Sunday, 12 May 2013

Kisah Kita 02

Sunday, 12 May 2013
. . .

“Abah? Haura kena jumpa dia juga ke?” Masih teragak.

            Puan Zahra tersenyum. Nampak sangat puteri dia ni tengah takut.. ya lah nak berjumpa dengan orang yang dia tak pernah kenalkan. Anak dia ni memang bukan jenis nak meramah sangat dengan orang asing.

            “Kenapa sayang? Sayang takut nak jumpa Amar ke?”

            “Amar?”

            “Haah.. nama dia Amar Rifqi.. bakal suami Haura”.

            “Abah.. jangan lah sebut ‘bakal’ tu lagi. Kecut perut Haura ni dengar”. Bibir dah memuncung. Tak suka!

            “Sayang mama ni.. sampai bila nak duduk dengan mama aje? Tak kan sayang tak teringin nak ada keluarga sendiri.. kehidupan dengan orang yang Haura sayang?”

            “Bukan tak nak mama.. tapi Haura tak bersedia lagi. Haura belajar lagikan”.

            “Nak bersedia dari apa? Ni bukan gelanggan tinju yang kamu kena bersedia berlatih semua.. kalau bukan sekarang nanti kamu akan hadapi juga situasi ni Huara”.

            “Abang... jangan lah cakap macam tu. Lagi menakutkan Haura ni ada lah. Jangan nanti sebab benda ni anak beranak bergaduh pulak.. tak suka lah saya macam tu”.

            “Tak ada lah sayang.. abang bukan nak takutkan Haura tu. Abang nak dia kuatkan semangat aje. Benda ni bukannya apa sangat.. ”.

            Tiba-tiba Encik Loqman tergelak kecil.. membuatkan dahi Puan Zahra berkerut. Kenapa pulak dengan suami dia ni?

            “Kenapa pulak abang ni? Tiba-tiba tergelak pulak. Pelik saya”. Puan Zahra mencebik. Ada lah tu yang suami dia ni nak usikkan. Dah hidup bersama hampir 25 tahun.. dah ada dalam kocek lah perangai suami ni dia.

            “Dulu pun awak macam tu juga sayang.. takut nak kahwin dengan saya ni. Haura ni diwarisi dari awak lah ni”. Encik Loqman menyakat. Suka tengok isteri dia mencebik.

            “Mengada lah abang ni.. mana ada saya takut dulu”.

            “Ye ke? Nak abang ingatkan balik?”

            Puan Zahra mencebik. Ada-ada aje lah abang ni.

            Haura tersenyum. Tengok ibu bapa dia mesra macam ni ada juga timbul niat nak cari ‘Adam’ dia juga. Dari dulu lagi tak pernah sekali dia nampak ibu bapanya bergaduh.. paling teruk pun mama dia merajuk aje. Indahnya kehidupan berumahtangga ni. Ada suami yang sayang... ada tempat untuk dia memberikan sayangnya juga.

            Tapi... betul ke Amar Rifqi tu ‘Adam’ dia? Tulang rusuk dia yang selebihnya? Boleh ke dia kecapi kebahagian seperti yang dilihat di depan mata dia sekarang ni?

            Haura mengeluh.

            Puan Zahra jongket kening pada suaminya.

            “Kenapa ni sayang? Berat aje dengar keluhan tu”. Bahu Haura diusap.. siapa lah yang tak mengeluhkan. Hendak dikahwinkan dengan laki yang dia tak kenal langsung.. mana lah dia tak takut.

            “Kalau sayang tak nak jumpa Amar tak apa.. nanti mama bagitahu Datin Rose. Dia tak kisah lah sayang.. masa majlis nanti boleh jumpa jugakan”. Senyuman diukir untuk anaknya. Dapat lah kurangkan rasa tak enak dalam hati Haura tu.


            Haura telan liur. Jumpa masa majlis? Boleh tak kalau majlis ni tak berlangsung? Dia takut.. dia tak bersedia lagi. Tapi mungkin ke? Wajah mama dan abahnya dipandang.

