. . .
Radwa menjada wad kecemasan hari ni, terpaksa bekerja shift malam. Sedang dia sibuk merawat pesakit perempuan di hadapannya, terdengar kekecohan yang datang dari arah luar dengan tiba-tiba. Diserahkan pesakit itu untuk diuruskan oleh nurse yang bertugas. Nasib baik keadaan pesakit tadi tak lah serius. Kondisi dia pun dah dicheck. Hanya nak ambil ubat aje.
Di luar
kelihatan beberapa pembantu perubatan sedang mengeluarkan seseorang dari perut
ambulans. Orang itu nampak cedera parah. Bajunya banyak kesan koyak dan sudah dipenuhi
dengan darah. Nampak sangat mengerikan. Mangsa accident mungkin. Telahnya sendiri.
Lantas,
Radwa mengarahkan pembantu perubatan menghantar mangsa accident itu ke wad kecemasan yang kosong. Radwa pantas memeriksa
nadinya. Nurse lain pulak sedang
sibuk menyediakan peralatan. Nampak seperti kelam kabut sangat keadaan di
dalam. Mangsa pun memang perlukan bantuan segera.
“Nadi
dia makin lemah. Cepat sediakan peralatan”. Sempat Raed menoleh, melihat rupa mangsa.
Gayanya macam dia kenal.
Raed
Daniyal! Ya Allah! Apa dah jadi pada dia ni? Radwa mengelabah.
Tangannya
terketar-ketar. Dia tidak dapat meneruskan rawatan. Rasa takut menghampirinya
bila melihat badan lelaki itu yang dipenuhi darah. Tidak pernah dia merasa
macam tu dengan mangsa accident lain.
Tapi bila berdepan dengan Raed yang berada dalam keadaan ini menyebabkan
dirinya lemah. Lututnya lemah. Terasa bila-bila boleh rebah.
“Nurse, tolong panggil doktor lain yang available incharge patient ni. Saya tak
boleh, tangan saya terketar-ketar”. Diberi arahan kepada salah seorang nurse di situ. Radwa tidak sangup nak
teruskan juga. Dia takut keadaan Raed akan lagi teruk kalau dia yang lakukan
nanti. Air matanya dah bergenang.
Radwa menangis. Dia takut akan kehilangan
Raed. Sebelum dia keluar tadi sempat dibisikkan sesuatu ke telinga lelaki itu.
mahu memberi kekuatan. Tu aje yang dia mampu buat sekarang.
“Raed,
tolong kuat. Jangan putus asa. Saya akan dekat sini. Tunggu awak sedar. Stay strong please!”.
Dato’
Ammar dan Datin Zara dah dihubungi. Mereka harus tahu keadaan Raed sekarang.
*******************************
Keadaan Raed sudah semakin stabil. Selepas pembedahan
tadi dia sudah dipindahkan ke wad VIP, atas kehendak Datin Zara sendiri. Nak
anak lelakinya selasa berada di wad perseorangan. Dah tahu sangat perangai Raed
macam mana.
Radwa
hanya memerhati dari satu sudut. Jauh dari Datin Zara dan Raed berada. Dirinya
masih lagi merasa takut. Tiap kali tubuh lelaki itu dihampiri, keadaan Raed
yang dipenuhi dengan darah akan terbayang-bayang. Seakan trauma dengan kejadian
itu. Dirinya dipersalahkan. Dia terasa gagal. Gagal jadi pelindung Raed.
“Radwa
kenapa duduk jauh. Meh sini duduk sebelah mama”. Malam tadi degupan jantungnya
seakan berhenti apabila mendengarkan khabar Radwa mengenai Raed. Bersyukur dia
sekeluarga bila dimaklumkan keadaan Raed yang makin stabil. Tapi dari semalam
raut Radwa kelihatan gelisah. Kenapa dengan gadis ni?
Radwa
mendekati katil Raed. Kerusi kosong disebelah Datin Zara didudukinya. Pandangan
matanya dihalakan ke bawah. Tidak sanggup nak melihat Raed.
