. . .
“Jom lah Naural, aku dah ok ni”. Air mata yang masih
berbaki dikesat. Kalau dia menangis lagi pun tak guna rasanya. Luth pun
bukannya kenal dia.
“Betul
ni?” Jelas nampak muka Naural risau.
Tadi dia
orang tak jadi tengok wayang, Naural ni tak nak nanti Faiza ni makin
meraung-raung pulak. Dia pun ada nampak dengan jelas laki tadi. Laki yang
bernama Luth tu. Dah diperah berkali-kali fikiran dia pun masih tak dapat ingat
laki tu. Siapa dia?
Faiza
cuba lakarkan senyuman. Memang payah, tapi kalau tu yang dapat kurangkan
kerisauan Naural, tak apa.
“Ok, sorry risaukan kau. Tiba-tiba pulak aku
menangis, mesti kau ingat aku tak betul tadi kan”.
Faiza
ketawa, tapi yang dengar hanya bunyi esakan yang kuat. Naural jadi makin kalut,
ingatkan Faiza ni dah ok.
“Iza,
dah lah tu. Risau aku tengok kau macam ni”. Kepala Faiza ditarik, didekatkan ke
bahunya. Makin kuat esakan kawan dia.
“Kau
suka Luth sangat ke?”
Faiza
mengganguk.
“Kau ada
bagitahu dia?”
Faiza
menggeleng pulak. Malu kut nak bagitahu. Dia pun mana tahu nak cakap apa nanti.
“Kau nak
aku tolong tak?”
“Tolong?”
Sengau dah suara Faiza ni. Ya lah dari tadi asyik menangiskan, harap tak ada
lah orang lalu lalang depan dia ni salah sangka.
“Nak aku
tolong?”
Dahi
Faiza. Apa yang Naural nak tolong?
“Tolong
apa? Aku tak faham”. Dia duduk tegak, pandang raut Naural. Jelas nampak
keyakinan yang tinggi pada Naural. Tapi untuk apa?
“Dapatkan
Luth. Nak tak?”
“Naural..tak
ada apa lah. Tu semua cinta monyet aje, aku mengaku yang memang dah lama aku
sukakan Luth. Dari minggu orientasi lagi, tapi aku tahu aku ni tak lah cantik
mana untuk tarik perhatian dia. Cukup lah aku minat dia dalam diam, dia tak
perlu tahu”.
Dari
orientasi. Dah lama kut. Macam mana lah Faiza ni boleh bertahan selama tu
pendam perasaan dia? Tak sakit ke?
“Lama
tu. Kau tak kisah dia dengan perempuan berpeluk macam tadi? Siap cium-cium
lagi. Kau boleh terima tengok laki yang kau suka duduk dengan perempuan lain?
Kau boleh terima semua tu?” Laju aje Naural ni cakap, sengaja nak takutkan Faiza.
Faiza hanya
menggeleng. Memang lah dia tak sanggup. Tapi apa lagi dia boleh buat. Dia
bukannya sesiapa dalam hidup laki tu, apa hak dia nak halang Luth dari rapat
dengan orang lain. Tanpa sedar air mata yang hampir kering tadi mengalir balik.
Sedih kut fikirkan semua ni.
“Orang
kata kalau kita sayangkan seseorang kita kena biarkan dia kecapi kebahagian
dengan orang yang mampu bagi dia semua tu kan”.
“Memang
betul apa yang kau cakap Iza, tapi macam mana kau tahu kebahagian Luth tu bila
dengan dia orang semua? Kau tak cuba lagi, apa salahkan dekati dia dulu, kenali
dia. Mana tahu apa yang kita nampak tadi salah faham aje”.
“Aku tak
berani Naural, aku tak berani. Memang aku suka tengok muka dia, dengar suara
dia. Tapi nak cakap dengan dia...aku memang tak boleh”.
“Cuba
dulu Iza...”.
“Aku tak
boleh”...
Naural
menggengam tangan Faiza.
“Aku
akan tolong kau”....
******
“Kau ingat tak apa yang aku cakap ni?” Sengaja tegaskan
suara. Tak nak Faiza main-main. Kawan dia ni bukannya betul sangat, ada nanti
dia tak bagi pulak benda tu.
