Tuesday, 26 March 2013

Love Riddles 29

Tuesday, 26 March 2013
. . .


Naural lari-lari kecil. Lepas dapat jawapan semalam, Naural terus ambil keputusan nak selesaikan teka-teki tu terus. Dah tak nak delay macam dulu lagi. Sebab utama? Dia nak habiskan semua teka-teki tu, nak cari jawapan bagi semua persoalan yang sekarang ni selalu bermain dalam fikiran dia. Tapi ada hikmah dia juga lah, dah semua persoalan ni memenuhi fikiran dia dah tak ada ruang lah untuk fikir pasal Luth lagi kan.

            Mata dia melingas. Walaupun dulu agak selalu juga dia datang padang ni, tapi dia tak pernah pulak nampak pokok yang disebut dalam kertas tu. Yang dia nampak dari tadi hanya pokok yang selalu jadi peneman dia masa nak main gitar. Bila sebut pasal gitar ni, ada lah juga rindu menjengah. Tapi tak apa lah... selesaikan benda ni dulu!

            Tangan dijadikan pelindung mata. Terik! Dah lah sekarang ni dah pukul 11 lebih. Memang patut lah matahari ni tembak pandangan mata dia kan. Pandangan dah jadi kelam, tapi Naural masih mencari.

            “Mana pulak pokok ni?”

 Kaki bergerak-gerak mencari. Tapi dalam masa yang sama mulut tak henti-henti membebel lah.

            “Adoi! Kenapa lah aku selalu kena macam ni kan? Dah lah aku yang terpilih buat semua ni, apa lah salahnya bagi klu yang senang-senang sikit. Kesian kut kepala aku ni”. Kepalanya diusap. Konon nak memujuk lah tu.

            Beg diselongkar. Nak cari balik kertas semalam. Masih tak jumpa lagi. Hati jadi geram. Satu cara aje yang tinggal sekarang ni. Beg diterbalikkan. Habis semua isi dalam beg Naural ni jatuh berselerakan atas rumput. Hanya semata-mata nak cari satu kertas. Rasa tak berbaloi pulak buat macam tu kan. Tapi kalau dah nama pun Nuaral... dia mana nak kisah.

            Lepas dah jumpa dia mula misi mencari balik. Matahari dah tinggi... dia masih dekat tengah padang. Dah lah padang tu besar, dengan ada banyak bahagiannya lagi.

            “Kenapa lah aku tak heret Dila tu datang sini sekali kan?” Masih membebel lagi. Tapi bukan Naural ni tak nak Dila tahu pasal benda ni dulu ke? Kalau diheret Dila tu nanti sanggup ke nak menjawab semua pertanyaan dia?

             Ermm... entah lah.

         Hampir setiap pelosok dan bahagian padang dah dicari. Tapi tak jumpa pun pokok yang dicari. Tinggal satu bahagian lagi... bahagian yang memang banyak pokoknya... dan agak tersorok. Mungkin ada dekat situ kut. Tempat ni juga ada pokok yang Naural ni selalu lepak.

             Satu-satu pokok dicari... tiba-tiba langkah dia kaku. Mata membulat. Pokok tu?

         Pokok tu. Pokok yang rendang tu. Dekat aje kedudukan dia dengan pokok yang jadi tempat sandaran Naural tiap kali dia main gitar. Tapi pokok ni pelik... bukan sebab dia kecil atau rendah. Tapi pokok ni penuh dililit dengan dawai yang hampir dipenuhi dengan manga. Dan setiap manga mengunci setiap bekas kecil yang memang comel. Pandai-pandai lah nak imanginasi macam mana pokok ni eh. Dan... mungkin klu ada dalam salah satu bekas comel tu kut. Tapi... mampu ke Naural ni nak cuba buka setiap manga ni? Dah lah banyak, ada lah hampir seratus rasanya.

Kerja gila! Orang yang betul-betul gila aje nak buat benda ni. Sebab tu lah kut orang ni pilih Naural. Sebab dia pun ada sikit gilanya.