            Cerianya muka dia orang. Sampai hati ke dia nak hilangkan kecerian diwajah itu? Dia mengeluh lagi. Ya Allah.. teruknya aku ni.. kenapa lah asyik mengeluh aje. Bukannya elok pun.

            Dahi diketuk perlahan. Keputusan dah diambil.

            “Mama.. mama tak payah call Datin Rose... Haura setuju nak jumpa Amar esok”.

            Bibir terukir senyuman lebar.

Mata Puan Zahra terpancar kegembiraan.

            “Betul ke sayang? Sayang berani nak jumpa Amar esok?”

            “Ye lah ma.. Haura cuba beranikan diri. Haura ni bukannya budak-budak lagi kan. Dah sampai masa Haura belajar berdepan dengan semua ni..”. Muka abahnya dipandang. Tersenyum lebar abah bila dengar dia punya keputusan. Ibu bapa mana yang tak gembirakan? Ermm..dia pulak? Gembira ke?

            “Happy betul mama kamu tu Haura?”

            Haura tersenyum. Wajah mamanya dipandang.

            “Mana saya tak happy abang, nak tambah ahli baru dalam keluarga ni. Nanti kalau saya dah tak ada, ada lah yang jaga Haura ni abang”. Tangan anaknya diusap.

            “Ma.. apa ni. Haura tak suka lah mama cakap macam tu”. Bibir dicebik.

            Puan Zahra tersenyum. Tahu sangat yang Huara tak boleh berjauhan dengan dia. Tapi bila dah kahwin nanti tempat seorang isteri ialah di sisi suami dia kan. Anak mama.. anak mama..

            Encik Loqman berdehem.

            “Haura.. ni nombor Amar nanti Haura call dia tanya bila nak berjumpa.. abah serahkan pada Haura semua ni. Jangan tak tanya pulak”. Tukar topik. Tak suka topik tadi.

            Sengihan mengusik dilempar pada Haura. Dah lah anak dia tu dah pucat, tengok sengihan tu lagi lah berdebar jantung dia.

            Puan Zahra tak mampu buat apa dah. Tapi sempat juga dijengkilkan matanya pada suami nakal dia tu. Tak ada kerja lain dah abang ni...

            Haura tersenyum.. mata memandang helaian kecil yang tertulis nombor. Lama berfikir.

 ******

“Assalamualaikum Deena”.

            “Waalaikumsalam. Hah.. sampai pun.. aku ingatkan kau ni dah sesat sampai Kedah tu. Bukan main lama lagi kau biarkan aku tunggukan. Membazir masa aku aje”. Nampak aje Haura.. terus disembur rasa marahnya.

            “Sorry lah.. jammed gila tadi dekat bandar”.

            “Ni last ok.. kalau tak aku tak nak jumpa kau lagi. Lapar aku tunggu kau dari tadi”.

            “Ermm...ok”.

            “Kau nak makan apa? Aku ingat nak order tadi, tapi mana tahu kau nak piih sendiri kan. Selera kau tu berubah-ubah”. Deena tergelak kecil. Dah tahu sangat perangai kawan dia ni macam mana.

            “Ermm.. nanti”.

            Aik? Jawapan sama. Dahi Deena berkerut. Masalah apa pulak ni?

            “Kenapa ni Haura? Ada masalah?”

            Haura hela nafas. Berat.

            “Deena...”.

             Deena pandang Haura. Haura pandang dia. Tunggu siapa nak cakap dulu. Pelik. Lain macam aje Haura hari ni. Ada masalah berat ke?

            “Ermm.. ada apa?” Ditanya juga. Kalau tunggu nanti tak tahu lah kawan dia ni nak cakap ke tak. Dari gaya macam dah melayang jauh aje.

“Kau bagitahu dulu lah... tadi kau cakap ada hal nak bagitahukan”. Masih teragak lagi nak bagitahu cerita dia. Takut dengan reaksi Deena ni nanti.

Aik? Main-main pulak. Apa-apa aje lah. Dah lah tadi ajak jumpa.. boleh pulak dia diamkan. Dalam phone bukan main cakap nak minta pendapat.