“Malu
lah Naural”. Muka dia dah merah.
“Malu?
Sejak bila kau malu huh? Kau nak Luth
ke tak nak?”
“Memang
lah nak”.
“So, apa lagi. Kita kena teruskan juga.
Kau kena dekati dia macam yang aku suruh, biar dia kenal kau, nampak kau.
Jangan nak mengada malu-malu ok!” Mata dibulatkan. Tangan dah dicekak pada
pinggang.
“Ye lah,
aku buat. Apa-apa nanti aku bagitahu kau. As’salam”. Terus Faiza menapak pergi.
Naural hanya tersenyum melihat. Yeah!
Berjaya juga pengaruh fikiran si Faiza ni. Selalunya aku yang kena.
“Nahh..”
“Huh?” Mulut Luth terbuka kecil. Apa
perempuan ni nak? Kenapa bagi dia benda ni pulak.
“Untuk
awak, ambil lah”.
“Saya?”
Jari ditunjuk ke muka sendiri. Member dia
yang lain dah tahan gelak. Tak sangka hari ni dapat tengok scene macam ni. Tapi wait?...bukan
ni kawan Naural ke?
“Yup. Awak lah, ambil ni. Dari saya special untuk awak”.
Dalam
teragak pun masih lagi lah tangan Luth bergerak ambil benda tu. Dipandang
bungkusan berbalut cantik tu. Tapi dia memang tak minat langsung nak buka.
“Untuk
apa? Hari ni bukan birthday saya pun”.
Pelik juga, selalunya dia banyak dapat benda macam ni masa birthday dia aje.
“Saja
aje. Untuk perkenalan. Saya nak kenal dengan awak. Boleh?”
“Oh, kawan? Boleh aje, tak ada masalah
pun”. Baru Luth ni tersenyum, lega dia. Ingatkan si Faiza ni minat dekat dia ke
apa. Sebab kalau betul dia confess
tadi memang awal-awal dah kena reject
lah. Tapi setakat kawan tak ada masalah.
“Thanks, saya nak join sekali duduk meja ni boleh?”
Luth
pandang kawan dia yang lain, kening diangkat bertanya. Nampak ada yang ok aje
tak kisah ada juga yang tak berapa suka. Ye lah kan, dekat meja ni ada lapan
kerusi, ada satu aje kerusi kosong. Tu pun sebelah Luth. Kalau Faiza ni nak
duduk dia seorang aje lah perempuan.
“Ermm..duduk lah. Bukan nak buat apa pun
kan. Jom lah study sekali”.
Melebar
senyuman Faiza. Naural! Aku berjaya! Aku berjaya dapatkan perhatian dia. Terima
kasih!!
“Course apa?”
“Matematik,
awak engineeringkan”.
Kawan
Naural rupanya..
“Haah..”. Sepatah aje dia jawab sebelum
sambung belajar balik. Bukan dia tak nak layan tapi esok dia ada exam. Lain kali lah ya...
“So, kawan awak yang satu lagi tu mana?” Lepas
hampir dua jam diam baru dia bersuara. Ada seorang dua yang dah selamat
meneroka dunia mimpi. Yang lain masih tekun lagi menghadap buku. Dia pulak, nak
hilangkan tension kejap.
“Kawan?”
“Ye lah,
kawan awak yang bagi saya ubat hari tu. Dia tak datang sekali ke?” Pelik juga
sebab bukan selalunya dia datang dengan Naural ke? Kenapa hari ni bayang Naural
tak nampak pun.
“Ohh.. Dia tu mana suka datang sini. Lagi
suka duduk bilik aje kalau study.
Saya dah berapa kali juga lah ajak tapi dia memang tak kan nak punya”. Yang
lain dah pasang telinga nak dengar. Semua pasal Naural seakan menarik perhatian
mereka.
Patut
lah...patut lah tak pernah nampak bayang dia dekat sini....
******
Pintu bilik Naural diketuk berkali-kali. Dah hampir 15
minit juga lah dia berdiri tegak depan bilik Naural ni. Bukan apa dia just excited nak cerita apa yang dah
berlaku antara dia dengan Luth tadi.
