Tuesday, 8 January 2013

Pelindung Cinta 14

Tuesday, 8 January 2013
. . .


Hari ni Raed discharged, sanggup Radwa ambil cuti semata-mata nak tolong lelaki itu berkemas. Tapi tak ada lah banyak sangat barang dia ni. Nama pun laki kan, rasanya baju-baju dia hari tu satu beg aje yang Zareen bawakan. Cakap pasal Zareen. Jeles pulak tiba-tiba. Oh, hati janganlah macam ni.

            Raed hanya duduk memerhatikan Raed mengemas. Dari tadi dia asyik mengeluh. Tak sengaja ada sengaja pun ada. Nak tarik perhatian Radwa. Tapi gadis itu sangat fokus buat kerja dia. Bukan lah fokus, tapi malas nak layan Raed. Kalau melayan nanti tak siap pulak kerja dia ni.

            “Sayang, saya tak nak balik boleh”. Rayunya sekali lagi. Ingin memcuba nasib. Dari tadi ditanyakan soalan yang sama tapi jawapan still...

               “Tak boleh!”

            “Sayang saya ni garang lah. Dengan saya pun sanggupkan”. Raed mengalih pandang ke luar tingkap. Pura-pura merajuk. Lebih macam nak kan perhatian sebenarnya.

             “Raed, awak dah sihat kan. Bukannya best duduk terkurung dekat sini aje. Semua yang lain nak keluar tapi awak seorang aje tak nak”. Dalam pujuk Radwa masih kedengaran merungut dengan tingkah Raed. Kenapa lah susah laki ni nak faham.

              “Saya sanggup bayar double lah sayang. Asalkan boleh duduk sini. Nanti awak boleh jaga saya selalu. Sediakan makan saya, baju saya. Dapat kacau awak buat kerja lagi. Dah keluar nanti tak boleh”.

            Lengan lelaki itu dipegang. Dibawa tubuh itu berdiri menghadapnya. Pipi lelaki itu disentuh.

            “Simpan aje duit awak sayang. Simpan untuk majlis kahwin kita nanti. Boleh buat besar-besaran”. Diguna pula cara lain untuk memujuk lelaki itu.

             See. Kan Raed dah senyum. Sebut aje pasal kahwin bukan main lebar lagi dia tersenyum.

            “Duit saya ada lebih dari cukup lah nak buat majlis kahwin kita. Sayang dah setuju ke? Bila nak buat majlis?” Tanya Read tak menyempat. Gembira sangat.

           “Eh? Belum lagi. Tunggu awak propose saya sampai saya cair baru saya terima. Mana boleh main tipu. Tak aci..tak aci”.

            “Larrh sayang. Mana ada orang kena propose banyak kali baru nak cair. Selalu sekali aje dah nangis-nangis terharu. Awak ni lain lah. Lain konsep sangat. Ajaran sesat mana Love Sifu awak ajar”.

            “Mana ada sesat. Jahat lah awak Raed. Suka buli saya”. Lengan lelaki itu dipukul. Semua rancangan dia dengan Love Sifu, Azlin dah diceritakan pada Raed. Lelaki tu hanya ketawa aje sepanjang dia bercerita. Siap kutuk-kutuk lagi rancangan mereka. Tak patut! Penat dia orang fikirkan sampai lewat tidur. Boleh pulak Raed buat macam tu.

            “Mana ada sayang. Ye la, nanti saya fikirkan cara yang paling romantik plus sweet untuk awak. Awak tunggu aje lah ya. Tak lama lagi dah, sebab saya pun dah tak sabar ni”. Sudah ada satu rancangan bermain di kepalanya, tunggu nak laksanakan aje. Tak sabarnya...nak kahwin cepat!

            “Gatal!”

            “What?” Mata Raed membulat.

            “Saya cakap awak gatal, kalau nak kahwin sangat pergi cari perempuan lain. Saya tak suka cepat-cepat”.

