. . .
“Sayang dah bagitahu Radwa rahsia yang kita simpan ni?”
Tanya Dato’ Ammar kepada isterinya sesuatu malam ketika mereka sedang berehat
di bilik. Rahsia yang telah lama mereka simpan dari Raed dan Radwa. Rahsia yang
mungkin akan mengembalikan kebahagian Raed atau makin menjauhkan dia. Tapi
semakin lama rahsia itu dipendam hanya menyesakkan dadanya dengan rasa
bersalah.
“Belum
lagi bang. Saya tak sempat nak cerita lagi dengan dia. Abang tengok lah
sekarang ni Radwa tu bersemangat sangat nak fikir perancangan untuk dekatkan
diri dengan Raed”. Hampir setiap hari Datin Zara melihat Radwa asyik berkepit
dengan buku notanya. Segala perancangan dikatakan telah disusun rapi dalam buku
itu. Tergelak Datin Zara melihat Radwa begitu.
“Awak
kena bagitahu dia juga. At least dia
tahu awak tak ada rahsiakan apa-apa dari dia. Semua tu pun berkaitan dengan diri
dia dan Raed, saya rasa dia memang patut tahu. Dah lama awak simpan rahsia ni
kan. Saya tak nak Radwa terasa dengan tindakan kita simpan semua ni dari dia
nanti”. Dato’ Ammar meluahkan kebimbangannya. Dia gembira dengan kehadiran
Radwa. Disebabkan gadis itu, isterinya semakin ceria. Disebabkan itu dia tak nak
melakukan perkara yang memungkinkan gadis itu jauh daripada mereka di kemudian
hari.
“Tapi
saya takut juga lah bang. Boleh ke dia terima nanti. Saya takut dia terluka
pulak nanti. Saya tak nak dia pergi jauh dari saya kalau dia tak dapat terima
semua ni”.
"Kita terpaksa juga sayang. Ni semua berkaitan dengan dia juga. Dia patut tahu sayang. Mungkin Radwa akan faham juga nanti. Abang tahu dia bukan jenis yang bertindak tanpa berfikir. Dia tak akan tinggalkan sayang".
"Kita terpaksa juga sayang. Ni semua berkaitan dengan dia juga. Dia patut tahu sayang. Mungkin Radwa akan faham juga nanti. Abang tahu dia bukan jenis yang bertindak tanpa berfikir. Dia tak akan tinggalkan sayang".
Datin
Zara mengeluh. Betul ke yang Radwa boleh terima?
“Baik
lah bang. Nanti saya cuba bagitahu dia”. Datin Zara termenung. Tak tahu apa nak
buat. Macam mana nak bagitahu Radwa?
*******************
Segala perancangan dah diatur. Malam ini Radwa akan
memulakan langkah. Debarannya sudah terasa. Dia takut perancangannya tak
berjaya, tapi restu daripada Dato’Ammar, Datin Zara dan Mak Lelah dah dapat
tadi. Datin Zara pun ada tolong dia upah beberapa orang penyiasat persendirian.
Semuanya untuk mendapatkan maklumat mengenai Raed.
Maklumat tempat tinggalnya, tempat kerjanya dan juga
perkara lain sudah berada di tangan. Masih teringat lagi dahulu Danisya pernah
bercerita mengenai abangnya, Raed. Tidak disangka Radwa yang dia akan bertindak
sebegini. Sering kali juga dia dilabel ‘gila’ hanya kerana dia tergelak sendiri
mengenangkan perancangan yang akan dilakukan nanti. Gila! Memang kerja gila.
Danisya
pernah bagitahu yang hanya disebabkan tak mahu dijodohkan dengan anak kawan
Datin Zara, Raed bertindak keluar dari rumah. Disebabkan pengaruh kawan pulak
membuatkan dirinya hanyut, semakin liar. Sudah beberapa kali penyiasat
upahannya menyatakan Raed sering kali bawa perempuan yang berbeza pulang ke kondonya.
