. . .
Semalam tergesa-gesa Radwa memohon cuti satu hari. Dia
memang kerja di Hospital Besar Kuala Lumpur, memang tak jauh dengan rumah
Danisya. Tapi dia tak pernah pun datang melawat Danisya, sekarang ni baru dia
nak menyesal. Menyesal sebab tak dapat jumpa arwah buat kali terakhir. Semalam
pun dia tak dapat tidur. Asyik menangis, dan menangis. Lama dia baru boleh
terima berita tu. Tak percaya yang Danisya dah tak ada. Kawan yang selalu ada
untuknya dulu, dah pergi. Macam mana dia nak terima semua ni. Mampu ke dia?
Kenapalah aku macam ni? Kerja lagi penting dari kawan ke? Perjalanan nak ke rumah Danisya dirasakan lama. Tadi, nasib baik dia tak terlanggar orang yang sedang melintas jalan. Tu lah ralit berfikir. Tambah dengan rasa bersalah. Tak patut dia drive hari ni. Tak dapat fokus. Bahaya.
Kenapalah aku macam ni? Kerja lagi penting dari kawan ke? Perjalanan nak ke rumah Danisya dirasakan lama. Tadi, nasib baik dia tak terlanggar orang yang sedang melintas jalan. Tu lah ralit berfikir. Tambah dengan rasa bersalah. Tak patut dia drive hari ni. Tak dapat fokus. Bahaya.
Alamat
dilihat balik. Ni rumah Nisya. Besarnya. Tak sangka kawan dia ni anak hartawan.
Tapi dia patut bangga dengan Danisya sebab harta ni semua tak buat kawannya tu
riak dan sombong pun. Selalu juga dia nampak kawannya tu membantu orang susah.
Loceng
ditekan. Pintu gerbang terbuka. Tergamam Radwa melihat kawasan rumah tu. Sangat
besar. Sangat cantik. Berapa orang duduk dalam ni?
Tingkap
kereta diketuk dari luar. Radwa mengesat air mata, pintu dibuka.
“As’salam.
Anak ok tak?”
Lama dia
menunggu tuan kereta tu keluar. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menghampiri
kereta itu. Tuannya nampak macam tengah termenung. Bersedih lagi mungkin.
“W’salam.
Saya ok. Terima kasih”. Tangannya dihulur, nak bersalam.
“Radwa
kan”.
Radwa
mengangguk. Cuba juga mengukir senyuman walaupun susah. Hari ni dia pakai spec hitam. Nak tutup matanya yang sembab
kerana menangis sepanjang malam semalam.
“Jom
masuk nak, Datin dah tunggu”. Tangan Radwa ditarik. Membawa dia masuk ke dalam.
Nampak lemah sangat dia ni, takut pengsan pulak tiba-tiba dekat luar.
Wanita
cantik yang sedang duduk di ruang tamu dipandang. Nampak muram raut muka tu.
Mungkin mama Danisya.
“Datin,
ni dia Radwa. Dia baru sampai”.
Datin
Zara baru tersedar dari termenung. Terleka sampai Radwa dah ada depan mata pun
dia tak nampak. Dia berdiri. Figura depannya dipandang, sebelum tubuh itu
dipeluknya. Erat.
“Radwa..kamu
datang juga. Lama dah auntie cari
kamu”.
Radwa
masih terkejut. Tiba-tiba aje kena peluk. Tapi dia masih balas juga pelukan
itu. Tak nak Datin Zara terasa.
“Sorry auntie. Saya pun tak tahu berita
ni. Baru aje tahu semalam”.
Pelukan
dilepaskan. Radwa diajak duduk. Mak Lelah, wanita yang menyambut Radwa tadi
terus menuju ke dapur. Nak hidangkan air untuk tetamu.
“Radwa
sihat?”
“Alhamdulillah,
sihat. Auntie?” Datin Zara nampak
lesu. Macam tak cukup tidur dengan selalu menangis mungkin.
Datin
Zara mengangguk.
“Dah 8
bulan arwah pergi. Tapi auntie sampai
sekarang masih tak percaya arwah dah tak ada. Auntie sunyi sangat Radwa. Dia aje satu-satunya anak perempuan auntie. Dia aje punca kekuatan auntie.
