Wednesday, 6 February 2013

Love Riddles 16

Wednesday, 6 February 2013
. . .


“Kau kenal Luth ke Dila?” Dia berminat pulak nak tahu pasal laki tu. Kenapa sebelum ni dia tak kenal pun. Femes sangat ke laki ni?

           “Kenal lah. Bukan aku aje, tapi satu uni ni kenal dia. Kan aku dah cakap tadi geng dia tu popular dekat sini. Mana-mana kau pergi aje mesti akan dengar ada yang sebut nama Luth tu”.

            “Popular? Kenapa aku tak pernah dengar pun sebelum ni? Femes sangat ke?”

            “Femes gila kut. Kau tu mana nak ambil tahu hal laki ni dulu. Kau tak pernah dengar nama dia ke sebelum ni?”

          “Hah? Luth...tak pernah pun”. Pernah ke eh? Kalau pernah pun kan, mesti dia dah lupa. Dia mana lah nak ingat semua bendakan.

        “Kau ni..dah..dah..tak payah nak buat muka blur tu. Suara dia orang sama sangat ke Naural?” Dia memang nak tahu sangat ni. Ye lah kan, dah yang masuk dalam cerita tu Luth. Laki terhangat, mesti lah dia nak tahu. Wajib!

            “Sama dengan siapa ni?” Pelik aku. Tadi cakap pasal apa eh? Dah tukar topik ke?

          “Dengan laki bertopi tu”. Perlahan aje Dila ni cakap. Takut nak buka balik cerita tu. Tapi dah terbuka kan?

            Terdengar Naural mengeluh. Langkah yang terhenti bila dengar pasal laki bertopi tu diatur balik.

            “Dah lah Dila. Tak nak cakap pasal dia lagi. Kita tutup buku ok”.

          “Kalau dah tutup buku tu, buku baru kena buka. Kau nak aku kenalkan kau dengan Luth tak? Dia hensem kut, memang sesuai lah untuk kau”. Sengaja lah tu Dila ni. Tak takut ke dengan Naural?

            “Tak ada maknanya. Kau jangan nak pandai-pandai ok. Nanti kalau ada jodoh aku dengan sesiapa nanti ada lah. Tu..yang dekat tangan kau tu apa? Ada peminat yang bagi lah tu. Diam-diam kan”. Naural tersengih nakal. Dari tadi memang mata dia duk pandang bungkusan tu. Cantik!

           “Ni..”. Bungkusan di tangan ditunjuk. Peminat aku bagi? Bila pulak aku ada peminat ni?

          “Bukan lah. Ada yang suruh aku bagi kau. Nasib baik kau tegurkan. Kalau tak memang dah selamat masuk perut aku ni”. Bungkusan bertukar tangan. Hak orang ni.

        “Aku? Ada orang bagi?” Dahi dia berkerut. Masalah apa pulak ni? Bungkusan bereben purple tu dipandang.

          “Haah. Kalau aku punya dah lama aku telan. Kau buka lah. Aku pun nak tengok ni”. Naural mencebik. Poyo kawan aku ni. Dia pulak yang lebih kan. Tak apa lah. Jom buka!

            Dua-dua menuju ke satu meja kosong dekat foyer PPSM. Nak buka bungkusan ni punya pasal. Dah Dila nak tengok kan. Buka aje lah. Nasib baik ada lagi 10 minit sebelum kelas mula.

          Lama juga Naural buka. Sampai Dila pun pendam perasan aje tengok. Mata dia dah terjeling-jeling. Mulut dah mencebik-cebik sangat tak puas hati. Apa lah lambat sangat kawan aku ni. Bukannya besar mana pun benda ni. Tu pun makan masa nak buka ke?

            “Coklat??”

            “Serius? Aku mana makan”.

           Lain betul reaksi Naural dengan Dila. Dila memang lah teruja sangatkan. Dah benda yang dia suka. Tapi Naural? Dia memang tak suka lah. Dia memang dari dulu mana makan coklatkan.