          “Nak unlocked manga ni semua memang lah tak ada masalahnya. Tapi yang jadi masalah utama mana pulak aku nak dapatkan kunci dia kan?” Kepala digaru. Beg diletak bawah. Sakit pulak bahu dari tadi pikul beg ni.

            Kunci!!

 Tangan Naural mengambil segugus kunci tu. Banyak sangat. Tapi tuah dia lah sebab setiap kunci tu dah dilabel nombor sama seperti yang tertera pada manga. Maknanya tak payah lah dia nak cuba setiap kunci pada satu manga kan. Yang mencabarnya hanya nak mencari bekas mana yang berkemungkinan ada klu tu.

            Memang bagus betul hint yang orang tu bagikan. Jangan give up! Sesuai sungguh dengan cik Naural ni.

            Lama juga Naural termenung depan pokok ni. Tadi ada mention yang pokok ni rendangkan. Nak tahu rendah mana tak? Pokok ni sama aje tinggi dengan Naural ni. Agak senang lah kut Naural nak buka semua manga-manga ni.

3.4 saat berlalu...

            Tapi Naural masih lagi termenung. Nak cari ilham kata hatinya. Nak buat strategi macam mana nak pastikan manga mana yang ada klu. Goncang setiap bekas ke? Tapi rasanya tak guna juga.. sebab kalau dalam bekas tu ada kertas kecil aje, kalau goncang boleh dengar apa-apa bunyi ke?

            Lepas diyakini memang tak ada langsung cara lain, Naural mula membuka manga pertama. Manga yang terletak di hujung dawai. Kunci yang dilabel nombor satu digunakan. Kemudian manga kedua... ketiga.. dan seterusnya.

            Tangan dah rasa letih... badan dah berpeluh-peluh. Mata melihat ke arah manga lain yang belum dibuka lagi. Naural mengeluh...

            “Banyaknyaa... bila nak habis ni? Dah lah klu pun tak jumpa lagi... penat..” Dah bercakap, tapi... tangan masih bergerak buka manga lagi.

            “Kan best kalau ada air... haus... haus”. Kesiankan. Naural ni pun kalau dah haus kenapa lah tak berhenti pergi cari air dulu. Ni tak dia tak nak berganjak juga. Mana lah mungkin air turun dari langitkan. Melainkan hujan aje lah.

           Naural bersandar pada pokok besar berdekatan. Nak hilangkan lelah. Nak bangun terasa malas pulak. Memang mana lah pernah Naural ni rajinkan. Kanan dipandang. Kiri pulak. Mata dia membulat.

             Air?!

 Siapa pulak yang letak ni? Tadi ada ke? Jari diletak tepi bibir. Nak ingat balik detik beberapa minit lepas. Tapi memang tak ada rasanya.

            Air botol tu diambil. Perkataan di atas tutup botol dibaca. Memang lah kecil, tapi mata Naural ni masih nampak lah apa yang ditulisnya.


            To Naural...
           good luck.. minum air ni dulu hilangkan dahaga :)


Bibirnya tersenyum. Tak lah kejam sangat orang ni kan. Penutup botol dibuka. Dah tak sabar nak minum. Haus sangat ni, dah lah air ni tengah sejuk. Bestnya!

Dahaga dah hilang... tangan kena lah mula kerjakan. Kalau lambat... makin lama lah dia tersadai dekat sini. Tak nak balik bilik lambat semata-mata nak selesai buka semua manga ni.

            Hampir satu jam berlalu. Tapi disebabkan kepayahan dan juga kerumitan nak buat benda ni Naural rasa dah macam lima jam duduk sini. Tapi apa yang buat dia geram... masih tak jumpa klu seterusnya.. tapi dalam geram ada juga manisnya sebab.... tinggal lagi satu manga aje yang belum dibuka.

            “Bismillah”. Nafas dihela. Rasa teragak juga nak buka benda ni. Ok kalau bekas terakhir ni tak ada juga memang aku potong juga pokok ni karang. Kalau tak nak aku jadi penjenayahkan better ada ok!

