Friday, 16 August 2013

Kisah Kita 03

Friday, 16 August 2013
. . .

Hari mata Haura ni dah macam panda. Tak cukup tidur semalam, sepanjang malam duk fikirkan syarat baru ‘bakal suami’ dia tu. Kejam! Nak bagi tahu mama dengan abah macam mana ni? Satu bilik ditawafnya..

            “Sayang dah bangun tak ni? Kenapa tak keluar lagi ni?”

            Dada dipegang. Ya Allah mama ni pun.. buat dia terkejut aje.. tiba-tiba aje ketuk pintu macam tu. Serius terperanjat.

            “Kejap mama.. nanti Haura turun”. Dijerit balik..

            “Ermm.. cepat sikit sayang.. abang dah tunggu nak sarapan sama tu.. jangan lambat pulak”.

            “Baik ma!”

        Berlegar-legar Haura ni depan katil... apa nak cakap nanti ni? Dia cakap jangan bagi tahu sesiapa.. masih teringat lagi mesej terakhir yang dia dapat dari lelaki tu..


            Pergi Melaka untuk 2 bulan.. cari aku dekat sana.. kalau kau tak jumpa aku dalam tempoh tu majlis tu automatik batal.. jangan bagi tahu sesiapa.. jangan gatal nak pergi cari gambar aku pulak... jangan memandai nak tanya parents aku... pandai-pandai lah kau bagi tahu parents kau tu.. yang penting dia orang tak tahu hal sebenar.. good luck!


            Hah? Kecil sangat lah Melaka tu kan. 2 bulan? Aku nak tinggal dekat mana pulak selama dua bulan tu? Masalah besar ni.. kolej pulak... macam mana ni? Adoi! Dia ni memang sengaja nak kenakan orang lah.

           
            Bila saya kena pergi sana?


            Esok!


         Ni lagi lah Kejam... kepala digaru lagi. Habis lah riwayat Haura. Dia mana lah pernah berjauhan dengan famili dia. Masa belajar pun, orang lain duduk hostel dia pulak tak. Rela lagi papa upah driver khas untuk hantar dengan ambil dia pergi kelas. Mama kasi dia pergi ke? Alah.. tak payah tanya pun tak apa Naural.. memang dah jelas sungguh jawapannya. Tak!


****

“Kenapa lambat turun ni?” Muka anak gadisnya dipandang. Keruh aje muka tu.. ada masalah ke? Sejak abah dia sebut hal jodoh tu, memanjang aje anak dia ni gaya ada masalah berat menimpa bahu dia tu.

           “Sorry abah.. mama..”. Kerusi berhadapan mamanya ditarik.. sarapan atas meja dipandang. Bau wangi macam mana pun, tak mampu naikkan selera makan dia.. dah tertutup terus ni. Ni sebab ‘bakal menantu mama dengan abah’ tu ler.

            “Kenapa pandang aje lauk tu.. makan lah Haura. Kamu suka nasi lemak mama ni kan, bukan main lagi semalam dia minta mama buatkan.. hari ni dah ada boleh pulak dia tenung aje makanan depan dia tu”. Pinggan depan Naural dicapai sendiri. Kalau nak tunggu anak dia ni serahkan, tahun depan lah gamatnya.

          Haura tersenyum. Tutup rasa gugup dia. Kan dah kena tegur dengan mama. Tu lah.. termenung lagi depan rezeki.. elok sangat lah tu. Pinggan dia ditangan  Puan Zahra dipandang. Baik betul layanan mama ni. First class.

            “Dah call Amar tak?”

            Haura tersedak. Cepat aje gelas air putih dengan mata dicapai. Dengar satu soalan dari abah aje dah jadi macam tu. Terkejut.

            “Abang.. jangan lah tanya sekarang. Kan Haura tengah makan tu”. Kesian pulak tengok anak dia ni. Muda lagi dah terlibat dalam rancangan mereka. Tapi kalau nak batalkan memang lah tak elok. Janji kena ditunaikan.

            “Baik saya tanya sekarang.. nanti Dato’ Shamsul call ada lah jawapan abang nak bagi tahu dia. Tak baik biarkan dia tunggu lama Haura.. kalau kamu dah ada keputusan baik bagi tahu sekarang. Jangan buat ramai yang tertunggu-tunggu”. Dipandang anaknya yang pura-pura khusyuk makan nasi tu. Nampak sangat fikiran dah jauh melayang. Bukan dia tak kenal anak perempuan dia ni. Dari kecil dijaga.

