Tuesday, 5 February 2013

Love Riddles 15

Tuesday, 5 February 2013
. . .


“Apa sebenarnya masalah Iza tu?”

            “Entah. Aku pun tak tahu”. Topi di tangan masih dipandang. Apa kaitan kau dengan kisah Faiza dengan peminat dia topi? Aku nak tahu sangat ni?

            “Macam mana kau dapat topi ni?” Mata dia pun dari tadi pandang topi tu. Topi ni memang cantik lah. Tapi nampak macam untuk laki.

             “Ada yang letak depan pintu aku”.

         “Depan pintu?” Asal sama dengan kes ubat tu. Orang yang sama ke? Kalau macam tu memang betul lah si Naural ni ada peminatkan. Untungnya badan. Last sem ni ramai pulak yang sangkut dengan kawan aku ni.

              “Haah.. Dia letak dua bungkusan. Satu topi ni yang satu lagi coklat”.

             “Hah? Jangan cakap coklat yang kau bagi aku hari tu”. Kalau betul macam mana? Dah lah aku dah makan habis. Adoi!

           “Betul lah tu. Dah aku tak boleh makan sebab tu aku bagi kau”. Selamba aje dia jawab. Tak sedar pun dia orang ni dah sampai cafe. Tempat paling hujung diambil. Nasib baik tak ramai budak lagi.

              Larrhh.. Kenapa lah hari tu aku main makan aje tak tanya dulu.

             “Aku tak faham lah Naural. Apa kaitan topi ni dengan si Faiza tu? Dia ada masalah dengan kau ke?”

            “Entah. Bukan kau aje. Aku pun tak faham, macam nak cari pasal dengan aku pun ada. Dia cakap topi ni dia bagi laki yang dia minat, sebab tu dia marah. Marah sebab topi ni ada dengan aku pulak”.

               Dila garu kepala. Apa yang Naural nak sampaikan sebenarnya? Dia dah pening kepala ni.

              “Cuba ringkaskan. Aku memang tak faham ni. Pening. Serabut”.

            “Dia ingat aku tipu dia, dia ingat aku ada hubungan dengan laki yang dia minat tu. Dia ingat aku sengaja nak mainkan perasaan dia. Dia ingat laki tu juga bagi topi ni pada aku”.

             Mulut Dila melopong. Banyaknya penggunaan ‘dia ingat’... Apa lah Naural ni. Tak pandai sambung ayat betul. Buat lah jadi kreatif sikit.

            “Betul ke laki tu yang bagi? Siapa pulak laki tu?” Tiba-tiba bersemangat pulak nak tahu. Ye lah kan, nak tahu juga taste Faiza tu macam mana.

             Dahi Naural berkerut. Lama. Siapa eh? Apa pulak nama dia ni?

        “Entah lah Dila. Aku dah lupa lah. Nama dia aku tak ingat, muka dia lagi lah”. Digaru kepalanya yang tak gatal. Kenapa lah aku tak ingat ni?

            “Tak ingat? Haah lah, aku lupa yang kau ni susah nak ingat orang. Kalau kau nampak laki tu, rasanya kau ingat tak?” Memang betul-betul nak tahu Dila ni.

            “Ermm...aku rasa tak kut. Sebab aku memang tak nampak jelas pun muka dia tu. Memang susah lah nak bagi aku ingat dia”.

          “Topi macam ni ada satu aje ke dekat Malaysia ni Dila?” Buka balik topik awal tadi. Ada lah tu yang Naural tak puas hati nak tanya.

            Lama Dila diam. Dia pun tak tahu nak cakap macam mana.

          “Tak lah kan. Ada beribu-ribu mungkin. Aku rasa kebetulan aje kut. Kau tak payah fikir lagi lah Naural. Benda kecil aje ni, tak payah nak semakkan kepala sebab budak Iza tu. Lupakan aje apa yang dia cakap”.

          Naural hanya diam. Dia termenung sebenarnya. Hanya hujung ayat Dila aje yang dia dengar. Lupakan? Tapi aku boleh ke?
           
******

“Kau nak makan apa?”

            “Apa-apa aje lah. Aku tak kisah pun. Kau nak ambil kan ke?” Terharu pulak. Tak pernah-pernah si Dila ni tolong dia ambilkan makanan. Hari ni terlebih rajin ke apa?

            “Ye lah. Kau nak apa?” Sampai hati Naural ragui keikhlasan hati dia. Cehh..poyo aje ayat Dila ni.