            Dah jelas nampak Naural ni geramkan? Dalam geram pun ada comelnya. Sebenarnya tanpa Naural sedar ada yang dah tutup mulut dengan tangan sebab nak tahan gelak. Dari tadi dia perhatikan semua tindak tanduk gadis tu. Comel sangat. Tapi triple comel bila dia start marah-marah..

            “Comelnya awak...”. Perlahan aje dia tuturkan kata tu. Tak nak Naural ni dengar lah. Tambah dia tengah marah ni.. memang tak harap sampai dekat telinga dia pun kata-kata ni.

            “Sabar sayang... sikit aje lagi..”. Kata semangat hanya mampu disampaikan dari jauh. Tapi suka hati dia aje panggil Naural ni ‘sayang’kan. Kalau Naural dengar memang boleh jadi perang lah dekat UKM ni.

            Ralit dipandang Naural yang tengah tutup mata. Pelik juga, tapi mata masih tak lepas pandang. Bibir dari tadi tak lekang tersenyum.

            “Yeay!”

            Bila terdengarkan jeritan tu lagi makin lebar senyuman dia. Akhirnya Naural jumpa juga apa yang dia cari.

        “Congrats sayang...”.  Dia masih lagi sembunyi disebalik pokok-pokok. Masih lagi memandang Naural yang dah mula berlalu pergi. Bila diyakini Naural dah mula menaiki bas, dia keluar dari tempat persembunyian.

            Kepalanya menggeleng.

           “Sayang... sayang... kenapa lah awak tinggalkan botol ni dekat sini”. Dibongkokkan badan.

Bangun aje... tiba-tiba... mata dia membulat. Laju aje dia masuk balik dalam tempat tadi. Nak bersembunyi balik.

Dari tempat persembunyian boleh dengar bunyi tapak kasut.

            “Fuhh... nasib baik sempat turun bas tadi.. kalau tak habis lah gitar aku ni kena curi”.

            Gitar? Telinga dia dengar semua yang Naural bebelkan. Gitar dia tertinggal ke? Cuainya...

        “Aik? Mana botol aku tadi?” Dahi Naural berkerut. Aku dah buang ke eh? Haii... masa ni juga masalah hilang ingatan aku ni datang balik. Dah buang ke belum?

           Botol di tangannya dipandang. Botol ni lah yang Naural carikan. Botol di tangan dengan muka Naural dipandang silih berganti. Dada dah berdegup kencang ni. Baru tadi dia dapat tarik nafas lega sebab sempat bersembunyi tapi sekarang ni jadi cuak balik. Tu lah yang tak sabar keluar awal-awal tu kenapa kan.

            “Hahhh. Lantak lah. Sama ada aku dah buang atau pun angin dah tiup. Nanti ada lah pakcik-pakcik sini kutipkan”. Dia berlalu pergi. Malas dah nak fikir lagi. Baik balik bilik tidur.

            Kali ni bila diyakini 100% yang Naural dah pergi baru dia keluar. Dada diusap. Lega!

****** 

“Naural?”

            “Yup! Kenapa?” Apa kena dengan Dila ni? Lain macam aje muka dia hari ni.

            “Kau ada masalah dengan Luth ke? Dah lama aku tak nampak kau keluar dengan dia”. Rahsia mula dikorek. Sekarang ni memang timing baik punya. Sebab masa peralihan kelas. Ada lagi sejam baru kelas nak mula, tempat dia orang duduk ni pun tak ada orang... memang cantik lah!

            Terdengar keluhan dari bibir Naural. Berat aje kedengaran. Betul-betul ada masalah ni. Betul ke apa yang Amir cakap tu? Naural jeles?

            “Kau jeles dengan Marysa ke?”

           “Hah? Jeles?” Naural buat-buat gelak. Dalam hati ada seribu pertanyaan. Macam mana pulak Dila ni tahu pasal Marysa? Dari Amir ke? Tapi logik juga lah sebab dia orang ni dah mula rapatkan. Ni mesti Luth yang suruhkan.

