Thursday, 17 January 2013

Pelindung Cinta 24

Thursday, 17 January 2013

 . . .

Malam tu, malam majlis sambutan anniversary Dato’ Ammar dan Datin Zara. Radwa pun tadi memandu sendiri datang, tak nak menyusahkan Raed yang nak pergi ambil Datin Zara dan Dato’ Ammar. Raed tak sempat jumpa dia pun tadi, tak sempat nak tengok sayang dia ni nampak cantik sangat pakai baju yang dia beli dengan Raed. Dengan rambutnya yang kerintingkan sedikit pada hujungnya, diletakkan pada bahu sebelah kiri aje. Cantik sangat. Sesuai dengan baju dress labuh yang dipakainya. Sopan yet elegant. Kalau Raed tengok mesti tak tidur malam. Mak Lelah pun puji dia tadi. Ada perasan juga beberapa mata nakal yang asyik menjeling-jeling dari tadi. Kalau Raed nampak dah berperang kut.

            Kek pun baru aje sampai. Sama macam yang diimpinkan Radwa. Sempat juga lah disnap beberapa gambar sementara tetamu tak ramai lagi ni. Kalau Raed nampak mesti dia dah kena gelak dengan laki tu.

             “Hai, awak Radwa kan?” Radwa menoleh ke arah suara tu.

              Syed Rayyan? Radwa tersenyum.

             “Haah. Hai, kita jumpa lagi”.

            Syed Rayyan terpaku. Cantiknya gadis ni malam ni. Dengan senyuman berlesung pipit lagi. Nampak manis sangat.

        “Awak ingat saya lagi?” Lebar senyuman Syed Rayyan. Siapa tak bangga kalau gadis secantik Radwa masih ingatkan diri dia. Dia pun macam dah suka dengan gadis depannya. Tapi kenapa Radwa apa dekat sini?

            “Ingat. Tuan rumah majlis masa dulang jatuh tu kan”.

            Tergelak Syed Rayyan dengan jawapan Radwa. Macam tu ke cara dia ingat aku? Tak apa lah.

            “Awak datang dengan siapa malam ni?” Tak sempat Radwa nak menjawab tiba-tiba lampu semua tutup. Menandakan tetamu yang diraikan dah sampai. Yang nampak hanya sorotan lampu kereta yang baru masuk.

             Tiba-tiba lampu-lampu kecil berwarna kuning ternyala. Wahh.. romantiknya.

            Datin Zara dan Dato’ Ammar masih dengan penutup mata lagi. Raed pulak nampak kacak sangat dengan baju sama rona denganya. Terasa bangga menjadi pasangan laki itu untuk malam ni.

            “Radwa?”

          “Sorry terleka tengok orang yang diraikan baru sampai. Cantikkan konsep majlis ni?” Radwa tersenyum lagi. Murah sangat senyumannya malam ni.

            “Haah. Cantik! Saya dengar Raed dengan girl dia yang hias semua ni”. Syed Rayyan turut melihat sekeliling. Masa dia masuk tadi dia memang terpegun juga. Tak sangka hasil tangan mereka mampu membuat semua yang datang terpesona.

            Girl Raed? Bukan aku ke? Fikir Radwa.

          “Awak kenalan Raed ke pasangan awak malam ni yang kenalan Raed? Kalau kawan Raed, saya pun kenal kut”

            “Huh?...Urmm..Sebenarnya..”

       “Sayang? Puas saya cari sayang tadi. Dekat sini rupanya?” Dipeluknya pinggang Radwa. Terdiam Radwa. Terkejut dengan tindakan berani Raed yang tiba-tiba tu.

            “Raed...”. Mata Radwa membulat, dia bagi isyarat mata suruh Raed lepaskan pinggangnya. Tapi Raed buat bodoh aje.

           “Raed, kau dengan Radwa ada apa-apa ke?” Matanya memandang tajam tangan Raed yang berada dipinggang Radwa. Tak suka.