Bila dia dah tak ada, auntie jadi
lemah”.
Tangan Datin Zara diusap. Dia tahu wanita ni
tak kuat. Tapi dia kena juga teruskan hidup.
“Auntie...., auntie tak boleh jadi macam ni.
Auntie kena kuat hadapi semua ni. Tabah, redha dengan pemergian arwah. Arwah
pun mesti tak suka tengok auntie macam
ni”.
“Tapi Radwa
auntie tak boleh”. Air mata dia
mengalir.
“Auntie boleh. Kalau Nisya yang saya
kenal dulu kuat, saya tahu mama dia pun mesti sama juga. Tak ada apa kita boleh
buat sekarang. Auntie kena teruskan
hidup, banyakkan berdoa untuk arwah”.
Muka
Radwa ditenung lama. Dia tersenyum, cuba mengesat air matanya. Tapi Radwa dah
bertindak awal. Dikesat air mata Datin Zara.
“Untung
Nisya ada kawan macam kamu”. Kepala Radwa diusap. Betul apa yang gadis tu
cakap, 8 bulan lepas apa yang dia buat hanya menangis, menangis, menangis.
Sampai suaminya pun diabaikan. Dia tak boleh teruskan macam tu. Ada banyak lagi
benda lain yang perlukan dia.
Datin
Zara cuba untuk senyum. Nak tunjuk yang dia akan cuba berubah. Jadi lebih
tabah.
“Auntie cuba sayang. Terima kasih datang
hari ni. Baru mata auntie ni terbuka.
Terima kasih”.
“Bukan
saya, tapi auntie sendiri. Kalau auntie pun tak nak terima apa saya
cakap tadi, tak guna juga kan”.
Datin
Zara tertawa. Pandai gadis ni bercakap.
“Auntie dah ok sikit dapat borak dengan
Radwa. Terima kasih sayang....Ni, dalam surat ni ada amanat dari Danisya untuk
Radwa”.
Surat
ditangan Datin Zara dipandang. Air liur ditelan. Takut pun ada, apa amanat
arwah untuk dia? Berat ke amanat tu?
Surat
dicapai, teragak-agak juga nak ambil tadi. Perlahan dikeluarkan surat.
Dibacanya.
*******As’salam Radwa,
Masa kau baca surat ni aku mungkin dah tak ada lagi. Sorry sebab rahsiakan
penyakit aku ni. Aku tak nak orang sekeliling aku sedih. Lebih-lebih lagi kau
yang memang rapat dengan aku.
Kita rapat sangat dulu Wa. Mana ada aku dekat situ juga ada kan. Tapi lepas
ini semua dah tak sama macam dulu Radwa. Aku tak nak kau sedih dengan kematian
aku ni. Aku tak nak kau putus asa macam masa kau hadapi kematian orang tua kau
dulu. Kau kena kuat Radwa. Tabah dan redha dengan pemergian aku. Please stay
strong!
Kau ada mama aku yang akan tolong jaga kau macam yang pernah aku buat dulu.
Please pindah dekat rumah aku, at least aku tak risau sangat sebab mama ada
untuk jaga kau. Lagi pun dah lama mama aku kenal kau, dia mesti akan sayangkan
kau macam dia sayang aku. Satu hari nanti kau akan faham maksud aku ni, Wa.
Radwa, ada permintaan terakhir yang aku nak minta pada kau. Tolong jaga
abang aku Radwa. Aku tak sanggup tengok dia sia-siakan hidup dia macam tu lagi
Wa. Dia seorang aje saudara kandung aku. Mama, papa dengan aku dah buat
macam-macam untuk ubah dia tapi semua tak berjaya.
Aku harap kau dapat tolong dia. Dia perlukan teman. Aku tahu kau boleh Wa.
Sebab aku kenal kau. Tolong jaga dia. Ubah diri dia. Jadi pelindung dia.
Wasalam.