            Dila pelik. Kenapa pulak Naural gelak? Salah ke andaian Amir tu? Tapi dia cakap Naural mula jauhi Luth bila Marysa ni muncul.

            “Kenapa pulak aku nak jeles dengan Marysa tu Dila?”

            “Sebab kau sukakan Luth”.

            “Aku sukakan Luth?  Sejak bila pulak aku suka Luth ni?”

            Naural ni hilang ingatan lagi ke? Tak kan dia dah lupa hari yang dia cakap nak pertolongan aku tu?

            “Kau yang bagitahu aku. Jangan nak mengelat Naural”.

            “Aku tak mengelat Dila. Cuba kau cakap bila masa aku bagitahu kau aku sukakan Luth?”

         Masing-masing tak nak beralah. Nasib baik tak ada orangkan. Sebab tu lah kut Dila ni cakap ni timing baik. Sebab kalau dia orang ni gaduh... tak ada lah yang menyibuk nak berkumpul tengokkan.

            “Jangan main-main Naural.. aku tahu. Dari muka kau pun boleh nampak dengan jelas”.

            “Kau bukan nujum atau bomoh yang boleh baca kata hati aku Dila”.

“Memag aku bukan.. aku pun tak hingin nak jadi semua tu. Tapi aku ni ada mata Naural... mata aku ni boleh nampak raut kau, tindak tanduk kau yang memang jelas tunjuk kau suka dengan Luth”.

             Naural mengeluh. Kasar!

            “Apa tujuan awak buat semua ni Luth?”

             Dila terkedu! Dah kantoi ke?

          “Saya tak tahu apa permainan awak semua.. apa yang awak rancang, tapi tolong jangan rosakkan persahabatan saya dengan Dila. Saya tak nak gaduh dengan dia hanya disebabkan awak. Kenapa tak nak berdepan dengan saya aje? Kenapa nak guna Dila sebagai orang tengah?” Dari tadi dia dah nampak sebenarnya. Nampak yang Luth, Amir dengan Danny bersembunyi disebalik tiang. Ada empat tiang dekat situ, setiap tiang ada seorang yang bersembunyi belakangnya.

           Luth keluar. Dah tak guna pun nak terus sembunyi. Awal-awal lagi dah kantoikan. Terasa malu pulak.

            “Awak nampak?” Dia berdiri depan Naural yang sedang duduk berdepan Dila. Semua perbualan dia orang tadi, dia dah dengar. Dah memang tak ada cara lain lagi, sebab tu dia terpaksa juga buat semua ni. Kesian pulak dengan Dila ni...

            “Dari awal tadi saya dah nampak. Apa yang awak nak sebenarnya Luth?”

            “Saya nak kemaafan awak”. Kepala ditundukkan. Tak sanggup nak tengok muka Naural.

            “Kemaafan untuk apa? Awak tak pernah buat salah”.

            “Banyak salah saya pada awak Naural.. banyak”.

            “Apa yang banyak tu?” Kali ni boleh pulak dia orang ni cakap lamakan. Selalunya mesti Naural dah bertindak larikan diri. Mungkin dia pun nak selesaikan perkara ni juga kut.

            “Pasal Marysa tu. Tak patut saya tinggalkan awak”.

            Naural ukir senyuman. Dila berpandangan dengan Luth. Apa yang Naural ni fikirkan sampai boleh tersenyum?


            “Dia girlfriend awakkan?”

            “Hah?” Luth terkedu!

            Dila pandang Luth. Betul ke Marysa tu girlfriend Luth? Amir yang masih duduk disebalik tiang pun turut dipandang. Kening diangkat. Dia pun nak kan jawapan juga. Kalau betul lah kan... memang tak patut lah dia tolong Luth ni tadi.

            Naural masih lagi tahan senyuman tadi. Hati dah terasa dirobek. Dari tadi dia harap sangat yang Luth cakap ‘tak’, tapi sampai sekarang masih tak dengar apa-apa jawapan dari bibir laki tu.

