Thursday, 17 January 2013

Love Riddles 04

Thursday, 17 January 2013
. . .


“Jaket siapa tu?” Orang lain tengah sibuk buat tutorial, si Faiza ni sibuk nak tanya soalan yang memang tak ada kaitan.

            “Aku lah”. Malas dia nak jawab sebenarnya.

           “Sejak bila kau ada jaket macam ni?” Dia pandang jaket tu lama. Badan si Naural ni tak lah besar mana, tapi jaket yang dia pakai dua kali ganda saiz badan dia kut. Tapi..wangi!

            “Semalam”.

            “Huh?”

          “Aku dah ada sejak semalam”. Tak pandang raut Faiza pun sepanjang dia orang berbual, nak siapkan tutorial punya pasal. Nasib baik demam dia dah baik, tapi tu pun lepas kena paksa makan ubat dengan Faiza lah. Kalau nak rela sendiri makan memang tak lah. Tak sanggup nak korbankan lidah dia melawan kepahitan ubat-ubat tu.

            “Bila kau beli?” Penuh curiga betul muka si Faiza ni.

            “Ada lah, kau berminat sangat pasal jaket ni kenapa?”

           “Mana aku tak minat, kau mana pakai jaket ni. Lagi satu kenapa ada bau wangian laki dekat baju ni? Jangan nak cakap tu bau ayah kau”.

          Naural terkedu! Kuat sangat ke bau ni? Ingatkan dia seorang aje boleh bau. Hari ni dia pakai pun sebab rasa tenang dapat bau wangian tu.

           “Hah! Kenapa kau diam? Tipu aku lah tu”. Jari ditunjukkan tepat ke arah muka Naural.

          “Eh..tak..tak mana ada aku tipu”. Tergagap juga lah nak jawab, sebab semua ni tiba-tibakan.

          “Entah kenapa susah aku nak per..”.

          “Kak, nak minta tolong boleh?”

            Naural tarik nafas lega. Nasib baik budak ni datang, selamat lah dia dari soalan si Faiza ni.

           “Boleh. Apa dia?” Faiza pandang Naural, ketap bibir. Selamat pulak kawan dia ni. Tak puas hatinya!

******

Sepanjang hari Naural pakai jaket tu, dia rasa selesa, panas dan selamat. Tapi selamat kenapa? Kalau selesa dengan panas tu mungkin boleh faham lagi lah. Jangan kata yang dia dah tersuka tuan jaket ni. Adoi! Susah lah macam ni.

           Masa tengah beratur nak ambil makanan, Naural ternampak bayangan laki bertopi semalam. Bila dicari balik tak jumpa. Bukan nak apa pun just nak pulangkan jaket ni aje. Sebab dari dalam kelas ramai yang asyik bertanya sampai malas dia nak berjawab dah. Last-last dia cakap..

            “Yup! Ni boyfriend aku punya. Puas hati?”

           Lepas cakap macam tu terus tak tanya dah. Manusia zaman sekarang ni pelik betul lah. Tak ramai yang puas hati dengan kebenaran, penipuan juga yang dia orang percaya. Tapi bila dah terbongkar nak tuduh kita menipu pulak. Tak faham betul kan.

        Lepas dah mencari-cari tak ada tadi, Naural mengeluh. Salah timing kut, tapi kalau dia makan dekat sini mesti lah fakulti ni juga kan? Kalau macam tu senang lah dapat dia jumpa laki tu lagi nanti. Dia tersenyum, sebelum mencium bau wangian jaket tu semula, lalu menapak ke kaunter nak bayar harga nasi.

            Faiza pulak dari tadi mata dia tak lepas pandang tingkah Naural. Apa pelik kawan aku yang satu ni. Ada ke patut cium jaket lepas tu senyum seorang-seorang. Jaket siapa sebenarnya? Nampak macam dah angau aje?

            “Kau kenapa?” Terus dia bertanya, bila Naural duduk.

             Naural berkerut. Apa aku dah buat?

            “Kenapa dengan aku?”

