Wednesday, 9 January 2013

Pelindung Cinta 15

Wednesday, 9 January 2013


. . .

Radwa sampai ke kondo Raed pukul lapan lebih. Lepas solat tadi tergesa-gesa dia keluar, dah terlambat nak berjumpa Raed. Dah 30 minit terlambat ni. Habislah dia kena denda lagi. Denda sebelum ni pun ada lagi. Orang kumpul benda lain, aku pulak asyik mengumpul denda aje. Adui! Apa lah Raed nak denda nanti.

           Raed sudah kelihatan dari jauh. Dia sedang membaringkan badan atas bonet kereta Audinya. Smartnya dia ni! Untung dapat jadi girlfriend Raed.

            “As’salam Raed, sorry lambat”.

           Raed hanya menjawab dalam hati. Sedih! Lama dia tunggu Radwa dekat sini. Ni dah sampai pukul 9 malam baru nampak bayang. Sampai hati datang lambat. Nak merajuk lah.

             “Raed, sorry. Tadi terserempak dengan Azlin. Borak-borak tak perasan dah lambat”.

              Raed masih diam. Dia memandang Radwa. Cantik! Tapi still nak merujuk juga. Tak puas hati. Sampai hati kan, sebab Azlin dia dilupakan.

            “Sayang. Nanti saya belanja ais krim. Tak nak lah merajuk lagi” Setia memujuk lagi. Tak suka melihat Raed berdiam diri. Lagi suka laki itu mengusiknya. Berdiam diri umpama mendera perasaan Radwa.

              Ais krim? Ingat dia budak kecil ke. Bibirnya mencebik. Tak suka dengan pujukan Radwa.

           “Sayang, jangan lah ignore saya. Sampai hati. Awak dah tak sayang saya eh?” Sengaja ingin berpura-pura. Sudah tak ada idea nak pujuk Raed sebenarnya. Buat-buat merajuk pulak lah.

               Aik? Siapa yang merajuk sekarang ni. Hai lah, sayang aku ni. Keluh Raed.

            “Mana ada saya tak sayang, sayang. Sayang aje cinta hati saya. Jangan sekali-kali cakap macam tu lagi. Kalau tak saya picit hidung sayang macam ni”. Terus dipicitnya hidung mancung gadis itu. Tercungap-cungap Radwa. Tangan Raed dipukul.

            “Raed, lemas saya. Tak patut lah. Kesian hidung saya. Tengok dah kemik ni. Dah kurang saham saya lepas ni”. Raed hanya ketawa. Hidung gadis itu diusapnya.

            “Ermm, mengada. Mana ada kemik, mancung aje lagi ni. Cakap kita mengada, dia lagi mengada sebenarnya kan. Saja aje”. Pipi Radwa diusapnya lembut. Terasa bersalah pulak picit hidung gadis kesayangannya ini. Dah merah dah hidung Radwa.

              Radwa tergelak manja. Tadi memang tak sakit pun. Sengaja nak bermanja dengan Raed.

            “Oh, tak nak kita mengada dekat dia eh?” Radwa meletak jarinya di bibir. Seakan sedang berfikir.

            “Comel!” Pipi gadis itu dicuitnya pula.

           “Adoi! Sakit lah Raed. Tadi hidung saya, ni pipi pulak. Mesti dah merah awak buat ni. Nanti nak mengadu dengan mama lah”.

            “Alah, busuk-busuk saya ni. Saya bergurau aje lah. Kenapa sayang saya ni comel sangat tadi. Fikir apa?”

              Radwa tergelak.

              “Tak nak bagitahu awak nanti kena marah”.

             “Sejak bila pandai berahsia dengan saya ni. Cepat bagitahu. Kalau tak hidung ni saya picit lagi”. Ugut Raed manja. Tak suka Radwa sorok apa-apa dari dia.

           “Saya fikir nak cari laki lain yang sanggup layan mengada saya. Awak kan tak suka”. Radwa berpura-pura sedih.

            Raed membulatkan matanya. Geram!

            “Langkah mayat saya dulu sayang. Lebih baik saya mati dari tengok awak dengan laki lain. Jangan sanggup cari orang lain! Terfikir pun tak boleh.” Dia melurut rambutnya ke belakang. Tak suka langsung dengan ayat Radwa tadi. Tension!

