Sunday, 10 February 2013

Love Riddles 18

Sunday, 10 February 2013
. . .


Dila mengeluh. Kenapa lah mulut aku ni pun. Dah Naural tu baru aje nak sembuh, nak lupakan semua kisah dulu. Yang aku pergi buka balik kenapa. Kan dia dah jadi down balik tu.

           “Ok semua, duduk mengelilingi api ni. Dalam bentuk bulatan”.

            Naural dihampiri. Dari tadi Naural duduk rendam kaki dekat sungai ni. Fikiran dia tak tahu ke mana. Tapi walaupun sekeliling dia bising, langsung tak menganggu lamunan Naural.

            “Naural?”

            “Ya..kenapa?” Dia toleh kejap.

            “Jom lah duduk dekat sana. Ketua program dah panggil, nak cakap pasal aktiviti esok lah kut”. Dari sampai tadi dia orang tak dibebankan dengan sebarang aktiviti. Sebab ikut tentitifnya esok baru mula program. Hari ni kiranya masa rehat lah.

         “Ok..jom”. Lemah aje dia melangkah. Kenapa semua kisah ni terungkit balik? Dia ingatkan dah berjaya simpan semua ni dalam-dalam. Tapi tak rupanya.

            “Ok semua dah ada kan”. Mata dia pandang sekeliling. Dan macam selalunya, tiap kali laki ni berdiri di depan, memang mampu buat semua bagi perhatian penuh pada dia. Tak kira lah laki atau perempuan.

            “Dah Luth!” Ada beberapa suara gedik dan sumbang yang menyaut. Semua tu nak perhatian Luth lah kut.

            "Ok. Saya just nak inform untuk program esok. Esok akan ada explorace pada belah pagi, diikuti esok malam ada persembahan dari kumpulan-kumpulan kecil yang saya dah bahagikan sebelum ni. Semua dah ada idea nak buat apa ke malam esok?"

            “Dah!”

            “Adaa!!”

         “Ok bagus. Nanti semua persembahan akan dinilai. Bagi kumpulan yang terbaik akan dapat hadiah macam yang dah dijanjikan sebelum ni. So, saya harap setiap kumpulan boleh buat yang terbaik untuk menghiburkan rakan-rakan yang lain”. Penuh berkarisma masa Luth ni cakap. Semua yang perempuan tak berkelip mata tengok. Termasuk lah si Dila ni.

            “Kau suka dia ke Dila?” Kena berbisik lah kan masa cakap topik ni. Tu pun dia perasan dah ada yang terjeling-jeling pandang dia. Kalau dia cakap kuat tadi mesti ada aje benda-benda pelik jadi dekat dia lepas ni.

            “Suka tengok cara dia cakap aje. Nampak seksi kut”. Dia masih lagi pandang Luth. Sebenarnya untuk program ni, semua geng dia yang lain ikut. Ni sebab utama lah kenapa Dila ni nak pergi. Alasan nak cipta memori dengan Naural ni poyo aje sebenarnya
.
            “Seksi? Dekat mana yang seksi?”

           Aik? Pelik jugakan. Tadi bukan Naural ni nampak lemah tak ada semangat ke? Jangan kata dia ni pun dah kena penangan Luth ni.

             “Kau tak rasa dia seksi ke?”

          Naural pandang Luth. Lama. Tengok cara dia berborak dengan kawan dia. Yang tak tahan tu nampak lah dua tiga orang perempuan ambil gambar dia curi-curi. Apa lah dia orang ni kan. Menganggu privasi orang betul. Tapi part mana yang seksi? Tak nampak pun.

             “Tak nampak pun Dila. Sama aje, tak ada yang seksinya”.

            “Hisshh kau ni, bukannya fizikal lah. Tapi cara dia, tingkah dia. Sebab tu lah ramai yang suka Luth ni. Termasuk aku lah”. Dia tergelak. Suka lah tu.

              Naural hanya berkerut. Macam tu pun boleh ke?

******

“Semua dah sedia ke? Ada yang tak ambil sarapan lagi tak?” Kali ni Amir yang main peranan. Luth hanya memerhati peserta yang sedang bersiap, berkumpul.

             “Dah!!”

            “Ok, bagus! Kalau macam tu saya bahagikan kau orang semua ni dalam beberapa kumpulan dulu. Nama yang saya sebut terus cari ahli kumpulan masing-masing. Berkumpul berasingan dengan yang lain”.