            “Diam tu tandanya betul lah kan?”

          Luth masih kaku. Tak ada suara yang kedengaran walaupun bibir dia bergerak-gerak nak menyatakan sesuatu.

            “Awak tak perlukan kemaafan dari saya Luth, awak tak pernah buat salah apa-apa. Saya faham situasi awak. Tapi lepas ni mungkin agak susah kita nak kekal sebagai kawan lagi... polisi saya jauhi laki yang dah berpunya, saya tak ada dapat masalah nanti. Saya harap awak faham polisi saya ni. Tolong jangan mesej saya.. jangan cari saya lagi.. good luck untuk final nanti”. Naural mula menapak. Sebenarnya dia dah tak kuat nak berlama dekat situ. Air mata yang ditahan bila-bila masa aje boleh mengalir.

            Dila tersendak. Macam ni ke pengakhiran kisah Naural dengan Luth ni? Sad ending? Raut Luth dipandang. Dia boleh nampak laki tu pun jelas terkejut dengan apa yang Naural cakap tadi. Tapi kenapa dia tak halang Naural? Kenapa dia biarkan Naural pergi? 


Sunday, 17 March 2013

Love Riddles 28

Sunday, 17 March 2013
. . .


“Kunci? Kunci apa eh?”

            “Kau cakap sorang-sorang ke Naural?” Dari tadi Dila ni duk pandang Naural, tu pun sebab dari dalam kelas lagi seakan dengar aje Naural ni bercakap.

          “Kunci apa eh Dila? Apa yang orang tu nak sampaikan”. Boleh pulak dia tanya Dila yang memang tak tahu apa-apa tu kan.

            “Teka-teki malam tadi tu ke?”

             “Haah”. Sepatah dia jawab. Dahi berkerut-kerut memikirkan jawapan.

           “Siapa yang bagi?” Penuh curiga Dila tanya. Kalau setakat saja-saja tak kan lah Naural ni ambil serius sangat kan. Ni mesti ada benda yang dia nak sorok.

             “Tak ada siapa pun”. Mata pandang arah lain. Takut tertangkap yang dia menipu. Dila ni macam dah syak dia tipu aje.

            “Ye ke? Kalau saja kenapa nak kisah sangat pasal jawapan dia kan”. Suara Dila penuh curiga.  
    
            “Aku saja aje nak tahu, bukan apa pun. Kalau tak dapat juga, nanti aku lupakan lah”. Menipu lagi!  
         
            “Betul ni?”

            “Betul... kalau ada apa-apa mesti aku bagitahu kau kan”.

            “Ermm... ok lah”.

            Dua-dua mula diam. Dila fokus dengan makanan depan mata dia, tapi Naural lain pulak. Dia dari tadi duk fikir pasal kunci tu.

         Kenapa terasa macam tergantung eh? Ke dia yang tak habis baca lagi teka-teki tu? Apa yang tertinggal ni? Macam mana nak menuju ke klu lain kalau yang ni pun macam tergantung aje. Habis lah masalah ingatan Naural ni dah datang balik.

            “Hai Naural... Dila...”. Satu suara tu memang mampu buat Dila terkejut. Tapi Naural biasa aje. Tak sedar lagi kut dengan kehadiran Luth.

            “Eh Luth. Kau dengan siapa ni?” Panjang leher dia pandang belakang. Nak cari kekasih hati lah kan.

            “Tu Amir tengah ambil makanan. Kau baru sampai ke apa?” Bertanya pada Dila, tapi dari tadi mata tak lepas pandang Naural.

            “Tak lah, dah lama juga duduk sini”. Dila pandang Luth dengan Naural silih berganti. Ada masalah apa dia orang ni?

            “Ohhhh”....

         “Nak join duduk sini boleh?” Mata tak lepas lagi pandang Naural. Dia tak puas hati sebenarnya. Sebab dari dia sampai tadi Naural seakan tak sedar. Apa dah jadi sebenarnya? Dia nak tahu sebab Naural seakan nak jauhkan diri dari dia. Kes cafe dulu tu ke?

