Wednesday, 9 January 2013

Pelindung Cinta 17

Wednesday, 9 January 2013

. . .

Radwa cuba melelapkan mata. Jam dah menunjukkan pukul 2 pagi. Tapi matanya seakan tak mahu lelap. Tak kan tak biasa lagi dengan katil ni, dah tiga hari dia masuk rumah ni. Dua malam lepas senang aje nak lelapkan mata. Pelik juga. Entah kenapa, dari pagi tadi dirasakan macam ada sesuatu perkara tak baik yang akan terjadi.

  Hari ni hari cutinya. Dari pagi sampai ke petang dia menemani Raed di pejabat. Atas permintaan Raed sendiri. Dia nak Radwa menemaninya hari ni sepanjang hari. Walaupun bosan, tapi berbaloi juga lah sebab dapat tengok raut handsome tu sampai puas tadi. Perangai lelaki tu semasa buat kerja lain sangat dengan Raed yang dia pernah kenal. Dia kenal Raed yang kepala angin, kaki perempuan yang dulu. Sekarang pulak, Raed yang manja, nakal, romantik dan selesa didekati.

            Tapi tadi sisi Raed yang baru pertama kali dilihatnya. Raed yang berkarisma. Tiba-tiba jatuh cinta sekali lagi dengan Raed. Sepanjang hari tersenyum melihat lelaki itu. Dia suka lelaki yang mengambil serius kerjanya. Berapa kali juga lah kantoi dengan Raed sebab asyik tilik wajah dia.
             Tapi perasan ni. Perasan apa? Kenapa badan dia berpeluh-peluh walaupun malam ni tak panas. Siap pakai penghawa dingin lagi. Ada masalah ke? Keluh hatinya.

***********************

“Kau ok tak Radwa? Kenapa nampak pucat aje ni?”

  Dia orang baru aje sampai di hospital. Sejak duduk serumah dia orang sering kali naik kereta bersama ke tempat kerja. Lain cerita lah kalau waktu kerja tak sama.

             Hari ni perangai Radwa nampak lain sangat. Pucat aje dari rumah. Makan pun sikit sangat tadi. Sejak malam tadi dia dah perasan tapi lupa nak tanya. Ada masalah dengan Raed ke?

             “Aku ok aje. Tak dapat tidur lena semalam. Tak cukup tidur, sebab tu pucat kut”. Terang Radwa. Tak nak Azlin susah hati.

             “Aku masuk dulu lah. Kau jangan risau. Aku ok aje”. Radwa menepuk bahu kawannya itu sebelum melangkah masuk ke biliknya.

********************

“Radwa!” Jerit Azlin. Dia merempuh masuk bilik Radwa. Nasib baik tak ada patient sekarang.

             Radwa meletakkan tangan ke dadanya. Terkejut mendengar jeritan Azlin yang tiba-tiba itu. Baru satu jam tadi mereka berpisah, sekarang dia dah datang balik. Ada apa-apa ke?

            ”Faris! Faris, Radwa”. Ujar gadis itu termengah-mengah. Dia berlari tadi ke bilik Radwa, sampai kena tegur banyak kali. Tadi dia tak peduli ada sesuatu benda penting nak disampaikan pada Radwa.

            “Kenapa dengan dia?” Tanya Radwa. Tiba-tiba jantungnya berdegup kuat. Debaran di dada semakin terasa. Dia rasa takut. Tapi tak tahu takutkan apa.

               “Faris dah meninggal pagi tadi”.

               “Huh?”

             Radwa terkejut. Dirasakan degupan jantungnya berhenti seketika. Mustahil. Tipu! Baru dua hari lepas dia berborak dengan Faris, dia sihat aje masa tu. Siap tergelak-gelak lagi.

                Pandangannya menjadi semakin gelap, sebelum dia jatuh pengsan.

                “Radwa!!!”

