Thursday, 3 January 2013

Pelindung Cinta 6

Thursday, 3 January 2013
. . .

Minggu ni Radwa terpaksa turun ke Singapura. Ada kursus yang terpaksa diikuti. Dah bermacam cara dia buat untuk elakkan diri dari terlibat juga, tapi semua tak berjaya. Tak ada siapa yang nak gantikan dia. Terpaksa lah juga dia tinggalkan Raed untuk seminggu. Lama tu. Selama tu, dia dah serahkan semua tugas ikut Raed pada Hisyam. Walaupun jauh, dia tak nak tinggal apa-apa pun information berkaitan Raed. Telah disuruh Hisyam update setiap hari pada dia nanti.

            Radwa duduk termenung di dalam hotel. Penat sebab terpaksa buat dua kerja sekarang. Satu kerjayanya, satu lagi tanggungjawabnya. Dua–dua pun penting. Entah kenapa kerja jaga Raed sekarang dah dirasakan macam seronok pulak. Dulu ada rasa macam beban aje. Sebab lagi susah nak jaga Raed dari baby lah boleh katakan.

            Macam-macam cara dia kena fikir semata-mata nak semua perempuan yang dekat dengan Raed tak ganggu Raed lagi. Dulu dia buat pun sebab dia pelindung Raed. Perempuan-perempuan tu semua banyak bagi pengaruh tak baik pada Raed.

            Tapi sekarang ni dah lain. Nampak aje Raed dengan perempuan buat hatinya tak tenang. Cemburu mungkin. Tak tahu kenapa dia kena cemburu. Kenapa lah hati ni senang tergoda dengan Raed. Sebab dia hensem kut?

            Letih berfikir pasal laki tu, dia berbaring. Mukanya ditutup dengan bantal . Berharap cara tu dapat bantu dia hilangkan bayangan Raed yang kini kerap terjelma. Tak lama beberapa minit kemudian, Radwa terlelap. Lebih baik tidur dari sakit kepala fikir pasal perasaan yang baru terbit untuk si Raed ni. Buat sakit kepala aje.

 **************************

Radwa cuti hari ni. Dia baru aje sampai ke rumah, dapat cuti sebab hadiri kursus. Dapat lah dia nak tenangkan balik fikirannya. Penat dah sangat. Radwa kalau dah tension, bukannya boleh kurang dengan tidur. Dia kena buat sesuatu. Apa-apa aje asalkan bukan tidur, makan atau duduk aje tak buat kerja.

            Nak buat apa ni? Radwa duduk di sofa. Hari ni semua tak ada dekat rumah. Datin Zara pergi spa. Mak Lelah pergi pasar. Dato’ Ammar? Macam biasa pergi kerja. Apa dia nak buat? Otaknya ligat berfikir. Tension juga fikir nak buat apa ni, ingatkan bila fikir pasal Raed dah cukup tension. Huh..Mengemas!

            Terus rambutnya disanggulkan. Lengan baju disingsing. Macam nak pergi ke sawah aje. Stor di dapur dituju. Nak ambil semua peralatan nak mengemas. Yes! Jom mengemas! Mesti Mak Lelah happy tengok rumah bersih balik nanti.

            Radwa mula mengemas. Lantai tingkat bawah disapu. Setiap ruang dilap bersih. Tak ada bayang habuk pun yang tinggal. Barang-barang kristal juga dilap bersih. Terbersin-bersin Radwa. Dia alah dengan habuk, tapi masih juga mengemas. Tak berhenti.

            Tingkat atas pulak dia kemas. Bilik Datin Zara dia tak berani masuk. Sebab bilik utama kan. Biar aje lah Mak Lelah yang kemas nanti. Bilik tetamu lain yang dah memang sentiasa bersih pun Radwa bersihkan lagi. Sampai ke bilik Danisya.

            Dia berhenti kejap. Memang selalu dah dia masuk ke sini. Kadang-kadang bila rindu dengan arwah kawannya itu, bilik ni yang dikunjungi. Nak melepas rindu. Tiap kali jejakkan kaki mesti air matanya akan menitik. Dia melangkah masuk. Dikemas bilik arwah. Almari dibuka. Satu baju diambil. Diciumnya lama. Rindunya aku pada kau Nisya. Rintih Radwa. Katil Arwah diduduki. Radwa memandang sekeliling. Nisya....

