. . .
“Mama, papa jangan lah tinggalkan adik seorang dekat
sini. Baru aje datang tak kan dah nak balik”. Naural memeluk tubuh mama dia.
Tak nak bagi dia orang balik.
“Tak
boleh lah sayang. Papa ada hal, tak boleh lama ni”. Kepala anaknya diusap
kasih.
“Naural
ni manja sangat, bukannya ni tahun pertama kamu pun. Dah final sem dah. Manja sangat!”
“Bukan
manja lah pa. Naural ni bukan selalu balik rumah pun, lebih-lebih lagi
sekarang. Banyak sangat paper work,
assignment, final year project dengan exam
lagi, dah tak boleh balik rumah selalu macam dulu”.
“Tak apa
lah, ni yang terakhirkan. Lepas dah habis sem nanti adik duduk lah puas-puas
dengan mama dulu then baru kerja.
Tapi untuk kali ni aje fokus dulu dengan kelas and study ok”. Lembut aje Puan Maria memujuk anaknya.
“Ermm.. Ok lah ma, tapi janji ok nanti
mama kena selalu call adik”.
“Aww..papa! Sakit lah”. Digosok pipinya
berkali. Ada ke patut papa cubit tadi. Tak patut. Tak patut.
“Naural..Naural.
Bila lah anak bongsu papa ni nak membesarkan. Asyik manja-manja dengan mama
aje. Papa tengok pun jeles. Mana mama nak ingat papa bila duk layan Naural aje”.
Naural
mengekek ketawa. Papa jeles? Mamanya dipandang. Alahai..comelnya mama. Dah merah muka. Sempat lagi Naural nak
gelakkan mama dia.
“Aww.. mama. Sakit lah. Tadi papa cubit
belah kanan, ni mama pulak cubit belah kiri. Habis merah dah pipi adik”.
“Tu lah,
siapa suruh gelakkan mamakan”.
Naural
tertawa lagi. Mama..mama..
“Mama
comel tadi. Merah dah muka”.
Naural
dah mula melarikan diri. Takut! Mama macam nak cubit lagi aje. Cubit dekat pipi
tak apa lagi. Kalau dekat hidung memang tak sanggup. Sakit!
“Adik
dah tak payah lari. Mama bukan larat nak kerja adik pun. Dah sini, mama nak balik
ni”. Dikuatkan sikit suara nak panggil Naural yang dah menjauh. Apa takut
sangat si Naural ni.
“Alahh.. Nak balik dah ke?”
“Ye lah
sayang. Kan tadi dah cakap tak boleh lama”.
Naural
memuncung. Tak sukanya saat macam ni. Tak sukanya kena tinggal dekat sini. Dah dua
tahun lebih duduk hostel, tapi tiap
kali kalau tengok parents dia balik
mesti air mata dia mengalir. Manja!
“Ok ma.
Janji call adik malam nanti”. Tangan
mamanya disalam. Kemudian kedua-dua belah pipi Puan Maria dicium berkali-kali.
Encik Naim dah menggeleng, tersenyum.
“Papa,
jaga mama baik-baik. Jangan asyik buli mama aje. Kesian mama Naural nanti. Papa
dah lah nakal”. Aik? Kita pulak yang
kenakan.
“Adik
lagi nakal dari papa. Sini”. Dipeluk tubuh anak perempuan dia. Anak yang paling
manja dari dulu dengan mereka. Tak sama dengan perangai kakak dia yang lebih
suka hidup berdikari.
“Study baik-baik”.
“Baik
papa”. Air mata dah mengalir bila tengok papa dengan mama dia dah masuk dalam
kereta. Air mata Puan Maria pun mengalir. Anak dengan mama sama aje.
“Papa
dengan mama. Hati-hati”. Tangan dilambaikan. Dilihat kereta tu sehingga hilang
dari pandangan dia.
“Adoi! Air mata, kenapa lah kau mengalir.
Buat malu aje lah. Patut lah sampai sekarang aku tak ada boyfriend. Siapa lah nak jaga perempuan cengeng macam akukan?” Air
mata dikesat, sebelum dia pun berlalu ke cafe.
Dari
jauh ada mata yang memandang. Anak manja? Dia tersenyum.
