. . .
“Naural?” Matanya mula berkaca. Kenapalah kawan dia
ditimpa masalah ni. Kenapa berkali dia diduga?
Bahu
Naural disentuh. Dia tak tahu apa reaksi yang terpacar diraut tu. Sebab dari
tadi Naural ni duduk membelakangkan dia. Dah lah duduk bercangkung tepi
longkang lagi.
“Aku
ok”.
Dila berdiri
depan Naural. Nak tengok sendiri apa maksud ok Naural ni. Tapi raut dia...ermmm... nampak tenang. Tak menangis
pun.
Naural
mendongak. Tersenyum kecil.
“Dah lah
Dila. Tak payah tenung aku macam tu. Dah jom..”. Tangan Dila ditarik. Dia kena
kuat. Tak nak menyusahkan lagi orang sekeliling dia dengan kisah cinta yang
memang tak ada harapan langsung untuk menjadi ni.
“Nak
pergi mana ni?” Terkejut juga tiba-tiba kena tarikkan.
“Teman
aku shopping. Jom...”. Last minute planning.
“Hah? Sekarang?” Jam dipandang. Dah pukul
12 tengah hari kut. Tak sesak ke kalau naik train
pergi KL sekarang? Tapi betul ke Naural ni nak pergi KL?
“Yup! Nak tak nak kau kena ikut juga”.
Memang dia perlukan sangat Dila sekarang ni. Teman dia detik-detik macam ni.
“Ok...
tapi nak pergi mana?”
“KL”.
Sepatah aje dia jawab. Bas dah ada depan mata, kalau berlama nanti terlepas
pulak. Tangan Dila makin kuat ditarik. Lambat lah pulak Dila ni jalan.
“Hah! Serius??” Habis lah aku jadi sotong
kering nanti berhimpit dalam train
tu... Adoi!
******
Tadi beriyakan Dila ni gaya macam terpaksa teman Naural
ni. Tapi bila dah sampai destinasi yang Naural pilih tanpa rujuk langsung pada
Dila ni, dia pulak yang excited
lebih. Mata membulat aje tengok perkataan ‘Sales’
dari tadi. Ye lah kan.. duit pinjaman pun dah masuk. Memang good timing lah.
“Naural
jom pergi kedai tu”.
Kali ni Dila pulak yang main peranan tarik tangan Naural.
Naural ni pulak sejak keluar dari train tadi
dia asyik termenung aje. Tapi tak apa lah, bagi dia layan perasaan dulu.
“Kedai
ni pulak”. Dari satu kedai, ke kedai yang lain. Kedai baju lah.. kedai kasut
lah. Semua pun Dila ni nak belikan. Kaya betul budak ni.
“Naural
tuu....”. Jari lurus menunjuk ke arah depan.
Bukan
tangan aje, siap mulut pun sama beraksi memuncung. Dila... Dila..
“Ada
apa?” Mata Naural ikut melihat.
“Cantiknya
beg tu... bestnya kalau aku boleh
dapat satu kan.. jom..jom Nuaral. Kita pergi kedai tu pulak”. Ditarik lagi
tangan Naural. Naural memang tak membantah lah. Sikit pun tak. Asalkan Dila ada
teman dia.. apa-apa yang kawan dia tu nak buat pun dia tak kisah.
Kau
orang pelik tak? Ke langsung tak? Sebabkan... Dari gaya Dila ni... mesti dah
banyak dia belanjakan.
Memang betul pun... dah ada banyak beg kertas yang dia
pegang. Kiri kanan tangan ada membawa. Tu pun ada beberapa yang Naural ni
tolong pegangkan. Ok yang lain tolong yang jangan ikut perangai kak Dila ni.
Tak baik membazir betul tak?
“Eh? Kau tak nak masuk ke?” Pegangan
tangan Dila dirungkaikan.
“Tak...
kau masuk lah Dila. Aku duduk tunggu dekat sini aje”. Naural mula duduk. Kaki
dia dah terasa sakit sebenarnya. Tapi tak nak lah bagitahu Dila ni. Tak nak mood shopping dia hilang sebab kaki dia
sakit pulak. Biar lah dia lepas gian kejap.
