Friday, 1 March 2013

Love Riddles 24

Friday, 1 March 2013
. . .


Naural mengekek ketawa. Dah lah kuat. Tak rasa bersalah langsung dengan penghuni bilik lain kan. Tapi apa nak kisahnya..dah dia bayar yuran untuk satu bilik single ni..hak dia lah kan. Nak memekak ke menjerit ke tak apa, tapi mesti lah ada batasnya.

          Hah? Kau orang semua nak tahu kenapa Naural gelak..Ok..ok..Naural ni gelak sebab tengok cerita A Thousand Words lakonan Eddie Murphy tu. Rasanya semua dah tahu lah kut cerita ni pasal apa kan.

            Naural ni duk khusyuk sangat tengok sampai tak sedar pun hari dah malam. Ok mesti ramai cakap... ‘apa Naural ni tak payah buka lampu ke sebab gelap?’ Ok jawapan dia senang aje... sebab Naural ni tak pernah kut tutup lampu bilik. Oh wait! Jangan buat tuduhan meluru pada Naural ni dulu, ada alasan ok kenapa dia buat macam tu. Antaranya ialah seperti dibawah..


       1. Sebab kalau tengah hari matahari tembak betul-betul dekat bilik dia. Boleh migrain kut kena hari-hari.

       2. Dah selalu matahari tembak dia pun guna shield lah kan. Tutup dengan langsir. Selamat!

    3. Tingkap bilik dia betul-betul menghadap PALAPES. Dia sangat bukan untuk tontonan umum ok!


     Ada rasa macam baca esei Bahasa Melayu Tingkatan 5 tak? Ok.. tu lah motif dia sebenarnya. Dah nampakkan betapa logiknya alasan disebalik penggunaan lampu yang berpanjangan ni. Bukan nak membazir.. walaupun ada juga lah sebenarnya. Arrghh... pening pulak nak cakap pasal Naural dan lampu ni. Tukar topik lain lah.

 ******

Adoi! Peningnya buat benda ni. Bila lah nak habis”. Tak henti-henti dari dua jam yang lepas Naural ni asyik merungut.

            “Sakitnya! Kenapa lah dari tadi aku tekan kalkulator ni tak dapat jawapan? Apa yang salah ni?” Tangan masih ligat tekan kalkulator. Tak putus asa lagi mencari jawapan yang dirasakan tepat.

            “Arghhh.. tak dapat juga lah. Salah cara ke? Rasanya betul lah ni.. nak tanya Dila tak boleh sebab semua dapat soalan lain-lainkan. Habis lah aku! Kenapa lah aku ni tak bernasib baik sangat boleh dapat soalan susah macam ni. Mencabar minda betul!”

            Buku-buku dia dah cari sebelum ni dikeluarkan. Dilambakkan semua atas katil. Banyak juga lah ada dalam enam buah. Dah lah semua tebal-tebal. Sakit juga tangan dia masa angkat semua buku ni tadi. Tangan diregang-regangkan. Nak kurangkan rasa sakit.

            “Fuhh..banyak kut. Macam mana ni? Tak kan nak selak satu-satu ni. Tapi...ada cara lain ke? Terpaksa juga lah. Hari ni pun terpaksa lah aku tidur lambat”. Satu buku diambil. Semua buku ni pun berkaitan dengan Function.

            Berkali juga lah mulut ditutup. Mengantuk kut, dari tadi duk selak buku aje. Ni satu buku pun tak lepas lagi. Buku-buku lain dipandang. Dia mengeluh. Banyak lagi ni. Sebenarnya Naural ni saja aje letak semua buku ni atas katil, tektik untuk elak dia dari tidur tak buat kerja. Bila katil ni dah penuh dengan buku dia pun dah tak ada ruang nak baring. Pandai tak? Naural nak puji diri sendiri nampak..

            Satu buku dah selesai. Satu apa pun tak jumpa. Sweater dikeluarkan dari almari..stoking juga. Sejuk dah terasa ni. Kalau dia tak pakai ada kemungkinan besar esok dia beku atas katil ni.
Tukk...tuk..tukkk...