*******************

Raed meraup mukanya. Dia risau dengan keadaan Radwa. Tadi masa di pejabat dia mendapat panggilan telefon daripada Radwa. Tapi bukan Radwa pemanggilnya. Jantungnya seakan berhenti berdegup mendengar bicara pemanggil. Terus dia bergesa-gesa berlari keluar. Nak segera menuju ke hospital.

               “Raed, kenapa ni?” Syed Rayyan menegur. Raed dilihat pucat wajahnya.

            “Ada hal sikit. Hari ni aku tak masuk. Cuti!” Terus Raed berlari ke keluar. Pertanyaan Syed Rayyan dibiarkan. Lantak lah, sekarang Radwa lagi penting. Fikirnya.         

                Raed sampai ke hospital. Terus matanya mencari bayang Azlin, nak tahu perihal Radwa.

                “Azlin, Radwa macam mana?”

               “Dia dah ok. Tertekan dengan kematian Faris. Tambah dia tak cukup tidur lagi semalam. Sebab tu kut dia pengsan pagi tadi”.

                Dia menarik nafas lega.

            “Ok, thanks Lin. Aku masuk jumpa dia kejap”. Raed menolak daun pintu. Hatinya tak senang selagi tak melihat keadaan Radwa sendiri.

             Keadaan Radwa yang terbaring lemah memilukan hati dia. Siapa yang tak sedih tengok gadis kesayangan dia terlantar sakit macam tu. Dia mengeluh.

               “Sayanggg. Kenapa awak tak jaga diri ni”. Diusapnya lembut wajah Radwa.

                Wajah gadis kesayangannya itu nampak tenang. Masih belum sedarkan diri lagi.

             “Jangan takutkan saya macam ni lagi. Hampir terhenti jantung saya dengar sayang pengsan tadi. Sayang dah janji tak kan tinggalkan saya lagi kan. Bangun sayang. Tengok saya. Saya ada dekat sini”.

            Raed duduk di katil sebelah Radwa. Tangan Radwa digenggam erat. Takut melihat Radwa kaku begitu. Air mata yang mengalir dikesatnya. Dia tak sanggup membayangkan gadis itu meninggalkannya lagi. Dia lemah tanpa Radwa.

             “Raed..” Panggil Radwa perlahan. Lemah sangat.

           “Sayang. Sayang dah sedar. Alhamdulillah. Saya risau sangat tadi”. Terus dipeluk erat tubuh tu. Teresak dia menangis. Nasib baik Radwa dah sedar.

            “Awak menangis Raed. Tak macho lah. Saya ok aje ni. Tak cukup tidur aje”.

            “Mana ada sayang ok. Sayang pengsan tadi. Takut saya kalau jadi apa-apa tadi. Tak senang hati saya”.

             Radwa tersenyum. Tangan lelaki itu dipegang.

            “Saya ok dah Raed. Faris, Faris mana?” Radwa baru teringat nak bertanya.

            “Faris dah tak ada sayang”.

            “Awak tipu kan. Dia ada lah Raed. Tadi baru saya jumpa dia. Dia senyum dekat saya tadi. Jangan tipu saya Raed. saya nak jumpa Faris. Bawa saya jumpa dia”.

            “Sayang dengar cakap saya, Faris dah tak ada. Dia meninggal pagi tadi. Semua yang awak nampak tu mimpi”.

         “Tipu! Awak tipu saya. Bawa saya keluar, saya nak jumpa Faris. Cepat Raed. Cepat!” Radwa ingin mencabut wayar ditangannya. Dia nak ke wad Faris. Tak percaya dengan kata Raed tadi. Mustahil. Raed tipu. Telah hati dia.

          “Sayang, jangan. Sayang tak sihat lagi. Rehat dulu. Esok saya bawa sayang jumpa dia”. Raed menghalang tindakan Radwa. Sedih melihat Radwa yang tak dapat mengawal dirinya.

            “Tak nak. Awak tipu saya!” Jerit Radwa. Dia nak jumpa Faris sekarang juga.