Aku kena bertindak segera, sebelum keadaan Raed semakin kririkal, sebelum
banyak lagi air mata Datin Zara yang akan tumpah kerana Raed...
****************************
Malam itu, Radwa bersiap-siap untuk mengekori Raed. Dia
telah bersiap sedia menunggu di hadapan kondonya. Tujuannya untuk mengikut
pergerakan Raed. Malam itu dia sudah bersiap sedia dengan pakaian yang berwarna
gelap. Baju dan seluarnya berwarna hitam. Spec
hitam turut dipakai. Haii la, kalau orang nampak mesti aku dikatakan gila . Fikir
Radwa. Sempat penampilannya dilihat sekali lagi.
Sebaik
sahaja dia melihat kelibat seseorang menaiki kereta Audi R8 berwarna biru gelap
lantas dia menghidupkan enjin keretanya. Dia masih ingat lagi nombor plat
kereta Raed yang telah diberitahu oleh Datin Zara sebelum dia keluar tadi.
Kelihatan
kereta Raed bergerak keluar . Segera dia mengekorinya. Tapi masih dalam jarak
yang jauh. Tidak mahu perbuatannya dikesan oleh Raed. Macam jauh aje Raed ni
nak pergi. Tapi Radwa steady aje,
lagak dia macam pengintip profesional.
Raed meletakkan keretanya di petak VIP. Seperti sudah
biasa sangat dengan nightclub itu. Lain
pula bagi Radwa yang memang tidak biasa dan tak suka pergi ke tempat-tempat macam
ni. Seumur hidupnya disangkakan tak akan pergi. Tapi malam ni, terpaksa dia
melawan prinsipnya, hanya demi Raed.
Raed
menegur hampir keseluruhan pengunjung club.
Seperti sudah dikenali ramai. Radwa hanya memerhati dari hujung sudut. Dari
masuk tadi dia belum lagi melihat paras rupa Raed, Datin Zara pula tak ada
gambarnya untuk ditunjukkan pada Radwa kerana katanya Raed tidak suka bergambar
sejak kecil.
Raed hampiri sekelompok manusia yang terdiri daripada empat lelaki dan tiga perempuan. Kelihatan dorang rapat sangat. Pipi sorang dari perempuan tu tu dicium. Kemudian duduk berpelukan bahu. Di hadapan terhidang dengan bermacam-macam jenis air berlainan warna. Mengucap Radwa saat melihat air-air tu.
Raed hampiri sekelompok manusia yang terdiri daripada empat lelaki dan tiga perempuan. Kelihatan dorang rapat sangat. Pipi sorang dari perempuan tu tu dicium. Kemudian duduk berpelukan bahu. Di hadapan terhidang dengan bermacam-macam jenis air berlainan warna. Mengucap Radwa saat melihat air-air tu.
Manusia
akhir zaman, macam-macam ragam ada.
Sebaik sahaja Raed duduk, wajah lelaki itu dilihat.
Hidung yang mancung terletak. Bibir yang merah menandakan lelaki itu tak
merokok. Raut wajah kacukan. Hensem! Kejap.. Macam kenal aje.
Dia! Lelaki
yang sama dia langgar di lapangan terbang dulu. Laaarh...Kecilnya dunia!
Radwa mengelabah tiba-tiba. Baru teringat dengan
kemalangan kecil mereka dahulu. Mesti Raed masih berdendam dengannya mengenai
peristiwa air tumpah dulu. Lebih-lebih lagi jika tangan lelaki itu berparut
disebabkan kemalangan kecil itu.
Adoi! Wajahnya
diraup.
Masalah baru muncul pula. Macam mana dia nak dekati Raed
kalau muka dia pun Raed tak nak pandang. Harap-harap dia tak ingatkan aku lagi.
Kejadian di lapangan terbang itu berulang tayang dalam fikirannya.
Berkali-kali.
Wait. Bukan aku pakai selendang ke masa tu? Radwa tersenyum. Makin lebar senyuman dia. Masalah settle. Dia mesti tak cam aku. Tapi kalau dia cam? Hah. Lantaklah. Letak tepi dulu.
