Friday, 11 January 2013

Pelindung Cinta 19

Friday, 11 January 2013
. . .

“Raed, bila kau nak propose Radwa?”

        Radwa yang mendengar tersedak. Dah lah dia tengah makan. Adui, sakitnya tekak. Dipandang tajam Azlin. Tak guna punya kawan!

             “Sayang, nak minum air ni. Hati-hati sikit lain kali masa makan. Tengok dah tersedak ni”.

            Air yang dihulur Raed bersambut. Tersenyum sedikit kepada Raed. Pagi tu, mereka bertiga sarapan dulu di rumah Azlin. Depan rumah aje. Lelaki tak boleh masuk dalam kan. Tak sangka Azlin nak bertanya soalan macam tu. Buat malu aku aje Lin ni. Rungut Radwa.

             “Kenapa kau tanya tiba-tiba?” Radwa dipandang kejap. Tersenyum nakal.

            “Saja. Kau tak nak kawan aku ni ke?” Tergelak-gelak Azlin dengan kata dia sendiri.

           Raed pun sama tergelak. Sesuai sangat lah dua orang ni. Kalau bertiga, asyik Radwa aje jadi bahan dia orang. Kalau dia ni sensitif memang tak adanya nak lepak makan sekali dengan dia orang.

            “Mesti lah nak. Aku tunggu masa sesuai aje ni. Mood sayang aku ni kau tahu lah macam mana”.

           “Aku sejak duduk serumah dengan dia ni semua perangai dia ada dalam poket aku. Memang pun Radwa ni lain macam sikit. Mood dia ni selalu aje tak betul, aku pun pening menghadap perangai dia ni”.

             Mereka tertawa.

            Radwa melopong. Kau orang tak nampak ke aku dekat sini? Sedap aje nak mengutukkan. Nak merajuk lah!

           Radwa melangkah masuk. Malas nak layan. Plus nak merajuk sekali. Rasakan lah. Buli aku lagi.

            “Tengok Radwa dah merajuk. Semua ni salah kau Lin”.

            “Apa pulak aku, kau yang start dulu kan”.

         “Kau lah. Ada cakap sayang aku lain macam lah, pening nak layan lah. Tengok dia dah terasa tu”.

            “Memang lah aku cakap, tapi kau yang cakap mood sayang aku tu lain macam dulu”.

            “Mana ada aku cakap lain macam...”

             Kata Raed dipotong Radwa.

           “Dah lah kau orang ni, tu pun nak gaduh ke. Pening kepala aku dengar. Awak ni pun satu Raed. Macam budak kecil. Dah-dah jom gerak. Nanti lambat sampai pulak, saya tak nak tersangkut dekat jammed nanti”.

            “Kalau jammed beli lah roti”. Azlin tersengih. Salah bagi punchline ke? Kenapa Radwa tak gelak?

            “Ha ha ha..Lame joke. Kau ni buat malu aku aje lah Lin. Segan kut dengan Raed”. Raed tertawa tengok telatah dua kawan baik ni. Asyik nak mengusik aje.

            Barang-barang dimasukkan ke dalam kereta Raed. Tak langsung tunggu sampai lelaki tu habiskan makanan dia dulu.

            “Sayang biar saya angkat semua barang tu. Tunggu kejap”. Makanan dihabiskan. Kalau tak habis nanti ada orang marah. Teka lah siapa kan.

            “Lin, aku pergi dulu lah. Kau jaga diri baik-baik. Jangan nak habiskan tisu yang aku baru beli tu”. Semalam sekotak tisu habis, Azlin punya kerja lah. Ada ke tengok cerita korea sampai menangis macam tu sekali. Teruk sangat rupa dia semalam. Macam kena tinggal suami pun ada.

             Azlin mencebik. Nak kenakan aku lah tu. Tak apa, kalau habis nanti aku beli baru.

            “Ok. Raed jangan lupa apa aku cakap tadi. Cepat-cepat propose Radwa”.

            “Azlin!” Jerit Radwa geram.

            Raed tertawa.

            “Ok Lin jangan risau. Dah start nanti aku bagitahu kau dulu”.

***********************

“Sayang rumah ni ke?” Dia tak percaya. Dari luar tak macam rumah anak yatim pun. Dengan lamannya yang luas. Pokok-pokok bunga kekwa ditanam sekeliling laman. Ada kolam air pancut ditengah. Rumah itu pula bercat warna kelabu. Cantik sangat! Tak macam rumah anak yatim, lebih nampak macam rumah orang kaya dekat kawasan ni.

             “Betul lah. Kenapa?”