           Lengan lelaki itu diusap Radwa. Nak kurangkan rasa marah dia, tak sangka pulak Raed bagi respon macam tu. Dia bukan ada niat apa-apa pun masa cakap tadi.

            “Sorry, saya bukan serius pun cakap macam tu Tak ada niat pun nak cari lain”.

            “Betul ni. Tak cari orang lain kan?” Tiba-tiba dia takut dengan kata-kata Radwa tadi.

           “Tak sayang. Saya ni untuk awak aje. Kalau saya nak cari lain dari dulu saya dah buat, buat apa lah nak tackle laki keras kepala macam awak ni”. Dijelirkan lidah ke arah Raed.

            Mata Raed membulat. Sayang ni kan. Memang nak kena lah.

            “Saya keras kepala ya, sampai hati sayang cakap saya macam tu kan”.

            “Eleh tu pun nak touching, tapi kan tu dulu lah. Sekarang ni dah tak keras kepala lagi”.

            “Oh ya? Habis tu sekarang ni apa?”

          “Sekarang ni awak dah jadi budak kecil yang suka merajuk, nakal, mengada, suka buli orang, suka..”

            “Dah-dah, apa lah sayang ni. Tu macam lagi teruk aje”. Dia mencebik. Ada ke panggil dia budak kecil. Tak macho langsung!

           Radwa tertawa. Dia tepuk bahu Raed yang sedang membuang pandang ke arah lain. Tengah merajuk lah tu.

            “Tapi kan, saya sayangg sangat dekat dia. Dia aje dalam hati saya ni. Kalau tak menghadap perangai budak kecil dia tu rasa macam tak lengkap hari saya”.

            Senyuman Raed lebar. Pandai aje nak pujuk hati dia, bagi dia cairkan.

          “Pandai sayang saya ni”. Tangan Radwa digenggam sebelum dibawa ke bibirnya. Dicium lembut.

“Raed, saya dah lapar ni. Jom pergi makan”.

        “Jom sayang. Kesian sayang saya ni dah lapar. Saya nak bawa awak pergi tempat special malam ni. Candle light dinner!” Ujar lelaki itu romantik. Tempat sudah dibooked awal. Nak segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Nak Radwa gembira bersamanya malam ni.

**************************

Morning sunshine. Baru bangun ke?” Terdengar suara si pemanggil. Radwa pun baru aje terjaga lepas terdengar bunyi deringan handphonenya tadi.

            “Morning Raed. Saya baru bangun ni. Dah pukul berapa ya?” Tanya Radwa mamai. Malasnya nak bangun.

                Kedengaran suara Raed ketawa.

               “Pukul 7 pagi darlingg”.

             “Huh? Raed kenapa tak kejut saya awal sikit tadi. Habis lah saya dah lambat. Solat pun tak lagi ni. Argh!” Jerit gadis itu kemudian.

            Raed hanya ketawa. Kelakar dengan aksi Radwa pagi ni. Tak sangka Radwa ni kelam kabut juga.

            “Raed!” Jerit Radwa tiba-tiba. Sakitnya hati. Kena tipu pagi-pagi. Jahat! Baru pukul 5. Patut lah badan dia seakan malas nak bangun.

               Raed masih ketawa. Tak rasa bersalah pun kejut Radwa seawal ini.

         “Dah lah Raed. Suka awak gelakkan saya eh? Dah lah kejut saya awal sangat. Saya mengantuk lagi lah”. Dia menguap. Masih mengantuk lagi.

            “Sorry sayang. Saya nak dengar suara awak aje. Rindu lah”. Tadi dia terjaga awal. Bosan tak tahu nak buat apa. Handphone dicapai. Terus nombor Radwa dihubungi. Best juga dapat dengar suara seksi Radwa pagi-pagi.

            “Tapi saya mengantuk lagi lah Raed. Bagi saya tidur balik boleh. 5 minit aje lagi. Please”. Dia penat. Semalam balik agak lewat sebab teman Raed berborak. Raed pun seakan terlupa yang dia orang bukan dekat hospital lagi. Dia pun mana boleh balik lambat, mesti mama risau nanti. Lagi pun, kereta dia pun ditinggalkan dekat kondo Raed.

          “Tak boleh sayang. Bangun lah. Mana boleh suami awak bangun dulu, Sayang lah yang patut kena kejut saya. Tapi ni dah terbalik pulak”.