            “Larrhh. Join aje lah, bukan kena bayar apa-apa pun”. Boleh juga aku duduk dengan Amirkan.

         “Kunci”. Terdengar Naural ni sebut. Tapi perlahan aje.. rasanya Luth aje kut yang boleh dengar. Sebab dia duduk sebelah Naural.

              Mata Luth mengecil. Kunci? Kunci apa? Apa yang Naural ni tengah fikirkan agaknya?

            “Eh Dila. Awak pun ada dekat sini”. Lebar senyuman laki ni. Dia ni agak pemalu sikit lah. Sejak dari perkhemahan lepas Dila ni tunggu Amir ni mulakan dulu, tapi sampai sekarang masih tak ada apa-apa lagi. Sebenarnya Amir ni sukakan Dila ke tak eh?

            “Baru nak makan ke?” Penuh prihatin Dila ni tanya. Walaupun ada lah rasa kecewa juga tapi letak jauh dulu lah. Dia pun tak nak lah main meluru aje.

             “Haah. Kelas baru habis tadi”.

          “Jauh datang makan?” Masih dengar dua orang ni aje yang bercakap. Luth dari tadi tak lepas pandang Naural. Naural pun sekan termenung aje. Tak sedar lagi ke kedatangan dia dekat sini?

            “Bosan dah makan dekat falkuti tu yang datang menyemak falkulti ni. Untung-untung dapat jumpa awak kan”. Bagi hint lagi. Bila nak bertindak luahkan perasaan awak ni Amir? Tak kesian dekat Dila ni ke?

            “Ohh...”. Dila tak nak komen lebih. Dah selalu dengar Amir ni bagi hint macam-macam. Tapi tak tahu lah hint tu nak membawa ke arah apa. Biarkan aje lah. Kalau dia tak luah-luah juga aku terima lah jodoh yang mak aku dah tetapkan tu. Tapi ada ke? Siapa pulak baik hati nak ambil aku jadi isteri kan.

             “Kenapa tu?” Seakan berbisik bertanya. Mulut memuncung ke arah depan.

           Dila turut memandang. Kemudian jongket bahu. Dia pun tak faham apa yang dah berlaku sebenarnya.

            “Luth tak cakap apa ke?” Bisik juga.

            “Pasal apa?”

          “Pasal apa yang jadi depan awak ni lah”. Perlahan aje suara dia orang ni. Konon tak nak bagi Luth dengan Naural dengar lah kut.

            “Ermm... ada lah juga”.

            “Naural jeles ke?”

            “Hah? Jeles!!” Mata membulat.

           Naural menoleh pandang. Baru sedar dari lamunan panjang tadi. Luth pun pandang ke arah Dila juga. Dia dengar jeritan kuat tu tadi, tapi dia tak dengar apa yang Dila ni jeritkan. Amir telan liur. Kenapa lah Dila ni nak menjerit pulak? Kan dah kantoi ni.

            “Kenapa Dila?”

             Dila tersengih-sengih. Nak tutup malu. Tak sangka terkuat pulak dia cakap tadi.

            “Siapa yang jeles?” Naural tanya lagi.

            “Tak ada siapa lah. Amir ni yang jeles”.

             Amir tak puas hati. Dia pulak yang kenakan. Nasib badan lah nampaknya.

            “Amir? Bila pulak Amir ni datang?”

            “Dah lama dah. Kau aje yang duk termenung tadi. Boleh kenyang ke termenung macam tu?”

             Naural mengeluh.

             Luth makin ralit pandang Naural. Apa lah yang Naural ni fikirkan, sampai mengeluh macam tu.

            “Ada masalah ke?”

            “Hah?” Mata Naural membulat. Sejak bila pulak Luth ni duduk sebelah dia? Dah lah dekat pulak tu. Patut lah dari tadi dia terasa macam ada yang perhati.

            “Kenapa? Terkejut saya ada dekat sebelah?” Luth kenyit mata.