            Lama juga Radwa duduk dalam bilik Nisya. Susah dia nak keluar bila dah masuk sini. Dia suka duduk sini, rasa tenang. Rasa arwah dekat dengan dia. Tapi terpaksa juga dia keluar, ada lagi tempat yang dia belum kemas. Letih dah dirasai. Kesian Mak Lelah hari-hari kena kemas semua bilik rumah ni. Dengan dah berusia macam tu, dah lah kena masak lagi. Radwa dah pasang azam, kalau ada masa nanti dia akan tolong Mak Lelah. Tak pun pujuk Datin Zara cari seorang lagi pembantu. Nanti lah, dia cuba bincang dengan mama angkat dia tu.

             Tingkat atas dituju. Dahinya berkerut. Ada satu bilik aje? Dari luar pun dah nampak besar. Bilik siapa ni? Bertuahnya dapat bilik paling besar dekat rumah ni. Bilik Datin Zara pun tak besar macam ni. Pintu dibuka. Mulutnya ternganga.

            Besarnya! Cantik! Ada air lagi mengalir. Dekat dinding? Waahhh.. Rasa nyaman sangat duduk dalam bilik ni. Bilik Raed ke? Tapi tak nampak macam bilik lelaki pun. Almari dibuka. Rasa nak tahu mendesaknya. Baju lelaki. Betul lah. Bilik Raed ni.

            Radwa ralit memandang sekeliling. Katil yang bersaiz king terletak di tengah-tengah bilik. Cadarnya cantik berwarna putih. Diserikan dengan pokok bunga orkid hutan berwarna putih di depan katil. Disusun cantik. Bawah pasu tu ada batu sungai. Bilik ni dah lengkap ada semua. Ada tv, mini fridge, semua ada lah senang cerita. Pintu toilet pulak dibuka. Rahangnya terjatuh. Serius ni bilik Raed? Tak macam tuan dia pun. Tengok pun tak sangka yang tuan dia ni Raed. Ada jacuzzi di tengah  ruang. Lantai-lantai yang dibuat daripada rotan dan kayu. Pokok-pokok buluh pun ada. Sebahagian dinding diubah menjadi dinding kaca. Hanya orang di dalam ruang ni aje yang boleh nampak luar. Luar tak nampak. Pemandangan luar nampak cantik sangat. Pemandangan tu menyejukkan mata yang memandang. Terleka dia..

         Putih? Orkid hutan? Buluh? Semua pun Radwa suka. Semua tu kegemaran dia. Sama macam Raed. Radwa tersenyum. Bertuahnya dia kalau semua ni Raed buat untuk dia. Tapi berangan aje lah boleh. Mustahil lah kan. Raed mana kenal dia.
             “Radwa suka bilik ni?”

              Radwa memegang dadanya. Terkejut dia dengan pertanyaan tiba-tiba Datin Zara.

            “Sorry sayang. Mama tak sengaja nak buat Radwa terkejut”. Tangan gadis tu diusap. Rasa bersalah pulak buat Radwa terkejut.

            “Tak apa ma. Bilik ni cantik. Rasa tenang duduk dalam ni. Ni bilik Raed kan ma?”

            Datin Zara tersenyum. Pandai Radwa teka. Memang pun. Tapi untuk seseorang. Radwa yang ralit memerhati, dipandangnya. Dia tahu yang Radwa dah jatuh hati dengan bilik ni. Dari muka dia pun dah nampak perasan gadis ni.

            “Haah. Tapi tak nampak macam bilik dia kan”. Datin Zara tertawa. Air mata yang nak mengalir tadi dikesat. Tak nak Radwa nampak. Ada kisah disebalik bilik ni. Tak ramai yang tahu.

            “Haah, Radwa ingatkan bilik dia mesti bersepah. Simple aje. Tapi bilik ni, lain. Cantik sangat, buat Radwa rasa tenang duduk dalam ni”.

               Datin Zara tersenyum. Dah agak Radwa mesti suka.

