Monday, 21 January 2013

Pelindung Cinta 25

Monday, 21 January 2013
. . .

Majlis Dato’ Ammar dan Datin Zara tak terjejas pun dengan pergaduhan antara Raed dan Syed Rayyan, tu pun sebab tak ada tetamu pun yang sedar dengan scene tu. Malam tu ramai yang datang memeriahkan majlis. Ramai juga yang memuji sentuhan kreatif Raed dan Radwa dalam menghias khemah. Walaupun bukan sebenarnya sentuhan dia orang lah, just nak menyibuk dapat nama aje. Kan si Raed ni suka kena puji. Tersenyum aje lah dia memanjang bila ada yang puji dia. Radwa dekat sebelah? Mampu geleng kepala aje lah tengok. Nasib baik tadi Raed dah ok, dia masuk balik join majlis ni. Kalau salah pujuk tadi mesti Raed dah masuk dalam bilik mengamuk lagi.

            Tak kurang juga ramai yang puji gandingan Raed dan Radwa malam itu. Masing-masing memang kelihatan cantik dan segak. Ada nampak juga nampak beberapa pandangan dari kawan-kawan lama Raed yang jeles.

           “Sayang dah ready tak?” Tangan Radwa dipegang. Tak sejuk pun? Bukan kalau nak jumpa bakal mertua, mesti tangan sejuk sebab takut ke? Apa-apa aje lah Raed. Banyak betul teori Raed ni ada.

            Radwa tersenyum. Dia memang dah lama ready. Bukan nak jumpa siapa pun kan. Nak jumpa Datin Zara dengan Dato’ Ammar aje. Cakap besar Radwa ni, kalau kena uji nanti jangan nak minta tolong si Raed pulak.

             “Dah!” Bersemangat!

           “Ok, jom. Sayang jangan risau. Mama dengan papa saya sporting aje. Dia orang mesti suka dengan sayang lah. Sayang saya ni kan sopan, baik, comel lagi”. Cuba nak puji Radwa. Mana tahu dapat kurang sikit rasa takut nanti.

            Radwa dari tadi tersenyum aje. Tak tahu nak cakap apa. Takut tersalah cakap aje nanti.

         “Ma, pa ni Radwa. Girlfriend Raed”. Terasa debaran juga tadi masa nak perkenalkan Radwa dengan parents dia. Sebab takut dengan reaksi mereka. Lagi pun, dia orang dah pernah jumpa masa dekat hospital.

            “Dia ni yang mama dengan papa jumpa masa dekat hospital kan?” Muka Dato’ Ammar nampak tenang. Tapi kata-katanya itu dapat membuat Raed telan air liur. Kan dah kata. Mesti papa ingat.

             “Haah pa. Dia yang jaga Raed masa tu”. Terpaksa kelentong. Dipandang Radwa yang dari tadi menunduk. Entah apa yang best tenung lantai batu tu. Rungut Raed.

          “Ohhh...”. Dato’ Ammar terus menghadap makanan dia lepas tu. Dah tak ada apa nak tanya kut. Raed dah berkerut dahi. Macam tu aje?

            “Dia juga yang mungkir janji dengan Raed dulu?”

          Radwa, Raed terpampam! Datin Zara dah pandang Dato’ Ammar semacam. Adoi! Apa yang suami dia nak buat ni. Muka Raed dah kelat. Radwa dah takut-takut. Datin Zara cuitnya paha Dato’ Ammar. Menghantar pandangan ‘Kenapa tanya soalan tu?’. Dato’ Ammar tersenyum aje lah. Ada agenda tersendiri.

            “Ada sebab kenapa dia buat macam tu pa”. Muka Raed dah kelat. Tak suka Dato’ Ammar cakap macam tu pasal Radwa. Dia dah terima semua yang Radwa pernah buat, kalau tak dia tak akan terima Radwa balik.

            “Ada sebab? So, Raed boleh terima lah perempuan yang pernah tipu Raed?” Suasana dah semakin tegang. Macam mana Datin Zara cuit suaminya pun, tak dilayan. Radwa dekat sebelah dah terasa lemah lutut dia. Bila-bila boleh jatuh ni. Kenapa Dato’ Ammar buat macam ni?