          “Yup. Dia girlfriend aku. Pasangan aku malam ni”. Dari tadi dia dah terperasankan Radwa. Nampak cantik sangat sayang dia memakai baju yang dibeli bersama semalam. Baru dia nak datang dekat menegur, baru dia perasan yang Syed Rayyan pun ada sekali. Dia orang sedang berborak bersama. Jeles yang menyebabkan dia bertindak memeluk pinggang Radwa. Rasa bangga dapat menunjuk pada Syed Rayyan. Menghantar amaran yang Radwa ni milik dia seorang aje.
         “Ohh, sejak bila?” Radwa dah dapat rasa macam ada pergaduhan nak terjadi. Nampak sangat ada aura gaduh antara dua laki ni.

         “Sejak aku masuk hospital. Kenapa?”

        “Saja. Bukan dulu kau dengan dia.....” Sengaja Syed Rayyan tak menghabiskan kata. Dia tahu yang Raed faham. Radwa dah pandang Raed semacam. Pandangan nak mintak penjelasan.

       “Ni hal aku dengan sayang aku. Kau tak payah masuk campur”. Mata Raed menghantar amaran, ‘jangan masuk campur’.

        “Sayang, sayang pergi ambil makanan dulu. Tunggu saya dekat meja sana”. Dimuncungkan mulut menujukan meja yang dimaksudkan. Terpaksa menyuruh Radwa pergi. Dia tak nak Radwa terluka dengan kata-kata dia dan Syed Rayyan nanti. Memang dia tak ada niat lain nak rapat dengan Radwa dulu, tapi laki di depannya ni berfikiran lain.

        “Tapi Raed, saya nak...”. Radwa berat hati nak pergi. Takut kejap lagi ada yang bergaduh pulak.

       “Sayang. Pergi dulu ok. Nanti saya datang. Kejap aje ni”. Dilepaskan pinggang Radwa. Matanya melihat langkah Radwa yang menjauh.

            “Kau ada niat nak mainkan perasan dia ke Raed?”

            “Apa kau cakap ni Ray. Aku serius dengan dia. Kau ada apa-apa perasan ke dengan sayang aku?” Dari tadi dia perasaan cara pandangan Syed Rayyan pada Radwa. Macam ada perasaan yang disimpan untuk sayangnya.

          “Betul ke ni? Susah aku nak percaya Raed. Bukan kau sengaja rapat dengan dia sebab muka dia sama dengan Radwa kau?”

         “Dia memang Radwa aku!” Tangannya sudah digenggam.

      “Bukan! Dia ada cakap dengan aku dulu yang bukan dia Radwa yang kau cari. Kau tak nampak ke perbezaan dia orang?” Hidungnya sudah kembang kempis menahan marah.

         “Aku yang lebih kenal Radwa dari kau Ray”.

         “Mungkin Radwa yang dulu kau kenal. Tapi dia ni bukan Radwa tu”.

          Raed tertawa. Sinis sangat.

       “Radwa dulu dengan sekarang sama. Aku kenal sayang aku, ni last warning. Jangan kau dekat lagi dengan Radwan kalau ada niat nak rosakkan hubungan kita orang”.

          Syed Rayyan tersenyum sinis. Sikit pun dia tak takut dengan ugutan dari Raed.

         “Aku tak takut pun Raed. Aku akan jaga dia daripada orang macam kau yang pentingkan diri ni. Aku tahu mesti ada sebab kenapa kau dekat dengan dia”.

“Apa masalah kau sebenar huh? Kenapa susah sangat kau nak percaya cakap aku?”

“Sebab aku kenal kau dari kecil. Aku tahu yang kau tak akan senang nak terima orang yang dah tipu kau macam tu”.

“Tu antara aku dengan dia. Kalau diri aku dah boleh terima dia. Kenapa kau nak pertikaikan pulak?”

“Memang patut pun aku pertikaikan, aku tak percaya. Aku tahu kau just nak mainkan Radwa aje”.

Shut up Ray! Shut up! Ni bukan urusan kau. Lebih baik kau jangan masuk campur”. Mata Raed sudah dijengkilkan. Perasaan marah dah memenuhi hatinya.

