. . .
“Betul awak dah kuat ni Radwa?”
Semalam,
lepas balik dari rumah Radwa. Raed menangis lagi, sekarang ni dia lemah sangat.
Emosi dia senang tersentuh kalau berkaitan Radwa. Kalau dulu, mana pernah dia
nak menangis. Sedih macam mana pun cool aje.
Kali terakhir pun masa zaman-zaman hati dia sakit sebab Radwa mungkir janji. Tapi
tu dah lama sangat.
Lepas
dapat panggilan dari Radwa semalam, hampir nak melompat kegembiran rasanya.
Gembira yang Radwa dah tak bersedih, tak mogok makan macam dulu lagi. Tak tahu
lah apa yang Azlin dah buat tapi dia bersyukur sangat. Tak ada lah, dia jadi
macam Kassim Selamat nanti.
Semalam
dia setia mendengar semua luahan hati Radwa. Memang Radwa tertekan, dia takut
kehilangan. Memang begitu karakternya. Tapi Raed tak pernah sebelum ni berdepan
dengan Radwa yang ni. Masa banyak mengubah gadis kesayangannya ni. Radwa yang
dulu kuat dan tabah. Tapi sekarang lain sekali.
“Raed,
awak dengar tak saya cakap apa?” Muka Radwa masam. Marah sebab Raed tak hiraukan
dia.
“Larrh sayang. Sorry termenung pulak tadi. Sayang cakap apa?”
“Saya
cakap, saya dah ok. Saya dah terima pemergian Faris. Saya dah cukup kuat untuk
datang melawat”.
“Oh, ok.
Good girl”. Diusap kepala Radwa yang
ditutup dengan selendang berwarna putih. Nampak ayu sangat sayang dia pakai
selendang hari ni.
“ Ayu
lah sayang hari ni. Nampak comel aje pakai selendang”.
“Jangan
kenakan saya lah Raed. Kita nak melawat pusara Faris ni. Serius sikit”. Lengan
Faris dipukul. Sempat juga menjeling lelaki itu, langkah dipanjangkan. Kalau
jalan sebelah Raed mesti kena buli lagi.
“Sayang
tunggu lah. Kenapa tinggalkan saya dekat belakang. Dah tak sayang saya lah tu”.
Radwa mencebik. Modal sama aje tiap kali merajuk.
“Awak lambat jalan lah. Baik awak duduk dalam kereta aje
tadi”
“Sampai hati sayangg”. Dia berjalan pantas. Bersaing
jalan dengan Radwa.
Langkah Radwa terhenti. Dah jumpa pusara yang dicari.
Matanya terasa panas tiba-tiba. Nampak sangat dia masih tak kuat lagi.
Raed membentang tikar. Air bunga diberi kepada Radwa.
Kemudian surah Yassin dibaca bersama. Habis aje bacaan, batu nisan tu disentuh
Radwa.
“Maafkan akak sayang, maafkan akak datang lambat ziarah
Faris”.
Raed menapak jauh sikit, dia sedih nak dengar luahan hati
Radwa tu. Masa perkebumian Faris memang Radwa tak dapat datang. Dia tak
sedarkan diri masa tu, Azlin aje yang pergi jadi wakil dia orang.
Raed memandang sekeliling. Dulu tiap hujung minggu dia
akan datang ke sini. Tapi tak sangka hari ni dia akan melangkah masuk. Dulu dia
hanya berani melihat dari jauh aje. Tadi pun teragak-agak kakinya nak
melangkah. Lepas ditegur Radwa baru dia masuk berjalan juga bersama.
Pusara adiknya dipandang. Walaupun agak jauh dari tempat
Raed berdiri masih dapat dilihatnya. Dia cam akan pusara itu, walaupun tak pernah
pergi dekat. Radwa yang sudah selesai, melipat tikar. Raed didekatinya.
Dari tadi Raed seperti termenung. Arah mata Raed
memandang, dipandang Radwa. Danisya! Radwa melihat Raed kembali. Nampak air
mata yang bergenang di mata lelaki itu.
Radwa memegang tangan Raed. Raed menoleh, tersenyum.
“Dah sayang?”
“Dah, awak termenungkan apa?”
“Teringat dekat adik saya. Pusara dia ada dekat sini juga”.
“Nak pergi tengok tak?”
