. . .
Raed Daniyal bengang. Malam semalam lama dia menunggu Zetty datang ke rumahnya selepas diturunkan perempuan tu dulu untuk mencari parking. Puas nombor Zetty dihubungi tapi tak diangkat. Panas hati.
Jangan harap aku nak layan kau lagi lepas ni. Mula-mula
tidak dilayan tetapi bila dah bagi muka dia pulak yang kena tinggal. Apa nak
mainkan aku ke? Egonya tercabar.
Hampir
tiap malam, Raed ditemani perempuan. Tapi tiap kalinya perempuan yang berbeza.
Dia pun tidak serius perempuan-perempuan itu semua. Hanya nak buat peneman masa
dia sunyi aje. Tak suka terikat dengan seorang perempuan, sebab rasa macam tak
mencabar aje.
Disebabkan
perangai itu dia memilih untuk hidup sendiri. Dia keluar dari rumah orang
tuanya dan pilih untuk tinggal di kondo. Alasannya, tak ada siapa yang akan
peduli jika dia bawa perempuan balik ke rumahnya nanti. Jiran dekat sini pun
tak lah jenis yang busybody, semua
buat hal sendiri. Kehidupan bebas dekat kondo itu tanpa kongkongan mama dan
papanya.
Malam
itu, dia nak menghilangkan tension
akibat perbuatan Zetty. Melissa dihubungi nak diajak keluar pergi dinner di sebuah restoran terkemuka terletak
di tengah-tengah Kuala Lumpur. Dia tahu wanita itu pun dah lama minat dengannya.
Dengan berbekalkan rupanya yang tampan dan juga merupakan anak hartawan, tak
ada perempuan yang tak nak dampingi Raed.
Semua
perempuan yang dipilih untuk menemaninya pun bukan sebarangan perempuan. Dia
lelaki yang sangat memilih. Hanya model-model terkenal dan juga anak-anak
berbintikan Dato’, Datuk, Datuk Seri, Tan
Sri atau anak-anak kerabat sahaja dipilih. Tastenya tersangat lah tinggi. Sebab hanya mereka aje dirasakan layak untuk
dirinya.
Melissa
dijemput di rumahnya. Sepanjang perjalanan ke restoran Raed terasa dirinya
digoda. Dengan memakai baju dress singkat
macam tu, cair juga Raed.
“Darling, apa kata malam ni you datang rumah I”. Melisaa mengusap lengan Raed. Tujuannya nak membuatkan Raed
tergoda dengan ajakannya.
“Urmm. Lain kali lah honey. I penat lah malam
ni, banyak kerja dekat pejabat tadi”. Raed ingin bermain tarik tali dahulu. Tak
mahu nampak terburu-buru. Tu bukan style
dia.
“Alah darling. Jomlah. Mama dengan papa tak
ada. I takut tinggal seorang dalam
rumah besar tu. Alone!”. Kedudukannya
semakin rapat. Perkataan alone
ditekannya, dia ingin menarik perhatian Raed.
Siapa
yang tak kenal dengan lelaki di hadapannya ini. Dengan paras rupa kacukan
Jerman, Melayu dan Cina membuatnya menjadi kegilaan semua perempuan termasuk
dirinya sendiri. Sudah lama Raed dipikat, malam ini dia bertuah kerana
dihubungi Raed untuk diajak keluar. Malam itu dia kelihatan tersangatlah seksi
dengan dress ketat berwarna hitam dipadankan
dengan high heel berwarna merah. Nak
kelihatan menggoda di mata Raed.
“Apa I dapat kalau I temankan you malam ni?”
Bisik Raed ke telinga Melissa. Dia tersenyum mendengar nada Raed. Nafas panas lelaki
itu membuatkan dirinya terada di awangan.
“Apa-apa
aje yang you nak, darlinggg”. Dileretkan suaranya. Menggoda
Raed.