          "Aku nak jemput kau datang kenduri rumah aku esok. Boleh aku kenalkan kau dengan sesiap dekat sana". Tergelak kecil.

            “Kau ni pun ada aje nak kenakan aku kan. Aku tak minat lah Deena.. tak nak lah. Kau tak payah nak susah-susahkan diri. Dah sampai jodoh aku nanti ada lah”. Deena ni pun satu.. kenapa lah asyik nak cakap pasal jodoh dia ni. Mentang-mentang lah dah bertunangkan. Untung lah badan.

            “Laarh.. mana ada susah.. gerenti dekat kenduri tu nanti ramai yang usha kau lah Haura.. orang comel macam ni siapa tak suka pandang. Kau aje yang jual mahal”. Tergelak lagi. Tak ada kerja betul kawan Haura ni. Menbuli aje kerja.

            “Dah tak payah...”.

            “Ye lah.. ye lah.. kau ni kan.. geram aku. Bila lah aku nak makan nasi minyak kau kan”.

            Haura mencebik.

           “Eh? Apa kau nak cakap tadi eh?” Baru teringat yang Haura ni pun ada nak cakap sesuatu tadi. Dah lupa nak tanya pulak. Hal jodoh Haura ni lagi menarik nampaknya... tu yang sampai terlupa.

            “Ermm...”. Introduction! Tak tahu nak cakap apa. Tergugup dah Haura ni. Dah gaya bercakap dengan bakal mak mentua pulak, pada hal Deena aje kut. Kawan dia yang tak pernah makan saman ni.

            “Apa yang ermm.. erm..”. Sejak bila pulak kawan aku ni belajar bahasa isyarat? Cakap aje lah bahasa yang semua orang fahamkan...

            “Ada kawan aku ni.. parents dia nak jodohkan dia dengan orang yang dia tak kenal.. masa parents dia bagitahu tu lah dia tahu pasal laki tu. Siapa nama dia, anak siapa. Tapi masalahnya.. dia tak pernah jumpa laki tu pun.. hati dia pun teragak-agak”.

            “Ohh.. then masalah dia apa?”

            Haura mengeluh. Lambat lah Deena ni hadam masalah tadi tu.

         “Masalahnya dia tersekat.. parents dia nak sangat dia kahwin dengan lelaki tu... tapi dia...”. Dileretkan kata akhir. Terasa berat nak diluahkan.

      “Tapi dia apa? Dia tak boleh nak terima? Tak yakin? Atau takut tak boleh jalankan tanggungjawab lepas kahwin nanti?”

            Haura terkedu.. tahu-tahu aje Deena ni. Pandai aje keluarkan bermacam idea untuk dia kan. Dia pun tak sempat nak fikirkan jawapan bagi soalan Deena tu. Terasa susah pulak.

            “Semua tu lah kut”.

            “Aku tak kenal kawan kau tu Haura..”. Muka Haura dipandang kejap.. Sebelum disambung katanya tadi.

            “Parents kita tahu apa yang terbaik untuk kita Haura... dia yang besarkan kita.. dari kecil lagi... perangai dengan karakter kita semua mak ayah kita tahu.. dia tahu lelaki mana yang boleh terima setiap baik buruk kita.. lelaki mana yang boleh jadi ketua keluarga dan pemimpin kita. Tak ada mak ayah yang nak lepaskan anak dia ke tangan lelaki yang teruk.. Sebab dia tak nak nanti anak dia sendiri hidup terseksa..”.

            “Kena ikut pilihan parents lah jawapannya?”

            “Kau kena timbang dulu baik buruk dia Haura.. apa yang baik kalau ikut.. apa yang tak baiknya kalau ikut.. aku rasa kalau hanya sebab kau tak kenal dia tak ada masalah lah kut.. nanti kau boleh hulurkan salam perkenalankan”.

            Haura tersentak! Macam mana pulak Deena ni tahu dia tengah cakap pasal masalah dia sekarang ni?
            “Eh.. bukan aku punya masalah lah Deena.. kawan aku”.

