Sunday, 6 January 2013

Pelindung Cinta 10

Sunday, 6 January 2013
. . .

Radwa terduduk di depan pintu wad. Tubuhnya disandarkan ke pintu . Hatinya seperti sedang dirobek pisau ketika itu. Terasa perit sangat. Tak pernah selama dia hidup di dunia ini, merasakan sesakit itu.

            Tadi dia kembali semula ke bilik Raed untuk mengambil barangnya, tapi tak disangka yang dia akan mendengar semua luahan hati Raed. Kenapa lelaki itu masih menuduhnya Radwa gadis yang memungkiri janjinya dulu. Dia bukan gadis tu. Kenapa Datin Zara tak pernah bagitahu pun selama ni?

            Danisya? Beratnya semua ni untuk aku. Macam mana aku nak jadi pelindung dia. Aku tak berdaya lagi. Rintih Radwa.

 Kepalanya dirapatkan ke lutut. Dia menangis semahunya. Nasib baik bilik Raed kedudukannya agak tersorok. Kalau tak mesti ramai yang dah pelik melihat keadaan dia sekarang ni.
            “Radwa?”

             Kepala Radwa didongakkan. Melihat gerangan yang menegur.

             “Azlin?” Tubuh kawannya dipeluk. Dia memang sangat perlukan seorang teman tika ini.

          “Kenapa ni Wa? Kau ok tak?” Tanya Azlin. Dia risau melihat keadaan Radwa sekarang. Terduduk lemah di depan bilik pesakit macam tu. Nama dipintu bilik dipandang.


            - Raed Daniyal bin Dato’ Ammar. -


             Kenapa Radwa menangis depan bilik dia. Dia orang ada hubungan ke?

          “Kau kenal pesakit ni? Dia menyusahkan kau ke?” Soalan yang tadi pun belum berjawab Azlin dah bertanyakan soalan lain. Bertalu-talu sampai Radwa tak tahu nak jawab yang mana dulu.

           “Hati aku sakit Lin, tolong aku. Bawa aku jauh dari sini”. Harap Radwa. Dia sudah tidak bermaya untuk berjalan. Fizikal dan emosinya sangat tak stabil kini.

             “Kau kerja ke malam ni?” Tubuh Radwa dipapah. Membantu dia bangun dan berjalan.

          “Ada. Tapi aku tak boleh kerja rasanya. Emosi aku ni tengah tak stabil, aku takut bahayakan orang lain pulak nanti”. Suaranya kedengaran lemah.

            “Tak apa Radwa. Kejap aku bagitahu pihak hospital. Suruh dia ganti kau dengan orang lain”. Radwa didudukkan di kerusi sebelum handphone dilekapkan ke telinga. Seseorang ingin dihubunginya untuk memaklumkan perihal Radwa. Lama juga dia bercakap, tapi sepanjang tu Radwa hanya menundukkan kepala. Menangis lagi.

             “Dah settle. Jom. Kau nak pergi mana ni?”

            “Tak tahu”. Nak balik rumah Datin Zara, takut wanita itu pulak risau dengan keadaan diri dia sekarang.

           “Rumah kau. Aku tumpang rumah kau boleh. Aku tak menyusahkan mak angkat aku. Mesti dia risau tengok keadaan aku macam ni. Tadi pun aku dah bagitahu dia yang aku kerja malam ni, kalau aku balik nanti mesti dia fikir lain”.

             “Mesti lah boleh. Jom aku papah kau sampai kereta”. Badan Radwa dipapah membantu dia berjalan walaupun agak perlahan pergerakannya. Dari tadi raut wajah Radwa diperhatikannya. Nampak sedih dan suram seperti menanggung masalah yang berat. Kesian kau Radwa.

 *****************

“Radwa minum dulu air panas ni. Lepas tu kau pergi lah rehatkan badan dulu. Nanti baru kita borak. Kau nampak lemah sangat sekarang”.

             “Thanks Lin, kalau kau tak ada tadi aku tak tahu apa dah jadi dengan aku sekarang”.

            “Radwa, kau ni cenggeng tahu tak. Mesti lah aku tolong kau kan. Kau kawan aku. Masa kau susah mestilah aku tolong”. Pujuk Azlin. Dia tak suka Radwa menganggapnya seperti orang luar. Mereka sudah lama berkawan. Sejak dari Jepun lagi. Walaupun tak serapat hubungan Radwa dengan Danisya tapi susah senang mereka masih dikongsikan bersama.