Raed ketawa, umpannya mengena. Dia tahu yang perempuan
itu akan menyerah dulu padanya. Lantas
dia memanggil pelayan untuk membayar bil. Beriringan dia keluar dari restoran
itu dengan Melissa. Terasa bangga beriringan dengan perempuan secantik Melissa.
Perasan marahnya kepada Zetty semakin menghilang.
Belum lagi kakinya melangkah keluar, kedengaran seseorang
memanggil namanya. Kelihatan kawan baiknya ada di situ dengan seorang gadis
cantik...Tapi bertudung. Ermm..Perempuan kampung! Bad taste! Disuruhnya Melissa menunggunya di luar dulu.
“Wei bro, siapa
perempuan tadi tu? Girl baru kau ke?”
Tanya Syed Rayyan. Dia perasan kehadiran seorang perempaun di sebelah Raed
tadi.
“No lah! Kau
tahu aku macam mana kan? Semua tu stok untuk main-main aje. Tak ada masa aku
nak serius dengan dia orang. Yang ni siapa pulak?”
“Ni kawan aku sama belajar dulu. Nadiya”.
Nadiya
tersenyum ke arah Raed. Hatinya seakan terpaut dengan jejaka tampan di hadapannya
ini. Terlalu sempurna dimatanya.
“Hai, I’m Nadiya”.
Tangan dihulur untuk bersalaman.
Pakai tudung pun nak salam aku. Rungut hati Raed. Huluran tangan Nadiya tak disambut. Nadiya jadi segan. Ditarik balik tangan dia. Malu pada Syed Rayyan yang melihat kejadian tu.
Pakai tudung pun nak salam aku. Rungut hati Raed. Huluran tangan Nadiya tak disambut. Nadiya jadi segan. Ditarik balik tangan dia. Malu pada Syed Rayyan yang melihat kejadian tu.
“Urmm. Hi. Aku
blah dulu lah Ray. Oh by the way, lucky
you yang dia ni bukan girl kau.
Sebab she sooo not your taste. Dia
kampung sangat lah Ray”. Ujar Raed tanpa memikirkan perasan pendengarnya. Dia
terus berlalu menuju ke kereta.
Nadiya tersentap! Malu mendengarkan kata-kata Raed.
“Nadiya sorry.
Kawan I tadi tu tak sengaja cakap
macam tu. You lupakan aje ya”. Pujuk
Syed Rayyan . Turut terkejut mendengar kata-kata Raed yang dirasakan berbisa
itu. Kalau dia yang lelaki pun rasa begitu apatah lagi Nadiya.
“Tak ada apa lah Rayyan. Dia tak kenal I sebab tu dia cakap macam tu. I faham. You jangan risau lah ya”. Dia tersenyum pura-pura.
Kampung kau panggil aku? Kau tunggu lah Raed, aku akan
pastikan satu hari nanti perempuan kampung ni juga lah yang kau merayu-rayu nak
nanti. Kau tunggu! Bentaknya di dalam hati. Diperhatikan langkah Raed yang
berjalan menuju ke keretanya dengan perasaan yang tak dapat digambarkan. Sakit
hati. Geram. Balas dendam!
***********************
Tangan Melissa ditarik seseorang. Dikalihkan mukanya
untuk melihat orang tersebut.
Purdah!
Siapa pulak perempuan ni? Dah lah suka hati aje tarik tangan aku.
“Kau siapa ni? Kenapa main tarik-tarik tangan aku pula.
Lepas lah, aku nak tunggu boyfriend
aku ni”. Dia menarik tangannya, tetapi pegangan gadis berpurdah itu lagi kuat
terasa.
“Lepaskan lah. Lepaskan tangan aku!”. Jeritnya kepada
gadis itu.
Dilihatnya ke arah tempat dia berdiri tadi. Kelihatan lelaki itu sudah tiba dengan
keretanya.
“Boyfriend aku
dah sampai. Lepaskan! Lepaskan lah bodoh!”. Dia menjerit-jerit. Gadis berpurdah
itu tetap mendiamkan diri. Masih kemas tangannya dipegang.