              “Radwa nak duduk dalam bilik ni?”

              Radwa dah tergamam. Dia duduk bilik ni? Kalau Raed tahu nanti habis lah dia. Tak nak lah ambil risiko.

            “Tak nak lah ma. Ni bilik Raed. Radwa tak berani nak duduk sini. Kalau dia tahu nanti, mesti Radwa kena marah”.

              “Bilik ni Raed hias untuk seseorang sebenarnya”. Datin Zara duduk di atas katil.

              “Siapa ma? Girlfriend dulu dia eh?” Radwa dah tertawa. Tak kan lah kan.

              “Haah”.

              Radwa dah terkedu. Serius betul. Tak akan lah Raed cinta sangat gadis tu sampai sanggup hias bilik dia macam ni?

               Datin Zara mengerling Radwa. Nampak jelas air muka Radwa berubah. Jeles ke?

            “Siapa gadis bertuah tu ma?”  Senyuman yang nak terbit ditahan. Nampak sangat Radwa tengah tahan cemburu dia. Nada suara pun dah lain aje dengar.

              “Cinta pertama dia”. Radwa dengar terus menunduk.

          “Bilik ni untuk dia. Semua yang dia buat ni berdasarkan kata-kata gadis tu. Dia nak air terjun, Raed design dinding yang ada air tu. Dia nak kolam, Raed sediakan jacuzzi. Dia suka warna putih dengan orkid hutan. Raed pun letak juga. Semua ni mama nampak Raed enjoy buat. Lepas habis belajar, hari-hari dia duduk sini. Nak siapkan bilik ni. Untuk bakal isteri dia nanti”.

            Radwa terkejut. Bakal isteri? Serius macam tu sekali hubungan dia orang. Datin Zara dah mengeluh. Berat nak ceritakan semua ni balik.

            “Mana gadis tu ma? Dengan Raed lagi ke?”

           “Tak, dia dah tak ada”. Berhenti sekejap. Radwa dipandang. Ada sesuatu dalam pandangan tu. Air mata bergenang .

            “Dia pergi mana?” Berhati-hati Radwa bertanya. Takut salah soalan. Muka Datin Zara dah nampak lain. Takut soalan dia menguris hati Datin Zara.

            “Dia dah pergi jauh. 3 tahun Raed tunggu dia. Tapi dia tak datang. Raed berubah sejak hari perempuan tu tak muncul. Dia hilang semangat. Bilik ni pun dia tak masuk sejak tu”.

          Sampai macam tu sekali. Kenapa gadis tu tinggalkan Raed? Apa salah Raed. Tengok macam mana Raed hias bilik ni boleh tahu yang Raed cinta sangat dengan dia. Tergamaknya dia. Hancurkan hati Raed sampai macam tu sekali. Lagi dia tak sangka punca perangai Raed kini disebabkan seorang perempuan. Cinta pertama dia pulak tu.

 *****************************

Raed mulakan rancangannya. Zetty dengan Melissa akan dicari. Kebenaran akan dia bongkar. Dicari kembali Zetty. Rumah dia, tempat kerja dia, dekat kelab pun bayangnya tak ada. Mesti Zetty nak sorokkan diri dari dia. Tapi dia tak akan sekali-kali putus asa.

            Semua kenalan Zetty ditanya. Nombor lelaki yang paling rapat diambil, berserta alamat sekali. Mungkin Zetty ada dekat sana. Alamat rumah tu dicari. Tak lah susah mana. Masuk aje kereta dia dalam kawasan kondo tu, bayang Zetty dah nampak. Raed tersenyum sinis. Tak ada lah susah nak cari perempuan ni. ‘Jauh’ sangat dia menyorok.

            Langkah Zetty diikut. Bila dia masuk lift, Raed pun masuk sama. Terkejut Zetty. Tak sangka jumpa Raed dekat sini. Butang lift tak ditekan. Dibiarkan saja. Ada benda dia nak tanya dengan perempuan ni.

              “Mana you pergi sayang? Lama I cari you”. Raed tersenyum. Menggoda.

               Zetty dah pucat. Mana dia nak lari sekarang. Raed dah halang jalan keluar.