            “Apa ni Raed, awak belum jadi suami saya lagi lah. Awak aje yang bangun awal sangat. Saya selalunya bangun pukul 5.30. Ada lagi setengah jam ni. Mana cukup”. Rengek Radwa tiba-tiba. Tak biasa tidurnya diganggu. Selalunya tidur dia kena cukup, macam baby.

             “Bangun lah sayang. Teman saya borak. Bosan lah. Sunyi dekat sini Lagi pun ni denda lah untuk sayang. Ingat lagi kan yang dua kali sayang datang lewat tu. Saya belum denda apa-apa lagi kan”.
            “Ok lah. Terpaksa. Kejap bagi saya 5 minit”. Radwa beralah. Dia nak basuh muka dulu. Cuba membuat rasa mengantuknya. Demi Raed berkorban pun tak apa lah. Ni pun denda kan.

            “Ok done. Kenapa awak bangun awak sangat ni?” Tanya Radwa lembut. Mereka terus berborak sampai jam menunjukkan pukul 6 pagi. Radwa terus bangun membersihkan diri. Solat dan terus melangkah ke bawah. Nak sediakan bekal untuk Raed.   

   “Selamat pagi mama”. Dia baru aje siap bungkus semua makanan tu.

            Makanan untuk yang lain dah siap dihidangkan di atas meja. Hanya menunggu yang lain turun aje.

            “Bekal untuk siapa ni Radwa?” Selalunya Radwa akan makan di rumah aje. Tak akan hari ni tak sempat. Jam dilihat, baru pukul 7 pagi.

            “Untuk Raed ma”.

            “Untuk Raed?... Urmm. Bertuahnya Raed. Hari-hari Radwa nak sediakan untuk Raed ke?” Bibirnya mengukir senyuman.

              Radwa mengganguk kepala.

             “Tapi kalau sempat aje lah mama. Kalau tak dia kena lah menapak sendiri cari makanan”.

            “Ok lah mama. Radwa nak gerak dulu. Nak bagi bekas ni pada Raed. Takut lambat pulak pergi kerja kalau gerak lambat”. Radwa menyalami Datin Zara. Nak segera berjumpa Raed. Takut lambat pergi kerja nanti. Tahu lah kalau dah jumpa Raed nanti, mesti susah dia nak lepaskan Radwa.

 ***********************

Radwa sampai 15 minit kemudian. Kondo Raed tak lah jauh sangat jaraknya dengan rumah Datin Zara. Tapi kalau jalan jammed ada juga setengah jam lah ambil masa untuk sampai sini.

           “As’salam Pak Mat. Sihat tak?” Sementara nak tunggu Raed turun, Radwa sempat berborak dengan Pak Mat.

            “Sihat aje, macam selalu lah. Datang nak jumpa tuan Raed ke Radwa”. Sekarang ni makin rapat dia orang ni. Radwa pun dah tak tengok Raed dari jauh lagi. Mesti dah ada apa-apa ni.

            Radwa hanya mengganguk. Tak tahu nak cakap apa. Malu pun ada sebab Pak Mat tahu ceritanya dulu.

           “Lega hati Pak Mat sekarang. Nasib baik dia dengan kamu. Kalau dengan semua perempuan tak cukup kain tu. Tak tahu lah nak jadi apa”. Keluh lelaki tua itu. Dia juga tak berapa suka dengan perangai kasanova Raed yang dulu. Sering bertukar pasangan. Nak tegur, dia bukannya sesiapa pun pada lelaki itu. Hanya kerja sebagai jaga aje dekat sini.

             Nasib baik gadis ni muncul dalam hidup Raed. Terjaga juga hidup Raed. Sekarang pun dia dah tak nampak Raed dengan perempuan lain. Hanya Radwa aje yang kelihatan berdampingan dengan dia.          

            Radwa hanya mendengar. Dia pun bersyukur yang Raed tak tersangkut dengan mana-mana perempuan yang rapat dengannya dahulu. Kalau ya, makan hati lah dia. Dengan amanat Danisya lagi ke mana.

        “Saya pun bersyukur Pak Mat. Akhirnya doa saya termakbul juga. Bukan senang nak berdepan dengan laki keras kepala macam Raed tu”.