            Naural terkedu. Kenapa lah Luth ni suka permainkan perasaan dia? Kalau dah ada yang lain kenapa nak juga cari dia lagi.

            “Dah makan tak?” Luth tak puas hati selagi tak dengar Naural jawab semua soalan dia.

            “Dah...”. Sepatah aje dia jawab sebelum phone dikeluarkan. Cari alasan tak nak terus borak dengan Luth lagi.

            Amir dengan Dila hanya jadi penonton. Drama apa pulak lah yang dia orang ni nak pertontonkan. Isu jeles tadi pun tak terungkai lagi ni. Masalah negara betul!

            “Makan apa?” Ditanya lagi walaupun jelas nampak Naural tak berminat nak cakap dengan dia.

            “Nasi...”.

            “Nasi? Kalau ada makan mana pinggan awak?” Suara cuba ditahan.

            “Orang tu dah ambil tadi”.

         “Bila pulak ada yang ambil, saya dari tadi duduk sini tak nampak pun. Kalau dah ambil lah kan, kenapa pinggan Dila tu dia tak ambil sekali?”

            “Dila makan lambat...”.

             Dahi Dila berkerut. Kenapa aku terkait sekali ni?

            “Awak tipu sayakan? Kenapa nak menipu?”

            Naural menoleh. Mata bertentang mata. Luth jelas nampak tak puas hati, tapi Naural lagi double tak puas hati. Perang dah nak meletus ni.

            “Apa awak nak ni Luth? Boleh tak jangan banyak tanya. Bosan lah”.

            “Bosan? Awak bosan dengan saya?” Luth gelak sinis. Sakit hati dia dengar kata-kata Naural tu.

            “Haah.. saya bosan! Boleh tak dalam satu hari jangan text saya, call saya. Saya tak suka semua tu. Tak payah datang sini nak cari saya, tak payah banyak tanya apa yang saya buat, tak payah nak pura-pura risau pasal saya”.

              Raut Luth mula berubah.

          “Kenapa dengan awak? Sebab saya tinggalkan awak dulu tu ke? Sebab Marysa?” Luth buat andaian. Tu pun sebab nampak jelas yang Naural ni berubah bila Marysa ni muncul.

            Marysa? Nampak sangat aku tengah jeles ke?

          “Tak ada kaitan pun dengan dia. Tu life awak.. tak ada kaitan dengan saya”. Perlahan aje kedengaran suara Naural ni.

           “Betul ke? Kalau tak ada kenapa bila dia muncul baru awak mula berubah? Saya tahu salah saya hari tu sebab tinggalkan awak macam tu aje tanpa cakap apa-apa. Sorry.. saya tak patut buat awak macam tu”.

            Naural tahan sebak. Bila-bila aje air mata ni nak mengalir. Kenapa lah aku ni cengang sangat?

         “Dila.. kau dah sudah ke? Aku nak gerak balik ni”. Naural mula berdiri. Beg diangkat. Muka Luth langsung tak dipandang.

            “Naural... tolong maafkan saya”.

            “Dila dah ke belum ni?”

            “Naural... tolong jangan buat saya macam ni”.

             Naural masih buat tak dengar. Dia mula melangkah. Panggilan dari Luth pun dah tak dihiraukan.

          “Hah... kejap.. kejap..”. Air dihirup untuk kali terakhir. Langkah Naural yang dah mula menjauh diikut. Sempat lagi dia menoleh pandang ke arah Luth. Laki tu nampak kecewa. Kecewa dengan layanan Naural pada dia.

            “Apa cerita ni Luth?” Amir tak sabar nak tahu cerita sebenar. Pelik juga tengok Naural tadi. Macam gaduh aje gayanya.

             Dia mengeluh.

            “Aku tak tahu. Sebab Marysa kut”.

            “Naural jeles?”

            “Mungkin...”. Bayang Naural dipandang.

          “Kau dah bagitahu siapa sebenarnya Marysa tu?” Kesian pulak dia tengok kawan dia ni. Tapi ada salah dia juga lah, yang dia pergi tinggalkan Naural macam tu aje kenapakan. Nasib dia lah kena berdepan dengan Naural yang sekarang ni. Naural versi merajuk plus jeles.

