Sunday, 13 January 2013

Sinopsis?

Sunday, 13 January 2013
. . .

As'salam. Hai. Hello semua. Hari ni officially manuskrip pelindung cinta dah SIAP!! Excited ok.. Dah berapa hari asyik menghadap cerita ni.. kesian semua yg tunggu Luth xkeluar2 kan..Ok lepas ni sy fokus pd cerita tu plk.. so disebabkan rmai sangat yg berebutkan Raed ni saya bg sinopsis novel ni.. Mempersembahkan PELINDUNG CINTA!



Disebabkan sebuah amanat Radwa terpaksa menjadi seorang pelindung. Bukan pelindung sesiapa pun, tapi abang kawan baik dia juga, Raed Daniyal. Bermulalah pelbagai misi gila-gila yang dijalankan semata-mata nak menjauhi semua perempuan yang suka mendekati lelaki itu. Tapi yang paling tak disangka rupanya Radwa dan Raed pernah berjumpa sebelum ini. Radwa menafikan, tapi Raed pula tak boleh menerima. Kehadiran gadis tu bagai membuka kembali luka lama.



"Radwa.. Radwa. Awak tak kan pernah berubah kan? Kenapa muncul balik? Awak nak apa?" - Raed



"Awak kenal saya ke?" - Radwa


Untuk mengubat kembali luka Raed, Radwa terpaksa menggunakan khidmat Love Sifu. Tapi dari memujuk bertukar menjadi tips memikat. Alasan Love Sifunya mudah.



"Dah alang-alang nak malukan diri pujuk dia tu kau terus aje lah pikat. Aku pun tahu kau memang sukakan dia kan". - Azlin



Kemudiannya Raed tersedar kehadiran gadis ni sebenarnya menyuluh kembali kehidupan gelap dia. Menjadikan dia pencinta setia dan ingin menadi pelindung gadis tu pula.




"Please.. let me be your guardian" - Raed



Terbongkarnya satu demi satu kebenaran kembali mengoyahkan hubungan mereka. Tambah lagi dengan kehadiran watak extra dalam kisah cinta 1001 malam Raed & Radwa membuatkan fikiran seorang dari mereka terhasut. Dari kekasih yang setia berubah kembali menjadi pendendam, tapi lagi teruk dari dulu. Radwa hilang kekuatan, hilang punca.


“Bagitahu aku, apa muslihat kau selama ni huh? Kau tunggu situ aku nak hantar kekasih kau ni masuk lokap!” Raed


“Radwa tak pernah salahkan abang Raed, dia suami Radwa. Apa yang terjadi dalam rumah tangga kami bukan untuk diceritakan, maruah abang harus dijaga”.Radwa


Dapatkah dia mempertahankan hubungan mereka? Berjaya ke watak extra itu memainkan wataknya? Amanat itu terlaksana ke? Atau akhirnya masing-masing tak dapat menjadi pelindung cinta mereka?


Jeng2...kalau xbest komen ya... tanx ^_^

8 comments:

Anonymous said...

ade watak extra?sape yg brani sgt nak kacau my sweet couple, Raed n Radwa ni?jgn ngade nk hasut my hero n heroin ok...kalo x,siap la...haha..eh terover suda...best2..kite tetap sokong akak...ni yg tak sabar nk tggu....hihi..good job writer...teruskan...
-dari adek akak yg comel,nasira comel-

misztyra9@ said...

@Anonymous
eh2..lamanya m'diam pelik juga adk akak yg comel ni xkomen2..hehe..ok x Raed jd kejam?

Anonymous said...

omg. Raed jadi kejam? i loike. haha. bermisteri jugk cerita nih. gud job ! -peminat setia pelindung cinta-

misztyra9@ said...

@Anonymous
peminat setia pelindung cinta? ermm..siapa ya? ni pun misteri gak..hehe

Anonymous said...

xnk raed yg disayangi jd kejam..
kcian kt radwa..
yeay...yeay...xsbr nk tunggu novel ni kuar..
kak, gudluck....saya sentiasa skong akak..
skrg...luth time...

-noorwieyl-

misztyra9@ said...

@Anonymous
tq nor..tp nk awl2 ckp sory dulu kalau xbest novel tu nnti..huhu

Anonymous said...

mesti best punya la...
akak jgn la risau...
saya sokong akak...

-noorwieyl-

misztyra9@ said...

@Anonymous
tq2.. terharunya...

Kehidupan seorang penulis © 2014