*********************
Suasana di foyer
PPSM, kalau yang tak tahu nama panjang dia Pusat Pengajian Sains Matematik mula
riuh rendah dengan suara-suara sumbang student
yang baru habis kuliah. Kenapa Naural ada dekat sini? Sebab dia pun salah seorang
makhluk Allah yang belajar dekat sini. Pagi ni dia terlebih rajin pulak nak
datang awal, pukul 8 pagi dah duk bertapa
dekat sini. Sedangkan kelas baru nak mula pukul 10 pagi. Dia datang sini pun
bersebab sebenarnya. Nak tiru tutorial! Hai
lahh Naural, ni kan sem akhir awak, lagi mahu tiru orang ka?
“Kau dah
hantar Naural?” Kelas baru aje habis. Dia pandang Naural yang dari tadi sibuk
mengunyah roti dia. Hantu roti minah ni! Kalau tengok dekat bilik dia satu
bahagian tengah almari tu penuh dengan bermacam roti. Boleh lah aku jadi share partner si Naural ni buka kedai
roti nanti. Dia tergelak, tapi dalam hati aje lah.
“Dah
lah, nasib baik sempat”. Naural tertawa. Kawan dia yang sibuk bertanya tadi
malas nak ambil kisah gelak Naural tu. Mesti happy lah sempat menirukan. Apa lah yang kelakarnya.
“Kau tak
takut kena marah ke nanti?”
“Apasal
pulak kena marah?” Naural buat muka blur.
Rasanya aku tak pernah missed class lagi.
Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?
“Last week ada dua orang budak kena
panggil masuk bilik Dr. D, dia orang kena marah kut. Semuanya sebab meniru. Dia
pun pelik lah macam mana budak yang selalu dapat markah rendah suddenly
dapat full mark”.
“Uhhuk..uhukss”. Dadanya ditepuk. Adoi! Sakitnya.
“Kau ok
tak ni?”
“Ok-ok.
Tapi serius ke? Betul kau tak tipu kan?” Cuak dah Naural. Muka dah pucat. Terus
roti disimpan, tak ada mood nak makan
dah.
“Betul
lah, buat apa aku nak tipu kau. Tapi pun aku bu... Woi! Kau nak pergi mana?” Terkejut dia dengan perangai Naural.
Tiba-tiba aje berlari. Nak pergi mana?
“Tunggu
aku kejap. Aku nak pergi ambil jawapan tutorial lah. Takut!” Kejap aje dia
menoleh. Kena cepat ni, sebelum Dr. D tanda better
aku selamatkan dulu. Tapi lepas dah dapat nak buat apa? Sempat ke dia nak
cari jawapan? Hahh.. lantak lah, yang
penting selamatkan kertas tu dulu.
*******************
“Dapat tak?” Monyok aje kawan dia ni.
Naural
mengeluh. Faiza dah buat muka simpati. Simpati dengan nasib Naural ni. Kesian
kawan aku ni.
“Tak. Dr
dah balik, bilik dia dah tutup tadi. Habis lah riwayat aku lepas ni Iza. Macam
mana ni?”
“Dah lah
Naural, maybe kau bernasib baik
nanti. Dr tu pun ikut mood dia aje
nak marah ke apa. Masa kau nanti aku harap
mood dia baik lah, dah jom aku belanja kau roti nak?”
Naural
hanya menggeleng. Sedih kut, roti pun tak boleh guna nak kurangkan kesedihan
dia ni. Mama, adik sedih ni...
“Dah lah
Naural, aku pulak yang takut tengok kau sedih macam ni. Aku belanja makan nak
tak?”
Makan?
Mata Naural dah bersinar-sinar.
Faiza
dah mengeluh, baik punya kawan lah kau ni Naural. Pujuk guna roti tak jalan,
makan juga kau nak. Kerja nak habiskan duit aku lah tu.
“Jom-jom.
Aku pun dah lapar ni. Cepat lah, dah nak dekat pukul 1 ni, nanti tak ada tempat
lagi dekat restoran terapung tu”.
Mulut
Faiza dah melopong. Dia pulak yang lebih ni. Haiii.. dah lah baru masuk PTPTN ni kalau hari-hari macam ni memang
tak dapat bertahan sampai habis sem lah. Kenapa lah aku kenal si Naural ni
dulukan?
**************************
“Kan aku dah cakap cepat tadi. Kau tu jalan lambat sangat
lah Iza. Tengok dah tak ada tempat lagi ni”. Membebel pulak cik Naural kita ni.
Bukan tadi ada orang tu merajuk ke? Cepat betul merajuk dia ni hilangkan.
“Aik? Aku yang kenakan. Sekarang ni siapa
yang nak belanja?”
Naural
tersengih. Comel aje tangan dia menunjuk ke arah Faiza. Baru sedar lah tu. Baru
sedar dia salah.