              “Haura dah ada keputusan ke?”

         "Hah? Apa abah?" Kan dah kata termenung. Tu yang dia tak dengar. Encik Loqman menggeleng. Apalah yang difikirkan sangat tu.

            “Hishh, mana dah Naural pergi ni? Tu lah termenung lagi, mana nak dengar soalan abah tadi tu”.

            Haura tarik sengihan malu. Bukan sengaja nak termenung, dah tiba-tiba fikiran dia melayang.. dia layan aje lah kan.

            “Haura dah ada keputusan ke belum ni?” Sekali lagi diulang soalannya sama. Sebagai bapa dalam hal nak menjodohkan anak ni, kena lah tanya keputusan tuan badan dulu. Dia tak nak lah main melulu menyatakan ya. Nanti yang merana hidup dengan lelaki tu bukannya dia, tapi Haura anak dia juga. Naya tu.

            Haura tarik nafas. Berat.

           “Abah boleh bagi Haura masa dua bulan?”

            Dahi Puan Zahra dengan Encik Loqman berkerut. Saling memandang kemudian. Ada apa-apa yang dorang tak tahu ke?

         “Untuk apa dua bulan tu Haura?” Puan Zahra mula bertanya. Dari tadi dia biarkan aje perbualan dua beranak ni. Tapi sekarang dirasakan dia yang perlu mula bertanya pulak. Rentak mula berubah.

            Kelihatan raut Haura mula berubah. Tak tahu apa yang nak dikhabarkan kepada mama dengan abah. Tak akan lah nak menipu pulak. Tapi.. dah terang-terang dalam mesej lelaki tu mention jangan bagi tahu sesiapakan. Alaarh.. macam mana ni? Kalau bagi tahu mama, dia tahu tak rasanya? Tak sanggup lah nak menipu, mesti mama dengan abah tahu punya nanti. Dia mana lah pandai menipu. Reaksi muka dia mudah sangat dibaca.

            “Haura nak masa lebih untuk buat keputusan ma..”. Perlahan aje dituturkan. Sepatah-sepatah. Siap dengan muka ditundukkan. Takut sebenarnya.. takut dengan reaksi dari abah dengan mama dia. Tak tahu lah apa yang dorang tengah fikirkan sekarang ni.

            “Kenapa kena sampai dua bulan? Tak lama sangat ke?”

          Haura angkat muka. Muka Puan Zahra dipandang. Dia cuba ukir senyuman semanis boleh untuk mamanya walaupun saat tu memang sukar rasanya senyuman hendak diukir.

            “Haura nak prepare mama.. dua bulan tu tak lama rasanya...”. Lembut aje pertuturan anak gadis Encik Loqman ni. Memang dari kecil lagi Haura ni jenis yang lembut hatinya, mungkin ada lah sebabnya tu dia minta dua bulan ni. Ye lah.. kes kahwin ni perkara seriuskan.

            “Kena dua bulan juga? Sebulan aje tak boleh ke Haura?” Puan Zahra cuba berunding. Risau juga kalau belah lelaki sana tertunggu-tunggu lama jawapan dari anak gadis dia ni.

            “Dua bulan aje yang Haura minta ma, abah. Lepas dua bulan tu, insya-Allah Haura akan bagi jawapan gembira untuk semua yang tertunggu-tunggu. Haura tak nak terburu-buru bagi jawapan mama. Haura nak bersedia, tenangkan fikiran ni. Banyak sangat benda nak kena fikirkan nanti. Lagi pun, Haura tak kenal lelaki tu pun kan”. Rasanya, cukup kut semua alasan yang dia bagi ni. Tapi kalau tak cukup juga.. tak tahu lah. Otak dia ni dah tak boleh nak fikir apa-apa jawapan lain lagi.

         Puan Zahra mengeluh. Suaminya yang dari tadi jadi pendengar dipandang. Kening dijongketkan tanya ‘macam mana ni abang’. Tapi Encik Loqman tenang aje, dia boleh lagi tersenyum tengok isteri dia.

            “Dua bulan aje kan Haura?” Soalan pertama yang keluar dari bibir Encik Loqman memang buat isteri dia terkedu.

