Pages

Wednesday 2 January 2013

Pelindung Cinta 5

Wednesday 2 January 2013
. . .

Cuaca nampak mendung aje. Semendung wajah Radwa. Dia nak melawat pusara Danisya hari ni. Nasib baik, dia pakai baju kurung ke kerja hari ni. Selendang penyamarannya dipakai. Dililit dikepala. Spec hitam juga dipakai.

            Sampai aje di pusara yang dicari, Radwa membentang tikar. Tangannya mencabut rumput-rumput liar yang mula tumbuh. Air bunga dicurahkan ke pusara. Radwa duduk, ayat Yassin kedengaran kemudian. Agak tak jelas, sebab Radwa dah mula menangis. Teresak-esak. Ditahan pun masih terdengar juga.

            Tamat bacaan, batu nisan disentuh. Macam menyentuh kepala arwah masa dia masih ada. Masih teringat lagi, dulu arwah suka tidur diribanya. Bila diusap senang aje mata kawannya tu lelap. Dia orang memang rapat sangat dulu. Mana-mana pergi sentiasa bersama. Arwah yang manja, arwah yang ceria, semua dia ingat lagi. Dulu arwah kekuatan dia, sekarang dia lemah tanpa arwah Nisya.

          Sekarang dia dah selalu megeluh. Kalau dulu, dengar aje keluhan Radwa mesti pipinya dicubit arwah. Dia tak suka. Tapi sekarang dah lain. Banyak sangat masalah, buat dia asyik mengeluh. Terasa berat nak tanggung sendiri.

            “Nisya, aku dah jalankan rancangan aku. Jadi pelindung abang kau. Pelik lah taste abang kau Nisya. Semua perempuan yang tak cukup kain aje dia pilih. Semuanya aku tak suka, menyampah. Penat aku nak fikir selalu rancangan apa nak guna untuk elak dia orang dekati Raed lagi. Sampai terpaksa aku guna idea gila aku kadang-kadang”. Air mata dikesat sebelum meneruskan kata.

            “Tiap malam aku ikut dia. Rutin malam dia semua aku dah boleh agak. Apa dia buat, lepas makan pergi mana, balik rumah pukul berapa. Semua dah ada dalam poket aku Nisya. Aku takut, takut yang dia tahu nanti. Apa aku nak buat. Boleh ke aku hadapi semua tu Nisya? Aku ni tak kuat, bukan macam kau. Kau tabah, tapi aku”.

            Radwa berhenti kejap. Menarik nafas.

          “Tapi jangan risau. Aku akan teruskan juga semua ni. Aku akan terus jadi pelindung dia. Aku akan bawa dia balik rumah semula. Aku dah tak sanggup tengok mama hari-hari menangis rindukan Raed. Aku tak sanggup Nisya. Aku sayang sangat keluarga kau, air mata dia orang buat aku sedih. Demi kau, demi papa dengan mama. Aku akan tabahkan diri”.

            Raed memerhati dari jauh bayang seseorang yang sedang duduk di tikar. Sebelah pusara adiknya. Tiap hujung minggu dia akan datang. Dulu hubungannya dengan arwah sangat rapat. Tapi sejak peristiwa tu, mereka dah makin renggang. Kematian Danisya, buat dia terkejut. Tak disangka adiknya pergi dulu sebelum dia. Tiap kali ke sini juga dia akan menangis. Menangisi kebodohan dia.

            Disebabkan rasa bersalah juga, pusara arwah tak berani didekati. Dia hanya berani lihat dari jauh. Tak pernah sekali pun hujung minggu dia tak datang sini. Setiap orang yang datang melawat pusara adiknya dia dah cam. Tapi perempuan ni, dia tak pernah nampak pun sebelum ni. Mungkin kawan arwah kut. Telahnya.

