Monday, 28 January 2013

Love Riddles 11

Monday, 28 January 2013
. . .


“Sini ke?” Naural pandang seluruh ruang. Ada apa yang best dekat sini? Apa yang ada untuk hilangkan kesedihan dia ni.

              “Bukan sini lah. Tempat lain”. Tangan Naural ditarik lagi dibawa ke satu tempat.

            Satu pintu dibuka, menghubung ke satu bilik kecil. Tapi ditengah-tengah ada piano lah. Piano? Bestnya. Kenapa dia tak pernah tahu tempat ni ada piano. Kalau dia tahu hari-hari dia datang lepak.

             “Mana datang piano ni?”

             “Ermm...saya tak tahu pulak asal usul piano ni”.

            Naural tergelak. Apa lah dia ni, orang nak tanya macam mana piano ni boleh ada dekat sini. Dia faham lain pulak.

            “Bukan lah saya nak tanya sejak bila ada dekat sini? Piano ni siapa tuan dia?”

            “Ohh...saya yang punya. Saya bawa datang sini dulu. Kalau bosan boleh datang mainkan”.

            “Serius? Kayanya awak!” Excited kut first time ada kawan kaya macam ni. Tapi kawan ke?

             “Tak ada lah kaya. Awak nak main tak?”

          “Boleh ke?” Mata dia dah bersinar-sinar. Sukanya. Ni baru betul boleh kurangkan kesedihan dia.

            “Mesti lah boleh. Untuk pengetahuan awak kan, ni first time saya bawa orang lain masuk sini. Selama ni saya seorang aje yang tahu”.

          “Really? Bestnya awak. Maknanya lepas ni kalau awak ada sakitkan hati saya, saya nak bocorkan bagi orang lain juga tahu. So, jangan lah buat ya. Better takut dengan saya”.

              Naural tertawa dengan kata dia sendiri. Berani ke nak bocorkan?

            “Tak kan lah sayang. Saya tak akan sekali-kali sakitkan awak. Awak paling bernilai dalam hidup saya, mana lah saya sanggup nak lukakan awak”.

            Nampak jelas air mata yang bergenang di mata Naural. Romantiknya dia...

            “Jom..”..         

            “Nak pergi mana? Saya belum puas lagi lah. Nak main dulu boleh”.

            “Memang nak pergi main dulu pun lah. Jom lah”.

            “Ok...”. Lebar senyuman Naural. Dah hilang sedih ke? Tak ada lah hilang tapi dah simpan dalam-dalam. Malas nak ingat, nak fikir. Lupakan...lupakan...lupakan..

             “Tahu main tak ni?”

            “Kalau tak reti awak nak jadi cikgu piano saya ke?” Muka dia dicomelkan. Teringat pulak kenangan dia orang masa main bowling beberapa hari lepas.

            “Ermmm...ok jugakan idea tu. Tapi depend dengan berapa banyak upah yang saya dapat lah. Boleh tak?”

            Naural telan liur. Upah? Dia ni memang tak pernah buat kerja ikhlas ke apa? Semua pun nak upah bagai.

             “Cancel lah. Tak suka upah-upah ni. Mesti benda pelik-pelik awak minta nanti”.

          Dia tertawa. Ada-ada aje lah Naural ni. Memang lah dia suka minta upah, tu pun sebab gadis tu yang kedekut nak bagi.

            “Mana boleh cancel. Dah jom saya ajar main piano ni”.

            “Tapi upah tu. Saya tak nak bagi upah ok”.

            “Ok-ok. Tak nak bagi upah pun tak ada, sini duduk sebelah saya”.

          Lebar senyuman Naural dengar kata laki tu. Dapat juga main piano, sebab ni impian dia dulu. Tapi dia mana lah mampu nak masuk kelas piano ni. Yuran dia mahal kut, dengan macam-macam exam lagi. Tak sanggup!

           Sepanjang petang dia orang habiskan masa bermain piano. Terdengar gelak tawa Naural tiap kali dia salah tekan. Tapi laki tu sabar aje melayan. Dia rasa bahagia. Dah lama diharapkan semua ni. Bila dah jadi kenyataan tak kan nak sia-siakan.
           