“Naural
kau ada dekat mana ni?” Terus dihubungi kawan dia tu. Memang dah tak boleh
sabar.
“As’salam”.
Padan
muka! Kan dah kena perli, tu lah nampak tak sabar sangat.
“W’salam..sorry Naural. Kau ada dekat mana ni? Aku
ada depan bilik kau aje ni”.
“Serius?
Ada dekat depan bilik aku?” Terdengar Naural ketawa. Apa punya kawan lah.
“Jangan
lah gelak. Kau ada dekat mana ni? Aku nak jumpa”.
“Sabar
lah, tunggu aku balik kolej. Nanti aku roger
kau”.
“Lama ke
kejap?”
“Ermm...tak sure. Sebab aku pun baru sampai padang ni. Maybe lagi dua atau tiga jam kut. Kau tunggu aje lah, bukan ada
apa-apa yang penting pun kan”.
“Dua
tiga jam? Lamanya Naural..aku ada hal betul-betul penting nak bagitahu ni. Kau
dekat padangkan. Tunggu aku dekat situ, dalam 40 minit aku sampai. Nak mandi
dulu ni”. Terus panggilan dimatikan. Naural pandang phone tu pelik. Bukan tadi dia cakap penting ke? Kenapa 40 minit
baru nak datang? Apa-apa aje lah Faiza, asalkan kau bahagia dah.
Naural
bersandar pada dahan pokok. Hari ni terasa nak datang sini pulak, dah berapa
hari dia tak datang. Sebab demam lah kan. Gitar dicapai. Tangan direngangkan.
Dah lama tak main ni, takut kejang pulak nanti.
“Do re mi...do re mi....do re miiiii”. Ok
cantik! Nasib baik tak berkarat lagi suara aku ni.
I'm so glad you made
time to see me
How's life? Tell me, how's your family?
I haven't seen them in a while
You've been good, busier than ever
We small talk, work and the weather
Your guard is up, and I know why
Because the last time you saw me
Is still burned in the back of your mind
You gave me roses, and I left them there to die
So this is me swallowing my pride
Standing in front of you, saying I'm sorry for that night
And I go back to December all the time
It turns out freedom ain't nothing but missing you
Wishing I'd realized what I had when you were mine
I go back to December, turn around and make it alright
I go back to December all the time
These days, I haven't been sleeping
Staying up, playing back myself leaving
When your birthday passed, and I didn't call
Then I think about summer, all the beautiful times
I watched you laughing from the passenger side
And realized I loved you in the fall
And then the cold came, the dark days
When fear crept into my mind
You gave me all your love, and all I gave you was goodbye
So this is me swallowing my pride
Standing in front of you, saying I'm sorry for that night
And I go back to December all the time
It turns out freedom ain't nothing but missing you
Wishing I'd realized what I had when you were mine
I go back to December, turn around and change my own mind
I go back to December all the time.....
How's life? Tell me, how's your family?
I haven't seen them in a while
You've been good, busier than ever
We small talk, work and the weather
Your guard is up, and I know why
Because the last time you saw me
Is still burned in the back of your mind
You gave me roses, and I left them there to die
So this is me swallowing my pride
Standing in front of you, saying I'm sorry for that night
And I go back to December all the time
It turns out freedom ain't nothing but missing you
Wishing I'd realized what I had when you were mine
I go back to December, turn around and make it alright
I go back to December all the time
These days, I haven't been sleeping
Staying up, playing back myself leaving
When your birthday passed, and I didn't call
Then I think about summer, all the beautiful times
I watched you laughing from the passenger side
And realized I loved you in the fall
And then the cold came, the dark days
When fear crept into my mind
You gave me all your love, and all I gave you was goodbye
So this is me swallowing my pride
Standing in front of you, saying I'm sorry for that night
And I go back to December all the time
It turns out freedom ain't nothing but missing you
Wishing I'd realized what I had when you were mine
I go back to December, turn around and change my own mind
I go back to December all the time.....
