. . .
OFFICIAL SINOPSIS LOVE RIDDLES
Dia gadis
biasa. Datang dari keluarga biasa. Jalani rutin hidup biasa. Bangun. Kelas.
Makan. Tidur. Tiada yang menarik yang mampu membuatkan dia ingin mencoret
mengenai kisah hidupnya sendiri. Tapi sejak hari itu. Hidupnya mula berubah. Tanpa
dia sendiri sedar. Rutin hidupnya berubah rentak. Teka-teki mula hadir. Tanpa
tahu siapa pemberinya.
“Dalam banyak-banyak
manusia dalam universiti ni, kenapa aku yang jadi insan terpilih?” – Naural
“Kerana awak
Naural...”. – Jawapan si pemberi
teka-teki
Luth.. dia tak
sedar sejak bila lelaki itu muncul. Yang dia pasti kehadiran lelaki itu
mengoyahkan hatinya. Dia jatuh. Cair. Tetapi kemunculan seorang gadis
membuatkan Naural tersedar dari lenanya.
“Aku tak
sesuai untuk dia. Duduk tak sama rendah, diri langsung tak sama tinggi. Hati
tolong jangan terleka lagi. Dia bukan untuk kita”. – Naural
Hati yang
sakit cuba diubati. Hanya satu jawapan dan penawar untuk dia. Selesaikan
teka-teki. Tak kisahlah siapa pun yang beri yang penting Luth dapat dilupakan.
Sebaris ayat membuatkan hati dia mula tertarik. Dan tanpa sedar sekali lagi
pintu hati dia diketuk.
“Sudi awak
jadi kekasih saya? Jadi teman hidup saya?” – Si pemberi teka-teki
Kehadiran
kisah silam yang ingin dilupakan muncul kembali. Luth yang setia menanti. Identiti
penuh misteri si pemberi teka-teki. Siapakah dia? Siapa sebenarnya yang telah
bertahta dalam hati Naural selama ni? Siapa sebenarnya hero cik hati yang
selalu membuat hati Naural berdetik laju? Jawapannya hanya pada.. Naural.
Alhamdullilah.. final sinopsis Love Riddles. Cerita ni bermula dengan cerpen tapi alhamdulillah atas permintaan ramai dipanjangkan.. Dan syukur alhamdulillah lagi beberapa bulan bakal DITERBITKAN.. ^^.. dah tak lama dah.. yeay!! hehehe.. Apa persamaan versi cerpen dan novel? Teka-teki.. ada. Luth?.. Ada, Naural.. pun ada. Cuma jalan cerita dan perkembangan cerita yang berbeza.. kena dapatkan novel untuk tahu apa yang berlaku.. hehe.. Jangan lupa nantikan novel ni dipasaran. Hope korang semua puas hati dengan karya yang tak seberapa ni plus enjoy selesaikan misteri n teka-teki dalam cerita ni. Dapat perasan jadi Naural kejap.. hehehe :D
Ok.. jumpa lagi.. eh? Kejap.. ada lagi sikit nak inform..
-- POLAROID akan diupdate dalam mingu depan. Insyaallah.. Tungguuu k! ^^
--Jangan lupa tinggalkan komen korang semua.. ^_^
..ASSALAMUALAIKUM..
--Jangan lupa tinggalkan komen korang semua.. ^_^
..ASSALAMUALAIKUM..
. . .
Lots of love..
<MISZTYRA>
No comments:
Post a Comment