            Raed bersandar disatu pokok besar, tangannya dimasuk dalam poket. Dari tadi spec hitam dipakai, nak melindungi matanya yang dah basah dengan air mata sendiri. Matanya tak lepas dari memandang pusara adiknya. Perempuan tadi pun masih tak beredar lagi. Nampak macam sedang menangis. Walaupun dia pakai spec hitam tapi nampak sangat yang dia memang tengah menangis.

          Sebaik aje bayang kawan arwah beredar, Raed pun memasuki kereta juga. Dah lama sangat di berada di situ. Selalunya dia memang tak lama. Berada di situ, seperti mengamit kembali semua memorinya dengan arwah. Dia tak kuat nak ingat balik semua tu..

 ************************

Raed duduk termenung di balkoni. Sekarang dia dah jarang bawa perempuan ke rumahnya. Kalau nak bawa pun, mesti akan ada kejadian pelik berlaku. Tapi malas dia nak fikir sangat. Buat sakit kepala aje fikirkan semua perempuan tu. Baik dia rehatkan diri dekat rumah aje.

            Pernah dia terfikir seperti ada yang melindungi dirinya. Dia dapat rasakan macam tu. Sebab tu kut semua perempuan tu hilang. Tapi nak lindungi dia dari apa? Apa aje yang perempuan-perempuan tu boleh buat? Tapi tak tak tahu lah betul ke tak. Semua tu adaian dia aje.

           Rokok dinyalakan. Dia bukan lah perokok tegar. Tapi bila bosan macam ni, sering kali rokok akan dicapai. Tu aje peneman dia. Nak pergi ke kelab tak ada mood. Nak ke rumah kawannya lagi lah malas. Duduk aje lah termenung dekat balkoni ni, dah menguap nanti dia masuk tidur. Kan senang, tak payah fikir sangat.

           Pondok jaga dilihat. Aik? Sejak bila jaga dah tukar orang. Bukan lelaki ke yang jaga sebelum ni. Mana pak cik tu pergi. Dah bersara ke? Tingkah gadis tu diperhatikan. Macam sedang dengar lagu rasanya. Sebab mulut dia bergerak-gerak. Nak cakap sedang berborak. Mustahil, sebab dia aje dekat situ. Tak pun gila? Sayang juga muda-muda dah gila.

            Ahhh.. Lantak lah. Bukan urusan aku pun. Raed berlalu. Dah rasa mengantuk memikirkan hal perempuan tadi. Lampu utama dipadam. Langkah dibawa ke bilik. Langsir diselak, nak tengok pondok tu balik. Entah kenapa hatinya mendesak untuk melihat ke situ. Degilnya hati. Sejak bila dah pandai menyibuk hal orang ni?

            Dah hilang. Matanya melingas mencari perempuan tu. Tapi tak dijumpai. Dah pergi mana? Pak cik jaga punya bayang dia nampak tapi perempuan tadi. Kalau pak cik tu ada maknanya dia bukan jaga sini lah kan. Kalau macam tu siapa dia?

         Menyibuk juga si Raed. Dah bosan sangat lah tu sampai urusan orang lain pun nak menyibuk. Memang tadi Radwa tengah perhatikan Raed. Tapi Raed tak tahu. Raed ni pulak nak semakkan fikiran dia dengan hal luar pulak. Mungkin memang tengah bosan sangat.

 ************************

Raed memang tak berminat nak berkerja di syarikat milik papanya. Sejak belajar lagi dia dah berfikir macam tu. Nak cari kerja dengan usahanya sendiri. Tak nak sebabkan papanya. Dengan usahanya juga, akhirnya dia dapat kerja di syarikat yang agak ternama juga dalam bidang pembinaan. Syarikat ayah kawan baiknya, Syed Rayyan.

            Lunch, dia rehat bersama Syed Rayyan. Dia agak tak ramai kawan dekat syarikat tu. Walaupun Raed ni kaki perempuan tapi masa kerja dia memang dedikasi. Asyik menghadap kerja aje. Semua tender dikejar sambai tak ada masa nak kenal pekerja lain. Syed Rayyan ni pun nasib baik kawan sama belajar dulu.

