Wednesday, 2 January 2013

Pelindung Cinta 1

Wednesday, 2 January 2013
. . .

“Fuuhh, lega aku Wa. Dah habis dah semua paper. Lepas ni boleh enjoy! Yeay!”. Dilapangkan tangannya.

       “Dah lah, malu kut orang tengok. Macam budak-budak lah kau ni”. Radwa tertawa.

     “Tak apa lah, semua ni budak kita kenal juga. Tak malu lah”. Danisya dah menjelir lidah. Memang dia ni sempoi aje. Mana kisah benda lain.

        “Kau nak buat apa lepas ni Wa?”
            
       Radwa berfikir. Esok baru balik. Danisya pun sama. Beg dah lama kemas. Excited nak balik punya pasal. Dah bosan duduk Jepun lama-lama.
        
      “Nak beli barang sikit kut. Nak buat kenangan. Masa ada duit lebih ni lah aku nak belanja. Nasib baik aku jimat makan sebelum ni”. Tiap kali duit biasiswa masuk, mesti dah banyak pengiraan Radwa buat. Duit makan nak simpan berapa. Duit buku semua. Sewa rumah lagi. Agak sakit lah. Memang tak boleh hidup senang belajar dekat sini. Hari-hari terpaksa masak sendiri untuk jimat. Tu pun kalau ada masa, kalau tak terpaksa aje makan maggi.
            
        “Ohh..Ok! Jom!”. Tangan Radwa ditarik cepat. Tak nak buang masa dah.
            
        “Nak pergi mana ni? Sakit tangan aku, kau tarik”. Genggaman tangan Danisya dirasakan kuat. Kawan dia ni memang tak menyempat lah.
            
       “Beli barang lah. Aku pun nak beli untuk mama, papa dengan abang aku. Ramai lagi lah. Mana sempat kalau pergi lambat. Jom!!”
            
      “Bukan kau dah beli ke sebelum ni?” Barang yang banyak berbungkus dalam beg dia tu apa? Bukan nak bagi orang?
            
       “Mana ada!”
            
       “Dalam beg kau banyak-banyak tu apa?”
            
        Danisya dah tersenyum. Nak berahsia lah tu.
            
     “Radwa..geli lah. Tak nak. Lepas kan aku”. Mengekek-gekek Dansiya ketawa. Geli kena geletek dengan Radwa.
            
        Radwa ketawakan Danisya. Tahu kawan dia tu sensitif dekat mana.
           
       “Bagitahu dulu. Baru aku tak buat lagi”. Tangan masih bergerak. Keluar air mata Danisya. Geli sangat sampai menangis terharu.
            
        “Arrgghh.. Ok-ok aku cakap. Lepas lah. Nak tercabut dah pinggang aku ni. Kau ni pun jangan lah buat dekat sini, malu aku”.
            
     “Aik? Kau pun tahu malu eh? Aku ingat kawan aku ni dah tak ada kelenjar malu”. Radwa tertawa. Suka dapat kenakan Danisya.
            
      “Woi. Agak-agak lah. Ada ke kelenjar malu. Dah lah malas nak layan kau”. Bas yang dinaiki diturun. Mall yang dia orang nak pergi dah ada depan mata. Tak sabar Danisya nak masuk. Dah berapa minggu dia terperap dalam rumah. Final exam punya pasal. Sekarang dah ada peluang jangan harap dia nak balik awal. Esok dah nak balik Malaysia. Mana nak dapat peluang macam ni lagi. Dah lah dia memang kaki shopping. Merana lah siapa yang dapat si Danisya ni.
            
       “Nisya, tunggu lah aku. Penat aku lari kejar kau ni”.
           
        Danisya hanya mencebik. Tu lah, kenakan aku tadi. Balasan tu!
            
      “Nisya”. Dikembungkan mukanya menghadap Danisya. Nak buat muka pelik. Selalu Danisya ketawa. Tengok jadi ke tak sekarang.
            
       Danisya buat bodoh. Tak kelakar ok. Nampak buruk ada lah. Malu orang tengok. Jalan jauh sikit lah dari Radwa ni. Buat malu dia aje.
            