Wait. Bukan aku pakai selendang ke masa tu? Radwa tersenyum. Makin lebar senyuman dia. Masalah settle. Dia mesti tak cam aku. Tapi kalau dia cam? Hah. Lantaklah. Letak tepi dulu.
“Miss, you nak minum apa?” Tanya pelayan di situ. Hampir melatah Radwa
mendengar pertanyaan pelayan itu.
“Bagi
saya fresh oren satu”.
Radwa terpandangkan beberapa mata nakal yang memandang ke
arahnya. Cuak juga. Dia merasa tidak selesa dengan pandangan itu, tapi kena
berpura-pura berani. Tak mahu dirinya terletak di dalam bahaya. Jangan layan,
jangan layan dia orang semua Radwa.
Beberapa
kali juga dia diajak menari tapi ajakan itu semua ditolaknya baik. Alasannya
mudah. Tak sihat! Dia bukan jenis perempuan yang mudah diajak menari. Suami dia
aje yang akan dapat peluang itu.
Dikerling semula
ke arah Raed, lelaki itu baru lepas
menari dengan pasangannya tadi. Semasa mereka menari tadi, naik loya tekak
Radwa melihat. Geli tengok perangai dia orang. Dengan perempuan itu yang
tergedik-gedik. Raed pula seakan suka dengan perangai aweknya. Dah lah pakai
baju tak siap. Terkoyak sana. Terkoyak sini. Fail betul orang yang jahit baju ni. Sakit pula mata aku yang
tengok. Menyampah.
Beberapa
jam kemudian,
Raed bangun ingin keluar dengan perempuan yang
sama menari dengannya tadi. Kelihatan mereka saling berbisik sebelum melangkah
keluar. Tangan mereka saling bertaut erat. Kawan-kawannya dari meja yang sama
turut tergelak-gelak menghantar pemergian mereka.
Radwa tergesa-gesa bangun. Not RM10 diletakkannya di atas
meja. Pasangan itu diekorinya. Dia juga sudah pening mendengar muzik kuat yang
dipasang. Tambah dengan ragam yang bermacam-macam daripada pengunjung kelab itu
sangat menyakitkan matanya.
Kereta
Audi R8 Raed mula bergerak dan diikuti oleh Radwa. Dia agak familiar dengan jalan yang dilaluinya kini.
Seperti jalan menuju ke rumah Raed. Timbul pelbagai andaian di fikirannya. Tak
dapat dielak fikirannya untuk berfikiran negatif mengenai Raed dan pasangan
tadi.
Raed kelihatan
menurunkan perempuan tadi dahulu. Mungkin dia nak meletakkan keretanya di petak
parking.
Kedudukan parking
dengan tempat turunnya perempuan tadi yang agak jauh memberi peluang kepada
Radwa untuk bertindak. Terus Radwa memecut laju keretanya dan berhenti di
tempat perempuan tadi turun. Radwa yang sudah siap memakai mask untuk menutup mukanya, turun menapak ke arah perempuan tadi.
Sebelum sempat perempuan itu memboloskan diri ke dalam lift, tangannya dah direntap kuat oleh Radwa.
“Eh? Apa ni?? Lepaskan tangan aku lah”. Dia menjerit,
terkejut.
“Pak cik tolong saya!” Jerit perempuan itu apabila
ternampak kelibat jaga kondo. Tapi jaga tu berpura-pura tak nampak.
“Kalau kau
nak selamat baik kau ikut aje aku diam-diam, faham!” Suara Radwa ditekankan.
Dia geram sebab perempuan itu tak memberikan kerjasama. Kerjasama? Logik lah
kan, siapa yang suka kena culik. Suaranya juga sengaja dikasarkan sikit. Nasib
baik jaga itu dah diberitahu awal-awal. Kalau tak habis lah semua rancangan
dia. Dengan dia-dia sekali mungkin masuk lokap.
Perempuan
tersebut kelihatan terkejut. Ingin memberontak lagi, tapi ugutan Radwa tadi
menakutkannya. Mask yang dikenakan juga
memainkan peranan dalam menakutkan perempuan itu.