            “Tak... aku tak sempat. Kau tengok lah tadi dia nak tak nak aje cakap dengan aku”. Sempat Luth ni mengadukan.

            “Erm.. ada kebaikan juga lah Luth. Kalau kau nampak lah”.

            “Apa?” Luth ni pun dah terjangkit dengan Naural apa? Sepatah-sepatah nak jawab.

            “Naural jeles. Tu maksudnya?” Kening diangkat.

             “Dia suka aku?” Teragak juga lah Luth ni nak sambung ayat Amir tadi.

           “Dari pandang mata aku nampak macam tu lah. Kalau semua ni sebab kehadiran Marysa tu, ni aje lah kemungkinan punca Nuaral jadi macam tadi”.

             Luth hanya diam mendengar. Betul ke andaian Amir tu?

            “Kalau betul apa aku kena buat? Pujuk dia?” Sejak bila pulak Luth ni tanya pendapat orangkan.

          “Aku rasa tak jalan. Tapi aku ada cara lain”. Amir tersengih-sengih. Entah apa lah yang dia tengah fikirkan tu. Cerita dia dengan Dila pun tak selesai lagi, ada hati nak jadi orang tengahkan. Kita tengok aje lah menjadi ke tak apa yang Amir ni sarankan Luth buat.

******

Kertas teka-teki semalam dibelek. Ni aje cara nak lupakan kisah tadi. Makin difikir makin sakit hati jadinya.

            Jawapan dah dapat. Kunci! Tapi apa yang dia nak sampaikan? Naural mula baring. Sakit dah badan duduk tegak dari tadi. Dia pandang ke arah siling. Nak harapkan dapat idea lah.


            Flash back!
           
            1. Dapat lirik lagu... setiap perkataan yang digaris tu lah jawapan dia.
            2. Klu tu menuju ke tasik... jumpa belon.
            3. Dalam belon ada klu.. bukan satu tapi...

           
            Hah! Ada kertas nombor 2 lah. Mana pulak aku letak kan? Naural hampiri meja. Diselongkarnya setiap ruang. Kemudian beg dia pulak jadi mangsa.. tapi sedihnya masih juga tak jumpa benda yang dicari.

            Dicari-cari lagi, akhirnya jumpa juga ada terselit-selit antara kertas kuliah dia. Nasib baik lah dia tak give up awal tadikan. Kertas nombor dua dibuka. Perlahan-lahan...

             Kosong!

        Apa! Ni memang betul-betul boleh menaikkan kemarahan aku ni. Dah lah duk penat-penat cari jawapan teka-teki sebelum ni.. bila buka boleh pulak kosong. Ni kes nak aniaya aku ke apa?

            Kertas tu dicampak.. tapi tak jauh mana pun lah dia pergi. Jatuh dekat bawah lampu study Naural ni aje. Lampu ni pulak dia letak dekat lantai.

          “Hish... jadi satu hal pulak nak ambil”. Badan dibongkoknya. Walaupun mulut sebut geram.. tapi sedih sebenarnya. Sedih sebab baru rasa seronok buat benda ni. Last-last tak menuju ke mana pun.

             “Eh? Ada perkataan lah..”. Dahinya berkerut.


            SULIT ( tak semua mampu nampak)

            Congrats...
          Cari pokok yang ada terkait dengan jawapan yang awak dah jumpa sebelum ni dekat padang..
            good luck lagi! :)

            hint : jangan give up!


            Rupanya hanya bawah lampu aje dapat baca semua ni. Pandai pulak orang ni buatkan. Kreatif! Tapi sangat menyakitkan hati! Dah tak ada kerja lain ke sampai nak menyusahkan orang pulak? Makin garangkan cik Naural kita ni... tunggu aje lah dia pergi padang selesaikan semua ni... Harap-harap dia berjaya lah ye...



Kehidupan seorang penulis © 2014