            Dahi Naural berkerut. Jam dipandang. 11.23 malam. Siapa pulak yang kacau dia ni. Dila ke?

            “Hah! Kau nak apa ni Dila?” Belum buka lagi pintu tu dah ditanya. Naural terkedu! Tak ada orang?

            Badan terasa sejuk. Siapa lah pulak nak kenakan dia ni? Mata dialih kiri kanan..mencari. Tapi masih tak ada bayang sesiapa. Dialih pulak ke bawah. Mana tahu kucing yang ketuk pintu dia kan. Haii lah Naural...ni mesti dah tak ada kerja lain lah tu sampai buat andaian bukan-bukan.

             Mata dia membulat. Badan ditundukkan. Apa pulak ni? Dibelek ‘benda’ tu berkali. Panas! Apa ada dalam ni eh? Boleh buka tak? Kalau dia dah letak depan bilik aku ni...maknanya aku punya lah kan. Ok..bawa masuk dalam dulu.

            Bungkusan dibuka.

 Bubur? Ada kad lah. Dibacanya..


            Makan bubur ni. Boleh panaskan badan. Study baik-baik :)

           
Bibir Naural terukir senyuman. Siapa dia ni eh? Kenapa tiap kali mesti ada aje bungkusan depan pintu dia ni. Sweetnya!... Kejap! Ke ada yang buang depan pintu aku? Tapi tak apa lah..dah rezeki dia kan.. Makan aje lah..nyum..nyum..sedap!

           Best dapat makan makanan panas macam ni. Tambah lagi masa tengah sejukkan. Tapi hati dari tadi tak tenteramlah. Sebab asyik fikir pasal assignment aje. Yang peliknya, Naural ni ada ke dia tak pelik langsung macam mana bubur ni boleh ada depan pintu dia? Tu lah dah melahap semua pun dilupakan.

Erkkk...”. Alhamdulillah. Siap sendawa lagi tu. Tak senonoh. Siap tergelak-gelak lagi dengar sendawa sendiri. Ada juga macam ni punya orang kan.

 Bekas yang dah licin diletak tepi...buku tadi ditarik balik. Makan dah..perut dah kenyang. Ok jom sambung buat kerja pulak! Chaiyok..chaiyok Nuaral! Siap bagi diri sendiri semangat tu.

           Buku yang kedua diselak. Tapi hampa...masih tak dapat jawapan juga. Ditarik balik kertas soalan. Apa yang silap ni? Buku ketiga pulak ditarik...diselak-selak sebelum buku keempat pulak dikerjakan oleh Naural.

            Nak masuk buku kelima..Naural berhenti lama. Dekat mana lah letak benda alah ni. Kejam lah bagi aku soalan macam ni. Susah kut!

          Walapun hati sakit..geram..penuh dengan rungutan..dia masih juga rajinkan diri capai buku kelima. Dibuka juga walaupun jari dia dah terasa pedih. Sakit kut..dah lah dari tadi selak buku-buku ni. Kertas dia tajam.

         “Buku apa pulak ni?” Dahi Naural berkerut. Rambut dikusutkan. Sengaja lah tu.. Nak buat nampak macam busy sangat lah kononkan.

        “Engineering? Bila masa aku rajin sangat cari buku ni?” Dibelek depan belakang buku tu. Tapi masih tak puas hati. Dibuka dalam pulak. Tapi makin buat dia pening ada lah. Dia mana lah faham satu apa pun term dia kan. Yang pergi rajin nak tengok buat apa Naural.

         Buku tu dilempar dengan penuh lemah gemalainya ke sudut katil. Disebabkan gemalainya pergerakan dia..ada sesuatu yang terjatuh tiba-tiba.

 Kertas?

 Kertas apa pulak ni? Ermm..dibuat timbang tara dalam hati. Buka ke tak.. Nampak menarik sangat sampai hati dia pun tertarik nak buka ni.

