Sunday, 27 January 2013

Love Riddles 10

Sunday, 27 January 2013
. . .


“Apa dah jadi ni? Siapa yang ketuk tadi?” Naural keluar dari bilik. Tapi tak sempat keluar lagi, dia dah tersebak sesuatu. Barang yang tersepak tadi dipandang. Kotak? Cantik berbalut pulak tu. Siapa yang bagi ni?

            Naural merendahkan badan. Kotak-kotak diambil. Kotak-kotak? Ok ada dua ya. Dua-dua berbalut cantik. Naural bawa masuk ke dalam, diletakkan atas belajar dia. Lepas tu dia duduk menghadap dua-dua bungkusan ni.

            Nak buka ke tak? Buka tak? Ok cari kertas jap. Dua keping kecil dibuat dari kertas besar tadi. Satu tulis YA, satu lagi tulis TAK. Ok sekarang kita tengok siapa yang kena. Dua kertas kecil yang dah dilipat lagi kecil tu digocang sebelum dibaling ke atas meja. Naural baca doa dulu sebelum ambil satu, kertas yang paling jauh dari dia.

            Mata ditutup. Tolong lah..tolong lah dapat...

        YA!! Yeah! Boleh buka! Happy sangat kut Naural ni. Tapi kan kalau dah dari awal dia memang nak buka then apa motif buat semua benda tadi? Macam buang masa aje kan. Tapi diam-diam aje lah, tak payah bagi tahu Naural nanti dia terasa pulak.

         Slow-slow bungkusan yang pertama tu dibuka. Tak nak bagi kertas balutan tu terkoyak, cantik kut kertas ni. Ada gambar cartoon favourite dia lagi, kalau tak koyak boleh dia simpan kan. Next time ada birthday sesiapa kita recycle lah. Bijak..Bijak...

            Mata Naural membulat. Topi? Macam topi laki aje. Tapi memang cantik lah, tak dinafikan. Rasa macam mahal aje, mahal brand aje kut. Untuk aku ke ni? Sejak bila pulak lah aku pernah pakai topi kan?

          Bungkusan nombor dua dicapai. Kali ni memang dah yakin nak bukakan. Yang ni dia pun buka perlahan-lahan juga. Lagi perlahan rasanya. Sebab nak buat kertas balutan ni balut meja belajar dia nanti. Cantik tu! Rugi kalau kasi orang.

        Kali ni reaksi Naural memang over. Dia terkejut! Barang dalam bungkusan tu tak dapat dikenal pasti lagi. Sebab tak nampak, masih dalam kertas tu. Apa dia ya rasanya?

            Coklat? Aku bukan alergi coklat ke? Siapa pulak insan yang berhati mulia ni. Ada ke patut bagi aku coklat. Memang sah-sah lah ni semua bukan untuk aku kan. Tapi kalau bukan untuk aku kenapa dia pergi letak depan bilik aku ni? Musykil-musykil. Kepala yang memang tak gatal tu digaru. Untuk siapa ni? Takut juga kalau terambil hak orang.

            Dia menapak keluar, pintu tak dikunci pun. Sebab nak pergi mengunjungi jiran dia ni aje. Pintu diketuk, dalam kiraan lima dah terbuka. Bagus! Tangkas!

            “Dila, nak coklat tak?” Adoi! Tak senonoh betul kawan aku ni. Ada ke dengan muka yang jelas tak mandi lagi tu tersengih-sengih bila dengar pasal coklat. Rambut serabai tak payah cakap lah.
             “Coklat apa?”

           Naural dah menjauh bila Dila mula bersuara. Tak sanggup nak bau bauan pelik-pelik. Teruk betulkan Naural ni. Macam dia ni bangun tidur wangi sangat kan.

            “Aku pun tak tahu siapa pulak yang baik hati bagi ni. Aku bukannya boleh makan coklat ni. Kau ambil lah. Aku nak buat baik ni, nak sedekah dekat kau”.

            “Ok, thanks. Kalau ada lagi nanti bagi lah. Jimat dah duit makan aku hari ni".

            “Hah? Boleh kenyang ke?”

            “Boleh lah. Kau apa tahu, tu lah rugi betul tak makan coklat ni. Kenapa kau alergi eh?”

           Dahi Naural berkerut. Banyak benda dia tengah fikir ni. Satu boleh kenyang ke kalau makan coklat aje? Yang kedua kenapa dia alergi coklat? Ermmm...soalan yang sangat mencabar.