Danisya. ****
Radwa
menangis. Teresak-esak. Ni aje peninggalan terakhirnya untuk Radwa. Surat, yang
ada amanat. Amanat untuk jadi pelindung abang dia. Sanggup ke aku nak biarkan
aje. Jarang Danisya minta pertolongan dia, apa salahnaya dia menunaikan amanat
ni.
Jangan
risau, aku akan pastikan abang kau berubah nanti, Nisya...
*******************
Minggu ni Radwa sibuk. Dia tak sempat lagi nak pindah
rumah. Tapi hari-hari dia akan hubungi Datin Zara untuk bertanya khabar. Suami
Datin Zara pun dia dah jumpa, Dato’ Ammar seorang yang nampak tegas, tapi
sangat lembut dan penyayang.
Radwa
mengeluh. Banyak sangat dugaan yang menimpanya sekarang. Amanat Danisya. Dengan
Datin Zara lagi. Dia dah berazam nak jaga wanita tu, nak dijaga macam menjaga
mak dia sendiri. Sekarang, Darin Zara dah tak macam dulu. Dia dah mampu nak
tergelak masa bercakap dengannya. Dato’ Ammar pun lega dengan perubahan tu.
Selera makannya pun dah mula bertambah.
Deringan
nada handphonenya kedengaran. Phone dipoket diambil, panggilan
dijawab.
“As’salam
Radwa”.
Macam
suara Mak Lelah, tapi kenapa dengar macam cemas semacam aje.
“Ye Mak
Lelah, kenapa? Ada masalah dekat rumah ke?”
“Datin...Datin
Radwa. Dia pengsan, Mak Lelah jumpa dalam tandas tadi”. Tercungap-cungap dia
nak menerangkan.
“Huh?”
Terkejut Radwa. Nafas diatur. Susah nak cakap dalam keadaan cemas ni.
“Mak Lelah bertenang dulu. Nanti Radwa datang. Jangan
panik Mak Lelah. Tengokkan Datin dulu”.
Letak
aje phone dia berlari keluar. Dah tak
sempat nak bagitahu apa ni, tapi dia dah suruh ambulans pergi dulu. Kereta
dipecut. Nak cepat sampai. Dia risau.
Sampai
aje rumah Datin Zara, dia berlari masuk. Bilik Datin dituju, nampak wanita tu
terbaring lemah dikatil. Air mata yang ditahan tadi mengalir. Sedih tengok
keadaan Datin Zara macam tu.
“Mak
Lelah tolong saya angkat Datin masuk ke kereta” Bersama-sama mereka mengangkat
tubuh Datin Zara. Dato’ Ammar masih belum tiba.
“Mak Lelah tolong
hubungi Dato’ bagitahu ya. Saya pergi dulu. Apa-apa nanti saya inform”. Kereta Radwa terus memecut
pergi. Beg barang Datin Zara pun dibawa sekali. Tadi sempat Mak Lelah
menyiapkannya.
Sampai
aje di hospital, Datin Zara dimasukkan dalam bilik rawatan. Radwa terpaksa
tunggu di luar. Tak dibenarkan masuk. Dia mundar-mandir depan wad. Risau. Apa
dah jadi dengan Datin Zara? Semalam dia sihat aje masa berborak dalam telefon.
Dato’
Ammar dah sampai. Nampak keruh sangat mukanya. Risau macam Radwa juga. Doktor
yang baru keluar didekati.
“Kenapa
dengan isteri aku Sham?” Doktor tu doktor keluarganya. Memang mereka agak
rapat. Tak sangka dia yang merawat isterinya.
“Dia tak
ada apa-apa. Tertekan aje”. Bahu Dato’ Ammar ditepuk.
“Jangan
risau”.
“Boleh
aku masuk tengok?”
“Sekarang
belum boleh lagi, tunggu dia tukar masuk wad biasa dulu. Nanti kau jumpa lah
dia”.
Radwa
yang mendengar dah terduduk. Sebab dia ke Datin Zara tertekan. Sebab dia tak
jaga wanita tu. Sepatutnya dia dah pindah rumah, dapat dia pantau sendiri Datin
Zara. Tapi dia lengahkan semua tu. Dia mengeluh.