            “Apa-apa berkaitan Radwa, urusan aku. Sebab aku cintakan dia!”

             Muka Raed dah berubah warna. Tangannya diangkat.

             Pangggg....

          “Jangan kau cakap macam tu lagi. Kau tak ada hak! Radwa milik aku! Milik aku seorang. Kalau aku dengar lagi, teruk dari ni aku boleh bagi”. Dadanya dah berombak kencang. Menahan amarah yang datang.

        Nasib baik kedudukan mereka agak tersorok dari mata tetamu. Tak ada yang nampak kejadian yang berlaku antara mereka. Tapi dari jauh ada sepasang mata yang memandang. Mata tu dah bergenang dengan air mata. Nak hampiri, dia takut.

              Pipi yang ditampar Raed, dipegang. Dia memandang tajam mata Raed.

           “Aku tak takut Raed. Aku tak takut dengan kau. Radwa tu bukan milik kau lagi. Kau tak ada apa-apa hubungan yang sah dengan dia. So, kau tak boleh declare dia milik kau lagi. Dia ada hak nak pilih siapa-siapa pun. Aku pun tak rasa takut lah nak cakap yang aku cintakan dia banyak kali”.

              Bukk..

            Ditumbuknya muka Syed Rayyan. Raed dah tak dapat menahan sabar lagi. Dari tadi rasa marahnya terkumpul untuk Syed Rayyan. Tak mengambil kira yang lelaki itu dulu pernah menjadi kawan baiknya.

             Syed Rayyan pun tak berdiam diri lagi. Ditumbuk balik muka Raed. Walaupun tubuh Raed lagi sasa darinya dia tak gentar pun. Berdarah hidung Raed menerima tumbukan padu Syed Rayyan.

           “Raed, Ray! Apa nak jadi dengan kamu berdua ni?” Marah Datin Zara. Terkejut dia tadi terlihatkan kejadian itu. Radwa pun berlari menuju ke situ. Tak boleh lagi duduk bila scene tumbuk-menumbuk dah berlaku.

           Tubuh mereka dua dihalang oleh Dato’ Ammar. Tak nak dia orang kembali bergaduh. Dua-dua pun muka dah berdarah-darah. Tapi tetap nak bertumbuk lagi. Nasib baik sempat dihalang kalau tak muka pun boleh hancur.

        Raed dah tercungap-cungap mengambil nafas sambil menahan rasa marahnya. Tapi pandangan tajam tetap tak dialihkan dari Syed Rayyan. Masih tak rasa lagi selesai perhitungan mereka tadi.

            “Sorry auntie. Ray balik dulu lah. Sorry dah kacau majlis ni. Happy anniversary auntie, uncle”. Disalamnya tangan mereka lalu terus beredar pergi. Raed langsung tak dipandangnya. Tapi sempat juga dia melihat Radwa seketika.

              Hati Raed yang dah nak sejuk, jadi panas balik.

          Radwa memegang tangan Raed. Nak meredakan rasa marahnya. Tapi ditolak Raed. Terluka hatinya dilakukan begitu. Dia hanya memandang belakang Raed yang semakin jauh pergi. Air mata Radwa bergenang. Sedih dia melihat muka muram lelaki itu tadi, dengan wajahnya yang luka akibat pergaduhan tadi lagi. Tambah memilukan hatinya.

             “Sayang, Raed tak ada apa tu. Jangan risau ya”. Datin Zara memujuk Radwa. Dia perasan akan penolakan Raed tadi. Dia pun perempuan, faham dengan perasaan Radwa sekarang ni.

            “Radwa ok aje ma. Sorry mama, papa. Radwa minta maaf bagi pihak Raed. Dia tak ada niat nak rosakkan majlis mama dengan papa”. Mukanya menunduk. Segan dengan dua orang tua Raed. Dah lah hari istimewa mereka, Raed pulak buat hal.

