Saturday, 26 January 2013

Love Riddles 09

Saturday, 26 January 2013
. . .


Wei, turn kau pulak”. Jeritan tu memang mampu mengejutkan dua insan yang saling memandang dari tadi. Dua-dua terkejut. Malu kut kena tangkap pandang anak orang macam tu.

            “Hah? Kejap-kejap”. Laju aje dia turun bermain.

            Naural pulak ditinggalkan, menghadap senyuman nakal kawan-kawan laki tu. Makin tebal dah terasa muka dia ni. Panas!

            “Strike! Hebat lah kau. Boleh menang kalau selalu macam ni”. Bahu laki tu ditepuk. Kalau gaya dia main macam tu, memang ada can dia orang menang lah kali ni.

            Naural tersenyum. Thumbs up ditunjuk. Memang hebat lah laki ni. Rasa kecil pulak, tapi memang dia kecil pun kan.

            “Thanks. Awak punya turn pulak”.

           Naural pilih bola. Nak ambil yang ringan macam tak best aje, nak ambil yang berat sikit lah.

         Lepas dah pilih dia mula melangkah tapi entah macam mana disebabkan bola yang agak berat tu buat Naural hampir nak jatuh. Bukan hampir lah, tapi memang dah jatuh pun. Teka jatuh dekat mana? Jeng..jeng..jeng..

            Atas riba lelaki tu. Dua-dua terkejut, tapi laki tu kemudian dia ukir senyuman bukan main lebar lagi. Suka lah tu, ni baru betul dengan perumpamaan bagai bulan jatuh ke riba kan.

            Naural pulak dia tutup mata, muka dia memang dah panas. Dia tahu dia jatuh tapi dia tak sedar jatuh atas riba laki bertopi tu. Dia takut nak buka mata sebab sekarang ni mesti semua dah pandang dia. Memang betul pun, tapi just group dia aje lah. Yang lain tak perasan.

            Lepas dah berminit-minit tunggu tapi tak ada wakil yang nak main dekat depan, seorang ni pun volunteer lah masuk. Dia tahu yang masing-masing Naural dengan kawan dia tu mesti tak sedar dengan dunia sekeliling dah sekarang ni.

           Naural buka mata lepas akal dia dah boleh berfikir dengan normal, dia pelik juga sebenarnya sebab tak sakit pun. Tempat yang dia duduk ni lembut tak pun keras macam lantai batu ni. Buka aje mata mulut dia melopong. Aku duduk atas riba dia? Malunya!

            “Sorry-sorry. Saya tak sengaja. Sorry awak”. Cepat-cepat dia nak bangun. Segan dah kut. Dua pasang mata lain tu dari tadi tersengih-sengih tengok. Apa yang nak disengihkan pun tak tahu.

            “Tak apa. Bukan selalu dapat peluang macam ni pun”. Perlahan aje, memang niat nak bagi Naural aje yang dengar.

            Muka Naural makin merah lah jadinya. Peluang? Bunyi macam gatal aje laki ni.

            “Gatal lah awak ni”. Dia mendengus. Mula menapak nak cari tempat duduk jauh sikit. Tapi baru setapak dia melangkah, tangan dia dah terasa ditarik. Dia berpusing, melihat.

          “Saya tak gatal lah, kalau gatal pun dengan awak aje. Tak payah nak duduk jauh-jauh, duduk sebelah saya aje”. Ditarik kuat lagi tangan Naural, paksa Naural duduk juga sebelah dia.

           “Kenapa pulak? Tak nak lah”. Naural cuba bangun lagi. Tapi tak berjaya sebab kali ni bahu dia dipegang kuat, halang dia bangun.

            “Jangan berani bangun. Awak mana boleh duduk jauh dari saya sayang”.

             Sayang? Dia panggil aku sayang? Ke aku yang salah dengar ni? Pelik juga kan.

            “Awak panggil saya sayang?”

            “Hah? Mana ada. Awak salah dengar tu”. Seboleh-boleh dia nak denykan.

           Aik? Memang betul lah kut, kalau tuan punya badan pun dah cakap tak. Tak kan aku nak perasan pulak.

            “Dah, kejap. Turn saya pulak main tu”.

            Naural hanya pandang. Betul ke tak tadi? Rasa macam ada dengar lah..

******

“Awak tak reti main ke?”

