Monday, 14 January 2013

Pelindung Cinta 23

Monday, 14 January 2013


. . .

Radwa nampak santai memakai baju baby-tee putih dengan seluar jeans skinny hitam, sneakers putih dipakai sekali dengan spec hitam yang disangkutkan dibajunya. Rambut diikat gaya pony tail. Pagar rumah dikunci, bekal untuk Raed pun dibawa sekali. Sejak laki tu keluar hospital, hari-hari Radwa dah sain kontrak sediakan bekal untuk Raed. Si Raed pun dah terbiasa, sampai dia sendiri yang request nak makan apa hari-hari.

            “Cantik sayang hari ni”. Dari tadi matanya tak lepas memandang Raed. Bila lah dia ni nak jadi isteri aku. Boleh peluk dia selalu. Hatinya berbisik nakal.

            “Raed dah lah tu. Bawa kereta pandang depan. Banyak nak hias hari ni, takut tak sempat aje nanti”.

            “Ok mem besar. Saya yang mengikut perintah”. Raed tertawa. Keretanya terus mengerak menuju ke rumah.

            “Wahh. Dah pasang khemah. Cantik lah. Bukan kita yang kena hias ke Raed?” Kawasan rumah dah tersusun dengan khemah besar dalam empat buah. Diserikan dengan bunga-bunga orkid berjuntaian dari khemah-khemah tersebut. Daun-daun kering yang berwarna merah pun digunakan, diletak di setiap meja mengelilingi jambangan besar bunga orkid hutan berwarna putih. Tak payah pakai pewangi pun memang dah semerbak wangi baunya.

            “Saya upah orang lah sayang. Tak sanggup nak biarkan sayang saya ni penat. Sayang kan kena ready. Nak jumpa parents saya malam ni”.

            “Saya boleh aje lah Raed. Tapi kalau saya yang hias tak akan cantik macam ni lah. Wahh, bestnya. Mesti parents awak sukakan”. Matanya Radwa dipejamkan. Tangannya dilapangkan. Bestnya bau wangi ni, rasa macam ada dekat dalam hutan pulak.

            “Rasa macam dekat hutan lah Raed. Bau dia segar sangat”. Radwa tersenyum. Lebar sangat. Cuba menghayatinya.

            Raed tersenyum. Suka melihat sayangnya happy. Ada satu lagi sikap gadis tu dia tahu hari ni. Radwa pecinta alam!

              "Sayang jom. Ada kerja sikit untuk awak". Tangan Radwa dicapai. Menariknya mengikut langkah Raed.

            Radwa hanya mengikut. Sempat juga lah matanya melihat pekerja-pekerja yang sedang sibuk buat hiasan lagi. Siap guna batu sungai lagi. Kreatif!

           “Awak duduk sini kejap. Saya pergi ambil barang tu”. Radwa didudukkan di sofa warna dark brown. Raed terus melangkah kaki menuju ke atas.

             “Radwa?”

         “Eh? Mak Lelah. Lamanya tak jumpa”. Mereka berpelukan seketika. Tangan wanita itu disalamnya.

         “Terima kasih Radwa sebab dah kembalikan Raed. Mak Lelah tengok sekarang Dato’ dengan Datin gembira sangat”.

          “Saya tak buat apa sangat pun Mak Lelah. Hati Raed tu tak lah keras sangat. Dia sendiri yang nak balik. Saya sokong aje”.

            Mak Lelah tersenyum. Bertuah Raed dapat si Radwa ni. Tak pernah meninggi diri. Cakap pun sopan aje.

         “Eh? Sayang dah kenal dengan Mak Lelah dulu. Lupa pulak saya nak kenalkan tadi”. Barang yang diambil diletakkan di atas meja. Ada dalam dua plastik beg juga. Tapi macam kenal aje. Plastik beg semalam?

           “Sayang ni Mak Lelah, pengasuh saya sejak kecil. Yang ni pulak Radwa Mak Lelah, kekasih hati saya”. Radwa dah tebal muka. Tak malu betul Raed ni. Rungut Radwa.

            Mak Lelah dan Raed tertawa dengan riak Radwa. Suka melihat gadis tu malu. Nampak comel.

             “Ok lah Mak Lelah tak nak kacau kamu berdua, Mak Lelah masuk dapur dulu. Nanti Mak Lelah hantarkan air”. Mak Lelah melangkah ke dapur.