            “Kau ambil lah Dila. Dah jom masuk kelas”. Tangan Dila ditarik. Karang kalau tak pegang ada langgar tiang kang.

            Kepala dah tersangguk-sangguk..ada yang dah leading baik atas meja. Tak kurang yang duk bersila main game. Tapi ramai yang pura-pura fokus. Naural pulak rasanya dia buat apa? Dia geng yang mana? Ok lah, dia kan budak sedang-sedang..tak baik sangat, tak jahat sangat. So, dia ni sekarang tengah pura-pura fokus lah. Dila dekat sebelah tengah main-main dengan coklat tadi. Mesti kau orang pelik kan. Apa lah buat main makanan tu.

            “Kau buat apa ni?”

          Dila tersengih-sengih. Tapi tangan masih lagi gerak-gerak main benda tu. Nasib baik dia orang duduk paling belakang sekali. Kalau tak buat malu aje.

           “Main susun-susun huruf ni. Dari tadi aku cuba, tak dapat lagi ni”. Tangan dia masih lagi ligat susun huruf. Ok dari mana pulak lah si Dila ni dapat hurufkan? Semua tu pakej sekali dengan coklat tadi lah. Rupanya dekat setiap atas coklat tu ada huruf-huruf. Tu yang Dila ni buat main. Dah bosan sangat lah tu.

         “Macam budak kecil lah kau ni Dila. Apa masa kecil dulu tak puas main ke? Dah lah..simpan balik. Buat malu aje”.

            Dila mencebik. Jeles lah tu!

         “Kau saja aje kan. Ok. Kalau berani aku cabar kau buat ayat dari semua huruf ni. Kalau berani sahut lah cabaran aku ni”. Kening diangkat.

           Naural dah rasa panas. Dila cabar aku? Serius? Nak ke tak nak ni. Tapi bukan dulu aku dah cakap nak sahut ke semua cabaran ni. Kalau aku tak buat kira pengecut tak?

         “Ok! Apa yang kau dah buat?” Nampak semangat sangat ni. Dila senyum suka. Yes! Dapat juga umpan Naural ni main sama. Kalau kena marah nanti ada geng.

         “Setakat ni aku dah buat jadi perkataan lain, lunar, liar, urn dengan run lah. Apa yang kau dapat?” Perlahan aje dia orang ni cakap. Takut kena marah mungkin. Tapi nasib baik pensyarah ni jenis yang sporting.

       “Ermmm...”. Tangan Naural pulak mula beraksi. Satu-satu coklat berwarna-warni dengan huruf tu digerak-gerakkan. Semuanya untuk buat jadi satu perkataan. Akhirnya terbentuk lah.

            RUIN

            “Yes! Dapat...dapat!!”

         “Apa yang dapat?” Pensyarah dekat depan mencelah. Ye lah dah tiba-tiba Naural ni menjerit. Dila dah tepuk dahi. Apa lah nak kena dengan kawan aku ni. Tadi dia yang marah aku main. Sekarang ni pulak yang terlebih excited. Malu pulak rasanya.

         “Hah? Tak..tak ada apa. Sorry miss. Boleh sambung balik. Saya tadi happy sebab dapat selesaikan soalan susah yang Dila ni tanya. Tu yang excited sangat”. Dia tersengih-sengih. Malu! Kenapa lah aku ni over sangat tadi.

            “Ok...tapi jangan kuat sangat”.

            Baik punya alasan kau bagi kan Naural. Apa pasal nama aku pulak yang naik ni. Nasib baik, tak kena apa-apa.

             Fuhh...lega..nasib baik tak kena teruk. Tapi Naural ni tak serik, dia nak main lagi tu.

            “Kau nak main lagi ke?”

            “Ye lah. Kenapa? Kau dah tak nak main?”

           “Aku on aje, tak kisah pun. Eh! Boleh buat nama kau lah Naural. Kenapa aku baru perasan eh?”

