Sunday, 17 February 2013

Love Riddles 21

Sunday, 17 February 2013
. . .


Dila dari tadi kecoh bercakap. Dengar suara dia aje yang cakap dari tadi...Naural hanya angguk-angguk. Tu aje. Nak cakap pun tak dapat. Tak diberi peluang langsung.

            Apa yang Dila ni cakap dari tadi rasanya? Ok kita ikuti sikit dialog perbualan dia orang ni...

          “Amir tu baik sangat Naural. Dia sanggup jalan teman aku walaupun semua geng dia yang lain dah ada jauh dekat depan”. Tersengih-sengih dia cakap. Memang nampak jelas dari air muka dia yang dia tengah happy. Dapat beramah mesra dengan laki idaman lah katakan. Mahu tak tidur malam duk fikir benda tu nanti.   

             Naural hanya boleh senyum aje lah. Nak cakap apa pun tak tahu.

           “Masa ada dekat satu jalan curam ni dia tolong aku kut. Kalau dia tak ada tadi memang aku boleh jatuh terduduk tadi. Kesian juga lah dekat dia ni...sampai jatuh-jatuh sebab nak tolong aku”. Muka berubah sedih pulak. Tengah terbayangkan kejadian tu kut.

            “Dia jatuh?” Baru dapat dengar suara Naural ni.

         “Haah. Jatuh terduduk sebab nak elakkan aku dari jatuh tadi. Dia bagi aku pegang satu pokok ni...dia pulak tak dapat pegang apa untuk tahan diri dia tu. Tu yang jatuh. Rasa bersalah lah pulak”.

            Naural pegang bahu Dila. Touching lebih lah kawan aku ni. Tapi...aku faham perasan kau Dila. Aku faham macam mana rasanya semua tu. Aku pernah rasa dulu. Rasa yang aku nak buang sekarang. Kalau boleh aku nak ketuk aje kepala ni...bagi hilang ingatan.

         “Dah lah Dila...aku rasa dia ok aje tu..dah dia yang pilih nak jaga kau mesti lah dia berkorban sikitkan”. Naural ni main bantai aje bagi nasihat dekat Dila ni. Tak fikir dulu pun, main cakap aje.

            “Jaga aku?”

           “Ye lah..dah kau cakap dia jalan dengan kau biarkan geng dia semua dekat depan. Tu bukan sebab dia pun ada rasa apa yang kau rasa ke?”

            “Mana ada aku rasa apa-apa”. Tersipu malu pulak Dila ni.

          “Ye ke? Kenapa eh dari tadi aku perasan ada orang tu main mata. Gatal kan!” Tergelak-gelak Naural ni. Suka lah tu dapat kenakan Dila.     

            Dila diam. Malu dah kantoi dengan Naural. Dah Amir yang dari tadi jeling-jeling pandang dia. Dia layan aje lah. Kacau lah Naural ni.
           
******

“Ok...semua dah ready ke?” Luth mula bersuara. Dila dengan Naural yang rancak berbual tadi berhenti. Bagi laluan pada iklan dulu lah.

          “Dah!!” Penuh bersemangat semua kumpulan yang nak buat persembahan ni. Naural dengan Dila memang tak terlibat pun. Sebab masa sesi bagi kumpulan tu dia orang ni belum masuk lagi.

            “Ok...semua wakil ahli kumpulan berkumpul sini”. Berkumpul untuk cabut undi rasanya.

            Masa cabut undi tu pelbagai reaksi boleh nampak. Ada yang bersorak. Ada yang tak puas hati. Yang tak puas hati tu macam biasa kumpulan yang sam ada kena buat persembahan pertama atau terakhir lah kan. Naural hanya tersenyum melihat. Tengah ralit pandang semua kumpulan tu buat persiapan terakhir, mata dia teracap pada Luth. Teringat pulak maggi goreng yang dia masak.

            “Kau kenapa tersenyum-senyum ni?” Tak kan lah Naural ni dengan Luth dah ada apa-apa kan. Ye lah kalau mata dia ni tak salah lah kan..dia perasan dari tadi mata Luth duk pandang-pandang arah dia orang. Tak kan lah dia nak pandang aku kan. Maknanya pandangan tu untuk Naural lah kan? Ermmm...menarik ni..

         Naural terkedu! Aku senyum ke tadi? Bibirnya diketap. Kenapa lah si Dila ni rajin menghadap muka dia ni. Bukan ada apa pun.