         “Sayang ni dia. Saya tak tahu nak buat. Awak tolong saya eh”. Plastik diserahkan pada Radwa.

            “Nak buat apa ni?” Masih tak faham.

            “Wrapping”. Raed tersengih. Kepala digarukan.

         “Huh? Belum lagi? Bukan semalam awak cakap tahu buat ke?” Radwa dah buat muka benggang. Semalam beriya-iya laki itu sorok barang tu, tak kasih Radwa balut. Sekarang apa dah jadi?

            “Saya dah try semalam. Susah lah sayang. Saya give up! Tak nak buat dah. At least saya dah trykan”. Radwa melihat gulungan kertas pembungkus hadiah. Matanya membulat. Semalam bukan ada dua puluh keping ke? Kenapa sekarang tinggal lima aje? Raed buat apa dengan kertas ni?

             “Lima aje? Yang lain mana?”

              Raed tersengih lagi. Reaksi biasa kalau tahu dia dah buat salah.

            “Dah terkoyak sayang. Banyak kali saya try balut. Tapi tak cantik lah. Bila nak buka balik terkoyak”.

              Radwa dah mengetap bibir. Raed tengok pun takut. Garang sangat nampak.

             “Awak tahu buat ke tak sebenarnya?”

            “Saya ingatkan senang sayang. Saya tengok dia orang buat senang aje. Tapi bila saya buat tak jadi pulak. Leceh lah sayang semua ni. Patut semalam kita pergi aje dekat wrapping counterkan”. Raed merungut. Kecewa juga sebab kerja senang tu pun dia tak dapat buat. Buat malu depan Radwa aje.

            “Dia orang? Siapa?”

            “Saya buka Youtube semalam. Tengok tutorial wrapping hadiah?”

            “What?.. Raed..”. Radwa dah ketawa. Tak sangka Raed buka semua tu semata-mata nak balut hadiah untuk parents dia. Alahai, comelnya laki ni.

              Raed dah buat muka. Tak suka dirinya digelakkan.  

             “Sampai hati sayang gelakkan saya”. Bibirnya dicebik. Tak puas hati.

         “Sorry-sorry tak sengaja. Awak lah. Comel sangat. Kenapa lah susahkan diri macam tu sekali. Saya kan boleh tolong”. Kepala Raed yang duduk sebelahnya diusap. Cuba untuk memujuk. Mak Lelah baru saja hantar air, dah masuk semula ke dapur. Tak nak kacau Rad dan Radwa.

            “Ok tengok ni saya balut. Senang nanti kalau awak nak buat”.

      Laju tangan Radwa mencapai baju-baju yang dibeli semalam. Dilipat kemas sebelum dimasukkan ke dalam kotak kecil. Kertas pembalut pulak dicapai. Cepat aje pergerakan tangannya. Sampai Raed yang melihat pun kagum. Tak sampai 15 minit dah siap Radwa balut. Nampak cantik. Kemas dan comel. Sebab letak reben.

            “Cepatnya sayang buat. Nak belajar dengan sayang nanti. Boleh saya balut hadiah nak bagi dekat sayang nanti”.

            “Kena balut ke?”

           “Kena lah. Saya nak buat surprise. Kalau balut sendiri baru nampak sweet lebih sikit betul tak?”

            Radwa dah berkerut. Ya ke? Selalunya dia pergi aje dekat mana-mana kaunter balut hadiah lepas beli. Free aje bukan kena bayar. Tak payah nak susahkan diri lagi.

         Tapi Radwa angguk juga lah. Malas nak cakap banyak. Nanti ada aje Raed tak setuju dengan dia.

          “Parents awak mana? Awak cakap nak buat surprise untuk dia orang kan? Ada dekat rumah ke?” Tadi tadi matanya melingas mencari kelibat Datin Zara dan Dato Ammar.

              Raed tersenyum tersirat.

             “Saya bagi hadiah awal dekat dia orang?”

             “Hadiah apa?” Tak sabar nak tahu.

           “Perginapan 2 hari 1 malam honeymoon. Pandai lah saya pujuk dia orang pergi hotel tu. Lagi pun dapat juga mama pergi spa sepanjang hari masa papa main golf. Pandai tak saya sayang?” Raed ni memang suka sangat pujian.