            “Ye ke? Setahu aku.. kau ni mana ada kawan selain daripada aku yang cun dan comel teramat ni”.
            Haura mencebik. Sempat lagi puji diri sendiri tu. Mengada!

“Habis tu aku nak buat apa sekarang ni Deena?” Diteruskan lagi katanya. Tak puas hati selagi tak dapat banyak cadangan dari kawan dia ni.

“Kau sampai hati ke nak tolak permintaan parents kau tu?”

Haura geleng kepala. Mana sanggup! Tak sampai hati langsung. Kalau boleh dia memang tak nak buat mama dengan abah dia kecewa dengan keputusan yang dia ambil nanti.

Then?”.. Deena berfikir . “Tapi... kalau kau tak yakin nak mulakan hubungan tu.. kau bincang lah baik-baik dengan parents kau. Tak ada parents yang akan paksa anak dia buat apa yang dia tahu dia tak boleh buat. Bincang dulu Haura.. tu aje jalan dia sekarang ni”.

“Aku dah cuba bincang semalam... masa aku cakap aku tak yakin.. aku boleh nampak yang muka abah aku berubah. Dia nak sangat aku ikut rancangan tu.. aku tak sampai hati nak kecewakan dia pulak. Dah banyak abah berkorban untuk aku selama ni”.

Deena ketap bibir. Muka diseriuskan.

“Kau sengajakan Haura? Dah tahu nak pilih apa.. boleh pulak nak tanya aku konon dilema sangat. Kesian aku.. penat fikir semua cadangan tadi tu. Tapi semua pun tak guna.. menbazir air liur aku aje”. Muka dah monyok. Geram!

Haura tergelak kecil. Bukan nak menyusahkan.. tapi dia masih teragak..

“Aku teragak tadi Deena..”.

“Ermm.. so sekarang? Pilihan kau atau parents? Nak korbankan diri kau atau nak nak balas balik segala pengorbanan parents kau?”

Muka Deena ditenung. Pilihan apa yang dia kena pilih ni?

******

Pintu bilik dibuka. Beg diletak atas kerusi mengadap meja solek. Kemudian, tudung dikepala ditanggalkan. Kertas yang ditampal pada cermin diambil.


017-6XXXXX0


Tangan diketuk pada meja berkali-kali. Nak call ke tak ni? Ke cukup dengan hantar mesej aje? Tapi kalau dia tak perasan macam mana? Bukan boleh menimbul masalah ke nanti? Tak nak lah parents dia terlibat nanti.

Lama difikirkan sebelum tangan mula beraksi. Laju aje ditekan screen phone. Ditaip sesuatu. Lepas dah taip, ambil masa lagi. Nak send ke tak?.. ermm..


           Send!


Salam.. bila awak nak jumpa saya? – Haura


Dengupan jantung dah berdegup-degup ni. Takut bukan main lagi. Mana pernah dia mesej lelaki macam tu. Ni first time kut. Pecah rekod ni...


Haura? Haura mana pulak ni??


Aik? Tak kan salah nombor pulak. Dahi berkerut. Tapi tangan dicapai juga kertas yang tercatit nombor tu. Double check.. salah hantar nanti malu aje kut. Hah.. betul lah. Tak kan lah mama dia tak bagitahu dia nama dia siapa eh? Adoi! Kepala digaru.. nak reply apa pulak ni.


Anak Encik Loqman dan Puan Zahra....


Woi.. kau jangan main-main eh..
bila masa pulak aku kenal dua nama tu?


Haura tepuk dahi.. kalau tak kenal nama dia tu boleh faham lagi lah. Ni nama mama dengan abah dia pun lelaki ni tak kenal. Apa pulak nak balas kali ni?


Calon isteri awak....


Muka ditutup dengan telapak tangan. Tangan diletak pada button send. Dia sendiri pun takut nak tengok tangan dia tekan send tu. Lepas dah ditekan pun bukannya dah reda takut tu. Makin takut ada lah.. macam mana lah reaksi lelaki tu nanti. Berdoa aje lah yang dia ni tak lah jenis makin hamun orang.


Ohh. kau ke? Apa hal mesej ni?