Handphonenya berbunyi.
Handphonenya berbunyi.
“Woi, lepaskan tan...”. Tidak sempat dia menghabiskan
ayatnya, ada kain yang telah menutup mulutnya. Air mata geram kelihatan keluar
dari mata Melissa. Dia geram sebab tak dapat melakukan apa-apa untuk melepaskan
diri.
Sebaik aje kereta Raed berlalu pergi tubuh Melissa
dilepaskan. Hampir saja tangan Melissa menampar pipi gadis berpurdah itu, tapi
sempat dielak.
“Kenapa kau buat aku macam ni huh? Siapa kau ni? Siapa
upah kau? Cakap!” Melissa menjerit kuat. Perasannya tidak dapat dikawal lagi.
Dia geram.
Kedudukannya yang agak tersorok daripada umum itu
membuatkan jeritan Melissa tidak kedengaran. Memang sengaja ditarik Melissa ni
ke sini tadi.
Gadis berpurdah itu diam. Matanya tajam memandang ke
depan.
Sekeping nota dikeluarkan. Sebelum dia melangkah pergi,
diberikan gadis itu nota tersebut.
- Jauhkan diri daripada Raed Daniyal kalau kau nak selamat! Aku tak main-main! -
Melissa menggigil membaca nota itu. Apa yang menyebabkan
dia takut kerana terdapat tompokan seperti darah pada nota itu. Banyak pulak
tu. Dia memandang sekeliling. Wanita berpurdah tadi memandang ke arahnya tajam
sebelum memboloskan diri ke dalam kereta. Kereta itu terus memecut laju.
Meninggalkan Melissa keseorangan di sana dalam ketakutan lagi.
*********************************
Kereta diberhentikan di bahu jalan. Purdah hitam
ditanggalkan. Radwa ketawa seorang. Tergelak dengan kejadian yang terjadi tadi.
Nasib baik dia pakai purdah tadi, kalau tak mesti Melissa terperasankan
senyumannya.
Misi
malam ini pun berjaya!
Dia puas hati dengan kejayaannya itu. Dah dua malam Raed
dibiarkan tidak berteman. Dia ingin mengubah kehidupan malam lelaki itu yang
sering ditemani perempuan. Dia sendiri benci dengan kehidupan Raed yang begitu.
Nota tadi tu pun bukannya serius sangat, sengaja aje nak bagi perempuan gedik
tu takut. Nasib baik tadi Mak Lelah beli ikan belum siang, dapat juga dia ambil stok
darah sikit. Bijak..Bijak..
Enjin
kereta dihidupkan semula. Spec
hitamnya dicapai kemudian dipakai. Penyamarannya untuk malam ni belum selesai
lagi. Ada perkara yang harus dilakukan sebelum dia balik ke rumah. Datin Zara pun
dah dihubungi untuk memaklumkan hal ni. Tak nak Datin Zara menunggu dia pulak
nanti.
Kereta
bergerak menuju ke kondo Raed. Setibanya di sana, diletak kereta di bawah satu pokok
rendang dan mengatur langkah menuju ke pondok jaga.
“As’salam
pak cik”.
Diberi salam kepada Pak Mat, jaga kondo tempat tinggal
Raed. Dia juga yang menolong dirinya semalam.
“W’salam.
Eh, Radwa. Ada apa datang malam-malam ni?”. Dia pelik dengan kedatangan Radwa
malam ini.
“Saya
nak ucap terima kasih dengan pak cik berkenaan hal semalam. Terima kasih sebab
tolong saya”. Disebabkan Pak Mat misinya berjaya semalam.
“Laarh.
Kan kamu dah bagitahu Pak Mat sebelum tu. Mesti lah Pak Mat tolong kamu. Nasib
baik dia menjerit aje semalam. Kalau dia tendang kamu Pak Mat tak tahu lah nak
buat apa nanti”. Pak Mat tergelak. Dia tidak percaya dirinya turut diheret
untuk mengikuti rancangan gila Radwa itu.