       Agak jauh sikit dia berjalan. Bayang Radwa dah tak nampak. Baru dia nak menoleh dia dengar suara kuat Radwa. Menjerit.
            
     “Nisya.. Kenapa kau tinggalkan aku. Sampai hati kau. Aku ni kan kawan sehidup semati kau. Kenapa kau tinggalkan aku dekat sini. Tolong..tolong..Saya sesat”.
            
     Danisya dah melopong. Serius Radwa berani buat macam tu. Mak ai. Berani gila si Radwa. Ingatkan dia yang tak malu, tapi Radwa ni lagi tak tahu malu.

        Danisya jalan laju. Nak kutip balik si Radwa yang dia sendiri cakap diri dia sesat tadi. Lambat ambil kang pergi buat announcement pulak.
            
      Bahu Radwa ditepuk. Radwa dah tersengih. Nampak gigi putihnya. Bukan main lebar. Tahu taktik dia dah menjadi.
            
      “Kau ni kenapa? Buat malu aku aje. Ramai kut pandang. Nasib baik dia orang ni semua tak faham apa kau cakap. Kalau tak lagi aku tak nak layan, aku biarkan aje kau kat sini”. Marah sangat Danisya ni.
            
        “Sorry, dah kau tak nak layan aku. Marah lagi?” Matanya dibulatkan. Comel.
            
        Pipi Radwa dicubit. Habis dah merah. Puas hati dia.
            
      “Dah. Jom. Lagi lama aku layan kau ni, nanti tak ada pulak barang aku beli. Jam dah pukul berapa ni”.
            
       “Nisya, bagitahu lah barang tu barang apa. Nak tahu sangat ni. Dengan aku pun nak rahsia”.
            
      “Dari peminat aku lah”. Danisya tersenyum. Kening diangkat sebelah. Sengaja nak nuat Radwa menyampah tengok.
            
       Radwa dah mencebik. Dapat hadiah pun kena macam tu ke. Kalau dapat kereta ke, rumah ke, boleh lah juga.
            
       “Kau ada peminat ke?”
            
       Badan Radwa ditepuk. Agak kuat juga lah. Dengar bunyi pun tahu macam sakit. Radwa dah membongkok. Sakit tu.
            
       “Mesti lah ada. Tapi aku tak tahu siapa lah. Tiba-tiba aje nampak depan pintu, tertulis semua ni untuk aku. Aku ambil aje lah, orang dah kasi kan”.
            
         Radwa menggeleng.
            
       “Suka hati kau lah Nisya. Asalkan kau bahagia. Dah jom. Aku nak masuk kedai tu. Nampak macam comel aje semua barang dia”.
            
      Radwa ni. Semua benda comel dia memang suka. Dapat bilik dia kalau kau orang tengok nampak sangat...comel! Macam tuan dia juga lah.
            
       “Radwa nak tunggu kau lambat lah. Aku nak pergi bayar dulu lah”.
            
      “Ermmm..”. Fokus dia tengok benda-benda depan dia ni. Satu-satu dia tengok. Nak beli semua mahal. Lari bajet pulak nanti. Kena tengok betul-betul lah ni. Cari yang paling comel.
            
       Lepas setengah jam berlalu baru Radwa keluar, sampai Danisya pun tertidur tunggu Radwa ni tadi. Bosan!
            
       “Dah? Cepatnya!”
            
      “Kau sengaja perli aku kan. Jom lah pergi kedai lain”. Ditarik tangan Danisya. Tak sabar nak masuk kedai lain pulak. Muka Danisya dah berkerut-kerut.
            
       “Wa, kau masuk lah dulu. Aku nak pergi toilet kejap”. Terus dia berlalu pergi.
            
        Radwa dah berkerut. Apa dah jadi dengan Danisya?

30 minit kemudian....
           
         “Nisya? Ada masalah ke?”
            
         “Tak ada lah. Aku ok aje. Sakit perut aje tadi. Sebab tu lambat sikit”.
            
