. . .
Radwa membisikkan sesuatu ke
telinga Shuib, seorang kanak-kanak rumah Sinar Permata. Kanak-kanak itu terus
berlari ke arah Raed kemudian. Bunga ros merah tiga kuntum ditangannya
diserahkan kepada Raed.
Raed
berkerut. Siapa pulak yang minat dekat aku ni? Adui, mesti Radwa jeles ni kang.
Tapi nota kecil yang terselit di dalam jambangan kecil itu tetap dibaca.
- For you sayang - Radwa -
Kemudian bibirnya
mengukir senyuman. Tak habis-habis lagi surprise dari Radwa
rupanya. Matanya melingas mencari sayangnya. Tak jumpa pun. Mana Radwa
menghilang?
“Sayang, mana kak
Radwa?”
Budak itu
hanya menjongket bahu. Tak tahu.
Tiba-tiba
tangannya terasa ditarik. Tangan kecil Shuib memegang tangannya. Ditarik untuk
masuk ke dalam rumah. Ingat tadi budak tu dah lari ikut kawan-kawan dia yang
lain. Datang sini balik rupanya.
“Jom abang. Kita
masuk dalam sama-sama”.
“Ada apa ni?
Kenapa ramai berkumpul dekat sini”. Dilihatnya kak Dini, Tasya dan budak-budak
yang lain. Tapi mana Radwa?
“Ok. Hai
sayang-sayang semua. Termasuk Raed sekali. Hari ni semua tahu birthday abang Raed kan. So akak ingat nak
nyanyi something special untuk dia. Tapi
jangan gelak ok”. Matanya dibulatkan, bagi peringatan awal-awal. Nanti tak lah
malu sangat.
Raed yang duduk di
sebelah Shuib, tergamam. Radwa nak nyanyi untuk dia? Sweetnya sayang aku hari ni. Dia tersenyum memandang
Radwa. Betul-betul dah cair dengan Radwa hari ni. Pandai gadis tu mencuri hati
dia.
Gitar yang dibawa
tadi dipetik. Mata memandang Raed seketika. Tanpa suara mulutnya mengatakan...
“Untuk awak sayang”. Lagu Realize dari Colbie Caillat kedengaran.
Take time to
realize
That your warmth
is
Crashing down on
in
Take time to
realize
That I am on your
side
Didn't I, didn't I
tell you
But I can't spell
it out for you
You know it's
never gonna be that simple
Thought I can't
spell it out for you
If you just realize what I just
realized
Then we'd be perfect for each other
And we'll never find another
Just realize what I just realized
We'd never have to wonder if we missed
out on each other now
Take time to realize
Oh-oh I'm on your side
Dindn't I, didn't I tell you
Take time to realize
Oh-oh I'm on your side
Oh
But I can't spell
it out for you
You know it's
never gonna be that simple
Thought I can't
spell it out for you
If you just realize what I just
realized
Then we'd be perfect for each other
And we'll never find another
Just realize what I just realized
We'd never have to wonder if we missed
out on each other now
It's not the same
No it's never the same
If you don't feel it too
If you meet me halfway
If you would meet me halfway
It could be the same for you
If you just realize what I just
realized
Then we'd be perfect for each other
And we'll never find another
Just realize what I just realized
We'd never have to wonder if we missed
out on each other now
Just realize what I just realized
We'd never have to wonder if we missed
out each other now
We missed out on each other now..
Realize
Radwa membuka
matanya. Tadi sepanjang lagu dia menutup mata, nak ambil feeling katakan. Kalau
buka nanti tak sampai pulak. Lagi segan ada lah sebab Raed sedang tengok dia
aje dari tadi.
Raed menepuk
tangan. Kuat. Terharu sangat. Radwa dihampiri. Tangan gadis itu digenggam erat.
“Thanks sayang. Thanks sebab hadir dalam
hidup saya balik. I love you soo much,
sayang”. Tangan Radwa dicium lembut. Lama.
Radwa
tersenyum. Kepala lelaki itu diusap lembut.
“Wahhh,
romantiknya abang Raed, kak Radwa. Tasya pun nak cari pakwe macam abang lah
nanti”. Jerit Tasya. Suka sangat tengok kelakuan Raed tadi.