“Hah! Tahu pun. So, kena ikut rentak aku lah ok. Kau lah tak sabar sangat, sakit
tangan aku ni kena tarik tadi”. Digosok tangannya. Dah merah. Naural yang
perasan tak mampu nak buat apa melainkan.....senyum aje lah.
“Tapi
dah tak ada tempat kosong lah Iza. Nak makan tempat lain tak?” Perlahan aje
suara Naural. Takut kena marah lagi. Serik!
Faiza
memandang segenap ruang dalam cafe tu,
nak duduk dekat bawah tu macam tak best aje.
Sebab gelap! Dekat atas ni macam penuh...eh?
Tak lah.
“Naural,
tu ada kosong. Kita share meja aje
lah nak?”
“Mana?
Ada ke, aku tak nampak pun”. Mata dia mencari. Sampai badan pun
berpusing-pusing semata-mata nak cari tempat yang Faiza cakap tadi.
“Tu hah. Jom lah”. Faiza tarik tangan
Naural. Lambat sangat Naural ni buat keputusan.
“Tapi tu
meja laki lah. Nak ke?”
“Sejak
bila pulak kau malu dengan laki ni Naural, selama ni semua pun kau belasah aje.
Kenapa hari ni lain macam aje”.
Naural
tersipu malu.
“Ni kan final sem, aku tak nak lah belasah aje
macam dulu tu. Nak praktis jadi perempuan melayu terakhir ni”.
“Dah tak
payah nak gedik, nak muntah aku tengok. Kau pergi tanya dia orang boleh tumpang
meja tak”. Tubuh Naural dah ditolak.
“Aku?
Kenapa bukan kau aje?” Jari ditunjuk ke muka sendiri. Aku ingat tadi Faiza ni
yang nak tanya. Alih-alih aku pulak yang kena. Malu sangat lah tu.
“As’salam,
hai, hello semua”. Baik punya mukadimah Naural ni bagi. Semua dah pandang dia.
Ada lah dalam lima orang. Rasa pelik sebab tiba-tiba kena tegur.
“Yup! Ada apa?” Danny bertanya. Salah
seorang member meja tu. Yang lain
masih setia pandang muka Naural. Sampai Naural ni pun naik cuak.
“Meja
belah sana tu kosong tak? Kawan saya ni nak duduk tapi dia malu nak tanya. So, dia suruh saya yang tanyakan”. Ambil
kau Faiza! Tu lah tak nak tanya lagi.
Mata
Faiza dah membulat. Tapi bertambah lagi bulat, bila dia tengok muka-muka yang
duduk meja tu. Luth! Luth ada lah. Wahh...bertuahnya
dia dapat duduk satu meja dengan laki ni.
“Woi Iza, yang kau tercegat tu kenapa?
Sini lah”. Tangan Faiza ditarik.
“Hah, dia ni lah yang nak duduk sini.
Boleh tak?”
“Dia aje
ke?” Makin lebar senyuman Faiza dengar suara Luth. Seksinya! Dengar suara pun
boleh tergoda lah.
“Apa
yang..dia aje?” Muka Naural blur. Aku
cakap apa tadi eh? Dah lupa pulak. Sebab dari tadi dia lagi tertarik nak tengok
reaksi Faiza ni. Kenapa nampak excited
semacam ni?
“Blur lah kau ni Naural”. Ditepuk
perlahan tangan Naural. Naural pulak? Dia mampu garu kepala aje lah.
“Tak-tak,
dia sekali nak duduk sini. Boleh tak?” Ohh,
please abang Luth, cakap boleh. Dah lama teringin nak duduk dekat dengan
abang ni.
“Ermmm..ok duduk lah”. Dia sambung
berbual balik. Dah tak ada apa pun nak tanya. Tapi ada lah dua tiga pasang mata
dekat meja tu yang setia pandang dia orang.
“Thanks, tolong jagakan beg kita orang
kejap ok, nak ambil nasi ni. Jangan mencuri! Jangan selongkar! Dosa!” Sempat
lagi Naural ni bagi peringatan. Tak sedar tu dia yang minta tolong tadi.
Yang
lain dekat meja tu gelak aje. Naural...Naural...
“Dia
comel lah”. Komen Amir.
“Yup dia memang comel pun”. Tersenyum
Luth memandang ke arah Naural. Kelam kabut betul nak ambil nasi tu, ada ke
sampai terjatuh pinggan-pinggan lain.
*******************
“Apa jadi dengan jawapan tutorial tu? Dah give up?”