          “Ermmm.. Pandai”. Dia membuat muka lepas menoleh ke belakang. Tak nak Raed nampak. Perasan lah Raed ni!

            Mereka duduk bersantai lepas makan. Sempat juga lah Radwa tolong Mak Lelah masak tadi. Semua tu lauk kegemaran Raed lah kan. Dari tadi Raed dah duduk merengek dekat Radwa, suruh gadis tu masak lemak tempoyak, sambal petai, udang bakar, sotong goreng. Macam-macam lah. Gaya macam nak makan sepuluh orang pun ada juga.

             Mak Lelah pun sepanjang makan tadi asyik menyengih aje tengok tingkah Raed. Semua nak minta tolong Radwa. Manja sangat!

             “Sayang buangkan kulit udang ni”.

             “Sayang saya haus lah nak air”.

             “Sayang nak tambah nasi lagi”.

            “Sayang saya nak kuah lemak tu lagi, sedap lah awak masak”.

          Sampai tak terlayan Radwa tadi. Dari elok berselera dia nak tambah lagi terus terbantut sebab kena layan si Raed ni aje. Tapi lagi sanggup tengok Raed macam ni, daripada Raed yang dulu. Tabahkan aje lah hati tengok Raed macam ni.

           Mereka duduk menonton tv sementara nak tunggu kerja menghias di luar siap. Rasa macam tak ada function pulak duduk sini kalau tak payah nak kena menghias semua. Dari tadi balut hadiah, memasak and sekarang tengok cerita Battleship. Memang best pun cerita tu walaupun Radwa dah tengok tiga kali dekat wayang masa cerita ni baru keluar dulu.

            “Raed tak ada apa-apa nak buat ke?” Dari tadi Radwa hanya memerhati Mak Lelah yang sibuk turun naik tangga. Gaya macam tengah mengemas bilik-bilik dekat atas.

           “Buat masa ni tak ada”. Raed ralit memandang tv. Muka Radwa pun dia tak pandang. Cerita bestkan. Nak fokus. Fokus.

              “Bilanya nak ada?” Jam ditilik. Dah pukul 2 ni.

              “Lepas barang semua sampai”. Radwa melihat Raed. Tajam! Kerja apa lagi?

            “Nak buat apa lagi. Buat semua orang lain dah buat ke? Saya nak balik lah Raed. Bosan lah tak ada kerja”. Radwa berdiri. Nak melangkah keluar. Bosan dia duduk di situ. Raed mana nak teman dia bercakap. Dari tadi tengok movie aje.

            Tangan Radwa dicapai. Tak nak gadis itu pergi. Disuruh Radwa duduk kembali. Dengan muka cemberut terpaksa juga lah Radwa ikut arahan Raed.

           “Ada kerja lah sayang. Tapi barang belum sampai lagi”. Pujuk Raed. Memang ada lagi yang belum siap. Kek pun belum sampai lagi.

          “Apa dia Raed? Saya tengok semua orang dah buat. Saya bosan lah tak buat apa-apa”. Rungutnya.

            “Ada. Ni dalam rumah ni, kan tak ada hiasan lagi. Dia orang tu kemas luar aje. Saya nak minta tolong sayang susun bunga dekat pemegang tangga tu. Sayang saya ni kan pandai. Saya dah reserved kerja tu awal-awal untuk sayang. Tapi bunga aje tak sampai lagi”.

             Radwa memandang pelik.

            “Sayang jangan pandang saya macam tu. Kan hari tu sayang juga yang nak buat konsep ala fairytales. Tu yang saya nak tolong realisasikan. Sayang nak buat tak? Kalau tak saya cancel balik bunga tu semua”. Phone dicapai. Nak batalkan balik order.

           “Eh? Jangan-jangan. Saya nak. Ok-ok kita tunggu bunga”. Phone Raed dilarikan. Tahu pun takutkan.

***************

“Kita nak guna warna apa Raed? Combine pink, merah dengan oren ok tak?” Bunga ros ditangan diperhatikan Radwa. Nak combine warna apa?

            “Hijau, biru dengan putih sayang. Warna sayang nak tu common lah. Dah selalu sangat orang combine warna tu”.

            “Ye ke?” Bunga diletakkan kembali ke dalam bekas. Tangannya mengusap-gusap dagu. Gaya sedang berfikir.

              Comel!