Terasakan
usapan dikepalanya lantas dia menoleh ke arah Datin Zara. Air matanya mengalir
dengan tiba-tiba. Dia sedih.
“Mama,
maafkan Radwa. Radwa punca Raed jadi macam ni. Kalau Radwa tak datang party tu mesti Raed tak akan accident ma. Semua ni salah Radwa. Mesti
dia tension sebab tu dia bawa kereta
laju semalam”. Radwa menyalahkan dirinya. Dia kecewa kerana tidak berjaya
pelindungi lelaki yang semakin hari mendapat tempat dihatinya itu.
"Bukan salah Radwa sayang. Salahkan diri Radwa macam ni sama macam Radwa salahkan takdir. Semua ni dah tertulis untuk Raed. Mama tahu anak manja mama ni kuatkan. Kita sama-sama berdoa untuk Raed ya". Datin Zara memujuk. Dia tahu Radwa yang paling terkesan dengan kemalangan yang menimpa Raed. Naluri ibunya kuat menyatakan Radwa dah jatuh cinta dengan Raed.
"Bukan salah Radwa sayang. Salahkan diri Radwa macam ni sama macam Radwa salahkan takdir. Semua ni dah tertulis untuk Raed. Mama tahu anak manja mama ni kuatkan. Kita sama-sama berdoa untuk Raed ya". Datin Zara memujuk. Dia tahu Radwa yang paling terkesan dengan kemalangan yang menimpa Raed. Naluri ibunya kuat menyatakan Radwa dah jatuh cinta dengan Raed.
“Tak ma,
sepatutnya Radwa halang Raed malam tu. Tapi Radwa biarkan aje dia pergi. Patut
Radwa mengaku aje yang Radwa ni Radwa yang dulu. Tak lah dia tension sampai jadi macam ni”. Mukanya
diraup.
“Sayang.
Dah jangan cakap apa-apa lagi. Benda dah jadi. Mama tak nak dengar Radwa cakap
macam ni lagi. Mama tak suka. Janji dengan mama, tak nak salahkan diri Radwa
lagi”.
Radwa
mengeluh. Tapi tetap dianggukkan kepalanya.
*************************
Malam itu, Radwa yang menjaga Raed. Disuruh Datin Zara
dan Dato’ Ammar pulang dulu ke rumah untuk berehat. Mereka nampak letih sangat
sebab dari pagi berada di situ menjaga Raed. Raed pun masih lagi tidak
menyedarkan diri.
Radwa dah
nekad bila Raed sedar nanti dia akan sentiasa berada di sisi Raed, dia
menjaganya sampai Raed sembuh. Walaupun, mesti dia akan kena marah nanti, tapi
tak apa. Semasa melihatkan Raed berlumuran dengan darah semalam, dia jadi
takut. Terasa ada yang yang hilang dalam dirinya. Tak sedar sejak bila dia dah
jatuh cinta dengan Raed. Tapi kejadiaan ni memang menyedarkan dia akan perasaan
sebenarnya pada Raed.
Tubuh
Raed didekati. Kepala lelaki itu diusap. Dia tahu Raed sudah lama terseksa.
Gadis yang dicintainya mungkir janji dan diikuti pulak dengan kematian Danisya
sangat memberikan impak pada Raed. Radwa nak kembalikan kebahagian pada Raed,
tapi macam mana? Terpaksa menipu lagi ke? Rungut hatinya.
# “Kau kena tipu dia juga Radwa. Ni untuk
kebahagian dia”. Hatinya berkata.
* "Mana boleh. Boleh ke Raed terima kalau dia tahu Radwa dah tipu dia nanti?" Larang akalnya pula.
* "Mana boleh. Boleh ke Raed terima kalau dia tahu Radwa dah tipu dia nanti?" Larang akalnya pula.
#“Tu kemudian baru
fikir. Sekarang ni kesihatan dia lagi penting”. Hatinya membangkang.
*“Memang lah kesihatan dia penting. Tapi kau rasa kalau dia tahu kebenaran
nanti dia tak kan makin sakit ke nak hadapi semua tu nanti?” Bahas si akal.
