Sunday, 3 March 2013

Love Riddles 25

Sunday, 3 March 2013
. . .


klupertamatasikukm

Hah? Akhirnya dapat juga. Rupanya setiap perkataan yang bergaris tu membawa kepada klu. Tapi... ayat pelik apa ni? Orang ni nak sampaikan apa sebenarnya? Kepalanya digaru. Dah jumpa..tapi bukan dah selesai pun. Dah pukul 4 pagi ni. Bila pulak aku nak tidur kan. Nasib baik esok tak ada kelas pagi, kalau tak memang tak pergi lah jawabnya.

            Naural gigih cari jawapan. Mata memang dah nak terlelap..badan dah lesu.. tapi fikiran dia? Rasa tak tenang kalau masing tak dapat selesaikan teka-teki ni. Bukan lah nak cakap Naural ni ambil serius tapi...nak cabar diri sebenarnya. Tengok kemampuan diri dia.

           Lepas puas diperah fikiran dia yang hanya akan activate sepenuhnya masa ada kuiz dan test baru lah dia dapat. Dengar macam terseksa aje kan Naural ni nak dapatkan jawapan, tapi tu lah hakikatnya. Puas diconteng, dibulat, doraemon dengan kawan-kawan dia pun sempat dilukis lagi...baru lah Naural ni diberi ilham untuk dapat jawapan.


            Klu pertama tasik ukm


            Ok...jom tidur. Esok baru fikir lebih sikit... Zzzzz...

******

Esok dengan lemah tak berdayanya Naural melangkah ke kelas. Macam biasa lah kan disebabkan dia ni bukan lah femes sangat so tak ada siapa pun yang kisah melainkan Dila and the geng lah.

            “Buat apa malam tadi? Kau study ke?” Siap nada terkejut lagi.

           Naural mencebik. Aku ni rajin sangat ke? Selama ni buat kerja pun last minute. Rajin pulak kan dia nak study untuk exam yang ada lagi sebulan lebih tu.

        “Tak adanya. Aku buat assignment”. Ada separuh jujur. Separuh lagi nak tutup realiti sebenar. ‘Tak payah kecoh dulu lah benda ni. Mana tahu semua ni nak main-mainkan aku aje kan’. Luah hati kecil Naural ni.

        Penuh curiga pandangan mata Dila ni. Sejak bila pulak Naural ni rajin sangat buat assignment? Ermm... mesti ada apa-apa dia nak sembunyi daripada aku kan. Dari raut muka dia ni tak lah nampak macam sedih. Ok.. tolak kemungkinan yang dia gaduh dengan Luth. Sedih.. marah pun tak ada juga. Nampak biasa aje.

            “Woi Dila!” Ditepuk kuat bahu kawan dia tu. Kenapa pulak dengan Dila ni. Nak terjuling pun ada mata dia ni tadi. Ada ke tengok aku ni macam tengah tengok alien tersesat masuk UKM ni kan.

          “Hah!” Kuat betul Dila ni menjerit. Satu kelas juga lah pandangan dia orang berdua ni sekarang. Nasib baik pensyarah tak masuk lagi.. kalau tak lagi malu kut.

               Tiba-tiba...

           “Kau orang ni ada masalah ke? Boleh tak kalau sehari tu jangan nak menyakitkan hati orang aje”. Penuh dengan perasaan Faiza mengungkap ayat tadi. Muka-muka pun main peranan. Bibir mencebik.

         “Kita orang yang menyakitkan hati kau ke perempuan? Jangan nak jadi busybody sangat boleh tak? Kau ingat diri kau tu bagus ke apa? Perempuan gedik!” Dila tak duduk diam. Dah memang dia dari dulu tunggu peluang nak panaskan hati Faiza ni. Sekarang dah ada peluang tak kan nak sia-siakan. Betul tak?

            “Aku busybody? Aku?” Faiza gelak sinis. Dia melangkah menghampiri Dila dengan Naural. Semua dah pandang semacam. Tahu apa yang bakal jadi kalau dua orang ni bertemu berlawan cakap.

            “Apa kau ni pekak ke? Nak aku ulang balik? Faiza busybody! Perempuan gatal!!” Dijerit pada hujung ayat. Dah lah dekat pulak tu dengan telinga Faiza ni. Naural berdiri sebelah pun dah terasa pedih telinga.

