Sunday, 4 January 2015

Love Riddles

Sunday, 4 January 2015

. . .

Assalamualaikum. 
First entry untuk tahun ni. Yeay! Korang semua sihat x? Apa azam tahun baru ni? Dah ada? Eh. Banyak pulak soalan. Hahaha. Dah lama tak merapu dalam ni. Tu yang terexcited sikit. Ok. Tak nak merapu panjang sangat.  Alhamdulillah. Azam saya untuk tahun ni ada satu yang dah tercapai. Syukur..syukur.. alhamdulillah. 

. . .

Akhirnya.... Love Riddles dah keluar dalam web p2u. Happy. Korang semua peminat2 Luth dan Naural jangan lupa dapatkan cerita ni. Dekat pasaran rasanya belum ada lagi. Baru ada dalam web dulu. Boleh beli online. Ada diskaun rm3 dan free postage tau. Dapat jadi antara pembaca terawal pulak tu. Best2! Rugi kalau tak beli.. ^^ 


. . .

Alhamdulillah. Seperti yang dah dijanjikan dulu. Ni nak tunjukkan cover lover riddles yang super awesome tu. Cantik tak? Kreatifkan designer cover ni. Thanks En. designer cover Love Riddles. Credit untuk anda. ^_^


. . .

Bagi peminat2 semua jangan lupa tinggalkan jejak di bawah. Yang dah baca cerita ni dalam blog ada kelainan sikit dalam versi bercetak ni. Atas permintaan ramai juga. Saya panjangkan lagi cerita. Yeay! Baru enjoy lebih sikit baca. Ok. jemput baca official sinopsis Love Riddles. Versi cetakan. ^_^


p/s : Yang belum baca di blog.. baca lah dulu ye. Bagi komen anda mengenai karya terbaru dari saya ni. Kalau suka nanti boleh dapatkan karya ni. 

Ainun Naural gadis universiti yang biasa. Dirinya yang suka bermain gitar di bawah pokok di padang UKM menjadi perhatian seseorang yang sering melihatnya dari jauh. Dia tidak pernah menyangka bahawa kehadiran lelaki bertopi itu di dalam hidupnya akan membuatkan cik hatinya berdegup kencang. Saat dirinya basah ditimpa hujan, jejaka misteri itu payungkan, saat dirinya kebasahan, jaket lelaki itu disarung ke badannya yang dingin.
Naural tak nafikan yang dia mula menyukai jejaka yang sering melindungi dirinya dari jauh itu. Namun saat cinta dihulur kepadanya, Naural seperti kaku.
“Sudi awak jadi kekasih saya?”
“Tapi semua ni macam awal lagi. Kita pun baru kenal, kan?”
Jejaka bertopi terus menghilang selepas itu. Naural cuba menjejaki ke bilik piano yang pernah dia dan jejaka bertopi kunjungi bersama, tetapi apa yang dia jumpa hanyalah... bilik yang berdebu dan kotor! Adakah dia hanya bermimpi selama ini?
Kehadiran Luth, jejaka pujaan ramai di dalam hidup Naural, mengembalikan senyuman wanita itu. Cik hati Naural mula terjatuh lagi. Tapi kehadiran Marysa membuatkan cinta yang baru bertunas, layu kembali.
Nak kenal siapa saya? Jom main Love Riddles dengan saya... :P
Teka-teki yang diterima daripada seseorang bagai mengalihkan perhatiannya daripada kekecewaan dengan cinta tak kesampaiannya dengan Luth.
(i) [sqrt(cos(x))*cos(300x)+sqrt(abs(x))-0.7)*(4-x*x)^0.01, sqrt(6-x^2), -sqrt(6- x^2) from -4.5 to 4.5] (you)
Sebaris teka-teki ini merungkaikan segalanya. Ia sebuah graf cinta! Antara jejaka bertopi, Luth dan pemberi teka-teki, siapa akhirnya cinta terakhir Naural? 
. . .
Jumpa lagi nanti. Assalamualaikum.
. . .
Lots of love,
<MISZTYRA - 2015>

7 comments:

Am_Mir said...

Wahhhh dah terbitt >3< <3 <3 <3
Tahniahhhh MiszTyra! <3 <3

misztyra9@ said...

Am_Mir : Thanks2!! <3 <3 Hehehe.. jangan lupa dapatkan novel Love Riddles nanti tau.. ^_^

nhif said...

I pergi kedai buku dekat kl takda lagi. Kena terjah popular pulak

misztyra9@ said...

nhif : hai awak.. sy dah tgk Popular smlm .. xada masuk lagi.. mph xtgk lg.. slalunya mph lg cepat msuk dr popular.. insya-allah esok baru nk tgk2 dkt mph.. hehehe ^_^

ms bruneian said...

hye penulis yang hebat, baru ini saya terjah blog awak dan baru ini saya baca karya awak. jatuh cinta dengan love riddle sekarang nak tempah online jauh from malaysia to brunei. insyallah dalam 1-2 minggu ne dapat lah buku awak, thank you :)

misztyra9@ said...

ms bruneian : hai awk.. salam perkenalan.. alhamdulillah awak suka..hehehe.. 1-2 minggu? Lama juga tu.. dah dapat nanti enjoy baca bab yg seterusnya awk.. hope awk suka cerita ni dari awal smpai akhir.. maaf kalau ada yg terkurang.. ^_^ Thanks sgt2! <3

MISS eilanabila said...

Hai akak still ingat Kat eilanabila rindu gila Gan karya akak...lama Eila xbuka blog akak...

Kehidupan seorang penulis © 2014