             “Sarah, Daniel dengan Fatin satu kumpulan”.

             “Yes!” Yang perempuan dah bersorak. Suka sebab dapat satu kumpulan lah kut.

              Dila dah tak putus-putus berdoa.

            “Tolong lah...nak satu kumpulan dengan Luth tak pun Amir kalau tak dengan geng dia orang yang lain pun tak apa”.

            Naural geleng kepala. Apa aje lah kawan aku ni buat. Berdoakan apa lah tu. Angkat tangan bukan main tinggi lagi.

            Dila tersengih-sengih bila diumumkan dia ni satu kumpulan dengan Amir. Sempat lagi tu kenyit mata pada Naural. Mesti dia dah fikir macam-macam ni. Tengok lah nanti. Bila balik nanti mesti dia orang berdua tu dah rapat. Dila ni pun kan mesra alam sangat.

           “Ok, yang saya tak sebut tu buat satu kumpulan”. Naural pandang yang lain. Dua nama yang juga tak disebut. Dua-dua perempuan. Tapi dia tak kenal pun dia orang ni. Kiranya baru first time jumpa lah walaupun selama ni satu uni.

            “Hai”. Naural mula bicara. Nampak janggal sangat.

            “Hai”. Lega hati Naural. Nasib peramah dia orang ni.

         “Adoi!” Seorang dari ahli kumpulan Naural ni mengadu sakit tiba-tiba. Sampai terduduk dia atas tanah. Memang jelas sakit sangat tu.

            “Kenapa ni?”

            “Sakit...gastrik”. Satu-satu dia sebut. Tengah sakitkan.

            “Ketua!! Ketua!!” Bantai aje lah panggil dia ‘ketua’ tak kan nak panggil namakan. Macam tak patut pulak.

         “Yup! Kenapa ni? Ada masalah ke?” Kumpulan yang lain baru aje beransur nak mulakan carian. Tinggal kumpulan Naural dengan Luth aje. Tu pun tadi sebelum Naural panggil dia orang ni dah memang nak gerak.

          “Dia ni sakit, gastrik. Tak dapat nak ikut aktiviti ni. Boleh tak?” Ok ni kali pertama Naural boleh cakap baik-baik dengan Luth. Sebenarnya dari mula dia kalau boleh nak jauhkan, elakkan diri dari laki ni. Sebab malas nak gaduh lagi.

            “Gastrik? Ada ubat tak?” Perhatian dia teralih. Tengok peserta perempuan yang sakit tu. Muka dia memang dah berpeluh, pucat.

             “Ada”. Kawan dia tolong jawabkan. Dia orang berdua ni memang kawan.

          “Ok. Kalau macam tu awak boleh papah dia masuk khemah dulu tak? Lepas dah bagi dia makan ubat, uruskan dia. Datang jumpa saya balik”. Arahan diberi. Naural dengan seorang lagi yang sihat tu angguk kepala. Tanda ‘arahan diterima’.

            Ada lah dalam 20 minit nak uruskan peserta yang sakit tu. Naural ni banyak tengok aje lah. Dia tadi dah tolong letakkan bantal. Yang lain kawan peserta sakit tu yang buat. Dia bukannya tahu apa pun. Salah tolong kang jadi makin teruk pulak. Diam aje lah kan.

          “Dah..jom kita jumpa Luth”. Naural angguk lagi. Dah macam belatuk pun ada. Lain sangat perangai Naural ni masa dengan orang yang dia tak kenal. Diam aje.

            “Dah selesai semua ke?”

            “Dah”.

          “Ok. Ada masalah lagi tak? Sebab saya kena ikut juga aktiviti tu, nak pantau peserta lain. Awak boleh jaga kawan yang sakit tu?”

             Naural pandang perempuan diri sebelah dia ni. Habis aku nak buat apa eh? Duduk sini jaga juga ke? Bosannya...

            “Boleh aje. Saya tak kisah. Tapi nanti kumpulan ni tinggal satu ahli aje lah kan. Kena teruskan juga ke?” Agak kejam juga lah kalau Luth cakap teruskan juga. Boleh ke Naural nak cari sendiri semua klu-klu tu nanti? Dah lah dia orang ni dah jauh ketinggalan.

            “Dia kena teruskan juga. Sebab ni memang aktiviti wajib untuk semua peserta”. Luth tak pandang pun muka Naural.

             Naural dah mencebik. Wajib konon! Kalau wajib kenapa bukan laki tu aje yang tinggal jaga budak sakit tu. Ni tak, ada ke patut biarkan aku sorang-sorang cari klu.