            “Ye abah.. dua bulan aje, lepas tu Haura balik dengan jawapan tu sekali..”. Haura matikan kata. Tadi dia kata apa eh? Ohh.. no! Jangan cakap dia dah terlepas kata. Ada ke tadi dia guna perkataan ‘balik’? Kalau ada memang habis lah dia kena sesi soal-menyoal dengan mama dia selama tiga hari empat malam. Kena cuci otak tu.

            “Balik?” Kan dah kata! Puan Zahra memang terkejut betul bila dengan kata Haura tadi. Kali ni apa pulak yang anak dia nak? Mesti ada lagi tu yang dia tak habis cerita. Dari riak wajah dia pun dah tahu.

            “Ada apa-apa lagi yang mama tak tahu ke? Ada lagi yang Haura simpan dari mama dengan abah?” Penuh curiga Puan Zahra bertanya. Mana lah anak dia ni tahu simpan apa-apa dengan dia sebelum ni. Kalau ada pun, memang tak lama. Mesti cepat aje Haura ni ceritakan.

            Haura tarik nafas. Panjang. Muka abah dengan mama depan mata dipandang silih berganti. Risau juga nak luahkan apa yang ada dalam hati dia ni. Takut dengan jawapan yang dia akan terima nanti.

            “Apa yang susah sangat tu? Berat sangat ke masalah tu Haura?” Encik Loqman mula risau.

         “Tak ada lah pa.. tak susah pun..”. Yup! Memang tak susah kalau dia ni berani, tapi masalahnya. Dia. Tak. Berani. Mama mana pernah kasi dia duduk berjauhan dari keluarga. Tak nak nanti ada salah faham pulak yang muncul.

            “Bagi tahu aje sayang.. apa yang berat sangat tu. Sampai keluhan yang keluar tu pun dengar berat sangat. Mama tak marah lah, jangan risau”.

            Haura bukan risaukan mama dia marah. Memang dirasakan mama patut marah pun. Dia tak mama dengan abah risau aje.

            “Boleh tak.. Haura nak pergi Melaka ma”. Jari dimainkan. Wajah menunduk dari tadi. Tutur kata pun ditutur perlahan.

            “Melaka? Jauh tu sayang.. nak buat apa pergi sana?”

            “Haura nak pergi tenangkan perasaan dekat sana.. boleh tak ma?”

          Bila dengarkan keluhan yang keluar dari bibir Puan Zahra, makin dipagut rasa bersalah jadinya. Dia bukan nak sangat pergi Melaka tu pun.. tapi dia terpaksa. Tapi.. macam mana nak terangkan semua tu pada mama dia. Dah awal-awal lagi ‘bakal tunang’ dia tu bagi warning.

            “Ma.. Haura..”.

          “Kenapa kena sampai ke Melaka sayang? Dekat rumah ni tak boleh tenangkan fikiran ke? Buat apa sampai nak pergi jauh ni..”. Makin risau jadinya hati dia. Tak pernah-pernah anak dia minta berjauhan dengan keluarga. Tiba-tiba hari ni dia minta pulak, ada apa-apa yang terjadi diluar pengetahuan dia ke?

            “Rumah ni bagi ketenangan pada Haura ma, dengan mama dengan abah yang selalu ada disebelah Haura masa Haura susah. Tapi kali ni aje ma, kali ni aje Haura minta. Haura nak tukar angin..”. Muka mamanya dipandang dengan pandangan mengharap.

            “Haura janji lepas ni Haura tak akan minta apa-apa lagi pada mama dengan papa. Haura janji lepas ni apa aje yang mama dengan abah minta, Haura akan turutkan.. Haura tahu mama risau Haura keluar, tapi ma dekat Melaka tu nanti Haura tumpang rumah kawan. Haura bukan tinggal sorang diri pun. Haura tahu mama risau, tolong ma.. kali ni aje..”. Dia mula merayu. Bukan mendesak, tapi mengharap Puan Zahra faham akan keadaan dia sekarang ni.

            Puan Zahra kesat air mata yang baru ingin mengalir. Dia tahu Haura ni anak yang baik.. mendengar kata. Tak pernah sekali pun ada yang dia suruh tak diikutinya. Tapi kali ni.. biarkan Haura pergi jauh, dia sanggup ke? Anak yang selalu ada sebelah dia, anak yang selalu ada depan mata dia minta izin nak pergi jauh.. sanggup ke dia sebagai ibu nak lepaskan?

            Raut suaminya disebelah dipandang.

            “Berapa lama Haura nak duduk Melaka tu?”