#“ Kenapa nak fikir perkara yang belum jadi? Sekarang yang penting nyawa
Raed. Apa yang bakal jadi masa depan tu tolak tepi dulu”. Hatinya membantah
lagi.
"Arghh.. boleh jadi gila macam ni". Keluh Radwa. Hati dan akalnya bertentangan. Muka Raed dipandangnya lama. Apa yang aku kena buat sekarang ni Danisya? Aku tak tahu. Air matanya tumpah lagi. Senang sangat air matanya keluar sekarang.
"Arghh.. boleh jadi gila macam ni". Keluh Radwa. Hati dan akalnya bertentangan. Muka Raed dipandangnya lama. Apa yang aku kena buat sekarang ni Danisya? Aku tak tahu. Air matanya tumpah lagi. Senang sangat air matanya keluar sekarang.
Tangan Raed digenggamnya.
“Bangun Raed. Ada banyak benda saya nak bagitahu awak.
Semua kebenaran yang awak nak tahu. Macam mana saya nak bagitahu kalau awak
masih tak sedarkan diri. Saya tahu semua ni salah saya. Sebab kemunculan saya
malam tu awak accident. Maafkan saya.
Please terima maaf saya ni. Bangunlah
Raed. Bangun!”. Rayu Radwa. Tubuh Raed digoyangkan. Berharap lelaki itu akan
sedarkan diri. Dia tak sanggup lagi melihat Raed terbaring kaku.
Sepanjang
malam dia bercakap dengan Raed. Walaupun dia tahu Raed tak kan membalasnya tapi
dia tetap teruskan juga. Sepanjang malam juga dia tak tidur, mengenangkan
keadaan Raed jadi begini kerananya. Sepanjang malam juga dia tak berhenti-henti
menangis kerana laki tu.
*****************************
Tangan Raed bergerak-gerak. Perlahan-lahan matanya
dibukakan. Tapi sekejap saja. Silau kelihatan, menyakitkan matanya. Mata
kembali dicelikkan, kali ni matanya dapat dibuka tanpa ganggu silau.
Badan-badannya
terasa sakit dan lenguh. Sekeliling bilik itu dipandangnya pelik. Dahinya
berkerut. Aku ada dekat mana ni? Apa dah jadi?
Otaknya
diperah. Cuba memikirkan kembali kejadian yang menimpanya. Pandangan dialih ke
sudut tepi katil. Dilihatnya ada seorang gadis yang terlena beralaskan
lengannya. Aish, patutlah kebas lengan aku ni. Sedap-sedap aje kau buat alas.
Keluh hati Raed
Wait! Siapa dia ni? Kenapa dia ada kat
sini pulak?
Gerakan
tangan itu menjagakan Radwa. Dia membetulkan kedudukan duduknya. Badannya
ditegakkan. Sakit terasa kerana sepanjang malam dia tidur dalam kedudukan
duduk. Dia mengeliat kecil sebelum matanya tiba-tiba membulat.
Raed dah
sedar? Lantas tubuh lelaki itu dipeluk erat.
Raed
yang ralit melihat tingkah Radwa tadi terkedu. Tak sangka dirinya dipeluk. Tapi
dia biarkan aje. Balas pun tak.
“Awak
dah sedar Raed. Syukurlah. Sepanjang malam saya tunggu awak. Akhirnya awak dah
sedar”. Tak berhenti-henti bibir Radwa mengatakan syukur. Dia gembira.
“Aku
dekat mana sekarang?”
“Hospital.
Awak accident malam semalam. Awak tak
ingat?
Accident? Memori terakhir yang dia ingat
ialah dia keluar dari nightclub tergesa-gesa.
Mengharapkan tempat itu dapat menyembuhkan luka dalam hatinya tetapi ternyata
sia-sia aje. Dia tertekan dengan kemunculan Radwa malam sebelumnya. Kerja pun
tak dapat dibuat, hanya memikirkan hal Radwa aje. Sebab tu nightclub jadi pilihan dia. Nak menenangkan fikiran yang serabut.