            “Mana ada. Kau ni kenapa pulak? Dah bosan tengok muka Amir tu ke? Muka aku pulak yang jadi mangsa”.

            “Bosan? Langsung tak ok. Dah masa aku cakap ternampak kau sengih-sengih tu yang aku tegur. Ada apa-apa dengan Luth ke?”

             Kali ni memang betul-betul Naural terkedu. Luth?

          “Ada apa pulak?” Dia pandang tempat lain. Tak nak Dila nampak jelas warna wajah dia yang dah mula berubah.

            Dila tersenyum. Dia pandang Luth. Nasib baik..sebab Luth pun sekarang tengah pandang Naural. Tapi Naural? Dia tengah main-main dengan tanah. Malu lah tu.

             “Yang kau duk main dengan tanah tu buat apa. Dah lah Naural, tak payah nak malu-malu. Kau suka dia kan?” Bagi aje lah Naural ni soalan maut, kita tunggu apa jawapan Naural ni. Dia nak mengaku ke tak? Atau pun sebenarnya dia memang tak ada apa-apa perasaan dekat Luth ni.

            “Betul lah Dila...aku tak ada apa-apa perasaan pun dekat Luth tu. Ada lah sebab kenapa aku senyum tadi”. Aku teringat aje kisah petang tadi. Dia masak untuk aku. Dua ayat terakhir tu hanya mampu terungkap dalam hati. Mana boleh bagitahu Dila ni. Nanti mesti kecoh bergegar satu tapak perkhemahan ni. Tunggu balik lah.

             “Ok...kita mulakan dengan kumpulan pertama dulu. Semua dah sedia ke?” Suara Luth lagi kedengaran.

             “Dahh!!”

         “Sebelum mula saya nak perkenalkan dulu juri yang akan nilai persembahan semua kumpulan malam ni. Jurinya.... saya, Amir dan juga Danny. Yang tak terlibat akan jadi penonton, kami akan tanya juga pendapat dia orang nanti. Ok...boleh mula”.

            Perbualan Naural dengan Dila terhenti. Dia orang ralit menyaksikan persembahan demi persembahan yang dipersembahkan. Kreatif betul lah dia orang ni. Tak bosan pun. Kadang kala dia tergelak...tersenyum-senyum...terhibur sangat.

             Tumpuan Dila teralih. Apa yang dah jadi ni? Dia tengok ke arah Luth. Tersenyum. Tak apa..biarkan aje lah..

         Naural bangun. Bosan pulak sementara nak tunggu keputusan keluar ni. Tadi semua kumpulan dah habis buat persembahan. Dila pulak dah pergi menyibuk dekat Amir. Nak bagi pendapat lah kononnya. Tapi kau orang semua pun tahu kan apa motif sebenar dia.

            Dia duduk di atas batu sungai. Direndamkan kakinya. Sejuk! Tapi memang best..dapat legakan kaki dia ni.

            “Sorang-sorang aje?”

            Nasib baik Naural ni tak melatah. Tiba-tiba aje kena tegurkan. Kalau tadi dia terjatuh dari batu ni memang laki ni kena lah.

            “Tak lah..tak nampak ke ada yang teman ni”.       
    
          “Ada yang teman? Mana? Tak nampak pun”. Mata dia pandang sekeliling. Mencari peneman Naural ni.

            Naural tergelak. Tengok muka cuak Luth ni. Ingatkan dia aje yang blur...Luth pun sama aje sekaki.

            “Awak ni comel lah”.

            “Hah? Saya comel?” Peliknya. First time kut dia dilabelkan comel. Tapi... memang comel ke?

            “Awak cari siapa tadi?” Naural tanya lepas habis gelakkan laki ni. Luth ni pun macam rela aje digelakkan.

            “Cari peneman awak lah”.

            Naural sambung gelak lagi. Berkocak-kocak air sungai tu..sebab kaki Naural ni lah. Cukup aje lah gelak tak payah lah kaki pun nak terangkat-angkat. Over ok Naural.

            “Ada cermin tak?”

            “Cermin? Nak buat apa?” Tadi gelak kan aku. Tapi yang tu aku tak kisah lah. Sebab tawa dia tu tenangkan aku. Tapi ni nak cermin pulak. Mana nak dapat ni? Ada tak sesiapa yang pegang cermin sekarang? Nak pinjam kejap boleh?