Took a deep breath in the mirror
He didn't like it when I wore high heels
But I do
Turned the lock and put my headphones on
He always said he didn't get this song
But I do, I do

Walked in expecting you'd be late
But you got here early and you stand and wave
I walk to you
You pull my chair out and help me in
And you don't know how nice that is
But I do

And you throw your head back laughing like a little kid
I think it's strange that you think I'm funny cause he never did
I've been spending the last eight months
Thinking all love ever does is break and burn and end
But on a Wednesday in a cafe, I watched it begin again

He said he never met one girl
Who had as many James Taylor records as you
But I do
We tell stories and you don't know why
I'm coming off a little shy
But I do

But you throw your head back laughing like a little kid
I think it's strange that you think I'm funny cause he never did
I've been spending the last eight months
Thinking all love ever does is break and burn and end
But on a Wednesday in a cafe, I watched it begin again

And we walked down the block to my car and I almost brought him up
But you start to talk about the movies that your family watches
Every single Christmas and I won't talk about that
And for the first time, what's past is past

Cause you throw your head back laughing like a little kid
I think it's strange that you think I'm funny cause he never did
I've been spending the last eight months
Thinking all love ever does is break and burn and end
But on a Wednesday in a cafe, I watched it begin again


          Naural tertawa. Lirik lagu? Benda ni pun boleh buat aku tertarik ke? Apa lah aku ni. Ermm... kalau ikutkan kepandaian aku dalam bidang-bidang macam ni kan. Rasanya ni lagu Taylor Swift.. tajuk dia kalau tak silap Begin Again kan?

            Papp...

         Sentap! Apa lirik ni rujuk pada aku ke? Kalau ikutkan memang lah aku baru putus cinta. Tapi macam tak sesuai pulak penggunaan kata ‘putus cinta’ tu kan. Sebab aku bukannya pernah bercinta dengan dia. Tapi sentap juga lah. Untunglah Taylor Swift at least dia dah lah ada someone macam dalam lirik tu. Aku ni? Siapa lah yang nak kan.. Boleh ke aku begin again macam dalam lirik tu? ... touching..touching...

            Tiba-tiba terdengar satu suara menyeru dalam hati...

            Luth...Luth..

         Dengupan jantung Naural tiba-tiba kencang. Tak kan lah kan. Luth tu...dia mana lah nak pandang aku. Rautnya yang terpancar di cermin dipandang. Siapa lah sanggup terima aku ni... Sedih pulak dengar luahan hati Naural ni kan.

           Lama juga kertas tu dalam gengaman Naural ni. Sampai dah renyuk jadinya. Teremo pulak. Dikuatkan juga hati lipat balik kertas tu... tapi ada sesuatu yang tertera dekat kertas tu yang memang mampu buat mata Naural ni terbeliak. Terkejut! Tergamam habis!


            To Naural,
            Rasa terkejut? Pelik? Atau tergamam? Kalau kenal awak memang dah tahu sangat apa reaksi awak masa baca surat ni kan. Sorry kalau dah buat awak rasa dipermainkan. Tapi ada sebab kenapa saya buat macam ni. Kalau nak tahu kenapa.. selesaikan semua Love Riddles ni! Goodluck!! J


            Huh? Siapa pulak hamba Allah ni kan. Dah tak ada kerja lain ke? Dari beribu budak dekat UKM ni kenapa pulak aku jadi insan terpilihkan. Apa entah bezanya aku dengan dia orang. Nak kata pandai...jauh lah tu. Cantik? Ermm.. ada lagi cantik kut. Mungkin aku ni blur kut. Tu yang best kalau dapat kenakan aku kan...

            Nak ke tak? Ramai tak vote untuk Naural ni selesaikan? Naural ni ada juga lah rasa malas nak selesaikan. Sebab teka-teki kut. Dia mana lah pandai main benda alah ni. Kalau bagi dia nombor untuk selesaikan tu pandai lah juga. Walaupun agak lambat lah kan. Tapi tak apa... pepatah ada cakap...biar lambat asalkan selamat. Poyokan Naural ni...

            Buku dah kertas di tangan dia dipandang berkali. Aku ada assignment ni. Ada ke masa nak selesaikan benda ni. Tapi...tapi... tak tension ke kalau asyik menghadap benda ni. Tapi kalau aku tak menghadap...bila pulak nak siap kan.