            “Boleh ke?” Susah nak percaya pulak Naural ni.

            “Boleh. Tengok ni”. Tangan dia laju membentuk perkataan tu. Naural hanya perhati. Boleh ke?

            NAURAL

           “Tengok. Nama kau tu”. Tersenyum lebar Dila dapat buktikan apa yang dia cakap tu betul. Naural pulak dah terkedu. Nama aku lah...wahhh.. Kagum! Atau jakun?

            Lebihan coklat dimain-main. Coklat ni tak banyak sebenarnya. Ada dalam sembilan keping semuanya. Tapi besar-besar. Tambah nampak sedap. Tu yang mata Dila bersinar-sinar masa nampak coklat ni tadi. Tapi mesti ada yang fikirkan, tak kotor ke duk main coklat tu?

            Tak lah...sebab huruf tu tertulis pada balutan dia. Kalau nak main scrabble atas meja pun memang tak ada masalah.
           
            “Ada lebih dua huruf ni I dengan H. Apa eh boleh buat?” Dua coklat balutan berwarna biru dengan kuning tu dipegang. Nama dia memang dah cantik terbentuk atas meja tu. Nak angkat macam sayang aje.

            “Hi!! Hi lah..tu lah ayat dia kan?”

            “Hi?”

            “Ye lah. Cuba kau tengok ni”. Dila satukan coklat-coklat tadi. Satukan dia, jadikan ayat.

             HI NAURAL

          “See! Pandaikan aku. Aku dah cakap dah, aku ni memang superb, pandai bab-bab benda ni”. Kembang satu badan Dila ni. Semua tu pun bukannya hasil dari orang lain yang puji tapi dia sendiri.       

            Naural terdiam. Hi Naural? Naural tu bukan aku ke? Dia tujukan dekat aku ke apa?

      “Wei Naural. Kenapa ni?” Boleh pulak termenung kawan aku ni. Susanan coklat tadi dipandang. Dia pun terdiam juga. Ada sesuatu bermain dalam fikiran dia.

          “Semua ni memang untuk kau kan Naural? Bukan kebetulan kan? Aku tak rasa ramai yang nama sama macam kau ni”. Teringat balik gadis tadi yang bagi bungkusan ni. Dia cakap ni untuk Naural. Maknanya...

            “Kau ada peminat lah Naural....”

******

Awww...Sakitnya bahu aku ni”. Kuat Naural menjerit. Memang dah sakitkan. Mana tak sakit kalau dah kena langgar dengan buku-buku tebal tu.

            “Awak? Awak memang tak puas hati dengan saya kan?”

            Naural terkedu! Aku yang salah ke? Bukan aku ke yang sakit kena buku-buku tebal tu tadi. Ni apa kes ni?

            “Bukan saya ke yang kena langgar. Kenapa pulak awak nak marah saya pulak ni?” Naural berani melawan.            

         “Sebab awak hadang jalan saya lah buku tu kena awak, cuba kalau dari tadi awak tak hadang. Mesti tak kena kan. So, sekarang ni salah siapa?” Luth tak puas hati. Dia nak menang juga.

            “Bukan salah saya lah!”

            “Salah awak!”

 “Bukan!”

            “Ya!”

           “Bukan...bukan..bukan...”. Siap hentak kaki lagi. Luth tahan gelak. Apa comel sangat dia ni.
          “Capital Y, A. Ya! Jangan nak lawan. Sedar lah sikit awak tu perempuan. Nak hentak-hentak kaki macam tu. Tak malu ke?”

          “Buat apa nak malu? Tak ada sebab pun. Biar lah dia orang semua tahu kebenaran dia. Kebenaran yang saya ni sebenarnya dah dianiaya”. Naural sempat lagi tu jeling Luth. Tajam!

             “Kebenaran? Awak dah dianiaya?” Luth ketawa.

             “Awak gelak? Dari awak gelak macam tu. Baik awak minta maaf”.