               Sedang ralit berborak, ada seorang perempuan tiba-tiba tarik kerusi sebelah Raed. Sangat seksi, macam tak sesuai sangat pakai pergi kerja. Dia ni tak kerja ke? Rungut Raed. Dah lah tersengih-sengih pandang Raed. Tapi Raed buat dek aje. Terus suap makanan. Memang tak suka masa makannya diganggu macam tu. Lebih lagi dengan orang yang dia tak kenal.

               “Nadiya?”

            “Rayyan, you cam I. I ingat you dah tak kenal. Berkerut aje muka pandang I tadi”. Dia tersenyum lebar. Kaki disilangkan, nak menggoda Raed, tapi mana lah Raed nampak. Kan dekat bawah meja.

              Syed Rayyan tertawa.

             “Tak lah. Mesti lah I kenal. Berkerut sebab berfikir tadi”.

             Tangan yang dihulur Nadiya lambat disambut. Dulu Nadiya tak macam ni, dia mana kasih lelaki sentuh dia. Pakaian pun dah lain. Seksi sangat, tudung dia pun dah tak ada. Apa dah jadi sampai dia berubah macam ni sekali. Fikir Syed Rayyan.

             “Raed, you ingat I tak? Kita pernah jumpa dulu”. Tangannya dihulurkan pada Raed pulak.

          Tapi raeksi Raed? Dia diam aje. Tak salam pun. Malas nak layan perempuan ni. Memalukan.

             “Opss..Sorry ganggu you makan pulak”. Alasan nak tutup rasa malu. Kena lah sebab depan Syed Rayyan.

               “You dari mana tadi. Kerja ke?” Cuba borak dengan Nadiya. Tak nak dia terasa dengan Raed. Dia nampak macam mana Raed buat tak hiraukan dia tadi.

              Nadiya tertawa. Dilirik pandangannya pada Raed. Nak menggoda laki tu.

            “Tak lah. I cuti hari ni. baru balik shopping tadi. Cantik tak baju I Ray. I baru beli tadi ni”. Dia berdiri, berpusing-pusing depan Syed Rayyan semuanya semata-mata nak tunjukkan baju baru dia. Syed Rayyan apa lagi, mampu tersenyum aje lah. Segan pun ada juga, dah lah ramai tengok Nadiya ni. Tapi dia pelik juga lah sebab si Nadiya ni baru beli terus pakai baju ni. Bukan kena basuh dulu ke? Apa dia tak geli?

  Raed mencebik.

           “Cantik”. Sepatah aje dia mampu jawab. Dah tak terfikir nak jawab apa. Raed dah pandang Syed Rayyan. Mendengus. Kalau tak suka tu cakap aje lah, buat apa lah nak susahkan diri puji perempuan ni.

            Nadiya ketawa. Dengar macam gedik sangat.

            “Thanks Ray. You aje yang faham I. Kawan you ni sakit ke? Kenapa dari tadi diam aje”.

            “Raed ni memang tak suka sangat bercakap masa makan. You jangan ambil hati lah”.

           Raed dah buat gaya nak muntah. Bukan tak suka cakap, tak suka dengan minah sebelah dia ni. Rungut Raed.

         Raed dah habis makan. Mulutnya dilap dengan kain. Air diminum. Sepanjang tadi, dia biarkan Nadiya aje yang borak dengan Syed Rayyan. Dia malas nak masuk campur. Bukan dia faham pun apa dia orang cakap. Tapi kalau dia faham pun nak ke dia cakap dengan perempuan gedik ni?

            “Huh! You dah habis makan. Raed cantik tak I. Semua ni I baru beli tadi”. Baju dibadan ditunjuk.

            Raed dah buat muka loya. Loya tekaknya dengar suara perempuan ni. Nak tahan-tahan suara segala. Cakap betul-betul aje lah. Dengan Syed Rayyan tadi ok aje. Ni kenapa suara dah macam tertelan buah kelapa.