      “Dah-dah. Tak payah tengok muka aku macam nampak alien sesat dekat Jepun ni, jom makan!”
            
         Langkah Danisya diikut. Tapi fikiran dia melayang. Ni bukan sekali Daniya macam ni. Dah banyak kali dia nampak. Muka dia pun dah makin pucat. Tak merah-merah macam dulu. Dia sakit ke?
            
        Kedai makan dengan logo halal dia orang masuk. Lepas dah order, dia orang diam aje. Radwa pulak ralit tengok muka Danisya.
            
         “Kau sakit ke Nisya? Kenapa muka pucat aje?”
            
        Danisya dah gelabah. Nampak sangat pada pandangan Radwa. Kawan dia ni mana pandai sorok perasaan dia. Kalau suka, memang nampak sangat, kalau sedih pun sama. Macam sekarang ni. Dia nampak Danisya dah tak selesa duduk.
            
      “Mana ada, kau kan bakal doktor. Aku ni tak selesa sebab sakit perut. Perut aku ni masuk angin. Semalam aku tidur lupa nak pakai selimut. Kau pun tahu kalau aku tak pakai selimut apa jadi kan. Sebab tu muka aku pucat. Dah lah Wa, tak payah nak fikir apa lagi”.
                
       “Ok. Kalau kau tipu aku, aku geletek kau lagi”. Sengaja nak bagi peringatan awal. Bukan boleh percaya sangat si Danisya ni.

**********************

Kelam-kabut bila teringatkan kembali peristiwa pagi tadi. Masing-masing bangun lambat. Radwa salahkan Danisya. Danisya pulak salahkan dia. Tu lah, malam tadi balik lambat. Lepas habis shopping dia orang jalan-jalan pulak. Bukannya tak pernah pergi tempat tu semua, tapi untuk kali terakhir, malam terakhir dia orang dekat sini terasa nak pergi lagi pulak. Semua ni rancangan kawan baik dia lah, Danisya.

       “Wahhh! Bestnya dah sampai Malaysia. Lama gila kut aku tak balik sini”. Tangannya didepakan lagi. Suka sangat buat macam tu. Mana lah lama sangat, 6 tahun aje pun.
            
            “Banyak dah berubah kan. Dulu tempat ni lain. Tak lah lawa macam sekarang ni”.
            
            “Betul lah. Tak lah serabut sangat macam dulu. Eh? Radwa kau balik mana ni?”
          
        “Kampung aku lah. Memang lah dah tak ada siapa. Tapi aku nak jaga rumah tu. Rumah tinggalan mak bapak aku kan”.
            
        “Memang lah. Tapi kalau kau duduk dengan aku, tiap hujung minggu pun kau boleh balik tengok juga. Jom lah, duduk dengan aku. Parents aku sporting kut. Dia orang lagi suka”.
            
          “Then, abang kau tu. Nak campak dekat mana?”
            
         Muka Danisya dah berubah. Cepat dia melarikan pandangan tempat lain. Tak nak Radwa perasan.
            
            “Dia mana ada dekat rumah tu lagi”. Bisik Danisya perlahan.
            
          “Kau cakap apa tadi? Aku tak dengar lah”. Dahinya berkerut. Macam ada dengar Danisya cakap something tadi.
            
            “Eh, mana ada apa-apa. Aku tak cakap apa pun”.
            
           Radwa angkat bahu. Lantak lah, dia yang salah dengar kut. Tapi muka Danisya ni macam gelabah lain macam pulak.
            
            “Betul tak nak ni?”
            
            “Betul. Yakin!” Keputusan muktamad.

 “Tak apa lah Wa kalau kau tak nak”. Dia tersenyum. Tak nak Radwa perasan riak sedih tadi.
            
            “Jom aku hantar kau balik nak?”
            
             “Tak apa lah. Aku ambil teksi nanti. Jauh lagi pun, aku duduk Melaka kan”.
            
          “Ok..apa-apa contact aku. Jangan lost contact pulak. Mesti aku rindukan kau nanti Radwa”. Sedih nak berpisah dengan Radwa. Pipi Radwa dicium berkali-kali.
            