“Betul
ni? Kalau aku lama dekat kedai tu kau tak kisah kan?” Tu yang dia risaukan
sebenarnya.
“Tak..
kau masuk lah tengok dulu. Aku boleh duduk sini”. Sabar aje Naural ni layan
Dila. Tak sangka juga yang Dila ni gila
shopping rupanya. Ingatkan tak layan semua ni.
Dua saat
Dila pergi... Naural dah mula termenung. Dah jadi hobi pulak sekarang kan.
Kalau ada masa terluang aje mesti nak dihabiskan dengan termenung.
Tiba-tiba..
Cehh!... macam ayat dramatik pulak
kan..
“You ni ada-ada aje lah”.
Suara
tu!!
Telinga
Naural mula jadi peka. Dia dah familiar
dengan suara tu sekarang. Nak menoleh tengok sekarang rasanya bukan langkah
yang bijak. Pasangan tu pun rasanya ada selang beberapa langkah belakang dia
aje.
“Ye
lah.. dah you yang buat dulu kan. I ikut aje”.
Dahi
Naural berkerut-kerut.
“Ye
lah.. ye lah.. bila you nak bawa I jumpa mama you Luth?”
Naural
terkedu! Jumpa mama dia? Serius sangat ke hubungan dia orang ni?
“Bila-bila
lah.. tengok you free bila. Mama pun
dah tak sabar nak jumpa you juga.
Asyik tanya pasal you aje, rimas juga
I. Better cepat sikit lah you
datang jumpa mama tu”.
Marysa
tergelak. Naural makin sebak. Aku memang tak boleh jadi kawan dia lagi. Tak
boleh! Tengok dia orang bergelak aje pun dah buat hati aku sakit.
“Ermm.. apa kata I jumpa hari ni. You pun
dah tak ada apa yang nak belikan?” Walaupun hati sakit, tapi telinga masih
mencuri dengar.
“Luth? You dengar tak ni?”
“Naural...”.
Perlahan aje ditutur. Tapi masih mampu didengari Naural.
Naural
menghela nafas. Berat! Dia dah nampak aku ke?
Perlahan-lahan
kepalanya menoleh. Perlahan sangat. Bibir tersenyum.
“Hai...
tak sangka kita jumpa dekat sini kan”. Mode
peramah mula main peranan. Tapi jelas nampak pergolakan dalam hati tuan badan
ni.
“Hai.. you gadis yang sama dengan Luth dekat cafe tu kan?” Marysa mendekati Naural.
Tangan Luth ditarik sekali.
Memang
sah dia orang ada hubungan ni!
“Haah”. Dah tahu saja aje nak tanya. Nak
menyakitkan hati aku lah tu.
“Sorry last time tak dapat introduce diri. I Marysa, kawan baik selamanya si Luth ni”. Tersenyum lebar. Manis aje
nampak. Tapi mungkin dalam pandangan Luth aje lah kut Tangan dah dihulur.
Tunggu Naural sambut aje.
“Saya
Naural..”.
“Kawan
Luth juga ke?”
Dari
tadi Naural cuba tengok raut sebenar Marysa ni. Nak tengok sama ada betul dia
ikhlas atau berlakon. Tapi setakat ni memang nampak ikhlas. Senyuman tu pun tak
nampak plastik.
Luth
menunggu dari tadi jawapan Naural. Apa yang Naural gelar hubungan dia orang
selama ni?
Naural
menggeleng.
“Tak
lah.. kawan saya punya kawan”.
What??
Mata Luth
membulat. Kawan saya punya kawan? Tu yang selama ni Naural pandang pada
hubungan dia orang?
“Sorry... saya kena pergi dulu. Takut
kawan tak jumpa nanti”. Alasan direka. Tapi punca sebenar sebab dia memang tak
boleh berlama dekat tempat yang Luth pun ada berdiri sama sekali.