“Raed, segan lah.
Apa lah cium tangan saya depan budak-budak ni. Tengok dia orang dah cakap apa”.
Radwa mencebik. Tebal mukanya menahan segan. Makin ramai pulak budak yang
berani mengusiknya.
“Sorry sayang. Tadi pun
sayang usap kepala saya kan. Kita jadi kosong-kosong ok”.
Radwa
mencebik. Asyik kena aje.
“Ok adik-adik
semua. Sorry ya tadi buat drama
pulak depan ni. Ok semua datang sini abang nak bagi hadiah. Siapa cepat dia
dapat”. Terus kanak-kanak semua berlari ke Raed. Nak hadiah punya pasal.
Radwa ketawa
melihat tingkah mereka. Dia pun tak sangka Raed sempat membeli semua hadiah ni
semalam. Bila entah dia pergi beli. Patut lah beria dia tanya berapa orang
kanak-kanak penghuni Sinar Permata. Jumlah laki perempuan pun nak tahu.
“Sayang
jangan berebut. Semua dapat ok. Beratur dulu. Kalau tak abang Raed tak bagi.
Beratur baik-baik semua”.
Kanak-kanak
semua mendengar kata. Sekejap aje dah ada jadi satu barisan. Sampai aje depan
Raed semua kanak-kanak itu mencium pipi Raed. Tanda berterima kasih. Ada 23
budak di sana. So, Raed dapat 23
ciuman. Wah, untung dia. Ramai yang sayang.
“Sayang tak nak
ke?” Tanyanya lepas budak terakhir dah berlalu pergi. Masih ada lebih satu
hadiah lagi. Memang sengaja dibeli untuk Radwa.
“Nak!!”
“Ok, boleh”.
Senyuman nakal Raed dah keluar. Pipinya ditunjuk.
“Awak kenapa?”
“Kiss dulu. Semua yang
ambil tadi kiss saya. Awak pun kena juga. Mana boleh ambil free aje”. Pipinya
disuakan menunggu Radwa.
Pap!
“Sampai hati
sayang tampar saya. Sakit lah. Mesti dah merah pipi saya ni”.
“Mana ada? Siapa
suruh awak gatal sangat. Jangan harap nak saya kiss awak. Gatal!”
Mengada aje lebih Raed. Mana kuat pun ditampar tadi. Bukan tampar sangat,
setakat macam tepuk aje. Tak sakit lah. Tu lah siapa suruh gatal sangatkan.
Raed memuncungkan
mulutnya. Tangan disilangkan. Nak merajuk.
Tapi Radwa buat bodoh. Terus
melangkah pergi. Dah faham sangat dengan kerenah Raed ni.
“Sampai
hati sayang!” Jerit Raed. Radwa hanya tersenyum. Kejap aje rajuk Raed tu. Tak
apa!
********************
“Ok semua. Jom solat
berjemaah”. Semua kanak-kanak perempuan sudah siap memakai telekung
masing-masing. Nampak comel semua.
Agak lama juga mereka berdua berada di rumah Sinar Permata ni. Masing-masing
seakan tak sanggup lagi nak balik. Gembira sangat menghabiskan masa bersama
kanak-kanak yang riang ni. Radwa pulak banyak menghabiskan masa berborak dengan
kak Dian. Dia serahkan semua kanak-kanak untuk dijaga oleh Raed. Tak bosan
pulak laki tu layan semua kerenah mereka. Asyik ketawa lagi ada lah.
Ruang tempat solat itu dah penuh. Bayang Raed dicari. Mana Raed ni? Tak akan
dia uzur kut. Tadi zohor tak perasan pulak dia solat dengan siapa. Mungkin
dengan budak-budak ni kut. Tak kan dia...
“Shuib jadi imam malam ni ya. Semua dah ada ni”.
“Eh?
Tak apa. Biar saya yang jadi imam. Saya yang paling tua kan”. Raed baru masuk.
Dibetulkan songkoknya.
Masa lalu disebelah Radwa tadi dia sempat membisik.. “Sampai hati
sayang tak tunggu saya”.
“Ok semua, rapatkan saf. Allahu akbar”...