              “Ha..I..I tak pergi mana-mana. Ada aje dekat rumah. You ada apa datang cari I”.

               Tergagap-gagap kau nak cakap. Nampak sangat tengah menipu.

             “I rindukan you lah sayang. I bosan you tak ada temankan I. Jom lunch dengan I”. Tangan Zetty dicapai, tapi ditepis.

           “Raed please. I sayang nyawa I. Jangan cari I lagi”. Tubuh Raed ditolak. Nak keluar segara. Tak nak nyawanya terancam. Kata amarah sebelum ni asyik terbayang di fikirannya.

            “Kau nak pergi mana? Orang aku dah kepung tempat ni. Kau dah tak boleh lari”. Sengaja ditipu. Tak nak Zetty lari. Dia tahu perempuan bukan berani sangat. Kalau berani tak akan lah sembunyikan diri dari dia.

             “Raed...Please lepaskan I”. Dia dah terduduk.

        “I akan lepas kan. Tapi lepas you bagitahu I mana you hilang malam tu”. Tangannya disilangkan, masih menghalang pintu lift. Ditenung perempuan tu, dia nakkan jawapan.

            “I..I tak pergi mana-mana. Ada aje dekat rumah. I tak sihat hari tu. Terpaksa balik. Kawan I datang ambil. Sorry tak dapat teman you”.

            “Bila bercakap pandang I”. Dagu Zetty ditarik.

            “Betul ke? Ke sengaja nak reka semua ni?” Raed senyum sinis.

            “Raed.. I tak tipu you!”. Ditekan suaranya.

         “Tak tipu aku? Dalam dunia ni kau tahu apa yang aku paling benci? Perempuan penipu macam kau. Aku dah serik dengan orang macam ni. Sebelum aku panggil oarang dekat luar tu. Better kau bagitahu hal sebenar”. Raed meninggikan suara.

             Zetty makin takut. Lututnya dah rasa lemah.

       “Jangan..jangan Raed. I bagitahu. I bagitahu. Ada orang ugut I malam tu. I rasa dia perempuan. Dia suruh I jauhkan diri dari you”.

             Raed berkerut. Sama macam andaiannya. Tapi masih tak puas hati lagi.

            “Pakai kereta apa?”

          “Mini cooper. I tak nampak jelas warna dia. Maybe purple”. Zetty perah otak. Ingat kembali kejadian lepas.

            Raed tersenyum. Puas!

            “Good girl. Kalau kau bagitahu awal-awal tadi tak lah takut macam ni kan. Aku bukan nak cederakan kau pun. Nah!”. Dicampakkan beberapa keping not RM100 pada Zetty. Bayaran untuk maklumat tadi.

            Punat lift ditekan. Buka aje pintu dia terus keluar. Tak ada sebab dia nak duduk situ lama-lama. Apa yang dia nak dah dapat. Zetty terduduk di lantai lift. Dia takut. Takut dengan ugutan tu lagi. Apa lah yang akan jadi dengan kehidupan dia lepas ni. Raed dah tahu. Mesti perempuan tu cari dia balik nanti.

            England! Aku nak pergi England. Mesti dia tak jumpa aku dekat sana. Terus Zetty berlalu keluar. Dia nak pergi kemas barang. Kemudian nak bergerak ke lapangan terbang terus. Nak selamatkan diri!

 ******************************

Melissa pulak dicari. Model berdarah kacukan yang dah lama tergila-gilakan dia. Raed nak selesaikan cepat benda ni. Kalau bertangguh nanti benda lain pulak yang berlaku. Sejak menghilangkan diri, berita dia pun dah tak didengari lagi. Ada khabar angin cakap dia dah berhenti jadi model. Tapi tak tahu lah boleh percaya ke tak gosip tu. Entah-entah dia sengaja buat macam tu nak sebab nak menyorok dari dia.

            Seorang penyiasat telah diupah untuk jejaki Melissa. Dua hari juga lah dia kena tunggu untuk tahu dekat mana perempuan tu sekarang.

               “Tuan, saya dah tahu dia dekat mana”.

               “Mana?”

               “Australia”.

               Raed tertawa. Sinis. Tu aje jauh kau boleh pergi Melissa? Australia....