“Dah jom
Marysa. Mama I dah tunggu tu. Tak nak
pulak ‘kawan’ dia nanti tak dapat cari”. Sengaja ditinggikan nada. Nak bagi
‘orang tu’ dengar. Perkataan ‘kawan’ tu pun sengaja ditekan.
Naural
terkaku. Luth dengan Marysa dah berlalu.
“Naural!”
Muka Dila nampak gembira sangat lah, mungkin dah dapat lah kut barang yang dia
nak.
Sampai
depan Naural dia berhenti.
“Naural?
Kenapa ni?” Bahu kawannya disentuh.
Air mata
yang ditahan tadi mengalir. Dah Dila sentuh bahu dia tu yang air mata ni
mengada nak mengalir. Tapi memang dia sedih, sebak, pilu. Hati dia tak tahan
tengok Luth berdampingan dengan gadis tu.
Dila
cuak. Apa yang dah jadi? Tadi Naural ok aje? Mata dia melingas. Mencari.
Beberapa saat dahi berkerut-kerut. Dah dapat cari punca tu lah kut.
Luth?
Dia dengan siapa tu? Dia mengeluh. Patut lah. Mesti sebab nampak Luth dengan
perempuan tu kan?
“Dila...
aku tak kuat”. Esakan makin kedengaran. Mengalih balik perhatian Dila ni pada
Naural.
“Aku tak
kuat”. Dila jadi sebak.
“Naural..
aku ada ni. Aku ada”. Ditarik tubuh Naural. Dipeluknya. Nak salurkan semangat.
Tak kisah lah kalau sekarang dia orang ni halang lalauan orang. Tak kisah lah
kalau orang pandang lain. Yang penting Nuaral!
******
Dua-dua diam. Naural termenung. Dila pandang langit.
Sekarang ni masing-masing ada dalam bilik Naural. Sesi luah perasaan tengah
berlangsung ni.
“Aku
ingatkan aku dah boleh terima”. Naural mula bicara.
“Pasal
Luth dengan perempuan tu ke?”
“Haah. Apa yang aku kena buat untuk
lupakan dia Dila?” Muka diraup. Pening!
“Cari
yang lain?”
Naural
geleng kepala. Yang tu memang tak lah. Tak mungkin dalam masa terdekat ni. Dah
dua kali kut dia kecewa macam ni. Tak sanggup nak rasa kali ketiga lagi.
“Sambung
baik kehidupan macam kau lalui sebelum jumpa Luth ni?” Banyak aje idea Dila ni
kan.
“Kehidupan
sebelum jumpa Luth?”
“Yup!” Lebar senyuman Dila. Sebab dia
rasa idea dia tu berguna kut.
“Macam mana kehidupan aku sebelum kenal dia
Dila?”
Dahi
Dila berkerut. Adoi! Kenapa lah aku
bagi idea tu kan. Tengok sekarang kan dah kena cungkit balik kisah lama.
“Aku...
aku”. Kepala digaru. Dia nak cakap ‘aku tak ingat’ tapi tak sampai hati pulak.
Takut Naural ni makin sedih jadinya nanti.
“Tapi..
aku rasa cara terbaik. Mulakan hidup baru, sibukkan diri kau sampai kau lupakan
dia”.
Sibukkan
diri? Tu lah yang dia buat sebelum ni kan? Softboard
dipandang. Klu dipaku atas tu. Teruskan ke tak? Dari dulu dia sibukkan diri
dengan semua teka-teki tu untuk lupakan Luth... tapi berjaya ke?
Dia
mengeluh tiba-tiba.
“Tak
baik banyak mengeluh ni Naural”.
“Semua
ni berat untuk aku Dila”.
“Aku
tahu. Tapi Naural yang aku kenal kuatkan. Kau kena teruskan juga, aku tahu kau
boleh”.
“Tu
Naural yang dulu Dila. Naural sekarang lemah”. Lemah aje suara Naural ni.
“Ingat
lagi kisah laki bertopi tu?”
Naural tersentak!
Dila dipandang. Kenapa Dila ni ungkit balik?
