. . .
Kerusi ditarik. Sempat dikerling ke arah jiran kerusi
sebelah. Bukan sekali. Tapi berkali-kali. Apa yang dia buat dari tadi
terbongkok-bongkok? Nak tanya, tapi telan dulu. Ada banyak kerja nak kena settlekan. Penting dari soalan
kenapa-kau-terbongkok-dari-tadi. Tunduk. Jawab soalan-soalan maut mencabar
minda depan mata. Kenapalah hari tu dia berani pergi apply course ni. Bila dah masuk bukan main susah lagi nak score. Pelik betul dia tengok
budak-budak lain yang dapat 3 pointer
tu. Apa dorang makan eh? Ke memang dari dalam perut dah pandai? Genius
segala..?
Mengunakan
khidmat encik Google di kanan, dan buku rujukan gila tebal di kiri digagahkan
diri juga selak soalan seterusnya. Merintik-rintik peluh di dahi. Dah rupa jogging satu jam tengah-tengah panas
terik pun ada.
“Fuhh..”.
Baru satu kertas. Mengeluh kalahkan dah habis jawab final exam.
Tak
boleh jadi. Curiosity membunuh.
“Kau tengah
buat apa Haney?” Akhirnya terluah juga.
“Check benda ni.. kenapa hah dari tadi
dia tak keluar-keluar? Aku tekan banyak kali pun tak keluar juga. Dah rosak
ke?” Berkerut-kerut dahi. Cakap tapi tak pandang muka.
Angkat
bahu. Sebab tu aje? Bazir air liur tanya. Benda apa yang dirujuk pun dia tak
nampak. Tersorok bawah meja. Sambung jawab soalan seterusnya. Berkali-kali garu
kepala. Rosak selendang yang dipakai.
“Adoi..
memang dah rosaklah aku rasa Erna”. Kecewa. Tak dapat betulkan.
“Rosak?”
Dongak pandang. “Apa sebenarnya yang kau belek dari tadi? Serius aku tak
nampak”.
“Ni..”.
Tangan diangkat tinggi.
“Polaroid?”
“Yup”.
Senyum. “Tapi dah rosak”. Sedih.
“Macam
mana boleh rosak pulak? Nampak macam baru”. Dicapai dari tangan Haney. Muka
kecewa sangat. Muram. Sedih.
“Memang
baru pun. Tak sampai seminggu aku pegang, hari ni tiba-tiba tak berfungsi
pulak. Gila tak sedih”.
“Sebelum
ni ok lah eh?” Dibelek-belek. Dia mana tahu apa-apa. Tak nak tambahkan kecewa
dalam hati Haney dia pura-pura beleklah juga. Pura-pura tahu.
“Kau
tahu betulkan ke Erna?”
Geleng.
Ok.
Salah letak harapan tadi. Berhenti berharap Haney! Sayup-sayup tepi telinga
dapat dengar lagu Shiela on 7.
“Serius..
ni first time aku sentuh benda ni. Cute eh..”. Tertarik.
“Memanglah.
Antara sebab aku jatuh suka..”. Tapi bila dah rosak ni, cute pun dah tak guna. Sakit hati aje lebih. Plus mulalah rasa membazir tu mengamit di hujung hati dia ni. Masa
nampak tanda harga hari tu tak ada pulak rasa mahal. Membazir jauh sekali.
Sebak.
“Comel..”.
Disentuh-sentuh lagi. Macam tertarik.
“Jangan jatuh
cintalah Erna. Nanti sakit hati pulak macam aku ni. Beli mahal-mahal last-last tak sempat nak merasa pun”.
Kotak film disimpan dalam beg. Give up. Baru ingat nak ambil gambar last semestar dekat depan foyer fakulti ni. Sebelum cuti semestar
bermula. Tak merasa.
“Tapi aku
rasa.. kejap. Sini ke nak tekan?” Jari ditunjuk ke butang bulat.
“Aah..”. Tak
ada mood.
“Ohh..”. Lupa
soalan maut tadi. Lupa rasa sakit pening kepala jawab soalan tadi. Peluh di
dahi pun dah mula nak kering mengadap benda ni. Dahsyat juga penangan Polaroid ni rupanya.
“Macam ni ke?”
Punat ditekan.
Haney tak
ambil port. Terus kemas beg. Sumbat
semua masuk dalam. Bersepah satu meja dengan barang dia aje. Last-last langsung tak pandang. Duduk mengadap
benda dah rosak tu juga. Haihh...
Klik!