            “Entah lah, sebab nanti suami aku gila coklat kut, aku mesti lah opposite kan. Senang!” Dia tersengih sebelum melangkah masuk meninggalkan Dila yang melopong. Apa jawapan si Naural ni?

              “Wei Naural, kejap-kejap”.

             “Apa? Soalan apa lagi kau nak bagitahu aku ni?” Dia berpatah. Tak senonoh lah minah ni apa kes terus makan coklat ni. Dah gosok gigi ke belum ni?

           “Tak payah nak pandang aku macam tu, aku dah gosok gigi masa bangun subuh tadi. Teruk lah kau ni Naural. Sengaja lah tu nak fikir negatif pasal aku”.

            Naural tertawa. Tahu pulak Dila ni apa yang aku fikir kan.

           “Kau nak apa panggil aku ni? Tadi menjerit-jerit”. Hampir terlupa pulak tujuan dia berpatah balik ni.

            “Ohh..ni ada kad. Kau nak ambil ke nak buang aje? Ke kau nak bagi aku baca sekali?” Dia tersengih-sengih. Nampak jahat.

            “Kad? Aku tak nampak pun tadi”.

        “Dia bukan letak dekat luar, dalam bekas ni. Aku pun ingat ni kertas lapik aje tapi kad rupanya. Tapi jangan risau lah. Aku tak buka tengok lah. Aku ni kan amanah”.

             Naural mencebik. Poyo aje Dila ni.

            “Ok Dila, thanks. Makan lah coklat tu banyak-banyak. Bukan semalam ada orang tu cakap nak diet ke? Kalau makin naik berat badan nanti padan muka”.

            Satu coklat yang baru nak masuk mulut dikeluarkan balik. Larrhhh Naural..kau pun satu kan. Kenapa lah cakap macam tu? Kenapa lah ingatkan aku? Kenapa lah??? .. Tapi lantak lah..jom makan dulu! Sedap!

        Naural menutup pintu rapat. Dia baring atas katil. Kertas tadi masih ada di tangan. Dibukanya..

              For my love - Naural

            Hah? My love? Siapa pulak ni? Kenapa lah masa sem akhir aku semua benda ni pulak jadi. Peningnya kepala. Dia ni siapa? Tu lah sebab kenapa semua orang ada nama. Tapi tu lah bukannya nak letak nama dia dekat bawah ni. Kalau ada senang sikit aku nak tahu siapa. Tapi agak sweet juga lah kan...

******

“Naural”. Langkah Naural yang dah menapak ke meja dekat cafe ditahan.

            “Ermm...nak apa?”

         “Aku nak minta maaf. Tak patut aku ignored kau beberapa hari ni kan, dengan buat perangai lagi. Sorry Naural”.

            Naural mendengus.

            “Apa masalah kau sebenarnya ni? Tiba-tiba jauhkan diri, sekarang nak minta maaf pulak. Aku boleh aje anggap benda ni macam tak ada apa-apa. Tapi aku nak tahu semua, semua sebab kenapa kau jauhkan diri dari aku”. Nada Naural ni agak tinggi lah.

         Muka Faiza dah memerah. Segan kena marah, dah lah dekat cafe terapung sekarang ni. Malunya ada orang dengar.

            “Apa dia? Cakap lah”. Kening diangkat. Masa orang bagi peluang ni bukan nak cakap. Ada ke patut diam aje. Ingat dengan diam boleh selesai masalah ke? Dah lah dia pun ada banyak masalah sekarang ni, dengan pengirim misteri tu lagi. Laki bertopi. Tolong lah Faiza jangan tambahkan lagi..

            “Luth dah ada minat satu girl ni. Aku memang tak boleh dapat dia. Sebab tu aku salahkan kau, kalau bukan kau yang paksa aku dekati dia mesti aku tak payah tahu semua ni. Mesti aku dapat teruskan hidup macam biasa. Macam sebelum ni”.

            “Kau salahkan aku? Semua?”

          “Kau jadi punca kenapa aku dekati dia kan. Kau yang suruh aku rapatkan diri jadi kawan dia. Bila aku dah puas dengan jadi kawan dia aje, kau pulak suruh aku pikat dia. Semua sebab kau”. Suara dia pulak meninggi. Bukan tadi nak minta maaf ke? Tapi kenapa lagi nampak gaya macam nak cari gaduh ni.

             Naural panas. Aku pulak yang disalahkan.