            “Tak nampak macam rumah anak yatim. Cantik sangat sayang. Saya tak pernah tahu pun tempat ni ada rumah anak yatim cantik macam ni”. Raed kagum. Matanya masih tak lepas dari memerhatikan sekeliling kawasan.

             “Dah jom masuk jumpa, kak Dian. Dia penjaga budak-budak dekat sini”. Radwa menarik tangan Raed.

            “Kak Dian. Lamanya tak jumpa”. Radwa memeluk gadis bertudung biru lembut itu. Dah lama dia tak berjumpa dengan kak Dian. Rindu!

              “Mengada aje Radwa ni. Apa pulak dah..”.

              Cepat aje Radwa tutup mulut Kak Dian. Raed dah pandang pelik. Apa pulak ni?

              Radwa tersengih aje. Siap lagi membulatkan matanya pada Kak Dian.

              “Dia ni siapa pulak? Boyfriend eh? Hensem!”

            “Hish akak ni. Jangan puji dia ni depan-depan. Cepat perasan ni”. Radwa mengenyit mata. Nak bagi isyarat. Harap kak Dian faham lah.

             Raed mencebik. Jeles lah Radwa ni. Biarlah orang puji dia. Nak tunggu Radwa, kempunan lah dia. Dah ada anak pun tak dapat dengar kut. Eh, anak? Tak sabar pulak!

            “Raed, ni kak Dian. Akak, ni pulak Raed”. Radwa memperkenalkan mereka. Raed hanya melempar senyum. Tak tahu nak cakap apa.

             “Nak letak dekat mana ni sayang?”

             “Oh, sorry. Kesian awak, berat kan. Letak aje dekat sofa sana. Kejap lagi kita bagi budak-budak sini”. Terus Raed melangkah. Sakit dah tangan dia pegang semua ni. Tu lah tadi nak tunjuk kuat sangat. Habis semua plastik pun dia nak angkat.

            “Wah. Sayang ya? Suka akak tengok kamu dengan Raed tu. Nampak sweet lah”. Giat kak Dian. Nampak sangat yang Raed dengan Radwa ni saling suka sama suka. Bila cakap suara lembut aje. Mana pernah nampak Radwa cakap dengan laki lain macam ni. Ni pun first time Radwa bawa laki datang sini.

            “Ada aje akak ni. Majlis dah mula ke? Radwa datang lambat?”

           “Eh tak lah. Mana boleh start dulu kan. Jom pergi belakang. Tu hah Raed jangan tinggalkan pulak”.

            “Raed, jom pergi belakang”. Dipanggil Raed yang sedang duduk bersandar di sofa. Tengok phone lagi. Rungut Radwa.

            “Huh! Ambil phone dia”. Phone Raed dirampas. Radwa lari, tahu mesti laki itu nak kejar dia nanti.

            “Sayang jangan lah. Bak sini phone saya balik”.

            “Tak nak. Saya nak tengok apa yang awak selalu tengok dalam phone ni. Asyik tengok aje dari tadi”.

            “Mana ada apa-apa. Tengok kerja saya aje lah tadi. Bak sini bagi saya balik”. Tangan Raed ingin mencapai. Tapi cepat Radwa melarikan.

           “Kenapa nampak takut-takut ni. Ada sorak apa-apa dari saya eh? Mesti tengok gambar perempuan seksi kan?”

            “Mana ada sayang. Saya dah tak pandang girl lain lagi. Saya tak nak nanti ada lagi yang kena ugut dengan awak”. Raed tertawa mengenangkan Radwa mengekorinya dulu.

             “Ehem..ehem... Lama lagi ke Radwa, Raed. Budak-budak tu dah lapar tunggu kamu”.

             Raed terkejut! Radwa tergamam! Kantoi! Tu lah nak main lari-lari tak tengok tempat kan dah kena sound dengan kak Dian.

             “Sorry kak, ni tadi Raed dia buli Radwa. Jom-jom”.

            Aku pulak yang kena. Bukan Radwa ke yang mula dulu. Rungut Raed. Kepalanya digaru. Tapi masih juga melangkah mengikut mereka dari belakang.

********************

“Sayang! Serius?”

            Raed tergamam. Terharunya. Tak pernah ada yang buat kejutan macam ni untuk dia. Terdapat satu banner yang tertulis...


                HAPPY BIRTHDAY RAED!!! <3 <3


             Cantiknya siap ada gambar belon dengan bunga-bunga lagi. Siapalah yang design semua ni kan?
           “Happy birthday sayang. Saya harap awak suka”. Dari semalam Radwa dah datang sini buat persiapan sikit.