           “Mana aku tahu kenapa dengan kau. Yang tu kau aje yang ada jawapan dia”. Bengang pulak Faiza. Ada ke patut orang tanya dia, dia tanya kita balik. Tak menjawab soalan langsung.
            “Serius. Aku tak tahu kau tengah cakap apa ni”.

            “Kau sihat tak sebenarnya? Kenapa tersenyum-senyum cium jaket tu tadi”.

           “Uhuk..uhuk”. Dalam tersendak pun, sempat lagi mata dia membulat dengan ayat kawan dia tadi. Macam mana si Faiza ni boleh perasan pulak. Dah bosan sangat ke apa, sampai semua yang aku buat nak perhati.

             “Kau perhatikan aku dari tadi ke?”

             “Tak ada maknanya”.

              Senyuman jahat dah terukir di bibir Naural.

            Faiza pandang pelik. Mesti ada aje dia nak mengenakan aku nanti. Dah kenal sangat dah perangai kau Naural.

            “Jangan cakap kau suka aku”.

            Mulut Faiza terbuka, sampai situ si Naural ni berfikir. Laju aje tangan dia mencubit lengan kawan dia tu. Tu lah mulut tak ada insurans lagi, kan dah kena.

            “Sakit lah..kejam lah kau ni”. Digosak-gosak bahagian lengan kirinya. Perit! Mama..sakit..

            “Kau lah, ada ke sampai fikir macam tu sekali. Melampau tu, aku tak minat perempuan ok. Aku setia dengan Luth sampai bila-bila”. Tersengih-tersengih dia. Sebut nama pun dah reaksi macam tu. Over ok!

             Naural berfikir. Luth? Siapa Luth ni? Memang dia susah sikit nak cam orang. Tak kira lah baik dengan dia ke tak ke. Contoh macam si Faiza ni lah, walaupun satu kelas, lepas tiba bulan baru completely ingat kawan dia ni. Sampai Faiza pun dah naik menyampah bila Naural asyik tanya nama dia siapa aje.

             “Luth siapa?”

           “Adoi! Aku lupa lah kau ni ada masalah nak ingat orang, dah lah kalau aku bagitahu pun bukannya masuk dalam kepala kau tu”. Dia sambung makan, dah lah tadi tergendala. Tak sedap lah makan nasi sejuk.

           “Aku pun tak faham lah Naural, kenapa lah kau ni susah nak ingat orangkan. Bukan setakat nama aje muka dia orang pun kau tak ingat. Betul tak?”

           “Ermmm..ye lah kut”.

          “Bukan kut, tapi memang betul kau tak ingat. Masa kecil-kecil kau pernah terhantuk ke, apa-apa ke?” Tiba-tiba berminat pulak nak tahu. Sebelum ni tak ada pulak.

            “Ayah aku cakap aku pernah demam panas beberapa hari dulu. Mungkin sebab tu kut”.

            “Eh? Boleh ke?”

           “Mana lah aku tahu, tu ayah aku cakap. Kalau nak tahu pergi lah tanya doktor. Aku pun tak tahu kenapa. Redha aje lah, dah aku tak ada kelebihan nak ingat orang, nak buat macam mana”.

            Faiza mencebik. Membebel pulak si Naural ni.

Luth yang duduk dimeja belakang terkedu. Dia dengar semua yang Naural cakap tadi. Susah nak ingat orang. Dia tak ingat aku?

 ******

Woi! Yang kau termenung ni kenapa?”

          Luth memandang ke arah Danny. Sekarang ni semua tengah duduk di satu meja dekat fakulti dia orang. Ada projek bersama yang nak dibuat. Biasa lah kan kerja budak engineering.

             “Kau ada masalah ke?”

            Luth mengeluh, buku yang diselak tadi ditutup. Dia pandang satu-satu muka yang tengah tunggu jawapan dia sekarang ni.

            “Dia tak ingat aku”.

            “Hah? Dia tak ingat kau?” Amir dengan muka blurnya bertanya.

            “Dia tak ingat kau?”

            “Serius?” Ramai pulak tiba-tiba nak tanya.