           Tiga warna yang disebut Raed tadi diambilnya. Disatukan. “Ermmm, cantik juga kan sayang. Pandai lah awak”. Radwa tersenyum suka.

            “Sayang panggil saya sayang. Bestnya! Sekali lagi boleh?” Dia tersengih. Gatal!

            “Mana ada. Awak salah dengar ni”. Terus Radwa berlalu. Malunya! Macam mana lelaki tu boleh dengar pulak. Memang dia selalu panggil, tapi tak ada pulak kena tegur.

            “Ada lah sayang. Saya dengar”.

            “Tak ada!”

            “Ada!”

            “Memang tak ada!”

            “Memang ada!”

            “Arggh..Suka hati lah. Raed pergi naik atas. Ambil bunga ni. Susun macam yang saya buat dekat bawah ni. Make sure sama ok”. Radwa mengarah. Cara nak mematikan topik tu sebenarnya.

          “Sayang mengelat. Suka buli saya. Ye laaahh”. Kaki melangkah juga ke atas. Sempat disnap gambar susunan bunga yang Radwa buat. Malas nak turun balik banyak kali.

            Hampir dua jam juga dia orang buat susunan bunga tu. Tapi tak menyesal sebab memang cantik sangat nampak lepas dah siap semua. Mak Lelah dengan Raed pun puji. Tu pun selama dua jam tu mulut Raed tak habis-habis membebel. Susah lah, penat lah, sakit tangan lah, macam-macam lah senang cerita.

            Jam dah tunjuk pukul 5. Tadi dia tumpang solat di bilik Mak Lelah. Tiba-tiba Radwa ternampak album-album lama dalam bilik Mak Lelah. Dilihatnya. Comelnya Raed masa kecil.

         Lepas dah habis tengok dia terus mencari bayang Raed. Ternampak lelaki tu sedang memantau kerja hiasan yang dah siap. Mata Radwa terpegun. Cantiknya! Sepanjang masa tadi dia habiskan masa di dalam. Sekarang baru dia dapat lihat hasilnya.

            “Raed.. Cantiknya”. Matanya memandang sekeliling. Puas! Sebab nampak perfect sangat. Mesti mama dengan papa suka ni.

            “Mesti lah. Idea saya kan semua ni. Saya ni kreatif. Sayang aje tak percaya”.

          Radwa yang mendengar sudah mencebik. Tapi serius kagum. Tadi ada bunga aje. Sekarang ni dah ada kain-kain yang dililit pada setiap tiang khemah membuatkan tempat tu nampak lagi cantik.

           “Raed”. Tangan lelaki tu dicuit.

       “Nanti kahwin saya nak macam ni juga”. Radwa mengelip-gelipkan matanya. Buat-buat comel.

            “Kahwin?”

            “Ye la. Masa kahwin nanti. Nak tiru juga konsep awak ni, cantik lah. Saya suka sangat”.

             Raed tertawa.

            “Bagitahu lah bakal suami awak. Kenapa bagitahu saya pulak?”

            “Kan awak bakal suami saya. Sebab tu saya bagitahu awak”. Marah gadis tu. Suka sangat Raed main-mainkannya.

            Raed dah ketawa terbahak-bahak dekat situ.

            Kejap! Aku cakap apa tadi... Huh?..Tak kan lah.

           “Awak nak sangat kahwin dengan saya eh sayang?”

“Habis tu awak tak nak kahwin dengan saya ke?”

“Mesti lah nak. Kalau macam tu cancel lah semua rancangan propose tu ya. Kita terus kahwin aje. Boleh tak?”         

“Tak boleh, kena ada juga. Yang tu memang wajib ada”.

              "Adoi!" Raed mengaru kepala. Kena ada juga ke?

3 comments:

Anonymous said...

raedddd...i miss u sooo much...
hehe..nampak sgt gedik kn kak??
akak, klu novel ni dh kuar nanti, heboh2kn la eh..
boleh la saya serang kdai buku secepatnya...

-noorwieyl-

misztyra9@ said...

@Anonymous
hehe..suka cerita ni ke? Kenapa? hehe..sibuk2 nk tahu kan.. :0

Anonymous said...

suka sgt cter ni...
sbb tgh baca tu,mesti berangan kt raed ada depan mata..
haha...raed yg hensem,comel n macho...

-noorwieyl-

Kehidupan seorang penulis © 2014