Radwa solat khusyuk di belakang berimamkan lelaki kesayangannya.
Tak sangka suara Raed semerdu ni semasa mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.
Berdosanya terasa sebab cakap macam tu tadi.
Tamat solat, bacaan doa kedengaran sebelum mereka
bersalaman.
“Comel
sayang pakai telekung. Mesti cantik kalau sayang saya ni pakai tudung kan”.
Tersenyum dia memandang Radwa. Nampak polos sangat gadis ini dalam kain
telekung dia.
“Satu hari nanti Raed. Awak pun nampak seksi lah
pakai baju melayu macam ni. Tergoda saya”. Dia tersenyum mengoda. Sengaja ingin
menduga hati Raed. Dikenyitkan mata sebelum berlalu pergi.
Raed terkedu. Dilekapkan tangan di dadanya. Kuatnya jantungnya berdegup. Radwa,
Radwa suka sangat menduga hatinya macam tu.
*******************************
“Kak Dian, kami balik dulu lah
ya. Dah lewat ni”.
“Ok Radwa. Nanti datang lah lagi. Ajak Raed sekali. Budak-budak tu
pun mesti suka nanti”.
“Insyaallah kak Dian. Kalau nak datang nanti saya inform dulu”.
Kak Dian memeluk Radwa. “Dia memang sesuai untuk Radwa”, bisiknya. Tak
nak Raed pun dengar juga.
Radwa hanya tersenyum mendengar. Dia tahu yang kak Dian pun suka dengan
hubungan dia orang ni.
Raed dan Radwa berlalu ke kereta. Nak bergerak pulag. Dah lewat
sangat. Jam pun dah menunjukkan pukul 8 lebih.
“Sayang saya nak pinjam masa awak kejap boleh?” Tanyanya masa mereka sedang
dalam perjalanan pulang. Ada dalam 15 minit lagi nak sampai rumah gadis tu.
“Pinjam masa? Buat apa?”
“Nak pinjam dua jam sayang. Saya nak bawa sayang pergi satu tempat ni. Boleh
tak?”
“Ok, tapi dua jam aje ya. Saya dah penat sangat ni. Badan saya letih lah”.
“Ok sayang. Sayang tidur lah dulu. Dah sampai nanti saya kejutkan”.
Kot yang selalu ada tergantung di dalam keretanya diambil. Dipakaikan pada Radwa.
Tak mahu gadis itu kesejukan. Dari tadi dia melihat Radwa menggigil-gigil.
Sejuk mungkin. Air-cond pun dah
diperlahankan.
Raed memandang Radwa yang sedang terlena. Dah 10 minit dia tiba. Tapi tak
sanggup nak mengejutkan Radwa. Dia nampak penat sangat, kesian pulak nak ganggu
tidurnya. Pipi Radwa diusap sayang.
Kakinya kemudian melangkah ke bonet kereta. Dibaringkan dirinya di situ. Nak
ambil angin. Tempat ni memang dia selalu akan datang kalau dirinya perlukan
ketenangan. Bukit yang tertinggi di Kuala Lumpur. Tak ramai pun yang tahu port ni.
“Raed..”
“Eh? Sayang dah bangun”. Dia tersenyum melihat gadis itu. Nampak mamai
sangat.
“Dah. Kenapa tak kejut saya. Dah lama ke sampai?”
“Tak
lah lama sangat. Sayang lena sangat tadi. Tak sanggup pulak saya nak kejutkan”.
Anak rambut Radwa yang berselerakan dibetulkan. Sempat tangannya mengusap
kepala Radwa.
“Cantiknya!” Radwa melopong. Tak sangka akan melihat pemandangan begitu. Dia
teruja.
Raed
tersenyum. Sudah menjangka reaksi macam tu. Dari bukit ni boleh nampak hampir
seluruh bandar Kuala Lumpur. Sesiapa pun mesti akan suka. Masa mula-mula dia
datang sini pun reaksi dia sama macam Radwa.
“Sayang suka?”
“Suka sangat. Pandai awak cari tempat ni Raed”.
“Syukur awak suka. Tempat ni tempat saya tenangkan diri. Kalau saya ada
masalah, memang sini saya datang. Jerit sorang-sorang. Nak kasih lepas semua
masalah”.