Radwa
tergelak mendengarnya. Nasibnya agak baik juga semalam. Bukan sahaja semalam,
malam ni pun nasib dia baik. Nasib baik juga Raed tak tahu semua kejadian itu
berlaku berpunca dari dia. Kalau tidak tak tahu lah apa nasib dirinya nanti.
“Betul
juga kan pak cik. Saya pun takut juga masa dia menjerit semalam”. Masing-masing
ungkit kembali.
“Itu
lah, pakcik pun tengok kamu ni rileks
aje. Macam dah biasa buat kerja ni”.
“Pak cik
ni. Tak baik lah cakap macam tu, apa muka saya ni nampak macam penculik ke?”
Pak Mat
tertawa.
“Ada lah sikit. Tapi kalau kamu yang penculiknya rasa-rasanya semua orang sudikan diri untuk diculik. Ye lah, penculik dia pun cantik. Siapa yang tak suka kan”.
Radwa
tergelak pulak. Ada-ada aje Pak Mat ni nak kenakan dia. Dia pun tak langsung
berasa janggal nak berborak dengan laki ni.
“Pak Mat, Raed ada tanya apa-apa tak berkenaan hal semalam?”. Soal Radwa ingin tahu. Tukar mood serius pulak tiba-tiba.
“Tak ada
lagi Radwa. Mungkin dia tak syak apa-apa lagi rasanya. Radwa jangan risau
rahsia ni Pak Mat simpan. Pak Mat tahu semua yang Radwa buat ni untuk kebaikan
tuan Raed juga”. Pak Mat tahu hal sebenar disebalik rancangan gila Radwa. Radwa
ada bagitahu dia beberapa hari lepas semasa ingin meminta tolong daripadanya.
“Eh Pak
Mat, Raed dah balik ke belum?” Baru Radwa teringat untuk menanyakan perihal
itu. Dia terlupa dengan tujuan keduanya ke situ selain daripada berjumpa dengan
Pak Mat.
“Dah Radwa.
Tu kereta tuan Raed. ”. Jarinya menunjukkan ke arah kereta Raed. Nasib baik dia
balik rumah. Risau juga Raed melencong ke tempat lain. Satu hal nak cari lagi
nanti.
“Dia
seorang aje ke tadi Pak Mat?”
“Pak Mat
nampak dia seorang aje turun dari kereta tu Radwa. Tak nampak bayang lain pun
dengan dia. Bayang-bayang dia ada lah rasanya”. Pak Mat bergurau.
“Pak Mat
saya tumpang duduk sini kejap ya”. Radwa ingin memerhatikan keadaan Raed dulu
sebelum balik. Tak dapat jaga orang, jaga rumah pun jadi lah!
“Ye la
Radwa. Kamu perhatikan lah rumah dia tu. Mana tahu dapat ambil alih kerja Pak
Mat ni nanti. Boleh lah Pak Mat bersara. Dah ada pengganti baru”.
Radwa
membulatkan matanya. Kemudian dia turut tergelak apabila tersedar dirinya yang
diperli oleh Pak Mat. Dia tersengih malu. Aishh, buat malu badan aje kau ni
Radwa.
“Jangan
nanti kamu terjatuh hati dengan tuan Raed tu pulak dah Radwa. Tapi kan, Pak Mat
tengok macam sepadan sangat kamu dengan tuan Raed tu. Dah masing-masing pun
cantik, hensem. Mesti anak kamu nanti comel-comel”. Jauh pulak angan-angan Pak
Mat ni kan.
“Pak Mat
ni ada aje”. Terpandangkan muka Radwa yang semakin merah itu, Pak Mat tergelak.
“Pak Mat
pergi ronda dulu lah Radwa. Dah lambat ni”. Radwa hanya mengganguk.
Radwa
mengalihkan pandangannya ke unit kondo Raed. Dapat dilihat lampu ruangan utama
masih menyala. Tiba-tiba dia terpandang susuk badan lelaki yang sedang berdiri
bersandar di balkoni. Raed Daniyal!
