Wednesday, 9 January 2013

Pelindung Cinta 16

Wednesday, 9 January 2013


. . .

Welcome bro. Kau betul-betul dah sihat ke ni? Tak nak pulak nanti aku kena papah kau hantar hospital balik”. Gurau Syed Rayyan. Dia gembira melihat Raed sudah kembali memulakan kerja.

            Raed tergelak. Tak ambil hati langsung dengan kata-kata Syed Rayyan tu.

           “Harap masin lah kan. Nanti hari-hari aku boleh jumpa sayang aku”. Berharap aje lah Raed. Tak patut betul doa macam tu. Dah elok sembuh nak pulak sakit balik.

           “Haii, tak sabar pulak aku nak tengok siapa gadis tu. Dah angau sangat kau ni aku tengok. Mesti hebatkan dia dapat cairkan hati kau yang keras ni”.

          “Woit, ada ke patut kutuk aku macam tu. Tapi betul lah kan, aku memang dah angun sangat dengan dia ni. Tak tahu lah dapat buat kerja ke tak nanti ni”. Raed tertawa. Setuju dengan kata Syed Rayyan. Dia memang keras hati dulu. Tapi sekarang tak lagi. Semua sebab Radwa.

       “Kau jangan main-main Raed, kalau buat kerja tak betul nanti aku suruh papa potong gaji kau”.

         “Kau ni memang kan. Asyik salah guna kuasa aje. Macam mana lah papa kau tak sayang aku lebih. Pekerja contoh ni, mana pernah silap buat kerja. Lagi mendatangkan keuntungan ada lah”. Sengaja nak membangga diri. Tapi memang betul pun, disebabkan dia syarikat ni dapat banyak tender. Raed ni rajin mengejar, tapi Syed Rayyan pulak lagi suka buat kertas kerja.

            Syed Rayyan mecebik. Bangga diri pulak si Raed ni.

           “Ok lah Ray. Aku masuk dulu. Mesti berlambak kerja aku kan, dengan kerja yang kau janji nak lambakkan lagi tu. Jumpa rehat nanti lah”. Dia berlalu pergi kebilik. Apa lah Raed ni. Ada ke dia percaya yang Syed Rayyan nak lambakkan kerja dia. Dia pun tak lah sekejam tu.

******************

“Raed, dah masa rehat ni. Jom lah lunch. Aku tunggu dekat luar”. Dia dah agak yang lelaki itu tak akan sedar yang dah masuk masa rehat. Fokus sangat buat bekerja.

          “Ok. Kejap lagi aku datang. Kau turun dulu lah”. Tangannya sibuk mengemas mejanya yang dah  berselerak. Banyak dokumen yang disemaknya tadi. Tak menang tangan. Kalau dah kahwin nanti macam mana lah, silap-silap kena bawa balik semua ni buat dekat rumah. Mana boleh balik kerja lambat kan, mesti Radwa bosan tunggu dia balik nanti. Amboi, jauh pulak Raed ni berfikir.


          Sayang.. saya pergi lunch ni. Jangan lupa makan. :)

   
           Di hantar mesej kepada Radwa.


          Ok. Saya makan dengan Azlin nanti. Take care!


          Ok sayang pun sama. Love you!


          Love you too <3


         Tersenyum Raed baca mesej Radwa tadi. Terus dia menapak keluar. Mencari bayang Syed Rayyan.

         “Bro, jom makan”. Ajak Raed. Dia perasan satu kelibat perempuan yang didiri di hadapan Raed. Tapi tak dapat melihat gerangan orangnya kerana hanya belakangnya aje yang nampak. Siapa pulak lah perempuan ni?

           “Huh? Ok jom. Raed, Nadiya nak join kita sekali”.

       Muka Raed berubah. Nadiya? Menyusahkan minah ni. Semak! Nadiya yang berpusing tersenyum memandangnya tak dilayan. Dia terus aje berlalu.

        Lepas membuat pesanan, hanya kedengaran suara Raed dan Syed Rayyan aje yang berborak. Semuanya berkenaan dengan projek syarikat. Banyak yang dia dah ketinggalan, sebab tu nak catch up balik.  Sepanjang itu, Nadiya pulak ralit memandang wajah Raed, sambil tersenyum.

           Syed Rayyan yang perasaan membuat isyarat mata kepada Raed. Dia sendiri pun tak berapa suka dengan cara Nadiya yang nampak sangat nak pikat Raed. Dulu sepanjang perkenalan mereka, Nadiya bukan perempuan jenis ni. Apa lah penyebab dia berubah sampai macam ni sekali.