            “Sayanggg..Sampai hati kan suruh saya kahwin dengan orang lain. Memang sepatutnya dah lama kita kahwin, sayang tu aje yang menghilang”.

            Radwa tersentak! Dia cakap pasal Radwa tu lagi.

         Mulut, kenapa kau ni celupar sangat. Tengok kan Radwa dah terasa. Ditampar mulutnya perlahan, baru tersedar dia dah mengungkit kembali hal lepas.

            “Sayang..sorry saya terungkit tadi”.

             Radwa mengeluh.

       “Tak apa lah memang salah saya pun kan”. Beg yang dah siap diletak ke bawah. Dia melangkah ke tingkap. Nak duduk termenung di situ.

            “Sayang..”. Bahu Radwa disentuh. “Sorry sayang. Salah saya tadi. Ok-ok saya janji tak ungkit lagi. Sayang please smile, sayang tak comel lah buat muka macam ni. Cuba buat muka macam saya ni”.

            Raed membuat muka comelnya, disiap ditarik lagi bibir nak bagi senyuman dia jadi lebar. Radwa tahan gelak.

            “Dah lah tu, macam nak terkoyak dah bibir tu saya tengok”.

             Raed tertawa. Yeay! Sayang dah tak merajuk.

 *****************************

Lepas hantar Raed pulang, Radwa terus balik ke rumah Datin Zara. Dah lama dia tak balik. Selalu pun hanya call aje. Nasib baik hari ni cuti, boleh catch up old stories dengan Datin Zara. Tadi pun susah Raed nak lepaskan dia pergi. Tersenyum sendiri ingatkan perangai Raed tadi.

            “Sayang jangan lupa saya ok”. Raed sedih. Tak nak berpisah dengan Radwa.

            “Tak sayang. Nanti kita jumpa lagi. Hujung minggu ni. Nak?”

            “Tak nak lah sayang. Lama sangat lah nak tunggu hujung minggu. Esok boleh?” Tanyanya mengharap. Mata sudah dikelip-kelipkan. Haii, mana hati tak cair. Kepala angin dah jadi budak kecil yang comel sangat sekarang. Comel sangat Raed kelip-kelipkan mata macam tu. Rasa macam nak cubit-cubit aje pipi dia tu.

             “Urmmm. Biar saya fikir dulu”.

              Raed dah mencebik. Sengaja aje sayang ni.

             “Betul lah, sayang dah tak sayang saya. Sampai hati”. Sedih Radwa mainkan dia.

        “Raed sayang, jangan merajuk macam ni. Dah tak hensem pak we saya ni”. Radwa memujuk. Matanya dibulatkan, buat-buat comel. Mana tahu Raed cair nanti.

            Tak berhasil!

            “Sayang, ok-ok esok kita jumpa”. Putus Radwa. Tak nak Raed bersedih lagi. Kenapa lah Raed dia ni manja sangat.

            “Yeay! Sayang dah janji. Esok saya ambil saya dekat hospital”.

          “Eh, tak apa. Tak nak lah pakai baju kerja keluar dengan awak esok. Saya datang sini lah eh?” Harap Radwa. Masih tak berani memberitahu perihal dia kenal dengan parents Raed. Takut banyak rahsia lain terbongkar.

            Raed memasam muka. Semua tak boleh. Tak sporting lah Radwa.

           “Sayang please. Senyum, tak nak masam-masam”. Diusapnya pipi Raed lembut.

       “Ok lah. Jangan datang lambat ok. Saya tunggu sayang dekat bawah ni esok”. Terpaksa bersetuju juga. Tak nak merajuk lama-lama. Dia juga rugi nanti. Dah elok Radwa setuju keluar esok, takut tak jadi pulak kalau dia asyik mendesak nanti.

