Saturday, 19 January 2013

Love Riddles 06

Saturday, 19 January 2013
. . .


“Naural!!”

            Naural yang dari tadi asyik termenung, memandang ke arah suara tu. Kacau lah! Baru dia nak termenung pasal laki bertopi tu. Ada ke Faiza ni mengacau pulak. Dah lepas 40 minit ke?

            “Sorry-sorry aku lambat”. Tercungap-cungap dia. Tadi dia berjalan dari ke sini. Malas nak tunggu bas sebab macam lambat aje. Tu yang dia rela jalan kaki aje.

            “Tak apa lah, tapi yang kau menjerit tu kenapa? Sakit telinga aku dengar”.

          Faiza tersengih. Dia duduk sebelah Naural, atas rumput. Tak sangka pulak Naural suka lepak sini. Macam best aje tempat ni, boleh selalu datang lepas ni.

         “Saja. Nak bagi kau sedar kehadiran aku”. Gitar ditangan Naural dipandang. Naural baru lepas menyanyi ke?

            “Kau menyanyi ke tadi?”

             Pipi Naural memerah.

           “Mana ada, aku main gitar aje. Kau nak apa datang sini? Tadi cakap ada hal penting. Cakap lah”. Sengaja gesa kawan dia ni, kalau tak nanti mesti nak cakap pasal Naural dan kemungkinan Naural menyanyi.

            “Haah lah, nasib baik kau ingatkan. Aku hampir nak lupa tadi”. Dia tersengih-sengih. Rasa macam hari ni hari bertuah dia.

         “Yang kau tersengih ni kenapa? Aku bukan faham pun. Baik kau cakap”. Geram pulak tengok. Kalau nak tersengih aje baik duduk dalam bilik.

             “Thanks”.

             “Hah? Thanks?”

         “Ye lah, thanks sebab paksa aku juga berdepan dengan Luth tadi. Sebab kau aku rasa bahagia sangat sekarang. Sebab? Aku duduk satu meja dengan dia masa dekat library tadi. Rasa macam tak percayakan, tapi memang betul pun”. Rasa macam nak menjerit aje si Faiza ni. Happy sangat, hampir nak tercapai dah impian dia selama ni.

            “Akhirnya berjaya juga kau beranikan dirikan. Tengok kan dah berbuah hasil. Dia dah kenal kau sekarang”. Dia pun turut happy juga lah, sebab semua ni pun ada sikit pertolongan dia kan.

            “Haah, apa yang aku nak selama ni dah tercapai. Dia dah kenal aku, aku dah jadi kawan dia”.

           “Cukup ke jadi kawan aje?” Naural tersengih nakal. Dia tahu apa yang Faiza ni impikan. Tak akan lah jadi kawan aje kan?

            “Jadi kawan dia pun dah cukup Naural, aku bukan layak pun untuk dia tu”. Merendah diri pulak kan. Sedangkan dalam hati cakap...nak..nak.

            “Betul ni? Baru aku ingat nak tolong lagi, kalau macam tu dah tak payah lah kan”. Naural mencapai gitar, dah nak balik lah kut.

            “Hah? Naural jangan lah. Tolong lah aku. Pleaseee”.

            Naural pandang raut Faiza. Lama. Pening pulak rasa. Tadi tak nak, ni nak pulak. Dengan buat muka yang tak comel langsung tu memang tak boleh buat dia cair lah. Tapi macam best aje jadi orang tengah ni.

             Naural kenyit mata.

             “Ok! Set!”

            “Yeah! Kau memang kawan paling best, paling sporting, paling comel, paling baik, paling segala-galanya lah untuk aku”. Excited sangat sampai tak boleh bernafas Naural si Faiza buat. Kuat sangat dia peluk Naural.

           “Memang lah aku semua yang paling-paling baru tahu ke? Tapi tak tahu lah kenapa aku dapat kawan yang slow macam kau ni. Benda kecil macam ni pun tak boleh buat”. Dia tertawa. Suka tengok Faiza yang dah bulat mata pandang dia.

             “Naural!! Kejam lah kau!”

          Dua-dua kawan ni dah berkejaran atas padang tu. Faiza mengejar, si Naural pulak melarikan diri. Walaupun cuaca tengah panas terik pun tak dikira. Ye lah masing-masing dalam hati ada taman sekarang ni kan. Faiza dengan Luth dia. Si Naural pulak cuba lah teka siapa?

            Tapi sebenarnya, seperti biasa ada yang mendengar perbualan mereka tadi. Lelaki yang sama yang selalu ada bila Naural ada. Dia tergamam!

 ******

“Hai Luth, nak duduk sini boleh?”