              Raed terdiam lama. Radwa disebelah dipandangnya. Radwa dah gelisah.

            “Raed sayangkan Radwa pa. Raed kenal dia. Mesti ada sebab kenapa dia buat macam tu dulu. Semua tu dah lepas. Raed tak nak ungkit lagi. Cukup lah dia ada dengan Raed sekarang”.

             “Betul kamu tak menyesal?”

            “Abang dah lah tu”. Datin Zara jadi penyelamat. Tak nak keadaan jadi setegang tadi lagi. Kesian dia tengok Radwa dari tadi pucat aje muka dia.

            “Betul pa. Raed janji tak akan tinggalkan Radwa. Semua yang dia pernah buat tu kisah dulu. Raed tak akan paksa dia untuk cerita kenapa. Tapi dalam hubungan ni Raed percaya dia. Raed rasa tu dah cukup. Dia aje gadis yang Raed nak jadikan isteri Raed. Anak perempuan mama dengan papa”.

            Datin Zara bangun memeluk Raed erat. Dia terharu dengan Raed. Tak sangka Raed yang sekarang lebih matang berfikir. Tak terburu-buru lagi buat keputusan. Mungkin kehadiran Radwa kembali mengajar dia banyak perkara.

            Radwa memandang Dato’ Ammar. Dia ucapkan ‘terima kasih’ tanpa suara. Hanya bibir saja yang bergerak. Baru dia sedar pertanyaan dia tadi untuk menguji Raed. Dia tak nak Raed tinggalkan dia bila kebenaran terbongkar. Lega sikit hati Radwa mendengarnya.

 Dato’ Ammar bangga dengan anaknya. Dah banyak berubah. Mungkin lepas ni dia dah perlu risau kalau rahsia Radwa diketahui. Tapi betul ke?

            “Pa dah setuju ke?” Datin Zara dah duduk ditempatnya balik. Ditarik sekali tangan Radwa dan mengajak Raed duduk sekali. Takut ada pertanyaan Dato’ Ammar lain yang boleh buat mereka jatuh pulak tiba-tiba.

             “Ermm.. Tanya mama kamu”.

              Raed pandang Datin Zara.

         “Mama tak ada masalah sayang. Radwa ni mama nampak sopan, cantik sesuai dengan kamu”. Dia memang dari tadi suka melihat anak terunanya berdampingan dengan Radwa. Ramai juga kawannya yang memuji pasangan itu. Nampak secocok sangat.

            “Tapi ada yang mama nak tanya ni?” Raed yang dah lega tadi kecut perut balik. Radwa dah berkerut. Apa lagi mama nak kenakan ni.

            “Kamu dengan Radwa yang hias untuk majlis malam ni? Kek tu siapa yang design?” Kek didepan menjadi pendangan semua mata di meja itu.

           Kek dipandang, dia tak sempat lagi tengok kek tu tadi. Sibuk cemburukan Radwa dengan.... Tak payah cakap lah. Sakit pulak hati si Raed ni nanti.

Tak sangka kek tu cantik macam tu sekali. Pandai sayang dia buat, patut lah beria nak juga kek ni. Memang hasil dia tak mengecewakan lah. Radwa disebelah dipandang. Thumbs up ditunjuk. Good job dear!

"Ni ada sikit-sikit aje sentuhan Raed ma. Tapi yang kek tu memang totally idea bakal menantu mama ni. Pandaikan dia design. Semua favourite mama dia tahu". Mata dikenyitkan pada Radwa.

            Bakal menantu? Makin melebar senyuman Datin Zara. Dato’ Ammar yang pura-pura sibuk makan tu pun tersenyum. Beruntung lah mereka dapat Radwa ni jadi menantu. Memang hati masing-masing dah berkenan. Kalau Raed pun dah setuju, tunggu tuan punya badan aje lah sekarang.

            Radwa dah menunduk. Makin segan pulak. Semua mata dah memandang dia. Raed pegang tangan Radwa. Tersenyum. Dia tahu dari tadi sayangnya tu malu.