******

Esok tu pun dia habiskan masa dengan laki tu lagi. Dah banyak kali dah dia suruh laki tu buka topi dia. Tapi sampai sekarang dia cakap belum masa lagi. Masa untuk apa entah? Dia pun tak tahu.

            “Kali ni nak buat apa pulak?”

            “Ermm..nak keluar tak?”

            “Keluar?”

         “Ye lah sayang. Boleh dia blur pulak kan. Dah jom, masuk kereta ni. Kita pergi Sunway Pyramid nak?”

            “Sunway? Tak jauh ke?”

            “Tak lah, tak jauh pun. Kejap aje ni. Dah-dah, nak tanya nanti dalam kereta. Awak masuk dulu”. Tubuh Naural ditolak. Kalau layan persoalan ni ada dia tak sampai tempat tu nanti.

        Dari tadi mata Amir tajam memerhati. Naural dengan siapa tu? Siapa laki bertopi tu sebenarnya? Boyfriend dia ke? Kenapa tak pernah nampak pun sebelum ni?

******

“Cantiknya tempat ni awak”. Kagum Naural tengok design bangunan ni. Dah rasa macam dekat oversea pulak.  

            “Awak suka? Kalau suka saya boleh bawa awak selalu datang sini?”

            “Suka..Suka sangat. Betul ni? Betul awak nak bawa saya selalu?”

            “Ye sayang, saya bawa awak selalu datang ok. Dah jom kita pergi makan dulu. Awak nak makan apa? Hari ni saya yang belanja. Awak cakap aje nak apa”.

            “Bestnya..kalau macam ni jimat lah saya kan. Best-best”.

         Dia orang melangkah ke arah sebuah restoran. Memang dah lama Naural ni tak makan sedap-sedap macam ni. Maksud sedap dekat sini sama dengan mahal ya. Ye lah kan, Naural ni penjimat sangat. Nak keluarkan duit untuk makan dekat kolej tu pun berkira. Apa lagi kalau keluar macam ni. Nasib baik juga ada yang nak belanja kalau tak tadi dia beli roti aje minum dengan air mineral.

            “Lepas ni nak pergi ice skating tak?” Laki tu pandang Naural. Dia tersenyum.

          “Sini ada ke?” Teruja betul dia ni. Tapi lebih lagi macam jakun lah. Ye lah Naural ni kan paling jauh dia pergi pun pekan Kajang tu.

            “Ada sayang. Nak main tak?”

            “Mahal tak?” Dia dah buka dompet nak tengok banyak tak duit yang dia ada lagi ni. Sebab rasanya memang mahal kut.      

            “Tak apa lah, biar lah hari ni saya belanja semua. Awak tak payah keluar duit pun ok”.

            “Tak payah? Langsung tak payah? Boleh ke? Tak nampak macam pengikis?”

             Laki tu ketawa. Adoi! Penat asyik cakap ‘laki tu’ aje. Dia ni tak ada nama ke apa? Bila lah si Naural ni nak tanya nama dia. Asyik sebut ‘laki bertopi’ aje, penat kut nak taip panjang-panjang.

            “Tak ada lah, saya yang ikhlas nak belanja”.

          “Betul eh? Nanti jangan mengungkit”. Jarinya ditunjukkan. Nak bagi peringatan. Nak belanja dia on aje, tapi kalau dah mula mengungkit. Sorry lah, tak ada istilah kawan untuk orang tu. Naural tak suka spesial macam tu.

        “Betul-betul. Dah jom, saya tak nak main masa malam. Nanti lagi sejuk, tak nak awak selsema lagi macam dulu. Risau saya”.

          Selsema macam dulu? Kenapa lah laki ni prihatin sangat? Dengan semua orang ke dia macam ni. Atau dengan aku aje? Ok nak perasan kejap. Tersenyum-senyum Naural.

            Masa berjalan, dua-dua diam. Tak tahu nak cakap apa. Ye lah kan, masih ada sikit janggal lagi lah.