            “Nak cerminkan awak lah. Tak perasan lagi ke siapa yang teman saya sekarang ni?” Naural tersenyum-senyum. Sekarang ni dah pandaikan nak kenakan Luth ni. Ingatkan dia orang ni memang tak boleh cakap baik-baik. Tapi sekarang boleh aje bergurau sendakan. Satu kemajuan ni.

            Cerminkan dia? Adoi! Dahinya ditepuk. Asal lah aku ni lambat. Dia tertawa.

            Gelak tu...patut lah ramai yang suka laki ni. Gelak dia memang mampu buat hati gadis cair lah. Hati tolong lah...jangan cair lagi. Bertahan lah! Aku tak nak kecewa lagi. Cukup lah dulu tu.

         “Saya lah peneman tu kan? Kenapa lah saya ni lambat sangat kan?” Tak habis-habis lagi gelak dia ni. Naural dah geleng kepala. Apa entah yang kelakar sangat tu.

            “Awak memang lambat pun”.

            Mata Luth membulat. Naural cakap aku lambat? Sampainya hati kan...

            “Awak cakap saya lambat?”

            “Yup..memang lambat pun”. Naural ketawa. Suka tengok gaya Luth sekarang. Dah macam makcik-makcik dah. Ada ke buat gaya cekak pinggang macam tu. Tak sesuai langsung. Agaknya lah kan kalau semua peminat laki ni nampak gaya Luth ni sekarang mesti dah cabut lari gamatnya.

         “Arghh...Luth apa ni?” Dihadang muka dia dengan tangan. Main kasar lah. Ada ke patut percik air sungai ni dekat dia. Sejuk kut.

            Tak boleh jadi ni...orang marah lagi galak dia kan. Baju aku pun dah habis basah. Siap! Tunggu lah penangan dia pulak.

            “Naural! Jangan lah...”. Naural jelir lidar. Tak nak..padan muka. Siapa suruh basahkan dia dulu, kan dah kena. Naural tergelak-gelak. Suka tengok Luth kena dengan dia. Habis dah dua-dua basah. Ye lah dah saling membalaskan. Tu yang dua-dua kena. Tapi..tak sejuk ke dia orang ni? Dah lah sekarang ni malam. Jangan esok demam sudah lah. Dah lah esok dah nak balik.

            “Naural...dah..dah..tengok baju saya ni. Habis basah dah awak buat”.

             Naural mencebik. Baju dia aje lah kan. Baju aku ni macam mana pulak?

             Haacumm..haaacumm...

            Habis lah..kan dah selsema dah Naural ni. Luth mengelabah. Jangan lah sebab aku Naural ni demam pulak. Cepat aje Luth berlari ke khemah dia, nak ambilkan towel.

            “Sorry Naural..sebab saya awak bersin ni. Saya takut jadi teruk nanti ni”. Luth diri depan Naural. Towel kering tadi diletak atas kepala gadis tu. Nak tolong keringkan. Dilap lembut berkali-kali rambut Naural yang dah basah tadi.

            Naural terdiam. Mata dia dah terasa panas. Kenapa scene sekarang ni sama macam dengan laki bertopi tu dulu?

            “Ok dah...dah kering sikit rambut awak ni...Naural? Awak ok tak ni? Sejuk ke?” Pelik pulak tengok Naural ni tiba-tiba diam. Aku dah sakitkan hati dia ke?

            “Saya ok aje”. Naural mengatur langkah. Duduk dikerusi yang disediakan. Nak redakan rasa sedih ni kejap.

              “Betul ni ok? Awak nampak lain..”.

              “Betul..thanks..dah kurang rasa sejuk”.

            Dahi Luth berkerut. Kenapa ni? Apa dah jadi dengan Naural ni? Tadi boleh aje gelak-gelak..kena kan dia. Tapi sekarang ni jadi diam pulak.

            “Saya ingat awak pada sesiapa ke?” Luth hanya meneka.

            Air mata Naural mengalir bila dengar soalan tu. Ingatkan dia pada sesiapa? Yup! Memang pun...ingatkan dia pada satu-satunya laki yang dia tak nak ingat. Yang sampai sekarang dia cuba nak lupakan.

             “Tak ada siapa pun”.

          “Ok lah..saya tak nak paksa awak. Tapi kalau awak ada apa-apa nak luahkan..saya ada..saya boleh jadi pendengar”. Luth tersenyum. Dia tahu ada sesuatu yang menggangu fikiran Naural ni. Kalau tak, tak kan lah dia ni menangis tiba-tiba kan. Tapi tak apa lah kalau dia ni tak nak cerita. Luth mula melangkah. Biarkan lah Naural ni dulu. Mungkin dia nak duduk sini sendirian kut. Kalau aku ada pun, mesti mengacau aje kan.