           Radwa memeluk tubuh Danisya. Dia pun sedih juga. Nak berpisah dengan satu-satunya kawan yang dia paling rapat.
            
            “Aku balik dulu. Parents aku dah sampai rasanya. Kau jaga diri baik-baik”. Tangan Radwa digenggam erat, air matanya dikesat. Berat pulak rasanya nak lepaskan. Sempat ke dia nak jumpa Radwa lagi nanti?
            
          “Ok Nisya. Kau pun sama. Kirim salam dekat parents kau”. Langkah Danisya diperhati lama sebelum tiba-tiba dia melangkah. Tak sangka terlanggar orang lain pulak. Mulut dia dah melopong. Terkejut!
            
               Laki tu dah pandang Radwa tajam.
            
               “Sorry encik. Saya tak perasan. Sorry-sorry.. Tak nampak ada orang dekat belakang”.
            
               “Memang lah, kau letak mata dekat lutut memang lah tak nampak”.
            
              Sesiapa yang dengan kata-kata ‘manis’ laki pun mesti akan marah kan. Tapi Radwa ni tak. Dia diam aje. Macam relakan diri kena marah.
            
             “Sorrry encik”.
            
             “Sorry-sorry. Sorry kau tu boleh jadikan balik baju aku ni putih ke huh?”
            
              Baju?
            
         Radwa dah melopong. Dahinya ditepuk. Baju dia dah ada tompok coklat. Mesti air tertumpah masa langgar dengan dia tadi. Cawan yang laki tu pegang dipandang. Dah kosong?
            
              “Sorry-sorry. Tangannya cuba nak lap baju tu. Walaupun tahu jauh dalam sudut hati dia yang baju tu memang tak dapat nak putih balik pun kalau buat macam tu.
            
            “Jangan sentuh aku lah. Nanti ada pulak benda tak baik kena dekat aku lagi. Haii, macam mana lah mak bapak kau jaga kau kan. Tengok dah sesat anak dia ni. Menyusahkan aku aje”.
            
           “Encik cakap baik-baik. Kenapa pulak mak ayah saya terkait sama pulak ni”. Radwa dah bengang. Nak kutuk dia apa-apa. Fine dia tak kisah. Tapi satu aje perkataan tak baik tentang parents dia, memang dia akan melawan balik.
           
             Laki tu dah tergelak. Sinis. Tahu pulak perempuan ni marah.
            
          “Tahu pulak kau marah kan? Ni kemaja aku ni? Dah lah aku kena pergi meeting penting lepas ni. Tapi thanks pada kau, aku terpaksa pergi macam ni. Kau ingat air tadi tu tak panas ke huh?” Suaranya makin meninggi. Orang ramai dah ramai yang berhenti. Maybe dia orang ingat ada yang shooting drama dekat situ kut. Ye lah, masing-masing pandai main watak.
            
           Radwa dah takut. Panas ke air tu? Kalau ada parut macam mana? Sekejap aje dah hilang marah Radwa ni, bertukar jadi takut pulak.
            
        “Encik nak ubat tak? Saya ada bawa ubat gamat ni. Kejap saya cari”. Beg diselongkar. Banyak sangat barang ada dalam beg dia tu.
            
           “What? Ubat gamat? Apa tu? Kau nak bagi aku racun ke ubat? Aku tak pernah dengar pun”.
            
           “U..Ubat..”. Tergagap juga Radwa. Takut tengok muka laki tu dah macam mana bengis. Merah dah mata dia. Jangan dia berubah jadi apa-apa dah.
            
           “Dah lah! Sebab kau hari aku jadi malang macam tu. Simpan aje lah ubat kau ni. Jangan tunjuk muka depan aku lagi. Kalau aku nampak kau, siap aku kerja kan. Parut ni akan jadi saksi”. Ditunjukkan lengannya yang dah merah. Macam melecur. Terus dia berlalu pergi, mulut dia dari tadi tak berhenti merungut. Malang sangat lah aku ni.
            