            Dengarkan soalan dari mulut papa dia, memang buat Haura rasa nak melompat riang. Tapi.. bila melihat raut sedih mama dan abah buatkan hati dia terusik juga.

            “Dua bulan abah...”.

         “Apa yang Haura cari dekat sana? Jawapan dan ketenangan aje? Ada apa-apa yang abah dengan mama tak tahu lagi ke?”

            Haura terdiam. Terkedu. Papa dah tahu ke?

            “Ermm... abah sebenarnya..”.

            “Haura tak boleh nak bagi tahu? Macam tu?” Belum habis lagi Haura berkata, Encik Loqman dah memotong. Dah boleh agak apa yang nak disampaikan oleh anaknya.

            Haura mengangguk kepala. Puan Zahra yang melihat, dah jadi makin bertambah risau. Dua bulan tu anak dia nak pergi ke Melaka. Selama dua bulan juga, mereka berjauhan, dengan tak tahu apa tujuan lain anak dia pergi ke sana. Boleh ke dia lepaskan macam tu aje?

            “Buat masa ni Haura tak boleh bagi tahu abah, ma. Tapi Haura janji yang Haura pergi sana bukan untuk buat benda yang tak seononh. Lepas kembalinya Haura nanti, Huara akan ceritakan semua pada abah dengan ma. Dari A sampai Z, tak akan ada yang dirahsiakan lagi. Haura pergi tak lama pun.. dua bulan aje tempoh yang Haura minta. Lepas dua bulan tu nanti, Haura akan kahwin dengan pilihan abah tu, Haura janji akan ikut semua yang abah dengan mama dan aturkan untuk Haura. Lagi pun dekat sana nanti Haura akan tinggal dengan bestfriend Haura.. dia ada untuk Haura nanti. Haura pun dah besarkan, kali ni aje abah. Kali ni aje”. Hati gusar Encik Loqman dan Puan Zahra kena ditenangkan. Dia tak nak pemergian dia yang seketika ini membuatkan banyak pihak terasa. Ada alasan dia perlu pergi. Alasan tu pun berpunca dari lelaki yang menjadi pilihan abah dia. Sebab itu dia kena pergi.. kalau tak mesti ada hati yang terluka nanti.


****

“Abang.. betul ke abah nak biarkan Huara pergi?” Tersedu-sedu Puan Zahra bertanya. Bayang anaknya yang baru berlalu dipandang. Berat hatinya nak lepaskan Haura pergi.

            “Kenapa? Sayang tak nak lepaskan Haura ke?” Hati ibu mana lah yang tak risaukan. Tapi rasanya.. kali ni dia perlu lepaskan. Mungkin ada perkara penting yang anak dia tu kena uruskan.

            “Dia tak pernah berjauhan dari saya sebelum ni abang..”. Bahu suaminya dipeluk. Takut nak membayangkan perkara yang belum terjadi lagi tu.

            “Sayang... sampai bila aje Haura tu akan duduk dengan kita? Dah sampai masanya nanti kita kena lepaskan dia juga kan..”. Air mata isterinya diusap lembut.

            “Saya tahu.. tapi belum masanya lagi.. Haura belum bersedia lagi, dekat sana pun mana ada yang nak tolong tengokkan anak kita nanti abang”. Risaunya bukan main lagi mama Haura ni.

            Encik Loqman tersenyum aje. Cakap lebih nanti, makin terusik pulak hati sensitif isteri dia ni.

            “Dia duduk rumah kawan dia sayang.. kawan dia lah yang tolong tengokkan nanti”.

            “Tak sama.. sekurang-kurangnya kena ada lelaki yang jaga nak kita tu abang. Apa lah sangat tenaga perempuan kalau ada apa-apa yang tak baik berlaku.. makin risau saya bila fikirkan semua ni..”.

            “Hisshh.. awak ni pun, jangan lah nak fikir yang tak elok macam tu. Kita doakan aje yang terbaik untuk pemergian Haura ni. Doakan urusan dia lancar dekat sana nanti. Tu yang terbaik..”. Tenang aje Encik Loqman berkata.

            “Abang ni nampak dari tadi tenang aje.. abang tak risau ke?” Pelik. Pelik melihat ketenangan suaminya. Dalam keadaan macam ni pun boleh pulak dia tersenyum, berbeza 360 darjah sungguh dengan dia.