Perempuan
itu ditolak masuk ke dalam kereta. Pintu dihempas tutup. Sengaja nak buat gimik
Radwa ni. Kalau tak mana perempuan tu nak takut.
Pintu kereta ditekan punat lock. Tidak langsung memberi peluang kepadanya untuk melarikan
diri. Kemudian, Radwa terus memecut laju keretanya keluar dari kawasan kondo. Sempat
dia mengangkat tangan ke arah jaga tadi. Ingin mengucapkan terima kasih.
“Kau
subahat dengan jaga tu. Kalau aku dapat kau siap kau nanti”. Jerit perempuan
yang diculik Radwa. Urmm.. Boleh dikatakan culik ke? Sebab sekarang pun dia
sedang main-main. Dari tadi, gelaknya ditahan. Aishh, bertuah punya budak!
“Woi!
Apa masalah kau ni huh? Kenapa kau tarik aku masuk dalam kereta kau ni?
Turunkan aku lah!” Dia menjerit. Tidak puas hati langsung dengan tindakan Radwa.
Sepatutnya sekarang dia dah berada di dalam rumah Raed menemannya. Dah berapa
malam dia memujuk rayu meminta untuk memberi dirinya peluang, bila dah dapat
dia pula diculik. Damn! Kacau betul.
Radwa
hanya mendiamkan dirinya. Hampir pekak juga telinganya mendengar segala pekikan
dan jeritan daripada perempuan itu. Radwa hanya tenang memandu. Malas ingin
melayan kerenah perempuan di sebelahnya.
Dikerlingnya
kepada perempuan itu. Kelihatan dia sedang memegang handphone. Terus brek kereta ditekannya.
Sreeet..
Nasib baik tak ada kereta belakang. Kalau tak habis melayang nyawa dah. Perempuan tu terkejut. Gila apa Radwa ni. Tiba-tiba tekan brek.
Nasib baik tak ada kereta belakang. Kalau tak habis melayang nyawa dah. Perempuan tu terkejut. Gila apa Radwa ni. Tiba-tiba tekan brek.
“Kau nak
buat apa dengan handphone tu? Bagi
aku!!”
Tangan
perempuan itu terketar-ketar. Handphone
diserahkan. Tidak berani melawan kata-kata Radwa lagi selepas kejadian tadi.
Simcard dikeluarkan Radwa. Handphone diserahkan balik.
“Keluar”.
Ditarik tangan perempuan tu keluar.
"Huh? Nak.. nak buat apa datang sini?" Sekeliling tempat ni diperhati. Perhentian Bas Shah Alam? Buat apa datang sini?
"Huh? Nak.. nak buat apa datang sini?" Sekeliling tempat ni diperhati. Perhentian Bas Shah Alam? Buat apa datang sini?
“Kenapa
kau bawa aku sini huh?” Muka perempuan itu mencuka. Mula berani bertanya, bila
dari tadi Radwa diam aje.
“Nah RM20 ni. Aku rasa cukup kut untuk belanja
tiket bas kau balik rumah dengan beli simcard
baru. Sebelum tu aku nak nasihatkan kau sikit. Kau tu perempuan, jaga lah batas
pergaulan sikit. Dan satu lagi, jangan dekati Raed Daniyal lagi. Kalau tak aku malang
lah nasib kau lepas ni. Aku tak main-main. Faham!” Ugut Radwa. Dia bukannya
serius. Hanya ingin memastikan Raed tak didekati lagi saja.
“And satu lagi,
Sorry!” Lantas dia memasuki keretanya
selepas menuturkan kata maaf itu. Meninggalkan perempuan tersebut menjerit-jerit
memanggilnya kembali.
Walaupun
dirasakan agak kejam perbuatannya itu tetapi itu sahaja cara yang terfikirnya.
Dia tak terfikir cara lain untuk memastikan perempuan itu memasuki rumah Raed
melainkan dengan ‘menculik’.
Radwa
berpuas hati. Misi pertama berjaya!