            “Sayang saya suka sangat. Thanks”. Terus tubuh itu dipeluk. Tak sangka Radwa akan bagi kejutan macam ni. Dia pun terlupa yang hari ni hari jadi dia. Patut lah gadis itu macam berahsia dengan dia dari tadi.

            Radwa malu. Tak malu lah Raed ni, ada ke peluk dia depan budak-budak dengan kak Dini. Kak Dini pun dah senyum-senyum pulak.

            Boleh tak sesiapa gali tanah depan ni kejap. Nak menyorok dalam tanah aje rasa.

          “Alahai dah segan dah sayang saya ni. Sorry. Terharu sangat tadi. Thanks kak Dini untuk sambutan ni. Thanks juga dekat sayang saya ni. Tak sangka pula dah tua-tua pun kena sambut macam ni lagi”. Terharu sangat Raed. Sepanjang 28 tahun ni tak pernah lagi dapat sambutan macam ni.

            Radwa dipandang lembut. Ahh, sayangnya aku kat dia. Luah hati Raed.

          “Ok kalau nak sayang-sayang lepas ni ya. Kita potong kek dulu. Kek ni Radwa buat Raed. Untung kamu”.

         Radwa membulatkan matanya ke kak Dini. Adui akak ni pun, kan dah cakap jangan bagitahu Raed. Buat malu dia aje.

          “Really sayang. Wah! Tak sangkanya saya. Saya ingatkan sayang pandai masak aje. Buat kek pun boleh, nanti saya nak request hari-hari lah”. Matanya dikenyitkan. Nak mengenakan Radwa.

            “Jangan nak merapu lah Raed. Jom potong kek. Kalau layan awak, semua budak-budak ni tak dapat makan nanti”. Tangan Raed ditarik ke hadapan kek.

             Cantik kek! Ada warna favourite dia. Blue and grey. Siap ada tulis-tulis lagi.

             Selamat hari tua!

            Ada ke patut. Mana ada tua. Buat saham dia jatuh aje lah Radwa ni. Hidung gadis itu dipicit geram.

            “Sakit lah Raed. Nah pisau”. Pisau bertukar tangan. Baru Raed nak potong, Radwa dah tolak tangan dia. Bukan nak potong ke?

             “Kejap lah. Ok semua jom nyanyi lagu untuk abang dulu ok. Then, baru abang Raed boleh potong”.

           “Ok kak”. Jerit kanak-kanak di situ. Tak sabar semua nak makan kek tu. Dari tadi dia orang tunggu.

            Happy birthday to you,
            Happy birthday to you,
            Happy birthday to abang Raed,
Happy birthday to youuuu...

Semua bertepuk tangan. Lebih-lebih Raed lah. Terharu dengar nyanyi kanak-kanak tu semua.

Yeay! Abang cepat tiup lilin dulu”. Jerit salah satu budak di sana.

Aik? Bila masa ada lilin ni? Mesti kerja Radwa. Dari tadi dia asyik melihat kanak-kanak di depan dia ni menyanyi. Tak perasan pulak dah ada lilin atas kek dia. Tadi rasanya tak ada.

“Abang buat hajat dulu. Baru tiup”. Jerit seorang lagi budak lelaki di sana. Radwa hanya ketawa melihat. Happy tengok budak-budak ni gembira tapi lagi happy tengok Raed happy lah.

Raed menutup mata. Nak buat hajat. Poyo aje lah Raed ni, nak tutup mata segala.

Fuhh.. Api lilin terpadam. Semua kanak-kanak dah bertepuk riang. Suka sebab makan time!

“Sayang, awak potongkan. Saya tak reti lah”. Pisau diserahkan pada Radwa.

 Kek dibahagikan, kak Dian bagi pada semua kanak-kanak. Happy sangat semua sebab dapat makan kek. Ye lah, dia orang ni mana dapat peluang nak makan kek selalu. Tu pun kena tunggu sampai ada sesiapa yang sambut hari jadi.

Radwa mencari kelibat Raed. Aik, dia ni kejap aje dah hilang. Sedang mencari, nampak yang Raed tengah bersadar dekat satu pokok besar.

 Radwa melangkah mendekati. Kek dipiring di bawa sekali.

Hi, kenapa tak join budak-budak tu”. Merujuk pada kanak-kanak yang sedang makan atas buaian. Muat aje kalau Raed nak join sekaki.

“Tak apa lah sayang. Saya tak biasa dengan budak-budak lah”. Kanak-kanak tadi perhatikan. Memang nak join tapi tak tahu nak cakap apa nanti.