            “Sebab satu laki? Sebab kau kena tolak, kita gaduh macam ni? Tak ada guna lah Iza”.

            “Mungkin bagi kau tak, tapi bagi aku ya. Dah lama aku suka dia Naural, sebelum aku kenal kau lagi. Untuk pengetahuan kau, sepatutnya dulu aku dapat tawaran pergi oversea. Tapi aku tolak semuanya sebab dia”.

            Bodohnya! Hati kecil Naural berkata lah. Ada ke patut tolak tawaran tu hanya sebab satu laki.

            “Aku ingatkan kau nak minta maaf. Kalau nak cari gaduh tak payah lah datang jumpa aku Iza. Aku penat, tak suka gaduh-gaduh macam ni”.

            “Kau ingat aku suka ke? Aku pun tak suka, aku tak boleh terima bila kau sendiri yang jadi punca aku jadi macam sekarang. Aku tidur tak lena, tertekan bila fikir semua ni. Semua sebab kau! Kau!”

            Naural terkedu! Semua sebab aku?

          “Bukan semua ni salah aku Iza, aku tak tahu pun dia dah ada girlfriend. Patutnya kau tanya dia dulu awal-awal. Kau yang lagi kenal dia dari aku kan, kau cakap dari masuk sini lagi kau dah kenal dia. Tak kan dia dah ada girlfriend ke tak tu pun kau tak tahu”. Naural tersenyum sinis. Bukan salah dia kan? Dia tak tahu apa-apa. Dia ingatkan laki yang Faiza minta tu solo lagi.

         “Salah aku? Salah aku sebab ikut rancangan bodoh kau. Aku patut tahu awal-awal yang kau ni bukan nak tengok aku bahagia dengan Luth tapi kau nak aku kecewa, tahu kebenaran ni. Mesti kau dah tahu dulu kan. Sebab tu kau tak terkejut”.

            “Astaghfirullah al adzim Iza, mengucap ok. Jangan nak tuduh sebarangan macam ni. Aku ni kawan kau. Kenapa sebabkan satu laki, kita gaduh. Semua ni tak patut. Jangan macam ni Iza, kalau dia dah ada girlfriend lupakan dia. Cari laki lain. Buat apa kau nak buang masa untu laki tu lagi. Jangan rosakkan hubungan orang lain”.

          “Rosak kan hubungan orang lain? Yang tu yang lagi penting bagi kau. Kau tak fikir pun perasaan aku kan? Ada kau fikir apa yang aku rasa bila dengan Luth dah ada girlfriend? Aku rasa macam orang bodoh”.

          Naural cuba pegang tangan Faiza. Dia tahu kawan dia tu sedih, tapi salah dengan letak semua kesalahan tu dekat dia. Dah cukup lah rasa bersalah yang dia rasa. Kenapa nak letak semua dekat dia lagi?

            “Dah cukup Naural. Cukup sampai sini persahabatan kita. Thanks sebab tolong aku selama ni. Cukup lah sebab kau aku terluka teruk macam ni”. Dia melangkah pergi, meninggalkan Naural yang dah mula menangis teresak dekat situ. Yang lain hanya mampu memandang.

            “Sebab satu laki, satu laki kau putuskan persahabatan kita. Kenapa Iza? Kenapa kau buat aku macam ni?”

            “Awak?”

            Naural mendongak. Laki bertopi? Esakan dia makin kuat. Tu lah kenapa laki tu tegur, kan dah jadi hujan lebat ni. Kalau Bangi banjir nanti salahkan dia.

           “Tak comel menangis macam ni”. Air mata Naural dikesat. Menggunakan handkerchief dia. Lembut aje dia lap, nak keringkan pipi Naural. Tapi tiap kali dia lap, tiap kali tu juga air mata Naural tumpah.

          “Semua tu salah saya ke awak? Salah saya ke?” Air mata makin deras mengalir. Sedihnya. Sakit macam ni ke bila ditinggalkan?

            “Bukan salah awak. Bukan salah awak semua ni”. Tangan Nuaral dipegang. Nak bagi dia semangat. Naural nampak lemah sangat dalam pandangan dia sekarang.

            “Kalau bukan salah saya kenapa dia sampai nak putuskan persahabatan kita orang? Saya sayangkan dia sangat, kenapa dia sanggup tinggalkan saya. Hanya disebabkan satu laki aje?”

             “Bukan salah awak sayang, dia yang tergesa-gesa. Tak patut apa yang dia buat tadi. Letak kan semua kesalahan tu atas bahu awak seorang. Sedangkan memang salah dia pun, awak yang suruh dia dekati laki tu?”