            “Dah minum kan. Tu bilik kau. Sebelah aje dengan bilik aku. Rumah ni aku seorang aje yang tinggal sekarang. Housemate aku balik kampung, cuti nak kahwin. Tinggal aku aje lah ni. Kalau kau nak guna apa-apa ambil aje. Nanti aku bagitahu dia”. Jarinya ditunjukkan ke arah bilik yang dimaksudkan kepada Radwa.

           Radwa melangkah ke bilik tersebut. Memang dia nak berehat pun, waktu magrib pun hampir nak tiba. Baik dia bersihkan badan dahulu. Sempat dia menoleh ke arah Azlin sebelum masuk.

            “Thanks Azlin. Thanks sebab kau tolong aku. Aku tahu kau mesti dah muak dengar aku cakap thanks dekat kau kan. Tapi still aku nak cakap. Thanks”. Ucap Radwa ikhlas.

          Azlin hanya tersenyum mendengar. Apa gunannya kawan Wa. Aku tahu lepas arwah Danisya pergi kau hilang tempat mengadu. Aku akan tolong kau lepas ni, kembalikan Radwa yang aku kenal dulu. Sentiasa tabah dan bersemangat!

 *************************

Lepas mendirikan solat, Radwa duduk termenung di katil housemate Azlin. Lama dia termenung melihat ke arah langit gelap. Segala pertemuannya dengan Raed sebelum ini diimbas kembali, mencari kesilapannya. Nak cari apa silapnya sampai Raed pun benci tengok muka dia.

            Siapa gadis Radwa tu? Kenapa semua orang cakap gadis tu, aku? Persoalan yang sama berulang di fikirannya. Bila penat duduk dia akan berdiri. Segenap bilik tu sudah ditawafnya berkali-kali. Mencari jawapan bagi persoalan yang sememangnya dia tak akan dapat jawapannya.

            Kedengaran pintu bilik terbuka dari luar. Bayang Azlin kelihatan memasuki bilik dengan segelas susu di tangan.

            “Nah Wa, susu panas untuk kau. Senang nak tidur nanti”. Gelas bertukar tangan. Radwa hanya meletak tepi gelas itu. Masih belum terasa untuk tidur lagi. Banyak lagi perkara yang ingin difikirkan.

            “Fikir masalah tu lagi Wa? Kau patut rehatkan diri cukup-cukup dulu”. Nasihat Azlin. Radwa seperti sedang mendera fikirannya. Patutnya dia berehat.

             “Aku ok aje Lin. Kau jangan risau ok. Kau tidur lah dulu, esok kau masuk kerja pagi kan”. Radwa tak nak tambah beban Azlin lagi. Kehadiran dia malam ni pun dah terasa membebankan Azlin.

                Azlin mengeluh.

              “Kau tak nak share masalah kau ke? Lebih baik kau luahkan dari simpan sendiri semua. Kau ingat lagi ayat tu Wa? Kau pernah cakap macam tu dekat aku dulu. Masa aku tengah susah”.

              “Aku tak nak susahkan kau dengan masalah aku ni Lin. Dah cukup banyak kau tolong aku hari ni. Aku tak nak tambahkan lagi. Aku rasa macam membebankan kau aje”.         

              “Kau anggap aku ni kawan kau?”

               Radwa mengganguk.

   “Mesti lah, kau kawan aku sampai bila-bila”.

              “Kenapa aku tak boleh jadi macam hubungan kau dengan arwah Nisya?”

               Radwa dah terkedu. Apa maksud Azlin?

            “Kadang-kadang aku jeles tengok persahabatan kau dengan Nisya dulu. Semua rahsia kau orang share sama-sama. Sekarang arwah dah tak ada, apa salahnya aku jadi pengganti dia untuk bantu kau, Wa. Tapi aku tahu yang diri aku dengan Nisya tak sama. Mungkin kau tak selesa. Aku tak akan paksa kau. Tidur lah, rehatkan badan kau dulu”. Azlin ingin berlalu pergi. Sedih sebab tidak dapat membantu kawannya itu. Aku tahu aku tak sama macam Nisya dalam hidup kau Wa. Keluh Azlin.