            “Buat yang penting dulu lah”. Kertas tu dipaku pada papan. Kalau letak merata nanti mesti hilang punya.. Kerja tadi disambung. Memang sangat tak khusyuk sebab dari tadi mata dia asyik pandang kertas lirik lagu tu. Terasa Resah sangat. Memang kena selesaikan teka teki tu dulu kut. Baru hati aku ni tenang.

             Kertas tu dicapai. Dibelek berkali-kali, nak cari mananya teka-teki dalam kertas ni. Setakat ni dia tak jumpa apa-apa lagi lah. Yang dia nampak, lipatan...tulisan dengan tulisan lagi. Tu aje. Orang ni nak tipu aku ke?

            Dah hampir 1 jam beberapa minit beberapa saat Naural pandang kertas tu. Mata pun jarang berkelip, takut kalau kelip nanti ada pulak yang missed. Bila kaki terasa kebas dia bangun. Berjalan ke hulur hilir. Satu bilik ditawafnya. Nak dapatkan idea. Tapi rasanya boleh dapat ke dengan cara macam tu? Tak apa lah, lain orang lain caranya kan.

            Badan dah terasa lesu. Ye lah dah hampir pukul 3 pagi ni. Tapi assigment tak siap. Teka teki ni pun tak dapat diselesaikan. Terasa satu kegagalan yang besar dalam hidup Naural hari ni. Aku memang tak ada bakal ke?

            “Arghhh... tension! Tak nak buat dah!” Dicampak dengan ganasnya kertas tu atas meja. Naural ni dari tadi asyik menjeritkan. Memang patut lah dia duduk single room. Kalau tak mesti roomate dia merana duduk satu bilik dengan dia kan.

            Laptop dicapai. Harap dapat kurang lah tekanan hidup dia ni. Enjin google dibuka. Lama tangan dia tak bergerak. Tak tahu nak cari apa sebenarnya. Facebook? .. tak nak lah, tu untuk main game aje. Tapi aku dah lama bersara lah. Blog? Lagi lah malas. Tak ada mood nak baca luahan hati orang. Main game? Tak nak! Kan dah cakap tadi dah bersara.

        Shut down? Ok tu yang terbaik. Lepas tutup aje lappy kesayangan dia tu. Mp4 dicapai. Dengar lagu lah. Dengar lagu ni tak pernah mengecewakan aku. Selalu aje buat aku rasa tenang.

           Playlist dibuka. Dimainkan semua lagu favourite dia. Rasa damai singgah. Tapi sekejap aje. Sebab mata dia terbuka bila terdengar lagu Begin Again. Lirik tadi? Kuatnya jodoh aku dengan kertas tu. Aku nak tenangkan diri kejap pun dia tak kasi kan. Parah ni.

            Lama dia mendengar. Siap tutup mata lagi. Nak kasi feeling tu datang lebih lah kan. Kepala ikut tergerak...walaupun rentak lagu ni perlahan.

         “Hah! Kejap..kejap..macam dah dapat idea aje ni”. Naural berlari-lari anak. Tak lah jauh pada hal kan. Gimik aje tu.

          Kertas yang dipin tadi diambil. Ditengok kejap.. lepas tu dia duduk pada bangku depan meja. Pensil dengan kertas kosong dikeluarkan. Lama kertas tu ditenung. Cara tenungan dia macam tenung nak lawan mata.

          Diconteng-conteng. Dibulat.. digaris... ada juga lah nampak effort Naural ni cari jawapankan. Hampir dah tu nak dapat jawapan.

           Lama juga baru Bibir Naural mengukir senyuman lebar. Sebab dapat selesaikan teka-teki tu. Dibaca semua apa yang dia dapat. Hah?

            Rasanya apa yang Naural ni baca sampai reaksi dia macam tu? Nak cakap terkejut tak ada lah sangat. Terkedu lah kut...



1 comment:

Anonymous said...

Klu pertama tasik ukm?? if i translate the underline words...

x sabar nak tahu the next entry....

Kehidupan seorang penulis © 2014