            “Raed, cakap lah”. Renyek Nadiya. Sedih sebab tak dilayan.

            “Kau nak aku cakap?”

             Nadiya terangguk-angguk. Excited nak dengar Raed puji dia. Tak sabarnya!

          Raed menarik nafas lama. Dilepaskan. Syed Rayyan dah pandang semacam. Tahu ada benda tak baik nak berlaku nanti.

            “Kau ni, dah macam hantu tahu tak. Mekap bukan main tebal. Berapa inci ni? Baju pulak, tak payah nak cakap lah. Apa kau ingat cantik sangat ke pakai baju macam ni. Ni kau cakap seksi? Mata aku yang terseksa tengok. Dengan baju warna oren. Seluar warna merah. Apa kau tak nampak semua orang pandang pelik dekat kau ke huh? Buruk tahu. Buruk!”

            “Mana ada. Dia orang pandang kita sebab jeles lah. I yang cantik ni berdampingan dengan you yang hensem. Mesti lah dia orang pandang”.

            Raed dah makin bengang. Syed Rayyan dah terdiam. Terkejut tengok Nadiya yang masih tak faham-faham. Dia ni nak tunggu Raed mengamuk apa.

         “Kau buta ke. Kau ingat kau layak untuk aku. Perempuan tak malu macam kau ni kan memang langsung tak layak, bukan dengan aku aje tapi lain pun tak. Kau pergi balik kampung aje lah. Kekalkan aje imej kampung kau tu. Pergi tolong bapak kau jala ikan. Tak payah nak gatal-gatal goda laki lain. Kau ni nak mengikis duit laki kaya aje, macam aku tak tahu apa motif sebenar kau kan. Dah ramai perempuan macam kau aku kenal. Rosakkan mood aku aje lah”.

            Terus Raed bangun. Malas nak berlama. Syed Rayyan pun dia tinggalkan. Lantak lah dia, perempuan tu kawan dia kan.

            “Nadiya. Sorry Raed bad mood tu”.

            “Tak apa. I tahu dia tak masukkan semua tu. You jangan risau, I ok aje ni”.

            “Betul ni?”

            “Betul”. Senyuman diukirkan buat Syed Rayyan. Nak tunjuk yang dia ok.

            “Kenapa jangan lah you berani dekat dengan Raed lagi, I pun dah cakap sebelum ni kan”.

            “I..sebab I”. Dia dah tergagap. Tak tahu nak bagi alasan apa.

           “Ramai lagi lelaki dekat luar sana Nad. Kenapa you nak biarkan diri you kena kutuk macam tu dengan Raed”.

           Sebab aku sayangkan dia. Aku sanggup buat apa-apa aje untuk miliki laki ni. Ujarnya dalam hati. Kata Syed Rayyan dibiarkan tak berjawab. Kalau dia cakap pun mesti laki ni terus-terusan suruh dia jauhi Raed. Bosan!
           
 *************************

Hujung minggu, Raed mengajak Syed Rayyan ke Royal Sport Centre yang terletak di tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Kelab sukan eksklusif yang hanya membenarkan ahli sahaja masuk.

            “Ray, kau pelik tak tengok aku sekarang?”

        “Kau bukan memang pelik ke”. Gelak Syed Rayyan. Bertambah kuat gelaknya apabila terpandangkan muka Raed yang kelat.

            “Aku tanya betul-betul ni. Kau main-main pulak”. Tuala ditangannya dipaling ke muka Syed Rayyan. Dia pula tergelak melihat tingkah kawannya itu.

          “Woi, main kasarlah kau Raed”. Syed Rayyan tidak puas hati. Raed hanya ketawa. Akhirnya mereka ketawa sama, tidak tahan melihat muka Raed yang jelas semakin merah kerana ketawakan dia.

          “Tak ada apa pun yang pelik, tapi ada satu lah kut”. Beritahu Syed Rayyan selepas ketawanya reda.

                “Apa dia?”