Faiza ni bukan main suka dapat duduk sebelah Luth.
Awal-awal lagi dia dah cop. Lagi best
sebab Luth tak pergi lagi, pinggan dia orang dah licin tapi still tak pergi lagi. Tunggu aku lah
kut. Haii..perasan betul kawan Naural
ni.
Naural
mengeluh. Keluhan dia tu memang berjaya tarik perhatian hampir semua dekat meja
tu. Pinggan dijauhkan, pada hal nasi belum habis pun. Dia bangun nak cuci
tangan. Faiza dah tepuk dahi. Adoi!
Mulut aku ni pun, kenapa lah gatal sangat nak tanya hal tu balik. Langkah
Naural diperhati, sampai dia kembali balik ke meja.
“Sorry Naural. Aku dah kacau mood makan kau”.
“Tak apa
lah, benda dah jadikan. Aku pun pandai sangat, kalau semalam aku buat soalan tu
mesti tak jadi masalah hari ni. Tak apa lah Iza, bukan salah kau pun. Kau makan
lah, aku dah tak ada selera”.
Laju
Faiza menyuap. Rasa bersalah pulak buat selera makan Naural hilang, tapi lagi
bersalah kalau makan tak habis. Habiskan dulu lah.
“Sorry Naural, kau tak payah lah fikir
sangat. Jom keluar nak?” Satu lagi taktik nak pujuk Naural balik.
“Tak
payah lah, aku nak balik bilik aje. Nak tidur lupakan semua ni”. Siapa yang tak
sedihkan. Dah lah ni final sem, kalau
carry mark dia pun dah teruk macam
mana nak back up final dia nanti.
Kalau dia tertangkap meniru macam mana? Takutnya fikirkan semua tu. Sakit
kepala!
“Jom lah
Naural, aku belanja kau tengok wayang nak? Ada cerita best sekarang ni, mana tahu dapat kurangkan tension kau tu”. Masih tak serik Faiza ni memujuk, dia sedih. Sedih
sebab buat Naural jadi macam ni, kalau dia tak cakap tadi mesti kawan dia ni ok
aje. Tak kisah lah berhabis duit pun, asalkan dapat kembalikan balik Naural
yang gila-gila tu.
Naural
tersenyum. Takut sangat lah Faiza ni.
“Tak
payah lah nak habiskan duit kau Iza. Aku lepas tidur nanti ok lah. Kau dah
bayar tak semua ni?”
“Arrghh! Haah lah, aku belum bayar lagi.
Kejap-kejap kau tunggu aku”. Tadi dia nampak yang beratur nak bayar ramai
sangat tu yang dia orang makan dulu. Mak cik cafe ni pun sporting aje,
dia tak kisah. Asalkan bayar lah.
Naural
mengesat air mata yang mengalir. Sedihnya rasa. Dah last sem ni makin tertekan pulak.
Air
mata? Dia menangis? Air mata tu buat Luth tergamam. Dia pun sedih tengok Naural
sedih. Apa yang buat awak sedih Naural?..
p/s : ni percubaan aje. Tak tahu nk buat intro mcm mna sebenarnya..kalau nk suruh tukar atau mybe tak best boleh tinggalkan komen..tanx ^_^
7 comments:
saya panggil cik penulis akak la k...
sbb cik penulis tua setahun dari saya..
intro dh ok...teruskn!!!!hehehe...
-noorwieyl-
@Anonymous
blh je nak pnggl apa2 pn..hehe..tanx noorwieyl. nk pnggl apa eh? pjg sgt tu..hehe
suke3..nice try akak..hihi..tak sangke Naural ni sbenarnye manje...good job akak..xsabar nk tggu next en3...memang best..terbaek...hihi
- nasira comel-
akak blh panggil noor jer..
@Anonymous
ok..hi nor slmt b'knalan.. ^_^ bru nk kenalkan..hehe
BEST TERUSKAN YA TQ,
hi, i suka story nie. i dah baca cerpen nie. u follow story tu exactly @ nak change a bit story dia. cerpen dia i suka sgt. diff style of propose. cerita dia lain sikit. kalau u keluarkan novel, sure i beli. hehe. tapi kan i rasa itz too early buat pembaca dpt tahu luth minat dekat naural.sebab dia intro je kan.mcm tak de suspen je kan nanti. later propose part kita orang dah tahu siapa org tu. dlm cerpen ada pembayang je kan org tu ialah luth. ini opinion i je, tapi story mmg thump up. hehe. teruskan usaha.
Post a Comment