*************************
Radwa bersemangat menyediakan sarapan untuk penghuni
rumah keesokan pagi. Dia bangun awal nak menyediakan nasi lemak. Terkejut Mak
Lelah melihat Radwa pagi itu. Selalunya dia orang pertama yang bangun
menyiapkan sarapan untuk semua. Tetapi hari ini lain pula yang terjadi. Dilihatnya
Radwa yang ceria semacam pagi ini, tidak seperti pagi-pagi yang lain.
“Selamat
pagi Mak Lelah”. Radwa mendekati Mak Lelah. Dicium pipi wanita tua itu. Semakin
manja dengan Mak Lelah sejak dia mula pindah masuk ke rumah itu.
“Selamat
pagi Radwa. Awal Radwa bangun pagi ni?”
“Saja
nak bangun awal tolong Mak Lelah hari ni”. Radwa tergelak.
Senang hati Mak Lelah tengok Radwa begitu. Selepas dia
siap menghidangkan sarapan, bayang Dato’ Ammar dan Datin Zara kelihatan turun
dari tangga.
“Morning papa, morning mama”.
Sapa Radwa ceria.
“Ya. Morning Radwa”.
Datin Zara berpandangan dengan Dato’ Ammar. Mereka pelik
dengan tingkah laku Radwa pagi ini. Hari ini Radwa kelihatan asyik tersenyum
sendiri. Mereka pun sudah terkena virus senyum Radwa.
“Ada
apa-apa berlaku ke sayang. Kenapa Radwa senyum-senyum dari tadi ni”.
Radwa hanya tersenyum mendengar pertanyaan Datin Zara.
Selepas
menyudahkan kunyahannya, Radwa terus menceritakan hal malam tadi kepada mereka.
Bermula dengan dia ikut Raed ke kelab, sehingga lah perempuan itu ditinggalkan
sendirian di perhentian bas.
Membulat mata Datin Zara mendengar cerita Radwa itu. Lain
pula bagi Dato’ Ammar yang sudah ketawa dengan ceritanya. Mak Lelah yang
mendengar hanya tersenyum. Memang tiap kali waktu makan Mak Lelah akan diajak
untuk makan bersama mereka.
“Radwa
ni nakal ya. Kalau apa-apa jadi dengan perempuan itu nanti macam mana. Mama
takut dia buat report polis nanti”.
Datin Zara risau. Tindakan Radwa itu dirasakan agak lebih dari sepatutnya.
“Awak
ni, jangan risau sangat. Ingat awak tu baru baik sihat. Radwa tahu apa yang dia
buat. Radwa, papa bangga dengan tindakan Radwa tu. Give me five!” Tangan Dato Ammar diangkat. Tangannya ditepuk dengan
tangan Radwa sambil tergelak-gelak.
“Abang
ni. Saya ni risau dia boleh pula buat macam tu kan. Saya tak nak apa-apa jadi
pada Radwa nanti bang”.
“Tak ada
la mama. Mama tak payah risau ya. Dia tak nampak muka Radwa pun malam tadi”.
Kerutan didahi mereka kelihatan. Ada tanda tanya.
“Kenapa
pula dia tak nampak Radwa?” Soal Dato’ Ammar. Tak sabar ingin tahu.
“Sebab..sebab”.
“Sebab
apa sayang?” Tanya Datin Zara pula. Geram dia dengan tingkah laku anak gadisnya
itu. Radwa yang melihat hanya tersenyum nakal.
“Sebab
Radwa pakai mask”. Gelak tak dapat
ditahan lagi.
“Mask? Mask apa yang Radwa pakai?” Tanya
Dato’Ammar. Dia pelik melihat Radwa yang semakin galak ketawa mendengarkan
pertanyaannya.
“Mask hantu pa, Radwa beli dekat pasar
malam semalam”. Ketawa Radwa semakin menjadi. Datin Zara dan Dato’ Ammar turut
tertawa. Tak sangka Radwa sanggup pakai mask
macam tu. Nakal-nakal...
No comments:
Post a Comment