            “Nasi ayam lah”. Lepas lama dibelek menu spesial untuk hari ni pada kertas yang tertampal di dinding belah kanan dia baru dia buat pilihan.

             “Ok”.

            Naural termenung. Dia mengeluh. Kenapa lah sampai sekarang dia masih tak dapat lupakan laki tu. Tapi yang peliknya kenapa sampai hari ni bayang laki tu pun dia dah tak nampak. Dia dah menghilang. Dia pergi mana sebenarnya?

            “Naural! Termenung!”

          Terperanjat Naural dengan jeritan kawan dia tu. Nasib baik sekarang ni tak ada ramai orang. Kalau tak mesti malu lah. Tapi sejak bila lah Naural ni pandai malu kan?

         “Kau ni Dila, tak boleh ke kalau tak menjerit. Tak payah lah nak test suara kau yang memang dah kuat tu”.

             Dila hanya tersengih. Suara aku kuat sangat ke?

            “Mana topi tadi?” Pelik juga. Tadi rasanya ada lagi topi tu. Mana pulak menghilang.

            “Aku dah simpan, malas nak gaduh lagi”.

            “Ohh...ok”. Dila angkat bahu. Dia tak kisah pun. Asalkan Naural ni bahagia sudah.

            Masing-masing mula diam. Mengunyah makanan. Khusyuk betul. Hampir 20 minit juga lah dia orang ni dia. Tiba-tiba sunyi aje sebelum...

            “Naural...”. Seakan berbisik si Dila ni panggil Naural. Kenapa entah?

           “Apa? Yang kau tiba-tiba bisik ni kenapa?” Dahi dia berkerut. Pelik dengan perangai kawan dia ni. Apa pulak yang Dila ni nampak.

            “Tu..”. Muncung habis mulut Dila. Nak tunjuk something dekat Naural ni.

          “Apa..apa”. Berpusing-pusing kepala dia. Nak cari tempat yang bibir Dila ni tunjuk. Tapi tak ada apa pun.

            “Tu...selang dua meja belakang kau aje. Yang kau pergi cari jauh-jauh tu buat apa. Dekat aje ni”. Hampir dia tepuk dahi tengok reaksi Naural ni tadi. Dia pergi tengok sampai hujung cafe sana buat apa.

            “Ohh...”. Tersengih-sengih dia. Kepala dipusingkan. Nak tengok ‘benda’ tu. Orang ke eh? Ke memang betul-betul benda?

            “Siapa? Aku tak kenal sesiapa pun dekat meja tu. Semua laki lah”. Apa lah Dila ni. Siapa entah dia ni nak tunjuk. Makan aje lah, lagi best.

             “Tu lah...tuuu...”. Makin muncung bibir Dila ni.

          Naural dah buat muka bengang. Dia pusing belakang lagi. Laki lagi? Tak ada apa yang menarik pun.

           “Siapa? Laki dekat meja tu ke yang kau nak tunjuk sebenarnya?” Baik tanya. Karang ada Dila ni cakap ‘tu’, ‘tuuu’.

            Dila tersengih-sengih. Nampak memang gatal. Apa kena dengan kawan aku ni. Sakit ke? Dari tadi pandang meja tu tersengih-sengih.

             “Kau tak kenal dia orang semua ke Naural?”

             “Tak. Perlu ke aku kenal?”

           “Perlu! Wajib! Semua orang kenal dia orang ni kut. Dah lah hensem, hebat main sukan lagi. Kan best kalau seorang dari geng dia tu jadi boyfriend aku”. Berangan aje lebih Dila ni. Dari tadi kuis-kuis nasi tu.

            “Kalau kau nak pergi lah tegur seorang dekat meja tu. Tanya status dia dulu, tak nak nanti jadi macam kes aku ni”. Sedih lah pulak bila cakap pasal hal tu. Rasa nak menangis pun ada. Tapi tahan..tahan..

            “Tak nak lah Naural. Aku bukannya serius pun, main-main aje lah. Lagi pun nak dekati geng dia orang ni memang susah kut. Aku tak pernah pulak selama ni tengok ada girl duduk satu meja dengan dia orang”.

              “Aik? Kenapa pulak? Dia orang semua tu anti perempuan ke apa?”

            “Ada juga lah yang cakap macam tu. Tapi aku tak berani lah nak buat andaian apa-apa. Sebab aku pun bukannya kenal dia orang ni. Yang aku tahu dia orang ni semua memang pandai, budak course engineering, tua setahun kita. Kalau kau pergi padang petang-petang memang akan nampak lah muka dia orang ni semua”.