“Sorry sebab aku ungkit balik. Tapi aku
nak kau ingat balik saat kau cuba nak bangun balik dari kekecewaan tu. Kau kuat
sangat masa tu.. sampai aku pun kagum tengok. Aku rasa kalau aku ada dekat
tempat kau tu pun aku tak boleh jadi sekuat tu”.
Naural
menunduk. Lama dia terdiam. Nak cuba proses apa yang Dila ceramahkan tadi.
“Siapa
kau ni sebenarnya Dila?”
“Hah?..Aku... Aku Dila lah”. Cuak juga.
Asal tiba-tiba Naural tanya macam tu?
“Aku
tahu kau Dila.. kawan baik aku. Tapi kenapa sekarang ni kau tahu aje nak cakap
apa masa aku tengah sedih. Kau ada aje cara nak tarik aku jauh dari rasa sedih
dengan kecewa tu. Macam mana kau buat?” Air mata diseka.
Dila
tergelak kecil. Sebab tu ke?
“Asal?
Selama ni aku tak matang sangat ke?”
“Tak
berapa lah. Banyak ting tong dari ok
nya. Aku pun tak sanggup nak melayan semua perangai kau tu. Macam mana lah Amir
boleh tahan kan? Aku kagum betul dengan kesungguhan dia lah”.
Mulut
Dila melopong.
“Naural
jahat!!” Ditepuk kuat tangan Naural yang dah tergelak-gelak. Pending betul kawan aku ni.
Tanpa
sedar bibir Dila turut tersenyum. Akhirnya...
******
“Kau dah habis
study Naural?” Sekarang masing-masing ada dekat library. Esoknya nak exam
baru nak menjengak librarykan.
“Dah...”.
Mulut ditutup. Menguap. Biasa lah Nauralkan. Dia kan ada alahan dengan library ni sikit.
Dila
hanya mampu menggeleng lah. Tadi pun bukan main payah nak ajak Naural ni datang
study sini.
“Tadi
kenapa? Sejak bila pulak kau rajin naik tangga?” Teringat pulak kes tadi.
Bersungguh-sungguh lah Naural ni nak naik tangga. Sedangkan lift dah ternganga tunggu mangsa aje.
“Sihat
kan”.
Dahi
Dila berkerut. Apa logik punya jawapan ni.
“Sejak
bila pulak kau kisah sihat tak sihat ni?”
“Sejak
beberapa detik tadi”.
“Kenapa
pulak?”
“Kenapa
pulak tak boleh?”
“Aku
pelik lah.. orang yang paling malas.. sayang sangat peluh dia ni sanggup naik
tangga dari lift. Tabik betul lah”.
“Aku dah
tak macam dulu Dila.. kau pun tahu kan”. Perlahan aje nada digunakan.
Tak
macam dulu? Apa puncanya? Ada kisah disebalik Naural dan lift ke? Nak korek lebih lagi takut pulak Naural ni makin beremosi
nanti. Ni pun baru nampak dah sembuh sikit dari kecelaruan emosi dia.
Disebalik
rancaknya minda Dila ni berfikir.. dia orang tak perasaan pun di sebalik rak
berhampiran maje Naural dan Dila ada telinga yang khusyuk mendengar semua
perbualan dia orang tadi. Makhluk Allah tu mengeluh.
“Awak
dah berubah Naural.. awak dah berubah.. Mana Naural saya yang dulu??”
**********************************************************
ok harap semua dapat enjoy LR entry baru ni.. mungkin ada yang rasa kurang sikit lah kut.. entah lah... tu pendapat saya lah.. hehe.. ermm... ni last entry untuk LR lepas ni dalam proses nak siapkan manuskrip pulak.. mungkin sepanjang siapkan tu blog ni tak ada cerita baru lah kut.. (tapi kut lah... entah2 nanti ada cerita baru pulak kan.. writer ni bukan boleh percaya sangat) ada yang kurang ke, tak best ke tinggalkan lah komen ya.. komen2 tu semua sangat mempercepatkan tangan saya untuk menaip (cehh!!) hehe.. thanks... ^_^
**********************************************************