. . .
Gitar dicapai, hari ni Naural pakai simple aje, rambut disanggulkan tinggi. Macam baru lepas pantang tu.
Kasut sneakers dipakai. Dia berlari
keluar dari blok, mata lain yang memandang pelik tak dihiraukan. Lantak lah,
aku bukan kenal dia orang semua pun. Tapi yang paling tak senonohnya ada ke dia
mengunyah roti sambil berlari. Tolong ya adik-adik jangan sekali-kali tiru aksi
ni.
Perhentian
bas dituju, disebabkan dia ni belum ada kereta, terpaksa lah banyak bergantung
dengan perkhidmatan bas ni. Berlari-lari dia ke sana, ada mata yang memandang
menyampah, yang pelik pun ada juga. Dah lah dengan bawa gitar, makan lagi
memang lah kena pandang pelikkan.
Tempat
yang nak dituju dah sampai. Padang UKM! Sebenarnya jarak antara padang dan
kolej yang Naural ni duduk tak lah jauh pun. Dia setakat duduk dekat Kolej
Keris Mas aje pun. Warga UKM rasa jauh ke?
Matanya
melilau pandang pemandangan padang yang hijau meluas. Cantiknya! Tangan
didepakan, nafas ditarik. Sebelum dilepaskan kuat. Leganya! Memang tempat ni
dia selalu pergi untuk hilangkan tekanan atau nak cari inspirasi. Tapi hari ni
dia datang sebab tension. Tension
pasal hal tutorial semalam. Nasib baik final
sem tak ada kelas banyak sangat. Tu pun sebab masa sem satu dulu dia dah ambil
banyak subjek.
Sampai
di tengah padang, satu pokok yang agak besar. Yang mampu memberikan teduhan
padanya dituju. Tempat favourite dia!
Dia duduk bersila, bersandar. Gitar dipegang.
Di matamu ku
berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu
Di dekatmu ku
merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu
Hanya kamu
saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku
Kau sempurna
bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku
Ku sempurna
bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu
Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu
Mata
Naural tertutup menyanyikan lagu Cinta Bersatu nyanyian Liyana Jasmay. Dia
memang suka luahkan perasan macam ni. Dengan menyanyi, walaupun lagu yang dia
nyanyi ni memang tak ada kaitan dengan perasan dia sekarang. Ye lah kan, ada ke
masa tengah sedih dia nyanyi lagu cinta. Macam tak kena aje?
Tanpa
Naural sedar ada yang mendengarnya. Tekun mendengar, sambil bibir tak lepas
tersenyum. Kedudukan dia orang tak jauh pun. Memang tak jauh. Kalau Naural ni
duduk bersandar di dahan pokok, dia pulak bersandar pada pokok yang sama juga.
Tapi berdiri pada dahan yang membelakangkan Naural.
Kepalanya
bergerak-gerak menghayati lagu. Apa sebenarnya perasaan gadis ni sekarang?
Kalau semalam dia menangis, tapi kenapa hari ni nyanyi lagu cinta pulak? Dah ok
ke? Dari tadi dia ekori Naural dari bilik dia, bila nampak Naural turun di
pandang dia pun terus mengikut. Di tangan dah siap dengan kamera, semua gambar
gadis tu tadi dah ditangkap. Terpaksa lah tangkap curi-curi dulu.
Terdengarkan
keluhan Naural dia mengintai sikit. Kenapa dengan Naural ni? Ada masalah apa
sebenarnya? Tapi dari tadi Naural hanya berdiam, memang patut lah kan. Tak kan
tiba-tiba Naural nak cakap pulak. Dia pun tengah duduk seorang dekat sini kalau
cakap nanti, ada kang orang lain claim dia gila pulak.
Lagi pun
dah nak gelap ni, bila lah Naural nak balik. Dia pulak yang risau. Bila hujan
dah renyai-renyai turun baru nampak gaya Naural seperti nak bangun, dia laju
menyembunyikan diri. Tak nak Naural sedar dengan kehadiran dia. Belum sampai
masa lagi dia nak berdepan dengan Naural.. belum lagi.
**********************
“Achuuuh..achhuuuh”.
Habis dah tiga paket tisu. Kawan sebelah dia dah tutup hidung, takut terjangkit
pulak nanti. Jangan main-main, sakit selsema lah yang paling orang tak suka.