             “Awak berani ke nak pergi cari?”

             “Kalau dah wajib, kena ikut juga lah kan. Kalau tak nanti ada lah yang rajin nak duk perli-perli”.

              Luth tahan senyum. Nak kenakan aku lah tu. Naural...Naural..

******

Semak-samun ditebas. Nasib baik juga Naural ni bawa parang. Tadi dia terus berlalu lepas dah diwajibkan untuk pergi ikuti aktiviti ni juga. Pergi sorang-sorang pulak tu. Setiap laluan hutan tu dilalui.

        “Mana klu ni? Kenapa tak nampak apa-apa pun?” Naural mengeluh. Dia orang cakap tadi klu pertama ni tak jauh dari tapak perkhemahan, tapi ni dah lama dia berjalan. Tak jumpa-jumpa pun. Klu tu ada dekat belakang ke? Tak pun aku dah sesat?

            Dia duduk mencangkung. Penat berjalan dari tadi. Peluh di dahi dikesat dengan tangan. Rambut dia yang dah serabai, disanggul kemas balik. Makin tinggi disanggulnya.

          Dia menghela nafas berat dulu sebelum mula bangun. Nak mulakan percarian balik. Dalam 32 langkah dia berjalan akhirnya dia nampak juga kertas merah bergantungan atas dahan rendah. Nasib baik aku dapat capai. Finally...jumpa juga.

          Lipatan dibuka. Tapi tak habis buka lagi sebab ternampakkan sesuatu atas kertas tu...

         Jangan buka lipatan sampai habis. Selesaikan soalan ni dulu.

         Dahi Naural berkerut. Tapi dia baca juga soalan yang mencabar minda dia tu.

          114,567,843 + 115,869,532 - 230,437,275 = ?

        Hah? Apa kaitan soalan ni dengan explorace ni? Tapi kejam kut. Aku mana lah reti sangat nak congak. Dah lah nombor besar sangat. Kalau setakat satu tambah satu tu lepas lagi lah. Kepalanya digaru. Serabut!

            Nak selesaikan ke tak? Tapi apa gunanya ikut kalau klu ni pun aku tak dapat selesaikan. Betul tak? Buat aje lah. Nak kalkulator...

            Lama Naural mencongak. Dah lah dia tak bawa phone. Kalau bawa tadi mesti lagi cepat selesai. Kenapa lah masa sekolah dulu aku tak skor betul-betul mencongak ni. Tak ada lah menyusahkan aku bila dah berdepan dengan keadaan macam ni. Adik-adik sekalian, tolong lah jangan contohi kak Naural ya.

           Lepas berkali putus harapan, semangat, nak give up baru lah Naural berjaya selesaikan. Sempat juga diketuk dahinya berkali-kali. Tu tanda nak bagi peringatan pada diri lah. Memalukan betul lah aku ni. Ada ke budak Matematik lambat congak macam ni? Aku aje kut macam ni rasanya.

            100! Yes! Dapat juga! Lipatan bawa dibuka. Jujurkan Naural ni. Kalau orang lain mesti dah buka aje lipatan tu.

              Jalan 100 langkah ke timur awak...

           Aik? Tadi subjek Matematik. Ni geografi pulak? Dekat mana lah pulak timurkan? Ok. Jom main teka-teka. Kita tengok siapa yang kena!

             Satu jari diangkat tinggi. Ditiup jari tu. Kaedah apa lah ni kan? Tu bukan nak tengok angin arah mana ke? Ada-ada aje lah Naural.

             Lepas ditiup jari tu, dia terangguk-angguk. Belah kirinya dipandang. Kanan pulak. Kemudian depan belakang. Nak ikut jalan mana ni? Semua pun berkemungkinan untuk jadi timur kan? Adoi! Kejam lah orang yang buat klu ni. Bagi lah yang senang sikit lain kali.

            Naural duduk bersila atas rumput. Dia mengeluh. Nak balik, dah tak tahu jalan dia. Dia dah tak ingat. Nampaknya tinggal satu cara aje lah. Selesaikan klu ni. Tapi nak selesaikan macam mana? Timur pun dia tak tahu dekat mana.

            Lepas lama betapa atas rumput tu Naural berdiri. Dahinya berkerut. Aku rasa dah tahu nak ikut mana. Tapi bukan timur lah. Lagi tepat sebenarnya, dia tak tahu yang tu timur ke tak. Tapi laluan belah kanan dia ni nampak macam laluan. Sebab nampak macam bekas orang pernah lalu. Yang tempat lain tak ada pulak. Cuba aje lah kan. Jom!