Radwa? Gadis
ni bukan dia ke? Kenapa Radwa berani muncul depan dia lagi. Tak ada rasa
bersalah ke? Radwa dipandang tajam.
“Kenapa
kau ada dekat sini. Aku kenal kau ke?” Raed benci melihat muka Radwa. Lakonan
Radwa semalam sangat menyakitkan hatinya.
“Raed,
saya ni. Radwa”.
“Radwa?
Aku tak ada kawan nama Radwa. Radwa yang aku kenal dah mati. Kau keluar dari
sini. Keluar!”
“Raed
saya minta maaf. Saya tahu semua tu salah saya. Ada sebab kenapa saya buat
macam tu semalam. Tolong bagi saya satu aje lagi peluang untuk betulkan semua
ni”.
“Aku tak
kenal kau. Apa yang kau dah buat sampai aku kena bagi kau peluang?”
Muka
Radwa yang sedang menahan sedu dipandang tanpa perasaan.
“Raed,
jangan buat saya macam ni. Saya tahu awak kenal saya. Awak saja berlakon tak
kenal saya kan”. Radwa terus merayu. Tangannya yang cuba memegang tangan Raed
pun ditepis.
Raed
gelak sinis.
“Huh!
Tahu pun kau sakit bila aku cakap macam tu. Malam tu kau ingat aku tak sakit
hati ke? Kau yang mulakan semua ni Radwa. Sekarang aku yang akan tamatkan
permainan kau”.
Radwa
menunduk.
Radwa tu
bukan saya Raed. Bukan saya. Apa yang saya kena buat, untuk awak percaya. Keluh
Radwa.
“Daripada
kau diam macam ni. Baik kau blah dari bilik aku. Buat sakit mata aje aku tengok
kau ni. Pergi lah!” Raed menghalau. Dia takut hatinya akan lembut kembali
melihat air mata gadis itu. Cintanya masih ada untuk gadis bernama Radwa.
“Saya
tak nak pergi”. Radwa melawan pandangan Raed. Matanya kelihatan sembab kerana
banyak menangis.
“Apa kau
cakap?”
“Saya
tak akan pergi. Kalau awak halau saya macam mana pun saya still akan duduk sini jaga awak. Temankan awak”.
Raed dah
makin geram. Suka hati aje perempuan ni. Dah orang tak suka tu keluar lah.
“Keluar
lah. Aku tak nak tengok muka kau dekat sini. Keluar sekarang!”
“Tak
nak. Suka hati saya lah. Saya nak teman awak kat sini. Sebab saya awak jadi
macam ni, so saya yang akan jaga
awak”. Tegas Radwa. Rentak Raed diikutnya. Semakin Raed bertegas, dia pun akan
bertegas juga. Sebab dah janji nak jaga laki tu lepas dia sedar. Sekarang ni
walau apa cara pun Raed buat untuk halau dia, dia tak akan mengalah. Mungkin
dia akan menangis tapi tak akan mungkiri janji dia!
Raed
mendengus. Cakap dengan Radwa lagi buat hati dia sakit. Terus dia baring
membelakangkan Radwa. Malas nak tengok muka perempuan tu.
*************************************
“Raed awak lapar tak, nak bubur?”
Dari tadi bilik itu sunyi. Lepas doktor datang pantau
perkembangan Raed, dia terus merebahkan diri. Berpura-pura tidur.
“Raed
makan lah sikit. Dari tadi awak belum makan kan”.
Raed tak
layan. Kalau cakap nanti bergaduh pulak.
“Raed...makan..”.
Raed
bengang. Nak rehat pun tak boleh!
“Kau
boleh diam tak? Sakit telinga aku ni dengan suara kau. Nak rehat pun tak
boleh”. Selimut ditarik menutup muka. Bosan!
“Makan
lah awak. Nanti macam mana nak baik cepat, badan awak perlukan tenaga juga
untuk sembuh”. Memujuk lagi. Tetap tak akan berputus asa jaga Raed. Tahu Raed
sekarang nak menguji dirinya saja.