              Muka Faiza memerah. Tangan dikepal. Petanda nak bergaduh lah tu.

           “Aku tak ada masalah dengan kau selama ni Dila.. tapi kau yang salah pilih kawan. Kau pilih dia!” Jari ditunjuk pada muka Naural.

            “Disebabkan perempuan ni kau nak cari gaduh dengan aku kan. Macam-macam kau kata aku. Aku yang nampak salah dalam pandangan kau. Mesti dia ni yang buruk-burukkan aku. Apa yang kau dah cakap huh? Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku? Tak cukup ke kau malukan aku depan laki yang aku suka dulu? Tak cukup?” Dalam marah air mata dia mengalir. Air mata luka.

             “Aku.. aku tak..”

            “Kau tak apa? Nak cakap semua tu bukan salah kau? Kau ingat aku ni bodoh ke Naural? Kau ingat aku buta?” Dada dia turun naik. Menahan amarah.

         “Faiza dah lah tu. Cukup lah. Jangan sebab satu laki kita bergaduh macam ni”. Naural beranikan diri capai tangan Faiza.

            “Jangan kau berani sentuh aku!!” Ditepis kasar tangan Naural. Dikesat berkali pada baju dia. Sedih Naural nampak tingkah Faiza tu. Jijik sangat ke aku ni?

          Dila geleng kepala. Rosak betul lah Faiza ni. Mak bapa dia hantar sini untuk belajar bukannya belajar jadi gila macam ni hanya sebab seorang lelaki. Naural yang tak bersalah pulak jadi mangsa.

            “Dah lah Naural.. tak payah layan perempuan gila ni. Jom kita pergi”. Ditarik tangan Naural kuat. Dia dah tak sanggup tengok Naural kena marah. Dah lah Naural ni macam rela aje. Kalau dia balas balik tadi, tak ada lah dia yang tengok pun jadi sakit hati.

            “Tapi Dila... Iza?”

            “Dah..dah.. Tak payah nak kisah pasal dia. Lantak lah kalau dia nak jadi macam tu sampai bila-bila. Dia tu dah tak dapat nak ditolong lagi”.

          “Woi.. kau nak lari mana huh? Nampak sangat dah sekarang siapa yang betulkan”. Faiza menjerit-jerit. Geram Naural pergi macam tu aje.

           Naural menoleh ke belakang. Dia masih nampak bibir Faiza bergerak. Apa lagi dia kena buat untuk dapatkan balik kawan dia yang dulu? Dia sayangkan persahabatan dia orang sangat..

******

“Kenapa ni?”

            “Hah?” Naural terkejut!

           Luth tertawa. Comel lah Naural ni. Apa lah yang ditermenungkan tu sampai dia dekat depan mata pun tak perasan. Masalah negara ke apa?

         “Jangan gelak lah Luth”. Mulut Naural memuncung. Dia tengah pening boleh pulak Luth gelak.

            “Ye.. ye.. tak gelak dah. Awak ni ada masalah ke?”

            Naural mengeluh. Nak cerita ke eh? Kalau dia bagitahu pun Luth ni tahu ke siapa gerangan si Faiza tu. Baik tak payah lah kan.

            “Tak ada apa lah. Masalah kelas. Awak dari mana ni?” Cepat-cepat Naural ni tukar topik. Tak nak kisah Faiza ni diungkit nanti.

             “Kelas... datang sini sebab nak cari awak lah ni. Dah habis kelas ke?”

         “Eh? Kenapa tak mesej aje? Kalau saya tak ada dekat sini tadi macam mana?” Dahi berkerut. Dia memang tak faham perangai Luth ni sangat.

            Luth tersenyum. Hampir nak terjatuh juga lah hati Naural ni tengok senyuman menggoda Luth tadi. Sejak bila pulak Naural ni rasa senyuman Luth menggodakan?

             “Saya akan cari sampai jumpa”.

             “Kalau tak jumpa juga?” Naural tersengih-sengih. Nak uji Luth ni.

         “Mana lah tempat paling jauh awak boleh pergikan Naural. Tak kan lah saya tak boleh jumpa. UKM ni bukannya besar mana”.

            “Eh..eh... saya tahu lah saya tak ada keretakan. Tapi untuk jawab soalan awak tadi kan... rasanya paling jauh saya boleh pergi...ermmm... bulan kut...”. Dia tergelak-gelak. Apa lah logik sangat jawapan Naural ni. Dah dia ni pun gayat. Ada hati nak pergi bulan kan.