            “Bukan tak reti, tapi dah lama tak main aje. Sebab tu satu pin pun tak jatuh. Sedihnya”. Sedih kut tadi, bila dah sampai turn dia lagi sekali, pin satu pun tak jatuh. Masuk longkang. Malunya dengan group ni. Mesti dia orang benggangkan?

            “Tak apa lah, awak dah lama tak main aje. Bukannya tak pernah mainkan”.

            “Tapi still sedih, sorry kalau saya punca group ni kalah nanti. Saya nak minta maaf awal-awal lah”.

            “Tak ada apa lah”. Kepala gadis tu diusap.

            Walaupun Naural tak nampak tapi dia tahu yang laki tu mungkin tersenyum disebalik topi dia tu. Hati yang sedih tadi pun bertukar jadi berbunga-bunga.

            “Jom..”. Tangan Naural ditarik. Kerutan di raut Naural dibiarkan dulu.

         “Nak pergi mana ni? Kawan saya ada dekat sana, kalau saya pergi nanti mesti dia orang susah nak jumpa saya”. Naural menoleh ke belakang. Nak tengok Dila lah, tapi tak ada satu pun yang perasan. Semua tengah sibuk bermain.

           “Tak pergi mana pun lah, kita nak ambil tempat yang kosong ni aje. Tempat ni pun tersorok sikit. Tak ada lah yang nak ganggu kita nanti”.

           Tersorok? Tak ada yang nak ganggu? Apa dia nak buat dekat aku ni? Muka Naural berubah jadi pucat.

            Laki tu tertawa. Comelnya awak...

         “Saya tak apa-apakan awak ok. Just nak ajar awak main aje. Dah tak payah nak fikir bukan-bukan lagi”.

          Naural yang dengar dah tarik nafas lega. Nasib baik, kalau dia nak apa-apa kan aku tadi memang dah kena tendangan warisan keluarga aku ni.

            “Ok jom. Mula-mula awak pilih bola dulu”.

            Naural mendekati tempat bola-bola banyak tu. Macam-macam warna ada, dia angkat satu-satu. Nak rasa berat dia, lepas dah puas hati satu bola warna biru dicapai.

            “Dah pilih. Dah boleh main?”

            Laki tu pandang bola pilihan Naural. Macam tak kena aje. Dia merapati Naural, tapi Naural pulak mengundur. Apa dia nak buat ni? Mencurigakan lah.

            “Naural dah stop. Saya nak tengok bola yang awak pilih tu aje ok”. Naural berhenti. Bola ditangannya diberi pada laki tu. Bola ditimbang-timbang. Kenapa lah bola ni yang dia pilih. Adoi! Naural..Naural..

            “Kenapa pilih bola ni?”

            “Sebab warna biru satu lagi sebab dia berat, senang nak jatuhkan semua pin tu nanti”.

        “Kalau senang kenapa tadi tak ada satu pun yang jatuh?” Ohh...sentap! Naural dah menunduk. Salah ke fakta tu?

           “Bola ni berat sangat, biasanya untuk laki aje. Awak yang perempuan, badan kecil macam ni ambil aje yang ringan sikit. Tak payah nak sakitkan tangan pegang berat-berat ni”. Naural hanya mendengar. Takut nak mencelah.

            “Dah pergi cari yang lain. Yang ni bagi saya aje”.

            Naural mencebik, malasnya dia ni nak ambil bola sendiri.

          “Ok sini, tunjuk cara awak selalu main. Saya nak tengok dulu cara awak, lepas tu baru saya ajar”. Dia bagi laluan kepada Naural. Nak tengok skill yang Naural ada dulu. Senang dia nak tengok kesalahan Naural nanti.

            Naural bersemangat tunjuk cara dia. Dibaling bola bowling tu, pergerakan kaki dan tangan dia berubah seiring dengan balingan tadi. Laki tu hanya memerhati dari sudut tepi. Tajam dia memerhati.

            Tapi tu lah, pergerakan tangan dengan kaki tu dah cantik tapi kenapa still masuk longkang?

            “Apa dah jadi ni? Kenapa masuk longkang lagi?” Naural dah macam nak nangis. Sedihnya!

          “Dah-dah, jangan nangis. Saya tunjuk, sini”. Tubuh Naural ditarik mendekatinya. Dia berdiri di belakang tubuh Naural, nak mengajar.