Laju dongak.
Pandang Erna. Rahang jatuh.
“Hah?”
Terkedu. Pandang Erna dan Polaroid silih berganti. Tak percaya walaupun jelas
kedengaran bunyi tadi. Ke dia salah dengar.
Erna
tersengih-sengih. Nampak gigi putih dia.
“Kau kata
rosak? Elok aje”. Gulp. Dia salah ke?
Dah macam wanted criminal kena tenung
macam tu.
“Kau tekan
mana?” Still tak percaya.
“Ni”. Blur. Jari tunjuk tempat tekan tadi.
“Eh? Tadi aku
tekan tak ada apa-apa jadi pun. Asal kau tekan elok aje? Pelik”. Muka kagum plus kau-sengaja-nak-kenakan-aku-ke-Polaroid? Dicapai dari tangan Erna.
Langsung tak dihiraukan film yang
mula keluar, dibiarkan Erna ambil. Belek-belek. Belek lagi. Pandang muka Erna.
“Apa kau buat
tadi?”
“Nothing..”.
“Hebat”.
Senyuman makin lebar. Happy anak
angkat baru dia ni dah tak buat ragam lagi. Alhamdulillah. Angkat dua tangan
tinggi.
“Baru tahu
ke?” Bangga. Tapi diri sendiri tahu dia memang tak buat apa pun. Hahaha.
Kelakar. Dah pegang benda ni pun baru tadi first
time.
“Poyo aje..”.
Sengih lebar.
“Ermm.. gambar
apa yang aku tangkap tadi eh?” Baru berminat nak tahu. Tadi main tekan aje. Tak
ada niat nak tangkap sesiapa atau apa-apa pun. Yang dia tahu dia nak tekan
butang bulat tu.
Dikibas-kibas
berkali. Tak cukup siap tiup lagi.
“Erna.. cepat
tengok sini”.
Mendongak
pandang depan. Tak sempat nak posing
apa-apa. Muka tak ready langsung.
Klik!
Candid.
“Woi..
buruklah Haney”. Tak puas hati.
“Hahaha.. reward sebab buat baby aku ni sihat balik. Agaknya Polaroid aku ni boy kut tu yang tertarik dengan kau Erna.
Gatal juga baby aku ni. Hahaha”. Gelak. Film
yang keluar dikibas-kibas.
Menyampah.
Planet mana punya faktalah Haney ni baca.
“Nah..”.
Dihulur film ke tangan Erna.
Dalam tak
suka. Sambut juga. Sikit demi sikit mula kelihatan. Erkk.. buruk. Tunggu sampai
bilik nantilah dia buang. Nak buang depan Haney ni ada bertambah touching nanti. Dah dia pergi ambil
gambar dia dalam keadaan paling buruk tu kenapa. Kalau hantar nak apply masuk show Top Model tu awal-awal dah masuk tong sampah.
“Malas aku nak layan”. Angkat beg. Dari jauh
kedengaran bunyi yang dah agak biasa di telinga dia beberapa tahun belajar
dalam universiti ni. Mata membuntang. Dipandang ke arah Haney yang
tersenyum-senyum usap Polaroid dia. “Haney?? Bas!! Cepat kejar..”. Tak fikir
apa terus tarik tangan Haney. Sebelah tangan simpan film dalam beg. Dua keping. Tanpa sedar. Refleks.
“Nasib
baik sempat”. Nafas berat. Berombak dada.
“Nasib
baik jantung aku tak terhenti tadi Erna. Lain kali bagilah cue dulu sebelum tarik tangan aku ni. Mengejut kut..”. Marah. Tak
sempat nak buka langkah dah kena tarik. Nasib tak kena heart attack tadi.
Dibiarkan
Haney membebel. Pandang depan belakang. Habit bila naik pengangkutan awam. Dah
terbiasa. Mencari.
“Eh?
“Asal?”
Turut menoleh. Tapi laju pusing depan bila Erna mula berdiri. Toleh belakang
kembali saat terdengar suara Erna.
“Awak..
duduklah..”.
Dia laju
berdiri. Berdiri sebelah Erna. Sempat memandang ke arah lelaki dengan kaki
berbalut yang berdiri belakang kerusi dorang. Patutlah kawan dia ni bangun.
Erna ni charity queen kut. Pantang
nampak orang yang lebih memerlukan, mesti dia utamakan dorang. Kalau ada charity card rasanya penuh dah stamp dalam buku Erna ni.