Hah? Bukan aku dah bagitahu tadi ke? Tak kan lah lepas tanya siapa aku ni, dia terus dah lupa pertanyaan awal tadi tu? Buat aku makin takut aje lah dia ni pun.


Saya tanya tadi bila awak nak jumpa saya? Tu syarat awakkan.


Pasal tu ke. Ermmm... apa kata kita main satu permainan?


Permainan? Masa kecil dulu tak puas main ke? Ada ke dah besar ni nak menyusahkan orang lain join game dia pulak. Kepala digaru. Ingatkan tadi mesej nak bagitahu aje.. ni dah meleret pulak. Redha aje lah.


Permainan apa?


Kali ni lama ditunggu. Apa pulak yang dia nak balas kali ni.. jangan lah yang merapu punya lagi... penat nak layan.


Syarat sebelum ni tak perlu ikut... ada syarat baru untuk kau...


Mata Haura membulat. Syarat apa pulak ni? Dia nak main-mainkan aku ke? Mama cakap dia ni baik.. tapi gaya macam kejam aje.. adoi! Apa nak buat ni? Tak kan lah nak biarkan dia batalkan perancangan parents dia orang ni. Tak nak lah orang sekeliling dia bersedih pulak nanti... Masalah baru lagi..


p/s : sorry kalau xberapa entry kali ni.. ermm... nak jdkan cerpen ke apa? blh ikut x cerita Amar dgn Haura ni? ..byk tnya pulak kan..(',')
enjoy baca! ...rajin2 la komen dkt bawah.. blh berkenalan nanti... nak kenal juga siapa yg rajin baca dkt sini. (jangan malu2 k). hehe.. thanks! 
^_^

Friday, 10 May 2013

ponn..pon.. berita baik.. berita baik..

Friday, 10 May 2013
. . .

Hai assalamualaikum semua...

[intro] dup dup dup dup.. 

sejak hantar manuskrip Pelindung Cinta! ni hari2 dah jd penunggu setia depan yahoo mail tu.. hari ni buka mcm biasa lah nk check emel... terkejut sgt2 bila nampak emel dari KaryaSeni... wahh.. rasa nak menangis ni.. akhirnya yg ditunggu dpt juga respon... hehe.. ni apa yg emel tu sampaikan.. jeng3

***

~~Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita Dimaklumkan Bahawa Manuskrip PELINDUNG CINTA! Lulus Bagi Penilaian Terbit. (yes999!!!)~~


finally.. bersyukur sgt2... dpt juga jumpa PC versi bercetakkan... thanks untuk semua yg tggu cerita ni.. nanti dpt peluk Raed n Naural... inshallah

^_^

***




Friday, 3 May 2013

Dia. . Tutorku?? 6

Friday, 3 May 2013
. . .


Dua tahun berlalu...

 “Saya nak semua dokumen tu ada atas meja saya hari ni juga... jangan berangan nak balik, kalau tak siap lagi”. Ajad bersuara tegas.
            Gadis yang berdiri depan dia ni hanya berani mengangguk. Tak berani nak lawan kata walaupun ada rasa banyak tak puas hati. Berlalu lepas dah terima semua arahan. Pintu tertutup aje, dia mengeluh.
            “Kenapa?”
            “Bos kesayangan ramai tu lah... ada ke dia suruh aku siapkan dokumen ni hari ni juga. Aku tak puas hati betul lah”. Depan Mariah juga lah dia berani luahkan semua ni. Depan Ajad tadi menikus.
            “Dia bukan macam tu la Tiq, sejak isteri dia pergi dia mula berubah”.
            “Isteri dia tinggalkan dia ke?” Suara mula berbisik. Gosip panas! Kenapa lah baru hari ni dia dengar hal ni. Tapi logik lah, sebab dia pun agak baru juga. Baru lima bulan mula join company ni.
            “Aku dengar macam tu lah”.
            “Mana kau tahu?”
            “Ada staff sini juga yang cerita...” Mulut bercakap Mariah ni, tapi tangan dia bergerak. Tak lah macam kawan dia yang seorang ni.
            “Apa punca isteri bos tinggalkan dia?” Nak korek lagi.
            “Dari mata aku ni lah.. dulu masa bos baru kahwin dengan isteri dia, dia hari-hari pun suka melenting juga. Macam nak lepaskan stress.. so aku buat andaian maybe dia tak suka dengan perkahwinan dia. Isteri dia tu pun muda kalau tak silap aku lah.. beza bertahun juga dengan bos tu. Maybe sebab tu kut.. maybe bos tak suka perempuan muda”. Pandai betul Mariah ni buat andaiankan.
            “Ohhh... dia orang dah cerai ke?”
            “Ermm... enta... boss?”
            “Buat apa awak nak tahu? Kerja tadi dah siap ke? Ada masa pulak nak bergosipkan?” Suara Ajad kuat mencelah.
            “Hah... bos”. Tu lah. Kan dah menggelabah. Tadi bukan main suka bergosip. Datang tuan badan tahu pulak nak takutkan.
            “Buat kerja awak cepat... pukul 5 ni dah ada atas meja saya”.
            “Hah? Pukul 5 bos?”
            Dah mula mengelabah. Dah lah banyak ni.. sempat ke?
            Ajad buat tak dengar. Dia mula melangkah pergi. Eryna.. mana awak sayang...