          “Pegang bola ni macam ni. Kalau salah pegang pun boleh buat tangan awak sakit lepas baling nanti”. Jari Naural disentuh, ditunjukkannya cara yang betul. Terasa lembut pegangan dia.

            “Kemudian, badan ni. Awak salah dekat sini lah tadi”. Dia tunjukkan cara yang betul. Bahu Naural pulak disentuh.

           Naural dah sesak nafas. Dekatnya aku dengan dia ni? Dah nampak macam tengah berpeluk. Tapi tak lah juga, kalau orang lain yang tengok maybe buat andaian yang dia orang tengah berpeluk lah kut. Dekat sangat sampai boleh bau wangian dia lagi. Wanginya! Naural tutup mata, nak menghayati lah kononnya. Semua yang laki tu ajar memang tak masuk dalam kepala dia. Dia tak dengar pun.

            “Awak faham tak?”

            “Hah?” Baru Naural ni tersedar. Apa dia cakap tadi?

            “Awak faham apa yang saya ajar tadi tak?”

        “Hah..ermm... dengar lah kut”. Dia tersengih, tak sedar pun laki tu dah diri depan dia sekarang ni. Malunya! Mesti dia nampak aku tengah berangan tadi ni.

            “Betul ni dengar?”

            “Betul-betul”.

          “Kalau macam tu, main. Saya nak tengok, tapi guna cara yang saya ajar tadi. Bukan cara awak ok”.

            Naural tercengang. Apa cara dia? Aku tahu setakat macam mana nak pegang tu aje lah. Yang lain tu memang tak dengar pun.

            Naural diri tegak juga, bola dipegang guna cara yang dah diajar tadi. Masa dia dah nak mula baling tu, dah dihalang oleh laki tu.

            “Salah lah awak, bukan macam tu. Kan tadi saya dah kata jangan guna cara awak. Guna cara yang saya ajar”.

           Tangan Nuaral kembali disentuh, kali ni degupan jantung dia yang kuat dibiarkan dulu. Kena dengar apa yang cikgu bowling ni nak ajar. Tak kan kali kedua pun nak berangan kan?

            Kali ni tangan Naural dibantu oleh tangan laki tu. Bola sama-sama dibaling. Kalau perasan tadi memang gerakan tangan dan kaki dia orang ni sama. Macam dah pro kut. Pin-pin depan ditengok.

              Mulut Naural berbuka. Serius? Semua jatuh.

        “Yeah! Semua jatuh. Semua jatuh!” Dia melompat-lompat. Sukanya. First time kut, selalunya mesti beberapa kali percubaan juga lah baru semua tu nak jatuh. Ni sekali aje? Hebatnya aku. Ok..cop..cop..bukan aku. Tapi cikgu bowling ni. Hebatnya dia!

             “See..kan boleh jatuh semua. Good girl”. Kepala Naural diusap.

          Naural hanya senyum. Sukanya dapat jatuhkan pin-pin tu. Bukan main lebar senyuman Naural.

            Tangan laki tu berhenti mengusap. Terpaku kejap tengok senyuman Naural ni. Manisnya, cantik Naural senyum macam ni.

             “Ok. Sekarang saya nak tuntut upah saya pulak”.

            “Hah? Ada upah ke?” Naural dah rasa nak menangis ni. Dia mana ada duit nak bayar.

            “Mesti lah ada. Saya tak ajar orang free ok. Semuanya kena ada upah”.

            “Tapi bukan saya yang minta pun tadi. Awak yang offer diri, baik hati sangat nak ajar saya kan”. Mulut Naural memuncung. Geram. Tak puas hati.

            “Ohh, tadi tu. Saya geram tengok game yang senang ni pun awak tak lepas. Sebab tu dari berterusan sakit mata tengok baik saya ajar”.

            Mulut Naural terbuka lagi. Terkejut. Sentap! Ada ke patut? Ada juga orang macam ni kan. Apa yang sakit mata? Dah tutup muka dengan topi tu pun nampak lagi ke? Dia pun tak faham lah macam mana laki ni boleh nampak? Tak jatuh pun masa jalan.

            “Ok lah, apa upah awak? Berapa?” Dompet dikeluarkan. Tunggu dia cakap harga aje ni.

            “Saya tak nak semua ni, simpan dompet awak”. Dompet Naural diambil. Dimasukkan balik dalam beg gadis tu.

            “Habis tu kalau bukan duit awak nak apa?”