“Tak apa
lah sayang”. Dia melangkah. Radwa berkerut dahi. Tangan Raed dicapai. Menghalang
langkah laki tu.
“Jangan
cakap yang awak tak pernah melawat pusara adik awak?”
Raed
terkedu! Macam mana Radwa tahu? Nampak sangat ke dari tingkah dia tadi?
“Huh? Ermmm..saya tak”.
“Dah-dah,
simpan aje semua alasan awak tu. Sekarang jom kita pergi sama-sama. Awak tahu
yang mana kan?” Sengaja nak uji Raed.
“Tapi
sayang. Saya belum sedia lagi”.
“Belum
sedia dari segi apa?”
“Saya
rasa bersalah dengan arwah. Kalau dulu saya ambil berat pasal dia mesti dia tak
pergi dulu. Saya pentingkan diri”.
Air mata
yang nak mengalir ditahan Radwa. Bukan awak aje yang pentingkan diri Raed, tapi
saya pun sama.
“Raed..Sampai
bila awak nak salahkan diri awak dalam hal ni. Semua ni takdir yang dah
tertulis untuk arwah adik awak. Awak kena terima kenyataan tu. Sampai bila nak
halang kaki awak untuk datang sini. Pergi lah ziarah, sedekahkan bacaan Yassin
untuk arwah. Tu yang seeloknya kan”.
Raed
mengeluh. Dia memandang lagi ke arah pusara Danisya. Terjaga pusara tu. Mesti
ada yang selalu datang situ. Tapi siapa? Mama dengan papa ke? Muka Radwa
dipandang.
“Tapi
awak kena teman saya”.
“Mesti
lah, tak kan awak nak tinggalkan saya seorang dekat sini”. Sama-sama mereka
berjalan menghampiri pusara Danisya. Sempat Radwa mengesat air mata tadi, tak
nak Raed syak apa-apa pulak. Dah lama dia tak melawat pusara arwah. Rindunya..
*****************
“Bro, semalam
Nadiya call aku”. Syed Rayyan
mengambil tempat duduk di hadapan Raed. Dia baru aje ambil makanan tadi. Baru
teringat nak ceritakan hal Nadiya ni pada Raed.
“So, kenapa? Aku bukan ada apa-apa pun
dengan dia. Tak minat lah”. Raed berlalu pergi. Malas nak tahu hal Nadiya. Turn dia pulak nak ambil makanan.
Syed
Rayyan mengeluh. Macam mana nak cakap ni. Tuan badan dah suruh. Tak kan nak
buat-buat tak ingat pulak. Kacau lah! Rungut Syed Rayyan.
“Bro, dengar lah”.
“Kalau
pasal Nadiya kampung tu aku tak nak”. Tegas Raed.
“Memang
pun pasal dia. Dia..”.
“Aku tak
nak tahu. Diam Ray!” Potong Raed.
“Tapi,
dia suruh aku sampaikan juga”.
“Ok fine. Apa?” Terpaksa juga dengar. Tapi
dengar aje lah.
“Dia
masuk hospital, dia suruh kau datang melawat dia”.
What? Sebab tu aje? Bengang betul terasa
hati. Minah ni siapa, nak suruh aku datang melawat pulak.
“Tak ada
masa aku Ray. Dari melawat dia baik aku pergi jumpa awek aku. Lagi best kut. Perempuan tu ada masalah lah.
Lepas ni aku tak nak dengar kau sebut nama dia lagi depan aku. Lantak lah dia
sakit ke apa ke. Aku tak ada kaitan pun dalam hidup dia tu”.
Perempuan
ni kerja asyik nak menggangu dia aje. Asal nampak aje mula lah nak buat lagak
kucing betina gatal. Macam tak pernah nampak laki aje.
“Kau
pergi lah tengok dia. Kejap pun tak apa. Aku kesian lah tengok dia. Hari-hari dia
sebut nama kau. Tanya kenapa kau tak datang. Sampai aku pun tak tahu nak cakap
apa”.
“Malas
lah aku. Tu semua taktik dia aje. Pura-pura sakit untuk tarik perhatian aku.
Sedangkan sikit pun aku tak kesian. Daripada dia tanya pasal aku, baik dia
tanyakan perihal mak bapak dia dekat kampung tu”. Raed meneruskan suapan yang
tergendala sebab hal Nadiya tadi.