             “Kau selalu keluar dengan aku sekarang. Mana stok-stok perempuan yang selalu temankan kau tu? Dah jarang kau bawa dia orang balik rumah sekarang. Bagus lah macam tu bro. Ke kau dah suka kat aku ni?”

              “Woi, mana ada! Simpang 44 kut. Aku straight ok!”.

           Syed Rayyan tergelak melihat Raed gelabah. Hai, macam tu pun boleh Raed ni. Takut sangat!

             “Tak guna kau Ray. Kau mainkan aku!”. Teriak Raed tiba-tiba sebelum dia turut tergelak.

            “Serius ni bro, aku rasa life aku lain sekarang ni? Macam yang kau cakap tadi lah, memang dah tak ada perempuan yang teman aku malam-malam lagi. Tiap kali aku ajak dia orang, mesti last-last dia orang hilangkan diri sebelum sampai rumah aku”.

            “Tu maksudnya rumah kau tu ada penunggu Raed”. Gelak Syed Rayyan lagi. Dia suka melihat mimik muka geram Raed.

            “Serius la bro. Aku tak main-main ni. Dah sebulan kot. Aku rasa macam ada orang yang perhatikan mana aku pergi. Ada beberapa kali juga lah aku perasan ada kereta yang ikut aku dari kondo”. Raed pening ingin memikirkan perihal orang yang mengekorinya.

          “Kau nampak tak siapa orang tu?” Syed Rayyan berkerut. Siapa lah agaknya nak ikut kawan dia ni. Peminat dia ke?

         “Tak nampak. Kalau tak, tak adanya aku nak pening fikir. Entah lah, kadang-kadang seronok juga”.

Raed ketawa tiba-tiba.

          “Kau ok tak ni bro. Takut pulak aku tengok kau tiba-tiba gelak”. Sempat Syed Rayyan melihat ke sekeliling. Kelihatan ramai yang memandang pelik ke arah mereka.

            “Aku ok lah. Aku rasa seronok pulak ada orang ikut macam tu. Kalau orang tu girl kan mesti dia peminat fanatik aku. Sebab tu lah dia halang semua perempuan-perempuan tu masuk rumah aku kan. Hurm, macam menarik aje”. Raed  tersenyum meleret memikirkan perkara itu. Tak sangka ada juga gadis macam tu kat dunia ni. Tapi macam tak logik pun ada.

            Syed Rayyan tertawa mendengar andaian kawannya itu.

            “Bro, kau ni banyak tengok drama lah. Mana kau tahu yang ikut kau tu perempuan. Habis kalau lelaki kau rasa kenapa pulak?”

            Raed tergelak-gelak.

           “Mana ada Ray. Aku dapat rasa lah yang ikut aku tu perempuan. Mana ada lelaki yang ikut kereta dekat-dekat macam tu. Aku pun boleh nampak kereta dia ikut aku. Obvious kut. Pakai mini cooper lagi. Warna purple pulak tu. Nampak sangat kerja perempuan amatuer. Kau tak nak percaya sudah, nanti aku nak pergi tanya semua perempuan yang dah hilangkan diri tu. Tahu lah aku nak buat apa nanti”.

            Raed dah senyum tersirat.

            Syed Rayyan yang tengok pun dah takut. Mengerikan betul lah kawan dia ni. Asyik ada aje idea berlegar-legar dalam kepala dia.

            “Kau nak buat apa? Kalau dia perempuan jangan lah kenakan dia pulak”.

           “Tak ada lah. Aku just nak tahu kenapa dia ikut aku. Nak buat apa tu...Rahsia! Mana boleh bagi tahu”.

            Raed ketawa. Sengaja nak kenakan Syed Rayyan. Apa yang dia tahu sekarang ni dia yang akan lead game ni sampai penghujung.

            Syed Rayyan hanya menggeleng kepala. Raed..Raed. Tak pernah berubah.

No comments:

Kehidupan seorang penulis © 2014