“Kau
faham tak yang aku tak nak makan!” Jerkah Raed. Mukanya bengis.
“Aku tahu lah nak jaga diri aku macam mana. Selama ni kau
tak pernah peduli pun, kenapa sekarang baru nak ambil berat pasal aku huh?
Berhenti berlakon lah Radwa. Aku tak perlukan semua ni. Kau tak payah jaga aku
pun tak apa. Bukan aku tak boleh jaga diri selama tiga tahun kau
‘menghilang’..”.
Radwa tergamam! Raed ungkit lagi. Dia tak kisah Raed nak
marah-marah tapi bukan mengungkit hal lama. Radwa melangkah keluar. Bagi Raed
masa. Takut kedegilan dia buat Raed jadi lebih tertekan.
“Maafkan saya”.
Pintu bilik ditutup.
Raed memandang pintu. Air matanya mengalir. Dia
marah-marah pun tetap ada rasa cinta untuk Radwa. Sebab nak halang perasaan tu
dia marah Radwa. Dia nak gadis tu pergi dari hidup dia. Susah dia nak terima
Radwa balik. Tapi air mata Radwa tadi, buat dia sakit. Dia tak suka tengok
Radwa menangis. Tapi untuk dia pujuk. Tak mungkin. Perbuatan Radwa dulu tak
dapat dimaafkan. Terlalu sakit.
******************************
“As’salam Raed, anak mama”. Katil Raed dihampiri. Lepas
dapat panggilan daripada Radwa tadi, terus dia mengajak suaminya ke sini
melawat Raed. Nampak juga lah Dato’ Ammar macam berat hati nak datang.
Salam yang
diberi hanya dibiarkan. Raed langsung tak mengharapkan kedatangan orang tuanya
tu.
“Raed
dah sihat tak? Ada sakit mana-mana lagi?”
“Mana
tahu Raed ada dekat sini?” Raed memandang Datin Zara sebelum mengalih ke
papanya. Pandangan itu kosong.
“Radwa,
kawan kamu yang bagitahu kami. Dia dapat nombor dari handphone Raed”. Terpaksa menipu. Tak nak Raed tahu yang dia kenal
Radwa.
Radwa?
“Mama
dah nampakkan. Raed sihat aje ni. Mama boleh balik sekarang”.
“Mama
risaukan anak mama. Biar lah mama jaga Raed kejap”. Dato’ Ammar dah panas. Tak
suka perangai Raed tika ni.
“Balik
aje lah ma, Raed boleh jaga diri sendiri. Dah berapa tahun Raed boleh hidup
sendiri. Raed tak perlukan simpati sesiapa pun”.
“Raed
jaga bahasa kamu. Kamu sedar tak dia tu mama kamu. Mama yang melahirkan kamu.
Kalau tak ada dia kamu pun tak akan ada hari ni”. Dato’ Ammar meninggikan
suara. Raed dah makin kurang ajar sekarang.
“Apa-apa
aje la pa. Bila Raed keluar dari rumah tu means
semua hubungan Raed dengan penghuni dia pun Raed dah putuskan. Raed tak
perlukan ‘ambil berat’ mama dengan papa. Bukannya Raed nak mati pun sampai nak
datang-datang sini. Balik lah”.
Datin
Zara hampir jatuh. Nasib baik Dato’ Ammar sempat memapah tubuh itu. Putus
hubungan? Sampai macam tu sekali Raed. Dato’ Ammar mendengus kasar.
“Raed,
kenapa cakap macam ni, sampai hati Raed buat mama dengan papa macam ni. Kami
ambil berat pasal Raed. Kenapa sampai nak putus hubungan. Kesiankan mama,
sayang”.
Raed
senyum sinis.
“Mama
cakap mama ni mama Raed. Seorang emak tak akan paksa anak dia buat benda yang
dia tak suka, lebih lagi masa dia dah tak ada semangat nak hidup dulu. Seorang
mama patut jaga anak dia bukan pergi melancong, tinggalkan anak dia putus
harapan nak hidup macam tu. Yang tu mama panggil diri mama ni mama Raed?”