            “Radwa dah makan?” Radwa dah berkerut.

            “Ermm...belum auntie. Tunggu Raed”.

            “Eh? Panggil mama aje sayang. Bukan orang lain pun. Bakal menantu mama kan”. Radwa dah tersengih. Segannya! Macam ni ke kalau berdepan dengan bakal mak mertua. Tapi dia kan dah kenal dengan mama Raed. Adoi..

            “Ermm...mama”. Raed dah tersengih suka. Best dengar panggil macam tu. Tak sabar pulak nak tunggu Radwa panggil dia hubby ke abang ke. Sweetnya! Radwa pulak macam nak tergeliat lidah. Bukannya tak biasa tapi mungkin sebab segan kut.

            “Ok lah sayang, pergi teman Radwa makan. Mama dengan papa nak layan tetamu lain”.

         “Malunya sayang dengan mama tadi. Comel saya tengok sayang saya ni muka merah macam tadi”. Dicubit pipi Radwa geram.

            “Ishh..tak nak lah. Sakit”. Ditepis tangan Raed. Tak suka kena cubit.

            “Ohh..dengan saya banyak cakap. Depan mama tadi malu. Apa lah sayang saya ni”. Dijelir lidah pada Radwa. Saja nak kenakan gadis tu.

 Malam tu berakhir dengan kegembiraan buat semua. Tak putus-putus bersyukur sebab Raed dengan Radwa dah bersama-sama. Nampak sangat yang Raed bahagia dengan Radwa. Dah lama tak nampak Raed macam tu. Kalau arwah Daniya ada mesti dia suka ni. Ni semuakan impian dia. Nak tengok abang dia bersatu dengan Radwa semula.

 ******

“Raed nak pergi mana? Dah lambat ni”.

            “Nak hantar Radwa balik ma. Risau pulak dia drive balik seorang”. Jam dah menunjukan pukul 12 malam. Agak lambat majlis tu habis tadi. Makin lambat makin ramai pulak yang datang. Radwa yang nak balik tadi pun tak jadi. Segan balik masa tetamu lain ada lagi.

            “Radwa tak payah lah balik. Tidur aje dekat sini malam ni”. Tangan Radwa ditarik. Tak kasi Radwa balik. Dah lewat sangat. Takut nak lepaskan Radwa dan Raed pergi.

             “Ermm..”. Radwa dah pandang Raed minta pertolongan. Bukan dia tak nak tidur sini. Tapi segan. Lagi pun dia bukannya ada baju nak tukar nanti.

            “Sayang tidur lah sini. Housemate sayang pun tak ada kan?”

            “Bukan tak nak. Tapi baju tak ada”.

        “Laa.. Baju arwah Danisya kan ada banyak. Radwa boleh pakai”. Celah Datin Zara. Nampak raut Radwa dah berubah masa nama arwah disebut tadi.

          “Haah lah sayang. Baju arwah adik saya banyak. Nanti saya ambilkan untuk sayang”. Raed melangkah pergi nak ambil baju untuk Radwa.

           “Raed...”.

            Raed menoleh. Diangkat keningnya. “Kenapa?”

         “Boleh saya yang ambil sendiri? Awak bukan tahu nak pilih baju perempuan pun. Nanti entah baju apa-apa pulak yang awak ambil”.

              Raed dah bercekak pinggang. Mata dibulatkan.

           “Tahu lah sayang. Saya lagi expert dari sayang. Taste saya better”. Tak nak mengaku kalah tu.

            Radwa dengan Datin Zara dah tergelak-gelak. Macam budak kecil lah Raed ni. Asyik nak menang aje. Ingatkan dah matang sangat lah tadi.

          “Raed, biar aje lah Radwa pilih. Kamu tunjukkan aje biliknya”. Datin Zara tahu tujuan Radwa nak ke sana. Bukan dia tak perasan dulu masa Radwa duduk sini dia selalu bertandang ke bilik arwah. Acap kali juga dia nampak Radwa menangis di sana.