            “Ok Raed. Jumpa esok. Saya gerak dulu. Awak jangan lupa makan. Saya masak semua tu untuk awak dekat rumah Azlin tadi”. Radwa membekalkan Raed makanan. Nak mula mengambil berat pasal pemakanan Raed. Dia pun baru aje keluar hospital. Tak nak lah Raed makan benda tak sepatutnya nanti.

          “Ok thanks sayang. Drive carefully. Text saya setiap setengah jam ok. I love you so much!” Matanya dikenyitkan. Ketawa tercetus melihat muka Radwa tak puas hati.

            Setiap setengah jam?

            “Raed, awak ni nakal lah. Penat saya nak layan kerenah awak, ok lah take care. Bye love”. Kereta Radwa bergerak keluar. Sempat diangkat tangannya pada Pak Mat.

            Love? Sama macam dulu. Raed tersenyum, pandangan masih setia ke arah kereta Radwa, sehingga menghilang.

 *******************************

Radwa melangkah perlahan ke dalam rumah. Tadi sudah diberi salam tapi macam tak ada yang dengar. Macam pencuri pulak gayanya.

            Kelibat Datin Zara sudah jumpa. Sibuk berulang-alik di dapur. Busynya mama.

           “Mama!!” Tubuh Datin Zara dipeluk dari belakang. Pipi wanita itu diciumnya. Kiri. Kanan. Berulang kali. Rindunya!

            Datin Zara terkejut. Oh, semangat. Nasib baik tak ada sakit jantung.

      “Sayang. Dah balik. Rindunya mama dengan Radwa ni”. Rindu dia dengan anak perempuannya ini. Sunyi rumah sejak Radwa tak ada.

            “Dah. Yeay! Best balik dapat jumpa mama. Radwa rinduuuu sangat dengan mama”. Radw nak bermanja dengan Datin Zara setelah lama wanita itu tidak ditemuinya. Kali terakhir di bilik Raed.

            “Ya la tu. Bukan rindu Raed lebih ke?” Datin Zara mengusik, Dia dah tahu akan hubungan mereka. Radwa yang bagitahu masa hubunginya petang semalam. Dia suka sangat dengar khabar tu. Tapi rahsia tu macam mana? Simpan ke cerita? Dilema.

            “Mama? Mama dengar tak cerita Radwa tadi?” Dilihat Datin Zara seakan termenung.

          “Mama? Mama ok? Ada masalah ke?” Radwa risau. Terasa bersalah pulak dah lama tak balik ke rumah.

            “Tak ada sayang. Mama ok aje. Radwa cakap apa tadi?”

         “Radwa cakap, Raed anak mama tu manja sangat. Tak terlayan Radwa dengan perangai nakal dia tu. Asyik nak kenakan Radwa aje”.

           “Dia memang manja dengan orang yang dia sayang aje Radwa. Tu maksudnya dia dah cinta sangat dengan anak perempuan mama ni”. Datin Zara ceria. Dari semalam tak lekang senyuman dibibirnya lepas dengar khabar hubungan mereka.

            “Mana ni. Buat Radwa malu aje”.

             Datin Zara hanya tersenyum.

            “Merah dah muka anak mama ni”. Pipi Radwa dicubit perlahan.

            “Eh? Radwa dah balik. Bila sampai?” Tegur Dato’ Ammar tiba-tiba.

            “Baru aje pa. Papa dengan mama sihat?” Lupa nak bertanya tadi.

          “Papa sihat. Tapi mama ni kamu tahu lah, sakit rindukan kamu”. Usik Dato’ Ammar. Dia tahu yang isterinya itu rindukan Radwa. Kalau tak tak akan lah hari-hari call budak tu bertanyakan khabar.

            “Abang ni, mesti lah saya rindukan anak perempuan saya ni”

          “Raed ma?” Tanya Radwa tiba-tiba. Bibirnya digigit. Tahu dah tersalah tanya. Muka Dato’ Ammar berkerut. Datin Zara bersedih.