       “Ok-ok sayang. Jangan turun dulu. Saya papah sayang”. Pinggang Radwa dipegang. Membantu dia berdiri.

          Mereka menuju ke wad Faris. Ramai orang berkumpul dekat sana. Azlin pun ada sekali dicelah-celah orang ramai. Nampak aje Radwa, dia terus menghampirinya.

            “Kenapa kau datang sini? Kau tak sihat lagi lah Wa”.

            “Aku nak jumpa Faris Lin. Bagi aku masuk tengok dia”. Azlin pandang Raed, Raed hanya menggeleng. Dia memang tak dapat halang Radwa tadi. Dia yang berdegil nak ke sini. Apa lagi dia boleh buat. Terpaksa ikut aje lah.

             Radwa masuk ke dalam. Dilihat di atas katil. Kosong!

            “Mana Faris Lin? Aku nak jumpa dia. Bawa aku jumpa dia!” Suara Radwa meninggi.

            “Pihak hospital dah bawa arwah, untuk mandikan”.

            “Arwah? Dia hidup lagi lah Lin. Aku jumpa dia tadi. Kenapa kau panggil dia arwah pulak?”

            Orang ramai yang mendengar merasa pelik. Sedih pun ada tengok keadaan Radwa tu. Raed meraup mukanya. Tak tahu macam mana nak buat Radwa terima berita itu. Dia tahu hubungan Radwa yang agak rapat dengan kanak-kanak itu.

  Azlin menggeleng kepala.

        “Tak Radwa. Faris dah meninggal pagi tadi. Kejap lagi lepas zohor nak dikebumikan. Keadaan dia dah nazak semalam. Semua yang kau nampak tu mimpi aje”.

          Radwa menggeleng. Tak percaya. Kenapa semua tipu dia? Tak mungkin Faris dah tinggalkan dia. Tak mungkin. Dia melangkah ke belakang, tubuhnya disandarkan ke dinding. Rasa kakinya tak mampu lagi menanpung badannya.

             “Raed, Lin tipu saya kan. Cakap yang Lin tipu saya aje. Dia main-mainkan saya kan. Tak mungkin Faris dah tak ada. Dia cakap nak tunggu sampai kita kahwin, dia cakap nak jadi pengapit saya, dia cakap dia tak akan tinggalkan saya”. Radwa masih tak percaya. Dicengkam bahu Raed. Memandang matanya tajam.

             “Tak sayang. Dia tak tipu sayang. Semua tu betul”.

            “Awak pun tipu saya. Kenapa semua nak tipu saya ni”. Radwa memukul lengan dan dada lelaki itu berulang kali. Raed hanya membiarkan. Air mata gadis itu deras mengalir.

             “Sayanggg..”. Ingin digapai jari Radwa. Tapi Radwa mengelak.

            “Tak, tak mungkin. Tak mungkin”. Diulang Radwa berkali-kali. Yang lain menangis melihat Radwa begitu.

            “Sayang. Sabar sayang. Sabar. Mengucap. Jangan macam ni, sayang tak sihat lagi”. Dirangkul tubuh Radwa erat. Ingin memberi Radwa kekuatan. Tangisan Radwa semakin kuat.

               “Saya ada. Saya ada untuk sayang. Saya tak akan tinggalkan sayang”. Pujuk Raed. Tak sanggup dia melihat keadaan Radwa yang selemah ini.

            Tangisan Radwa semakin perlahan sebelum dia tak sedarkan diri semula.

********************

“Sayang makan sikit. Dari pagi sayang tak makan kan”. Didekatkan sudu ke mulut Radwa. Menunggu gadis itu membuka mulut.

             “Sayang. Please demi saya. Sayang makan sikit”.

            Radwa hanya kaku. Sudah tiga hari Faris meninggalkan mereka. Selama tu juga keadaan Radwa seperti mayat hidup. Dia tak pergi kerja, hanya memerap di bilik. Makan tak nak. Keluar pun tak nak. Bercakap lagi lah tak, diam aje.