Naural
membuka mata, tu pun lepas terdengarkan tepukan. Mula-mula dia nak marah juga
orang tu tapi tak jadi bila melihat siapa yang berdiri depan dia ni.
Laki
bertopi! Kenapa lah dia suka lindung muka dia macam tu?
“Suara awak
merdu. Saya suka”.
Naural
terkedu! Malunya! Dia dengar aku menyanyi tadi? Tak pernah kau orang lain
dengar nyanyian dia. Faiza kawan yang dikira agak rapat dengan dia tu pun tak
pernah dengar.
“Lagu apa
tadi?”
“Huh? Ermmm...ermm..”.
Laki tu
tertawa. Comelnya dia ni. Tergagap-gagap macam tu. Selalunya ada aje yang nak
dijawab, lain pulak hari ni.
Naural
terpaku. Dia ketawa? Kenapa dengar seksi sangat. Adoi hati! Tolong lah jangan gatal sangat ye...
“Lagu Back to December”.. Lama juga Naural
ambil masa nak jawab. Terkejut lagi ni. Selama dia bertapa dekat sini mana
pernah ada yang tepuk tangan lepas dia nyanyi.
“Ohh.. December?”
“Hah? Jaket? Nak jaket awak balik tak?
Dah lama saya nak pulangkan ni”. Entah kenapa gerangan laki ni senang pulak
Naural nak ingat. Mungkin sebab kes hujan tu kut so senang sikit laki ni melekat dalam fikiran dia.
Laki tu
tertawa lagi.
Naural
berkerut. Aku ada buat lawak ke?
“Tak
apa, nak pulang boleh nak simpan pun boleh. Jaket tu boleh jadi pengganti saya
nanti”. Sengaja diperlahankan ayat hujung tu.
Naural
berdiri. Mana boleh dia simpan jaket tu. Orang punya ni, memang lah terasa
berat juga nak pulangkan tapi ...tak boleh buat hartakan.
“Tak
apa-tak apa. Ni bukan saya punya, tak elok kut simpan harta orang. Awak ambil
lah”. Dia menapak mendekati. Rendahnya aku, ada ke paras telinga dia aje. Sakit
kepala nak cakap dengan dia ni.
Jaket diserahkan,
Naural berdegil juga suruh laki tu ambil. Dalam terpaksa dia capai juga lah.
Malas nak buat scene gaduh hanya
sebab jaketkan.
“Thanks”. Sepatah dia menjawab sebelum
nak duduk balik. Bunyi degupan jantung dia dah lain irama. Dadanya dipegang.
Apa dah jadi dengan aku ni? Lagi beberapa langkah nak sampai di tempat dia
duduk tadi, terasakan jaket disarung ke tubuhnya. Dia berpusing.
“Ni awak
punya lah, kenapa bagi saya balik?”
“Sebab
saya nak selalu dekat dengan awak”. Lepas aje cakap macam tu dia terus
melangkah pergi. Ditinggalkan Naural yang memang tengah blur sangat sekarang ni. Apa dah jadi? Jaket ditubuhnya dipandang.
“Jangan
duduk lama sangat dekat sini. Kalau awak sakit saya juga yang susah nanti”.
Terbuka kecil mulut Naural terdengarkan jeritan laki tu. Dia siapa sebenarnya?
6 comments:
Assalam,hai Kak =Dv
sambung lagi..sambung lagi... ea?ea?
@Anonymous
ea? ea? hehe
waaa sambung cepat !!! :DD
best sgt2..luth dh mcm lelaki misteri plak..
kak,knpa la faiza tu nk ngorat luth..
naural pon satu,yg pgi skong faiza tu knpa???
luth tu kn dia punya a.k.a aku punya jgak..
hehehe...
sambung lg kak!!!!
xsbr ni!!!
-noorwieyl-
hehe..nor pun nak berebut Luth? :P
akak!!!Luth kite punye sorang..hihi..tetibe je...aik ape kes ni..faiza minat Luth?beraninye dia...huhu..ni mendatangkan kemarahan..ceh2..eh2 sape laki yg bertopi tu?mesti Luth kan?wah2..pandainye dia sembunyi disebalik topi..hihi
nasirah comel
Post a Comment