         “Tolong jangan senyum macam tadi dengan orang lain. Saya tak suka, saya tak boleh terima. Tu aje”. Lepas cakap dia berlalu. Nak sambung balik main.

            Naural terdiam? Tu upah dia? Tapi kalau dia tak boleh senyum, then nak buat apa? Susah juga ni...

******

Naural tersenyum sendiri. Dia dah jatuh cinta ke? Kenapa dari tadi dengupan jantung dia ni dah lain. Semalam pun dia terasa berat hati nak balik. Ye lah dia kena balik dengan Dila and the geng kan.

            Ok-ok lupa nak bagitahu yang, group yang dia join tu menang. Dia pun ada sumbang juga lah. Tu pun boleh buat lepas kena diajar tadi. Tiap kali dia strike mesti tangan laki tu ditepuk. Masa mula-mula Naural pelik juga kenapa, laki tu tunjuk telapak tangan dia, dah lama sikit baru dia faham. Nak high five rupanya.

            Beberapa pusingan terakhir tu memang penuh gelak tawa dari group dia orang lah. Naural pun dah boleh join sekaki nak bergurau. Sporting sangat dia orang semua ni, laki bertopi tu lagi lah. Ada aje yang nak diusik si Naural ni.

           Tapi kalau ingat lagi upah yang dia kenakan tu memang kejam lah. Tak boleh senyum! Tapi tadi dia ada tambah lagi.

            “Tak boleh senyum untuk laki lain. Dekat saya aje boleh”.

            Tu lagi kejam kan? Senyuman tu kan sedekah, senang aje nak dapat pahala. Tapi laki tu pulak pergi halang, tak apa lah lain kali depan dia aku senyum aje. Sampai cramp muka ni pun tak apa. Tebus balik sedekah tu. Tapi boleh ke? Tu macam dah serupa gatal pulak.

            Dadanya dipegang. Sekarang ni dia tengah berbaring sambil dengar lagu. Jantung apa dah jadi ni? Kenapa dah mula mainkan irama lain?

           Sedang dia tersenyum-senyum sendiri atas katil, sambil dengar love song. Yang memang cute-cute, sweet-sweet lirik dia tu...

            Tuk..tuk..tuk..

         Bunyi ketukan yang kuat mematikan semua perasan sweet dan cute tadi. Adoi! Siapa lah pulak yang mengacau aku ni. Malas dan lemah aje langkah yang diatur mendekati pintu. Bila terbuka aje, reaksi Naural?

            “Haahhh?” Muka terkejut..


5 comments:

SEPULUH said...

:)

1 . "Naural buka mata lepas akal dia dah boleh berfikir dengan normal,..."

i suka ayat ni

2. "Walaupun Naural tak nampak tapi dia tahu yang laki tu mungkin tersenyum disebalik topi dia tu. Hati yang sedih tadi pun bertukar jadi berbunga-bunga."

ooo... cinta dah berputik ya... hihihi

3. Nak lagiii, nak lagi... :)

^_^




:P

PS: TEN Pin Bowling Tips for Beginners
http://www.youtube.com/watch?v=pCFt_aH93dA

Anonymous said...

akak!!!!!!sweet gilerrr...sampai nangis kite bace part ni..really2 sweet...alamak kite dh terjatuh hati kat lelaki bertopi tu la..hihi..camne ni??tapi hati kite kate lelaki bertopi tu Luth..ceh2..confiden lak kite...haaaaaaaaaa...kite xley stop senyum la akak...hhhihihii..im falling love akak...
-nasira comel-

misztyra9@ said...

SEPULUH : tq utk tips tu..sy pn xtahu sebenarnya..hehe..main bantai aje tulis...

nasira : sampai menangis. xpa nanti ada satu bab ni mmg lg blh menangis..hehe (kejam kan)

Anonymous said...

kak!!!!sweet nye.....
saya pon nak jugak bljr main boling dgn lelaki bertopi tu...
sy tau,lelaki tu luth saya...
nasira,jgn jeles ok..hihi...
nak lagi kak!!!!

-noorwieyl a.k.a noor-

Anonymous said...

kak noorwieyl!!!tu Luth kite la..pleas stay away from my Luth...hihi..owh akak nk rebut ngan kite ye?heheh..mane boley!!laki bertopi tu pon kite punye gak..peace2!!hihi
-nasira comel-

Kehidupan seorang penulis © 2014