            “Itu lah, pak cik pun dah agak mesti susah nak dekati Raed ni. Berani Radwa bukan semua rancangan tu dulu kan”.

            Dari awal Radwa bagitahu rancangan dia, Pak Mat dah kagum dengan keberanian gadis ni. Tapi lepas dia dah berjaya ni, perasaan kagum tu jadi double kagum.

          “Pak Mat dah makan, ni saya ada bawakan bekal lebih. Memang nak bagi Pak Mat pun”. Bekal diserahkan. Pak Mat pulak seakan terharu. First time dia kerja dekat sini, baru hari ni ada yang bagi dia makanan.

            “Terima kasih nak”.

          “Sama-sama Pak Mat. Pak Mat pun ada juga tolong saya kan. Ikhlas saya bagi ni. Makan lah”.

            “Sayangg..Sorry lambat”. Celah Raed tiba-tiba.

          “Ok lah Radwa, Pak Mat sambung buat kerja dulu. Terima kasih untuk bekal ni”. Dia berlalu pergi. Segan pulak nak berborak dengan Radwa depan Raed. Nanti ada Raed ingat dia nak tackle Radwa pulak.

              “Sorry lambat. Saya tertidur balik tadi”. Tercungap-cungap Raed.

            “Tak apa lah, jom duduk sana”. Mereka duduk di meja berdekatan taman kondo Raed. Cantik taman ni, terjaga. Ye lah kan, kondo mewah macam ni, memang lah semuanya cantik.  

              Dia orang memang dah cadang nak makan pagi sama-sama. Sebab tu dia keluar awal tadi. Bekas makanan dibuka. Diletakkan di depan Raed. Raed pun dah tak sabar nak makan, suka Radwa masak untuk dia. Dah rasa macam isteri dia dah, Radwa ni.  

         “Wah, sedapnya. Untung saya kalau hari-hari macam ni”. Teruja Raed. Tak sabar nak merasa makanan tu semua. Perut pun dah berbunyi ni. Selalunya dia mana makan pagi, bangun lambat. Kalau Radwa ada mesti terurus hidup dia nanti.

            Radwa hanya tersenyum.

          “Awak lari ke tadi? Nampak penat sangat aje”.

            Raed tersengih.

          “Saya turun ikut tangga. Lambat sangat tunggu lift tadi. Tak nak sayang saya ni kena tunggu saya lama nanti”.

            “Serius? Bukan rumah awak tingkat 10 ke? Kenapa lah tak tunggu aje lift tu sampai, bukan lama pun saya kena tunggu. Pak Mat pun ada nak teman saya kan”.

           “Rapatkan sayang dengan Pak Mat. Saya pun tak kenal nama dia sebelum ni. Nak berborak lagi lah tak”.

            Radwa cuak. Adui!

            “Huh? Ermmm..” Dia tersengih. Tak tahu nak cakap apa.

            “Macam mana sayang tahu saya duduk tingkat 10?”

           Dia tertawa tengok reaksi Radwa. Nampak takut sangat, bagitahu aje lah. Dia bukan nak makan Radwa pun. Nasi gadis ni bawa pun dah cukup buat perut dia kenyang.

            “Ermmm”..

            “Apa ermm...ermm..?”

            “Saya..”..

           Raed tergelak kuat. Nasib baik dia dah habis makan, kalau tak mesti tersembur kena Radwa ni.

            “Sayang yang selalu ikut kereta saya malam-malam kan? Sayang juga yang selalu intai saya dari pondok jaga tu kan?”

           Radwa terkejut! Raed tahu. Dah pucat dah muka gadis ni. Patut lah Raed selalu cakap yang aku ni ikut dia. Dia dah tahu awal rupanya.

        “Awak nampak saya ke Raed? Macam mana awak tahu?” Obvious sangat ke yang dia tengah intai lelaki tu.

            “Mesti lah nampak. Sayang ni pun. Sayang juga yang halang semua perempuan-perempuan lain dekat dengan saya juga kan?”

           Makin membulat mata Radwa. Air liur ditelan. Apa selama ni rancangan dia tak berjaya ke? Tak akan lah...

            “Yang tu pun awak tahu? Macam mana?”

       “Ingat lagi malam yang sayang ikut saya masuk hutan tu?” Dia nak membawa Radwa mengingati malam sebelum ni. Malam dia nak dedah identiti orang yang selalu ikut dia.