Syed Rayyan hanya mengeluh. Dah orang tak nak, nak buat
macam manakan. Nadiya ni pun satu, dah tahu
Raed tak suka pergi lah cari orang lain.
**********************
I
miss you <3
Radwa
tersenyum membaca mesej Raed lewat petang tu. Rindukan dia sangat lah tu. Mesti
tengah bosan. Selalunya Raed pergi lepak dekat rumah kawan baiknya, Syed
Rayyan. Dia dah tak pergi kelab lagi, tu pun lepas merah telinga dia dengar
bebalan Radwa pasal aktiviti malam dia dulu.
- Sayangg, saya rindulah :(
- Sayangg, saya rindulah :(
Mesej
masuk lagi. Tak menyempat betul Raed ni. Mesej tadi pun belum dibalas lagi
- Ye, saya tahu. Awak tak lepak dengan Ray ke
malam ni?
- Tak, bosan lah sayang. Esok jumpa
nak?
- Tak boleh. Esok saya ada date lah :p
Terus
Raed menghubungi Radwa. Langkah mayat dia dulu kalau nak keluar dengan laki
lain.
“Sayang
curang dengan saya!”
“As’salam
Raed”.
Raed
mendengus. “W’salam, awak nak pergi mana esok?”
Radwa
tergelak. Raed cemburu! Tukar terus panggilan. Tak panggil sayang dah.
“Saya
ada hal sikit esok”.
“Hal
apa? Kenapa tak bagitahu saya?”
“Adalah”.
Sengaja dirahsiakan agenda esok. Asyik dia aje kena buli. Sekali sekala buli
Raed tak salahkan.
“Bagitahu
lah saya. Sampai hati kan. Sekarang sayang macam dah tak sayang saya. Semua nak
rahsia. Saya tak suka lah”.
Raed
merajuk. Sama aje. Macam budak kecil.
“Alaah sayang saya ni. Asyik merajuk
dengan saya aje kan. Nak kenakan sikit pun tak boleh. Saya nak pergi rumah
Sinar Permata esok”.
“Sinar
Permata? Saya tak pernah dengar pun. Rumah siapa tu sayang?”
“Rumah boyfriend nombor dua saya”.
“Sayang!
Sampai hati! Curang!”
Tawa
meletus. Raed mencebik tak puas hati. Tapi bukan boleh nampak pun, dia orang
tengah cakap dalam telefon kan.
“Rumah
Sinar Permata tu rumah anak yatim lah sayang. Dah lama saya tak pergi melawat
anak-anak dekat sana. Sebab tu tergerak hati nak pergi esok”.
“Sengaja
sayang ni. Suka buli sayakan”. Lega hati dia, nasib baik bukan rumah laki lain
kalau tak memang esok ada yang tumpah darah ni.
“Saya
nak ikut sayang esok lah”. Dia nak teman Radwa esok, tujuan dia nak tengok cara
gadis itu melayan kanak-kanak. Nanti senang dia nak jaga anak mereka. Haii, berangan jauh dah si Raed ni.
“Ermm, ok. Pukul 8 esok awak ambil saya dekat
rumah”. Memang pun rancangannya nak bawa Raed sekali. Kalau Raed tak nak ikut
tadi memang akan dipaksa juga. Nasib baik dia yang rela ikut.
“Awalnya
sayang. Saya susah lah nak bangun pagi macam tu. Lambat sikit boleh?”
“Tak
boleh! Kalau tak, tak payah ikut esok”.
“Sayang
ni kejam. Ye la, saya nak ikut. Tapi sayang kejutkan saya esok ok”.
“Ok. Dah
awak pergi tidur. Lambat pulak nak bangun esok”.
“Ok
sayang. Good night. Mimpikan saya
malam ni. Love you sayang”. Tak
sabarnya nak tunggu esok. Nak jumpa Radwa!
**********************
“Lin, macam mana eh?” Muka Azlin yang sedang ralit
menonton televisyen dipandangnya.
“Macam
mana apa”. Muka Radwa tak dipandang. Masih tekun menonton.
“Macam
mana aku nak buat Raed pindah rumah parents
dia balik?” Kepalanya digaru-garu. Pening memikirkan hal ni. Sekarang nak
semakkan fikiran Love Sifu dia ni
pulak.