Seksa nak tidur nanti.
“Naural?
Kau ok tak ni? Nak pergi PK?” Ok, PK tu singkatan bagi Pusat Kesihatan, dekat
semua universiti pun adakan. Tapi malas nak pergi. Sebab? Sebab malas nak
tunggu lama semata-mata nak ambil satu ubat aje.
“Ha...achuuuuhh”. Baru aje nak bercakap
terbersin pulak.
“Hishh kau ni, agak-agak lah. Aku kena
nanti aku saman kau”.
Naural
jelir lidah. Tak kisah pun.
“Kau lah
kan. Masa aku bersin juga nak tanya. Kau cakap apa tadi eh? Aku lupa dah”. Naural tersengih sebelum bersin lagi. Faiza dah
geleng kepala tengok. Alahai..kesin
pulak aku tengok Naural ni.
“Aku
cakap kau nak pergi PK tak lepas kelas ni? Aku boleh teman kau nanti”. Naural
ni memang dia senang lupa apa yang orang tanya kalau ada salingan lain selepas
pertanyaan tu. Macam contoh kes tadi lah, lepas Faiza tanya dia terbersinkan.
Sebab tu dia lupa.
“Malas
lah Iza. Kau tahu lah tempat tu macam mana kan. Tak nak lah”. Mulutnya
mencebik. Tak suka pergi tempat tu.
“Cuba
bagi tahu aku kenapa kau tak nak pergi sana?”
“Kena
ke? Aku malas aje lah”. Susah Naural ni nak bercakap. Hidung dia rasa tak
selesa sekarang. Gatal-gatal.
“Kena!
Wajib!” Mata dibulatkan, gimik nak buat Naural takut aje.
“Ok lah.
Satu sebab aku memang tak suka pergi tempat tu. Kedua sebab aku tak suka bau
ubat. Busuk! Ketiga, kalau makan ubat yang dia orang bagi pun tak bagi apa-apa
kesan pada aku. Keempat, servis dia orang lambat. Kelima, sebab tak ada pun
doktor-doktor muda yang hensem dekat situ. Keenam..”.
“Hah! Dah-dah! Tak payah bagi banyak
sangat alasan. Kau ni memang pandai mengelakkan. Masa nak bagi alasan tu laju
aje menjawab, aku tak kira. Lepas kelas ni kita pergi juga!”
“Tapi...”.
Terkedu Naural bila mulut dia dah kena tutup dengan tangan Faiza. Siap buat
gaya kunci bibir lagi. Adoi! Bala!
************************
“Nanti ambil ubat awak dekat kaunter depan. Nak cuti
rehat tak?” Mata Naural bersinar-sinar bila dengar kata doktor tu.
“Boleh
dapat cuti ke doc?”
“Ermmm...tak boleh!” Naural dah buat
muka, apa yang kelakarnya doktor. Tak kelakar ok! Dah lah dah meragut
kegembiraan dia. Apa punya doktor lah. Lain kali tak nak datang sini lagi. Ni pun
Faiza punya pasal lah.
“Ainun
Naural, sini ambil ubat awak”. Kuat betul mak cik kaunter ni menjerit. Bukan
aku dengan Faiza aje ke dekat sini. Saja lah tu. Tak payah lah nak uji suara
awak yang memang dah kuat tu kak.
“Luth...Naural
tu Luth lah”. Naural pandang Faiza sekilas sebelum turut memandang ke arah
Faiza tunjuk. Siapa dia tu? Luth? Luth siapa?
“Siapa
Luth tu? Aku tak ken.... Acchhuuuh”.
Bukan main kuat Naural ni bersin. Satu aras ni boleh dengar rasanya, Faiza dah
menjauh. Segan nak mengaku kawan lah tu, apa lah. Dia bukan apa, segan. Sebab
Luth dah toleh berkali-kali pandang dia orang tadi. Mesti nak cakap ‘apa tak senonoh lah perempuan ni’.
“Sorry lah dik, akak tak dapat bagi ubat
ni. Bukan tak nak bagi, tapi stok memang dah tak ada. Baru aje habis tadi.
Sekarangkan asyik hujan aje, tu yang cepat habis”.
