tadi pagi, sempat dia membuat pakatan dengan doktor lain yang akan kendalikan rawatan pagi nanti. Dia perlukan Raed keluar dari bilik tu kejap untuk menjalankan langkah pertama. Sebab tu nama Raed pun dimasukkan untuk ikuti rawatan tu semua. Dah lah si Azlin ni pun tak tolong, ada ke dia cakap..
 “Mana aku boleh tolong. Kau kena buat sendiri, kalau aku tolong nanti dah macam aku pulak yang nak pikat Raed tu sekali. Kau sanggup ke nak bermadu dengan aku? Aku ok aje. Dia hensem kut”.
 Azlin gatal! Ada hati nak pikat Raed konon. Dia aku punya lah!
 Tapi kalau semua ni tak berjaya buat Raed cair sikit pun, siap lah kau Azlin! Dah lah pukul 3 pagi dia baru dapat tidur. Tapi dia dah balas dendam dulu, in case kalau tak berjaya nanti, sempat dia kebas dua paket Nescafe 3 in 1 kawannya tu.
Pintu ditolak Radwa. Salam diberi. Dilihatnya kearah Raed. Aik? Dia pegang kotak tu. Radwa dah kecut perut. Baru nampak Raed pegang kotak dah takut, belum dengar dia cakap lagi. Silap-silap ada juga Radwa pengsan dekat sini nanti.
Muka Radwa memerah. Segan sangat-sangat dirasakan. Lebih-lebih lagi tengok Raed yang sedang tersenyum sinis memandangnya. Tak payah tunggu Raed cakap pun dah tahu yang lelaki tu tak cair langsung dengan notes dia tu. Kenapa lah aku bodoh sangat dengar cakap Azlin. Menyesalnya. Rugi masa tidur dia.
Hi, feeling better today?” Soal Radwa. Segan diletak tepi dulu. Balik nanti baru sambung. Dia dah terfikir nak rempuh bilik Azlin kejap lagi. Sekarang ni pura-pura tak ada apa-apa berlaku dulu.
“Ermmm”.
Radwa berkerut. Tu aje jawapan dia? Lagi teruk dari dulu ni. At least dulu faham lah juga walaupun sepatah perkataan aje dia cakap. Ermmm...tu apa maksud dia?
Radwa tersenyum aje. Tak tahu nak bertanya apa lagi. Raed pandang dia. Radwa pandang dinding. Raed pandang lagi. Radwa terus pandang lantai.
Melihat telatah Radwa, Raed tersenyum. Dia dah mengambil keputusan tadi, dia nak biarkan Radwa pikat dia balik. Tapi tak akan sesenang tu dia akan terima. Dia nak tengok setakat mana Radwa mampu bertahan dengan perangai dia nanti. Kalau dia sayang, mesti dia boleh tahan kan. Ni semua u-ji-an..
Radwa bermain-main dengan jarinya. Dia risau tambah gelabah lagi. Dia perasan mata Raed sedang ralit melihat tingkahnya ketika ini. Pandangannya dialih sekejap ke Raed, bila terpandangkan mata lelaki itu yang tajam memandangnya terus Radwa memandang lantai semula.
Hensem sangat ke lantai tu dari aku? Tadi masa lekat semua notes tu tak fikir malu pulak. Radwa... Radwa.
“Kau ke yang semakkan bilik aku tadi?” Kedengaran seperti tiada perasaan suara itu.
 Semakkan? Penat aku buat cantik-cantik tadi. Dia selamba aje cakap aku semakkan bilik dia. Tak patut betul! Radwa geram.
   Raed tersenyum melihatnya, tapi bila Radwa mengalih pandang ke arahnya terus senyuman itu dimatikan. Berubah serius terus. Sengaja nak mendera hati gadis dekat depan dia ini.
 “Saya..saya..”. Ujarnya tergagap-gagap. Nak cari alasan yang sesuai untuk Raed. Tapi macam tak nak keluar aje. Rasa macam otak dah beku.              
“Saya apa?!” Kuat dia menjerit. Gimik aje lebih.           
“Saya suka awak Raed. Sebab tu saya buat macam tu”. Terangnya dalam satu nafas. Semuanya sebab terkejut dengar suara Raed tadi.
Ohh, nak tackle aku lah ni”. Raed melangkah perlahan ke arah Radwa. Diberhentikan langkahnya bila dah berada di sebelah Radwa.
 “Bukan-bukan, nak pujuk awak”. Terangnya kembali. Gila pergi mengaku depan-depan tadi. Mukanya bertukar warna.
Mulut Raed didekatkan ke telinga Radwa. Radwa hanya terkaku. Tak disangka akan berada sedekat dengan Raed begitu. Kakinya seakan terkaku tak dapat bergerak.
“Well, what ever it is. I think you can do better next time, sebab aku tak cair pun. So, good luck sayangg”. Matanya dikenyitkan. Terus menuju ke katil dan baring membelakangkan Radwa. Senyuman yang ditahan tadi terukir. Sweetnya! Comel Radwa tadi.
Bunyi pintu ditutup membuatkan ketawa Raed meletus. Radwa..Radwa..patut lah sampai sekarang saya tak dapat lupakan awak..
Azlin! Semua ni salah kau! Malunya aku. Siap lah kau nanti. Radwa terus melangkah keluar. Tak sanggup lagi rasanya nak berdiri lama dekat situ. Mukanya dah tebal sebab malu dengan tindakan berani mati dia tadi. Kenapa lah aku buat macam tu. Menyesalnya!

No comments:

Kehidupan seorang penulis © 2014