            “Tapi dia tu siapa?” Danny garu kepala. Aku ada tinggal apa-apa ke ni?

            “Dia lah....”

             Ye lah. Tapi ‘dia’ tu siapa?

           “So, nak buat macam mana? Boleh ke teruskan kalau kau pun dia tak ingat?” Amir tanya lagi. Soalan Danny tu dia buat tak tahu aje. Kawan dia ni memang lambat sikit, nanti malam kut baru dia tahu siapa ‘dia’ tu.

          “Aku pun tak tahu, kita ikut rentak aje lah...” Yang lain hanya memandang. Kesian juga dekat kawan dia ni. Tapi apa nak buat, Luth awal-awal dah bagi warning jangan pandai-pandai nak buat apa-apa sendiri. Semuanya mesti datang dari dia. Pasrah aje lah Luth..
           
******

“Naural nak pergi tengok movie tak?”

             “Cerita apa?”

            Lama Faiza berfikir. Dia nak keluar sebenarnya, bosan dah duduk terperap dalam bilik si Naural ni. Naural pun bukan nak layan dia borak pun, dari tadi asyik menghadap laptop aje.

             “Ermmm..Hobbit nak?”

           “Hobbit? Serius? Kalau Hobbit mesti lah nak. Gila kut kalau tak pergi tengok, dah lama aku tunggu cerita tu”. Bersinar-sinar mata dia dengar ajakan Faiza tadi. Memang dah lama dia nak pergi tengok, tapi tak ada yang nak teman aje.

            “Ok. Set! Lagi 30 minit nanti kita jumpa dekat bus stop. Kau jangan nak lambat pulak”.

         “Selama ni pernah ke aku lambat?” Mata dia dibulatkan, tanda tak puas hati dengan kata Faiza tadi.

            “Pernah ok. Selalu! Hilang ingatan apa?”

 ******

Tiba aje di Mid Valley Faiza dengan Naural dah bertepuk tangan. Kenapa? Sebab dia orang rasa bangga dapat datang sini dengan kudrat sendiri tanpa pertolongan orang lain. Nasib baik duduk dekat KL ni, tak ramai yang nak ambil kisah telatah orang lain. Kalau tak mesti ramai dah label budak dua orang ni sakit mental kut.

            “Cepat-cepat Naural, kalau lambat nanti mesti kena beratur panjang”.

            “Tak payah lah nak cepat sangat Iza, kita pergi makan dulu lah. Perut aku dah berbunyi ni. Sakit kut dari dalam train aku tahan lapar”. Mulut dimuncungkan. Sangat tak puas hati dengan cadangan Faiza tadi.

            “Tak boleh lah Naural. Kau pernah pergi sini tak sebelum ni?”

          Naural menggeleng. Dia memang tak pernah datang sini pun sebelum ni, paling jauh dia pernah pergi, Pekan Kajang. Pekan yang dulu pernah ada kes buaya terlepas tu. Tapi masih tak dapat disalihkan lagi lah betul ke tak.

            “Serius?” Tak sangka dalam UKM ni ada juga makhluk Allah yang tak pernah jejakkan kaki datang sini. Sebab tempat ni yang paling dekat and best untuk datang. Bagi budak UKM aje lah kut.

            “Serius lah, tak ada reason lah aku nak datang sini dulu. Kalau barang habis aku beli aje lah dekat k-mart tu. Semua pun ada, mahal sikit tu kira halal lah”.

             “K-mart? Bosan gila hidup kau Naural”.

            “Apa yang bosannya? Aku rasa ok aje. Selama dua tahun setengah ni boleh aje aku hidup tenang tak payah keluar-keluar ni”.

            Dahi Faiza berkerut. Memang susah nak faham insan bernama Naural ni.

            Lepas berbalah antara nak makan atau beli tiket, akhirnya Faiza yang menang. Memang lah Naural tak boleh menang kalau apa-apa yang melibatkan Faiza. Kawan dia tu hebat dalam nak mempengaruhi fikiran orang kut.