            “Bulan?”

            “Haah... kenapa? Tak percaya?” Kening diangkat.

             Luth geleng kepala. Bibir masih lagi mengukir senyuman.

         “Tak ada lah.. mesti lah saya percaya. Sebab...”. Sengaja dibiarkan ayat dia tergantung. Penantian tu menyeksakan betul tak? Tu yang Luth ni nak bagi Naural rasa.

            “Sebab?”...

          “Sebab....”. Masih tak nak cakap. Senyuman dia dah makin lebar tengok muka tak puas hati Naural. Raut muka nampak nakal. Luth ni hobi dia sekarang memang ‘jom buli Naural ramai-ramai’.. tu yang dia suka tengok Naural macam sekarang ni.

       “Sebab saya aje yang boleh awak pergi sana. Mesti lah saya boleh cari kan?” Mata dikenyitkan. Sengaja nak goda Naural lah tu.

            Naural terkedu! Apa maksud Luth ni? Naural buat-buat ketawa. Nak kurangkan rasa yang pelbagai menghimpit hati dia sekarang.

             “Kenapa gelak? Tak percaya cakap saya?”

             “Ermmm... bukan ta...”.

             “Luth!!”

            Naural pandang dari mana punca suara tu datang. Luth tak hiraukan langsung gadis yang panggil dia tadi. Dia ralit pandang Naural, nak tunggu gadis tu habiskan kata dia.

             “Luth..”. Marysa tersenyum memandang Luth.

            “Luth... I dekat sini lah”. Dipegang tangan Luth, harap laki tu sedar lah dengan kehadiran dia.
              Luth toleh. Terkedu kejap.

            “Rysa? Bila you sampai ni?” Luth tersenyum. Marysa ni kawan dia sejak kecil. Tapi bukan dia ni belajar dekat London ke?

            “Pagi tadi. Sampai aje I terus suruh Pak Tam bawa I datang sini. I nak jumpa you”. Kerusi sebelah Naural diambil. Dia macam tak sedar pun yang ada orang lain antara dia dengan Luthkan. Naural dah rasa terpinggir.

              “Laarh... ye ke? Kenapa tak suruh I datang jemput aje?”

            Marysa tersenyum. Lebar sangat. Luth ni kawan baik dia sangat-sangat. Sejak kecil lagi kut. Hero dia masa dia dalam kesusahan. Teman yang selalu ada untuk bagi dia semangat.  
     
            “Saja. I tak nak susahkan you. Dah makan ke ni?” Pinggan depan laki tu dipandang. Dah licin. Baru ingat nak ajak Luth ni makan sama-sama.

             “Belum.. you?”

          “Belum... I nak ajak you makan sekali ni. Perut I kosong.. tak makan lagi dari pagi”. Sengaja dicomelkan muka. Nak harapkan Luth kesian dengan dia.

             “You ni pun kan. Kenapa tak makan dalam flight tadi? Sengaja nak dera perut you tu kan? You kan ada gastrik... kenapa tak pandai jaga diri ni?” Luth mula membebel.

          Naural makin terasa. Siapa pulak gadis ni pada Luth. Cara Luth layan dia sangat baik. Ambil berat lagi. Ke aku aje yang selama ni terlebih mengharap?

            Marysa tertawa. Dia suka kena marah macam tu. Tahu yang Luth memang risaukan sangat tahap kesihatan dia ni.

            “Bukan tak nak makan lah Luth. I tak ada selera tadi.. tambah excited nak jumpa you. Jom lah teman I makan”.

            “Ye lah.. ye lah.. jom pergi ambil nasi”. Luth beralah.

            “Sini ke?”

            “Ye lah... tak nak ke?”     
      
           “Tak nak lahh.. Kita makan tempat lain eh. Ada banyak benda I nak cerita ni, dekat sini tak selesa”.

            Tak selesa? Sebab ada aku ke? Naural makin terasa. Raut dia mula berubah.

         “Luth saya nak...”. Tak habis lagi Naural cakap.. Luth dah bangun. Dia mula melangkah pergi dengan Marysa. Naural terdiam. Terkaku dekat tempat duduk dia. Tadi laki tu yang cari dia.. bila gadis tu datang dia ditinggalkan tanpa kata apa-apa. Siapa dia dalam hati Luth? Mungkin betul dia tak kenal siapa Luth tu lagi. Dila... aku perlukan kau sekarang...