            “Tak apa sayang. Rasanya tak ada siapa yang nampak selain kita. Radwa pergi lah cari Raed. Teman dia. Mesti dia ada dekat kolam belakang, tempat biasa dia kalau nak tenteramkan diri”.

          Radwa hanya mengganguk. Terus langkah mencari first aid sebelum ke tempat yang dikatakan Datin Zara. Dari jauh dia sudah nampak bayang Raed yang sedang duduk bersandar memandang langit gelap.

             Dia tahu perasan Raed mesti tidak tenang sekarang. Disangkakan Raed dengan laki tadi merupakan kawan baik. Tapi entah apa yang silap sampai membawa kepada pergaduhan pulak.

             Perlahan kakinya menghampiri. Takut pulak dia yang disembur nanti. Takut nak berjumpa dengan Raed versi suka marah-marah dia macam dulu. Dah terbiasa dengan Raed yang manja dan penyayang.

             “Raedd..”..

             “Urmm..”.

             Aik? Tu aje? Dadanya berdebar-debar. Luka diwajah Raed harus dibersihkan. Letak jauh dulu lah rasa takut tu. Terus dia duduk di sebelah Raed. Tangannya mengusap kepala lelaki itu. Raed memandang Radwa lama. Ternampak air mata bergenang.

             “Raed.. Kenapa jadi macam ni? Saya risau. Tengok muka awak ni”.

           Air mata Raed mengalir. Terus tubuh Radwa dipeluknya. Entah kenapa dia rasa takut. Takut sangat Radwa akan meninggalkannya. Dia tahu layanan dia pada Radwa dulu teruk, tapi sekarang tak lagi. Dia sayang sangat pada sayangnya ini. Kalau Radwa pergi, umpama nyawanya pun ditarik sekali. Dia tak dapat terima yang kawan baiknya juga suka pada Radwa.

            Radwa hanya membiarkan. Dia tak nak Raed makin terasa jika dia menolak nanti. Kepala Raed diusap. Terasa bajunya basah dengan air mata laki itu. 

            “Sayang janji dengan saya, sayang tak akan pergi tinggalkan saya lagi”.

            “Tak Raed. Saya tak akan pergi. Kan saya dah pernah janji dulu”.

            “Awak janji tak akan berpaling pada laki lain?”

           “Ye sayang. Saya janji tak akan. Mata saya ni pandang awak aje sekarang. Dah tak nampak orang lain”.

             “Betul sayang?”

            “Betul. Kalau tak kenapa saya nak susah payah tackle awak yang keras hati ni dulu. Baik saya cari laki lain”.

            Raed merungkaikan pelukan. Mata Radwa dipandangnya. Mencari kejujuran di mata itu. Radwa mengganguk. Meyakinkan Raed.

           “Sayang tak boleh cari laki lain. Saya aje untuk sayang. Tak boleh ada niat pun ok!” Jarinya digoyangkan depan mata Radwa. Hampir nak terjuling mata Radwa mengikut gerak tangan tu.

            Radwa tertawa. Tak mungkin dia akan duakan Raed. Dia sayang sangat dengan laki itu. Tak mungkin lagi untuk dia pandang lelaki lain. Setiap masa hanya Raed yang diingatinya sampai nak buat kerja pun susah. Lihat lah macam mana penangan cinta Raed buat pada diri dia.

              “Saya tak akan tinggalkan awak. Lain lah kalau awak yang pergi dari saya”.

            “Tak lah sayang. Saya tak akan pergi. Saya akan selalu ada disisi awak sampai bila-bila”. Janji dibuat Raed.

         Radwa tersenyum. Dia tahu yang cinta mereka kuat. Dia percayakan Raed, Raed percayakan dia. Tu sudah mencukupi. Rahsia yang dia simpan pulak? Ermm.. Letak tepi dulu. Nanti bagitahu Raed. Mungkin dia faham kut.

              “Dah Raed, jangan banyak fikir lagi. Sini, saya bersihkan luka awak ni”.