              “Ok, thanks. Nah upah kau. Aku nak apa-apa nanti aku cari kau”.

             Pesawat ke Australia dinaikinya. Tadi dia terus pergi ke airport.  Ambil penerbangan yang terawal. Tak sabar lagi nak jumpa dengan Melissa sayang..

             Sampai aje dah ada kereta yang tunggu kedatangan dia. Memang papanya ada cawangan syarikat dekat sini. Sangat memudahkan kerja dia. Kereta menghala ke arah alamat yang diberi oleh Raed.

            Dah lama dia tunggu di tepi jalan. Tunggu Melissa balik. Hampir dua jam juga. Lama tu, dia pun dah naik bosan menunggu. Mana lah perempuan ni pergi? Tak reti-reti nak balik ke? Dia duduk dalam kereta, nak tunggu sampai bayang Melissa kelihatan. 18 minit lepas tu, dia nampak Melissa melangkah keluar dari sebuah kereta. Dengan boyfriend baru dia lah kut.

            Raed berlari ke pintu Melissa yang hampir tutup. Dihadang pintu tu dengan badannya. Nasib baik sasa juga, kalau tak mesti sakit kena tolak.

               “Hai darling. Remember me?”

              “Raed? Apa you buat dekat sini? Macam mana you tahu I tinggal sini”. Melissa kiri kanan rumahnya, takut kalau orang yang pernah ugut dia pun ada. Habis lah aku!

            Raed tertawa. Terasa kelakar pertanyaan Melissa tu. Bertalu-talu. Nampak macam takut aje. Orang dah buat salah macam tu lah. Mengelabah tiba-tiba.

              “Mesti lah I tahu dekat mana you tinggal darling. I kena ambil tahu kan. Senang I nak cari you nanti. Macam sekarang”.

               Muka Melissa dah pucat. Sama macam Zetty!

              “You tak happy ke tengok I ada dekat sini? Tak nak jumpa I masuk?”

              “Tak boleh Raed. Boyfriend I mesti tak suka”.

            “Ohh. Dulu boleh aje. Sampai you yang merayu dekat I, merayu suruh I datang rumah you. Sekarang kenapa tak boleh?”

            Melissa telan liur. Dia takut tengok Raed macam ni. Apa Raed nak. Dia pindah sini pun nak elakkan diri dari Raed. Dia tak nak diugut lagi. Cukup lah! Pandangan perempuan tu, menakutkannya.

            “Raed. Dulu tu tak sama. Lain”.

           “Apa yang lain? Ohh... dulu tu I tak sempat masuk rumah you kan. You dah menghilang. Macam mana I boleh lupa eh?” Sengaja mengaru kepalanya.

            “Raed please. Hal lepas tak payah nak ungkit lagi. Ada sebab kenapa I buat semua tu. Now, please leave. Tak ada apa antara kita kan”. Pintu ingin ditutup.

             “Jangan kau berani tutup. Tengok kereta tu, kalau kau buat apa-apa aku panggil dia orang kerjakan kau. Aku tak nak sakitkan kau Melissa. Bagitahu aku hal sebenar. Then, baru aku pergi”. Jarinya ditunjukkan ke arah keretanya. Sengaja nak bagi amaran. Nak digertak sikit Melissa ni.

            “Ok fine! Malam tu ada girl ugut I. I tak nampak muka dia. Dia pakai purdah. Dia bagi I kertas, tulis jangan dekati you. Sebab tu I pindah sini. Sebab ugutan dia and I nak hidup tenang dekat sini. Puas hati you sekarang!”.

         “Puas. Thanks. Kan senang kalau dari tadi kau bagitahu”. Raed terus beredar. Pintu hempasan pintu, buat dia ketawa. dah cukup maklumat dia dapat, perempuan lain biar lah, sekarang turn dia pulak bertindak. First step. Kenali dulu musuh!

 ****************************

Malam tu Raed tunggu kereta yang selalu ekori dia di kondo. Dia dah tahu dekat mana kereta tu selalu parking. Sudah seminggu dia dah tak rasa diekori. Tak dapat dia nak lakukan semua rancangan tu. Dia mengeluh. Sofa dihampiri. Direbahkan badan. Penat menunggu.