            “Luth...”.

            “Saya sedih...”. Luth menoleh. Apa Naural cakap tadi?    
   
            “Ya? Awak apa tadi? Sorry saya tak dengar”.

           “Saya cakap saya sedih..”. Air matanya dikesat. Malu lah Luth tengok dia menangis macam ni. Macam budak kecil aje. Nasib baik tak kena gelak dengan dia tadi.

           “Sedih? Sedih kenapa ni?” Gaya macam nak memujuk pun ada Luth ni. Mesti dah biasakan dengan situasi macam ni.

            “Sebab satu laki ni..dia hadir tiba-tiba aje dalam hidup saya..lepas tu dia menghilang. Puas saya cari dia tapi tak jumpa. Kenapa dia hadir kalau lepas tu nak hilangkan diri macam tu? Dia nak mainkan perasaan saya ke?” Naural meluahkan segalanya. Pelik juga sebab dia luahkan dekat Luth. Mungkin dia dah percayakan laki ni kut. Luth hanya tekun mendengar. Hujung towel tadi didekatkan ke arah muka Naural. Nak kesat air mata Naural.

          “Saya sayangkan dia. Saya suka dia sangat. Kenapa bila saya dah suka, dia pulak tinggalkan saya?”

            Pergerakan tangan Luth terhenti. Naural suka dia? Sayang dia?

         “Walaupun sekarang ni dia dah tak ada..tapi dalam ingatan ni semua tentang dia..memori kita orang seakan segar lagi. Setiap hari memori tu berulang tayang. Penat dah saya cuba hilangkan pasal dia dalam ingatan saya ni. Tapi tak pernah berjaya”.

            “Dia tu siapa?” Towel disangkut ke bahu. Dah tak terasa nak lap lagi ke Luth? Atau pun cemburu dengar Naural sebut pasal laki lain ni?

           “Saya tak tahu. Tak ada apa pun tentang dia yang saya tahu. Muka dia pun saya tak pernah tengok”.

             Dahi Luth berkerut. Muka pun tak pernah tengok? Pelik ni.

           “Tak kan tak pernah? Dia lindung muka dia ke? Tak pun pakai purdah”. Di hujung ayat dia ketawa. Sebenarnya tu taknik nak sedapkan hati dia. Nak kawal api cemburu tu.

            Naural mencebik. Boleh pulak dia ni gelak. Dah lah orang tengah susah hati ni.

        “Tak ada lah sampai pakai purdah..dia lindung dengan topi aje. Tu yang saya tak pernah nampak jelas muka dia. Nampak pun sipi-sipi aje lah”.

            Pakai topi? Rasanya Amir ada bagitahu dulu yang dia nampak Naural ni keluar dengan satu mamat bertopi. Orang yang sama ke?

            “Awak pernah keluar dengan dia?”

            “Pernah lah juga..beberapa kali..ada juga lepas dia menghilangkan diri tu saya cari balik dia dekat tempat-tempat yang kita orang pernah keluar dulu. Tapi tak jumpa pun. Dia seakan terus hilang. Bayang pun tak ada”. Rasanya ni first time dia cerita kisah ni dengan orang lain. Secara terperinci lah. Dengan Dila ni dia cerita sikit-sikit aje. Yang lebih tu biar dia faham sendiri aje lah.

            Lama sesi luahan perasaan ni berlangsung. Sampai dia orang ni tak sedar pun dah lewat malam. Penyampaian hadian untuk pemenang pun dah habis...dia orang ni aje yang belum habis. Berbual..berbual...Luth rasa bahagia...Naural rasa lega.. Dila yang dari tadi menyibuk mengendap pulak...tersenyum-senyum suka.. Harap dia orang ni menjadi lah ya..


3 comments:

| lady | said...

okee finee nak lagi !! :DD

misztyra9@ said...

@| lady |

^_^

Anonymous said...

hai akak!!! ni yg wat kite confuse..ceh2..sape laki bertopi tu..danny or Luth?kite cam dpt rase Luth laki tu n at the same time maybe danny jgak laki bertopi tu?..ni xsabar nk taw!!!
-nasira comey-

Kehidupan seorang penulis © 2014