            Raed hanya buat bodoh. Bukan dia tak sedar tingkah Nadiya tu. Tapi malas nak melayan. Kalau marah kang, buang air liur aje. Perempuan ni mana faham bahasa.

            “Raed you dah sihat?”

  Syed Rayyan yang sedang minum air hampir tersedak. Amboi, lembutnya suara. Tadi masa cakap dengan dia tak pun selembut ni.

            Raed membatu. Tak nak layan. Dihadap aje makanan yang baru sampai tadi. Sedap! Apa lah yang sayang dia tengah makan sekarang ni? Patut tadi dia ajak aje Radwa keluar makan sama, tak ada lah dia kena menghadap perempuan ni. Rasa menyesal pulak.

          “Raed, I suka you. You nak jadi boyfriend I?” Diluahkan perasaannya. Sejak berjumpa Raed, hari-hari wajah lelaki itu diingatinya. Tapi nak berdepan takut, hari ni pun diberanikan dirinya kerana dah rindu lama tak mengadap wajah handsome Raed.

            Raed sudah tersenyum sinis. Syed Rayyan pulak dah tersedak. Beraninya dia ni, ada ke selamba aje luahkan perasan macam tu. Raed pun bukannya suka sangat dekat dia. Cari masalah betul lah Nadiya ni.

            “Layak ke kau jadi girlfriend aku?”

          “I rasa I layak. I kan cantik, you pulak handsome. Memang layak apa. You tak bangga ke nanti kalau kita berdampingan orang akan puji I. Mesti you suka kan”. Nadiya tersenyum membayangkannya. Dia berjalan berpegang tangan dia Raed. Tak sabarnya nak tunggu saat tu.

  Nak termuntah juga lah Raed mendengarnya. Apa perempuan ni tak tengok cermin ke apa? Tengok lah baju dia, make up dia semua. Duduk satu meja dengan dia pun dah buat aku malu, apa lagi jalan sama-sama.

 “Pardon? Bangga kau kata. Apa kau tak sempat tengok cermin ke pagi tadi”. Direct aje Raed sound Nadiya.

 Nadiya menilik penampilannya. Atas. Bawah. Cantik aje. Mana ada apa-apa masalah.

“Ok aje Raed. Cantik lah”. Puji dirinya sendiri.

Syed Rayyan yang mendengar sudah tak tahan nak ketawa. Raed macam biasa dengan muka kelat dia. Mencebik.

“Memang sah lah kau tak tengok cermin. Baju warna merah terang, seluar warna hijau terang. Warna kuku kau tu, kuning? Apa fesyen yang kau pakai ni. Belum lagi dengan warna rambut kau yang pelik tu. Agak-agak lah minah. Kau tak nampak ke semua orang tengah pandang kau pelik sekarang ni”. Nasib baik warna kasut perempuan tu dia tak nampak, kalau tak lagi bertambah malu. Dia pakai kasut warna pink tadi. Match ke?

Ketawa Syed Rayyan kedengaran. Dia dah tak dapat menahan ketawanya dari meletus. Dari pejabat tadi dia memang nak gelak. Tapi mengenangkan Nadiya tu agak rapat dengannya ditahan aje. Buat malu juga lah sebab dari pejabat sampai sini banyak mata yang memandang pelik ke arah Nadiya. Dah jauh sangat berubah Nadiya ni. Pengaruh mana pun tak tahu.

 Nadiya memandang dirinya. Buruk sangat ke? Ni trend sekarang apa.

“Mana apa pelik Raed. Dia orang pandang sebab jeles tengok I yang cantik ni jalan sebelah you. Ni semua trend sekarang lah”. Ujar Nadiya tak mahu kalah. Jatuh imejnya jika lelaki yang dia cintai kutuk macam tu.

“Banyak lah kau punya trend. Kalau orang lain pakai mungkin cantik lah, tapi kau. Naah..Langsung tak. Aku dah kenyang lah Ray. Aku balik dulu. Buat sakit mata aje duduk sini”. Raed berlalu pergi. Panggilan Nadiya yang memanggil dirinya dibiarkan saja.

“Ray, tak cantik ke I?” Dia bertanya. Sedih. Kecewa melihat cara layanan Raed padanya.

“Nadiya, dah cukup lah. Raed kalau tak suka memang dia tak suka”. Dua-dua kawannya. Tapi sekarang Raed dah ada yang punya, dia tak nanti Nadiya yang lagi makan hati dengan perangai Raed. 

 Nadiya menunduk. Air mata yang keluar dilap.

You cantik Nadiya. Tapi lagi cantik, Nadiya yang I kenal dulu. Kenapa you berubah sampai macam ni sekali?”