          Disentuh lembut pipi lelaki itu. Ditiupnya perlahan. Tak faham apa motif Radwa buat macam tu. Mungkin nak kurangkan sakit yang kut. Raed hanya terdiam. Tergoda juga lah dengan apa yang Radwa buat. Tapi mati terus bila Radwa tiba-tiba tekan lukanya itu.

             “Sayang sakit lah. Sampai hati”. Tangan Radwa ditolak.

            Radwa pulak? Dia ketawa lah. Suka pulak tengok Raed sakit. Tadi dia juga yang sampai menangis-nangis, sekarang ketawa pulak. Tak faham betul dengan mood Radwa ni. Senang aje berubah.

             “Sakit? Tadi masa bertumbuk tak sakit pulak?”

           “Sakit juga. Tapi bukan sakit ni”. Mulutnya mencebik. Habis lah kau Raed. Radwa dah nak masuk mode membebel.

          “Apa yang sakit? Takut saya tengok tadi. Kalau apa-apa jadi dekat awak tadi macam mana. Siapa nak jaga saya nanti?” Marah pun Radwa tetap membersihkan luka-luka di muka Raed. Digunakan kapas basah.

            “Saya lah jaga. Tadi sakit hati. Geram sebab...”. Raed mengeluh. Malas nak ungkit balik.

            “Sebab apa?”

          “Sebab dia cakap dia suka dekat sayang saya. Mana boleh. Sayang, saya punya. Mana boleh orang lain suka sayang. Saya tak suka dengar. Sebab tu saya tampar dia. Dia pun saja aje nak naikkan marah saya tadi. Kan dah kena penumpuk saya tadi. Padan lah dengan dia tu”. Luka Raed ditekan kuat. Tapi tak lah kuat sangat.

            “Sayang..sakit lah. Tak nak dah sayang bersih kan”. Raed terus baring. Membelakangkan Radwa.

           Radwa terkejut tadi sebab tu tertekan kuat. Tak sangka mendengar kata-kata Raed. Kenapa pulak dia nak suka aku? Bukan aku kenal dia sangat pun. Satu hal pulak nak pujuk Raed. Rungut Radwa.

            “Sayang..Sorry..tertekan kuat tadi. Sini lah tengok saya”.

            “Tak nak”.

            “Sayang..sampai hati membelakangkan saya kan”.

            “Sayang lagi sampai hati”.

            “Ok sorry saya buat perlahan-lahan. Sini lah saya bersihkan luka tu”. Bahu Raed dipegang. Nak ditarik tubuh itu, tapi Raed dah keraskan badan dulu.

             Radwa mengeluh. Merajuk betul Raed ni.

          Radwa bergerak ke sebelah tempat pulak. Tempat Raed menghadap. Bila laki itu nak beralih semula dicengkam bahunya. Tak kasih.

            “Jangan lah macam ni sayang. Luka awak ni. Nanti masuk kuman bahaya. Meh sini saya letak ubat dulu dekat bibir awak dulu”.

           Raed biarkan saja. Beralah. Takut juga makin teruk bibir dia nanti. Sekarang pun dah warna biru.

            “Ok, good boy!” Diusap kepala Raed. Dibersihkan luka Raed. Tapi sepanjang tu tangan Raed setia menggengam tangan Radwa. Susah juga lah Radwa nak buat kerja.

            “I love you sayang..”


4 comments:

| lady | said...

tak boleh nak byg kan kalau Raed nyh dpt tau pasal Radwa
neway bestt !! :DD

Anonymous said...

ni nape tetibe si Ray tu ckp yg dia suke Radwa..xnk3..nk Radwa ngan Raed je..org laen xley kaco my hero n heroin..yes memang patot si Ray tu kne tumbuk ngan Raed..suke sangat..tu la kaco lagi my hero n heroin..padan muke..hiihi..puas sangat bace..suke2..
-nasira comel-

Anonymous said...

i lap u 2 raed..hehe...
besttttt sgt...
nk lagi..

Anonymous said...

nape radwa ni bukan radwa yg dulu ek..tak sabar nak tahu.......

Kehidupan seorang penulis © 2014