              Naural berkerut.

             “Dalam enam orang tu, semua memang tak ada girlfriend ke?”

            “Satu pun tak ada. Sebenarnya ada tujuh orang, tapi tak nampak pulak yang lagi seorang tu. Kenapa? Ada yang kau dah berkenan ke?” Terangkat-angkat kening Dila ni. Suka lah tu nak jadi orang tengah.

            “Tak ada lah. Kau pun tahu kan sejak kes tu aku dah malas nak kenal laki semua ni. Kalau untuk kau aku tak kisah lah. Lagi suka ada”.

            “Tak kan sebab seorang laki kau nak tutup hati kau terus?” Dia sedih tengok Naural. Sedih dengan cara Naural sekarang ni.

          “Sebab dia hati aku jadi sakit sangat Dila. Sebab dia juga aku jadi hilang semangat dulu. Aku dah tak nak rasa semua tu lagi. Cukup lah dulu aku jadi lemah, aku terleka. Sekarang aku dah tak nak rasa semua tu. Biarkan jadi sejarah aje”. Pinggan yang masih bersisa diletak tepi. Dia bangun, nak cuci tangan.

          “Aww..”

Bahunya dipegang. Matanya tajam memerhati laki tadi. Dah lah langgar dia. Tapi boleh pulak tak minta maaf. Apa kurang kesedaran sivik orang ni. Tak ada belajar ke dulu. Ohh...lupa pulak subjek tu kan agak baru juga diperkenalkan kan. Tapi memang tak patut lah kan, kalau dah sedar salah tu apa salahnya minta maaf. Ni tak, main pergi aje. Siap kau!

          Laju Naural melangkah. Nak basuh tangan dulu. Lepas dah diyakini hilang bau, minyak dah segalanya. Dia menapak ke arah meja laki yang langgar dia tadi. Ada perhitungan yang nak dibuat.

            “As’salam”. Sengaja dikuatkan suara. Nak bagi semua dengar. Tapi mata dia memang dari tadi setia pandang satu raut ni. Laki yang langgar dia tadi!

         “W’salam. Ya? Nak apa?” Kawan laki tu tanya. Kesian pulak tengok gadis ni diri tegak macam tu. Nak nyanyi lagu Negaraku ke apa?

          “Kawan awak tu ada masalah mata ke?” Direct Naural tanya. Memang ada yang akan terasa lah dengan pertanyaan dia ni.

            Yang lain dah melopong. Beraninya dia ni. Tapi laki yang langgar Naural tadi biasa aje. Boleh makan macam biasa. Dia tak sedar ke yang Naural ni dah panas mendidih-didih.

               “Masalah mata? Siapa?”

               “Tu...yang tengah makan tu”.

              “Hah? Dia? Dia ok aje lah, mana ada masalah mata pun. Kenapa pulak cakap dia macam tu?” Laki tu tahan gelak. Kelakar pulak gadis depan dia ni.

            “Kalau dia tak ada masalah mata, maknanya dia sengaja aje lah langgar saya tadi kan?” Soalan lagi. Yang lain makin menjadi lah melopong. Apa kes dia ni main langgar-langgar perempuan? Cari masalah lah.

               “Hah? Yang tu kan saya tak bo..”.

            “Jangan nak cakap dia ni tak boleh cakap. Tadi saya nampak boleh aje dia gelak-gelak. Apa kata biar dia pulak yang cakap. Saya nak dengar alasan dia bukan awak”. Makin panas dia tengok riak tenang laki tu. Geramnya!

              “Apa yang awak nak dengar saya cakap?”

              Naural terdiam. Diam pulak? Tadi bukan main nak dengar dia cakap, sekarang bila laki tu dah cakap, Nuaral pulak terdiam. Apa dah jadi ni?

              Suara dia...suara dia...kenapa sama sangat?

           “Laki bertopi..”. Perlahan aje dia cakap. Air mata yang dah nak mengalir. Ditahan. Tak nak tunjuk dia lemah.

            “Hah? Laki bertopi? Apa yang awak cakap ni?” Dengar pulak dia kan. Ingatkan perlahan sangat lah Naural ni cakap. Kuat juga lah kalau laki tu pun boleh dengar. Tapi betul ke dia tu laki bertopi?