“Awak pernah bawa girl lain datang ke?”
“Jangan pandang saya macam tu sayang. Awak orang pertama ok”.
Hidung Radwa dipicit. Tak percaya saya lagi, kan dah kena.
Radwa tersenyum. Comel!
“Kenapa awak bawa saya datang sini malam ni?”
“Ermm..Sebab saya nak tunjuk sayang tempat ni”.
“Bila-bila pun bolehkan. Kenapa pilih malam ni?” Radwa duduk
disebelah Raed. Sudah penat berdiri. Raed menolongnya.
“Sebab hari ni hari yang saya rasa happy sangat-sangat.
Semua sebab sayang. Buat surprise party untuk saya, bagi
saya bunga ros, nyanyi untuk saya dan yang paling penting kenalkan saya dengan
kanak-kanak rumah Sinar Permata”.
Radwa tergelak manja. Semua tu memang dia dah rancang awal. Sebab tak tahu nak
bagi Raed hadiah apa. Bila kak Dian call dia tiba-tiba satu hari ni, terus terlintas idea tu
semua. Azlin pun tolong dia juga. Lagi pun, dia memang teringin nak bawa Raed
kenal semua anak-anak tak bernasib baik itu. Nak buka mata dia.
“Sebab sayang, saya dah sedar satu perkara malam ni. Beruntungnya saya sebab
masih ada parents lagi. Sebab
ikutkan rasa hati, saya keluar dari rumah. Saya yang masih ada ibu bapa ni tak appreciate dia orang
langsung, sedangkan budak-budak yang tak ada tu mengharapkan sangat kehadiran
orang tua dia orang. Bodohnya saya, sayang”. Sepanjang perjalanan tadi dia
berfikir akan perkara ni. Terasa menyesal sangat. Kenapa lah terlambat sangat
dia sedar semua ni. Keluhnya.
“Tak apa sayang. Awak belum terlambat lagi. Masih sempat awak nak baik dengan
mereka kan. Lagi pun, saya pun teringin nak jumpa parents awak”. Air mata
Raed dilap dengan tangannya.
“Sorry sayang. Saya janji nanti saya kenalkan ya. Saya tak
nak sebab keras kepala saya, sayang saya ni tak merasa ada mertua pulak”.
Radwa tersenyum. Akhirnya, Raed dah sedar. Dia terdiam lama. Air mata
bergenang. Gembira sebab berjaya juga buka mata Raed. Mesti Datin Zara suka ni.
Tunggu mama, tak lama lagi Raed balik...
“Tak apa. Take your time.
Bila anniversary parents awak?”
Raed berfikir. Bila ya? Phone dikeluarkan. Nasib
baik ada record dalam phone.
“Lagi empat hari. Sayang lagi empat hari aje! Macam mana ni?” Raed mengelabah.
“Kenapa?”
“Saya
kalau boleh nak sambut dengan parents saya nanti. Dah
lama tak sambut macam dulu. Dulu saya yang aturkan majlis untuk mereka. Sayang,
awak kena tolong saya”. Berharap Radwa dapat membantunya. Dia sudah
berazam untuk memohon kemaafan daripada mereka. Banyak dah kesalahan yang dia
buat.
“Ok sayang. Saya akan tolong awak. Awak jangan sedih lagi. Mesti parents awak akan terima
maaf awak nanti. Senyum please untuk saya”.
Raed memandang Radwa. Tangan gadis itu dari tadi
digenggam. Nak meminjam semangat. Bersyukur sangat Radwa ada dengannya
sekarang. Dia tersenyum akhirnya. Permulaan hari yang happy, berakhir juga dengan kegembiraan.
3 comments:
Yeah...finally,Raed sedar jgak...Misi Radwa nk bwk Raed balek jumpe parents akn berjaye...suke3...sweetnye Radwa n Raed...hihi..untungnye kalo dpt suami cam Raed...haha..tetibe berangan pulak..cant wait 4 next en3...
-nasira comel-
raed n radwa pasangan yg comel la...
sweet sgt2..
nk lagi cik penulis..
-noorwieyl-
best.....sangat2.
Post a Comment