              Mulut Radwa terkunci. Langkah Azlin menghilang sebelum sempat dihalang. Aish, apa nak jadi dengan kau ni Radwa. Sampai Azlin pun dah terasa sekarang. Mulutnya ditepuk geram. Mulut..mulut...

            Tok. Tok. Tok. Pintu bilik Azlin diketuk. Dikuak sedikit pintu itu. Dilihat Azlin sedang memandang ke langit. Sama seperti dirinya tadi. Dia mengeluh kecil sebelum melangkah menghampiri Azlin.

               “Lin”. Bahu gadis itu dipegang.

             “Maafkan aku sebab kecilkan hati kau. Aku tak pernah bandingkan kau dengan Nisya. Kau orang berdua kawan baik aku. Aku tak pernah anggap kau orang luar dalam hubungan tu Lin”.

              “Aku tak salahkan kau. Dulu aku sibuk dengan dunia aku aje. Jarang aku lepak dengan kau orangkan”.

             “Kau sibuk study dulu. Mana nak join kita orang lepak. Kau kan budak pandai. Mana sama dengan kita orang yang tak serius ni”.

            “Mana ada. Pandai aje kau ni”. Tiba-tiba Azlin tergelak pulak.

            “Kenapa kau tiba-tiba gelak ni? Sihat tak?” Dahi Azlin dirasanya. Tak panas pun!

            “Sorry. Sepatutnya aku yang pujuk kau, tapi aku yang merajuk pulak. Tak patut betul aku ni kan. Tu yang aku gelak. Sorry lah Radwa. Tak cukup matang pulak aku ni”.

  Radwa tersenyum. Haii, macam-macam lah Azlin ni.

            “At least, terhibur juga hati aku ni dengar kau gelak tadi. Aku bukan tak nak cerita masalah aku, aku segan. Banyak kut ihsan kau dekat aku hari ni”.

            “Kau ni macam tak biasa pulak. Dah lupa ihsan kau dekat aku lagi banyak dulu”.

             Radwa memerah otak. Berfikir. Ada ke?

            “Apa aku buat dulu?”

            “Aku kan selalu cilok kau punya 3-in-1 milo and the geng. Siap ambil pakej dengan maggi lagi”.

            Radwa dah membulat. Patut lah stok maggi aku selalu habis. Dah ada yang kebas rupanya. Dulu masa belajar dia memang tiap awal bulan akan beli cukup-cukup untuk stok sampai hujung bulan. Tapi memang tiap kali akan habis awal lah.

             “Kerja kau rupanya”. Disiku perut Azlin.

         “Sakit lah. Tak sengaja nak ambil”. Azlin tertawa. Kemudian ditukar mode serius balik. Radwa yang tengok pun dah pelik.

            “Kau tak payah segan dengan aku lah. Hari ni hari kau, kalau aku susah nanti kau tolong lah balik. Aku tak bagi free pertolongan aku ni”. Ketawa lagi. Kejap aje serius dia tu.

             Pelik lah kawan aku ni. Kejap aje dah tukar topik dia. Tapi kena bayar ke?

             “Milo dengan maggi tu apa tak dikira bayaran untuk kau ke?”

            “Mak aku cakapkan Radwa tak baik mengungkit. Buruk siku tu. Cuba kau check siku kau sekarang. Mesti dah hitam. Tu lah berkira dengan aku lagi”. Mulut Radwa dan melopong. Minta bayaran tolong dia tu tak apa ke?

            “Banyak lah kau. Nak mengikis aku yang memang dah kering ni aje”.

             Azlin mengekek. Memang pun!

            “Ok Wa, serius ni. Apa masalah kau sebenarnya?”

            Radwa mengeluh berat. Nak cerita pun susah.

           “Abang arwah. Dia lah masalah aku”.

          “Nama dia Raed Daniyal bin Dato’ Ammar ke?”  Dahi Radwa berkerut. Macam mana pulak di Azlin ni tahu?

            “Macam mana kau tahu? Nama penuh lagi tu”.

           Azlin ketawa lagi. Senang sangat kawan dia ni ketawa. Macam tak ada masalah aje, kan best kalau dia pun macam tu. Tak payah peningkan kepala fikir masalah ni semua.

            “Aku ada sixth sense”.

            “Serius lah”. Lengan Azlin ditepuk.