          “Mama rindu dia sangat. Tapi mama gembira tahu yang anak perempuan mama ni ada untuk jaga dia. Jaga Raed untuk mama ya sayang”.

          “Baik mama. Kalau bukan sebab amanat Danisya pun Radwa akan jaga dia”.

      “Dato’, Datin, Radwa makanan dah siap. Jemput makan”. Dari tadi Mak Lelah sibuk menghidangkan makanan. Tak nak masuk campur perbualan anak beranak tu.

           Masing-masing mengambil tempat duduk. Radwa duduk berhadapan Datin Zara. Mak Lelah disebelah Radwa.

             “Mama, Radwa ada benda nak bagitahu”.

             “Apa dia sayang?”

             “Radwa nak pindah rumah”.

              Datin Zara, Dato’Ammar terkejut!

            “Kenapa tiba-tiba ni Radwa. Kenapa nak keluar? Radwa nak tinggalkan mama ke?” Datin Zara bersedih. Tak sangka Radwa pun nak meninggalkannya.

             “Kenapa n? Ada masalah ke Radwa?” Tanya Dato’ Ammar lembut.

            “Tak ada masalah papa, mama. Sebab kalau Raed nak pindah masuk sini balik, tak manis lah kan Radwa duduk sini juga. Lagi pun Radwa takut Raed tahu yang Radwa kenal mama dengan papa. Mesti dia ingat Radwa tipu dia. Radwa tak nak dia jadi macam dulu lagi. Marah-marah Radwa”.

             “Sebab tu ke?”

  Dato’ Ammar mengeluh. Dia tahu yang masing-masing salah faham. Raed ingatkan Radwa ni kekasih lama yang dah mungkir janji tapi Radwa pula menidakkannya. Tapi rasanya Radwa tak ceritakan lagi yang dia bukan gadis tu. Kalau tak dia tak akan serunsing sekarang. Telah Dato’ Ammar.

        “Tapi Radwa memang ga..” Ayat Datin Zara mati. Dia terpandang Dato’ Ammar yang menggelengkan kepala. Mungkin belum masa lagi nak ceritakan hal sebenar. Hubungan Raed dan Radwa juga masih baru lagi. Takut putus ditengah jalan disebabkan hal ni.

             Datin Zara mengalah juga. Mungkin tu yang terbaik mungkin buat masa ni.

           “Kalau Radwa rasa itu yang terbaik. Ok lah, mama terima. Tapi make sura call mama hari-hari. Duduk dekat luar tu kena pandai jaga diri. Jangan lupa makan pulak. Radwa tu macam mama tak tahu kalau dah menghadap kerja mana ingat nak makan”. Datin Zara membebel. Risau memikirkan keadaan Radwa nanti. Susah untuknya memantau Radwa nanti.

          “Baik mama, Radwa tak lupa”. Janji Radwa. Ingin menyenangkan perasaan Datin Zara. Dia tahu Datin Zara berat ingin melepaskannya.

           “Radwa dah ada tempat tinggal tak? Kalau tak papa boleh carikan untuk Radwa”.

        “Ada papa, Radwa tumpang rumah kawan. Dia tinggal dekat juga dengan hospital tempat kerja Radwa. Dia pun memang kawan satu tempat kerja, senang nak pergi kerja sama-sama nanti”.

        “Tumpang rumah? Baik Radwa duduk rumah sendiri. Papa belikan Radwa rumah nak?” Dato’ Ammar nak Radwa tinggal di rumah sendiri. Tak suka anaknya itu duduk menumpang. Lagi selesa tinggal di rumah sendiri.

            “Betul cakap papa tu sayang. Tak selesa tumpang rumah orang”.

           “Tapi mama, papa. Radwa tak nak menyusahkan. At least, Radwa ada kawan. Kalau rumah sendiri nanti duduk seorang aje. Radwa takut”. Pujuk Radwa. Mukanya dicomelkan nak ambil hati.