            Luth mengeluh, tapi masih juga mengangguk. Kawan dia yang lain buat tak kisah. Dia orang dah tahu sangat apa motif perempuan ni sebenarnya. Nak kawan konon.

             “Awak nak gula tak? Saya ada bawa ni”.

             “No thanks. Saya tak suka”.

             Muka Faiza jadi merah. Segannya kena tolak depan kawan-kawan dia ni.

            “Kita orang tak nak offer ke? Kenapa offer Luth aje?” Amir mencelah. Faiza ni cakap nak berkenalan kan semalam? Kenapa dengan Luth aje?

           “Ermm..ambil lah...kalau tak malu”. Dia tersengih sinis. Bukan tujuan dia duduk sini nak beramah dengan kawan Luth ni. Dia nak kawan dengan Luth aje. Gula-gula tadi diletakkan atas meja. Depan Luth. Amir dengan yang lain dah mencebik. Sombong! Kedekut!

           Luth pandang raut Faiza ni tanpa Faiza sedar. Apa dia ni nak sebenarnya? Kenapa dia layan kawan-kawan aku macam tu pulak? Kalau dia ikhlas mesti dia tak kan buat macam tadi kan? Betul-betul mencurigakan lah dia ni.

            Faiza mendongak, lebar senyuman dia tengok Luth pandang dia tanpa kelip. Dah lah lama. Mesti dalam hati Faiza ni dah ada macam-macam andaiankan?

            “Luth? Kenapa? Muka saya comot ke?”

            “Hah?”

          “Muka saya comot ke? Kenapa awak tenung saya lama macam tu?” Tersipu-sipu dia depan Luth.

            Kawan Luth yang lain dah pandang Luth dengan Faiza. Apa Luth dah suka perempuan ni ke?

            “Tak ada lah, bukan pandang awak pun. Saya termenung fikir jawapan tutorial ni aje”. Dia bangun, nak pergi toilet. Malu kantoi tadi. Berlalu aje Luth...

            “Apa kau nak sebenarnya huh?”

         “Apa kau cakap ni?” Suara berubah. Tadi bukan main lembut masa cakap dengan Luth. Bahasa pun ‘saya’, ‘awak’kan. Kenapa dah berubah pulak ni? Ada agenda lah tu.

           “Aku tahu sebab kau nak rapat dengan Luth, lupakan aje lah. Kau tak layak pun untuk dia”. Bukan main semangat Danny ni cakap. Dia memang tak berkenan jenis perempuan macam ni. Dia dapat hidu something.

            Faiza tersenyum. Sinis sangat. Kenapa lah kawan-kawan Luth ni langsung tak sama macam Luth.

            “Habis kau rasa siapa yang layak untuk Luth? Apa kurangnya aku?”

            “So memang kau rapat dengan dia sebab kau suka dia lah? Kau nak dia jadi boyfriend kau. Kau rasa dia suka kau ke huh?”

         Amir, Zarul, Azim dan Ejad dah pandang dia orang ni silih ganti. Jangan lah dia orang tinggikan suara. Kalau tak mesti kena halau keluar ni. Si Danny ni pun satu, kenapa lah dekat library juga dia pilih nak cari gaduh.

            “Tu semua urusan aku. Kau orang tak payah nak masuk campur”. Dia bangun, rasa panas pulak duduk satu meja dengan dia orang ni. Ada ke patut cakap macam tu. Apa aku teruk sangat ke sampai dilabel tak layak untuk Luth?

            “Apa-apa yang berkaitan dengan Luth tu urusan aku. Aku tak nak kawan aku jatuh dalam perangkap kau. Dah lah perempuan, jangan dekati kawan aku tu lagi. Kalau aku nampak kau dekat dengan Luth lagi, kau siap!” Whoooaa..serius? Ganas betul kawan Luth ni. Ada ke sampai bagi peringatan bagai lagi.

             Faiza yang dengar dah ketap bibir. Kenapa dia tak diterima? Salah ke cara dia dekati Luth? Mungkin nak pikat Luth, kena pikat kawan dia dulu?

          “What ever lah...blah..blah..blah”. Buku diangkat sebelum dia pun angkat kaki keluar. Masa nak masuk pintu lift dia terserempak dengan Luth.

           “Luth nak untuk awak. Ambil lah, saya kena pergi dulu. Ada hal. Jumpa lagi nanti”. Sempat pulak dia sediakan hadiah lagi kan. Sebenarnya Luth ni tarik nafas lega bila nampak Faiza nak beredar tadi. Tapi yang tak sukanya, hadiah-hadiah ni untuk apa. Tak payah bagi boleh tak? Adoi! Menyusahkan.