      “Ok lah. Jom sayang”. Ditarik tangan Radwa. Radwa sempat pandang Datin Zara. Melemparkan senyuman pada wanita itu. Dia perasan yang malam ni banyak Dato’ Ammar dan Datin Zara menolongnya. Kalau tak ada mereka tak tahu lah macam mana dia nanti.

            “Ni dia bilik arwah Danisya. Sayang boleh pakai aje apa-apa yang sayang nak. Yang kecil-kecil pun boleh juga”.

            “Awww..sayang..Sakit lah”. Apa lah sayang ni. Sakit kut perut kena tepuk tadi.

            “Padan muka. Siapa suruh gatal sangat!”

         “Mana ada gatal sayang. Saya just nak ambil tahu pasal bakal isteri saya ni aje. Senang nantikan”. Dia dah tersengih nakal. Dah lupa lah tu sakit dekat perut tadi.

            “Dah tak payah. Awak pergi keluar Raed. Tak senang saya nak pilih kalau awak ada dekat sini”. Dihalau Raed keluar. Kacau aje laki ni.

          “Sampai hati. Ye lah. Saya tahu siapa saya ni. Bukannya ada orang sayang pun”. Baik punya ayat nak tarik simpati dia bagi. Tapi Radwa buat tak dengar.

          Radwa melangkah masuk. Pintu ditutup rapat. Air matanya mengalir. Dia memang tak dapat tahan emosi segala yang berkaitan kawannya. Dengar nama dia pun dah rasa nak menangis apa lagi tengok bilik. Teresak-esak menangis duduk bersandar di tepi katil. Semua memori mereka terbayang kembali.

            “Nisyaa... Aku rindu kau”. Mukanya disembamkan pada bantal kawannya. Nak merasa dekat dengan arwah Danisya. Datin Zara yang menghendap, sudah mengalir air mata. Dia pun rindukan arwah anaknya tapi kehadiran Radwa dan kepulangan Radwa dah mengurangkan kesedihannya.

             “Dah lah sayang. Banyak menangis pun tak elok untuk diri awak”. Bahu isterinya dipeluk. Mahu melegakan isterinya. Dato’ Ammar membiarkan isterinya menangis dalam pelukannya. Raed yang sedang melangkah menaiki tangga memandang pelik. Apa dah jadi?

******

Dah puas melepas rindu. Pintu bilik arwah Danisya ditutup rapat. Baju dan keperluan lain dah dibawa bersama. Dia nak cari Datin Zara tanya perihal tempat tidurnya malam ni. Tiba-tiba ada sesuatu yang berjaya menangkap perhatian matanya. Ada sticky notes dekat pintu bilik arwah.


             - Ni bukan bilik awak..shussh..shussh.. XD -


            Huh? Ada ke patut kena halau. Mesti kerja Raed ni. Dia aje yang rajin buat benda pelik-pelik.

         Mulutnya hampir melopong melihatkan kelopak bunga ros diletakkan disepanjang jalan. Ditabur di tengah-tengoh laluan antara bilik. Satu kelopak bunga dikutip. Dicium baunya. Bunga hiasan tadi! Dia tersenyum. Wanginya!      

            Laluan yang dibuat menggunakan kelopak bunga itu diikuti. Rasa gembira pulak. Setiap laluan tu ada macam persimpangan ke setiap pintu bilik. Radwa berdiri depan pintu bilik seterunya. Bilik parents Raed! Ada sticky note tertampat di pintu tu juga. Kertas ditarik.


           - Jangan buka! Jalan lagi ikut kelopak bunga tu :p


            Radwa ketawa. Ada-ada aje lah Raed ni. Kakinya terus melangkah. Ikut lagi sebelum berhenti pulak depan bilik yang lain.

             - Tuttt! Bukan juga sayang :(


            Bergerak depan lagi ke bilik seterusnya. Kertas warna biru itu ditarik. Ermmm...Macam-macam lah Raed ni. Kan senang bagitahu dia aje.  