“Nevermind.. saya boleh hold pemegang ni”. Ada kedengaran sikit
terperanjat ditegur tiba-tiba.
“Mana
boleh. Kaki awak..”. Berbalut. Kalau kecil balutan tu mungkin dia boleh tutup mata
kut. Tapi dah sampai ke lutut balutan tu tak akan dia nak butakan mata pulak.
“Thats ok..”. Still tak nak.
“Seat ni
memang untuk awak pun. Saya dah diajar untuk beri pada yang lebih perlukan”.
Cuba kawal rasa marah. Lelaki ni ego.
“Aku tak
perlukan seat tu. Kau boleh terus
duduk. Apa yang kau cakap tadi tu tak payah apply
pada aku”.
Woahh..
tak kan nak buat scene gaduh dalam bas kut?
Genggam
jari. “Hishh.. duduk aje lah”. Marah. Tak dapat dikawal lagi. Ditarik hujung
baju lelaki tu. Bagi sikit laluan untuk dia duduk. Haney yang memerhati mampu
terkedu berkali-kali aje. Drastiknya.
“Woi...”.
“Bro kadang-kadang ada masanya awak kena
letak tepi ego tu. Kita orang tahu, nampak yang
awak tengah sakit. Jelas. Lagi nyata. Tak ada langsung timbul niat nak pandang
rendah. Tak salah pun saya bagi seat
ni untuk awak. Mungkin awak rasa tak perlukan, tapi saya yang memandang ni tak
sanggup nak biarkan aje. Masa-masa macam ni lah awak patut terima pertolongan orang.. betul tak?” Dah habis beri sepatah dua kata terus berlalu ke depan.
Haney
terkial-kial. Sama ada nak ikut Erna atau berdiri sini cuci mata lebih sikit.
Lelaki hot weyh. Masa pandang kaki
tinggi berbalut dia tak perasan pulak pemilik kaki berbalut tu sehot ni. Masya-Allah. Sedar Haney. Jaga
mata.
Telan liur.
Dengan berat hati mula melangkah. ‘Bye mamat hot’.
“Berani kau
Erna..”. Bisik sebelah telinga.
“Untuk
kebaikan dia juga. Bukan aku tak perasan tadi dia hampir nak jatuh. Still degil tak nak duduk. Kalau aku tak
kasi seat tu ada jadi bahan gelak
manusia dalam bas ni kang. Tak ke dia juga yang malu”.
Wah. Respect.
“Ada dia blacklist nama kau dalam hidup dia nanti
Erna”. Mamat hot tu. Bukan dia tak
perasan majoriti perempuan dalam bas ni pandang mamat hot tu. Termasuklah dia. Hahaha.
“Biarlah. Hak
dia. Dah. Drop topik tu. Jom turun.
Tak payah nak pandang aku macam tu”. Ditarik tangan Haney.
Sempat Haney menoleh.
Memandang ke arah mamat hot tadi.
Terkelu lidah. Menoleh pandang ke arah Erna yang dah tersengih-sengih nampak tray-tray lauk depan mata. Hantu makan
betul.
“Erna tak
perasan”. Bisik perlahan.
“Perasan apa?”
“Hah?” Adoi.
Tajam pulak telinga si Erna hari ni. Selalunya nampak makanan dia dah tak hirau
sekeliling dia.
“Ahh.. tak ada
apa”. Gugup.
“Ok”. Jalan
laju. Nak kejarkan nasi. Peak hour.
Selalu nasi mesti habis dulu. Nak tunggu masak? Huh. Tak sanggup. Plus malas nak beratur panjang. Ambil
nasi beratur. Nak pilih lauk beratur. Beli air beratur lagi. Bayar pun beratur.
Habis masa dekat beratur aje sepanjang bergelar pelajar ni. Bilanya nasi nak
masuk dalam mulut kan. Tak efficient
betul.
Terdengar
bunyi enjin bas. Dia menoleh kembali. Double
check. Confirm. And Erna still tak perasan apa yang tengah berlaku. Haih. Nak bagi tahu ke
tak? Kalau nak bagi tahu apa ayat yang sesuai nak guna?
Garu kepala.
Fikir. Fikir.
‘Erna.. mamat hot tu pandang kau? Dari kau turun
sampai bas gerak’ Sesuai tak? Rasanya berbaloi bagi tahu Erna ke? Ermm.. yang
lagi penting, dia nak tahu ke?
“Haney!
Cepatlah. Lambatlah kau ni”. Menjerit.
“Lupakan dulu
lah”. Later.