******

Suasana bilik tu sunyi. Yang dengar hanya esakan Naural. Dila hanya mampu jadi penenang. Dia pun tak tahu nak cakap apa.

            “Kau dah ok tak ni?”

            Tisu ditarik dari kotak. Air mata yang mengalir dilap. Kering. Malu pulak menangis macam ni depan Dila.

             “Dah..”. Kedengaran serak suara Naural.

            “Aku ni bodohkan Dila. Hanya sebab Luth tu layan baik sikit dekat aku, aku dah anggap bukan-bukan. Kenapa lah aku malukan diri aku macam tu. Aku ni tak reti serik kan”. Naural cuba senyum. Nampak kelat sangat.

            “Kau tak bodoh Naural. Aku ni perempuan.. aku faham perasaan kau. Aku pun terkejut dengar cerita kau tadi. Tak sangka Luth ni tinggalkan kau sebab perempuan lain. Memang tak patut betul”.

            “Memang patut lah Dila. Sebab perempuan tu lagi penting dari aku kan. Buat apa lah dia nak cakap dengan aku masa gadis tu ada. Mesti tu girlfriend Luthkan. Dia orang nampak sepadan sangat. Gadis tu tak ada lah selekeh macam aku ni”. Penuh perasaan Naural luahkan ayat ni. Kecewa sangat tu.

            Luth ada girlfriend? Sejak bila ni? Tak pernah nampak pun Lutn tu rapat dengan mana-mana gadis sebelum ni. Kalau sekarang ni bukan dia selalu dengan Naural ke?

             “Perempuan tu belajar dekat sini juga ke?”

             “Aku rasa tak. Sebab dari gaya Luth tanya dia tadi macam belajar dekat oversea. Memang aku tak kan menang kalau bersaing dengan dia Dila. Kalau kau tengok cara dia tadi, pakaian dia semua berbeza sangat dengan aku. Kenapa entah aku ni boleh berangan lebih-lebihkan”.

             Muka ditutup dengan bantal nak melepaskan perasaan. Malunyaa!!

            “Habis tu kau nak buat apa sekarang Naural?”

            Naural mendongak. Dahi dikerutkan. Aku nak buat apa? Mata dikecilkan memandang ke arah Dila. Dia tak faham soalan kawan dia ni. Apa lagi yang dia boleh buat?

            “Dah tak ada apa aku boleh buat Dila”. Lemah aje nada dia. Nasib baik dia tak terjerumus jauh dalam perasaan ni. Kalau tak mesti teruk dia merana. Memang ada rasa kehilangan. Tapi nak buat macam mana...

            “Kau tak nak cuba pikat Luth?”

             Naural tergelak. Serius? Pikat Luth?

            “Aku?”

            “Ye lah.. tak kan kau nak menyerah kalah macam tu aje”.

             Menyerah kalah? Sesuai ke guna perkataan tu?

           “Aku tak nak lah Dila. Mungkin Luth tu bukan untuk aku. Aku ni pun bukannya ada apa-apa dengan dia kan. Kalau dia mesti dia tak kan tinggalkan aku macam tu aje tadi. Aku dah malas nak fikir pasal benda ni. Kau pun tak payah lah pening kepala pasal hal ni lagi ok”. Bahu Dila ditepuk sebelum dia berlalu. Nak balik bilik. Tidur lagi baik lah. Malas nak fikir lagi.

            Bayang Naural dipandang. Betul ke dia orang tu ada hubungan? Ke kawan aje? 


2 comments:

baby mio said...

apalah luth ni sian naural

Anonymous said...

ala cedeyhnye..menitis air mate kite bace...huhu...sape marysa??kawan Luth ke?or gf Luth?adui2..nape la Luth boley tinggal kan naural camtu je..ni yg wat kite geram ni..hihi..yeah, kite sokong ngan idea dila yg suruh naural pikat Luth...hehe..emmm akak kite dh cam bau spicy2 ni...akak dh mule tmbah spicy2 ye...hehehe..good job akak!!teruskan berkarya..jgn berhenti disini...langkah akak maseh panjang lagi so teruskan langkah...hihi... FIGHTING!!!
-nasira comey-

Kehidupan seorang penulis © 2014