            Radwa dah kecut perut. Air liur ditelan. Dia mengeluh. Terus berlalu pergi. Pandangan mata orang lain tak dihiraukan. Malas nak ambil kisah. Perhentian teksi dituju.
            
               “Pak cik, ada teksi yang nak pergi Melaka?”
            
              Bila ada yang bagi respon, langkah seorang pemandu teksi diikut. Masuk aje terus alamat dibagi. Senang sikit kerja nanti. Sempat lagi Radwa mengeluh. Apa lah aku ni, baru aje sampai Malaysia dah buat musuh. Keluh hatinya. Badannya disandarkan. Penat! Mata dilelapkan, nak lupakan semua kejadian tadi. Memalukan sangat, tapi nasib baik dia pakai spec dengan selendang tadi. Tak lah laki tu nampak muka dia. Fuhh..lega!

************************

Setahun berlalu...

Radwa melepas lelah di bangku. Penat sangat hari ni. Banyak patient yang dia kena handle. Masa makan, rehat, tidur pun dah tak menentu. Lagi pun dia agak baru lagi mula kerja, banyak benda yang dia kena belajar. Apa yang dia boleh cakap, belajar baca buku dengan belajar dari pengalaman sendiri sangat lain. Lagi mencabar otaknya. Masa belajar dulu mencabar sebab banyak nak kena hafal aje.

          Gambar di atas meja dilihat. Bibir tersenyum. Danisya! Apa khabar lah dia sekarang ni. Sejak dia berpisah dengan Danisya dah jarang dah dia hubungi kawannya tu. Dah lama rasanya, berita terakhir dia dengar Danisya dah ada klinik sendiri. Dulu belajar parents tanggung so, bila dah habis tak payah nak kerja dengan kerajaan macam dia ni.
            
          Phone diambil. Nombor Danisya ditekan. Tit..tit.. Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan kami.
            
         Aik? Phone dipandang. Biar betul. Tak kan Danisya tukar nombor tak bagi tahu dia. Melampau ni!
            
           Eh? Baru ingat. Dia pernah bagi aku nombor rumah dia. Tapi dekat mana aku letak. Laci diselongkar. Lama juga mencari, tapi jumpa juga akhirnya. Dah lusuh sangat kertas tu, nasib baik tak koyak lagi. Nombor pun nasib boleh baca walaupun dah agak kabur tulisan tangan tu.
            
            “As’salam. Ni rumah Danisya ke?” Tanyanya lepas panggilan dijawab.
            
            “Ya. Siapa ni?”
            
            “Saya kawan Nisya. Dia dah tukar nombor ke, kenapa saya call tak dapat”.
            
            “Nisya dah meninggal nak, dah 8 bulan”. Suara di sebelah sana, kedengaran sedih sangat.
            
             Radwa tergamam! Danisya da... Air matanya tiba-tiba mengalir.
            
            “Anak tak tahu ke berita ni?”
            
            “Tak..”. Agak susah dia nak bercakap ketika ni.

 “Anak ni nama apa? Kawan sama belajar masa dekat Jepun dulu ke?”
           
            Sedu ditahan.
            
            “Saya Radwa.. Kawan sa..”. Tak sempat Radwa nak habiskan ayat, dah dipotong.
            
            “Radwa? Betul anak ni Radwa?”
            
            “Ya..ya. Radwa...kenapa?”
            
       “Anak kena datang sini. Ada amanat yang nak disampaikan? Benda ni penting”. Suara kedengaran cemas.
            
            “Amanat?”

4 comments:

Anonymous said...

best gk cter ni..
ingt kn danisya yg jd heroin..
walaupun lambat ckit baca,ttap nk komen jugak..

misztyra9@ said...

@Anonymous
tq2..enjoy bca bab lain..nnti esok sy msukkan entry bru.. klau ada yg xbest ke, slh ke bgtahu lah ye.. :)

baby mio said...

BEST SANGAT-2.

misztyra9@ said...

@baby mio
baby mio : tq2, enjoy baca! hehe..kalau ada yg kurg komen ya dpt sy tmbh nnti.. ^_^

Kehidupan seorang penulis © 2014