“Eh? Aku ingatkan dah settle. Bukan dia dengan kau ke
sekarang?” Azlin memandang Radwa sekejap sebelum menonton balik. Cerita favourite lah katakan. Tak nak lepas
tengok tu.
“Memang
lah, tapi aku tak pernah sentuh hal famili dia. Kau tahu kan macam mana
hubungan dia orang. Tak berani lah aku”.
“Aku pun
mana tahu nak buat macam mana. Aku bukannya kenal sangat Raed dengan Datin Zara
tu”.
Bantal
dicampak ke Azlin. Selamba aje kawannya itu. Kan dia dah cerita sebelum ni.
Hilang ingatan apa?
“Apa ni
Wa. Jangan kacau aku tengok cerita ni lah. Kau tengok, hensem kan hero dia.
Cair betul aku tengok dia ni. Kalau lah dia jadi pakwe aku, bestnya!”
Aik? Hero korea? Sejak bila pulak Azlin
ni minat laki jambu?
“Jangan
lah main-main Lin. Aku nak pertolongan kau sekarang. Kan dvd tu ada, kau pergi lah record
dulu”.
“Yela-yela,
kejap. Masa-masa ni lah kau baru nak cari aku kan. Masa ada Raed aku dianak
tirikan. Siapalah aku ni. Mana ada orang nak peduli. Masak pun tak reti,
bergantung lagi hidup pada kau”. Azlin membebel sepanjang nak record cerita tu. Ada aje yang nak
dirungutkan. Radwa pun malas nak kisah. Makin dilayan nanti makin panjang pulak
rungutan dia ni.
“Hah? Kenapa? Apa masalah kau sekarang?
Cuba cerita”. Dia mengambil tempat duduk disebelah Radwa. Watak Love Sifu dah keluar.
“Ada
lagi seminggu aje lagi Lin. Anniversary
parents Raed dah nak dekat. Tapi aku
belum lagi buat Raed pindah balik rumah tu. Aku risau lah. Aku dah janji dengan
mama dia kan”. Keluh Radwa. Dulu masalah nak tackle Raed, sekarang nak buat Raed pindah balik rumah parents dia pulak. Radwa, Radwa banyak
sangat tanggungjawab kau.
“Hubungan
kau dengan Raed sekuat mana?”
“Maksud
kau?” Radwa memandang Azlin. Meminta penjelasan.
“Dia
marah tak kalau kau tipu dia lagi?”
“Siapa
tak marah kalau kena tipu Lin. Tapi aku tak nak lah tipu dia lagi kalau boleh.
Dah banyak sangat kut aku tipu dia. Kalau rahsia aku simpan ni terbongkar aku
takut dia tinggalkan aku aje nanti”.
Azlin
mengusap dagunya. Sedang berfikir.
“Dia dah propose kau tak?” Dia baru teringat
akan hal itu.
“Belum
lagi. Kenapa? Ada kaitan ke?”
“Mestilah
ada. Kalau belum senang sikit. Aku harap dalam seminggu ni dia propose kau lah ya. Tak pun kau kena
tebalkan muka lah tanya dia”.
“Huh? Tak nak lah aku. Kita tunggu aje
lah dia”. Muka Radwa dah merah.
Hish, segan sangat
kawan aku ni. Rungut Azlin.
“Tak
boleh lah Wa. Masa dah tak lama. Kena juga dalam minggu ni”. Tekan Azlin. Benda
serius ni, kata nak Raed pindah tadi. Tak kan benda mudah ni pun tak boleh
buat.
“Kau ni,
suka buat macam ni. Rancangan semua tak pernah tak menyusahkan aku”. Rungut
Radwa. Tak puas hati.
“Eh? Kau nak ikut ke tak nak? Kalau tak
nak tak apa. Kau terus kan lah fikir idea lain. Aku tak dapat nak bantu kau”.
Azlin beralih duduk. Nak tengok balik cerita yang dia record tadi.
“Lin! Kau ni! Ye lah. Aku ikut. So, apa rancangan kau?” Radwa beralah lagi.
Azlin tersenyum. Nampak macam jahat juga lah. Apa aje lah
rancangan kawan Radwa ni lagi. Kalau tak jadi tak tahu lah macam mana dengan
Radwa nanti. Harap-harap lah berjaya.
1 comment:
makin mantap dh cter nie..
sambung lagi cik penulis..
-noorwieyl-
Post a Comment