              Mata Naural dipandang. Dah merah dah mata Naural ni.

              Naural mengangguk. Tangan dia dipandang. Sejak bila pulak laki ni pegang tangan dia?

            “So, memang lah semua tu rancangan awak. Tapi macam mana nak laksanakan tu semua dari dia kan?”

            Naural angguk lagi. Memang selama ni dia yang galakkan Faiza dekati laki idaman dia tu. Tapi apa-apa idea nak dekati tu semua, totally idea Faiza.

           “Maknanya memang bukan salah awak. Cara dia dekati laki tu aje yang salah. Patutnya dari awak dia tanya status laki tu kan. Kalau minat cakap minat, tak payah nak cakap nak jadi kawan segala”.

             Naural pandang laki bertopi tu.

           “Nak rapat dengan satu laki tak boleh mula dengan kawan ke?” Air mata dia dah kering. Tu pun sebab dari tadi tangan laki ni tak henti lap air mata dia. Terharu pulak dapat layanan macam ni. Selalu kalau menangis mesti kena lap sendiri kan.

            “Kalau saya lah, better berterus terang. Saya tak suka dia cakap nak jadi kawan mula-mula tapi sebenarnya niat dalam hati lain. Nanti banyak pihak yang terluka dengan tindakan dia tu”.

         “Terluka? Macam apa contohnya?” Naural..Naural...Apa ingat ni kelas Matematik ke sampai nak bercontoh segala.

          “Contoh macam kes kawan awak lah, bila dah tahu laki tu suka girl lain dia yang terluka. Then awak pulak. Lepas tu saya pun terluka juga”.

            “Awak? Awak pun terluka juga? Awak ada kaitan ke?”

            Naural tertawa. Mesti ni salah satu cara nak buat aku gelak ni. Tapi memang menjadi lah.

            “Saya tak suka tengok air mata awak ni. Air mata awak berharga bagi saya. Setitik air mata awak mengalir umpama hati saya ni dihiris sekali dengan pisau. So, tolong simpan air mata awak. Jangan bazirkan lagi untuk orang macam tadi. Orang yang memang tak faham bertapa mahal awak ni dalam pandangan saya”.

           Air mata Naural mengalir balik. Tu lah kenapa bagi ayat manis lagi. Kan dah tak boleh tutup paip air mata ni.

            “Adoi!!!

          “Hah? Awak kenapa ni? Jangan takutkan saya”. Terkejut dia tengok tiba-tiba laki tu tekan dada dia. Dengan sound effect menjerit tu lagi.

           “Sakit lah awak, rasa kena hiris berkali-kali. Kan dah cakap tadi, air mata awak tu buat saya terluka. Cuba rasa ni”. Tangan Naural ditarik. Diletakkan atas dadanya.

            Mulut Naural terbuka. Kuatnya.

            “Kuatkan bunyi degupan jantung saya?”

            “Haah. Macam baru lepas lari satu kilometer”.

             Satu kilometer? Nakal lah Naural ni. Dia tertawa. Hidung Naural dicuit.

            “Bunyi jantung saya ni akan macam ni bila dekat dengan awak aje sayang. Tapi hari ni jadi makin kuat sebab tak tahan tengok air mata awak tadi”. Air mata Naural dikesat lagi. Tapi kali ni guna jarinya. Lama dia menyentuh pipi Naural.

             Naural tertunduk malu.

            “Nak hilangkan kesedihan awak tak?”

            “Hilangkan kesedihan?”

            “Yup! Jom”. 

2 comments:

Anonymous said...

akak once again, kite nanges...huhu..kenape dgn Faiza tu??geramnye kite..sebab satu laki dia sanggup putuskan persahabatan..bengong betol perempuan ni..hihi..opps terover cket..hey kenape dia nk salahkan naural pulak?adoi permpuan ni bikin kite panas je...kecian kat naural..huhu..naseb baek ade laki bertopi tu..coolnye dia n pandai lak pujuk naural..wah2..so sweet...akak memang terbaek la..nk lagi!!!xsabar nk tau laki bertopi tu nk bawak naural ke mane...hhihi
-nasira comel-

Anonymous said...

geram nye dgn faiza nih...
nk slhkn naural pulak..
dh luth xnk, biar la..
benciii!!!!!

-noorwieyl a.k.a noor-

Kehidupan seorang penulis © 2014