Radwa hanya
memandang kelakuan Raed. Apa yang sedang dilakukannya tidak dapat dilihat
dengan jelas kerana kedudukan unit itu yang berada di tingkat 10 kondominium
mewah tersebut.
Radwa
masih ralit melihat Raed. Kata-kata Pak Mat tiba-tiba kedengaran berkali-kali
di dalam fikirannya. “Jangan nanti kamu
terjatuh hati dengan tuan Raed tu pulak dah Radwa”. Aishh, jiwa kacau lah
macam ni. Keluh Radwa. Tiba-tiba perasaannya menjadi celaru.
Terpadam
aje lampu unit kondo Raed, dia terus kembali ke kereta. Ingin menuju pulang ke
rumah. Dia penat, berperang dengan perasaannya tadi. Fikiran dengan hatinya
saling berlawan kata.
*********************************
Pagi itu Radwa nampak kusut. Tapi dia harus bersiap untuk
ke hospital. Peperangan antara hati dan fikirannya masih lagi tak nampak
pemenangnya.
“Selamat
pagi Radwa”.
“Selamat
pagi pa”.
“Kenapa
dengan anak papa ni. Tak sihat ke?” Dato’ Ammar pelik dengan keadaan Radwa pagi
itu. Biasanya Radwa ceria. Tapi pagi ini kelakuannya tak seperti biasa.
“Tak ada
apa lah pa. Radwa sihat aje. Papa jangan risau lah ya”. Radwa tahu yang mukanya
agak pucat sedikit. Mungkin disebabkan itu Dato’ Ammar risau.
“Semalam
Radwa tidur pukul berapa? Radwa balik lambat kan?” Datin Zara mencelah. Tadi dia hanya mendengar perbualan suaminya dengan
Radwa.
“Lambat
sikit ma, Radwa tidur dalam pukul 3 pagi semalam. Tak dapat nak tidur”. Memang malam
semalam dirasakan matanya susah nak lelap. Hampir pukul 3 juga baru dia dapat terlena.
“Radwa
ada masalah dengan Raed ke?”
Huh?
Radwa kelihatan gelabah. Mukanya tiba-tiba bertukar rona.
“Eh,
mana ada mama. Radwa tak pernah cakap pun dengan Raed lagi. Macam mana pulak
nak ada masalah dengan dia. Tak ada apa-apa. Betul ma”. Radwa tergagap-gagap
ingin menerangkannya. Kelihatan raut itu sedang menyembunyikan sesuatu dari
dirinya.
“Mama,
Radwa gerak dulu lah ya. Takut lambat sampai pula nanti. As’salam mama, papa”. Radwa
menyalami Datin Zara sebelum berangkat ke tempat kerja.
Dato’
Ammar dan Datin Zara yang melihatnya hanya mengerutkan dahi.
“Abang
jam rumah kita rosak ke? Bukan baru pukul 7. Kenapa Radwa gerak awal sangat.
Biasanya lagi 15 minit pukul 8 baru dia nak gerak”.
“Entah
lah sayang. Abang pun tak tahu kenapa dengan Radwa tu hari ni. Lain macam aje
abang tengok dia”.
“Saya
rasa mesti ada kaitan dengan Raed ni bang”.
“Ada aje
awak ni. Jangan berharap sangat takut kecewa pula nanti kalau budak berdua tu
tak ada apa-apa”.
Radwa dah jatuh cinta dengan Raed ke? Kalau betul senang kerjanya nanti. Fikir Datin Zara. Tak ambil kira kata suaminya. Naluri dia kuat menyatakan masalah Radwa memang berpunca dari Raed.
Radwa dah jatuh cinta dengan Raed ke? Kalau betul senang kerjanya nanti. Fikir Datin Zara. Tak ambil kira kata suaminya. Naluri dia kuat menyatakan masalah Radwa memang berpunca dari Raed.
No comments:
Post a Comment