               - Nope...nope sayang...Teruskan usaha! Tak ada talian hayat ya... -


            Radwa berkerut. Dah empat bilik dia pergi. Semua bukan. Tak akan atas kut. Tu bilik Raed kan. Terus Radwa melangkah ke tingkat bawah. Kelopak bunga tu ada juga. Mungkin betul dekat bawah kut. Andai Radwa.


            - Saya dah ada tuan lah. Nama tuan saya Mak Lelah. -


              Radwa ketawa. Apa comel sangat Raed ni. Tapi dekat mana? Dah penat fikir ni, nak tidur! Mengantuk!

            Sedang dia nak naik atas, bunyi mesej masuk kedengaran dari phone Radwa.


            Sayang jangan malas. Ikut bunga tu lagi. Lambat sangat lah sayang ni jalan.


        Mulut Radwa dah melopong. Matanya melihat sekeliling. Gelap aje. Raed mengintai ke? Terus laju kakinya melangkah sampai ke tingkah tiga. Tinggal bilik ni aje. Laluan kelopak bunga tu pun ada. Menghala ke bilik Raed. Langkah berhenti betul-betul di depan pintu. Sticky note di baca.

         I'm yours... <3



p/s : As'salam. Hai. Hello semua. Saya tahu ramai yang rindu Raed & Radwa kan. so saya masukkan bab terakhir dalam blog ni. yang seterusnya nantikan 'mungkin' dalam versi bercetak. Doakan lah cepat ya...hehe.. hah..sebelum tu nak tanya..dalam banyak2 bab cerita ni lah kan..yang mana paling sweet and teringat-ingat sampai skrg smpai ramai yg nak berebut Raed ni dgn part apa yg xsabar nak tahu?..jom kongsi!!... ^_^


10 comments:

Anonymous said...

akak!!!really sweet...sukenyerrr.. i'm yours...rase cam Raed ckp kt kite lak..hihi..terover lak...haha.. i'm really fall in love with Raed!!!!Raed make me crazy...ahh sudah...sape2 yg berani nk rebut Raed,face to face ngan kite..ceh2..Raed is mine...
hihi..akak tlg kite..xley kawal dh ni..haha..anyway mmg gilerr sweet...sweet tahap kritikal ni..
-nasira comel-

Anonymous said...

akak!!!!nk raed jugak...jgn bagi nasira...hehe..nasira peace...
saya plg suka bab2 yg raed romantik dn manja..pendek kata,semua bab yg melibatkan raed n radwa only..
dan yg part yg plg saya nk tau adalah rahsia kehilangan radwa suatu ketika dahulu...
bile la rahsia tu nk terbongkar????
kak!!!i lap raed so much......

-noorwieyl a.k.a noor-

Anonymous said...

xde2..kite nye ok..haha..part paling suke mase celebrate birthday Raed...sooo sweet..lagi2 time Radwa nyanyi utk Raed..n one more part i cant forget this part, i mean bab 25 ni la..hihi..really2 sweet...to akak noorwieyl watch out!!haha..face to face ye..RAED IS MINE!!!haha...kejam x?eh over suda..
-nasira comel..Raed is mine..-

Anonymous said...

wAH aKAK!!. Coolah
Raed n Radwa >.<
saya amat suka.Minta-minta ada versi bercetak.Saya Nak BELI!!!!!

akak,smbung Dia TuTorKu pula.. hehe. *demanding => syg akak Kewtat2x! ^_<

-Am-

alynzaty said...

akak ! cerita ni nak keluar novel ke ? really ? wat, tahniah kak. sure, alyn akan beli ;)

Fatin Izzatie said...

Radwa? Apa yg terjadi sebenarnya? Rahsia apa yg mama papa raed rahsia kan? Arh! Tak sabar nak tahu. Saya nak beli!!!!!

Azuera Latif said...

best sgt citer ni... novel ni dh ade di pasaran ke ye?

misztyra9@ said...

Azuera Latif : terima kasih.. dah ada dah.. :D dapatkan lah kalau nak baca lebih lanjut.. :)

MeeLo said...

Ada lagi ke novel ni sekarang? 2016

MeeLo said...

Ada lagi ke novel ni sekarang? 2016

Kehidupan seorang penulis © 2014