Amboi! Suara bukan main lembut pulak,
tadi cakap macam nak kasi roboh satu bangunan ni. Gatal betul. Pantang nampak
laki hensem. Tapi betul ke hensem? Entah lah, tak perasan sangat muka laki tu
tadi. Tapi rasanya tu Luth yang Faiza asyik angaukan dari tadi. Luth tu lah,
Luth ni lah...
“Tak apa
lah kak. Thanks. Yang tu saya cari
dekat luar nanti”.
Naural
hanya memerhatikan langkah laki tu. Bila sampai depan dia aje, dia perasan laki
tu pandang dia. Dengan padangan tajam. Tajam ok! Apa masalah dia? Kenal pun
tak. Faiza dekat sebelah dah tersengih-sengih. Terasa bertuah sebab terjumpa
dengan laki ni dua hari berturut-turut. Aura Luth ni memang kuat lah sampai
boleh buat kawan dia jadi macam ni sekali.
“Woi! Jom, kau nak bermalam dekat sini
ke?” Ditarik tangan Faiza. Takut karang terlanggar dinding pulak. Orang tengah
angaukan. Jalan lah kasi dia jalan sendiri. Membahayakan betul.
“Naural
aku kena pergi library kejap lah. Ada
meeting kejap. Kau nak ikut tak?” Dia
orang baru aje sampai ke kawasan fakulti balik. Tadi jalan kaki aje, malas nak
tunggu bas.
“Tak nak
lah. Kau pun tahu aku ni alergik dengan librarykan.
Malas lah, kau pergi aje. Kita jumpa dalam kelas aje nanti”.
“Ok, aku
pergi dulu lah. Dah lambat ni. Bye!”
Naural hanya menggangguk. Malas pulak nak menyaut tadi.
Naural
melangkah tanpa arah. Dia tak tahu nak pergi mana. Kelas ada lagi satu jam baru
nak start. Dengan keadaan hidung dia ada
masalah teknikal ni, memang tak syok lah berjalan. Tapi memang salah dia lah
ada ke duduk dekat bawah pokok tu sampai hujan. Memang dapat lah hadiah ni kan.
Sampai
ke cafe terapung langkah dia
terhenti. Duduk lepak sini lah, best
juga. Orang pun tak ramai. Ok lupa pulak nak terangkan kenapa kita orang
panggil cafe ni cafe terapung, sebab bawah dia ada air. Tapi sekarang air tu dah
kering lah.
Naural
ambil tempat duduk paling belakang. Earset
dikeluarkan, dipasang ke telinga. Mendengar lagu ni memang hobi dia, terasa
cepat aje masa berlalu kalau dengar lagu. Sebab Naural ni bukan just dengar tapi dia try nak berada dalam dunia lagu tu.
Semua lirik dia selami.
“As’salam.
Sini ada orang?” Naural mendongak. Terkedu! Ada lima laki depan dia. Meja lain
dipandang. Tapi semua dah full.
Dia
hanya geleng aje.
“Maksud
gelengan tu apa? Ya? Atau tak?” Mata Naural dan laki tu bersatu. Laki ni! Bukan
Luth ke?
“Yang tu
kalau nak tahu pergi ambil kelas bahasa isyarat sem depan. Saya nak jelaskan
pun susah”. Selamba aje jawapan Naural. Yang lain dah gelak, kecuali Luth. Dia
tersenyum aje.
“Ni final sem kita orang lah”. Laki lain
pulak yang bersuara. Tak faham pun duduk juga. Ingatkan nak pergi cari tempat
lain. Sengaja lah tu nak kacau aku. Mentang-mentang aku seorang aje perempuan
dekat sini.
“Ermm..apa-apa aje lah”. Naural bangun. Kelas
dia dah nak start ni. Kan dah cakap
kalau dengar lagu rasa sekejap aje masa berlalu. Tambah dengan kehadiran lima
jejaka ni, lagi lah buat dia rasa cepat-cepat nak pergi.
Naural
mula menapak, tapi dia berpatah balik.
“Awak pun
selsema ke?”
Dahi Luth
berkerut. Nampak sangat ke?
“Yup! Why?”
“Nah ambil ubat selsema ni. Makan ikut
arahan atas ni, satu biji tiga kali sehari lepas makan. Lepas makan ni ambil
ubat ni pulak. Makan sampai habis, jangan buang pulak”. Paket ubat diletak di
depan Luth.