***
Buaian dihayun. Disandarkan ke besi buaian. Menatap ke
arah novel depan mata. Dengan ear-phone
tersumbat dalam telinga. Kaki bergerak-gerak mengikut melodi lagu. Best pulak cerita ni. Dari pukul 9 pagi
sampai dah tegak matahari dia still
mengadap lagi. Tak sabar nak tahu ending
cerita ni.
“Erna..”.
Cuitan dibahu menghentikan bacaan dia. Ear-phone
dibuka.
“Kenapa?”
“Larhh..
patutlah tak dengar. Kuat betul lagu kau dengar”. Duduk berdepan Erna. Dalam
buaian bulat ni. Klasik.
Angkat
kening. “Nak apa?”
“Nak
keluar?”
“Malaslah.
Aku ingat nak rehat aje hari ni. Jarang kut Sabtu aku tak ada aktiviti.
Alang-alang kosong ni ingat nak rehat aje. Buku ni pun dah nak berhabuk
terletak atas meja study aku tu, hari
ni baru sempat baca”. Lemah dengar perkataan keluar tadi. Alergik agaknya.
“Jomlah
Erna. Aku bosan”. Buat muka sedih.
“Skandal
kau mana? Ajaklah dorang keluar. Aku nak habiskan novel ni. Mana ada masa nak
baca lagi nanti”. Still tak
berganjak.
“Tapi..”.
Sayu. “Kau aje sahabat dunia akhirat aku. Masa ni lah aku nak habiskan masa
dengan sahabat aku ni. Tak kan tak boleh..”. Makin sayu. Sebak. Semua keluar.
Adoi. Ni
yang dia lemah. Suara tu. Garu kepala.
Yes! Mengena. Nampak muka layu Erna dah
menjelma.
“Kau nak
pergi mana?”
Hooray!
Bersorak dalam hati. “Try Polaroid
aku. Carilah mana-mana port menarik.
Kita lepak sana”.
“Polaroid?
Dah ok eh benda tu?”
“Haah”. Thumbs up untuk Erna. Doktor segala
Polaroid atas bumi ni. Hahaha. “So.. nak keluar tak?”
Ermm..
macam best juga buat experiment dengan benda cute tu. Tapi novel ni. Diselak-selak.
Kira jumlah muka surat belum dibaca. “Ok..”. Ada benda melurut jatuh ke paha.
Tanpa sedar.
“Apa
tu?” Lagi minat dengan benda jatuh dari balasan Erna.
“Film?” Dua keping film disentuh. Aik? Macam familiar.
“Semalam punya ke?” Baru teringat.
“Kau
simpan dalam buku tu ke?” Capai. Satu gambar Top Model Erna. Satu lagi. Ermm..
letak balik gambar Erna. Dia tilik gambar satu lagi. Dalam. Tenung lagi dalam.
“Terletak
kut. Tak perasan”. Cebik bibir tengok muka sendiri dalam film.
Haha. Lupa nak buang malam semalam. Terlupa.
“Aku
kenal dia ni..”.
“Skandal
kau kut”.
“Bukan”.
Fikir lagi. Lagi dalam. Mata membesar. Teringat. “Dia.. mamat hot?” Muka Erna dipandang. Jelas. Dia
langsung tak minat.
“Erna..
semalam”.
“Aku
naik siap. Dah nak gerak nanti jangan lupa ketuk pintu bilik aku. Kalau tak aku
tidur aje”. Tak sempat dengar ayat Haney. Biarkan Haney kelu lidah pandang dia
panjat tangga ke bilik.
“Hishh..
tak sempat pulak”. Dipandang balik film
tadi. Dalam banyak-banyak benda dalam universiti ni mamat hot ni juga yang Erna
tangkap. And tak sampai beberapa minit lelaki yang sama dia offer seat.
Menarik.
. . .
Alhamdulillah. Finally. Ada juga entry baru. Hehehe. Hadiah untuk readers yang selalu ternanti-nanti cerita baru dari saya. Sorry. Lambat pulak cerita ni masukkan. Enjoy ye. Insya-Allah akan disambung nanti. Cuma cepat atau lambat aje. Tungguu.. Jangan lupa tinggalkan komen awak2 semua. Suka ke tak? Enjoy ke tak? Bosan ke menarik? Nak bagi idea pun boleh. Lagi dialu-alukan. Hehe. Nak tahu juga pendapat pembaca. ^^ T.H.A.N.K.S!
Lots of love..
< Hak milik MISZTYRA >