 “Alah sorry lah. Aku nampak nama dia dekat tu bilik pintu tempat aku jumpa kau petang tadi. Pelik juga sebab dalam banyak-banyak bilik dekat hospital tu, bilik dia juga yang kau pilih untuk port menangis. Masa tu aku dah agak rasa benda ni mesti ada kaitan dengan patient tu”. Azlin membuat andaian. Memang cita-citanya dari dulu nak jadi seperti versi Detektif Conan Malaysia tapi tak ada pulak yang nak menggunakan khidmat dia ni. Tapi Radwa dah muncul ni, dapat lah diasah balik kemahirannya tu.

            “Pandai lah kau”. Lengan kawannya ditepuk perlahan.

             Radwa menarik nafas.

          “Macam yang aku dah pernah cerita dulukan, arwah amanatkan aku untuk jadi pelindung dia. Tapi aku fail Lin. Raed accident sebab aku. Aku tak jaga dia betul-betul. Mesti Danisya kecewa dengan aku. Parents dia sekali. Malu aku nak berdepan dengan dia orang Lin”.

                Accident?

            “Bukan salah kau lah Wa. Ni semua takdir, kita manusia memang tak boleh lawan. Kau dah cuba yang sebaiknya nak lindung dia. Tapi kalau diri dia sendiri yang tak tahu jaga diri sendiri, kita tak boleh nak buat apa”. Pujuk Azlin. Tak suka melihat Radwa menyalahkan diri sendiri.

            “Aku tak tahu Azlin. Rasa bersalah tu buat aku rasa tertekan. Dengan Raed cakap aku ni kekasih dia yang mungkir janji dulu. Semua ni buat emosi aku celaru”. Radwa menangis lagi. Diletakkan kepalanya di bahu Azlin.

            “Kenapa pulak dia cakap macam tu? Bukan kau baru kenal dia dari amanat Nisya ke? Atau memang betul yang sebelum ni kau pernah jumpa dia?”

            “Tak pernah. Dari amanat tu aku kenal dia. Sebab tu aku pelik kenapa dia asyik salahkan aku pasal zaman percintaan dia dulu. Aku dengar dia cakap muka dengan nama aku sama dengan girl tu. Tapi aku bukan dia”.

            “Aku tahu Wa. Aku tahu kau tak tipu”. Kepala Radwa di bahunya diusap.

            Radwa memeluk kawannya itu.

            “Dah-dah jangan lebih-lebih. Kesian suami aku nanti”. Gurau Azlin.

         “Geli lah kau ni. Aku nak peluk aje. Happy sebab kau percayakan aku. Fikir lain pulak”. Rungut Radwa. Tertawa juga akhirnya melihat tingkah kawannya yang membuat aksi tak matangnya.

            “Kau sayang Raed tak?” Soal Azlin tiba-tiba.

             Muka Radwa yang memerah dipandangnya. Malu dengan pertanyaannya.

  Tapi kepala tetap dianggukkan. Nak cakap macam lagi malu.

            “Kau dah give up nak jadi pelindung dia?”

             Radwa hanya menunduk. Agak lama juga sebelum dia menganggukkan kepala sekali lagi.

            “Kau sanggup ke tengok Raed dengan girls lain? Sanggup tengok dia cedera lagi”.

              Radwa menggeleng. Tak sanggup!

           “Then, kau sendiri tahu hati kau dah pilih yang mana kan. Ikut pilihan hati kau kali ni. Lebih-lebih lagi kau ni, yang baru nak kenali cinta”. Azlin mengenakan Radwa. Dia tumpang gembira mendengar gadis itu sudah berjumpa lelaki yang dicintai.

            “Betul ke Lin? Tapi Raed dah tak nak tengok aku lagi. Mesti dia halau aku kalau dia nampak aku masuk bilik dia nanti”.

            “Kau jangan give up. Aku rasa kalau dia still agak kau ni girl yang sama mungkir janji dulu mesti ada sebab kenapa dia buat macam tu. Memang mula-mula marah, tapi sekejap aje. Aku rasa dia nak uji kau”.

             “Tapi Lin, aku bukan Radwa tu. Bukan cinta pertama dia”.