Laki tu
punya reaksi? Dia terkedu!
“Kenapa
nak bagi saya pulak? Ni awak punyakan? Ambil lah, saya boleh beli dekat luar”.
“Hishh..tu lah orang sekarang. Suka
sangat membazir, buat apa nak beli kalau saya dah bagi ni. Ambil aje lah. Tak
payah nak beli lagi, saya pun bukannya suka makan ubat ni semua. Pahit! Buat
saya mengantuk”.
“Tapi...”
“Blah..blah..blah”. Terus Naural berlalu.
Kalau lama nanti dia pulak yang kena ambil paket tu. Tak nak lah! Kalau dia
ambil nanti pun simpan dalam tong sampah juga, baik bagi orang yang lagi
memerlukan kan?
“Eh? Kejap.. Nah satu paket untuk awak”. Sepaket tisu diserahkan. Nasib baik dia
bawa lebih. Dapat lah juga berbakti pada laki ni.
Paket
tisu tu dipegang. Luth tertawa. Tingkah gadis tu memang comel!
**********************
“Kau pergi mana tadi Naural? Aku call bukan nak jawab”. Faiza dan muka monyoknya. Memang tak dapat
dipisahkan. Awal pulak meeting dia ni
habis.
“Tak
pergi mana pun, aku duduk dekat cafe
aje. Awal habis?” Seat sebelah Faiza
diambil. Barisan kerusi yang hampir ke tujuh dari bawah.
“Tak ada
apa nak dibincangkan sangat pun.. Larrh ..kau
dah makan ke? Aku baru ingat nak ajak keluar nanti”.
“Dengan
selsema aku ni? Hah! No..no..no.. Tak
sanggup aku”. Tisu dari tadi tak lepas dari tangan Naural ni.
“Makan
lah ubat tu. Nanti kurang lah sikit”.
“Aku dah
bagi orang tadi”.
“What? Kau bagi orang? Yang kau baik hati
bagi orang lain tu kenapa? Diri sendiri pun tak terjaga ni baik pulak kau nak
jaga orang lain kan. Kau bagi siapa ubat tu? Nanti aku pergi ambil balik”.
Garang betul kak Faiza ni. Ubat aje pun.
“Luth..”
“Huh?” Rasa macam Naural ni sebut Luth.
Tapi betul ke?
“Aku
bagi ubat tu pada Luth. Tadikan dia tak dapat ubat. Aku pun bukan makan pun,
baik aku bagi aje dia”.
Mulut
Faiza dah melopong. Serius?
11 comments:
bes2...suke3...hihi...aik baeknye Naural bg ubat kt Luth...sweet...hihihi...alamak dh tersuke dgn Luth...zhahahaha...tp Raed tetap dlm hati...hihihi...sambung lagi..nk lagi...
- nasira comel-
@Anonymous
aik? dh tak nk pelindung cinta? hehe..nk Luth plk? :P
mestila saye nk pelindung cinta...setia pada pelindung cinta..hihi..tp Luth pon not bad...ala camne ni akak...dua2 saye dh jatuh hati...hihi...
-nasira comel-
@Anonymous
hehe.. sweet eh Raed? akak igtkan Radwa lg sweet..hehe.. xpe2 ambil aje dua2.. ^_^
waa...luth curi2 ambik gmbr naural la..saya suka saya suka...nak jugak la cam tu..nanti nk g lepak kt tingkst 16 MSU..huhu...saya dh tamak ni kak..nak luth n raed..haha..
-noorwieyl-
@Anonymous
hehe..nk g lepak sana buat apa? ohh..mesti ada minat sesiapa ni kan..jeng3x ..hehe
hehe...pandai akak teka erh..
tp xde la...
nk lepak kt tingkat yg ada swimming pool kt campus...mane tau ade senior yg hensem ke tgh mandi..hahaha...
NAK LG BOLEH...
@baby mio
blh2..tp skrg akak tgh edit pelindung cinta dulu. hehe..
anyonyonyo. comel nye kak ! wujud tak luth kt ukm ? nak p cari nanti. kekeke
alyn : akak xjmpa lg lah. mna tahu skrg dah ada kan..hehe
nor : wahh bestnya. dah pergi usha ke? :P
Post a Comment