Laarhh, macam mana nak ada anak nanti. Kena lah belajar dari sekarang kan”. Pipi lelaki itu dipegang kejap.

Raed tersenyum. Dia suka Radwa buat macam tu kat dia. Rasa cinta gadis itu terasa.

“Raed bukan mulut. Aaah”. Sudu didekatkan.

Raed tersenyum. Senang dengan layanan Radwa. Rasa macam dapat terlebih layanan istimewa pulak hari ni.

“Bila sayang buat semua hiasan ni. Cantik lah. Tak sangka pulak belakang rumah ni ada playground. Tak lah bosan budak-budak ni nanti kan”. Matanya melihat kembali hiasan-hiasan yang dihias cantik.

 “Semalam saya singgah kejap lepas kerja. Cantik kan, kak Dini dengan budak-budak sini yang tolong saya semalam”.

 Memang cantik. Dengan belon-belon dililit pada pagar-pagar mini yang membentuk laluan ke tempat kek tadi. Banner yang digantung antara dua pokok besar tempat dia bersandar kini. Bufet makanan yang diletakkan di antara dua belah tempat meja kek. Meja-meja kecil berwarna-warna tempat budak-budak ni makan. Nampak comel! Comel? Sesuai dengan Raed ke? Tapi tak apa lah yang penting dia happy. Semua sebab Radwa. Terharu sangat.

Thanks sayang. First time saya dapat surprise birthday party macam ni. Siap sayang buatkan kek lagi untuk sayang”. Pipi gadis itu diusap lembut. Happy sangat!

Welcome Raed. Mesti lah saya sanggup buat semua ni. Awak kan budak kecil saya”. Radwa tertawa.

 Raed berkerut dahi.

“Budak kecil?”

“Ye lah. Suka merajuk. Manja. Mengada-ngada. Sebiji macam budak kecil. Tapi saya punya lah”.

Raed tersenyum suka melihat Radwa ketawa. Haii, jadi budak kecil pun boleh lah. Asalkan sayang dia ni gembira.

“Raed awak pergi lah join budak-budak tu. Saya nak tolong kak Dian kejap. Dari tengok dari tadi dia busy ulang alik aje. Kesian pulak”.

“Ok sayang”. Raed melangkah ke kelompok budak-budak di buaian tadi.

“Hai, abang nak join sekali boleh?”

“Boleh-boleh. Sini abang duduk sebelah saya”.

Eh? Mana boleh. Abang kena duduk sebelah kita lah”.

 Budak lelaki dan perempuan tu bergaduh.

“Tak boleh lah Tasya. Abang kan lelaki, dia kena duduk sini lah. Mana boleh sebelah awak”.

“Tak. Abang hensem. Abang kena duduk sebelah kita lah”. Marahnya tak puas hati.

Raed ketawa. Gembira.

“Dah-dah abang duduk tengah-tengah ok. Tak mahu gaduh lagi. Dua-dua dapat duduk sebelah abang”. Kepala kedua-dua budak itu diusap sayang.

“Radwa, pandai Raed layan Tasya dengan Aris tu. Tak nampak janggal pun”.

Urmm.. Tadi dia cakap dia tak pandai layan”. Radwa melihat Raed. Laki itu asyik ketawa aje. Tak tahu lah apa yang mereka borak sampai Raed happy macam tu. Pandai juga dia melayan, tadi kata tak reti.

“Untung kamu. Mana nak jumpa laki yang suka budak macam tu. Dah lah hensem. Mesti anak kamu nanti comel-comel. Tak sabar pulak akak”.

Hish, akak ni. Ke situ pula. Belum lagi lah”.

“Belum lagi. Raed belum propose kamu?”

“Memang belum lagi kak. Tapi dah tak lama dah”. Radwa tertawa.

Huh? Serius ni?”

“Kak, diam sikit. Malu lah. Tengok semua dah pandang”.

Raed yang mendengar jeritan itu pun memandang Radwa. Kening dijongket sikit bertanya kenapa.

Radwa hanya menggeleng kepala. Nasib baik Raed tak dengar. Kalau tak buat malu aje. 

3 comments:

baby mio said...

Best sangat cepat sambung ya tq.

Anonymous said...

cik penulis, one more time i fall for raed again..
hehe..rse cam gatal pulak kn??
cik penulis,sambung lagi..
xsbr nk tau kisah raed n radwa seterusnya...

-noorwieyl-

misztyra9@ said...

@Anonymous
ohh..sy bru thu siapa yg slalu fall for Raed ni. awak rupanya..hehe..ok2 sy dh masukkan entry baru. Enjoy!

Kehidupan seorang penulis © 2014