 ******
“Kau ok tak ni Ajad?”
            “Ermm..”.
            Hah? Ermmm? Apa pulak lah yang si Ajad ni nak sampaikan. Kau orang faham tak?
            “Tak ada apa lah Zaf, aku gerak dulu”. Kerusi ditolak. Mood nak dinner betul-betul dah mati.
            Zafri hanya mampu mengeluh aje lah. Tak tahu nak buat macam mana lagi dengan Ajad ni. Makin hari makin ‘hilang’ kawan dia ni.
            Zafri terkejut! Kenapa tiba-tiba ni?
            “Ajad? Bukan tadi kau da...”. Katanya mati. Telapak tangan Ajad dah tutup rapat mulut Zafri ni. Tak bagi kawan dia ni cakap langsung. 

             Aik? Tadi dah bangun nak pergi.. asal tiba-tiba duduk balik?
            “Shushh... jangan bising”. Mata memandang ke belakang. Ada sesuatu yang sangat menarik minat dia.
            “Le...paskan.. ta..tangan.. ka..kau”. Susah juga lah si Zafri ni nak habiskan sepotong ayat tu. Terasa juga lah macam detik yang sangat mencabar dalam hidup dia masa tu. Dah lah cakap berbisik. Ajad ni pun boleh pulak makin kuatkan cengkaman tangan dia. Menyeksakan!
            “Hah.. ok”. Bercakap, tapi mata masih tepat pada ‘sesuatu’ tu.
            “Kau tengok apa?” Kepala ditoleh. Apa yang Ajad ni tengok sampai hajat nak balik tadi pun tergendala? Mesti ada something ni.
           Menarik. Makin lama makin kagum dia dengan kawan dia ni.  Dari bulat mata, boleh terus tukar jadi sepet. Satu hal lepas dah sepet, jadi mata macam bentuk senyuman tu. Apalah yang menarik pandangan Ajad ni. Dia menoleh lagi.
            Gadis tu ke yang dari tadi jadi tumpuan mata Ajad ni? Ermm... not bad!
          Tapi... bukan dah bertahun ke Ajad ni tunggu isteri dia? Tak kan lah sebab gadis tu dia sanggup berpaling tadahkan. Tapi logik juga lah... dah gadis tu pun cantik. Kalau bukan disebabkan dia dah bertunang, mesti dia tumpang sekaki sekali pikat usha gadis tu. Cepat goyahnya hati Zafri ni kan.
            “Kau tengok dia ke?”
            “Ermm...”. Tak sedar pun apa yang dia jawab sekarang ni.
            “Siapa dia tu? Kau suka dia?”
            “Ermm...”.
        Mata Zafri dah membulat! Serius? Pandainya aku ni kan. Pandai aje teka perasaan Ajad sekarang ni. Dah boleh bukak klinik meneka perasaan yang dah diimpikan dari umur dia 3 tahun ni.
Berangan.. berangan.. ada juga eh lelaki macam ni.
“Kau dah lupakan isteri kau ke?”
Ermm...”.
Mendengarkan jawapan tu. Makin membulat lah mata Zafri ni. Paparazi betul lah.
Hishh...”.
Peka aje Zafri ni dengar rungutan Ajad tu. Mata dia mengalih pandang pada gadis yang dari tadi Ajad perhatikan.
Ermm... dagu disentuh. Gaya nak menganalisis lah tu. Nampak sangat lah yang kawan Ajad ni salah pilih bidang kerja.
Hasilnya, Zafri dapat simpulkan yang ‘hishh’ yang keluar dari mulut Ajad tadi disebabkan cemburu. Cemburu sebab laki lain yang duduk semeja dengan gadis tu. Dah lah dari tadi nampak gaya laki tu nak menggoda si gadis aje. Memang patut lah Ajad marahkan.
“Kau jeles ke?”
Hah? Apa kau cakap?” Wahh... kali ni barulah muka Zafri ni Ajad pandang. Baru dengarlah kut?