            “Awak laki bertopi tu kan? Awak laki yang bagi saya jaket masa saya dalam hujan. Awak juga yang selalu ada masa saya sedih. Betul kan? Betul laki bertopi tu awak kan? Kenapa awak tinggalkan saya? Kenapa awak pergi?” Air mata dia dah mengalir. Memang mampu buat pelajar lain tengok scene ni lah. Siap dengan air mata semua. Memang lah semua pun suka tengok betul tak?

            “Hah? Bukan saya lah. Bukan saya. Dah lah jangan menangis. Semua dah tengok ni”. Jadi gelabah dia bila Naural ni tiba-tiba menangis. Apa aku dah buat ni?

        “Tak..tak..saya tahu awak dia. Awak laki tu. Kenapa nak tipu saya. Suara awak..sama macam suara dia. Saya tahu semua ni bukan kebetulan”. Makin kuat esakan Naural.

           “Suara saya. Kenapa dengan suara saya?” Jelas nampak muka dia kebingungan. Dah lah tadi tiba-tiba datang meja dia, lepas tu cakap dia ada masalah mata lah, telinga lah. Lepas dia cakap, gadis ni pulak tiba-tiba menangis. Apa kes ni?

            “Apa dah jadi ni?”

            Laki tu tarik nafas lega. Nasib baik dia ni datang. Kawan gadis yang menangis ni ke?

           “Dia ni kawan awak ke? Kenapa dia cakap suara saya sama macam..entah lah saya pun tak tahu siapa. Kenapa dia menangis?”

           “Bukan awak yang buat ke?” Dari meja dia tadi dia perasan semua ni. Lambat juga lah akal dia nak berfungsi. Dia terkejut sebenarnya. Sebab Naural ni berani tegur geng laki ni. Ye lah sepanjang dia dekat sini, mana pernah ada yang tegur geng ni. Tapi apa yang buat dia lagi terkejut bila Naural tiba-tiba menangis. Tu yang dia terus aje beranikan diri datang dekati meja dia orang.

            “Naural? Apa dah jadi ni? Kenapa kau nangis?” Bahu Naural dipegang. 

             “Dia”. Jari Naural lurus tunjuk ke arah muka laki tu.

              Laki tu dah terkedu. Apa pulak ni?

             “Hah? Saya?” Apa kaitan aku dengan dia?

            “Dia laki bertopi tu Dila. Dia yang tinggalkan aku. Dia juga yang pinjamkan aku jaket masa hujan dulu”. Air mata dikesat. Dia peluk tubuh Dila. Nak ambil sikit semangat.

              Aku? Aku yang bagi dia jaket? Tapi bila?

           “Bila masa pulak saya bagi awak jaket ni? Saya mana pernah bagi sesiapa jaket saya selama ni. Awak boleh tanya kawan saya yang lain kalau tak percaya”. Dia pandang kawan dia yang lain. Semua diam aje. Terkejut lagi lah tu.

          Naural pandang wajah lain dekat meja tu. Air mata dia dikesat. Aku dah salah orang ke? Tapi suara dia orang memang betul-betul sama.

            “Haah lah awak, dia memang tak pernah pun bagi orang lain barang dia. Jaket? Dia ni pun mana lah ada jaket. Saya rasa awak dah salah orang lah”.

         “Salah orang. Tak mungkin. Mustahil. Suara dia sama”. Naural tak percaya. Dila pegang tangan kawan dia tu.

            “Suara mungkin sama. Tapi muka. Muka sama ke?”

            Naural terkedu! Muka? Mana aku pernah nampak muka dia.

            “Saya tak pernah tengok muka dia selama ni. Suara aje saya kenal”.

              Laki tu mendengus. Geram pun ada juga. Entah wujud ke tidak laki yang gadis ni cakap.

            “Mungkin awak dah salah orang ni, sebab kawan saya ni mana pernah ada jaket. Dah lah, Luth jom. Kita dah lambat masuk kelas ni”. Dia orang semua berlalu. Tinggalkan Naural dengan Dila dekat situ. Salah orang? Betul ke salah orang?

              Tapi..Luth? Macam pernah dengar aje nama tu..
            

3 comments:

baby mio said...

dah sihat ke.

misztyra9@ said...

@baby mio
hi baby mio...da ok lah sikit..^_^

Anonymous said...

bukan Luth??habis tu sape??ni yg confuse?or mmg Luth,tapi dia xnk ngaku...cian naural...huhuh
-nasira comey is back-

Kehidupan seorang penulis © 2014