         “Masalah lah dia tu Luth”. Luth pandang Danny. Asal muka keruh semacam ni? Dia pandang Amir pulak, tapi kawan dia tu hanya geleng kepala. Mesti ada apa-apa dah jadi ni. Sebab tu Faiza pun pergi laju aje tadi.

            “Apa dah jadi tadi? Ada yang gaduh ke?”

            “Tak ada apa lah Luth, aku tak suka Faiza tu aje. Apa masalah dia tiba-tiba nak berkenalan dengan kau. Dah dua tahun lebih dia dekat sini kan, kenapa baru hari ni dia nak kenal pulak? Aku tak suka dia”.

             Luth tergelak. Sebab tu ke?

            “Muka kau sekeruh ni sebab dia aje ke? Dah lah wei tak payah nak peningkan kepala. Dia kawan aje kut, tak payah lah peningkan kepala pasal dia. Dah jom aku belanja kau makan”.

         “Wahh..untungnya ada kawan anak orang kaya ni kan”. Amir sengaja mencelah. Nak ceriakan balik suasana. Selalunya dia lah yang blurkan, tapi entah kenapa hari ni dia ok pulak. Cukup tidur lah tu.

            “Banyak lah kau orang. Siapa nak jom, kalau lambat memang cancel lah tawaran tadi”. Luth terus melangkah pergi, tinggalkan member dia yang lain. Lambat sangat dia orang ni kemas. Macam perempuan betul gayanya.

            “Woi! Mana boleh cancel. Tu buruk siku ok!” Amir menjerit. Dah lah kuat. Pelajar lain dah pandang geram. Bising lah!
           
******

“Luth?”

           “Apa?” Si Danny ni pun, ada ke masa aku nak telan nasi juga dia nak panggil. Kalau mati tercekik nanti macam mana? Kesian peminat-peminat dia nanti. Nak perasan kejap...

            “Si Faiza tu macam mana?”

            “Larrhh.. Tak habis lagi pasal dia ke? Aku ingatkan tadi topik dia dah habis”.

            “Belum lah Luth”.

           “Ok apa yang kau nak tahu ni? Apa yang kau tak puas hati?” Pinggan ditepikan, nasib baik dia pakai sudu tadi. Tak payah lah nak pergi cuci tangan. Mesti semua cakap Luth ni mengadakan, sampai makan pun bersudu. Salah ok anggapan tu semua. Yang betulnya pagi tadi motor kawan Luth ni rosak, dia yang jadi mekanik betulkan. Sampai luka-luka tangan, tu yang tak pakai tangan. Sakit!

Baikkan? Baikkan Luth..

          “Aku tak faham kenapa dia tiba-tiba nak rapat dengan kau”.

         “Maybe sebab dia nak tambah kawan. Aku pun bukannya tahu, tapi selagi dia tak melampaui batas sebagai kawan aku, tu tak ada masalah. Aku boleh terima lah”.

         “Betul ke kawan aje? Bukan ada niat lain? Kenapa aku rasa macam dia ada agenda sendiri ni? Kau ni pun ada ke senang aje terima dia macam tu”. Nampak betul-betul tak puas hati ni. Luth pun pelik kenapa Danny ni marah sangat. Apa dah jadi? Dia orang ni musuh ke dulu?

         “Larrh. Tak akan jadi kawan pun kena pakai form segala, lepas dah pass baru boleh jadi kawan aku. Kau ingat aku ni PM ke sampai orang-orang yang nak kawan dengan aku kena tapis dulu. Teruk sangat lah kalau macam tu”.

            Luth tertawa.

           “Tapi aku tak...”.

           “Diam. Diam kejap”.

          “Hah?” Danny pelik. Kenapa tiba-tiba Luth suruh dia diam ni? Arah pandangan mata Luth dipandang.

            Naural! Patut lah tersengih-sengih aje ni.

           “Jaket? Jaket siapa yang dia pakai tu?”

            Luth pun pandang ke arah jaket tu. Dahinya berkerut.

         “Tu macam jaket laki lah Luth. Dia dah ada boyfriend ke? Tak akan lah, tak pernah nampak pun sebelum ni”.

            “Entah..aku pun tak tahu..”. Lemah aje dengar suara laki tu.

******

“Naural!! Kau kena tolong aku lagi”.

            Apa dah jadi ni? Dah lah tadi ketuk bilik dia berkali-kali. Kuat pulak tu, rasanya sampai tingkat bawah boleh dengar kut. Masuk aje terus menjerit lagi. Tak sakit ke? Ke aku yang dengar ni aje yang sakit? Sakit hati...sakit telinga..

             “Apa lagi ni?”