          Macam mana nak tahu siapa yang ekori dia selama ni. Dah seminggu dia tak ada. Perempuan tu dah give up ke? Jam dah pukul 8.30 malam. Dia still menunggu. Sekarang dia dah jarang ke kelab. Ada hal lagi penting dia nak buat. Lama sangat tunggu, dia terlelap.

              Bangun aje dah pukul 9.30. Lama juga dia terlena. Balkoni dituju. Kereta tu dah ada. Tapi mana perempuan tu? Matanya melingas mencari. Ternampak bayang seorang perempuan di pondok jaga. Apa nama dia eh? Pak Ahmad? Pak Emad? Pak Mad? Huh? Biar lah bukan penting pun. Yang penting perempuan tu.

             Patut lah senang aje dia masuk dalam kawasan ni. Ada yang tolong rupanya. Kalau tak silap perempuan yang sama dia lihat beberapa minggu lepas. Kau yang selalu intip aku ke? Best ke buat semua tu? Apa yang kau nak sebenarnya?

         Raed melangkah keluar. Masuk ke kereta, enjin dihidupkan. Terus memecut pergi. Rancangannya bermula!

               Cermin belakang dipandang. Ada kereta yang ekori dia. Kau memang tak pandai nak buat kerja ni kan? Ikut aku pun dekat. Mana aku tak perasan.

               Tadi masa di keluar dari gate utama, dia sempat menoleh ke arah pondok jaga. Tapi tak nampak muka perempuan tu. Dia membelakangkannya masa tu. Terpaksa juga dia buat semua ni.

            Raed terus memandu. Radwa yang ikut dah gelisah. Rasa macam jauh sangat dia ikut Raed. Mana Raed nak pergi ni? Rungut Radwa. Tiba-tiba Raed masuk ke kawasan hutan. Sangat gelap, dia tak nampak kereta Raed. Nak masuk lagi dalam dia takut. Radwa mengeluh sebelum berpatah balik. Dah sampai ke laluan yang terang dia dapat panggilan dari hospital. Ada hal kecemasan. Terpaksa lah dilupakan misi menjaga Raed malam ni. Ada hal lagi penting. Baru ingat nak tunggu Raed dekat kondo dia tadi.

               Raed ketawa. Tadi memang dia sengaja masuk kawasan hutan. Masuk saja terus lampu kereta dipadam. Sengaja nak uji perempuan tu berani teruskan ke tak. Bila dia berpatah aje, terus Raed ikut pulak kereta dia. Rancangan dia hampir nak berjaya. Lagi sikit aje identiti perempuan tu nak terdedah.

              Diekori kereta Radwa sampai ke hospital. Raed dah berkerut. Apa dia buat dekat sini? Dia sakit ke? Tak kan aku bawa masuk hutan terus sakit pulak?

              Perempuan tu berlari keluar lepas parking kereta. Raed terus ikut langkah dia. Sampai dekat satu tempat, tiba-tiba dia berhenti. Dia berselindung disebalik tiang. Tak nak perempuan tu nampak. Pakai coat putih? Dia doktor!

              Bila Radwa berpusing aje, Raed terkaku, matanya membulat. Badannya terasa lemah. Tak sangka perempuan tu ‘dia’. Gadis yang dia tunggu selama 3 tahun ni. Dia duduk di kerusi berdekatan. Tak mampu lagi menampung badan dia. Terasa lemah berhadapan dengan kebenaran ni. Tak mungkin! Tak mungkin!

              Apa lagi yang dia nak? Tak puas ke mainkan perasaan dia selama ni? Kenapa sekarang baru nak menjelma? Air mata yang mengalir dikesat. Dia berlalu pergi dengan fikiran penuh persoalan.
           

2 comments:

Anonymous said...

best sgt..
tak sangka melissa n zetty tu takut sampai sanggup g luar negara..
hahha...
tp siapa radwa sebenarnya??
knpe raed tunggu die??

misztyra9@ said...

@Anonymous
yg tu jeng3x..kena tggu yg seterusnya..hehe XD

Kehidupan seorang penulis © 2014