           Naural mula melangkah. Sambil melangkah, dia kira sekali. Harap-harap betul lah ni. Dah nak sampai 95 langkah dia berhenti. Lagi lima langkah lagi, tapi kenapa tak nampak apa-apa? Ada pokok aje.

            Memang lah ada pokok cik Naural. Dah nama pun hutan kan? Dah tu awak nak jumpa apa pulak? Genting Highlands? Tak lah kan..

            Lagi lima langkah diatur. Dia berhenti. Didongakkan kepala. Nak tengok, cari klu. Nama lah tahu ada tergantung atas pokok tinggi kan. Lepas mencari-cari, akhirnya dia jumpa juga. Cuba teka ada dekat mana?

              Jeng..jeng..jeng...dapat teka tak?

            Ada bawah kaki dia. Tu lah dari tadi Naural ni duk tengok atas, bawah dia tak pandang pun. Rupanya tak lah kejam sangat orang pembuat klu ni. Cuma dia macam nak trick kita aje. Ehh.. bukan kita. Tapi Naural.

            Dibuka lagi klu tu. Sama juga macam tadi. Perlahan-lahan. Satu-satu lipatan. Mulut Naural terbuka. Besar. Terkejut!

            Laluan...laluan yang membantu kita mencari destinasi yang kita nak tuju. Sama juga dalam kes awak. Pilih laluan yang betul untuk bawa awak ke tempat yang betul....ada tiga laluan dekat sini, setiap laluan akan bawa ke tenpat yang berbeza.
            p/s : semua laluan yang kita pilih bakal mengubah segala corak kehidupan kita, buat keputusan terbaik...supaya awak tak SESAT!

            Apa ni? Tak cukup lagi ke nak dera fikiran aku ni? Dah lah aku sorang-sorang. Fikiran sorang mana lah sama dengan tiga orang. Kalau ada tiga orang boleh lah berpecahkan. Semua masuk pergi laluan lain-lain. Kan senang, tak payah nak kusutkan kepala fikir lagi.

            Tiga papan yang dah dipacak atas tanah dipandang. Ada tertulis...

            Laluan 1
            Laluan 2
            Laluan 3

          Tapi yang mana aku kena ikut? Takut pulak kalau sesat nanti. Jam dipandang. Dah pukul 9.45 pagi ni. Kena cepat buat keputusan. Kalau tak dia sendiri yang susah. Laluan pertama didekati. Ada satu kertas dalam plastik tergantung. Dicapai, dibuka.

            Suka...gembira...ketawa...

            Hah? Apa benda ni? Nak suka segala. Ada dekat tengah hutan macam ni boleh suka ke? Lagi takut, seram, menyampah ada lah.

            Laluan kedua pulak didekati. Kertas dalam plastik tu pun dicapai juga.

            Tenang...aman...damai...

            Dah aman, damai lagi. Apa punya orang lah. Sempat Naural nak mengutuk kan. Mulut...jaga sikit..

         Belum lagi sampai laluan ketiga tu, Naural dah mula meneka. Aku rasa dalam kertas tu mesti tulis sayang, cinta. Mesti lah semua yang positifkan? Tapi ye lah dia boleh teka aje kan, hasil dia lepas kertas dibuka tertera...

             sedih...kecewa...kisah semalam...

           Sentap! Ni cakap pasal aku ke apa? Kenangan lepas mula terbayang. Mata dah terasa panas. Laluan mana nak pilih? Kalau kau orang pilih yang mana agaknya?
                      

p/s : masalah memori Naural ada jadi masalah ke? ada yang pelik kenapa Naural susah nak ingat Luth? Kalau yg ikuti cerita ni dr awal..sy dah jelaskan kenapa kan. apa-apa blh tinggalkan dkt ruangan komen.. thanks ^_^             

3 comments:

baby mio said...

Main teka-teki pulak.

Anonymous said...

eh sape nye ideal ni sampai wat 3 laluan..hihi..mesti Luth kan?haha..xsabar nk tau naural pilih laluan yg mane??
-nasira comey-

Fieza Kadir said...

kenape wat soklan kire2 tu sy xdpt 100 pon.. dpt 90 jer.. sy salah kire ke xreti kire ek??

Kehidupan seorang penulis © 2014