             “Minta maaf? Saya??” Egonya!

          “Ye lah. Awak! Habis siapa lagi? Ohh...lupa pulak. Dari tadi saya cakap dengan tong sampah ni kan..tong..tong ...bila lah agaknya kau nak minta maafkan?”

            Luth tahan gelak. Comelnya dia ni...

          “Ohhh...tong ni juga lah yang hadang jalan saya tadi kan? Patut lah, dah tong ni pun badan besar mana lah tak hadang jalan”.

          Panas! Panas! Kurang ajarnya! Dia nak cakap badan aku ni gemuk lah kan. Apa dia tak tahu ke perkataan tu SENSITIF!

         “Jahatnya mulut awak. Awak nak cakap saya gemuk lah kan”. Muka Naural dah merah. Jelas marah sangat tu. Luth selamba aje. Tak rasa bersalah pun.

          “Saya cakap tong bukan awak. Kenapa terasa pulak?” Ohh...makin panas lah jadinya Naural ni.

            “Jangan nak putar belit lah, saya tahu awak maksudkan saya kan?”

            “Dah lah, saya ada banyak benda lagi nak buat dari cakap dengan awak ni. Tepi sikit. Saya nak lalu, yang dari tadi duduk tengah laluan ni kenapa. Kan dah menyusahkan ramai”. Ditolak sikit bahu Naural. Memang Naural ni menghadang jalan pun. Tapi nasib baik lah scene gaduh tak berapa nak gaduh ni tadi tak ada penontonnya. Kalau tak naya lah kan.

            Naural melopong. Dia boleh pergi macam tu aje? Tak cakap maaf pun. Ke dia ada cakap tadi aku yang tak dengar eh? Kepala digaru. Adoi! Masalah betul ni! Kenapa lah ingatan aku ni lemah sangat.
           
******

“Apa dah jadi tadi? Ada minta maaf ke tak? Rasanya macam tak ada. Telinga aku tak ada dengar pun perkataan tu”. Membebel tak henti-henti Naural ni. Dari dekat fakulti tadi sampai lah dekat depan pintu bilik.

            Mata Naural mengecil.

       “Apa benda tu? Tadi ada ke?” Haiii lah...ni mesti dah kena penyakit cakap sorang-sorangkan. Bungkusan kecil depan pintu tu diangkat. Kenapa sejak akhir-akhir ni aku selalu dapat bungkusan cantik berbalut macam ni eh? Hari tu topi dengan coklat, lepas tu coklat lagi, sekarang ni pulak. Entah ada apa lah ni. Mesti coklat lagi lah tu.

            Bungkusan diambil. Pintu dibuka, lepas buka aje dia terus terjun atas katil. Penat sangat lah tu. Sambil baring tu boleh lagi dia buka bungkusan. Perlahan-lahan aje.

            Buka aje....ubat? Ubat angin! Nak buat apa ni? Bahu dia yang kena langgar tadi terasa sakit pulak tiba-tiba. Pandaikan kau bahu. Masa nampak ubat mula lah nak sakit balik. Sengaja lah tu!

         Tapi siapa yang bagi? Kenapa ada aje yang tahu aku sakit? Ubat demam dia hari tu pun orang sama juga yang bagi ke? Adoi! Memang boleh migrain berhari-hari ni nak fikirkan benda ni semua.

            Ubat ditangan dipandang. Dikeluarkan dari bungkusan. Masa dia angkat ubat tu, ada satu nota kecil terjatuh melayang. Dalam tu tertulis...

- Sapu pada bahu awak..dapat kurangkan rasa sakit...tolong jaga diri awak baik-baik..untuk saya.. -

            

3 comments:

baby mio said...

BEST SANGAT-2.

misztyra9@ said...

@baby mio
tq2..hehe ^_^

Anonymous said...

cute nye naural!!!!!!!hihi..mesti Luth yg bg ubat tu..hihi..sweet nyerr..
-nasira comey-

Kehidupan seorang penulis © 2014