            “Wahh...cantiknya tempat ni”.

             Bulat dah mata dia. Comel aje.

            “Sebab tu saya bawa, suka tak?”

          “Suka, saya rasa macam dekat New York, Korea, Jepun. Bestnya, untung hari ni kan. Dapat pergi melancong dengan awak. Dah lah semua ni free aje”.

          “Lagi best kalau saya dapat bawa awak sendiri pergi tempat-tempat tu. Mesti awak lagi suka. Tapi kita tunggu lah nanti. Belum lagi masa”.

         “Belum lagi masa? Kenapa awak nak bawa saya pulak? Nanti girlfriend awak marah lah”. Apa Naural ni nak uji si laki bertopi ke? Tapi pelik juga baru hari ni dia nak tanya status laki tu. Tak takut ke apa yang jadi pada Faiza berulang?

          “Tak ada siapa yang nak marah lah. Lain lah kalau saya dengan girl lain, maybe ada yang marah kut”.

            Aik? Sebenarnya ada yang marah ke tak? Macam tak dapat nak hadam ayat laki tu aje tadi. Susah..susah..

         “Dah tak payah nak buat muka blur tu, memang lah comelkan. Tapi saya tak suka ada yang tengok nanti. Awak duduk sini kejap. Saya pergi kaunter dulu”.

          Naural mengganguk. Aku comel?

        Dalam 15 minit tunggu, tapi tak terasa pun lama sebab dari tadi dia tersenyum-senyum tengok gelanggang ais tu. Tengok bermacam reaksi yang ada. Ada yang dah macam pro, ada yang takut nak luncur, tapi yang biasa-biasa lagi ramai lah. Tak tahu lah dia ni nanti masuk golongan mana. Harap bukan yang takut tu lah. Malu dekat orang ramai kut.

            “Dah, awak pakai semua ni dulu”. Semua peralatan yang diwajibkan untuk masuk bermain diserahkan pada Naural. Tak ada masalah lah untuk nak kenal pasti yang mana satu nak pakai dekat mana. Yang ni kira part senang lah.

          “Dah pakai? Ermmm...comel lah awak ni”. Sempat lagi dia tangkap beberapa gambar Naural tadi. Tapi masa gadis tu tak perasan lah.

          “Thanks”. Malu-malu pulak Naural.

          “Jom”. Tangan dihulurkan, tunggu bersambut.

       Naural pandang huluran tangan tu, sebelum tersenyum dan menyambutnya. Terasa kuat pegangan laki tu. Mungkin dia takut aku jatuh kut. Dah lah macam susah aje nak jalan pakai kasut ni.

            “Masuk lah Naural, yang awak berhenti tu kenapa?” Pelik juga. Tadi bukan main semangat nak masuk, bila tinggal lagi selangkah untuk masuk dalam gelanggang ni, dia terus berhenti. Takut ke?

            “Takut lah awak. Kalau jatuh macam mana?”

            “Tak payah takut lah, saya kan ada”.

            “Tapi..nampak macam bahaya aje. Tak tergelincir ke nanti?”

             Laki tu menghampiri Naural.

            “Kalau awak tergelincir ke, jatuh ke, terbaring, terlentang dekat sini ke. Saya kan ada untuk sambut”.

            Naural buat muka. Orang cakap tergelincir aje. Yang dia pergi tambah banyak-banyak tu buat apa. Lagi buat dia rasa takut ada lah.

             “Tapi...”.

             “Dah cik Ainul Naural..tak ada tapi-tapi. Jom”. Ditarik tangan gadis tu.

              Mulut Naural terbuka besar. Takutnya, rasa tak stabil sangat.

          Bila dah kena tarik dengan laki tu lama-lama jadi best lah pulak. Perlahan-lahan dirungkaikan pegangan tangan. Nak cuba main sendiri.

          Tapi malang tak berbaukan, terlepas aje pegangan tangan tu, Naural terjatuh. Dia merintih sakit. Ya ampun, sakitnya! Air matanya dah nak mengalir. Sakit, tambah dengan malu lagi sebab semua mata dah pandang dia.