“Raed..
Mama buat bersebab. Raed kena faham. Semua tu untuk kebaikan Raed juga”.
“Kebaikan
Raed? Mama nak Raed faham apa? Raed dah cukup faham ma. Raed dah cukup faham.
Ni semua untuk kepentingan mama dengan papa. Ma tak pernah fikirkan diri Raed”.
Dato’
Ammar menghampiri Raed. Dah cukup dah dia dengar kata-kata Raed.
“Papa
tak sangka yang Raed akan kurang ajar dengan mama. Kami tak pernah ajar Raed
buat perangai macam ni. Papa kecewa”.
“Papa
dengan mama boleh balik sekarang kalau dah tak ada apa-apa lagi. Thanks datang lawat. Tapi lepas ni tak
payah lah mama dengan papa nak susahkan diri lagi. Mama pun tak payah nak ambil
peduli hal Raed. Ni hidup Raed, suka hati Raed lah nak buat apa. Kalau Raed
mati pun apa mama kisah”.
“Raed!”
Tangan Dato’ Ammar diangkat. Nak menampar Raed.
Semua
yang berada di situ terkejut.
“Dato’
jangan tampar Raed. Semua ni salah saya. Pukul saya, bukan Raed”. Tangan Dato’
Ammar tadi sempat dipegang Radwa. Tak nak sanggup melihat Raed ditampar. Dari
tadi dia mendengar pergaduhan ni. Tapi dari sebalik pintu.
“Jangan
jadi bodoh lah Radwa. Kau pergi dari sini sekarang”. Raed bangun. Tangan Radwa
ditariknya ingin dibawa keluar. Radwa menepis.
“Radwa?”
Dato’ Ammar menyebut sepatah.
“Papa
jangan dekat. Raed tak nak sakitkan papa”. Larang Raed. Badan Radwa dihadang
dengan tubuh sasanya. Tak nak papa menyakiti Radwa.
“Kenapa
Raed bertahankan gadis ni? Tepi, papa nak cakap dengan dia”. Badan Raed ditolak
tepi. Datin Zara hanya melihat. Tahu suaminya tak akan apa-apakan Radwa.
“Tak
boleh. Raed tak akan benarkan sesiapa pun sakitkan Radwa. Please balik mama, papa. Raed tahu macam mana nak handle hidup Raed lepas ni. Radwa ada
untuk jaga Raed”. Raed merayu, dihalang tubuh Dato’ Ammar menghampiri Radwa.
Dia sudah penat hadapi drama di hadapannya ini.
“Radwa.
Gadis yang sama mungkir janji dengan kamu dulu tu. Kalau dulu dia pernah
mungkir janji dengan kamu, kamu rasa sekarang mampu ke dia nak jaga kamu huh?”
Duga Dato’ Ammar. Seakan nak naikkan marah Raed.
Datin Zara dan Radwa yang mendengar terkedu. Mainan apa
yang Dato’ Ammar lakukan sekarang.
“Papa stop! Jangan masuk campur lagi. Raed
kenal Radwa lebih dari mama dengan papa. Dia buat dulu bersebab”. Radwa
memandang Raed. Dia tak suka dengan keadaan sekarang. Tak suka melihat
pergaduhan anak beranak itu.
“Tapi saya bukan..”. Tidak sempat Radwa ingin
menghabiskan ayatnya, Dato’ Ammar sudah menarik tangan isterinya keluar. Dia
tak betah untuk berlama lagi di situ. Radwa hanya mampu memerhati. Raed dah
baring semula, macam selalu. Membelakangkan Radwa.
“Raed, saya..”.
“Diam! Jangan kacau aku”.
Tapi Raed, Radwa tu bukan saya. Saya bukan Radwa cinta
pertama awak. Tolong lah, keluarkan saya dari semua penipuan ni. Kenapa Dato’
Ammar menipu? Rintih hatinya.
No comments:
Post a Comment