            “Hish, mengada anak mama ni. Ye la, tapi jaga diri baik-baik nanti”. Putus Datin Zara. Cair juga dengan anak perempuannya itu.

        “Yeay! Sayang mama”. Terus dia melangkah ke arah Datin Zara. Tubuh wanita itu dipeluknya. Pipinya dicium bertalu-talu. Gembira!

            Dato’ Ammar dan Mak Lelah yang melihat tersenyum. Rapat sangat hubungan Radwa dengan Datin Zara. Memang patut pun susah Datin Zara nak lepaskan Radwa pergi.

************************

“Radwa” Panggil Azlin.Nak tanya sesuatu.

            “Yup! Kenapa Lin?” Radwa dah tergesa-gesa nak balik. Dah berjanji dengan Raed nak jumpa nanti. Jam ditiliknya. Dah lambat ni.

               “Macam mana perancangan nak pindah. Mama kau kasi tak?”

            “Dia dah setuju. Tapi tak pasti bila aku nak pindah. Tak ada masa lah Azlin. Dalam minggu ni rasanya kut. Tengok lah dalam sehari dua ni. Kau kena tolong aku lah nanti”. Paksa Radwa. Sengaja nak menyusahkan Azlin.

            “Huh? Kena eh?”

            “Mesti lah”. Radwa tergelak melihat muka blur kawannya itu. Kalau mengenakan orang dia nombor satu, tapi kalau dia yang terkena mesti blur. Apa punya kawan lah Azlin ni.

            “Woi, jahat kau kenakan aku. Tapi no hal lah kalau nak tolong. Janji hari-hari kau masak untuk aku. Untung aku kau pindah masuk rumah aku kan. Hari-hari ada aje lauk kau masak. Housemate aku dulu pun dah pindah. Kau ada ni, tak lah sunyi aku nanti”. Angan gadis itu. Housemate yang dulu dah berkahwin sebab tu dia dah keluar duduk serumah dengan suami dia.

            “Ada-ada aje lah kau ni Lin. Nanti aku nak pindah aku calling-calling kau. Kau dah habis kerja ke?”

            “Tak lah. Aku baru masuk. Kau nak pergi mana tergesa-gesa tadi. Ada hal ke?” Tadi masa dia nak panggil Radwa, nampak gadis itu nacam tergesa-gesa nak balik. Tak akan Radwa dah lupa pulak? Muda lagi kawan dia ni.

            “Huh?” Jam dipandang.

 “Alamak aku dah lambat. Habis lah. Aku balik dulu Lin”. Radwa menepuk dahi. Bercakap dengan Azlin tadi hampir membuatkan dia terlupa dengan Raed. Habis lah, mesti kena denda lagi ni.

            “Kenapa?  Ada masalah ke?”

          “Ada date dengan Raed. Kalau lambat nanti aku kena denda lah. Bye, aku balik dulu”. Terus dia berlari anak pergi.

            “Ok, hati-hati bawa kereta”. Laungnya kepada Radwa yang semakin menjauh.

             Radwa hanya mengangkat tangan. Ditoleh sekejap ke arah kawannya tadi.

           Aku harap kau bahagia dengan Raed, Wa. Aku rasa dia Adam kau. Yang tercipta untuk kau. Sebab tu macam-macam halangan yang kau orang kena tempuhi. Bahagia lah dengan dia, sebab dia aje lelaki yang boleh buat kau ceria macam sekarang. Dia mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

            “Alamak aku pun dah lambat lah. Hish, tu lah tengok Radwa lagi sampai termenung-menung”. Azlin pantas bergerak. Takut ada yang marah pulak nanti. Azlin. Azlin. Rungut hatinya.

2 comments:

Anonymous said...

apa rahsia tu!!!!!!!
nk sgt tahu......
hihi..sambung la lg wahai cik penulis yg budiman..

misztyra9@ said...

@Anonymous
esok2 tggu ya dear..XD

Kehidupan seorang penulis © 2014