         Sudah puas Azlin dan Raed memujuknya. Azlin yang bersandar di pintu bilik Radwa mengelap air matanya. Dia sedih melihat Radwa begitu. Tak sangka pemergian Faris memberikan kesan mendalam pada Radwa.

             “Sayang. Buka mulut. Makan sikit. Ni semua saya yang masak untuk sayang”. Raed sabar memujuk. Dia dah tak tahu macam mana nak buat Radwa makan. Segala makan kesukaan gadis itu dah dibawa, tapi responnya tetap sama. Lama dia tunggu tapi Radwa hanya membatu.

              Raed keluar. Air matanya tak dapat ditahan lagi.

             “Raed kalau kau pun lemah macam ni, siapa lagi yang boleh pujuk Radwa”.

             “Aku tak boleh Lin. Tengok Radwa macam tu aku rasa sakit. Dia dah tak macam dia”.

            “Kau kena kuat Raed. Radwa bergantung pada kau sekarang. Kita kena bagi dia masa lagi. Semua ni buat fikiran dia makin tertekan. Kau pun tahu kan dia tu anak yatim. Kawan baik dia pun meninggalkan dia juga. Dia tak boleh terima orang yang dia sayang pergi lagi. Faris tu memang rapat dengan dia. Sebab tu dia sedih. Kita kena faham keadaan dia, tolong dia jadi kuat hadapi semua ni”. Azlin duduk menghadap Raed. Dia tak nak melihat Raed juga lemah menghadapi Radwa yang ni.

             “Parents angkat dia? Kau cuba call dia orang. Mana tahu mama dia boleh tolong Radwa”.

            “Huh?” Azlin mengelabah. Parents angkat Radwa parents kau lah. Macam mana ni? Keluh hatinya. Tak akan nak bocorkan rahsia ni sekarang. Dengan keadaan Radwa macam ni lagi.

           “Hu...urmm..Tak payah lah Raed. Nanti dia orang makin risau pulak tengok Radwa macam ini. Kita pun dah cukup. Kalau memang dah tak boleh buat apa baru aku call”. Azlin memberi alasan. Tapi boleh ke Raed terima? Tak akan tak nak bagitahu parents angkat Radwa. Mesti Radwa nak jumpa dengan mama dia.

          “Kalau kau cakap macam tu ok lah. Aku tak tahu macam mana nak pujuk Radwa lagi. Hati aku sakit Lin”.

        “Kita bagi dia masa lagi Raed. Kau balik dulu, hari pun dah lewat ni. Aku boleh handle Radwa. Kalau ada apa-apa nanti aku inform kau”.

            Raed mengeluh. Dia rasa tak berguna sangat, tak tahu macam mana nak memujuk Radwa lagi.

            “Ye lah. Aku balik dulu. Kejap aku nak jumpa Radwa”.

           Azlin mengeluh. Dia pun buntuh sebenarnya. Tak tahu lagi macam mana nak pujuk Radwa. Dulu masa parents Radwa meninggal pun macam ni. Sampai demam panas Radwa berhari-hari. Tapi masa tu arwah Danisya ada. Tak ada lah risau sangat. Nak kena panggil Datin Zara ke?

 **********************

Azlin masuk kembali berjumpa Radwa. Tadi Raed baru aje balik. Barang-barang di tangannya diletakkan di atas katil. Sebelah Radwa.

            Radwa yang dari tadi duduk termenung memandang dinding di hadapannya masih kekal begitu. Apa-apa yang dibawa Azlin dan Raed tak langsung menarik perhatiannya. Dia masih tak dapat terima berita kematian Faris. Dia takut. Takut kehilangan. Rutinnya kini hanya menangis. Termenung, menangis dan menangis. Sampai Raed dan Azlin yang tengok pun takut. Menangis sekali pun ada kadang-kadang.

             “Radwa, kalau Danisya tengok kau macam ni dia mesti sedih”.