             Pappp...

            Semua mata tu pandang ke arah bunyi tadi. Laki bertopi? Kenapa dia pulak yang jatuh ni? Tadi nampak dia main macam hebat aje. Tapi yang buat dia terharu laki tu cuba bangun juga pergi ke arah dia. Dia tahu sakit macam mana, sebab dia pun jatuhkan. Tapi beza dengan laki tu, dia tak mampu bangun melawan kesakitan tu.

        “Sini”. Tangan Naural dipegang. Bantu Naural bangun. Nasib baik yang lain dah tak pandang. Maybe seorang jatuh nampak pelik, tapi bila dua? Nampak biasa lah kut. Entah lah.. dunia..

          “Macam mana awak boleh jatuh tadi?” Lepas dah mampu nak berdiri sendiri tu dia tanya.

        “Sebab saya tak nak awak malu dengan pandangan mata dia orang tu semua. Nampak macam jakun kan. Macam lah masa main mula-mula dulu dah terus jadi hebat. Poyo aje”. Naural tersenyum. Tak sedar yang ada air mata mengalir. Terharunya. Dia sanggup jatuh untuk aku? Ada ke laki sweet macam ni?

           “Awak boleh main lagi? Larat tak? Kalau tak kita keluar aje”.

           “Larat lah awak, awak kan ada. Lagi pun dah lah mahal bayar, tak kan nak main kejap aje”.

            “Kalau tak larat jangan lah paksa diri. Memang lah saya ada, tapi saya still risau. Dah lah awak ni lasak sangat”.

            “Tak ada lah, mana boleh lasak dalam ni. Ada karang pinggang saya ni patah pulak”.

            “Hishh, jangan cakap macam tu boleh tak. Awak tahu kan semua tu boleh jadi doa. Dah sini pegang tangan saya”. Kedua-dua tangan dihulurkan.

             “Dua-dua tangan ke?”

            “Ye lah. Lagi stabil awak nanti. Ke nak saya dukung”.  Wahhh...nakalnya ayat. Suka hati aje nak dukung anak orangkan.

           “Tak payah lah. Gatal lah awak ni. Pegang tangan cukup”. Dua-dua tangan Naural dipegang erat sebelum dia orang sama-sama meluncur. Mulut Naural terbuka, sebab excited. Yang ni baru best, kalau dia tahu dari awal lagi dia dah suruh laki ni pegang tangan dia.

         “Bestnya..Wahhh...”. Dari tadi tak habis-habis menjerit Naural ni. Laki bertopi tu hanya tersenyum. Dia happy kalau Naural happy.

            Lama juga dia orang ni main. Nuaral tu mesti dah tak ingat sakit dia tadi kan. Ye lah dah syok main, dengan laki hensem lagi. Eh? Macam mana tahu laki bertopi tu hensem? Entah lah...main agak aje ni. Dari gaya dia lah kut.           

             Sweet...romantik...prihatin...hensem? Untung Naural kan?

       “Dah jom keluar, dah lama ni. Hidung awak pun dah merah”. Tangan Naural ditarik mendekati tempat masuk tadi. Cukup lah tu, dah lama dah main.

            “Tapi...saya tak puas lagi”.

          “Dah lah tu sayang. Nak main sampai demam ke? Esok ada kelas kan? Kita pergi minum something yang panas. Nak kurangkan sejuk ni”.

          Naural memuncung. Tapi ikut juga. Sedihnya nak pergi... bye-bye ais.. bye-bye gelanggang... bye-bye memori... Saya tak akan lupakan semua tu.

1 comment:

Anonymous said...

wow!!!fantastik la kak!!maen piano tu!!!really2 sweet!!!!!!!akak kite dh jatuh hati la ngan laki btopi ni..im melting...nk tau sape laki btopi tu...akak ade kenal mane2 laki cam dia tak?kite nk kenal ngan dia..hihi..ceh2..tetibe lak..hehe..suke tgk naural dh happy...part 11 ni memang best la...terbaek la akak...
-nasira comel-

Kehidupan seorang penulis © 2014