“Radwa!!”
Dada
memegang dada. Terkejut. Siapa yang terjerit-jerit panggil dia ni? Salah timing betul!
“Lin! Kenapa
kau menjerit ni? Terkejut aku. Dah lupa ke kau ada dekat dalam hospital
sekarang ni. Agak-agak lah”.
Azlin
dah tersengih. Tahu dia salah. Tapi excited
nampak Radwa tadi.
“Sorry lah. Aku excited nampak kau tadi”.
“Ermm..”.
Radwa mengeluh. Banyak lagi benda dia kena fikir ni.
Muka Radwa dipandang, kenapa nampak sedih aje ni? Biasa
tak ada lah macam ni. Bilik di depannya dipandang. Wad kecemasan. Ada sesiapa
yang sakit ke?
“Radwa,
kau kenapa ada masalah ke?” Tangan Radwa dipegang.
“Aku
risaukan keadaan mama Danisya, Lin. Dia semakin tertekan. Sepatutnya semalam
aku pindah masuk rumah dia. Tapi kau tahu lah kan kerja macam kita ni macam
mana. Semalam aku kena panggil kerja”.
“Kenapa
dengan Datin Zara?”. Tak jelas dengan kata-kata Radwa tadi.
“Dia
pengsan, jatuh dalam bilik air. Kalau aku ada, semua ni mesti tak kan
terjadikan Lin”. Radwa kecewa. Dia kecewa dengan dirinya.
“Kau tak
boleh cakap macam tu Radwa. Ada hikmah semua kejadiaan ni berlaku. Jangan
salahkan diri kau. Aku rasa lebih baik kau pergi lawat Datin Zara dulu. Mana
tahu dapat kurangkan rasa bersalah kau nanti”.
“Aku
takut Lin. Aku takut. Aku leka jaga Datin. Kalau Nisya tahu mesti dia kecewa
dengan aku”. Radwa teresak-esak. Dia takut membayangkan Datin Zara juga pergi
meninggalkannya.
Bahu
Radwa dipeluk Azlin. Ingin menyalurkan sedikit kekuatan kepada kawannya.
“Kau
kena kuat Wa. Datin Zara perlukan kau. Bukan dia saja, tapi satu keluarga dia
bergantung pada kau sekarang. Kau nak balas pergorbanan Danisya kan, so kau boleh start sekarang dengan jaga mama dia. Aku bukan nak tambah beban
kau, tapi aku rasa takdir dah bawa kau pada dia orang. Tabahkan diri kau Radwa.
Doa pada Allah SWT, minta kekuatan pada-Nya. Aku pun ada kan”. Radwa dah cerita
segala amanat dan permintaan Danisya semalam. Dia tahu kawan dia ni pegang
amanat yang berat.
“Thanks Lin. Thanks, sebab ada masa aku perlukan sokongan. Aku jadi lemah bila Nisya
tak ada dengan aku. Kau pun tahu kan dia pemberi semangat aku dulu. Sekarang
kau dah ambil alih tempat dia pulak”. Radwa tergelak kecil. Dia rasa lega
mendengar nasihat Azlin. Bertapa bertuahnya mempunyai kawan seperti Danisya dan
Azlin.
"Tu gunanya kawankan. Dah lah kau masuk dulu. Aku kena pergi ronda ni. Tergendala pulak sebab nampak kau tadi". Mereka tersenyum sebelum Azlin melangkah pergi. Sempat ditepuk perlahan bahu Radwa.
Betul kata Azlin. Kalau aku lemah siapa yang nak tolong Datin Zara dengan Raed? Aku kena kuat. Kata hati Radwa semasa melangkah masuk ke wad Datin Zara.
"Tu gunanya kawankan. Dah lah kau masuk dulu. Aku kena pergi ronda ni. Tergendala pulak sebab nampak kau tadi". Mereka tersenyum sebelum Azlin melangkah pergi. Sempat ditepuk perlahan bahu Radwa.
Betul kata Azlin. Kalau aku lemah siapa yang nak tolong Datin Zara dengan Raed? Aku kena kuat. Kata hati Radwa semasa melangkah masuk ke wad Datin Zara.