            Nama Danisya seakan menyedarkan Radwa. Azlin dipandangnya. Pandangan itu nampak kosong.

             Azlin menarik nafas sebelum menyambung kata.

          “Dulu masa kau sedih dia selalu ada kan. Aku tahu kau rindu dia. Masa kematian parents kau dulu pun kau macam ni. Tapi Danisya ada masa tu. Aku tak tahu macam mana dia pujuk kau Radwa tapi tak lama lepas tu kau dah ok”.

             Azlin mengeluh. Berat!

           “Kau kena tabah Radwa. Berita kematian Danisya dulu kau boleh terima dengan redha kan, sekarang pun kau pasrah juga terima berita ni. Faris dah tak ada. Tu hakikatnya, dia dah pergi tinggalkan kita semua. Kau tak boleh macam ni lagi. Kau kena kuat. Hadapi semua ni. Raed, dia sedih tengok kau macam ni. Kau tak sedih ke? Dulu Raed pun pernah accident kan, macam mana perasan kau masa tengok dia lemah terbaring. Macam tu sekarang apa yang dia rasa Wa. Bezanya kau dah sedar tapi dia terbaring kaku. Jangan dera perasaan dia lagi”

           Radwa mengalirkan air mata. Matanya memandang Azlin. Mata kawannya sudah merah. Menahan tangisan.

            “Ni semua gambar Danisya. Mana tahu kalau tengok gambar dia boleh buat kau rasa dekat dengan dia. Dapat rasa yang dia ada dekat kau sekarang. Aku keluar dulu. Jaga diri baik-baik. Tapi satu aje aku minta, tolong jangan seksa diri kau lagi. Lepaskan semua, redha. Jangan salahkan takdir, semua ni dah tertulis”. Azlin ingin melangkah pergi. Dah tak tahan lagi hatinya.

            “Linn...”.

             Azlin menoleh. Radwa panggil aku? Ya Allah. Air mata yang ditahan tadi terus mengalir.

            “Sorry dah buat kau dengan Raed risau”.

         Radwa memaksa dirinya untuk senyum. Walaupun susah. Dia nampak semua cara yang Azlin dan Raed gunakan untuk mengembalikan Radwa yang dulu. Tapi dia masih membatukan diri. Memekakkan telinga. Hari ni, entah kenapa dia baru tersedar. Kata Azlin tadi, memberi impak padanya.

            “Tak apa Wa. Aku faham yang kau sedih tapi kenapa sampai dera diri kau macam ni. Aku tak suka tengok Radwa yang ni”. Tangan Radwa dipegang.

           Lega hari Azlin tengok Radwa dah mula bercakap. Sebelum ni, dia macam bercakap dengan dinding aje.

            “Sorry. Aku memang susah nak handle pemergian orang yang aku sayang. Sorry susahkan kau. Susahkan Raed”. Air mata mengalir lagi.

            “Dah lah Wa. Jangan menangis lagi. Kau kena tabah, kuat hadapi semua ni. Lagi pun kau tak kesian kan aku ke? Dah berapa hari aku makan nasi bungkus. Sebab tu kau kena bangun, masak untuk aku”. Muka dicomelkan.

            “Lin!” Bantal dibaling tepat ke muka Azlin. Geram. Akhirnya dengar juga Radwa ketawa. Hantu punya kawan!

            “Tolong call Raed, Lin. Aku nak cakap dengan dia. Mesti dia tengah menangis lagi tu”.

          Hish, Radwa ni. Ada hati nak kutuk Raed lagi tu. Rungut Azlin. Tapi dia gelak juga. Memang pun agaknya. Raed kan, apa-apa pasal Radwa dia memang touching lebih sikit.

2 comments:

Anonymous said...

kesian faris..
kesian kt radwa xdpt nk terima kematian faris tu...
nk lagi cik penulis..

misztyra9@ said...

@Anonymous
ok dah kluar bab 18..slmt m'baca.. ^_^

Kehidupan seorang penulis © 2014