            Kacau lah Faiza ni. Mana boleh kacau masa dia tengok movie. Tu memang pantang dia. Dia tak suka ada yang kacau dia layan tengok movie. Dah lah tengah scene air mata ni. Tadi baru aje air mata dia nak mengalir dah terbantut sebab dengar jeritan si Faiza ni lah.

            “Pasal member Luth”. Dia duduk sebelah Naural. Atas katil, bestnya kalau dapat tidur ni. Tapi tak boleh lah, ada masalah besar ni.

              Naural mengeluh. Kawan dia? Apa dah jadi pulak ni?

           “Kenapa dengan kawan dia? Kau nak kenal Luth kan? Jangan cakap kawan dia tak kasi ke”.

            Mulut Naural melopong tengok anggukan Faiza tu. Apa Luth tu anak menteri ke? Sampai semua yang nak kawan dengan dia kena tapis. Tak patut betul!

            “Serius?” Kau tak main-mainkan?” Kenapa dia rasa macam susah nak percaya.

           “Serius lah. Memang kawan dia tak suka aku kawan dengan Luth. Dia orang siap suruh aku jauhi Luth lagi. Bagi peringatan”.

            Mulut Naural makin besar melopong. Tak sopan betul anak dara ni.

           “Dia orang cakap macam tu?”

           Faiza mengangguk. Dia tipu sebenarnya, bukan lah ‘dia orang’ hanya ‘dia’ aje kan. Seorang aje yang tak puas hati. Tapi sebabkan dia nak nampak macam tragik sangat tu yang dia guna ‘dia orang’.

            “Larrhhh.. Apa nak buat ni? Kalau kawan dia tak suka, tak boleh nak buat apa lah Iza”.

            “Kenapa pulak?”

           “Kau tahu lah kan persahabatan laki macam mana. Kalau dah rapat, dia orang memang rapat sangat. Kau nak buat apa-apa pun tak kan jalan”.

            “Tak kan lah”.

             Naural pandang Faiza. Macam kesian lah pulak. Ermmm...

            “Satu aje kau boleh buat”.

            “Apa?”

           “Rapatkan diri dengan kawan-kawan dia”. Naural tersengih. Memang dah tak ada jalan lain. Ambil atau dia yang melepas. Tu aje.

           “Hah? Tak kan lahhh...”. Muka disembamkan pada bantal. Nak cara lain pleasee...




p/s : as'salam. Hai. Hello readers. Setakat ni ok tak? Jalan cerita ni dah boleh terima? Saya tak masukkan lagi jalan cerita mcm dalam cerpen tu kalau semua perasan. Sebab tu ramai yang tanya kenapa novel ni lain. Yg tu dalam pertengahan baru masuk kut (ok, kut ya..), bab-bab ni mcm intro lah, walaupun Luth dah keluar awal. Tapi kena ingat Naural tak kenal Luth sangat. Dia ada msalah nak ingat orang..hehe..jeng3x nantikan yg seterusnya... komen ya..komen2 korang semua buat saya lg semangat nak tulis, kalau tak lmbat aje idea tu nak dtg (mcm m'desakkan).. hehe ...ok tanx sgt2 semua.. ^_^

7 comments:

Anonymous said...

eeeee...geram nye dengan si faiza tu..
dh org xnk, jgn la nk paksa...
kacau luth aku jer..
xsuka!!(terlebih emo jap)
tp mmg tabik spring 10x la kt kwn2 luth, sebab backup luth..hehe..
naural!!!tolong la jgn tolong si faiza tu dptkn luth aku...
hehehe...kak tyra,nk lagi,,,

-noorwieyl-

nomi khaleeda said...

bestt!!! tpy spe yng bgy jaket kar naufal niee.. lelaki misterii

Tengku Jamiyah TZakaria said...

best best best!saya ingatkan lelaki bertopi tu Luth. mungkin writer nak buat suspen?

misztyra9@ said...

@Tengku Jamiyah TZakaria
hehe..tq2 semua..yg tu kita tggu sama2.. ^_^

Anonymous said...

Lelaki bertopeng tu mcm danny je..teruskan berkarya..x sabar nak baca.

Anonymous said...

eh sape yg bg jaket tu?bkn Luth ke?sape laki misteri tu...compius kite?sape dia?nk tau ni..haish spoil la si faiza ni..tetibe nyampah lak ngan dia..nmpk sgt tehegeh2..oh please la..xyah la nk baek sgt ngan Luth tu...Luth tu Naural nye a.k.a nasira...haha..terover lak...nape Naural ni nk sgt tlg si faiza tu..xsuke ngan perangai si faiza ni...haha.. akak,xkesah la laen drpd cerpen pon..saye dh fall in love ngan cerita ni lagi2 ngan my Luth..best sgt2..
-nasira comel-

baby mio said...

Best.

Kehidupan seorang penulis © 2014