**********************
Sepanjang Datin Zara dirawat dalam hospital, Radwa yang menjaga
Datin Zara. Kalau tak ada kerja dia mesti datang tengok Datin Zara. Tak nak
terleka lagi jaga Datin Zara. Datin Zara pun dah nampak makin sihat berbanding
sebelum ni. Tapi yang menyedihkan tak pernah pun anak lelaki Datin Zara ni
datang melawat. Ke dia tak tahu?
“Ma,
buka mulut. Radwa suapkan”. Nama panggilan pun tak berubah, tu pun lepas kena
paksa dengan Datin Zara. Datin Zara dah anggap Radwa ni macam anak dia.
Pengganti Danisya dalam hidup dia.
Datin
Zara tertawa. Radwa manjakan dia sangat sepanjang dia berada di hospital. Dibuka
juga mulut, sebelum tiba-tiba air matanya mengalir. Radwa dah cuak. Kenapa
pulak ni?
“Mama
rindu Raed”. Perlahan aje Datin Zara menuturkan kata ni.
“Dia
sibuk kut ma”.
Datin
Zara hanya tersenyum pilu. Dia tahu Radwa sengaja nak menyedapkan hatinya.
“Dia tak
tahu sayang. Tak ada siapa pun yang bagitahu dia mama masuk hospital. Tapi kenapa
selama ni dia tak teringat pun nak datang melawat mama. Dia dah tak sayangkan
mama ke?”
Radwa
menahan rasa. Dia pun belum mulakan apa-apa lagi. Sikit aje lagi ma, nanti
Radwa bertindak. Bahu Datin Zara diusap. Wanita itu dipeluk. Terasa basah
bajunya dengan air mata Datin Zara. Agak lama Datin Zara bersedih sebelum dia
kembali terlena, mungkin kesan dari ubat yang diambil tadi.
Kepala
Datin Zara diusap, pipinya dicium.
“Radwa
janji ma, Radwa akan bawa balik anak lelaki mama semula. Radwa janji”. Datin
Zara yang sedang tidur diperhati.
Lepas
Datin Zara discharged Radwa terus
pindah rumah. Dia tak nak tengok Datin Zara berada dalam keadaan kemurungan
lagi. Lagi pun, ini semua yang Danisya harapkan.
“Ermm,
sedap Radwa masak. Kalau macam ni hari-hari habislah gemuk papa nanti. Kalau
perut papa dah boroi, sayang lagi ke mama tu dekat papa nanti”. Dato’ Ammar
ketawa. Nak mengusik isterinya.
“Eish,
ada pula macam tu abang ni. Mestilah saya sayang”. Merah muka Datin Zara Malu
untuk ucap ayat tu depan Radwa.
“Suka
Radwa tengok mama dengan papa macam ni. Radwa nak juga cari suami macam papa
lah nanti. Romantik, penyayang”. Angan Radwa. Dia suka melihat layanan mesra
Dato’ Ammar kepada isterinya itu.
“Kalau
Raed tak macam sekarang ni, dah lama papa jodohkan Radwa dengan dia”. Bisik
Dato’Ammar. Tetapi masih didengari oleh Radwa dan isterinya.
Radwa
yang mendengarnya tergamam. Suapan pada mulutnya terhenti. Dia dapat melihat
kerinduan yang mengunung dalam mata Dato’ Ammar dan Datin Zara.
“Radwa
kan ada sekarang. Radwa janji Radwa akan bawa Raed balik ke rumah ni semula. Ni
janji Radwa pada mama dengan papa. Masa hari ulangtahun perkahwinan papa dengan
mama nanti Raed mesti akan datang”. Radwa tersenyum memandang mereka. Itu
janjinya kepada Dato’ Ammar dan Datin Zara.
Dato’
Ammar dan Datin Zara sebak. Terharu.
“Terima
kasih sayang. Mama bersyukur sangat berjumpa dengan Radwa sekali lagi”. Radwa
didakap. Erat. Sayangnya telah tumpah untuk Radwa.
Sakit lagi?
Sakit lagi?
No comments:
Post a Comment