           Akhirnya sampai juga di tingkat tiga, yang terpaksa ditempuhi dengan penuh ranjau dan duri tadi. Tapi penuh ranjau dan duri tu hanya bagi pihak si Naural aje lah. Semua tu sebab ramai sangat orang yang dia kena elakkan masa nak lalu sebab dia tak suka manusia-manusia ni terlanggar sikit pun dia. Yang satu lagi sebab dari bawah sampai ke atas ada banyak restoran kut. Dah lah dia lapar, makin kuat kut bunyi perut dia.

            “Panjangnya Iza...”. Tak sangka sampai aje dekat kaunter tiket ni dia dihidangkan dengan pemandangan barisan panjang ni. Serius? Hari kerja ni pun ramai orang? Apa dia orang ni semua jenis yang tak kerja ke apa?

            “Memang lah. Tu sebab aku suruh beli tiket dulu, kalau tak nanti memang tak dapat lah”. Tangan Naural ditarik, berlari kecil juga lah nak beratur.

            “Kenapa masa hari kerja pun ramai orang?”

            “Sebab kawasan ni kan ramai budak universiti. UM pun dekat kan, dia orang jalan kaki aje dah boleh sampai”.

            Naural hanya mendengar. Betul jugakan. Mata dia melingas melihat orang ramai. Bila dia toleh balik ke arah Faiza, nampak kawan dia tu dari tadi tekun pandang ke arah seseorang.

             “Kau pandang apa?”

           “Tak ada apa lah. Dah, tak payah tengok sana”. Baru aje dia nak tengok dah kena tolak dengan Faiza.

             “Siapa sebenarnya yang kau nampak ni?”

             “Tak ada siapa lah Naural, tak ada siapa pun”.

            “Betul? Kenapa aku nampak kau macam nak menangis? Ok tak ni? Jangan nak buat aku risau”. Naural dah hampir nak capai tisu. Memang nampak jelas kut muka Faiza ni dah nak menangis. Tapi kenapa?

            “Tak payah lah Naural, kau ni over lah. Aku ok”. Lepas cakap tu, dia orang terus diam sampai turn dia orang sampai. Naural dari tadi khusyuk pandang Faiza. Apa dah jadi?

            Ngam-ngam aje lepas beli tiket dia orang dah terus boleh masuk. Tapi baru aje dia nak menapak masuk ke dalam line nak masuk dalam panggung, langkah Faiza terhenti. Naural yang pelik terus pandang kawan dia.

            Dia terkedu!

            Kenapa Faiza menangis? Apa dah jadi sebenarnya?

           “Kenapa ni Iza?” Bahu kawannya disentuh. Esakan kecil dah terdengar.

           “Luth...dia dah ada girlfriend...”

            Eh? Siapa Luth?



p/s : so far sampai bab 4 ni siapa yang tak berapa suka? Nak ikut jalan cerita ni ke nak ubah lagi? Kalau tak suka baik ubah dari awalkan..komen ya ..tanx :)

6 comments:

| lady | said...

sampai hati sungguh Naural tak igt Luth hehehe
Luth ade girlfriend ? siapakahh ??

Anonymous said...

teruskn kak...
dh ok dh jln cter ni...
saya sokong akak...

-noorwiyel-

Anonymous said...

okeh tyra...cantekkkkk punye :)

Anonymous said...

akak xyah ubah ape2..dh ok ni..kite follow je yg ni..suke sangat3..cop.. Luth ade girlfriend??tidakk!!huhu..
frust jap...eh ni mesti plan Luth kan nk bg Naural igt dia...ceh2..ade gaye detective conan lak kite ni..heheh..anyway tis is veri nice n great love story..10 star utk akak..150% points utk akak..hihi..teruskan tambah yg sweet dlm story ni..hihi
-nasira comel-

misztyra9@ said...

@Anonymous
hehe..sweet eh? ni mesti pengaruh Raed & Radwa kan?

misztyra9@ said...

@| lady |
jeng3x kita tgu sama2... :P

Kehidupan seorang penulis © 2014