            “Aku tahu Wa, tapi kalau cara tu aje yang ada untuk kau dekati dia, tak salah kan. Nanti kau cerita balik perkara sebenar dekat dia”. Dah tak ada cara lain yang dirasakan sesuai untuk Radwa mendekati Raed semula. Hanya cara ini saja yang boleh digunakan.

   “Aku takut teruk dia marah aku nanti kalau dia tahu. Aku tak nak lah dekati Raed dengan cara tu. Kau pun tahu aku tak sanggup nak menipukan”.

  “Urmmm..”. Azlin berfikir. Jarinya diletakkan di tepi bibir. Otaknya menjalankan tugas untuk mencari idea lain.

  “Arrgh!”. Jeritnya tiba-tiba. Radwa yang pun mendengar terkejut.

  “Kenapa?”

  “Aku tak ada idea lain lah Wa”. Azlin tersengih.

  “Hish kau ni”. Ditepuk lengan Azlin. Nak menakutkan dia aje.

  “Kau guna aje lah idea aku tadi. Kalau yang tu banyak lah cara yang aku boleh tolong kau. Kau nak dekati dia kan? Kau nak dia terima kau balik kan? Cara tu yang paling berkesan. Otak aku ni pun dah jammed asyik berfikir”. Azlin dah semakin pening nak memikirkan bagaimana cara lain untuk dekati lelaki keras kepala itu.

  Radwa kelihatan teragak-agak. Dia takut penipuan ni akan lebih menyakitkan hati Raed. Tapi ada cara lain ke yang tinggal untuknya?

 Radwa pasrah. Pandangan dialih ke arah Azlin yang setia memandangnya dari tadi. Kepalanya dianggukkan juga tanda setuju.

 “Yeay!” Sorak Azlin. Dia gembira akhirnya Radwa bersetuju. Tak payah penat-penat fikir lagi.

  Radwa tertawa. Macam budak sahaja lagaknya.

 “Ok, serius balik. Aku akan ajar kau step by step macam mana nak dekati Raed. So, mulai dari hari ni aku akan jadi Love Sifu kau”. Azlin senyum tersirat. Hanya dia saja yang tahu apa yang sedang difikirkan.

            Radwa mengerut dahi. Apa-apa aje lah Azlin. Love Sifu? Serius?

 ************************

Malam itu Raed keseorangan. Hatinya pilu. Kosong. Seakan berharap dengan kedatangan Radwa. Setiap kali pintu dibuka mesti dia akan melihat. Tapi tiap kali hampa. Nurse. Doktor. Nurse. Nurse. Radwa? Tak ada.

            Selepas memikirkan kembali kata-kata Zareen tadi, memang tak patut rasanya nak terus salahkan gadis tu tanpa menanyakan dulu punca kenapa janji mereka dulu dimungkiri. Mungkin betul ada apa-apa yang terjadi yang menyebabkan Radwa tak dapat munculkan diri.

            Sebab tu kini, Radwa hanya berani ekorinya dari jauh. Takut untuk berhadapan kembali dengan dia. Takut dengan amarah yang akan dimuntahkan kepada dirinya nanti. Sebab itu juga, mungkin setiap gadis yang berdampingan dengannya diugut Radwa. Semuannya kerana jeles? Tapi betul ke Radwa masih cintakan dia lagi?

  Bodohnya dia! Sejak mereka bercinta dulu, memang Radwa tak pernah menipunya. Setiap kata gadis itu dikotakan. Kenapa dia lupa dengan semua tu. Mungkin disebabkan kecewa membuatkan hatinya seakan buta untuk mengingati segala kebaikan Radwa dulu. Kini, dia menyesal sangat dengan tindakannya tadi. Hampir setiap hari Radwa akan disembur. Dikeraskan hati daripada cair dengan air mata Radwa.

          Bukan dia tak rasa bersalah tapi tak tahu kenapa hatinya seakan liat untuk menunjukkannya. Kini, dirinya terasa sunyi. Disebabkan kata-kata pedasnya Radwa tidak lagi datang. Mungkin gadis itu sudah give up.

          Takut dia memikirkan bermacam-macam andaian. Takut akan menjadi kenyataan. Radwa jangan tinggalkan saya!Rintih hatinya. Malam itu tidurnya tidak lena memikirkan perihal Radwa dan kata-kata yang telah dilemparkan kepada gadis itu sebelum ni.

No comments:

Kehidupan seorang penulis © 2014