I sayangkan Raed. I cinta dia sangat Ray. Sejak pertama kali I jumpa dia I dah jauth suka dekat dia. Tapi dia panggil I perempuan kampung. You tak tahu bertapa kecewanya I dengar. Macam rasa dah ditolak walaupun I tak luahkan lagi perasaan I. Sebab tu I ubah penampilan I, tapi dia still tak pandang. I nak buat apa lagi Ray. I nak dia”.

I tak tahu nak cakap apa Nadiya. Maybe you kena belajar lupakan dia lepas ni. Raed dah berpunya. I harap you jangan ganggu dia lagi. Biar dia cari kebahagiaan dia sendiri. Kembalikan balik Nadiya yang I kenal dulu”. Syed Rayyan berdiri. Dia mahu pulang ke pejabat.

“Fikirkan apa yang I cakap tadi. I balik dulu”.

 Raed dah berpunya? Tapi betul ke? Laki tu kan playboy, dia mana pernah setia dengan satu perempuan selama ni.

 “I tak akan putus asa Ray. Kalau I tak dapat Raed, semua pun tak akan dapat dia. Biar puas hati I. You jangan ingat you dah lepas dari I Raed”. Dia nekad dengan kata-katanya tadi. Dia ketawa tiba-tiba. Orang meja sebelah dah pandang semacam. Apa menakutkan lah dia ni.

**********************

“Sayang nanti jangan lupa call mama hari-hari. Jangan lupa makan. Jaga diri baik-baik. Jangan asyik sangat kerja sampai tak jaga kesihatan. Kena selalu datang sini jumpa mama, kalau tak mama yang datang sana”. Nasihat berjela-jela dari Datin Zara khas untuk Radwa.

         Hari ni Radwa akan berpindah ke rumah Azlin. Tadi Azlin ada datang menolong dia berkemas, lepas dah siap dia balik. Dia cakap nak sambut Radwa di rumah. Apa-apa aje lah Lin. Asalkan kau bahagia. Nasib baik barang dia pun tak banyak.

            “Ye mama. Radwa tak lupa semua tu. Mama pun sama kena jaga diri ok. Jangan sedih-sedih lagi. Mama tunggu Radwa bawa pulang Raed ya”.

              Datin Zara tersenyum.

          “Ok sayang. Sayang pun jaga diri”. Pipi Radwa diciumnya. Tangan gadis itu dipegang seakan tak mahu lepas. Air matanya bergenang.

              Radwa memeluk tubuh Datin Zara. Erat.

             Dato’ Ammar hanya melihat. Terasa sedih juga dengan pemergian Radwa. Dia dah biasa mendengar celoteh gadis itu. Mesti sunyi balik rumah dia lepas ni.

            “Radwa pergi dulu mama, papa”. Ujarnya sebelum masuk ke kereta. Berat hati juga nak pergi. Tapi terpaksa juga.

***********************

Raed melihat handphonenya. Dia menunggu panggilan Radwa. Tadi dia nak pergi ke rumah Radwa tapi tidak dibenarkan. Entah kenapa entah tak boleh. Sebab tu sekarang dia menunggu gadis itu di kondo, dari tadi dia tunggu dalam kereta. Dia pun nak kenal juga dengan mama angkat Radwa tu. Dia terkejut juga dengar pasal kematian orang tua Radwa, mesti Radwa down sangat masa tu. Tapi nasib baik dia dah ada mak angkat, tak lah dia risau sangat.

            Deringan phone dia kedengaran. Nama pemanggil dilihat. My love Radwa! Terus aje dia menjawab.

   “As’ salam sayang. Sayang ada dekat mana sekarang? Dah lama saya tunggu ni. Dah gerak keluar tak?”

    Radwa hanya ketawa.

   “Tengok dekat depan awak”.

  “Sayang!” Raed menjerit. Tak sangka kereta Radwa dah berada dekat depan kereta dia. Tangannya melambai-lambai. Excited! Macam dah tertahun pulak tak jumpa, pada hal baru malam semalam dia orang dinner bersama.

  “Saya tak perasan pun sayang dah sampai”. Kata Raed, lepas keluar dari kereta nak berjumpa Radwa.

   “Tu lah. Ada orang tu sibuk nak merajuk dengan saya tadi. Mana dia nak perasan”. Perli Radwa.

   Raed mencebik kemudian ketawa. Hidung Radwa dipicitnya lembut. Perasan aje Radwa ni kan. Dah cam sangat lah tu nada suara dia masa merajuk macam mana.

   “Raed! Lemas lah”.

    Raed hanya menjelir lidah.