“Aku tanya yang kau ni..”. Mati lagi kata-kata dia.
“Ajad? Ajad?” Panggil-panggil pun tak pandang.
“Kejap..”. Mulut Zafri membulat. Bangun pulak. Jangan kang dia datang duduk balik dah lah. Tapi tak kut.. sebab dia tengah hampiri pasangan tu. Adoi Ajad.. jangan lah kau nak buat scene gaduh dekat sini pulak.
“Ajad!!” Harap dengan menjerit tu dapat elakkan pergaduhan berlaku ke Zafri?
Ajad kerut dahi. Apa pulak masalah kawan aku ni. Spoil lah!
Ajad menoleh... ada lain yang lebih menarik perhatian dia sekarang ni.
Menoleh aje.. dia terkedu.
Mata tu tepat memandang ke arah dia. Tak kan lah disebabkan jeritan Zafri tu dia dah mula jadi tumpuan eh?
Mata tu... mata tu... kenapa dia menangis?
“Eryna? You ok?”
Dada Ajad turun naik. Geram! Apa hak kau nak sentuh tangan isteri aku? Tangannya digenggam kuat. Nak ditepis tangan lelaki tu dia takut. Takut dengan pandangan Eryna yang tajam.
“Tak ada apa. Dah jom lah”. Eryna mula menoleh. Tolong.. jangan datang singgah lagi kenangan. Pergi jauh-jauh.. Air mata diseka.
Pandangan mata dialih ke arah lain.
Ajad beranikan diri. Mula hampiri pasangan tu.

“Tapi... ermm.. you kenal dia ke?”
Eryna diam. Dah tak sanggup pandang luka lama.
“Tak...”.
Ajad terkedu!

“Awak tak kenal saya Eryna? Suami awak?”
Eryna terhenti.

“Suami? Bila masa you kahwin?” Fizikal Ajad dipandang. Atas bawah. Lelaki ni suami Eryna?
I tak pernah kahwinlah Daniel. Dah lah jom pergi”. Langkah diteruskan. Dada disentuh. Sakitnya..
“Sampai hati sayang... sampai hati sayang..”. Sebak. Terkejut Eryna sanggup menipu. Kenapa? Selama ni memang Eryna tak anggap dia sebagai suami dah ke? Perkahwinan dorang.. dia dah lupakan ke?
Wei.. kenapa Ajad? Siapa dia tu?” Bahu Ajad disentuh. 
            “Isteri aku...”.
            “Isteri kau? Mana?" Pandang kiri kanan. Mencari.
            “Dia dah pergi".
           “Larhh". Eryna ke perempuan yang Ajad pandang dari tadi tu. Patutlah. "Dia marah lagi ke? ” Zafri ni aje yang tahu cerita sebenar hubungan suami isteri ni.
            “Sangat. Sampai dia dah lupakan aku. Perkahwinan kitaorang".
            “Memang patut pun”.
          "Kau sengaja nak cari pasal ke huh?” Tangan digempal. Janganlah nak cari pasal dengan Ajad masa emosi dia tak stabil ni. Ada ungu biji mata nanti/
            “Dah kau yang suruh dia pergi kan.. mestilah dia ingat kau dah buang dia. Kalau aku jadi Eryna pun mesti buat macam tu juga”. Kawan memang kawan. Tapi hal yang satu ni dia tak pernah setuju. Dari dulu.
            “Aku tak pernah buang dia Zaf. Aku sayang dia sangat. Kau pun nampak penderitaan aku selama ni kan. Selama dia pergi ni”.
            “Habis tu macam mana sekarang. kau nak pikat dia balik?”
            “Eentah”. Dia blank!
           “Hah? Tak kan lepas bertahun kau cari dia sekarang kau nak biarkan dia pergi lagi? Cukuplah dengan kehidupan kau yang sedih ni.. pergilah cari cinta kau Ajad.. jangan lepaskan dia lagi”.
            Ajad terdiam
            “Tapi macam mana? Aku tak tahu”.