            “Haah, ingat. Saya pun pelik. Kenapa awak pergi sana malam tu?”

           “Saya nak kenakan orang yang ikut saya tu lah. Saya tahu dia perempuan. Kalau saya bawa pergi tempat tu nanti mesti dia akan patah balik. Ye lah kan, tak ada siapa pun berani masuk hutan malam-malam macam tu. Bila orang tu patah balik, cepat-cepat lah saya ikut dia. Sampai dekat hospital, baru saya tahu yang rupa-rupanya yang selalu ikut saya tu sayang”.

             “Sampai hati kan. Takut kut saya malam tu”.

           “Memang lah sampai hati, sayang pun ada ke ikut sayang macam tu. Siap intip saya malam-malam lagi. Yang tu tak apa lah, yang tak tahan ada ke pergi ugut semua perempuan tu. Kalau jadi apa-apa dekat sayang saya ni macam mana. Berani sangat”. Hidung Radwa dicubit. Tak faham kenapa lah Radwa ni berani buat semua tu. Dia yang laki ni pun mesti akan teragak-agak.

             Radwa ketawa. Dia pun tak sangka boleh seberani tu.

            “Suka kan? Nakal!”

            “Saya pun tak suka lah semua perempuan tu. Menyampah saya tengok, dengan pakai baju tak cukup kain macam tu. Awak suka lah kan. Entah macam mana awak boleh keluar dia dia orang. Teruk betul taste awak”.

             Wah! Radwa jeles lah. Ok dua points untuk Radwa!

        “Macam ada orang jeles lah sayang. Sayang tahu tak siapa? Dekat mana eh?” Mata dia melingas mencari. Kononnya nak cari lah. Sengaja nak kenakan Radwa.

        “Awww.. Sayang, sampainya hati pukul saya”. Lengannya diusap perlahan. Kuat pulak Radwa pukul dia hari ni. Mesti marah sangat ni.

           “Awak lah, padan muka! Kenakan saya lagi”. Laju aje tangan si Radwa ni mengemas bekas makanan. Nak cepat-cepat pergi dari situ. Malas dah nak layan Raed.

            “Alah sayang. Saya main-main aje lah. Saya suka sayang jeles, tu tandanya sayang sayang saya kan”.

            Ditepuk lagi tangan laki tu. Kali ni pakai bekal. Makin kuat bunyi tepukan tu.

           “Aww.. Sayang! Kenapa pulak ni? Sakit lah”.

        “Padan muka lah. Apa selama ni tak nampak ke yang saya ni sayang dekat awak. Nak tunggu jeles baru nak nampak ke”.

            Raed garu kepala. Adui! Bahaya ni, kalau salah cakap mesti kena lah. Dah dua kali kena pukul. Serik-serik.           

            “Sorry sayang, saya tahu sayang ni sayang saya sangat. Bukan sengaja nak cakap semua tu tadi. Tapi memang sayang nampak comel sangat masa jeles”.

            Tangan Radwa nak diangkat lagi. Tapi tak sempat sebab Raed dah genggam dulu. Dicium tangan tu. Lama.

            “Tapi kan sayang, saya bangga. Bangga dengan sayang. Sanggup buat semua tu untuk dapatkan cinta saya balik. Thanks sebab kembali pada saya balik, thanks sebab datang sinari hidup kelam saya ni balik. Saya janji saya akan jaga sayang sepenuh hati saya, saya tak akan sakitkan hati sayang lagi. Saya tak akan tanya kenapa sayang tinggalkan saya dulu, kenapa mungkiri janji kita. Bagi saya semua tu kisah lama, bukan untuk dilupakan tapi dijadikan iktibar. Iktibar untuk jadikan hubungan kita lepas ni lebih baik. Lepas ni kita mulakan kisah baru. Buka baru baru, muka surat baru. Mula melakar kembali kisah cinta 1001 malam Raed dan Radwa”.

           Air mata Radwa mengalir. Kenapalah Raed ni sweat plus romantik sangat. Cair betul dah hati dia ni. Pandai Raed menyusun kata.

1 comment:

Anonymous said...

sweet nyer raed...
jatuh cinta dgn raed ni..

Kehidupan seorang penulis © 2014