   “Tak takut pun awak marah”. Laki tu menjauh. Sudah menduga tangan Radwa yang ingin memukul lengannya itu.

  “Dah lah malas nak layan awak. Awak ikut kerata saya nanti”. Radwa terus tutup tingkap nak bergerak. Membiarkan Raed yang masih belum masuk ke keretanya itu.

  Dia hanya tertawa melihat laki tu melopong sebelum berlari ke kereta. Tu lah, buli saya lagi tadi. Kan dah kena balik. Balasan!

***********************

Sebaik aje sampai di rumah Azlin, kereta diperlahankan. Kereta diletak di dalam. Nasib baik rumah kawannya itu teres setingkat. Kalau flat, tak ke penat nak angkat semua beg dia tu.

             “Sayang, sampai hati tinggalkan saya tadi”. Rungut Raed tak puas hati.

             “Tu lah, siapa suruh buli saya lagi. Sakit hidung saya. Tak nak kawan dengan awak dah”.

            “Tak apa Raed. Kalau Radwa tak nak kawan kau, aku ada”. Azlin tergelak, menyampuk. Terasa gatal pulak tiba-tiba. Lelaki handsome macam Raed siapa yang tak nak weyh.

            Raed hanya ketawa. Dia memandang Radwa. Dijelirkan lidah. Thumbs up ditunjuk pada Azlin. Bagus! Dah ada geng.

            “Woi, gatalnya kau. Raed aku punya lah. Kau pergi cari laki lain. Kalau kau kacau dia juga, aku tak nak pindah masuk rumah kau hari ni. Aku lari pergi tempat lain”. Ugut Radwa. Dia jeles. Tak suka.

            Raed tergelak. Azlin lagi lah ketawa. Lagi kuat dari Raed lagi, apa punya kawan lah buat malu aje.

              “Raed ada orang tu jeles lah. Dengan kawan sendiri pulak tu”.

              Radwa malas nak layan, dia terus bawa masuk beg dalam. Dari duduk situ buat sakit hati.

            “Sayang, tunggu lah saya. Saya tolong angkat beg masuk dalam”. Raed mengikut langkah Radwa ke dalam.

             “Eh? Berdiri situ jangan gerak. Beku!”. Arah Radwa tiba-tiba.

            Raed berdiri tegak ditempatnya. Mendengar kata. Kalau tak nanti kena marah pulak dengan Radwa.

            “Kenapa sayang?”

           “Awak mana boleh masuk dalam. Tunggu dekat luar aje. Ni rumah perempuan lah. Laki tak boleh masuk”.

            “Kenapa pulak tak boleh? Saya nak tolong sayang saya aje. Bukan nak buat apa-apa pun. Biar lah saya masuk tolong sayang”.

            “Tak boleh Raed. Tak manis. Awak tunggu luar kejap. Nanti kita borak dekat luar lepas saya habis kemas. Beg tu awak tolong letak dekat pintu ya”. Ujar Radwa sebelum berlalu masuk ke bilik.

             “Raed, kesian kau kena buli. Tak apa lah tu semua tanda sayang”. Azlin ketawa. Sengaja nak sakitkan hati Raed.

              Raed mencebik. Tapi dia angkat juga semua beg Radwa letak dekat tempat yang Radwa suruh. Lepas tu, dia duduk di bangku luar rumah. Nak duduk dalam takut kena halau lagi.
              Radwa keluar kejap. Air dihantar kepada Raed. Terus dia berlalu masuk dalam. Tak tegur Raed pun. Kalau cakap nanti tak siap pulak kerja mengemas dia.

              Raed hanya memandang Radwa. Sampai hati sayang!

             “Ok dah siap kemas”. Dia duduk di kerusi sebelah Raed.

             Raed hanya diam. Belek handphone aje. Tak nak layan Radwa. Balas dendam.

            “Raed, kenapa ni?”

           “Sayang tak cakap dengan saya tadi. Hantar air lepas tu terus masuk dalam. Kesian saya”. Raed buat wajah kesian.

            “Alaa.. Budak manja saya ni. Tadi saya nak cepat kemas. Kalau tadi saya cakap mesti tak masuk kena layan awak aje nanti”.

             “Ok, tapi lepas ni tak boleh buat saya macam tu lagi”.

            “Ya sayang, lepas ni saya tak buat lagi. Nanti 24 jam saya duduk dekat awak teman awak borak ok. Puas hati?” Sengaja nak perli Raed.

                 "Puas!"
                                                                                                           

1 comment:

Anonymous said...

huhu...berkali-kali dh jatuh cinta dkt raed...
comel la raed..
radwa pun sama..comel sgt lyn raed tu..

Kehidupan seorang penulis © 2014