 ******
Pagi yang indah. Ye lah kut? Tapi seindah tu ke rasa hati Eryna? Ke masih ingat lagi kes semalam? Dah lah sejak jumpa Ajad dengupan jantung dia jadi tak tak betul. Dengupan pun dah tak seirama.
            “Cik Eryna.. selamat pagi”. Senyuman diukir. Bos datang kut. Kena lah senyum manis sikit.
            “Pagi.. fail yang saya nak dah ada atas meja saya?”
            “Dah cik...”. Pagi-pagi bukan main semangat suara PA Eryna ni.
            “Ermm... next week papa saya dah mula masuk.. lepas ni tak payah lah awak nak mengadap muka saya lagi”. Gelak berbunyi.
            “Hah? Habis tu cik buat apa pulak lepas ni?” Bukan cik Eryna ni ambil alih terus ke legasi papa dia? Ingatkan ayah dia dah bersara. Belum eh?
            “Saya belum habis belajar lagilah Adeela.. lepas ni nak sambung balik. Banyak dah tertinggal ni”.
            “Ohh.. ok cik Eryna..”.
            Baru Eryna nak melangkah masuk..
            “Cik.. kejap.. tadi ada yang bagi bunga ni. Siap ada kad lagi”.
            Dahi Eryna berkerut. Dah tiga bulan aku ganti papa tak pernah pulak ada insan yang baik hati bagi bunga ni.
            “Lili... pink.. cantiknyaa..”. Bunga dihidu. Wangi ke?
            “Siapa yang bagi? Awak nampak?”
            “Tak pulak.. pagi-pagi dah ada atas meja saya.. siap dengan note lagi”.
            “Note?”
            “Haah.. ni .. bukan main wangi lagi..”. Sengih mengusik.

             Untuk kekasih hati saya... harap awak suka :) 

            Diangkat aje muka.. dah terpandang Adeela dengan duk sengih-sengih. Adalah cerita baru dia nak gosipkan nanti. Nasib badanlah.. siapa suruh bujang lagi..
            “Jangan nak gosipkan benda ni sudah..”. Siap bagi peringatan sebelum masuk bilik ni. Tapi Adeela ni mana lah takut sangat.. dia dah kira rapat kut dengan boss dia ni. Sekadar bergurau dengan usik-mengusik tu tak ada lah sampai kena pecat.
            “Lepas cik habis ni nanti.. dah tak adalah bunga atas meja saya ni”. Tergelak-gelak.
         “Deela!! buat kerja awak”. Pintu ditutup. Segan. Dah lah kantoi depan pekerja sendiri. Mana nak sorok muka ni? Orang ni pun satu.. yang pergi gatal hantar bunga ni kenapa? Tapi siapa tuan bunga ni?

p/s : Adoi.. mcm mana ni? Ingatkan blh habiskan cerita ni.. tp xhbis2 lg.. lagi 1 atau 2 entry la kut..tak buat pnjg pn cerita ni... 
ermm...bkn main susah nak dtg idea skrg ni.. thanks semua yg rajin tggu nak baca cerita ni.. ^_^


Kehidupan seorang penulis © 2014