            “Abang risau.. bukan tak risau, nak jaga anak-anak perempuan ni macam main layang-layang sayang. Tiupan angin yang terbangkan layang-layang tu, tapi dalam masa yang sama tali layang-layang tu masih dalam pegangan kita lagi. Macam tu juga dengan Haura, kita tak boleh kontrol dia sangat.. kali ni biar dia yang tentukan haluan hidup dia sendiri. Tapi dalam masa yang sama, kita sentiasa ada untuk dia berpegang dan sandar. Awak kena selalu ingat tu...”.



            Puan Zahra diam mendengar. Ada betulnya kata suami dia tu, semuanya betul. Anak perempuan umpama layang-layang? Ermm.. tapi siapa yang akan jadi pemegang tali tu nanti sepanjang Haura di Melaka?




p/s : wahh.. dah lama tak ada yang komen cerita2 baru ni. Nak tahu juga pendapat ramai mengenai cerita ni. Mana kurangnya, boleh tambahkan. Kalau yang tak suka, boleh ubahkan. Apa-apa pun, terima kasih sebab baca :)

Tuesday, 13 August 2013

Teaser Kisah Kita 03

Tuesday, 13 August 2013
. . .

# dah lama rasanya tak masukkan apa-apa cerita kan.. ok enjoy ya cerita terbaru Kisah Kita ni. :) Untuk cerita full.. harap tunggu..


Hari ni mata Haura ni dah serupa panda. Tak cukup tidur. Sepanjang malam duk fikirkan syarat baru 'bakal suami' dia tu. Kejam. Nak bagi tahu mama dengan abah macam mana ni? Satu bilik ditawaf.


            “Sayang dah bangun tak ni? Kenapa tak keluar lagi ni?”

            Dada dipegang. Ya Allah mama ni pun.. buat dia terkejut aje.. tiba-tiba aje ketuk pintu macam tu. Serius terperanjat.

            “Kejap mama.. nanti Haura turun”. Dijerit balik..

            “Ermm.. cepat sikit sayang.. abang dah tunggu nak sarapan sama tu.. jangan lambat pulak”.

            “Baik ma!”

            Berlegar-legar Haura ni depan katil... apa nak cakap nanti ni? Dia cakap jangan bagi tahu sesiapa.. masih teringat lagi mesej terakhir yang dia dapat dari lelaki tu..


            Pergi Melaka untuk 2 bulan.. cari aku dekat sana.. kalau kau tak jumpa aku dalam tempoh tu majlis tu automatik batal.. jangan bagitahu sesiapa.. jangan gatal nak pergi cari gambar aku pulak... jangan memandai nak tanya parents aku... pandai-pandai lah kau bagitahu parents kau tu.. yang penting dia orang tak tahu hal sebenar.. good luck!





            Hah? Kecil sangat lah Melaka tu kan. 2 bulan? Aku nak tinggal dekat mana pulak selama dua bulan tu? Masalah besar ni.. kolej pulak... macam mana ni? Adoi! Dia ni memang sengaja nak kenakan orang lah.



Wednesday, 7 August 2013

Ucapan selamat... dan pertanyaan sikit?

Wednesday, 7 August 2013

****

Assalamualaikum semua.. selamat sejahtera, di kesempatan ni, takut tak sempat nak ucap esokkan.. SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA.. maaf zahir dan batin kiranya ada yang terkurang ke, terguris atau pun ada tanpa sengaja telah melukakan hati sesiapa sepanjang saya menulis ni.. untuk semua yang dah baca full version kisah Raed & Radwa ni terima kasih, terima kasih untuk segala sokongan.. minta maaf jika ada terkurangnya 

"...yang baiknya datang dari Allah SWT, dah kurangnya dari saya..."




Cadangnya lah lepas beberapa raya ni nak buat pertandingan  sikit.. tu pun semua berkaitan dengan novel Pelindung Cinta!.. tapi tu pun kalau tak ada halangannya lah.. insya  allah.. agaknya kalau nak buat pertandingan ni ada ke yang nak join? boleh tinggalkan komen... :)

ohh.. ye.. sekarang ni tengah siapkan manuskrip untuk Love Riddles.. baru half way, so banyak lagi kerja-kerja menaip ni.. ermm.. maybe, dalam beberapa bulan ni xada cerita baru masuk.. atau mungkin ada? yang tu xtahu lagi.. kita tunggu sama2 ya.. (^-^)

# semua tengok belah atas kanan blog ni.. nak berkenalan boleh add facebook saya..

 assalamualaikum.. 

Kehidupan seorang penulis © 2014